You are on page 1of 2

Teori Teori

Teori
Transformas
Teori
Tradisional Struktural
i Generatif Fungsional
(Panini) (Bloomfield) (Halliday)
(Chomsky)

Aliran tradisional dalam kajian bahasa telah bermula sejak zaman silam Yunani, iaitu
kira-kira pada abad ke-5 sebelum Masihi. Pada zaman itu, kajian bahasa merupakan
cabang falsafah yang dapat membantu ahli-ahli falsafah Yunani menyelidik alam. Dari
Yunani, deskripsi bahasa tradisional berkembang ke Eropah pada zaman pertengahan dan
akhirnya meresap ke dalam beberapa bahasa penduduk asal di situ. Deskripsi bahasa yang
dibuat oleh ahli-ahli falsafah Yunani berasaskan logik. Plato umpamanya, telah
membahagikan golongan kata kepada dua, iaitu nama dan perbuatan. Nama ditakrifkan
sebagai kata yang dapat berfungsi sebagai subjek dalam ayat, manakala perbuatan pula
membayangkan tindakan.
Teori ini dipelopori oleh Panini iaitu ahli tokoh fonetik India menganggap bahawa
bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat
untuk membunyikan suara. Sebelum itu, Plato dan Aristotle telah menghuraikannya dalam
bahasa Yunani dan di Malaysia, ia telah dimulakan oleh Pendita Za’ba dan Prof. Asmah Hj.
Omar dengan pendekatan bahasa Melayu.
Aliran tradisional berpendapat tatabahasa ialah satu cara yang dilakukan bagi
mendeskripsikan bahasa dan tertakluk kepada hukum dan peraturan tertentu. Dalam aspek
huraian bahasa, analisis tradisional menampakkan beberapa kelemahan, misalnya ia tidak
mempunyai kerangka teoritikal yang konkrit. Kerangka teoritikal penting kerana ia boleh
dijadikan dasar analisis dan digunakan untuk menghasilkan kebulatan kepada dapatan
kajian. Selain itu, dari segi analisis makna, ia tidak melibatkan aspek konteks.
Tatabahasa tradisional bukan merupakan gabungan teori yang berusaha untuk
menjelaskan struktur kesemua bahasa yang ada di dunia ini menggunakan satu set konsep
yang unik. Tatabahasa ini berpecah kepada tradisi yang berbeza-beza bagi bahasa yang
berbeza. Dengan kata lain, setiap bahasa mempunyai perbendaharaan kata tradisional
mereka dan cara analisis yang tersendiri. Sebagai contoh, setiap bahasa Eropah mewakili
dan menyesuaikan tatabahasa Latin ke dalani bahasa yang tertentu.

You might also like