You are on page 1of 5

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN DAN KAUNSELING Untuk mewujudkan suasana yang kondisuf dan terapeutik, setiap sekolah sama ada

di sekolah rendah ataupun menengah akan mempunyai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pengelolalaan dan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah berteraskan visi, misi, falsafah dan matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mook Soon Sang (2011), menyatakan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi teraju utama untuk mewujudkan suasana yang terapeutik,mesra murid dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2010. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di bilik bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah rendah adalah seperti, Khidmat Bimbingan (sekolah Masyarakat), Kaunseling Individu, Kelompok dan Inventori dan Rekod atau seperti berikut ;

Perkhidmatan Individu dan Rekod Perkhidmatan Memberi Maklumat Perkhidmatan Bimbingan Kelompok Perkhidmatan Kaunseling Perkhidmatan Penempatan Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan Perkhidmatan Penyelarasan Sumber Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu Bapa Perkhidmatan Penilaian

1)

KHIDMAT BIMBINGAN (SEKOLAH MASYARAKAT)

Mengumpul, merekod dan mengemaskini butir-butir maklumat setiap murid dalam segala aspek termasuklah aspek peribadi, latarbelakang, kesihatan serta pencapaian akademiknya adalah satu perkara yang amat penting. Kebiasaanya guru kaunseling akan mengemaskini dari semasa ke semasa maklumat dan rekod kemajuan murid agar ianya menjadi rujukan dan simpanan murid tersebut dan pihak yang berkenaan. Ianya sangat berguna dan diperlukan apabila murid tersbut mahu berpindah dari sekolah tersebut ataupun menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Di bilik bimbingan dan kaunseling juga, terdapatnya perkhidmatan ujian kaji selidik, ujian diagnostik dan pentafsiran yang boleh membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi. Borang-borang ini terdapat di bilik bimbingan dan kaunseling mengikut pembahagian rak borang yang akan memudahkan guru dan murid. Ujian ini akan dibimbing oleh guru kaunseling untuk membimbing murid Selain daripada itu, perkhidmatan memberi maklumat kepada guru tentang pencapaian kemajuan serta punca masalah pembelajaran murid juga turut disediakan. Maklumat murid ini sangat berguna kepada guru-guru untuk merancang dan menjalankan aktiviti pemulihan. Jika kita menjejakkan kaki ke bilik kaunseling, di situ juga akan adanya maklumat kerjaya dan latihan akan di tampak di papan kenyataan serta papan buletin. Bilik kaunseling juga akan mengedarkan edaran risalah kerjaya dan melaksanakan pameran kerjaya serta menganjurkan hari kerjaya di peringkat sekolah. Ini akan dapat membantu murid-murid memahami kerjaya pada masa akan datang dan memahami betapa pentingnya ilmu di dalam kehidupan. Unit bimbingan juga akan mengelolakan lawatan sambil belajar untuk memilih mata-mata pelajaran dalam peperiksaan khas seperti UPSR, PMR, SPM, serta STPM agar murid-murid dapat bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Bukan hanya untuk peperiksaan sahaja, kegiatan kokurikulum,kerjaya dan pelajaran elektif juga turut dipentingkan agar murid-murid dapat mengetahui maklumat tambahan. Kebiasaannya, setiap sekolah akan mengadakan kem dan ceramah motivasi untuk murid-murid yang akan mengambil peperiksaan. Dan sebenarnya kem dan ceramah ini akan dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak sekolah. Ceramah tentang kerjaya dan penyalahgunaan dadah juga selalu

dilaksanakan agar murid-murid dapat meningkatkan prestasi diri dan mempositifkan konsep kendiri. Bagi meningkatkan keyakinan dan kefahaman ibu bapa mengenai kepentinganpelajaran dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah untuk muridmurid, unit bimbingan dan kaunseling akan merancang dan menganjurkan program orientasi untuk murid dan ibu bapa mereka. Selain daripada itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menyediakan perkhidmatan untuk berkhidmat sebagai penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling Antara pihak sekolah dengan Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan juga Kementerian Pelajaran. Bukan itu sahaja, Unit Bimbingan dan Kaunseling juga turut bekerjasama dengan agensi-agensi luar seperti Persatuan Kaunseling Malaysia, PEMADAM, Rakan Sebaya, Jabatan Tenaga Rakyat dan sebagainya. Perkhidmatan yang paling besar yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah sebagai penasihat Kelab Bimbingan dan Kaunseling seperti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Kelab Bimbingan Kerjaya (KBK), Skim Lencana Antidadah (SLAD) dan Kelab Antijenayah. Maka dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling menyediakan perkhidmatan untuk merancang dan mengendalikan segala program di bawah kelab masing-masing dan melaksanakan program-program latihannya. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga bertugas atau menyediakan

perkhidmatan melaksanakan program-program berbentuk Khidmat Masyarakat serta Konferensi Keluarga. Kebiasaanya, tujuan program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada masyarakat luar terutamanya ibu bapa murid-

murid tentang pencapaian anak-anak mereka, aktiviti sekolah serta merapatkan jurang di antara pihak sekolah dan pihak luar iaitu ibu bapa.

2)

KHIDMAT KAUNSELING INDIVIDU DAN KAUNSELING KELOMPOK.

Bagi perkhidmatan kaunseling pula terdapat perkhidmatan kaunseling individu dan juga kaunseling kelompok. Setelah guru mengenalpasti murid-murid yang

bermasalah ataupun murid-murid yang sepatutnya perlu mendapatkan perkhidmatan kaunseling, murid-murid ini akan dipanggil ke bilik kaunseling sekolah. Setelah menjalani beberapa proses sebelum mendapatkan perkhidmatan kaunseling, barulah sesi kaunseling akan dijalankan terhadap mereka. Selain itu, di dalam sesi kaunseling sama ada kaunseling individu ataupun kaunseling kelompok, guru kaunseling juga akan menyediakan beberapa perkhidmatan sesi kaunseling kepada murid-murid dari pelbagai aspek seperti memberi maklumat mengenai pendidikan, kerjaya, latihan dan motivasi, peribadi serta sosial kepada murid-murid mengikut masalah dan kaunseling yang patut mereka jalani. Khidmat perundingan dan rujukan juga terdapat di bilik kaunseling. Muridmurid sangat digalakkan untuk menghadiri sesi kaunseling sebagai contoh untuk melanjutkan penlajaran ke peringkat sekolah menengah dan mengetahui aliran-aliran pendidikan yang terdapat di peringkat sekolah. Guru kaunseling di bilik kaunseling juga akan membantu murid-murid dalam penempatan mereka bagi tahap pendidikan yang seterusnya. Guru kaunseling akan membuka tawaran dan membantu muridmurid yang cemerlang mengisi borang penempatan di bilik kaunseling sebagai contoh mengisi borang meneruskan pengajian ke asrama penuh dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Kebiasaanya, murid-murid akan diberikan penerangan terlebih dahulu oleh guru kaunseling dan mengetahui maklumat-maklumat yang penting agar mereka memahami dan dapat membuat pilihan yang tepat.

3)

INVENTORI DAN REKOD

Murid-murid boleh ke bilik kaunseling untuk mengetahui kecenderungan diri mereka pada tahap mana serta nilai sahsiah diri mereka kerana bilik kaunseling juga menyediakan perkhidmatan pembinaan inventori nilai, sahsiah akademik dan kerjaya. Murid-murid akan diberikan borang dan mereka akan mengisinya. Hasil keputusan inventori akan diberikan penerangan oleh guru kaunseling. Guru kaunseling akan membantu murid-murid mengenal diri mereka dan menjalankan sesi kaunseling ataupun bimbingan yang seterusnya. Selain daripada itu, bilik kaunseling juga adalah tempat penyimpanan rekod dan dokumentasi muridmurid. Sesiapa sahaja boleh merujuk ke bilik kaunseling untuk mendapatkan perkhidmatan ini mengikut prosedur-prosedur yang tertentu.

You might also like