You are on page 1of 2

SHARVIND A/L SUBRAMANIAM

941129-06-5505

BINCANGKAN CARA UNTUK MENJADIKAN DIRI ANDA SEORANG YANG


PROFESIONAL DALAM BIDANG KEGURUAN

Pembangunan guru berprofesional perlu melalui tiga peringkat iaitu pembentukan


sifat ketuhanan, pemupukan unsur jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta
pembangunan teknik mengajar untuk menjadikan diri sendiri sebagai seorang guru yang
berprofesional.

Sifat ketuhanan bermaksud seseorang mempercayai kewujudan tuhan sebagai


pencipta alam dan mematuhi segala peraturan berlandaskan suruhanNya. Dalam prinsip
Rukun Negara, prinsip yang pertama ialah kepercayaan kepada tuhan, dalam sukatan
pelajaran subjek moral, nilai pertama yang dipelajari ialah kepercayaan kepada tuhan.
Dalam lagu Negaraku, juga terdapat perkataan Tuhan. Fenomena ini menunjukan nilai
ketuhanan ialah nilai yang terawal yang perluditanam dalam pemikiran manusia tidak
mengira jenis kaum, bangsa, atau melangkau ke antarabangsa.

Unsur Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek (JERIS) merupakan elemen-elemen


asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dari segi
pembangunan insan, keluarga, masyarakat dan negara. Unsur jasmani menunjuk kepada
kecergasan fizikal dan kesihatan diri. Seseorang dapat menggunakan anggota badan dan
tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. Unsur emosi pula ialah
kemampuan seseorang untuk mengenali emosi sendiri, kemampuan menguruskan emosi,
kemampuan memotivasikan sendiri dan kemampuan untuk membina hubungan dengan
orang lain. Unsur rohani ialah akhlak seseorang. Seorang manusia perlu mempunyai
keyakinan kepada Tuhan, kepercayaan beragama, berbudi perkerti mulia, kemantapan jiwa,
berbakti dan berkorban, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat. Unsur intelek
ialah daya pemikiran yang kreatif, inovatif, logik dan analitik, mempunyai ilmu yang
bermanfaat, mencintai ilmu dan mempunyai sikap suka membaca.

Teknik mengajar guru juga adalah penting untuk membantu pelajar menerima
maklumat dan memahaminya dengan baik. Gaya belajar pelajar adalah berbeza antara satu
sama lain. Cikgu perlu meneliti gaya pembelajaran pelajar supaya mereka dapat menerima
dan memproses maklumat dengan pantas dan efisien. Cikgu perlu memperbanyakkan
bahan pengajaran yang menggunakan simbol, warna dan corak-corak serta elakkan
menggunakan bahan pengajaran yang menggunakan ayat bertulis yang terlalu panjang.
Cara ini dapat membantu pelajar yang cenderung terhadap gaya tersebut dapat belajar
dengan lebih efektif. Cikgu juga perlu banyak mengadakan perbincangan di dalam kelas
SHARVIND A/L SUBRAMANIAM
941129-06-5505

kerana mereka lebih suka berbincang tentang sesuatu topik daripada membaca topik itu
sendiri. Cara ini dapat memaksimumkan penyampaian ilmu pengetahuan yang diajar.

Pada keselurahannya, untuk menjadi seorang guru yang berprofesional saya


berharap bahawa saya perlu bertanggungjawab dalam meningkatkan aspek
keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis pengetahuan,
kemahiran, keterampilan dan pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Guru yang
mempunyai keseimbangan dan harmonis dari segi (JERIS) berdasarkan kepercayaaan
kepada Tuhan akan mendidik pelajar menjadi warga Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, bertanggungjawab,
berketerampilan serta memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

You might also like