You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PPG

SEMESTER: Ambilan Februari 2012

TAJUK KURSUS: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN KOD KURSUS : EDU 3106

NAMA PELAJAR:

TARIKH MULA

23 FEB 2013

TARIKH HANTAR

23 MAC 2013

I. Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia. 2. Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan. 3. Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan implikasinya terhadap pengajaranpembelajaran. 4. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. 5. Mahir berkomunikasi untuk mendepani kepelbagaian kelompok. 6. Menangani isu-isu kepelbagaian sosio-budaya dan bahasa di dalam bilik darjah. 7. Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3, 4, 6, dan 7

II. Objektif Tugasan Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menjelaskan konsep kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia. 2. Membincangkan implikasi-implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek murid, guru, sekolah dan kurikulum tersirat. 3. Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap bagi memperlihatkan bagaimana guru dapat melaksanakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan yang menerapkan keunikan pelbagai sosio-budaya yang perlu difahami dan dihormati dalam diri para pelajar di bilik darjah. 4. Menghasilkan satu penulisan refleksi yang barkaitan dengan tugasan.

III. Tugasan Projek ( 100% ) Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bahasa perlu menganggap diri mereka sebagai Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat Wawasan 2010. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan sejahtera di persada dunia . Sebagai seorang guru kita harus memahami bahawa penduduk Malaysia yang majmuk ini sudah tentunya mempunyai perbezaan dan keunikan kepelbagaian sosio-budaya. Situasi ini sedikit sebanyak akan menimbulkan implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan dan budaya pembelajaran dari aspek murid, guru, sekolah dan kurikulum tersiratnya. Justeru itu, aspek pendidikan merupakan bidang yang paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan dalam usaha menyatupadukan dan mengintegrasikan pelbagai kaum. Berdasarkan rangsangan di atas : A) i) Bincangkan konsep-konsep kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia. ii) Kenal pasti TIGA (3) implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek murid, guru, sekolah dan kurikulum tersirat.Tugasan anda hendaklah dalam bentuk huraian esei dan dipersembahkan dengan menggunakan pengurusan grafik. ( 40% ) B) Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) lengkap yang menunjukkan bagaimana keunikan pelbagai sosio-budaya di Malaysia dan bagaimana anda dapat melaksanakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk menampakkan dengan jelas keunikan pelbagai sosio-budaya di Malaysia yang perlu difahami dan dihormati oleh para pelajar di bilik darjah anda. ( 40% ) C) Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi. ( 20% ) IV. Panduan Pelaksanaan Projek. 1. 2. 3. Tugasan ini adalah tugasan secara berpasangan. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini 3.2 Font Arial 3.3 Saiz huruf ialah 11 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5 Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association ) Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat ( termasuk persembahan visual ). Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 50%.

4.

5. 6. 7.

V. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. 2. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Tugasan anda haruslah meliputi perkara-perkara berikut : a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia dengan jelas dan menarik. b. Mampu mengenal pasti dengan jelas terhadap TIGA (3) implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek murid, guru, sekolah dan kurikulum tersirat. c. Dapat menyediakan SATU (1) RPH yang menampakan dengan jelas keunikan pelbagai sosio-budaya di Malaysia semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. d. Sediakan penulisan refleksi secara individu. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta relevan dengan kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain).

3.

4.

5. 6.

7.

Tugasan disediakan oleh: . ( EN. YEE YONG FAK ) Penyelaras Kursus PPG EDU 3106 Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Raja Melewar

Disemak oleh: ( EN. AHMAD RIDZWAN BIN BASRI ) Pakar Bidang ( SME ) Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh: (TN. HJ. MUZAFAR SHAH BIN MUSTAFA ) Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Raja Melewar

You might also like