You are on page 1of 7

http://www.slideshare.

net/sblm1053uum/bab-5-12230653
1. BAB 5LARAS BAHASA 2. TOPIK UTAMA LARAS BAHASA SECARA UMUM KONSEP LARAS BAHASA CIRI-CIRI LARAS JENIS-JENIS LARAS KEPENTINGAN LARAS KESIMPULAN 3. LARAS BAHASA SECARA UMUM Bahasa dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu pengguna dan penggunaan. 1. Pengguna ialah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek. 2. Penggunaan pula ialah kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dalam sesuatu situasi. Aspek penggunaan bahasa inilah yang menyebabkan wujudnya laras. 4. Konsep ini diperkenalkan oleh Reid pada tahun 1956. Menurut beliau seseorang penutur dalam situasi bahasa yang berbeza-beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Reid menggunakan konsep ini sebagai istilah teknik untuk menyatakan perlakuan bahasa (linguistik behavior) seseorang individu. Reid turut memberikan perbezaan laras dan gaya 1. Laras merujuk khusus kepada bidang penggunaan 2. Gaya merujuk kepada cara pengungkapan fikiran, matlamat yang hendak dicapai, suasana yang hendak ditimbulkan, dan suasana yg menjadi latar penggunaan bahasa berkenaan. 5. KONSEP LARAS BAHASA Laras ialah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Laras berubah-ubah mengikut situasi. Apabila mengamati perlakuan bahasa yang wujud dalam pelbagai konteks, akan didapati kelainan jenis bahasa yang digunakan, yang disesuaikan dengan situasi yang berlainan. 6. Halliday (1968) Laras sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Laras berubah-ubah mengikut situasi. Halliday menjeniskan laras kepada tiga kategori: i) Tajuk wacana (field of

discourse) ii) Cara penyampaian wacana (mode of discourse) iii) Gaya wacana (style of discourse) 7. Brian Seaton (1982) Satu variasi bahasa yang wujud drpd situasi yang berlainan seperti umur, jantina atau tajuk perbualan. Laras dalam bidang kewartawanan, perubatan, sains, perniagaan dan sebagainya berbeza sama ada dalam bentuk percakapan atau bentuk penulisan / tulisan. Oleh itu, tidak hairanlah seseorang itu memiliki beberapa laras bahasa yang berlainan. 8. Ure & Ellis (1977) Pola-pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu. Merupakan satu bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi yang lain. 9. Nik Safiah Karim (1989) Gaya atau penggunaan sesuatu bahasa. Penggunaan bahasa berubah mengikut konteks, bidang dan juga peringkat sosial.Asmah Haji Omar (1987) Ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya Kelainan atau variasi bahasa yang digunakan mengikut disiplin ilmu yang berbeza-beza 10. CIRI-CIRI LARAS1.Ciri keperihalan Terbahagi kepada dua iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran.2.Ciri linguistik Melibatkan unsur tatabahasa dan pemilihan perkataan atau leksis. 11. 1. Ciri KeperihalanSituasi luaran Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan-perlakuan anggota masyarakat. Contohnya apabila kita mengkaji laras bahasa masyarakat Melayu lama, kita perlu mengaitkan dengan situasi istana, stratifikasi sosial, tradisi sastera lisan, dan aspek-aspek lain anggota masyarakat zaman tersebut. 12. Situasi persekitaran Mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa 1. Cara penyampaian

Merujuk kepada bentuk perhubungan yang digunakan 2. Perhubungan sosial dan peribadi i. Aspek peribadi hubungan kekeluargaan ii. Aspek tidak peribadi hubungan penulis pembaca 3. Bahan yang diperkatakan Isi yang menjadi bahan perbincangan / topik utama 4. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. Penggunaan bahasa yang berlainan akan menghasilkan fungsi yang berlainan 13. 2. Ciri Linguistik Berkait rapat dengan faktor sosial seperti latar belakang orang yang bercakap atau menulis Sifat-sifat bahasa (kehadiran atau ketidakhadiran sesuatu ciri, kekerapan kehadiran dan susunan struktur tertentu) Tiga ciri linguistik 1. aspek fonologi (bunyi) 2. aspek morfologi (pembentukan kata) 3. aspek sintaksis (pembentukan ayat) 14. JENIS-JENIS LARAS Dapat dibahagikan kepada tiga kateori utama iaitu 1. tajuk wacana bidang penggunaan bahasa seperti bidang Matematik 2. cara penyampaian wacana media perlakuan bahasa (ada lisan / tulisan) 3. gaya wacana perhubungan antara peserta perlakuan bahasa (formal / tidak formal) 15. Daripada tiga kategori utama ini, laras dapat dikenali berdasarkan penggunaannya dalam pelbagai situasi. Terdapat beberapa contoh 1. Laras bahasa umum/biasa 2. Laras akademik/ilmiah - laras ekonomi - laras komputer - laras sains - laras sastera 3. Laras media massa 4. Laras perundangan 16. Laras Bahasa Biasa atau Umum Digunakan dalam bidang yang luas meliputi perkara-perkara biasa dalam interaksi masyarakat sehari-hari. Ciri-ciri laras bahasa biasa ialah: 1. Bebas dan mudah difahami kurang terkawal daripada aspek tatabahasa. 2. Menggunakan unsur kemesraan menggunakan kata ganti nama diri pertama seperti aku, ceq, makcik, kakak, abang, adik 17. 3. Menggugurkan kata sendi nama sepertidari, daripada, di, akan, hingga4. Ditandai oleh ragam bahasa umum tidakmengandungi

istilah atau pola-pola khusus5. Menggunakan ayat yang pendek danringkas6. Adakala menggunakan imbuhan asing7. Adakala terdapat unsur ambiguiti / kekaburan makna 18. Contoh laras bahasa biasa: Jangan main di sungai. Ada naga turun di Bukit Kutu. Betulkah ada naga? Betul. Ahmana ada. Engkau tak dengar Aki cerita kat kedai tadi Ahorang tua tu mana dia tahu? Dah tu nak buat macam mana? 19. Laras Bahasa Akademik (Saintifik dan Teknikal) Penggunaan bahasa dalam bidang ilmiah yang mengungkapkan tentang disiplin akademik (ilmiah). Laras akademik membincangkan pelbagai disiplin ilmu seperti bidang sains, ekonomi, politik, sastera, geografi, sejarah dan sebagainya. 20. Ditandai oleh istilah-istilah khusus atau ungkapan-ungkapan tertentu yang digunakan mengikut bidang yang diperkatakan. Ditandai dengan susunan ayat tertentu menurut format tertentu seperti memilih sesuatu sistem dokumentasi. Terdapat 8 ciri laras bahasa akademik 1. Menggunakan nada formal dan objektif 2. Menggunakan sudut pandangan orang ketiga 21. 3. Memanipulasi penggunaan ragam pasif4. Menggunakan istilah dan lambang khususmenurut bidang tertentu5. Menggunakan bahasa baku / standard /formal6. Menggunakan kaedah wacana pemaparan(exposition)7. Menghindari penggunaan kata yangekstrim8. Mengelak perkataan mubazir 22. Beberapa contoh laras bahasa akademik ialah seperti berikut: 1. Laras ekonomi 2. Laras komputer 3. Laras sains 4. Laras sastera 23. Contoh laras ekonomi Dalam analisis kos-volum-untung, marginal costing digunakan sepenuhnya. Marginal costing bermaksud kos overhed berubah sahaja diserapkan sebagai kos produk, manakalah kos overhed tetap dicaj sebagai kos tempoh. Ciri-ciri laras bahasa ekonomi 1.

Menggunakan istilah khusus dalam bidang ekonomi 2. Mementingkan ketepatan gaya bahasa formal 3. Menggunakan jadual, graf, gambar rajah, carta sebagai satu kaedah untuk menyampaikan maklumat 4. Menggunakan ayat penyata untuk memberi penerangan 24. Contoh laras komputer Bahasa program HTML dan XML banyak digunakan untuk membentuk laman web. Operasi B>A: CLIPPER 23D dalam inviligator akan menentukan Ciri-ciri laras komputer 1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang komputer biasanya istilah bahasa Inggeris 2. Mementingkan ketepatan ayat pendek dan ringkas 3. Menggunakan simbol yang membawa makna 4. Menggunakan ayat perintah untuk memberi arahan untuk melakukan sesuatu 25. Contoh laras sains Jirim terdiri daripada banyak zarah yang disebut molekul. Terdapat beberapa bukti bagi menunjukkan wujudnya molekul dalam jirim. Satu daripadanya ialah eksprimen tentang Gerakan Brown. Ciri-ciri laras sains 1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang sains (sains gunaan, biologi, fizik, kimia dll) 2. Mementingkan kejelasan gaya bahasa formal 3. Menggunakan jadual, graf, gambar rajah, carta sebagai satu kaedah untuk menyampaikan maklumat 4. Menggunakan struktur ayat majmuk 26. Contoh laras sastera Tiba-tiba sahaja kedamaian selama tujuh puluh tahun yang dinikmati oleh penduduk kampung tergugat. Banjir. Banjir musim tengkujuh sungguh memeritkan. Tengkujuh tidak pernah memaafkan kawasan rumah Mak Yah daripada ditenggelami air. Ciri-ciri laras sastera 1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang sastera 2. Mementingkan keindahan kata-kata (poetic licence) bahasa figuratif seperti metafora, personifikasi 3. Menggunakan gaya cipta atau imaginasi pengarang adakalanya wujud unsur kekaburan 4. Menggunakan ayat majmuk untuk memberi penjelasan 27. Laras Bahasa Media Massa Laras bahasa yang digunakan dalam penulisan berita, rencana, rencana pengarang, atau esei tentang isu

semasa yang disiarkan dalam akhbar, majalah dan disampaikan melalui radio dan televisyen. Ciri-ciri laras bahasa media massa 1. Kurang mementingkan gaya dan nahu, khususnya pengimbuhan dan kata hubung 28. 2. Menggunakan jalan bahasa yang mudah3. Menggunakan ayat yang tegas dan padat bahasa yang tidak berbunga-bunga4. Mengandungi berita yang maksimum5. Tidak menggunakan istilah teknikal dankhusus kerana bidang yang diperkatakan tidakmenjurus kepada bidang khusus. Istilahteknikal dan khusus akan hanya digunakanjika hendak memperkatakan sesuatu bidangsecara khusus 29. Contoh laras bahasa media massa petikan berita KUALA LUMPUR 31 Dis. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak seluruh warga Malaysia melangkah ke tahun baru 2005 dengan tekad Contoh laras bahas media massa rencana pengarang Saranan Perdana Menteri supaya projek pembinaan sekolah tidak dilakukan secara mewah perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Projek pembinaan sekolah yang mewah seperti menggunakan hiasan seni bina yang mahal adalah membazir kerana pelajar tidak dapat memanfaatkannya. 30. Laras Bahasa Perundangan Lazimnya ditemui dalam teks yang berkaitan dengan perundangan. Telah wujud sejak zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka lagi, dan masih digunakan hingga ke hari ini. Ciri-ciri laras bahasa perundangan 1. Mementingkan keringkasan, ketepatan, kepersisan, dan kejelasan. 31. 2. Laras yang digunakan mesti sesuai dengan maksud yang hendak disebutkan3. Menggunakan istilah-istilah teknikal / ungkapan khusus dalam bidang undang-undang. Contoh: a. fasal 1,2, dan 3(1) merujuk sesuatu perkara yg telah disebutkan dengan ditandai oleh bilangan (nombor / abjad) b. kuat kuasa - bermakna sah / mempunyai kesahan yg biasanya dikaitkan dengan peraturan / undang-undang c. bahawasanya - bermakna kesungguhan niat dalam surat perjanjian

32. Contoh laras bahasa perundangan 1) Sebagai balasan bagi pihak yang diberi oleh Pengarang kepada Penerbit mengikut Fasal 1,2 dan 3(1) itu, Penerbit bersetuju membayar royalti kepada Pengarang 2) Perjanjian ini hendaklah diertikan dan berkuat kuasa mengikut undangundang Malaysia 3) BAHAWASANYA Pengarang telah menulis sebuah karya sastera yang berwatak asal bertajuk dan dalam bahasa seperti yang tercatat...

33. KEPENTINGAN LARAS1. Menggunakan bahasa yang sesuai berdasarkan situasi membolehkan sesuatu maklumat dapat disampaikan dengan lebih tepat.2. Menepati keperluan khalayak agar tidak timbul masalah berlainan fahaman.3. Menjadikan seseorang lebih sensitif dan peka dalam pemilihan kata dan ayat.

34. 4. Mencerminkan latar belakang seseorang penutur.5. Mencerminkan keadaan bahasa dan menjadi ukuran maju mundurnya bahasa melalui jumlah laras yang digunakan.6. Memupuk nilai penyesuaian diri dengan persekitaran.7. Mengeratkan perhubungan sosial dan peribadi.

35. KESIMPULAN Bahasa akan menjadi lebih luas dan berkembang apabila digunakan dalam pelbagai situasi dengan pelbagai tujuan dan maksud. Pengetahuan yang luas dalam penggunaan pelbagai laras membolehkan seseorang hadir dalam pelbagai situasi. Laras merupakan satu fenomena universal, oleh itu penggunaan variasi laras harus dikuasai oleh pengguna bahasa.

36. RUJUKAN UTAMA Ab. Rahman, Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997) Ab. Razak Ab. Karim (1994) Asmah Haji Omar (1987) Halliday (1986) Nik Safiah Karim (1989) S. Natesan (1991) Seaton (1982) Ure & Ellis (1977)

You might also like