You are on page 1of 37

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan :.....................................................................................

Nama Penulis : HO WEOI CHUN

Tarikh : 17 FEBRUARI 2013

1
PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan


kepada semua pihak yang telah memberi teguran dan cadangan membina. Terima
kasih daun keladi disampaikan kepada ENCIK AZNAN BIN MAT AKHIR selaku
pensyarah pembimbing kursus BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU
3107), yang telah bertungkus-lumus bersama-sama kami membincangkan tentang
perkaitan topik EDU3107 dalam kehidupan seharian, isu-isu yang berkaitan dengan
bimbingan dan kaunseling di sekolah, serta memberi kami pelbagai maklumat
tentang tugasan ini daripada pelbagai aspek.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada rakan-rakan


seperjuangan saya yang sama ada telah memberi ulasan secara bertulis atau
menyertai perbincangan dalam pembentangan yang diadakan. Segala ulasan dan
cadangan mereka telah diberi pertimbangan yang serius. Demikian juga, saya
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan
saya atas sokongan dan galakan mereka kepada saya.

Terima Kasih.

2
ISI KANDUNGAN

HALAMAN PENGAKUAN........................................................................................... 1
PENGHARGAAN...................................................................................................... 2
ISI KANDUNGAN...................................................................................................... 3
PENGENALAN......................................................................................................... 4
BAHAGIAN A........................................................................................................... 5
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR.....................6
ORIENTASI PERKEMBANGAN............................................................................ 7
ORIENTASI PENCEGAHAN................................................................................ 8
ORIENTASI PEMULIHAN.................................................................................... 8
ORIENTASI KRISIS............................................................................................ 8
BAHAGIAN B........................................................................................................... 9
CABARAN GURU BIASA SEBAGAI SEORANG GURU PEMBIMBING SEKOLAH........10
BAHAGIAN C......................................................................................................... 15
PENGENALAN.................................................................................................... 16
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PEMUSATKAN PERORANGAN DAN TERAPI
RASIONAL EMOTIF............................................................................................. 18
PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA.......................................................18
PERWATAKAN KAUNSELOR............................................................................ 23
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN APLIKASI TEORI................................................28
RUMUSAN............................................................................................................ 32
REFLEKSI............................................................................................................. 33
RUJUKAN............................................................................................................. 34
LAMPIRAN A : BORANG KOLABORATIF...................................................................35

3
PENGENALAN

Bimbingan dan Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan


membantu yang sistematik berpandukan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh
kaunselor yang profesional bagi membantu perkembangan peribadi klien yang positif
dan menyeluruh. Khidmat bimbingan dan kaunseling adalah dilakukan secara
sukarela dan boleh berterusan sepanjang hayat.

Kaunseling menrangkumi khidmat nasihat namun kaunselor tidak sesekali


membuat pilihan untuk klien kerana hanya klien yang tahu perkara yang baik untuk
dirinya setelah menerima nasihat daripada kaunselor. Khidmat kaunseling sering
disalahfahamkan dengan perkara yang negatif tetapi sebenarnya khidmat
kaunseling lebih kepada proses membimbing iaitu membantu klien mengetahui lebih
dalam tentang diri sendiri dan membuat pilihan yang tepat supaya dapat
berkembang secara positif dan menyeluruh.

Kaunseling bukan sekadar nasihat iaitu kaunselor memberi maklumat dan


klien hanya mendengar tetapi hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala.
Contohnya, kaunselor cuba memahami klien dan klien memerihalkan masalah
mereka melalui komunikasi dua hala yang merangkumi proses refleksi dan
kemahiran menyoal kaunselor.

Oleh itu, dalam tugasan ini saya perlu mendalami lebih banyak tentang
khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah praktikum saya iaitu Sekolah
Kebangsaan Singkir. Saya juga perlu membuat laporan tentang khidmat bimbingan
dan kaunseling berdasarkan 4 aspek dalam khidmat bimbingan dan kaunseling.
Dalam tugasan ini saya akan berpeluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
saya tentang khidmat bimbingan dan kaunseling seperti pengurusan bilik kaunseling,
bidang tugas kaunselor, dan aktiviti yang dijalankan oleh unit bimbingan dan
kaunseling.

4
BAHAGIAN
A

5
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR

Semasa menjalani program Praktikum selama tiga bulan di Sekolah


Kebangsaan Singkir, saya dan rakan-rakan saya dikehendaki bertemu dengan guru
bimbingan & kaunseling sekolah tersebut. Fokus perbincangan kami adalah tentang
4 aspek yang terdapat dalam Orientasi Khidmat Bimbingan & Kaunseling (Mok
Sooon Sang, 2011, ms.22). Setelah melakukan beberapa sesi bertemu bual dan
soal jawab dengan guru bimbingan & kaunseling atau lebih dikenali sebagai
kaunselor sekolah tersebut iaitu Puan XXX, kami telah mendapat pelbagai maklumat
berkaitan setiap aspek orientasi perkhidmatan dan contoh-contohnya. Terdapat
empat aspek dalam orientasi khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah iaitu:

ORIENTASI
ORIENTASI ORIENTASI ORIENTASI
PERKEMBANG
PENCEGAHAN PEMULIHAN KRISIS
AN

Rajah 1: Orientasi Khidmat Bimbingan & Kaunseling

6
ORIENTASI PERKEMBANGAN

Menurut guru kaunseling sekolah, setiap aspek dalam orientasi khidmat


bimbingan dan kaunseling merupakan langkah untuk memberi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling secara berperingkat. Bagi peringkat awal, orientasi yang
digunakan adalah orientasi perkembangan dimana program bimbingan dan
kaunseling yang dijalankan akan dirancang dengan rapi dan melibatkan semua
murid. Pada peringkat ini, murid memerlukan pelbagai maklumat tentang
perkembangan diri untuk mengenal pasti keperluan mereka di alam sekolah serta
berpeluang mengenal diri dan orang lain sebelum sebarang masalah timbul.

Antara program yang pernah dijalan di Sekolah Kebangsaan Singkir adalah


ceramah kesedaran ANTI-DADAH, ceramah kesedaran ANTI-ROKOK, ceramah
kesedaran ANTI-VANDALISME dan ceramah kesedaran ANTI-GANGSTERISM.
Ceramah-ceramah ini merupakan salah satu perkhidmatan orientasi perkembangan
yang sering dijalankan di sekolah rendah. Perkara ini kerana melentur buluh, biar
dari rebungnya dimana pihak sekolah bertanggungjawab dan memainkan peranan
yang penting dalam mendidik anak bangsa bermula daripada tahap sekolah rendah.

Tujuan orientasi perkembangan ini adalah hanya untuk memberi maklumat


kepada murid tentang punca dan kesannya jika mereka melakukan sesuatu perkara
yang memudaratkan masa hadapan mereka atau salah disisi undang-undang.
Melalui maklumat ini murid harus sedar dan mampu berfikir secara rasional dan kritis
tentang perkara yang harus dilakukan dan perkara yang patut dihindari.

Selain itu, menurut kaunselor di sekolah, ceramah seperti ceramah


pengurusan kendiri juga pernah dijalankan bagi meningkatkan kemampuan murid
untuk berdikari dan menguruskan diri mereka. Pengurusan kendiri adalah langkah
yang paling asas untuk murid belajar hidup secara berdikari. Pengurusan kendiri
merupakan aktiviti rutin iaitu perkara yang dilakukan hampir setiap hari dan melalui
pengurusan yang sistematik murid dapat berasa lebih selesa dan yakin dengan
penampilan mereka.

Konferensi keluarga atau ibubapa juga merupakan salah satu program yang
boleh dijalankan di bawah aspek perkembangan dalam khidmat bimbingan dan

7
kaunseling. Mendidik seorang anak murid bukan sahaja tugas atau tanggungjawab
seorang guru tetapi ibubapa juga perlu memainkan peranan yang penting dalam
mendidik anak mereka. Contohnya, program perjumpaan waris yang diadakan oleh
pihak sekolah ke atas murid Tahun 6 pada XXX amat bagus dan berjaya kerana
kerjasama yang diberi oleh semua ibubapa atau penjaga murid.

Ibubapa yang sanggup meluangkan masa untuk mengambil tahu dan prihatin
tentang anak mereka adalah sangat membantu dalam proses bimbingan dan
kaunseling. Sokongan yang diberi oleh ibubapa amat bermakna kepada guru untuk
mendidik anak mereka kerana guru berasa lebih dihargai dan yakin semasa
bertugas. Contohnya, jika ibubapa terlalu manjakan anak mereka dan sering gagal
untuk berjumpa dengan guru akan menyebabkan hubungan antara guru dan
ibubapa menjadi tidak mesra dan mungkin menyebabkan salah faham.

Tiada ibubapa yang inginkan keburukkan kepada anak mereka tetapi mereka
perlu sedar bahawa tindakan yang dilakukan oleh mereka akan mempengaruhi
hidup anak mereka kelak. Oleh itu, guru dan ibubapa perlu bekerjasama dan
mewujudkan hubungan mesra supaya dapat memantau dan membantu
perkembangan murid ke arah yang positif.

ORIENTASI PENCEGAHAN

ORIENTASI PEMULIHAN

ORIENTASI KRISIS

8
BAHAGIAN
B
(PENULISAN REFLEKTIF)

9
CABARAN GURU BIASA SEBAGAI SEORANG GURU PEMBIMBING SEKOLAH

Setelah berbincang dengan guru khidmat bimbingan dan kaunseling sekolah,


saya telah berjaya memahami perkara berkaitan khidmat bimbingan dan kaunseling
dengan lebih mendalam. Perkongsian pengalaman dan pengetahuan kaunselor
sekolah adalah amat berharga dan bermakna kepada saya kerana mampu memberi
maklumat yang banyak dan berguna kepada saya dalam aspek bimbingan dan
kaunseling yang mungkin akan diperlukan pada masa hadapan.

Melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman kaunselor sekolah, saya


berupaya untuk melihat dengan lebih jelas tentang penglibatan guru pembimbing
dalam khidmat bimbingan dan kaunseling. Sebagai contoh, guru pembimbing juga
perlu bertugas sebagai salah seorang guru biasa yang perlu menjalankan sesi
pegajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mengikut jadual waktu yang
disediakan.

Tanggungjawab seorang guru bukanlah saja sebagai seorang pengajar tetapi


juga sebagai seorang pendidik. Oleh itu, amanah yang diberikan kepada seorang
guru adalah amat besar dan perlu sentiasa dititikberatkan supaya guru dapat
mendidik murid menjadi individu yang cemerlang akademik dan sahsiahnya. Antara
tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh seorang guru biasa sekolah adalah:

merekod kehadiran murid,


menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,
menguruskan perkara seperti profil murid dan fail perkembangan murid,
melibatkan diri dalam aktiviti sekolah seperti menghadiri mesyuarat, aktiviti
kokurikulum, dan majlis sambutan hari perayaan
mendidik murid dari pelbagai aspek supaya menjadi insan yang seimbang
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya.

Bagi menjayakan sebarang aktiviti yang diadakan di peringkat sekolah, guru


perlu sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan. Perkara ini berlaku kerana
guru merupakan tenaga pekerja utama bagi sesebuah sekolah. Jika guru gagal
untuk memberikan bantuan maka akan berlaku perselisihan faham antara guru, dan
menyebabkan wujudnya suasana bekerja yang tidak selesa dan produktif. Situasi ini
akan menjadikan murid-murid sekolah tersebut sebagai mangsa kerana guru akan

10
menjadi kurang berminat untuk meluahkan pendapat mereka serta mengelak
daripada melakukan kerja yang banyak dan membebankan.

Namun, seorang guru yang komited pasti akan menjalankan


tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang alasan yang tidak
munasabah. Guru pembimbing juga bertugas sebagai seorang guru biasa akan
tetapi selalunya mereka akan diberi waktu pengajaran yang lebih kurang daripada
guru biasa yang lain. Perkara ini berlaku kerana guru pembimbing perlu memikul
tanggungjawab yang lebih banyak selain daripada tanggungjawab sebagai seorang
guru biasa. Sebagai contoh, seorang guru pembimbing memerlukan masa yang
mencukupi untuk menguruskan bilik kaunseling supaya sesuai untuk menjalankan
sesi bimbingan dan kaunseling serta sentiasa bersedia untuk berjumpa dengan
murid yang menghadapi masalah.

Biasanya setiap sekolah akan mempunyai seorang kaunselor yang akan


menguruskan perkara yang berkaitan dengan khidmat bimbingan dan kaunseling.
Walaupun sekolah boleh menjemput kaunselor dari luar tetapi kebanyakan kes yang
berlaku dalam kawasan sekolah perlu diuruskan oleh kaunselor sekolah melainkan
kes-kes yang tertentu sahaja. Perkara ini menyebabkan guru pembimbing perlu
melakukan kerja yang banyak secara berseorangan. Justeru, antara cabaran
seorang guru pembimbing adalah menguruskan tekanan kerja dan masanya dengan
sistematik supaya tidak berlaku tekanan atau stress yang memudaratkan kesihatan
diri.

Malangnya, bukan semua perkara adalah sempurna dan sistem di sekolah


juga tidak dikecualikan. Masih terdapat guru pembimbing di sekolah tertentu yang
perlu melakukan kerja yang sama banyak dengan guru biasa disamping memikul
tanggungjawab sebagai seorang kaunseor sekolah. Perkara ini biasanya berlaku
kerana kekurangan tenaga kerja guru dalam sekolah tersebut. Selain itu, tenaga
kerja guru pembimbing sekolah perlulah mengikut bilangan murid yang terdapat
dalam sekolah tersebut supaya pengurusan khidmat bimbingan dan kaunseling
dapat dikendalikan dengan lebih berkesan dan sistematik.

Selain itu, tugas seorang guru pembimbing juga merangkumi pelbagai bidang
yang memerlukan kepakarannya. Antara tugas-tugas seorang guru pembimbing dan
kaunseling adalah:

11
meluangkan masa untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada
murid yang menghadapi masalah.
mengadakan sesi ceramah kesedaran seperti ceramah anti-dadah,
ceramah anti-rokok, ceramah anti-HIV, ceramah anti-gangsterism dan
ceramah anti-vandalisme.
mengadakan kem membina personaliti dan konsep kendiri murid seperti
kem jati diri, kem motivasi UPSR dan kem lawatan sambil belajar ke
universiti.
menguruskan bilik kaunseling supaya sesuai untuk mengadakan sesi
bimbingan dan kaunseling.
memberi maklumat dan nasihat kepada murid dalam memilih kerjaya dan
memahami kekuatan dan kelemahan diri.
berkomunikasi dengan pihak sekolah dan ibubapa dalam mengawasi
perkembangan murid.

Setelah memahami tentang tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh guru biasa
dan guru pembimbing, saya berpendapat bahawa seorang guru pembimbing yang
profesional dan komited dapat melakukan kerja sebagai guru biasa dan guru
pembimbing tanpa sebarang masalah jika dibekalkan dengan masa mencukupi.

Guru perlu berfikir secara positif dan bertindak dengan bijak dalam
menangani situasi sebegini. Guru perlu mempunyai kemahiran menguruskan masa
dengan sistematik dan teratur. Tindakan seperti serampang dua mata boleh
dilakukan oleh guru iaitu sambil mengajar, guru boleh memerhatikan trend tingkah
laku murid yang terkini. Sebagai seorang guru pembimbing, guru perlu memahami
tingkah laku murid dan latar belakang murid seperti kelompok rakan yang terdapat
dalam bilik darjah. Maklumat ini boleh digunakan oleh guru jika berlaku sebarang
kejadian yang tidak diingini seperti kes buli, pergaduhan, pertelingkahan dan
sebagainya.

Di dalam kawasan sekolah yang muridnya tidak begitu ramai seperti di


Sekolah Kebangsaan Singkir ini, pengurusan khidmat bimbingan dan kaunseling
dapat dijalankan dengan lebih baik dan sistematik. Guru pembimbing juga mampu
berkhidmat sebagai guru biasa kerana faktor bilangan murid yang kecil. Selalunya,
murid yang bermasalah bukanlah majoriti tetapi minoriti dan guru pembimbing

12
mampu untuk memberi khidmat bimbingan dan kaunseling yang sepatutnya kepada
murid tanpa sebarang masalah.

Selain itu, guru biasa juga bertanggungjawab untuk menyemak dan


memeriksa buku kerja murid. Daripada semakan yang dilakukan, guru mampu
bertindak sebagai guru pembimbing dengan mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan murid serta memberi cadangan penambahbaikan kepada murid tersebut.
Kaedah refleksi juga sering digunakan oleh guru dalam membimbing murid
membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Contohnya, sekiranya murid
melakukan kesilapan dari segi akademik, guru menyemak buku kerjanya dan
menyuruhnya melakukan refleksi iaitu pembetulan. Jika murid tersebut masih
menghadapi masalah, maka guru boleh mengambil tindakan yang lebih lanjut iaitu
menjalankan aktiviti pemulihan ke atas murid tersebut.

Seterusnya, khidmat bimbingan dan kaunseling bukan sahaja memberi fokus


kepada kecemerlangan dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang
kokurikulum. Oleh kerana faktor seperti latar belakang keluarga dan status
sosioekonomi yang rendah, bukan semua murid yang mampu untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik. Disebaliknya, golongan murid ini lebih
cenderung untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum. Mereka lebih
giat dan aktif dalam kegiatan kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah seperti
aktiviti Sukan Ria, Merentas Desa, Sukan Tahunan, dan Pertandingan Sukan
Peringkat Sekolah, Daerah dan Negeri.

Oleh itu, guru juga perlu memberi perhatian dalam mengenal pasti bakat-
bakat yang terpendam dalam muridnya sebelum mereka berputus asa. Perkara ini
sering berlaku kerana kebanyakan murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum
tetapi gagal dalam bidang akademik akan menganggap dirinya gagal dalam
kehidupannya atas faktor tekanan daripada keluarga dan persekitarannya. Disini
guru berperanan untuk memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada murid-murid
ini supaya mereka sedar dan memahami situasi mereka dengan lebih jelas. Mereka
perlu sedar bahawa walaupun mereka tidak mampu meneruskan akademik, mereka
masih boleh mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.

Guru dianggap sebagai ibubapa kedua murid kerana mereka sentiasa prihatin
dan mengambil berat tentang perkembangan murid mereka sebagaimana ibubapa

13
melayan anak mereka. Guru boleh memberi dorongan kepada murid supaya
mencapai kejayaan dalam bidang sukan yang juga merupakan salah satu bidang
yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Sebagai contoh,
walaupun pencapaian akademik murid hanya pada tahap memuaskan, mereka yang
cemerlang dalam bidang sukan seperti badminton, bola sepak dan lain-lain boleh
meneruskan kegiatan sukan mereka di institusi yang memberi fokus kepada bidang
sukan seperti Sekolah Sukan Malaysia (SSM).

Justeru, murid mampu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan
memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Dengan bimbingan guru,
murid akan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik daripada membuat pilihan
sendiri secara membabi-buta yang mempertaruhkan nasib kehidupan sendiri. Murid
yang gagal membuat pilihan yang betul akan cenderung untuk menjadi insan yang
sentiasa menggunakan masa lapangnya untuk melakukan kegiatan haram seperti
merempit, melepak dan lain-lain.

Sebagai kesimpulan, saya berpendapat bahawa tugas guru adalah sangat


mulia dan berat tanggungjawab yang perlu dipikulnya. Tugas guru sebagai
pembimbing bukan suatu perkara yang boleh dilantik tetapi ia lahir daripada naluri
semula jadi setiap guru. Oleh itu, guru bukan sekadar seorang pengajar tetapi
seorang pendidik yang mendidik supaya wujudnya insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya serta mampu memberi sumbangan
kepada masyarakat dan negara.

14
BAHAGIAN
C

15
PENGENALAN

TEORI PEMUSATKAN PERORANGAN (CARL ROGERS)

Teori Pemusatkan Perorangan telah dipelopori oleh Carl Rogers dalam


bukunya, Counseling and Psychotherapy pada tahun 1942. Dalam teorinya,
manusia dianggap sebagai aktif, bersedia membaiki diri, dan mempunyai tujuan.
Perkara ini menggambarkan bahawa manusia mampu bertindak sendiri mengikut
pembawaan semula jadinya.
Pandangannya merupakan teori kaunseling tidak berarah dimana dalam
proses bimbingan dan kaunseling, kaunselor meletakkan tanggungjawab asas untuk
mencari penyelesaian kepada masalah klien. Menurutnya, tugas kaunselor lebih
kepada pembekal maklumat sahaja tanpa membuat sebarang keputusan bagi pihak
klien dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Teori Pemusatkan Perorangan ini memberi penekanan kepada usaha
mewujudkan suasana yang selesa dan sesuai untuk membina hubungan erat antara
kaunselor dan kliennya. Kaunselor hanya berperanan sebagai pemudah cara dalam
pembentukan kendiri klien iaitu dengan membantu klien menyedari keupayaan dan
kekuatannya sendiri untuk menyelesaikan masalah.
Pada mulanya Carl Rogers lebih memberi tumpuan kepada kaunseling
individu dan psikoterapi. Seterusnya ia dikembangkan menjadi teori personaliti yang
sistematik dan digunakan dalam kaunseling individu. Pendekatan ini akhirnya ditukar
menjadi Terapi Pemusatan Klien (Rogers,1951).

TERAPI RASIONAL EMOTIF (ALBERT ELLIS)

Terapi Rasional Emotif telah dipelopori oleh Albert Ellis hasil daripada
gabungan terapi-terapi kemanusian, fisolofikal dan tingkah laku. Dalam teorinya, ia
memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku.
Pendekatan terapi ini bercorak deduktif dan mengutamakan kemahiran berfikir
daripada kepercayaan yang tidak rasional.
Teori ini menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kepercayaan yang
tidak rasional dan ia perlu diperbetulkan supaya menjadi baik dan rasional. Prinsip
terapi ini adalah berfikir dan bertindak secara rasional tanpa bersikap terburu-buru

16
mengikut perasaan dalam menyelesaikan masalah yang sedang atau bakal
dihadapi.
Teori ini juga membuat andaian bahawa setiap individu mempunyai
kebolehan bertindak secara rasional atau tidak rasional. Contohnya, tingkah laku
yang dianggap rasional adalah tingkah laku yang memberi kesan positif dan
produktif manakala tingkah laku yang dianggap tidak rasional adalah tingkah laku
yang mendatangkan hasil yang tidak baik. Dalam teori ini, kaunselor memainkan
peranan yang penting dalam mendidik dan membetulkan pemikiran klien.

PERBANDINGAN ANTARA TEORI PEMUSATKAN PERORANGAN DAN TERAPI


RASIONAL EMOTIF

PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA

17
TEORI TERAPI
PEMUSATKAN RASIONAL
PERORANGAN EMOTIF

Manusia dilahirkan
Manusia pada semula
dengan keupayaan
jadinya bersifat
untuk berfikiran
positif, boleh
secara rasional dan
dipercayai
tidak rasional.

Berupaya
berkembang secara
positif ke arah Hubungan emosi dan
mencapai pemikiran manusia
pembenaran kendiri adalah berhubung
jika wujudnya rapat dan tidak boleh
suasana yang sesuai untuk dipisahkan.
dan saling
mempercayai.
Menolak tanggapan
bahawa mausia perlu Manusia mempunyai
diarah, didorong, keupayaan untuk
diajar, didera, diberi mengubah proses-
ganjaran, dikawal proses kognitif,
dan kehidupannya emotif dan tingkah
diurus oleh orang lakunya
lain.

Manusia memerlukan
perhubungan dan Manusia mudah
interaksi dengan terganggu kerana
individu yang lain mudah dipengaruhi
untuk mengetahui dan diperdaya
tentang persepsi diri

Tingkah laku dan


penyesuaian diri
terhadap keadaan
persekitaran adalah
bergantung kepada
persepsi kepada diri
dan persekitaran.

Bagi ketiga-tiga teori ini juga mempunyai perbezaan dari aspek konsep . Bagi
teori pemusatan perorangan yang dipelopori oleh Carl Rogers, ianya lebih
menekankan tentang pengalaman, perasaan dan interaksi. Ketiga-tiga aspek
ini sangat berkait rapat antara satu sama lain bagi membolehkan seseorang itu

18
mencapai kesempurnaan kendiri. Sebagai contoh, dengan cara interaksi
dengan orang lain, seseorang itu dapat mengetahui mengenai persepsi
tentang diri sendiri. Namun begitu, masalah-masalah juga akan wujud
disebabkan konflik yang timbul antara diri sendiri dengan pengalaman-
pengalaman hidup individu tersebut. Contohnya individu itu ingin berubah
menjadi seorang insan yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, tetapi
disebabkan oleh sikapnya dahulu yang selalu membocorkan rahsia rakan-
rakannya dia sering diejek oleh mereka. Akibat daripada pengalaman lampau
itu, dia terpaksa menghadapi masalah untuk berubah menjadi lebih baik.
Teori ini juga menekankan tentang perasaan seseorang seperti perasaan untuk
menpercayai seseorang. Contohnya, individu itu akan rasa selesa untuk
berkongsi masalahnya jika dia diberi penerimaan dan penghormatan daripada
individu lain.

Berbeza bagi Terapi Rasional Emotif (REBT) pula ianya menekankan


konsep pemikiran rasional dan pemikiran tidak rasional. Menurut Ee Ah Meng
dalam buku Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menyatakan bahawa
manusia perlu mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak
rasional. Teori ini lebih bersifat kognitif apabila memerlukan seseorang itu untuk
berfikir dan memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional. Pemikiran yang tidak
rasional ini berlaku apabila individu tersebut menerapkan idea-idea yang tidak
rasional ke dalam sistem kepercayaan mereka. Contoh bagi pemikiran tidak
rasional ialah seseorang itu rasa ingin disayangi oleh semua orang. Pemikiran
ini boleh diubah menjadi rasional apabila kita mengubah daripada idea yang
tidak rasional kepada yang lebih rasional seperti menganggap bahawa
seseorang itu tidak perlu untuk mendapatkan kasih sayang daripada semua
orang namun dia sendiri boleh mengamalkan amalan kasih sayang seperti
me mberikan kasih sayangnya terhadap orang lain ataupun benda lain.

Hurai perbandingan

Pandangan teori terhadap manusia

1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita dengan orang-
orang lain.
2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya.

19
3. Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep kendiri dengan
pengalaman-pengalaman yang lalu.
4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk berkongsi
masalahnya.

4.4 Perbandingan Pandangan Terhadap Sifat Semulajadi Manusia


Menurut Suradi Salim Dr dalam buku Bimbingan dan Kaunseling
menyatakan bahawa bagi teori pemusatan perorangan mereka
menganggap manusia mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai
keinginan untuk berfungsi penuh. Berfungsi penuh di sini bermaksud
manusia itu mempunyai pelbagai kebolehan dan dia menggunakan
keupayaannya untuk melakukan sesuatu itu dengan sebaiknya.
Selain itu, jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas,
dia akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang
positif dan berjaya. Ini bermaksud bahawa jika seseorang manusia itu
dibesarkan di dalam persekitaran yang positif seperti dibesarkan oleh
keluarga yang latar belakangnya baik, individu tersebut akan menjadi seorang
yang baik dan berjaya. Suradi Salim Dr juga menyatakan bahawa
pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya
menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Ini bermaksud
bahawa seseorang itu memerlukan pandangan orang lain dalam menentukan
tingkah lakunya. Contohnya, andai ada orang memuji tindaknnya maka dia
akan lebih yakin dan member kepuasan peribadi kepada dirinya. Selain itu,
bagi teori pemusatan perorangan ini mereka mengatakan bahawa persepsi
seseorang tentang diri dan persekitarannya merupakan realiti baginya iaitu
seseorang itu menganggap sesuatu yang berlaku di persekitarannya merupakan
realiti.
Hal ini berbeza dengan Teori Emosi Rasional yang dipelopori oleh
Albert Ellis di mana menurut Patterson (1980, dipetik dari
Muhd.Mansur Abdullah) dalam buku kaunseling teori, proses dan kaedah
menyatakan tujuh bentuk kemanusiaan yang menurut Ellis boleh menjadikan
seseorang manusia itu kadang-kadang tidak gembira, emosinya terganggu dan

20
sebagainya ialah seseorang itu bersifat rasional dan tidak rasional yang
begitu unik. Disini Ellis ingin menjelaskan bahawa apabila seseorang itu
berfikir dan berkelakuan rasional, dia akan berkesan, gembira dan mampu.
Bentuk Kemanusiaan yang lain menurut Ellis ialah emosi atau gangguan
psikologi adalah akibat daripada ketidakrasionalan dan ketidaklojikan
seseorang itu berfikir. Ini bermaksud bahawa emosi ini selalunya diikuti oleh
berfikir dengan berkesan, berat sebelah, prejudis, berfikir tidak rasional dan
sombong serta bongkak. Seterusnya, Patterson juga menggariskan fikiran
yang tidak rasional yang terdapat pada peringkat awal pembelajaran adalah
tidak logik yang mana seseorang itu menyusun biologikalnya ke arah lebih
teratur daripada ibu bapa mahupun budayanya. Hal ini bermaksud dalam
proses membesar, kanak-kanak diajar berfikir dan merasakan sesuatu
tentang dirinya dan orang lain. Semuanya akan bersekutu dengan idea yang
baik dan menjadi emosi positif. Contohnya, cinta atau seronok yang bersekutu
atau bercampur dengan emosi tidak baik akan menjadi emosi negative
seperti pedih dan hiba. Sifat-sifat lain yang telah digariskan oleh Patterson
ialah insan adalah haiwan yang berkata-kata yang selalunya berfikir
melalui penggunaan symbol-simbol atau bahasa. Hal ini dapat dijelaskan
dengan manusia berfikir dengan menggunakan emosi, maka seseorang itu
akan terganggu dan akan menerima dan melayan gangguan- gangguan itu
serta meneruskan tingkah laku yang tidak logik oleh pengucapan dalaman
bagi idea dan pemikiran-pemikiran yang tidak rasional. Patterson juga
menggariskan dengan meneruskan gangguan emosi, boleh menghasilkan
pengucapan diri yang mana diputuskan bukan oleh keadaan luaran atau
perkara luaran yang bersekutu dalam satu kurungan ayat-ayat mengenai
mereka itu. Disini menurut Patterson, Ellis menekankan bahawa ia
bukanlah situasi mereka sendiri yang mencipta keraguan dan tidak balas
yang tidak elok tetapi ia adalah pengamatan seseorang itu bagi keadaan-
keadaan yang kurang elok. Yang keenam pula, Patterson menggariskan
seseorang itu mempunyai sumber- sumber terlalu besar dan luas sehingga
tidak tersambungkan bagi menentukan kemungkinan masa depannya dan
boleh mengubah arah tujuan peribadi dan masyarakatnya. Disini Ellis melihat
seseorang itu sebagai unik dan mempunyai kuasa mengetahui sekatan-
sekatan hadnya, menukarkan asas pandangan dan nilai-nilai bahawa

21
individu itu adalah tidak kritikal menerimanya sebagai seorang kanak-kanak ,
dan mencabar kecenderungan kekalahan diri. Hal ini kerana mereka boleh
berfikir dan bekerja sehingga mereka benar-benar menjadikan diri mereka
itu berlainan sama skali. Yang ketujuh atau terakhir yang digariskan oleh
Patterson ialah pemikiran dan kekalahan diri serta emosi seharusnya
ditentang oleh organisasi pengamatan dan fikiran semula supaya fikiran menjadi
logik dan rasional. Hal ini kerana matlamat kaunseling itu sendiri memperlihatkan
pada klien bahawa pengucapan dalam diri itu adalah sumber kepada
gangguan emosi tidak lojik dan tidak rasional serta melurus semula fikiran
itu keluar.
Jika dibandingkan dengan Behaviorisme pula pandangan behaviorisme
terhadap manusia ialah menurut Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan
Taquddin Abd Mukti (2011) di dalam buku Bimbingan dan Kaunseling
menyatakan semua tingkah laku adalah disebabkan oleh alam sekitar
(rangsangan). Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka mengandaikan bahawa
alam sekitar iaitu keadaan sekeliling memainkan peranan penting dalam
membentuk tingkah laku seseorang. Selain itu, mereka juga mengatakan tingkah
laku adalah dibentuk oleh konsekuennya (gerak balas) dan tingkah laku yang
diteguhkan akan berulang. Sebagai contoh, seorang murid membuang sampah
di dalam longkang ,guru meminta murid tersebut membuang sampah ke dalam
tong sampah dan guru memuji murid tersebut. Pada masa akan datang murid
tersebut pasti akan membuang sampah di dalam tong sampah. Menurut mereka
juga peneguhan positif adalah lebih baik daripada peneguhan negatif dan
peneguhan hendaklah diadakan selepas sahaja tingkah laku itu berlaku. Oleh
itu,dalam konteks pendidikan, guru mestilah peka dan membanyakkan
peneguhan positif berbanding peneguhan negatif dan guru juga haruslah
memberikan peneguhan sejurus selepas tingkah laku berlaku dan tidak boleh di
tangguhkan kerana ianya tidak akan mendatangkan kesan kepada murid. Yang
terakhir pandangan behaviorisme terhadap sifat semulajadi manusia ialah
peneguhan boleh dalam bentuk kebendaan atau pujian. Hal ini kerana murid
akan berasa dihargai apabila diberikan sesuatu benda atau pujian seterusnya
mereka akan mengulangi tingkah laku yang telah di beri peneguhan.
Oleh itu jelaslah bahawa ketiga-tiga teori ini memberikan pandangan yang
berbeza mengenai pandangan mereka terhadap manusia dan dalam konteks

22
pendidikan guru haruslah bijak memilih untuk menggunakan teori yang
bersesuaian.

PERWATAKAN KAUNSELOR

23
TEORI
PEMUSATKA TERAPI
N RASIONAL
PERORANGA EMOTIF
N
perlu cerdik,
berfungsi sebagai berpengetahuan
fasilitator luas, emphatik,
tekal, berfikiran
saintifik dan
berminat untuk
mewujudkan menolong orang.
suasana yang
sesuai dan
selesa supaya kaunselor
klien berasa bersikap aktif
bebas untuk dalam usaha
meneroka mana- mencabar,
mana aspek diri menunjuk dan
menyoal
membantu klien
supaya tidak
bersifat bersikap
'membela diri' mengarah dalam
pada tingkah pendekatannya
lakunya
membantu klien
melihat dirinya memahami
sama taraf kepercayaan
dengan klien dan tidak rasional
berusaha dan
bersama-sama membetulkan
pemikiran klien

kaunselor perlu
bersikap jujur, mengajar klien
ikhlas, dan boleh idea dan
dipercayai alternatif baru

mampu
menerima tanpa
syarat dan
berasa empati

24
Menurut Lee Keok Cheong (et al) (2011) melalui buku Bimbingan dan
Kaunseling Kanak-Kanak menyatakan bagi asas teknik pemusatan
perorangan adalah mewujudkan suatu perhubungan empatik antara kaunselor
dengan klien. Kaunselor boleh menggunakan teknik seperti refleksi perasaan
iaitu kaunselor memberi refleksi mengenai perasaan yang dialami oleh klien.
Selain itu, kaunselor juga haruslah mendengar masalah klien dengan penuh
minat dan simpati. Hal ini supaya klien dapat merasai perasaan penerimaan
kaunselor untuk mendengar masalah beliau. Selain itu, perhubungan kaunseling
harus dipenuhi dengan kemesraan, kefahaman dan kepermisifan. Kepermisifan itu
menggalakkan pembentukan celik akal yang menyebabkan perubahan
tingkah laku. Tambahan lagi bagi teori pemusatan perorangan ini kaunselor
perlu meletakkan tanggungjawab kepada klien untuk tindakan, pemikiran dan
keputusan. Dalam hal ini kaunselor hanya bertindak sebagai penunjuk jalan
kepada penyelesaian masalah yang dihadapi oleh klien teapi kaunselor tidak
mempunyai hak untuk mengarah klien mengikut keputusan atau cadangan
penyelesaian yang diberikan. Selain itu, kaunselor juga perlu mempunyai
perasaan empati dan bertolak ansur dimana kaunselor cuba menyelami dunia
klien serta menghayati perasaan yang sedang dirasainya ketika itu dan
kaunselor memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir berasa dan
bertindak.

Hal ini lain pula bagi Teori Emosi Rasional di mana Albert Ellis telah
memberikan beberapa teknik iaitu teknik kognitif, teknik emotif dan teknik
behavioral. Teknik kognitif iaitu Menstruktur semula pemikiran dan
kepercayaan tak rasional melalui A-B-C-D-E. A bermaksud peristiwa yang
menggerakkan, B pula sistem kepercayaan manakala C bermaksud akibat
seterusnya D bermaksud mencabar kepercayaan tidak rasional dan E
mempunyai maksud kesan. Contohnya, seorang murid yang telah gagal
dalam peperiksaan UPSR berasa amat kecewa ( C ) kerana dia mempercayai (B)
bahawa masa depannya sudah terjejas dan bukan kerana peristiwa gagal dalam
UPSR (A). Dalam hal ini kaunselor hendaklah membetulkan sistem kepecayaan
(B) yang tidak rasional itu iaitu dengan mengatakan masa hadapan tidak terjejas
selama-lamanya kerana dia boleh mengambil peperiksaan PMR dan mendapat

25
kecemerlangan jika berusaha. Kepercayaan baharu ini adalah lebih rasional dan
situasi ini d inamakan D. Setelah mencapai D(kepercayaan rasional) klien akan
mengalami perasaan E iaitu kesan di mana klien berasa tenang dan lega. Selain
itu, teknik emotif pula ialah kaunselor perlu mempunyai sifat kecindan dan
mempunyai imaginari membimbing klien untuk membentuk pola-pola emosi yang
positif. Hal ini penting agar dapat membina hubungan yang mesra dengan klien
seterusnya memberikan keselesaan kepada klien untuk memceritakan
masalahnya kepada kaunselor. Teknik bahavioral pula merupakan teknik
operan seperti latihan asertif dan pembentukan. Selain itu, ianya juga
merupakan pengurusan kendiri termasuk pemantauan kendiri. Ini adalah seperti
murid atau klien bertanggungjawab membuat kerja rumah yang diberikan.

Bagi teori behavioris pula beberapa teknik yang digunakan ialah


pembentukan (shaping) dimana sasaran diberikan peneguhan sehingga
wujudnya tingkah laku tersebut. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan
ialah Kenalpasti tingkah laku yang dingini kemudian, menunggu sehingga
kelihatan tingkahlaku dan memberi peneguhan yang wajar. Teknik lain yang
boleh dilakukan ialah modeling. Teknik ini dilakukan dengan mendedahkan
kanak-kanak kepada seorang atau lebih individu (watak-watak dalam filem
atau dalam kehidupan seharian). Watak- watak tersebut akan mempamerkan ciri-
ciri tingkah laku seperti yang diingini oleh kanak-kanak tadi seterusnya akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut meniru watak-watak yang mempunyai
tingkah laku yang baik. Tambahan lagi, ekonomi token juga merupakan teknik
yang digunakan dalam teori behavioris ini dimana ia juga dikenali sebagai
ganjaran ekstrinsik yang mana diberikan apabila kanak-kanak menunjukkan
tingkah laku yang diingini. Token juga akan hilang atau di ambil semula jika
menunjukkan tingkahlaku yang distruptif atau tingkah laku yang tidak diingini.
Teknik seterusnya ialah teknik main peranan. Klien diberi
peluang melihat tingkah laku mereka sepertimana yang dilihat orang lain dan
memberi maklum balas mengenai tingkahlaku tersebut. Mereka juga diberi
peluang mempelajari sebab-akibat sesuatu tingkah laku yang mereka lakukan.
Contohnya, guru memberitahu akibat jika murid-murid suka bermain berlari-lari
didalam kelas iaitu akibatnya mungkin mereka akan tercedera atau mengakibatkan
gangguan kepada murid kelas sebelah yang ingin belajar.

26
Oleh itu, jelaslah disini setiap teori mempunyai teknik atau
pendekatannya yang tersendiri. Oleh itu terpulang kepada guru atau individu
untuk menggunakan teknik-teknik yang sesuai bagi keadaan yang berbeza.

27
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN APLIKASI TEORI

TEORI PEMUSATKAN PERORANGAN


KELEBIHAN KELEMAHAN
menekankan kepentingan hubungan Tidak mempunyai set kaedah atau
yang akrab antara kaunselor langkah yang tertentu yang terdapat
dengan klien di dalam setengah-setengah
penerimaan, penghargaan serta psikoterapi.
kejujuran kaunselor merupakan kurang menyediakan panduan
antara syarat yang amat penting tentang cara mewujudkan hubungan
bagi mewujudkan perhubungan kaunselor dengan klien
klien ialah rakan kongsi penuh konsepnya bersifat terlalu abstrak
dalam hubungan dan bukan hanya Sebilangan besar konsep di dalam
sebagai rakan yang merendah diri terapi ini tidak dapat dibuktikan dan
Tidak berpusatkan kaunselor klien diukur dengan mudah.
bertanggungjawab membuat Penyalahgunaan keakraban
keputusan hubungan antara kaunselor dan
Menjadikan individu lebih berdikari klien.
dan bertanggungjawab ke atas Mangambil masa yang lama kerana
dirinya perlu mengikuti perkembangan klien
sepanjang masa proses kaunseling
dijalankan

TERAPI RASIONAL EMOTIF


28

KELEBIHAN
KELEMAHAN
cepat sampai kepada masalah yang Klien yang lemah dalam kemahiran
dihadapi oleh klien berfikir akan gagal menerima
rawatan dapat dilakukan dengan sebarang manfaat daripada terapi
segera ini.
Klien mendapat menyelesaikan Klien yang hidup dalam dunia
masalah yang lain dengan kaedah sendiri sukar untuk menerima terapi
pemikiran logik yang telah dipelajari ini.
Klien yakin bahawa mereka Tanggapan buruk klien terhadap
berupaya meningkatkan kemahiran logik menyebabkan kesukaran
berfikir menerima analisa logik
Klien sengaja ingin mengalami
gangguan emosi

4.2 Perbandingan dari aspek kekuatan teori


Ketiga-tiga teori ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Bagi teori
Pemusatan Perorangan, ianya menekankan tentang keupayaan dan
kecenderungan manusia untuk berkembang ke arah pembangunan kendiri
dan apabila menghadapi masalah, klien yang akan menentukan penyelesaian
kepada masalahnya sendiri. Selain itu, teori ini lebih mengutarakan nilai-nilai
dan sikap-sikap positif dalam konteks interaksi bersama dengan orang lain.
Oleh itu, hubungan hormat-menghormati wujud antara kaunselor dan klien. Di
samping itu juga teori ini menegaskan betapa pentingnya kita menerima
orang lain tanpa syarat, bersedia mendengar dan memahami orang lain dari
perspektif individu tersebut seperti contoh kaunselor akan cuba membantu
serta memahami masalah klien dan secara tidak langsung hubungan
teraputik antara kaunselor dan klien terbentuk.
Teori Rasional Emotif (REBT) pula mempunyai kekuatan dari aspek
menjadikan individu itu bersifat lebih rasional dalam membuat keputusan. Di
samping itu, individu yang mengaplikasikan teori ini bebas untuk menentukan
sama ada ingin memilih tingkahlaku positif ataupun tingkah laku negatif. Teori
REBT juga dapat membantu individu melakukan penyelesaian masalah
29
dengan segera dan tidak mengambil jangka masa yang lama untuk
menyelesaikan masalah yang dialami kerana pendekatan teori ini terus
berfokuskan kepada masalah yang dihadapi oleh seseorang.
Teori Behavioris juga mempunyai kekuatan yang tersendiri. Antaranya ialah
teori ini menekankan bahawa proses kaunseling dilihat sebagai proses
belajar yang akan menghasilkan perubahan pada tingkahlaku klien kerana
klien sendiri yang membuat perubahan terhadap dirinya. Selain itu teori ini
bersifat fleksibel kerana ianya disesuaikan mengikut keperluan dan
kehendak klien. Teori ini juga memberi penekanan kepada proses penghapusan
tingkah laku yang tidak diingini yang bertujuan untuk membentuk tingkah laku
yang lebih baik.

4.3 Perbandingan Dari Aspek Kelemahan Teori

Terdapat beberapa kelemahan pada teori-teori ini. Teori Pemusatan


Perorangan mempunyai kelemahan kerana teori ini lebih menjurus ke arah
perasaan klien itu sendiri. Hal ini menimbulkan masalah kerana perasaan
seseorang bersifat abstrak, tidak dapat diperhatikan dan tidak pula dapat diukur
dengan mudah. Teori ini memakan masa yang agak lama untuk
menyelesaikan sesuatu masalah tersebut disebabkan kaunselor perlu mengikuti
perkembangan klien dari awal hingga akhir. Di samping itu juga teori ini lebih
bersifat komunikasi satu hala kerana kaunselor kurang main peranan dan hanya
memberikan peluang kepada klien untuk meluahkan perasaannya.
Kelemahan teori ini juga adalah disebabkan pengabaian terhadap faktor
intelektual, kognitif dan rasional kerana ianya terlalu menekankan pada aspek
afektif, emosional, perasaan yang merupakan penentu kepada perilaku klien.

Kelemahan yang terdapat pada teori Rasional Emotif (REBT) pula


kurang sesuai diamalkan bagi klien yang mengalami masalah kognitif seperti
kerencatan akal atau mengalami kecederaan otak. Hal ini kerana teori ini
menekankan kepada konsep kognitif yang memerlukan seseorang itu untuk
berfikir secara rasional. Selain itu, ada setengah klien yang terpisah dari alam
realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.
Namun ada juga sesetengah klien yang memang suka mengalami gangguan
emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak berusaha untuk

30
membuat apa-apa perubahan ataupun tidak mahu menukarkan idea-idea
tidak rasional kepada idea yang lebih rasional.

Teori behavioris juga mempunyai kelemahan yang tersendiri.


Antaranya ialah teori ini mengubah tingkah laku klien sahaja tanpa mengubah
perasaan klien itu sendiri. Seperti contoh Misha terpaksa menyiapkan kerja
sekolah kerana ibunya menjanjikan ganjaran seperti membawanya pergi
bersiar-siar di tepi pantai pada setiap petang. Walaupun Misha menyiapkan kerja
sekolah kerana dia suka pergi ke tepi pantai, namun perasaan Misha tetap
tidak berubah. Dia mungkin rasa seperti dipaksa untuk menyiapkan kerja sekolah
tersebut. Teori ini juga mempunyai kelemahan dari aspek mengekalkan tingkah
laku yang positif kerana ada unsur kebosanan. Di samping itu juga teori ini tidak
bersifat menyeluruh kerana hanya hanya menangani kes beberapa tingkah
laku yang salah ataupun tingkah laku yang tidak sesuai sahaja.

31
RUMUSAN

32
REFLEKSI

Kerja tugasan ini telah banyak memberikan ilmu pengetahuan yang berbagai
kepada saya tentang khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah. Tugasan ini juga
telah memberi saya satu peluang yang istimewa untuk mengetahui lebih mendalam
tentang khidmat kaunseling. Hal ini kerana ketika di zaman persekolahan saya, saya
tidak pernah endah atau mengambil peluang untuk mengetahui tentang bilik
kaunseling yang terdapat di sekolah dan tidak pernah terlibat dengan aktiviti yang
berkaitan dengan khidmat bimbingan dan kaunseling.

Dalam proses menyediakan tugasan ini, saya berpeluang untuk mempelajari


perkara-perkara seperti kaedah mengenal pasti, memahami, mengendali dan
membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah. Ilmu pengetahuan dan
pengalaman sebegini akan menjadi pengalaman yang berguna kepada saya apabila
saya menjadi seorang guru kelak. Bukan semua insan dilahirkan sempurna, selain
ibubapa, guru memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik murid supaya
menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosialnya.

Seterusnya, saya juga berpeluang untuk melihat cara pengurusan yang


sistematik dalam menguruskan bilik kaunseling. Seperti yang diketahui, dalam
bidang bimbingan dan kaunseling, perkara seperti etika dan kesulitan perlu diberi
perhatian dan dititikberatkan. Tanpa pengurusan yang sistematik, seorang kaunselor
mungkin akan berada dalam keadaan kelam-kabut jika berlaku sebarang masalah
yang tidak dapat diduga. Dokumen-dokumen yang penting haruslah dijaga dan
disimpan dengan baik supaya tiada sebarang maklumat yang sulit menjadi buah
mulut atau tumpuan umum. Masalah seperti murid hilang keyakinan kepada
kaunselor merupakan salah satu perkara yang tidak patut berlaku ke atas seorang
kaunselor.

Akhir sekali saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang yang begitu
baik untuk mempelajari tentang khidmat bimbingan dan kaunseling dan saya
berharap agar dapat menggunakan ilmu pengetahuan tentang bimbingan dan
kaunseling dengan sebaik mungkin.

33
RUJUKAN
Abdul Ghani Sulaiman. (2009). Kemahiran Asas Kaunseling. Perak : Universiti
Pendidikan Sultan Idris

Charles L.Thompson et al. (2004). Counseling Children. USA : Thomson


Brooks/Cole

Ee Ah Meng et al. (1990). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur :

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng et al. (2012). Siri Pendidikan Guru Bimbingan dan Kaunseling.

KualaLumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Maznah Baba dan Zainal Madon (2007). Kaunseling Individu. Kuala Lumpur :

PTS Publishing Sdn. Bhd.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar. (1996). Kaunseling

Individu. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Muhammad Mansur Abdullah. (1993). Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah.

Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sapora Sipon dan Hapshah Md Yusof (2008). Kaunseling Individu. Selangor :Arah
Publications Sdn. Bhd.

Suradi Salim (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Selangor : Arah Publications Sdn.
Bhd.

Kaunseling, Bimbingan dan Psikoterapi. Dimuat turun pada 18 Januari 2013


daripada http://www.scribd.com/doc/4661633/Kaunseling-bimbingan-dan-
Psikoterapi.

Kemahiran Asas Kaunseling. Dimuat turun pada 22 Januari 2013 daripada


http://www.scribd.com/doc/4657380/Kemahiran-Asas-kaunseling.

34
Kemahiran Asas Seorang Kaunselor. Dimuat turun pada 24 Januari 2013 daripada
www.academia.edu/1842198/Kemahiran-Asas-Seorang-Kaunselor.

LAMPIRAN A :
BORANG
KOLABORATIF

35
BORANG REKOD KOLABORATIF KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : HO WEOI CHUN

KUMPULAN : PISMP-MT SEMESTER/PERINGKAT : 7

MATA PELAJARAN : BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU3107)

PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK AZNAN BIN MAT AKHIR

TARIKH PERKARA YANG CATATAN T/TANGAN


DIBINCANGKAN

20.01.2013 Menerima soalan Tugasan perlu dihantar


tugasan dan taklimat selewat-lewatnya pada 17
ringkas daripada FEBRUARI 2013
pensyarah mata Memahami kehendak
pelajaran- soalan

ENCIK AZNAN BIN MAT Memulakan proses


AKHIR mencari maklumat.

21.01.2013 ENCIK AZNAN BIN MAT Bertanya ENCIK AZNAN BIN


AKHIR memberi sedikit MAT AKHIR untuk bertanya
panduan kerja kursus. skop soalan.

22.01.2013 Mencari dan mencatat Mencari maklumat di


hingga maklumat perpustakaan
29.01.2013 Membuat catatan nota
Catatan bibliografi

36
30.01.2013 Mengadakan Bekongsi maklumat yang
hingga perbincangan dengan diperoleh.
5.02.2013 rakan rakan. Menyusun maklumat
tersebut.
Menganalisis maklumat
berdasarkan kehendak
tugasan
Membuat huraian
terperinci.
6.02.2013 Proses menyiapkan Mula membuat tugasan
hingga tugasan yang diberikan dengan
13.02.2013 sepenuhnya.

14.02.2013 Menaip tugasan Penambahbaikan tugasan.


sepenuhnya Mencari maklumat
tambahan.

15.02.2013 Menyusun maklumat Mengemaskini maklumat.


Menyiapkan bahagian-
bahagian lain di dalam
tugasan tersebut.
Membuat semakan
tugasan yang telah dibuat.
17.01.2013 Menghantar kerja
kursus kepada ENCIK
AZNAN BIN MAT AKHIR

37

You might also like