You are on page 1of 23

1.

0 - PENGENALAN KEPADA KERTAS KERJA


1.1 - DEFINISI KERTAS KERJA

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 , kertas kerja ialah satu artikel atau rencana bertulis
yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu.
Kertas kerja merupakan salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis.Secara
umumnya,kertas kerja merupakan hasil penulisan yang mengandungi idea untuk
dikemukan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu.Khalayak perlu membaca kertas
kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan idea yang hendak
disampaikan.Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa
projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan.Kertas kerja
juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan.
Pada umumnya,kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan
penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan
sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan
menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Justeru,
Kertas kerja merupakan satu bentuk penulisan berformat yang mengandungi
idea-idea tertentu untuk disampaikan kepada pihak-pihak tertentu bagi
tujuan mendapatkan kelulusan.

1.2 - JENIS JENIS KERTAS KERJA


Terdapat pelbagai jenis kertas kerja yang dihasilkan.Namun secara umumnya,kertas
kerja dapat dibahagikan kepada dua.

KERTAS
KERJA
KERTAS KERJA
PROJEK

KERTAS KERJA
SEMINAR
1.2.1 - KERTAS KERJA SEMINAR

Kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukan
kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau
seminar.Penulis akan mengemukakan idea,pandangan,kajian,penyelidikan sebagainya
kepada mereka yang hadir dalam pembentangan tujuan untuk memberikan panduan
bagi menerokai bidang-bidang baharu,menerangkan sesuatu perkara,menjelaskan
sesuatu idea atau mencadangankan tindakan-tindakan tertentu terhadap sesuatu
fenomena.Kertas kerja ini bersifat formal dan menggunakan laras bahasa akademik
yang sesuai mengikut bidang yang diperkatakan supaya lebih jelas dan mudah
difahami.

1.2.2 - KERTAS KERJA PROJEK


Kertas kerja projek dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu
projek,kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan,syarikat atau institusi
tertentu.Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat
kelulusan . Berbanding dengan kertas kerja seminar,kertas kerja ini bersifat formal
tetapi menggunakan laras bahasa umum yang lebih mudah difahami.Dengan penulisan
kertas kerja ini,pembaca atau pihak yang berkenaan akan mendapat gambaran lengkap
tentang bagaimana sesuatu projek/kajian itu dapat dijalankan dengan jayanya.Semua
perkara yang berkaitan dengan projek akan dijelaskan dalam kertas kerja
.Kemungkinan halangan / kekangan yang akan dihadapi dalam projek tersebut juga
dikemukan untuk mendapat maklum balas bagaimana halangan/kekangan itu dapat
diatasi apabila dibentangkan.Bergantung kepada tujuan penulisannya,kertas kerja ini
dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah :
I
II
III
IV
V
VI

Kertas kerja perniagaan


Kertas kerja lawatan
Kertas kerja program
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja hari keluarga
Kertas kerja sukan dan lain-lain

1.3 - FORMAT MENULIS KERTAS KERJA

Untuk menghasilkan kertas kerja , terdapat pelbagai kaedah dan format yang boleh
digunakan . Sebenarnya format penulisan kertas kerja bergantung kepada beberapa
faktor atau perkara antara lain berkaitan dengan :
I
II
III
IV

Tujuannya
Siapa khalayaknya
Bagaimana penyampaiannya
Apakah isi kandungannya

Walau bagaimanapun,terdapat format umum yang boleh diikuti oleh penulis sebagai
panduan menyediakan kertas kerja.
Ketekalan bentuk penulisan adalah bagi penulis sesuatu kertas kerja.
a Format Kertas Kerja Seminar
Tajuk
Nama/nama-nama pembentang kertas kerja
Nama institusi
Abstrak(synopsis/ringkasan)
Pengenalan
Sorotan kajian
Metodologi
Analisis data/dapatan
Rujukan
Lampiran

b Format Kertas Kerja Projek


Tajuk
Latar belakang/rasional
Objektif/matlamat
Jangka masa yang diperlukan
Kumpulan sasaran
Andaian-andaian halangan
Penubuhan jawatankuasa
Menentukan jadual tugas
4

Pelaksanaannya

Kertas kerja boleh mejadikan rujukan , sebagaimana yang telah dinyatakan ,kita perlu
melakukan penyesuaian supaya kertas kerja yang dihasilkan benar-benar menepati
tujuan dan dapat mencapai objektifnya.

1.4 Ciri ciri Penulisan Kertas Kerja yang Baik

Terdapat beberapa kriteria dan ciri-ciri untuk menghasilkan kertas kerja yang baik.

Penggunaan
bahasa yang baik

Penomboran yang
sesuai

Maklumat yang
lengkap

Ringkas , tepat
dan padat

Ketekalan
penulisan

Kepanjangan yang
sesuai

Penggunaan laras
yang betul

Keutuhan wacana
dalam tulisan

1.4.1 Penggunaan Bahasa yang Baik


Dalam penggunaan bahasa,penulis perlu memikirkan pemilihan kata dan ayat yang
mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Kejelasan
Kekhususan
Ketepatan
Kesesuaian
Elakkan ulangan yang tidak perlu

1.4.2 Ringkas , Tepat dan Padat


Setiap maklumat harus diolah dengan jelas tanpa diulang-ulang.Kertas kerja yang
dihasilkan perlu ringkas , tepat dan padat sesuai dengan tujuan penghasilan kertas
kerja

1.4.3 Penggunaan Laras yang Betul


Semasa menghasilkan kertas kerja seminar , penggunaan laras yang tepat mengikut
bidang akan memudahkan khalayak memahami maksud yang ingin disampaikan oleh
penulis.
Manakala , kertas kerja projek pula , laras bahasa yang sering digunakan ialah laras
bahasa umum.

1.4.4 Keutuhan Wacana dalam Tulisan


Pembaca akan mudah memahami idea yang ingin disampaikan.Pemilihan kata dan
susunan ayat yang digunakan dalam kertas kerja juga akan memperlihatkan bahawa
kertas kerja itu sebagai sebuah kesatuan bahasa yang utuh.

1.4.5 Ketekalan Penulisan


Sebagai contoh , bahagian subtajuk yang terdapat dalam kertas kerja perlu ditulis
dalam format yang sama terutama dari segi membuat inden atau jarak tepi.Ketekalan
bentuk akan memudahkan pembaca membuat rujukan dan kertas kerja tersebut akan
kelihatan kemas.

1.4.6 Penomboran yang Sesuai


Penomboran juga penting dalam penulisan kertas kerja kerana terdapat beberapa tajuk
kecik yang perlu ada dalam sebuah kertas kerja.Memberi penomboran yang sesuai
supaya bahagian bahagian tertentu mudah dirujuk.

1.4.7 Maklumat yang Lengkap


Kertas kerja biasanya mengandungi maklumat yang banyak terutama bagi kertas kerja
projek.Kertas kerja yang telah lengkap sepatutnya dapat menjawab persoalanpersoalan yang berkaitan.Jika maklumat tidak lengkap,penulis perlu melakukan
penambahbaikan supaya kertas kerja yang akan dikemukakan akan mendapat
kelulusan.

1.4.8 Kepanjangan yang Sesuai


Untuk mengelakkan kertas kerja yang dihasilkan menjadi terlalu panjang,penulis perlu
menggunakan halaman lampiran untuk menyampaikan maklumat tambahan yang
diperlukan untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara yang ada dalam kertas kerja
tersebut.Dengan ini,kertas kerja yang dihasilakan tidak terlalu panjang atau tebal.

2.0 Analisis Format dan Kandungan Kertas Kerja

Saya telah mendapat satu contoh kertas kerja projek yang telah dihasilkan oleh
pihak sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Jaafar Albar, Tanjung sedili,
Kota Tinggi Johor.Program yang mereka menganjur ialah Expedisi Mendaki Gunung
Ledang oleh badan beruniform Pandu Puteri Bagi Tahun 2012.
8

Setelah saya memberi perhatian terhadapnya , saya dapati terdapat banyak


kesilapan telah dilakukan oleh penghasil kertas kerja tersebut. Selepas saya diberi
pengetahuan tentang strategi-strategi menghasilkan kertas kerja, saya berasa bahawa
kesilapan yang dibuat itu, amat serius dan perlu membetulkannya.
Yang pertama ialah turutan hendaklah bersusun.Sebagai contoh, dalam kertas kerja
yang saya dapat itu, turutannya tidak bersusun.Sebenarnya, dalam satu kertas kerja
perlulah mengandungi 12 perkara iaitu pengenalan, rasional, matlamat, objektif,
jawatankuasa pengelola, lokasi, tarikh dan masa, tentatif program, kumpulan sasaran,
anggaran belanjawan,penutup dan akhirnya lampiran.Tetapi dalam kertas kerja yang
saya

dapat

itu,

ia

perlaksanaan,sasaran

dimulakan

dengan

pelajar,anggaran

pengenalan,objektif,tempat
pendapatan

dan

dan

tarikh

perbelanjaan,sumbr

tenaga,perjalanan program,tentative program,maklumat guru pengiring,dan penutup. Di


sini turutan tidak disusun.Maka perkara ini hendaklah disusun semula seperti yang
dikatakan itu tadi.
Yang seterusnya ialah dalam kertas kerja ini,mereka tidak mensertakan lampiran
iaitu tentatif program,anggaran belanjawan

sebagai lampiran. Tentatif program dan

anggaran belanjawan telah dibuat dibawah perkara itu tersebut.Hanya jawatankuasa


pengelola telah dibuat dibawah lampiran.Sebenarnya ketiga-tiga perkara tersebut perlu
berada dibawah lampiran.
Selain itu, penghasilan kertas kerja oleh setiausaha program tersebut.Bukannya
pengurus projek. Di samping itu, dalam kertas kerja hanya tandatangan setiausaha
diperlukan.Disini kertas kerja itu tidak perlu ada disemak oleh dan disahkan oleh.Hal
ini kerana , kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak
tertentu. Dalam kertas kerja yang saya dapat itu, terdapat istilah disahkan oleh dan
disemak oleh.Selain itu, mereka telah membuat satu kesalahan yang amat ketara iaitu
sebenarnya kertas kerja tersebut di hasil oleh setiausaha program.Tetapi dalam ini,
kertas kerja itu dihasilkan oleh pengurus program.Hal ini perlu mengambil tindakan
segera yang wajar supaya kertas kerja itu dapat kelulusan.

Selain itu, terdapat juga banyak kesalahan bahasa dalam kertas kerja tersebut.Sebagai
contoh, di kalangan.Ia sebenarnya ialah dalam kalangan.Bukan sahaja itu, terdapat
juga kesalahan ejaan.Sebagai contoh, ejaan silaturrahim.Disini ejaan silaturrahim itu
salah.Membetulannya ialah silaturahim.
Melalui kertas kerja program itu, perkara yang hendak disampaikan itu jelas, tepat,
padat dan ringkas.Tetapi cara yang disampaikan itu yang hanya salah. Sekiranya
caranya betul, maka kertas kerja itu lengkap untuk mendapatkan kelulusan daripada
pihak tertentu.
Kesalahan dalam kertas kerja itu, telah pun diwarnakan untuk mengenalpasti
kesalahannya.Dengan format yang betul, saya telah menghasilkan satu kertas kerja
yang lengkap.

2.1 Kertas Kerja Program Yang Lengkap


KERTAS KERJA
Expedisi Mendaki Gunung Ledang
Pandu Puteri SMK Tan Sri Jaafar Albar
10

1.0 Pengenalan
Semua sekolah di Malaysia telah mengadakan aktiviti kokurikulum.Dalam aktiviti
kokurikulum tersebut terdapat tiga bahagian iaitu badan berunifom, persatuan dan
kelab permainan.Setiap bahagian tersebut mengadakan aktiviti tahunan secara
mana merancangan. Hal ini kerana, ia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia(KPM) supaya memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar sekolah.
Sebagai menyahut seruan KPM, badan berunifom Pandu Puteri SMK Tan Sri Jaafar
Albar telah merancang satu program yang diberi nama Expedisi Mendaki Gunung
Ledang. Program ini adalah satu program dalam rancangan tahunan Pandu Puteri.
2.0 Rasional
Program Expedisi Mendaki Gunung Ledang merupakan satu program untuk
mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli Pandu Puteri dengan renjers serta
para pemimpin Pandu Puteri sekolah. Pogram ini juga dianjurkan untuk
meningkatkan daya kepimpinan ahli-ahli Pandu Puteri agar dapat menjadi modal
insan yang berguna kepada keluarga, sekolah, agama, masyarakat dan
Negara.Selaras dengan itu, expedisi ini juga bertujuan menyemai sikap cintakan
alam semula jadi di dalam diri para pelajar dan menambahkan ilmu pengetahuan
para pelajar tentang kehidupan flora dan fauna.

3.0 Matlamat
Expedisi Mendaki Gunung Ledang diharap dapat :
3.1 Memupuk kesedaran mengeratkan hubungan silaturahim yang mampu
Mengatasi pelbagai permasalahan dalam menjamin keselamatan
diri,keluarga,masyarakat dan Negara.
3.2 Melahirkan generasi muda yang seimbang dalam bidang akademik dan
Kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menekankan keseimbangan perkembangan generasi dari segi
jasmani,emosi,rohani,intelek dan social.
11

3.3 Mewujudkan semangat kerjasama ,setia kawan dan bersatu padu antara
pelajar dan guru dalam mencapai kata sepakat yang membawa kejayaan.
3.4 Merealisasikan konsep Satu Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana
Menteri Malaysia

4.0 Objektif
4.1 Mengeratkan silaturahim antara para ahli pandu puteri dengan pemimpin.
4.2 Menyemai sikap mencintai alam semula jadi di dalam diri ahli pandu puteri.
4.3 Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar tentang kehidupan flora dan
fauna.

5.0 Jawatankuasa Pengelola


(Rujuk Lampiran 1)

6.0 Lokasi
Gunung Ledang
Taman Hutan Ledang,P.O Box 77,Batu 26,Jalan Segamat,84020 Sagil,Ledang,
Johor

7.0 Tarikh dan hari


Tarikh : 20-22 April 2012
Hari
: Jumaat Ahad

8.0 Tentatif Program


(Rujuk Lampiran 2)

9.0 Kumpulan Sasaran


9.1 30 ahli Pandu Puteri dan Renjers
9.2 10 orang pemimpin Pandu Puteri
12

(Rujuk Lampiran 3)
10.0

Anggaran Belanjawan
(Rujuk Lampiran 4)

11.0

Penutup
Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya.Malah ekspedisi ini juga
Dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada ahli-ahli pandu puteri.
Sifat setia berpasukan juga dapat diterapkan dalam hati dan jiwa ahli pandu
puteri. Harapan pihak penganjur juga agar program yang dijalankan ini dapat
memberikan kesedaran kepada pandu puteri dan renjers tentang peranan
seorang pemimpinan dan pendedahan kepada pencipta alam semulajadi.

Disediakan oleh ,

(VAISHNAVI A/P PUNUSAMY)


Setiausaha

Lampiran 1

Pengerusi
Pn.Tarmida Bt Masturi
Pengetua SMK Tan Sri Jaafar Alabar

Timb. Pengerusi
En Amdan B Embong
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Tan Sri Jaafar Albar

13

Naib Pengerusi
En Nik Fadhli Hasnen B Nik Mahmod
Penyelaras Unit Beruniform SMK Tan Sri Jaafar Alabar

Penyelaras Program/Pengurus Projek


Cik Kaayalvilli a/p Kupusamy

Pembantu Penyelaras Program/Kaunselor


Pn.Siti Farah Bt Rusli

Setiausaha
Cik Vaishnavi a/p Punusamy

Bendahari
Soundthravalli a/p Punusamy

Pemimpin Pandu Puteri dan Ranjers


Cik Siti Normazlinda Bt Amir
Cik Juliana Bt Abd Rahman
Cik Normazlianaantasha Bt Abd Razak

Pembantu Ekspedisi
Juliana Bt Abd Rahman (PemimpinPBSMM SMK Tan Sri Jaafar Albar)
En Syed Nurul Fadli B Habit Mohd Hazit(Ustaz SMK Tan Sri Jaafar Albar)

Dokumentasi dan Pelaporan


14

Cik Siti Hadijah Bt Sedil Othman

Lampiran 2

Jumaat (20/04/2012)
2.00 pm
6.30 pm
8.30 pm

Berkumpul dan bergerak dari

sekolah
Sampai ke Gunung

Ledang/pengurrusan diri/solat/rehat
Makan malam
Taklimat daripada pengurus

program
Masuk tidur

9.30 pm
10.30 pm
Sabtu (21/04/2012)

15

6.00 am
7.30 am

8.00 am

Pengurusan diri/solat/sarapan
Senaman/taklimat dari renjer
Mula mendaki Gunung
Ledang(makan tengahari di puncak

gunung)
Kemas diri/makan malam/aktiviti

bebas
Masuk tidur

Pengurusan diri/solat/sarapan
Bergerak ke kawasan riadah
Aktiviti air
Bergerak ke Tanjung Sedili,Kota

7.00 pm
10.00 pm
Ahad (22/04/2012)
6.00 am
7.30 am
8.30 am
10.00 am

Tinggi

Lampiran 3

16

17

Lampiran 4
Anggaran Belanjawan

(A) Sumber Kewangan


1) Bayaran peserta (RM150X40 orang)
2) Bantuan kokurikulum
JUMLAH
(B) Perbelanjaan
1) Pengangkutan pelajar (sebuah bas)
2) Penginapan (2 harixRM 20XRM 40 orang)
3) Makanan (3 hari 2 malam)
4) Aktiviti (Hiking)
5) Guide Mendaki
6) Kecemasanan dan Keselamatan

RM 6000
RM 1000
RM 7000

RM 1800
RM 1600
RM 1600
RM 1000
RM 760
RM 240
18

JUMLAH

RM 7000

3.0 - REFLEKSI
Syukur kepada Tuhan kerana selesai sudah saya menyiapkan tugasan Bahasa
Melayu yang berkaitan dengan kertas kerja. Semasa saya menerima tugasan ini
saya agak kabur bagaimana hendak memulakannnya seperti yang dikehendaki oleh
pensyarah penasihat.Namun,usaha yang berterusan telah menyebabkan saya
berjaya menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki.
Semasa belajar dalam kelas bersama pensyarah saya menganggap bahawa
cara-cara menghasilkan kertas kerja adalah satu perkara yang mudah.Tetapi setelah
mengkaji dengan lebih lanjut saya sedar bahawa terdapat pelbagai unsur yang perlu
diketahui untuk menguasai bahasa Melayu sepenuhnya.Saya juga sedar bahawa
bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang biasa dipelajari di
sekolah dahulu.

Saya telah memahami dengan lebih jelas definisi kertas kerja iaitu kertas kerja
boleh dibahagi kepada dua.Kertas kerja seminar dan kertas kerja projek.Kertas kerja
merupakan hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakankepada
19

pihak tertentu.Terdapat juga format-format tertentu bagi menghasilkan kertas kerja.


Bakal guru hendaklah mahir dalam format dan cara menghasilkan kertas kerja tidak
kira kertas kerja seminar mahupun kertas kerja projek. Melalui kefahaman saya,
strategi-strategi menulis kertas kerja perlu di diketahui oleh semua. Penulis hendak
mengambil berat tentang strategi menulis kertas kerja khususnya apa yang hendak
membuat sebelum , semasa dan selepas menghasilkan kerja kerja.Hal ini
kerana,untuk menghasilkan kertas kerja yang berkesan dan bermutu yang amat
baik.
Selain itu,panduan umum menulis kertas kerja perlu teliti. Sebagai contoh,
tajuk, nama penulis, abstrak, senarai rujukan, pengenalan dan sebagainya adalah
antara panduan umum yang perlu mengenalpasti oleh setiap individu yang
menghasilkan kertas kerja.
Saya berasa amat gembira kerana telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna tanpa sebarang masalah.Sepanjang menjalankan tugasan projek ini saya
telah mengalami pelbagai rintangan tetapi semuanya telah dapat saya atasi agar
tugasan dapat disempurnakan. Saya berharap segala yang telah saya dapat akan
membantu saya untuk lebih menguasai mata pelajaran bahasa Melayu pada masa
akan datang. Segala susah senang serta pengalaman yang telah saya dapat akan
saya manfaatkan apabila mula mengajar nanti.

20

4.0 - RUJUKAN

1. Bahasa Melayu Kontekstual/editor: Khairuddin Mohammad [et al.]Oxford Fajar


Sdn.Bhd 2012.
2. http://caeser-rio.blogspot.com/2011/09/definisi-kertas-kerja.html (01/08/2012)
3. http://caeser-rio.blogspot.com/search/label/bm%20kontekstual (01/08/2012)
4. http://id.shvoong.com/business-management/accounting/2175617-pengertiankertas-kerja/#ixzz22IROryNX (01/08/2012)
5. Bahasa Melayu Karangan(SPM) , Penerbitan Cerdik Sdn.Bhd 2011. (03/08/2012)
6. SMK Tan Sri Jaafar Albar Tanjung sedili , Kota Tinggi. Contoh kertas kerja :
Expedisi Mendaki Gunung Ledang Anjuran Pandu Puteri.
7. Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP/Habibah Bt Mohd Samin [et al]
Kumpulan Budiman Sdn Bhd

5.0 - RUMUSAN

21

Secara rumusnya , teknik penulisan kertas kerja wajar diketahui oleh bakal guru kerana
dalam melaksanakan tugas sebagi pendidik di sekolah , sudah tentuguru akan
berhadapan dnagn pelbagai program yang perlu dilaksanakan selain tugas mengajar di
dalam bilik darjah . Selain itu , guru juga kemukinan besar akan membimbing pelajar
menyediakan kertas kerja seperti kertas kerja seminar mahupun kertas kerja
projek.Maka , pengetahuan guru dalam hal berkenaan sangat peting dan guru perlu
mempunyai pengetahuan yang amat luas terhadap kertas kerja . Sebagai contoh , guru
penasihat unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS) , sudah tentu memerlukan
guru merancang untuk melaksanakan sesuatu projek bagi menjayakan persatuan
tersebut .Oleh itu , ahli ahli KRS akan menghasilkan satu kertas kerja dengan
bimbingan guru guru penasihat . Maka , semua guru perlu mempunyai pengetahuan
yang luas terhadap penghasilan kertas kerja.

22

6.0 - LAMPIRAN

23

You might also like