You are on page 1of 7

Konsep Kepelbagaian Sosiobudaya

Bangsa

Adat Resam

Struktur Masyarakat / Kelas Sosial

Kepercayaan

Bahasa

Jantina

Konsep Kepelbagaian Sosiobudaya Menurut kamus Dewan (2005) , kepelbagaian ialah berbagai bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atu kawasan yang sama. Mengikut Kamus Dewan (2005) budaya pula membawa

maksud tamadun , peradaban , kemajuan fikiran dan akal budi. Menurut Encik Edward b.Taylor (Primitive Culture) budaya bermaksud kompleks yang merangkumi pengetahuan , kepercayaan , seni , sikap , undang undang , adat resam dan kebolehan lain dan tingah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahi masyarakat. Selain itu, menurut Andreas Eppink pula, budaya ialah keseluruhan pengertian , nilai , norma , ilmu pengetahuan serta struktur struktur kemasyarakatan , keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri ciri khas sesebuah negara. Bangsa Konsep kepelbagaian budaya dapat dilihat daripada enam elemen yang penting iaitu bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, adat resam, jantina, kepercayaan dan bahasa . Yang pertama sekali adalah elemen bangsa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bangsa

bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan, pengetahuan tentang cara kehidupan dan adat resam sesuatu bangsa, kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan, jantina, dan darjat tinggi serta keturunan. Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010), Bangsa juga merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama , yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. . Dalam konteks negara Malaysia , orang Melayu , Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Kini , jika nama Malaysia dilaung di persada dunia maka secara automatiknya penduduk penduduk negara lain mempunyai tanggapan bahawa Malaysia adalah sesebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya. Ini yang dimaksudkan melalui konsep kepelbagaian budaya. Pembentukan masyarakat berintegrasi merupakan matlamat utama dalam mengeratkan hubungan antara masyarakat, etnik budaya dan agama di Malaysia.

Pemahaman terhadap identity bangsa juga merupakan proses penting dalam mengukuhkan hubungan etnik dalam kalangan pelbagai masyarakat. Ketidak sefahaman tentang identity bangsa ini boleh menimbulkan sikap perjudis, stereotaip dan etnosentrik yang akhirnya menimbulkan diskriminasi sosial. YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak menjelaskan bahawa rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia harus berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing dan bukan bertindak atas kepentingan sendiri kerana bangsa Malaysia yang hendak dilahirkan ialah satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai masa depan yang sama antara wilayah dan kumpulan etnik serta adil dan saksama. Integrasi sosial ialah satu proses menyatupadukan pelbagai kelompok melalui satu identity bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masyarakat. Integrasi akan wujub apabila ahli-ahli sesuatu masyarakat dapat menerima ciri ahli lain tanpa mengambil kira identiti dan asal usul mereka. Selain itu, integrasi juga akan melibatkan asimilasi. Asimilasi merupakan proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan yang dominan dari segi kebudayaan dan sosial. Terdapat dua jenis asimilasi iaitu budaya dan struktur. Asimilasi budaya ialah proses di mana kumpulan minority mempelajari ciriciri kebudayaan misalnya cara berpakaian, bahasa dan adat resam. Asimilasi struktur pula merupakan proses di mana kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan. Integrasi juga mungkin melibatkan amalgasi, amalgasi merupakan proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entity kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur yang akan melahirkan satu bangsa baharu. Struktur Masyarakat Atau Kelas Sosial Elemen seterusnya ialah struktur masyarakat atau kelas sosial. Struktur sosial merupakan susunan daripada unsur-unsur sosial yang asas dalam masyarakat, iaitu kelompok, kelas sosial, nilai dan norma sosial, serta lembaga sosial. Terdapat dua cara untuk menganalisis struktur sosial iaitu: (a) Keturunan/kasta, tingkat pendidikan, kekayaan dan usia. Pembahagian ini dinamakan stratifikasi sosial (perbezaan tahap). Dalam konteks Negara kita Malaysia, struktur sosial ini dapat dilihat lebih kepada tingkat pendidikan, kekayaan serta usia.

(b) Suku bangsa, ras, golongan/kelompok, jenis keluarga, agama dan seterusnya. Pengagihan ini dinamakan perbezaan sosial (perbezaan fungsi dan adat). Kedudukan individu atau kelompok dalam struktur sosial tidak bersifat statik atau tetap, melainkan dapat mengalami perubahan atau perpindahan. Perpindahan posisi dalam struktur sosial yang dialami oleh individu atau kelompok dalam struktur sosial disebut mobility sosial. Menurut Weber, masyarakat dapat dipilih secara vertical berdasarkan ukuran-ukuran kehormatan, sehingga ada orang-orang yang dihormati dan disegani dan orang-orang yang dianggap biasa-biasa sahaja, atau orang kebanyakan, atau bahkan orang-orang yang dianggap hina. Unsur penting dalam stratifikasi sosial adalah status. Status ialah kedudukan atau tempat seseorang atau kelompok dalam struktur sosial masyarakat atau pola hubungan sosial tertentu. Status seseorang dapat diperoleh sejak kelahirannya (ascribed status), diberikan kerana jasajasanya (assigned status) atau kerana prestasi dan perjuangannya (achived status). Dapat dirumuskan bahawa kelas sosial ialah golongan individu yang menyandang, memiliki cara hidup tertentu dan memiliki prestij. Dalam kelas sosial terdapat symbol-simbol tertentu. Simbol ini mempunyai makna tertentu dalam kalangan penggunanya. Di samping manusia hidup dan bergerak dalam sebuah ruang geografi, manusia juga hidup dalam sebuah ruang yang unik, iaitu struktur sosial. Manusia dapat berpindah dari satu ruang geografi (wilayah) ke ruang geografi yang lain dan manusia juga dapat berpindah dari kelas sosial dan golongan yang lain kepada yang lain. Kepercayaan Yang seterusnya adalah kepercayaan. Menurut Kamus Dewan (1994), kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu. Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun. Dalam konteks psikologi, kepercayaan bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkait dengan sikap berkedudukanmemihak (propsotional attitude). Kita sebagai penduduk di Malaysia hendaklah mengenali adat isitadat dan pantang larang kesemua kaum. Contohnya, Masyarakat Melayu mengamalkan pantang larang tidak dibenarkan memotong kuku pada waktu malam. Jika memotong kuku pada waktu malam umur akan semakin pendek. Sebenarnya pantang larang tersebut telah wujud pada zaman dahulu lagi dimana kuku dipotong menggunakan pisau. Jika dilakukan pada waktu malam maka boleh mencederakan jari dan tangan. Larangan ini membawa kebaikan kepada anak supaya mereka tahu membezakan masa yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

Pantang larang sering digunakan oleh semua masyarakat di Malaysia tidak kira Melayu, Cina ataupun India. Masyarakat Cina pula turut mempercayai bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang luar biasa. Beberapa semangat itu berada dan hidup di dalam fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung serta fenomenafenomena alam lain. Fenomena alam itu diklasifikasikan kepada Yang dan yin. Yang

merupakan prinsip dasar untuk lelaki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya (siang) yang bersifat aktif. Yin adalah suatu prinsip seperti wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap (malam), dan segala yang bersifat pasif. Selain itu, masyarakat Cina percaya bahawa jade dapat memberi kekayaan dan keharmonian. Feng-shui pula dikatakan akan memberi tuah dalam kehidupan (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Kepercayaan dalam masyarakat India pula berdasarkan hukum karma dan

pembahagian kasta. Hukum karma merupakan tindakan-tindakan untuk mencapai keidupan selepas mati jika melakukan amalan-amalan dan berbakti semasa hidup. Selain itu, agama hindu juga memiliki lima mazhab, iaitu Saivisme (menyembah dewa Siva), Vaishnavisme (menyembah dewa Vishnu), Ganapathy, Saura dan Sakhta (menyembah dewa sakti). Penganut hindu percaya kepada tiga penjelmaan, iaitu dewa Brahma (dewa pencipta), dewa Vishnu (dewa perlindungan) dan dewa Siva (dewa pemusnah). Mereka juga berpegang teguh kepada kitab agama terutamanya kitab Veda. Kepercayaan masyarakat hindu sering dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif. Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya dikatakan akan menerima nasib buruk atau kesan negatif (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Sebagai contoh, perbuatan bersiul pada waktu malam akan mengundang ular masuk ke dalam rumah. Bagi yang makan di tempat yang gelap pula, makanan mereka akan dikongsi bersama dengan hantu, roh atau penunggu. Mereka juga percaya bahawa sekiranya pensel diasah pada kedua-dua belah, maka ibu dan bapa dalam keluarga berkenaan akan sentiasa bergaduh.

Bahasa Elemen lain untuk kita memahami konsep kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia adalah dengan adanya bahasa. Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak boleh digunakan sewenangnya wenangnya dan bahasa mempunyai strukturnya sendiri. Bahasa merupakan alat menyalurkan idea (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Di Malaysia, bahasa digunakan untuk berkomunikasi atau berhubung, baik dari segi tulisan, lisan, ataupun gerakan (bahasa isyarat) bertujuan untuk menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain. kepelbagaian budaya ini diterapkan melalui bahasa. Bahasa mempunyai unsur-unsur perlambangan atau simbol. Perlambangan atau simbol dalam bahasa sesebuah masyarakat mungkin ada persamaan tetapi biasanya adalah berbeza. Terdapat juga berbentuk sejagat yang difahami oleh semua ahli masyarakat yang lain. Di Malaysia, bahasa melayu merupakan bahasa rasmi. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Dengan ini, bahasa melayu menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan budaya. Mengikut Akta pendidikan 1996, bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama di semua institute pendidikan dalam system pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan. Di sekolah jenis kebangsaan pula bahasa kebangsaan dijadikan sebagai mata pelajaran wajib. Di sini, jelas menunjukkan bahawa dengan menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi maka akan wujud integrasi dan melahirkan bangsa Malaysia menjelang tahun 2020. Jantina Elemen seterusnya adalah jantina atau gender. Jantina atau gender merpuakan perbezaan antara lelaki dengan perempuan berdasarkan cirri-ciri sosial dan budaya yang sebenarnya dapat ditukarkan kerana diperoleh melalui proses belajar. Misalnya perempuan bekerja di dalam rumah dengan kerja yang sederhana dan lelaki bekerja di luar rumah dengan kerja yang lebih berat dan lasak berbanding perempuan.

Jenis

jantina

merupakan

perbezaan

berdasarkan

biologi,

sedangkan

gender

berdasarkan hubungan sosia dan budaya. Dalam sesetengah masyarakat, kumpulan lelaki amat diperlukan. Dalam sesetengah masyarakat, anak lelaki diutamakan dalam keluarga. Anak lelaki dikatakan penyambung generasi. Masyarakat cina juga amat mementingkan anak lelaki. Hal ini kerana, anak lelaki dikatakan boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Adat resam Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat . adat juga adalah amalan yang piawai , iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam juga merupakan sesuatu perkara yang diwarisi sejak turun temurun oleh ketiga tiga kaum utama di Malaysia. Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza. Terdapat pelbagai adat resam dari pelbagai kaum yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Contohnya masyarakat Melayu yang telah disemai dengan tuntutan dan saranan agama. Adat melenggang perut pula dilakukan untuk wanita yang mengandung annak sulung ketika usia kandungan dalam linkungan tujuh atau lapan bulan. Seterusnya masyarakat Cina, masyarakat Cina mempunyai adat resam yang unik dan berbeza mengikut kaum-kaum tertentu. Mereka banyak bergantung kepada nasib dan tukang tilik memainkan peranan yang penting dalam menentukan nasib. Pantang larang semasa mengandung juga terdapat dalam sasyarakat Cina yang bertujuan memelihara bayi yang bakal lahir. Bagi masyarakat india pula, adat resam yang diamalkan mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Melayu. Sebagai contoh persamaannya adalah dari aspek kelahiran dan perkahwinan. Terdapat juga adat resam yang diamalkan oleh masyarakat iban, kadazan dan orang asli yang mungkin bukan kumpulan etnik terbesar di Malaysia. Namun etnik-etnik ini masih mengamalkan adat resam mengikut warisan dan kepercayaan masing-masing. Secara kesimpulannya, kepelbagaian adat resam di Malaysia merupakan salah satu aspek kewujudan konsep kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia kini. terdapat

pelbagai budaya dalam masyarakat majmuk dan kepelbagaian ini perlulah ditangani dengan baik .

You might also like