You are on page 1of 17

FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA

PRINSIP-PRINSIP TERJEMAHAN
(BBM 422)

PRAKTIS TERJEMAHAN III DAN TUGASAN INDIVIDU I

KELAS:
MC246 S1A

TARIKH:
12 MEI 2020

DISEDIAKAN OLEH:
NADIA BINTI ISNKANDAR

(2020955947)

NAMA PENSYARAH:

NORITA HARIJAMAN
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. 1.0 PENGENALAN 1

2. 2.0 ANALISIS TEKS 3

3. 3.0 MASALAH YANG DIHADAPI 9

4. 4.0 KESIMPULAN 11

5. 5.0 RUJUKAN 13

6. 6.0 LAMPIRAN 14
1.0 PENGENALAN
‘Terjemah’ berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Tarjamah’ yang bermaksud
mentaksirkan perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Dua
bahasa yang terlibat dalam terjemahan adalah bahasa sumber dan bahasa sasaran.
Perkataan ‘tarjamah’ itu sendiri mempunyai dua pengertian iaitu menterjemah teks
atau buku daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain yang mempunyai
hubungan rapat dengan pentafsiran dan penghuraian yang boleh ditemui dalam
buku-buku sejarah, falsafah dan sains yang diterjemahkan oleh penterjemah bahasa
Arab daripada bahasa lain, manakala yang kedua bermaksud autobiografi (Puteri
Roslina Abdul Wahid, 2017).

Menurut Glosari Pengajian Ilmu Penterjemahan dan Interpretasi (2006:84),


penterjemahan ialah perbuatan memindahkan teks bertulis atau komunikasi lisan ke
dalam bahasa lain. Ini bermaksud penterjemahan bermaksud penggantian bahasa
sumber dengan bahasa sasaran. Newmark (1981) mendefiniskan terjemahan
sebagai satu kesenian yang mengandungi usaha untuk menggantikan mesej
dan/atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej dan/atau
pernyataan yang sama dalam bahasa lain.

Menurut Nida (1969) dalam Ainon Mohamad dan Abdullah Hassan (2003) pula,
terjemahan membawa maksud “penyalinan semula ke dalam bahasa penerima
maklumat daripada bahasa asal dalam bentuk persamaan terdekat dan bersahaja ,
pertama dari segi makna dan kedua dari segi gayanya.” Ukuran sama ada sesuatu
terjemahan itu betul atau salah ditentukan oleh pembaca itu sendiri, iaitu sama ada
mereka faham ataupun tidak terjemahan tersebut, dan yang dititikberatkan bukan
setakat pembaca mungkin faham, tetapi supaya mereka faham dengan apa yang
dimaksudkan dalam terjemahan tersebut.

Fungsi terjemahan secara umumnya adalah untuk melahirkan satu teks


terjemahan ke dalam bahasa sasaran yang sehampir tepat dengan teks bahasa
sumber. Juliane House (2019) menjelaskan bahawa terjemahan sebagai
penggantian teks dalam satu bahasa kepada suatu teks dalam bahasa yang lain.

3
1.1 SINOPSIS

Teks yang dipilih adalah mengenai masalah depresi dalam kalangan remaja
dan juga kanak-kanak. Kemurungan boleh berlaku pada remaja atas beberapa
beberapa faktor. Salah satu faktor yang boleh terdedah kepada kemurungan ialah
kerana stress akan pelajaran dan lain-lain. Ada juga diantara mereka yang
mempunyai tekanan disebabkan oleh masalah perhubungan. Mereka yang
mengalami tekanan mental biasanya menunjukkan tanda-tanda seperti murung,
suka menyendiri dan tiada selera makan.

Kemurungan adalah isu yang kita tidak patut endahkan kerana ia tergolong
daripada penyakit mental. Kita sering lihat di media sosial yang ramai remaja
mengalami depresi. Kini, kemurungan banyak berlaku pada remaja dan juga
kanakkanak. Remaja yang sering mengalami tekanan, terlalu sedih atas kehilangan
orang tersayang atau mempunyai masalah anxiety boleh terdedah kepada masalah
kemurungan.

Selain itu, depresi juga boleh didapati sekiranya remaja mempunyai masalah
peribadi di dalam rumah. Sekiranya ibu bapa sendiri yang mempunyai tekanan
emosi, anak- anak mudah untuk mendapati masalah depresi. Dalam artikel ini,
penulis mengatakan bahawa semakin tinggi jumlah remaja yang mendapat depresi,
semakin tinggi jumlah remaja yang bunuh diri.

Berdasarkan artikel ini, kemurungan yang berlaku pada kanak-kanak dan


remaja adalah berbeza dengan kemurungan yang berlaku oleh orang dewasa.
Artikel ini ditulis oleh Jane Framingham dan didapati daripada laman web
PsychCentral.

4
2.0 ANALISIS TEKS

Dalam analisis ini, terdapat beberapa kaedah terjemahan yang digunakan untuk
menterjemah teks ini ke bahasa sasaran iaitu dari Bahasa Inggeris ke Bahasa
Melayu. Kaedah yang digunakan adalah bertujuan untuk menghasilkan terjemahan
yang difahami oleh pembaca di samping mengekalkan bentuk dan mesej asal teks
sumber.
Terdapat dua kaedah terjemahan iaitu kaedah formal dan kaedah dinamik.

2.1 Kaedah Pinjaman (Borrowing)

Kaedah pinjaman adalah dibawah kaedah formal yang dianggap sebagai


kaedah yang membenarkan kata atau perkataan daripada bahasa sumber
digunakan ke bahasa sasaran terutamanya apabila sesuatu unsur tidak wujud
atau tiada padanan yang sesuai di dalam bahasa sasaran. Unsur-unsur
daripada bahasa sumber dipinjam secara terus tanpa melakukan sebarang
perubahan termasuklah ejaan. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling
mudah kerana ia adalah terjemahan terus atau terjemahan langsung. Ada
dua jenis kaedah pinjaman iaitu pinjaman secara langsung dan pinjaman
secara tidak lansung.

Bil Bahasa Sumber Bahasa Sasaran


1. …upcoming exam is normal. …ujian peperiksaan yang akan datang
adalah normal.

2. Teen depression is a serious issue.. Kemurungan dalam kalangan remaja


adalah isu yang serius,,

3. …anxiety disorders are at a higher …anxiety disorder berisiko tinggi


risk for depression. untuk mendapat kemurungan.

Berdasarkan jadual di atas, perkataan normal dalam bahasa sumber masih


dikekalkan ke dalam bahasa sasaran, iaitu normal. Hal ini kerana kaedah yang
diaplikasikan dalam ayat ini adalah kaedah pinjaman. Keperluan menggunakan
kaedah borrowing ini terjadi apabila berlakunya hasil pertembungan bahasa. Dalam
teks ini, perkataan normal dalam bahasa sumber dan sasaran membawa maksud

5
yang sama iaitu keadaan biasa. Kaedah yang digunakan merupakah penggantian
secara lansung kerana ia dipinjam secara terus tanpa melakukan sebarang
perubahan terhadap ejaan. Selain tidak mengubah maksud teks sasaran,
terjemahan secara langsung ini merupakan kaedah yang paling mudah sekali kerana
penterjemah tidak perlu melakukan perubahan dalam penstrukturan ayat atau
sebagainya.

Perkataan serious dalam teks sumber ditukarkan ke serius dalam teks


sasaran kerana berlakunya kontak antara kedua-dua bahasa. Dalam teks ini, kaedah
pinjaman digunakan kerana kaedah ini membenarkan perkataan asal diaplikasikan
ke dalam bahasa sasaran. Jadi, perkataan serius telah digunakan dalam teks
sasaran walaupun berlakunya sedikit perubahan dalam ejaan. Selain itu, perkataan
serius membawa maksud yang sama dengan serious iaitu tegas dan bukan main-
main. Jika perkataan serious digunakan dalam teks sasaran iaitu ke dalam Bahasa
Melayu, cara sebutannya akan menjadi lain dan ia merupakan padanan yang tidak
sesuai ke dalam konteks Bahasa Melayu. Perkara ini juga akan mengakibatkan
mesej yang hendak disampaikan oleh teks sumber berlainan kerana ia membawa
maksud yang berlainan dengan teks sumber.

‘Anxiety disorder’ tetap dikekalkan dalam teks sasaran ditulis miring dalam
teks. Unsur-unsur dari bahasa sumber tersebut dipinjam secara terus tanpa
melakukan sebarang perubahan termasuk ejaan dan struktur ayat. Kaedah ini
dikatakan amat memudahkan bagi penterjemah kerana tidak perlu melakukan
perubahan apa-apa. Hanya dipetik diperkataan itu dan disertakan sekali dengan
tanda (‘) untuk menunjukkan perkataan itu bukan daripada bahasa teks sasaran.

2.2 Kaedah Peniruan

Kaedah peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dalam


bahasa sasaran. Kaedahnya berbeza dengan kaedah pinjaman kerana hanya
konsep atau istilahnya sahaja yang ditiru dan diterjemah. Terdapat dua jenis
peniruan iaitu peniruan penyampaian dan peniruan struktur. Peniruan
penyampaian merupakan kaedah meniru dengan cara penyampaian sesuatu
konsep manakala peniruan struktur pula merupakan peniruan konsep sumber

6
dengan menggunakan perkataan dalam bahasa sasaran, namun strukturnya
mengikut bahasa sumber.

Bil Bahasa Sumber Bahasa Sasaran


1. ……, it also can refer to a mental …..,ia juga boleh dirujuk sebagai
disorder. gangguan mental.

2. Depressive illness in teenagers is Penyakit kemurungan dalam remaja


defined… dikenali…

Berdasarkan jadual di atas, perkataan mental disorder telah diterjemahkan


kepada gangguan mental dalam bahasa sasaran. Hal ini kerana, kaedah yang
digunakan dalam teks ini adalah mengikut kaedah peniruan penyampaian.
Keperluan menggunakan kaedah loan translation terjadi apabila apabila teks
sasaran yang hendak diterjemahkan tidak perlu mengekalkan stuktur bahasa sumber
tetapi sebaliknya mengikut peraturan tatabahasa dalam bahasa sasaran. Dalam teks
ini, jika frasa ini diterjemahkan mengikut tatabahasa bahasa sumber, mental disorder
akan menjadi mental gangguan yang maknanya sudah menyimpang jauh dari mesej
yang hendak disampaikan yang mungkin tidak dapat difahami oleh pembaca.

Begitu juga dengan perkataan depressive illness, jika mengikut konteks


tatabahasa Bahasa Melayu, ia perlu diterjemahkan kepada penyakit kemurungan,
bukannya, kemurungan penyakit. Hal ini kerana, teks yang diterjemahkan perlu
mengikut peraturan tatabahasa bahasa sasaran. Dengan menterjemah sebegini, kita
dapat memahami bahawa penulis hendak menegaskan kemurungan adalah sesuatu
penyakit mental. Selain itu, teks sasaran dapat disesuaikan oleh pembaca kerana
ianya tidak mengubah struktur bahasa sasaran.

2.3 Kaedah literal


Kaedah literal atau literal translation merupakan kaedah yang ideal
yang dilakukan oleh penterjemah dalam proses pemindahan maklumat sama
ada pada peringkat perkataan (leksikal) mahupun peringkat ayat (sintaksis).
Kaedah literal ini digunakan dengan menggantikan setiap satu frasa dalam
ayat tanpa perlu melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan

7
struktur atau susunannya. Kaedah ini sering diamalkan bagi sesebuah teks
yang berbentuk risalah (informatif) yang ditulis dalam bahasa sumber yang
ringkas atau tidak kompleks.

Bil Bahasa Sumber Bahasa Sasaran


1. Depression is fairly common in Depresi agak kebiasaan dalam
teens and younger children. remaja dan kanak-kanak.

2. Over the past 50 years, Lebih dari 50 tahun, depresi telah


depression has become more menjadi lebih kebiasaan dan
common and is now recognized sekarang dikenali ramai dalam
at increasingly younger ages. golongan anak muda.

Berdasarkan jadual di atas, ayat “depression is fairly common in teens and


younger children” telah diterjemahkan secara literal kepada “depresi agak
kebiasaan dalam remaja dan kanak-kanak”. Hal ini kerana, setiap perkataan
dalam bahasa sumber dapat digantikan dengan persamaannya dalam bahasa
sasaran tanpa perlu melakukan perubahan yang besar pada struktur ayat. Kaedah
ini kerap diamalkan oleh penterjemah terutamanya yang teksnya berbentuk dalam
bahasa sumber yang ringkas seperti ayat selapis, ayat tanya, ayat perintah dan
sebagainya. Ayat teks bahasa sumber ini merupakan ayat keterangan yang boleh
diterjemah secara kaedah penggantian. Mesej yang hendak disampaikan oleh teks
sumber dapat diterjemahkan secara mudah dan difahami oleh pembaca teks
sasaran tanpa perlu menukar susunan frasa tersebut.

Begitu juga dengan ayat “over the past 50 years, depression has become
more common and is now recognized at increasingly younger ages”
diterjemahkan kepada “lebih dari 50 tahun, depresi telah menjadi lebih
kebiasaan dan sekarang dikenali ramai dalam golongan anak muda “ secara
harfiah (literal translation). Keperluan menggunakan kaedah penggantian ini apabila
setiap satu perkataan itu dapat digantikan tanpa perlu melakukan perubahan
tersebut terhadap susunan ayat. Frasa ini berbentuk ayat keterangan yang mudah

8
untuk diterjemah kerana ia hanya perlu memindahkan maklumat mengikut struktur
ayat sumber. Selain itu, dengan menggunakan kaedah harfiah ini, susunan ayatnya
yang teratur dapat difahami oleh para pembaca teks sasaran.

2.4 Kaedah Transposisi


Kaedah transposisi tergolong daripada salah satu kaedah dinamik.
Kaedah ini merupakan kaedah terjemahan yang mengubah golongan kata
atau menukar kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa
mengubah maksud warta atau maklumat teks asal. Selain itu, transposition
digunakan bertujuan untuk menyampaikan warta dan memperjelaskan lagi
kandungan warta dalam bahasa sasaran secara paling bersahaja yang tidak
berbaur terjemahan. Terdapat dua jenis kaedah transposisi iaitu kaedah
transposisi golongan kata dan juga kaedah transposisi dari segi struktur kata.

Bil Bahasa Sumber Bahasa Sasaran


1. Feeling down for months at a time Tetapi, ia mungkin akan menjadi
for no particular reason, however, tanda-tanda depresi yang tidak
may be a sign of undiagnosed didiagnos jika remaja sentiasa sedih
depression. berpanjangan tanpa sebab tertentu.

2. Teenage girls are at especially high Kumpulan kecil dalam remaja yang
risk, as are minority youth. berisiko tinggi untuk mendapat depresi
adalah remaja perempuan.

3. In many cases, the parents are Dalam banyak kes, depresi datang
depressed, as depression tends daripada keluarga kerana ibu bapa
to run in families. sendiri yang ada depresi.

Berdasarkan jadual di atas, ayat “feeling down for months at a time for no
particular reason, however, may be a sign of undiagnosed depression” telah
diterjemahkan kepada “tetapi, ia mungkin akan menjadi tanda-tanda depresi
yang tidak didiagnos jika remaja sentiasa sedih berpanjangan tanpa sebab
tertentu” dengan menggunakan kaedah transposisi dari segi struktur kata.

9
Keperluan menggunakan kaedah ini terjadi apabila struktur tatabahasa bahasa
sumber ditukar dalam bahasa sasaran tanpa perlu mengubah maksud warta. Kita
boleh lihat ayat “tetapi , ia mungkin…” menjadi pendahuluan ayat yang ingin
menunjukkan penegasan serta penerangan terhadap maklumat yang hendak
disampaikan.

Begitu juga dengan ayat “teenage girls are at especially high risk, as are
minority youth”. Ayat ini diterjemahkan secara transposisi dari segi struktur dan
diterjemahkan kepada kumpulan kecil dalam remaja yang berisiko tinggi untuk
mendapat depresi adalah remaja perempuan”. Kita dapat lihat walaupun ia tidak
mengikut susunan ayat dalam teks sumber, maklumat yang hendak disampaikan itu
dapat difahami dengan jelas kerana ia tidak mengubah maksud asal teks sumber.
Selain itu, terdapat penukaran pada kedudukan antara ayat pertama dan kedua pada
teks sasaran iaitu kedudukan “remaja perempuan..” di penghujung ayat, tidak
mengikuti susunan ayat teks sumber.

Ayat “in many cases, the parents are depressed, as depression tends to
run in families” diterjemahkan kepada “dalam banyak kes, depresi datang
daripada keluarga kerana ibu bapa sendiri yang ada depresi juga diterjemah
mengikut cara kaedah transposisi dari segi struktur. Kita dapat lihat ayat “as
depression tends to run in families” dalam teks sumber, kedudukannya di hujung
tetapi apabila diterjemahkan kepada teks sasaran, kedudukannya bukan di
penghujung ayat. Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menunjukkan
penegasan kepada ayat “ibu bapa sendiri yang ada depresi..” yang dijadikan sebagai
isi penting dalam teks ini.

10
3.0 MASALAH YANG DIHADAPI

Sepanjang menterjemah teks yang diplih, terdapat beberapa masalah yang


dihadapi yang menyebabkan tugas penterjemahan itu rumit. Memang tidak dinafikan
proses penterjemahan memerlukan tempoh yang lama untuk diterjemah untuk
menghasilkan terjemahan yang baik. Terjemahan yang baik ialah terjemahan yang
menggunakan kaedah terjemahan yang betul serta bersungguh-sungguh untuk
melakukan penterjemahan. Namun, setiap proses terjemahan, pasti akan ada
masalah yang dihadapi oleh penterjemah. Antara masalah yang dihadapi sepanjang
proses terjemahan adalah:

1) Kurang kemahiran bahasa sumber

Masalah terjemahan akan timbul jika penterjemah kurang pengetahuan terhadap


bahasa sumber. Kerja terjemahan bukan hanya sekadar menggantikan setiap
perkataan dalam bahasa sumber ke bahasa sasaran tetapi keseluruhan struktur ayat
perlu diperhatikan supaya makna teks asal dapat disampaikan. Kurang kemahiran
bahasa sumber boleh menyebabkan teks yang diterjemah tidak difahami oleh
pembaca dan maklumat yang hendak disampaikan itu tidak jelas oleh pembaca.
Selain itu, penterjemah juga mungkin akan mengalami kesukaran dalam
memindahkan maklumat teks sasaran mengikut tatabahasa, struktur ayat dan
sebagainya.

Disebabkan teks sumber ini adalah dalam Bahasa Inggeris, terdapat perkataan
yang saya tidak fahami yang menyukarkan saya untuk menterjemah ke dalam
Bahasa
Melayu. Contohnya, saya tidak memahami perkataan “volatility” dalam teks sumber.
Dalam latihan terjemahan, saya tidak dapat melengkapkan ayat tersebut kerana
saya tidak memahami satu perkataan sahaja. Selepas mencari makna perkataan
tersebut di kamus, barulah saya faham maksud perkataan tersebut iaitu turun naik
atau tidak stabil.

11
2) Kurang kemahiran bahasa sasaran

Selain itu, kurang menguasai kemahiran bahasa sasaran merupakan salah satu
masalah yang sering dihadapi oleh penterjemah ketika dalam proses penterjemahan.
Penguasaan bahasa sasaran sebenarnya lebih penting daripada penguasaan
bahasa sumber kerana penterjemah perlu menterjemah teks sasaran dengan baik
untuk pembaca.

Walaupun teks sasaran merupakan bahasa ibunda saya iaitu Bahasa Melayu,
namun terdapat perkataan yang membuat proses terjemahan itu menjadi sukar.
Penguasaan bahasa sasaran yang lemah menyebabkan saya sukar untuk
memberikan padanan yang sesuai semasa melakukan terjemahan dengan sekilas
pandang. Ini adalah kerana, terdapat perkataan bahasa sumber yang mempunyai
banyak maksud. Sebagai contoh, dalam teks wujudnya frasa nama “mental disorder”
yang merupakan perkara yang dibincangkan dalam teks itu. Saya tidak pasti
padanan atau terjemahan yang betul ialah “penyakit mental” atau “gangguan
mental”. Hal ini demikian kerana, perkataan “disorder” boleh merujuk kepada
sesuatu penyakit. Akan tetapi, padanan yang sesuai bagi “mental disorder” adalah
gangguan mental. Disebabkan saya tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik,
maka saya menghadapi masalah ini ketika dalam proses terjemahan.

3) Kurang pengetahuan tentang terjemahan

Pengetahuan yang cetek tentang terjemahan menyebabkan saya mengalami


kesukaran untuk membuat penterjemahan. Ramai yang menyangka bahawa
terjemahan sekadar menggantikan perkataan-perkataan dalam bahasa sumber
kepada bahasa sasaran, sebaliknya, terdapat kaedah-kaedahnya dan proses
terjemahan yang perlu kita ikuti supaya teks yang hendak diterjemah difahami oleh
pembaca sasaran. Saya sebenarnya tidak yakin semasa melakukan terjemahan ini
kerana saya tidak banyak pengalaman dalam melakukan terjemahan. Namun, saya
dapat atasi masalah ini dengan merujuk buku rujukan terjemahan dan juga tunjuk
ajar daripada pensyarah saya iaitu, Puan Norita Harijaman.

12
4.0 KESIMPULAN

Dalam aktiviti terjemahan, penterjemah haruslah mengetahui kaedah


terjemahan serta mempunyai pengetahuan dan penguasaan terhadap sesuatu
bahasa. Pelbagai cara yang kita boleh guna bagi menghasilkan terjemahan yang
bermutu tinggi. Antaranya ialah kaedah pinjaman, peniruan, penggantian, transposisi
dan sebagainya. Seseorang penterjemah haruslah peka dan berhati-hati dalam
memilih kaedah yang sesuai untuk menterjemah teks sasaran. Memahami Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan satu keperluan kepada penterjemah supaya
mereka dapat menghasilkan terjemahan yang betul dan tepat dari segi penggunaan
bahasa, struktur dan juga tatabahasa.

Dengan menterjemah artikel ini ke Bahasa Melayu, pembaca dapat


memahami teks ini dengan lebih jelas serta dapat menimba pengetahun tentang
masalah kemurungan antara remaja dan juga kanak-kanak. Dalam era globalisasi
ini, aktiviti penterjemahan sememangnya amat diperlukan untuk memberi
pengetahuan kepada masyarakat bahawa ilmu pengetahuan bukan sahaja untuk
satu golongan sahaja, malah semua lapisan masyarakat boleh menimba ilmu
dengan hanya membaca teks terjemahan. Kita dapat lihat aktiviti penterjemahan
banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa
Malaysia.

Seseorang penterjemah juga harus banyak membaca supaya dapat menimba


ilmu pengetahuan yang mempunyai pelbagai bidang supaya dapat membuat
terjemahan dalam laras-laras yang berbeza. Pengetahuan dalam budaya bahasa
sumber dan bahasa sasaran juga amat penting dalam aktiviti penterjemahan. Selain
itu, prinsip dan teori terjemahan perlu dikuasai oleh seseorang penterjemah kerana
ia merupakan persediaan utama sebelum melakukan terjemahan. Penterjemah juga
harus mengetahui maksud sebenar sesuatu perkataan tersebut supaya frasa
tersebut merupakan padanan yang sesuai untuk dimasukkan dalam teks bahasa
sasaran.

13
Apabila menterjemah, penterjemah akan mengalami masalah yang
menyebabkan proses penterjemahan mejadi rumit. Hal ini kerana, faktor-faktor yang
menyebabkan aktiviti terjemahan menjadi rumit adalah kurang kemahiran bahasa
sasaran, kurang kemahiran bahasa sumber, kurang pengetahuan tentang
terjemahan dan juga lain-lain. Penterjemah perlu memastikan masalah yang
dihadapi dapat di atasi supaya dapat menghasilkan teks terjemahan dengan mudah
serta baik.

14
5.0 RUJUKAN

1) Dewan Bahasa dan Pustaka (2017). Pusat Rujukan Persuratan Melayu.


Dipetik dari http://prpm.dbp.gov.my/.

2) Jane Framingham (2018). Teenage Depression. Dipetik 8 Oktober 2018 dari


https://psychcentral.com/lib/teenage-depression/.

3) Norizah Ardi, Midiyana Mohamad, Rozaimah Rashidin & Zuraidah Jantan


(2011). Asas dan Kemahiran Menterjemah. Selangor, Malaysia: August
Publishing Sdn Bhd.

15
6.0 LAMPIRAN

6.1 Teks Sumber

Teenage Depression

By Jane Framingham, Ph.D

Teenagers experience depression in a manner very similar to adults, but they


may experience their emotions more intensely and with greater volatility. Feeling
down about a relationship issue or an upcoming exam is normal. Feeling down for
months at a time for no particular reason, however, may be a sign of undiagnosed
depression.

Teen depression is a serious issue, but can be helped when you know the
symptoms. Though the term “depression” can describe a normal human emotion, it
also can refer to a mental disorder. Depressive illness in teenagers is defined when
the feelings of depression persist and interfere with the teen’s ability to function

Depression is fairly common in teens and younger children. About 5 percent of


children and adolescents in the general population suffer from depression at any
given point in time. Teens under stress, who experience loss, or who have
attentional, learning, conduct or anxiety disorders are at a higher risk for depression.
Teenage girls are at especially high risk, as are minority youth.

Depressed youth often have problems at home. In many cases, the parents
are depressed, as depression tends to run in families. Over the past 50 years,
depression has become more common and is now recognized at increasingly
younger ages. As the rate of depression rises, so does the teen suicide rate.

It is important to remember that the behavior of depressed children and


teenagers may differ from the behavior of depressed adults. The characteristics vary,
with most children and teens having additional psychiatric disorders, such as
behavior disorders or substance abuse problems.

16
6.2 Teks Terjemahan

Depresi dalam kalangan remaja

Oleh Jane Framingham, Ph.D

Ramai remaja mengalami depresi mempunyai gejala yang sama seperti orang
dewasa tetapi mereka lebih kepada tindak balas emosi yang sangat tidak stabil.
Perasaan sedih terhadap masalah hubungan atau ujian peperiksaan yang akan
datang adalah normal. Tetapi, ia mungkin akan menjadi tanda-tanda depresi yang
tidak didiagnos jika remaja sentiasa sedih berpanjangan tanpa sebab tertentu.

Kemurungan dalam kalangan remaja adalah isu yang serius, tetapi ia boleh
dibendung jika anda mengetahui simptom-simptomnya. Walaupun depresi boleh
dikenali sebagai emosi manusia biasa, tetapi ia juga boleh dirujuk sebagai gangguan
mental. Penyakit kemurungan dalam remaja dikenali apabila perasaan murung yang
berpanjangan dan menganggu abiliti remaja itu untuk melakukan aktiviti seharian.

Depresi agak kebiasaan dalam remaja dan kanak-kanak. Terdapat sebanyak


5 peratus daripada kalangan kanak-kanak dan remaja keseluruhannya mengalami
kemurungan pada masa yang tertentu. Remaja yang stres, yang kehilangan orang
tersayang atau mereka yang sukar menumpukan perhatian, belajar, melakukan
sesuatu atau anxiety disorder berisiko tinggi untuk mendapat kemurungan.
Kumpulan kecil dalam remaja yang berisiko tinggi untuk mendapat depresi adalah
remaja perempuan.

Remaja yang murung kebiasaanya mempunyai masalah di rumah. Dalam


banyak kes, depresi datang daripada keluarga kerana ibu bapa sendiri yang ada
depresi. Lebih dari 50 tahun, depresi telah menjadi lebih kebiasaan dan sekarang
dikenali ramai dalam golongan anak muda. Apabila semakin bertambah masalah
depresi, semakin banyak peratusan remaja yang bunuh diri.

Penting untuk diingati bahawa kelakuan kanak-kanak dan remaja yang


murung adalah berbeza dengan kelakuan orang dewasa yang murung. Ciri-cirinya
sama dengan kebanyakan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai gangguan
mental seperti masalah dalam tingkah laku atau masalah penderaan.

17

You might also like