You are on page 1of 1

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kurikulum bermaksud segala

rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan
untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu
pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Perkembangan kurikulum di Malaysia
merujuk kepada dua model utama iaitu Model Objektif yang dipelopori oleh Ralph Tyler dan
Hilda Taba manakala Model Proses pula diperkenalkan oleh Lawrence Stenhouse.

Penilaian prestasi di peringkat antarabangsa amat diperlukan bagi mengukur


pencapaian pencapaian sesebuah negara. Standard Prestasi Antarabangsa (SPA) adalah
satu ukuran yang dapat menilai tahap keberkesanan kurikulum dan kaedah pengajaran di
dalam sesebuah negara di samping dapat membanding beza tahap pencapaian pelajar
daripada pelbagai negara. Malaysia telah mengambil bahagian dalam penilaian
antarabangsa dengan matlamat untuk mengukur sejauh mana sistem pendidikan di
Malaysia mampu melahirkan modal insan kelas pertama dan seimbang selaras seperti yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara penilaian antarabangsa yang
disertai oleh Malaysia adalah Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa
(TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA). Walau bagaimanapun,
pencapaian Malaysia dilihat tidak konsisten sejak penglibatannya pada tahun 1999. Ekoran
daripada isu ini, ulaskan punca pencapaian di Malaysia yang tidak konsisten dan perincikan
perubahan serta penambahbaikan dalam kurikulum sekolah di Malaysia bagi menaikkan
purata global Malaysia dan berada dalam satu pertiga kedudukan daripada negara-negara
yang mengambil bahagian dalam pentaksiran antarabangsa, selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

You might also like