You are on page 1of 197

PEMBANGUNAN MODEL PETAKSIRAN

JASMANI, EMOSI, ROHANI, INTELEK (JERI)


DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM
MALAYSIA

DR.GHAZALI BIN DARUSALAM


JABATAN ASAS PENDIDIKAN DAN KEMANUSIAAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYA

2012-2013

1
Pengenalan

Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir
Mohamad ialah untuk menjadikan Malaysia negara maju, melahirkan masyarakat Malaysia
yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang
demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif
dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas
dan kental. Pendidikan ialah faktor penting di dalam sistem kehidupan manusia. Bentuk dan
aliran pendidikan adalah faktor yang mengubah kehidupan manusia. Sistem dan konsep
pendidikan haruslah menitikberatkan pembangunan insaniah dan tidak hanya menumpukan
kepada pembangunan aspek fizikal sahaja.

Pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama


pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan
inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang
sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal
insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah
negara. Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan
hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan
untuk menjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek seperti mana yang terkandung dalam FPK.

Berdasarkan kepada konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia bertujuan untuk


meningkatkan potensi individu secara menyeluruh disamping meningkatkan keseimbangan dari
segi jasmani,emosi intelek, dan rohani (JERI) dengan berteraskan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Ia adalah selaras dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) iaitu untuk membantu murid-murid meningkatkan potensi dari segi JERI secara
menyeluruh dan bersepadu.

Selain itu, Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia pula perlu mengorak langkah
menuju kearah pemantapan dan pemerkasaan pembangunan modal insan secara bersepadu
dan menyeluruh dengan mengambil kira kemakmuran negara dan kehendak pasaran kerja.
Pembangunan modal insan merupakan satu perkara yang telah digariskan sebagai satu
daripada agenda utama Negara dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) seperti yang telah

2
dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri. Pelajar yang berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu adalah aset penting pembangunan negara.

Pembangungan modul/perisian Pentaksiran JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek)


adalah satu proses pentaksiran perkembangan insan pelajar bagi mengukur keseimbangan
JERI (Jasmani, Emosi, Rohani & Intelek) bukan sahaja murid-murid di sekolah tetapi juga
pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Tinggi Awam/Swasta di Malaysia.

Satu perisian (software) Pentaksiran JERI telah dicipta oleh penyelidik di Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya melalui Formates Sdn.Bhd. Pentaksiran yang telah hasilkan
adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memaktubkan
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Proses penaksiran
JERI boleh dijalankan secara manual oleh pensyarah di bilik kuliah selain boleh dilaksanakan
melalui perisian komputer oleh penyelidik. Terdapat banyak aspek dalam pentaksiran
pembelajaran pelajar yang boleh dinilai selain JERI seperti projek komuniti, peperiksaan,
pembentangan individu atau kumpulan, pencapaian dalam kelas, kerja lab, perkuliahan,
tugasan kursus, tugasan individu, demonstrasi dan sebagainya.

Penaksiran (assessment) pada dasarnya dihuraikan sebagai proses memerhati atau


mencerap pembelajaran, menghurai, mengumpul, merekod, menilai dan menginterpretasikan
maklumat. Petaksiran juga adalah sebahagian daripada proses penilaian yang dibuat secara
berterusan bertujuan untuk memahami dan menambahbaikan pembelajaran. Penaksiran
adalah satu proses pengumpulan dan perbincangan maklumat dari pelbagai sumber bagi
mengembangkan pemahaman yang mendalam mengenai apa yang pelajar tahu, apa yang
difahami serta membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan dari pengalaman pendidikan.
Penaksiran juga bermaksud satu proses puncak hasilan bagi meningkatkan pembelajaran
pelajar.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), penaksiran merupakan satu proses


yang sistematik bertujuan untuk mengesan pekembangan pelajar secara menyeluruh dan
berterusan, bersifat formatif, dirancang, dikendalikan dan ditaksir oleh guru sendiri yang
bertujuan untuk memudahkan guru membuat tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan
pembelajaran dan memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan pelajar disamping guru dapat
memperkembangkan potensi pelajar dari aspek pengetahuan (kognitif), kemahiran (afektif) dan
sikap serta nilai murni yang dihayati.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1993) telah memperincikan rekabentuk penaksiran di


sekolah berpandukan ciri-ciri berikut yang antara lainnya menyatakan penaksiran sekolah

3
merupakan satu bentuk penilaian yang dapat mengesan perkembangan individu dari segi
kognitif, afektif dan psikomotor, digubal oleh sekumpulan pakar, dilaksanakan secara
desentralisasi, tidak menekankan perbandaingan pencapaian pelajar, dikendalikan melalui tiga
cara; pemerhatian, lisan dan tulisan dan proses penilaian adalah sistematik.

Pentaksiran di Malaysia dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu penaksiran luaran dan
dalaman. Sistem penaksiran luaran (external assessment) dijalankan di peringkat nasional
selaras dengan arus pendidikan perdana, manakala penaksiran dalaman (internal assessment)
dilaksanakan di peringkat sekolah (bilik darjah/kelas). Semua amalan penaksiran di peringkat
sekolah mempunyai perkaitan dengan peringkat nasional sebagai persediaan pelajar
menempuh peringkat peperiksaan awam.

Amalan pentaksiran di Malaysia dikendalikan oleh dua agensi; Lembaga Peperiksaan


Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Lembaga Peperiksaan Malaysia
diberi tanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala
pihak Majlis Peperiksaan Malaysia diberi mandat bagai mengendalikan peperiksaan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM). Kedua-dua agensi ini melaksanakan sistem pentaksiran dan
penilaian secara summatif dan ujian norma dengan tujuan pengredan dan persijilan pencapaian
pelajar bagi menentukan aliran pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Pentaksiran di sekolah
terbahagi kepada tiga jenis; pentaksiran sekolah, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan
pentaksiran bilik darjah.

Cohen dan Deal (1977) membawa satu contoh dari Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
dengan mencadangkan agar penaksirannya mestilah bersifat holistik, merujuk kepada semua
aktiviti pembelajaran pelajar di sekolah yang sama. Kenyataan ini juga dinyatakan oleh Ducan
dan Dunn (1991) dengan mencadangkan agar penaksiran di sekolah perlu dibuat secara
pengumpulan maklumat oleh guru mengenai pelajarnya, oleh guru mengenai pengajarannya
dan oleh pelajar sendiri mengenai kemajuan hasil pencapaiannya. Manakala penaksiran adalah
sebahagian daripada penilaian yang melibatkan proses pengumpulan maklumat secara
beterusan dengan tujuan untuk menguji hipotesis, membuat keputusan dan mengemukakan
soalan.

Black dan William (1998) telah mengemukakan cadangan agar penaksiran yang dibuat
dalam bilik darjah/kelas hendaklah bersifat formatif, guru perlu membimbing, membuat
pemerhatian tingkahlaku dan memberi motivasi yang berterusan kepada pelajar. Tetapi apa
yang berlaku di sekolah telah didedahkan melalui kajian Mohd. Rafie Othman (1998) yang
mengatakan bahawa ramai guru yang masih belum memahami konsep penaksiran yang
memerlukan pemerhatian berterusan atau dari masa ke semasa agar dapat membantu pelajar

4
mencapai pengetahuan, kemahiran dan perubahan tingkahlaku yang dikehendaki oleh pihak
sekolah.

Suzana Abd. Muthalib (2006) menyatakan penaksiran formatif bertujuan memperbaiki


atau mengenalpasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran dimana
proses pelaksanaanya dibuat secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran
belaku. Kenyataannya juga disokong oleh Wan Mohd. Zuhari (2004) yang menjelaskan setiap
aktiviti sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran harus ditaksir secara berterusan
melalui pentaksiran dalam bilik kelas. Beliau juga menyatakan bahawa perkara yang perlu
ditekankan untuk menentukan amalan penaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah melalui kepelbagaian jenis penaksiran seperti penaksiran autenik, portfolio, kerja kursus
dan sebagainya. Hasil penaksiran perlu diiktiraf dalam pencapaian pelajaran keseluruhan dan
penaksiran hendaklah bersifat pembelajaran yang berterusan agar dengan cara ini ia
membantu mengubah cara penaksiran lebih ke arah peningkatan pembelajaran pelajar dan
pengajaran guru. Kenyataan yang sama juga dikemukakan dalam kajian oleh Rohaya Ishak
(2007) yang memasukkan kerja kursus sebagai salah satu daripada proses penaksiran di bilik
darjah.

Neill (1997) menjelaskan terdapat lapan prinsip penting dalam menentukan keberkesanan
penaksiran:
i. Penaksiran bertujuan untuk memperbaiki pelajaran
ii. Penaksiran dilakukan untuk penambahbaikan pembelajaran
iii. Sistem pembelajaran hendaklah adil untuk semua golongan pelajar
iv. Pengetahuan dan perkembangan nilai professional dapat membantu penaksiran
v. Kebolehan berkomunikasi turut menyumbang perkembangan penaksiran
vi. Penaksiran perlu dilakukan secara berterusan dan jelas
vii. Proses dan prosidur pentaksiran perlu kerap dikaji semula dan diperbaiki dari masa ke
semasa
viii. Penaksiran perlu menjadi sebahagian daripada pembelajaran yang dinamik
berorientasikan ke arah matlamat penaksiran.

Oleh itu, bagi merealisasikan keberkesanan sistem penaksiran yang dilaksanakan di


seluruh dunia, pendidikan pada masa haruslah tidak hanya tertumpu kepada domain kognitif
semata-mata sebaliknya domain afektif dan psikomotor perlu juga difokuskan.

5
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia semakin berkembang dengan pesat. Panduan utama pendidikan di


Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal
untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada
semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang
membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan.
Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara.
Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat
negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk
menjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi Jasmani, Emosi, Rohani
dan Intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK.

Jika dilihat dari sudut istilah falsafah itu sendiri, ia berasal dari dua perkataan Yunani iaitu
philos (mencintai) dan sophia (kebijaksanaan). Ahli-ahli falsafah mendefinisikan falsafah
sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam
variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia. Pendidikan pula diambil dari dua
perkataan Latin iaitu educere yang bermaksud membimbing atau melatih dan educare iaitu
melatih atau mengasuh. Kebangsaan secara umumnya diertikan sebagai sesuatu yang
universal dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhan.

Pada amnya, falsafah boleh diklasifikasikan kepada empat cabang atau bidang kajian;
metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti, epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu,
aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai dan logik yang berkaitan dengan penaakulan.
Walau bagaimanapun, ada antara ahli falsafah yang telah membahagikan aksiologi kepada dua
cabang lagi iaitu aksiologi etika dan aksiologi estetika (Mok Soon Sang, 2000).

Dalam Falsafah Pendidikan Negara (2006), terdapat dua aspek yang boleh dirujuk iaitu
cabang-cabang falsafah dan elemen-elemen yang terkandung dalam FPK itu sendiri. Antara
cabang-cabang falsafah tersebut ialah metafizik. Ciri-ciri FPK bagi metafizik ialah menyeluruh
dan bersepadu yang bermaksud guru mestilah mencurahkan segala ilmu yang telah ditetapkan
sukatannya oleh kerajaan kepada setiap murid. Dengan itu, potensi dan kebolehan individu
penting untuk berkembang secara menyeluruh dan bersepadu.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan lahir melalui suatu proses yang agak panjang iaitu
satu proses pembinaan negara dan bangsa semenjak merdeka lagi. Idea penggubalan FPK
telah tercetus selepas penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979. FPK yang
dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berlandaskan tiga
ideologi iaitu Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (RMK 3, 1976-1980) dan Dasar Pendidikan
6
Kebangsaan (1999). Penggubalan falsafah ini telah dilakukan oleh pakar-pakar akademik yang
meneliti dan mengambil kira keperluan individu, masyarakat dan negara (KPM, 2001).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan
dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 yang bermaksud:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara”. ( Akta Pendidikan 1996, Akta 550)

Berdasarkan pernyataan di atas, matlamat pendidikan negara boleh dinyatakan secara ringkas
sebagai usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang
dan bersepadu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek serta Sahsiah (JERIS). Ia juga
selari dengan prinsip-prinsip Rukun Negara iaitu :

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

Selain itu, pernyataan didalam FPK juga dilihat menitikberatkan sistem pendidikan di
Malaysia dimana perkembangan potensi individu harus diberi penekanan secara bersepadu
dan menyeluruh kearah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan
kepatuhan kepada tuhan. Ini bermakna, FPK berhasrat melahirkan insan yang berpegang teguh
pada agama. FPK perlu dijadikan teras untuk pendidikan di negara ini bermula dari pendidikan
pra-sekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Konsep pendidikan di Malaysia bermatlamat untuk memajukan aspek-aspek


pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politik. Kemajuan
dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk mempercepatkan serta memperkukuhkan cita-cita ke
arah memajukan perpaduan negara. Ia bertujuan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berdisiplin, dan terlatih selaras dengan tujuan pembangunan manusia. Di samping itu, Falsafah
Pendidikan Islam pula menyatakan bahawa insan terdiri daripada roh dan jasad. Roh
merupakan fakulti rohani yang kadangkala juga disebut ‘aql (akal), qalb (hati) dan nafs (jiwa)
mengikut fungsi yang dimainkan. Insan yg terdiri daripada pelajar memerlukan keperluan fizikal
seperti keperluan makanan, aktiviti dan keperluan sosial seperti untuk dikasihi, untuk
keanggotaan dan status dalam kumpulan masyarakat, keperluan kerohanian iaitu keperluan

7
untuk berhubung dengan suatu yang lebih besar dan luar daripada dirinya, iaitu keperluan
untuk berhubung dengan Pencipta. Oleh yang demikian, aspek JERIS dilihat amat penting
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan justeru harus diberi penekanan yang serius oleh
warga pendidik khususnya di sekolah.

Peranan Sekolah Dalam Merealisasiskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pelaksanaan FPK dipaparkan secara jelas menerusi paparan tanggungjawab para pentadbir
sekolah, para guru, penyediaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di medium yang dinamakan
“sekolah”. Sekolah bertindak sebagai prasarana penghasilan produk (anak murid) seperti yang
dihasratkan oleh variasi pihak memandangkan mereka merupakan pemandu generasi pada masa
yang bakal tiba suatu hari nanti. Pendidikan yang dihasilkan adalah menyeluruh dan bersepadu
demi mengaplikasikan ilmu yang diterima di sekolah ke dalam rutin seharian oleh para murid.
Tambahan itu, pendidikan yang ditafsirkan di dalam FPK adalah suatu sistem yang berterusan
demi perkembangan potensi para murid yang harmoni dari variasi aspek tetapi masih
berpandukan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang jelas tercatit di dalam
Rukun Negara. Pendidikan sebegini (berdasarkan FPK) perlu dilaksanakan demi melahirkan
sekelompok masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni dan sivik yang mahmudah dan
senantiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri seperti yang dirukuni fitrah semulajadi insan.
Rentetan kronologi ini bermotifkan pemberian sumbangan terhadap kemakmuran variasi pihak.
Penilaian pengamalan falsafah ini diperspektif menerusi variasi penjuru; yakni peranan pihak
pengurusan dan organisasi, pengurusan prasarana, kemudahan yang disediakan di sekolah dan
amalan keceriaan, pelaksanaan aktivti kurikulum dan kokurikulum serta lampiran program dan
aktiviti yang disediakan pada setiap saranan FPK.

Penilaian sebegini memberi impak terhadap pelbagai kajian yang dilakukan di sekolah
dengan menilai peranan sekolah berkenaan untuk merealisasikan hasrat yang terkandung di
dalam FPK menerusi beberapa pendekatan kajian. Umumnya, kajian yang terlibat adalah
berasaskan temu bual sama ada berstruktur atau sebaliknya, pemerhatian menerusi senarai
semak dan borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel guru secara rawak. Analisis para
respondan dibuat menerusi kaedah statisitik deskriptif dengan jumlah frekuensi pendapatan dan
peratusan.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Terhadap Sistem Pendidikan Negara

FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para
guru perlulah berpegang kepada FPK ketika menjalankan tanggungjawab profesional mereka agar
matlamat pendidikan negara dapat direalisasikan. Hal ini memerlukan penghayatan, pemahaman

8
dan keprihatinan daripada para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita-cita yang tersisip
dalam kandungan FPK. FPK telah memberi implikasi terhadap sistem pendidikan di negara ini
seperti didalam aspek kurikulum serta aspek di antara para pendidik dan institusi pendidikan yang
merujuk kepada perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu
sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem
pendidikan di Malaysia. Maka, semua perancangan atau aktiviti yang melibatkan bidang
pendidikan memancarkan nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan tujuan
FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus yang berorientasikan program secara bersepadu,
perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai-niai murni, perubahan program
pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi
pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam
bidang vokasional dan teknologi.

Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan
tugas sejajar dengan tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi para
pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan sikap profesional menerusi
perubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima penonton (para
pelajar).

Ketiga, FPK memberi impak terhadap institusi pendidikan. Perubahan struktur dan
organisasi sekolah adalah penting untuk pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi
perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi memupuk nilai-
nilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga perlu diambil kira demi
melahirkan pelajar-pelajar yang cintakan ilmu lantas dapat membentuk budaya membaca di
kalangan mereka. Justeru itu, jelaslah bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya
diamalkan demi melaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Falsafah ini penting untuk menghasilan individu seperti yang dihasratkan negara Malaysia.
Namun, sejauh manakah pelaksanaan FPK diaplikasi terhadap pembangunan dan sistem
sesebuah sekolah?

Strategi Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kementerian Pelajaran Malaysia merancang beberapa strategi bagi menjayakan perlaksanaan


FPK. Semua guru haruslah memahami kehendak strategi ini dan memberi sokongan yang kuat
untuk melaksanakan strategi tersebut.

9
Strategi Untuk Menrealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendekatan Strategik
Peranan Guru
- Pembangunan insan
- Pelaksanaan kurikulum
- Pembangunan sumber pendidikan - Pelaksanaan kokurikulum
- Pentadbiran dan pengurusan
- Penyelidikan dan pembangunan infrastruktur
- Menjalinkan hubungan rapat

Rajah 3: Strategi dan peranan guru bagi merealisasikan falsafah Pendidikan Kebangsaan

Cabaran alaf baru memerlukan pendekatan yang lebih strategik untuk menggunakan sumber
pendidikan yang sedia ada secara cekap dan optimum bagi mengwujudkan sistem pendidikan
yang berkualiti dan seterusnya melahirkan individu yang terbaik. Pendekatan yang berbentuk
menyeluruh dan bersepadu menjadi teras utama pembangunan pendidikan dalam tempoh 10
tahun akan datang bagi memenuhi permintaan pendidikan yang meningkat, menangani kekangan
sumber pendidikan yang terhad dan memenuhi tuntutan era teknologi maklumat.

Strategi ini merangkumi pembangunan insan, pembangunan sumber pendidikan serta


penyelidikan dan pembangunan.

1. Pembangunan Insan
Pembangunan insan bermatlamat untuk meluaskan potensi individu secara menyeluruh untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi (JERI). Ini juga
bertujuan untuk melahirkan pekerja yang berilmu dan berketerampilan dan mampu berfikir secara
kritis dan kreatif bagi memenuhi keperluan negara demi mencapai kecemerlangan dalam ekonomi
yang berasaskan pengetahuan (k-ekonomi). Permbangunan insan akan memberi penekanan
kepada perkara-perkara berikut :

10
i. Penyediaan kurikulum yang relevan - Kurikulum perlu diubah suai mengikut keperluan
semasa supaya murid memperoleh pengetahuan yang terkini, mengikuti perkembangan sosial
dan menguasai kemahiran yang bernilai dari segi ekonomi.
ii. Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan – Sistem penyampaian yang berkesan akan
meluaskan pengalaman murid kerana mereka dapat maklumat dari pelbagai punca maklumat
di seluruh dunia dengan menggunakan teknologi yang canggih seperti ICT. Sistem ini juga
membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan.
iii. Penekanan pendidikan agama dan moral – Peningkatan salahlaku di kalangan pelajar sekolah
dan gejala sosial dalam masyarakat memerlukan penerapan nilai-nilai agama dan moral di
semua peringkat pendidikan dan perlu diperkukuh selain memastikan nilai-nilai baik dapat
dihayati dalam semua aspek kehidupan.
iv. Memupuk semangat patriotisma – Semangat patriotik perlu dipupuk melalui semua mata
pelajaran. Ianya dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.
Pemupukan semangat patriotik bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai
semangat cinta akan negara dan berbangga menjadi rakyat Malaysia.
v. Peningkatan peluang pendidikan melalui pelbagai bidang dan pendekatan alternatif –
Perubahan yang berlaku masa ini menuntut setiap individu meningkatkan ilmu, latihan dan
kemahiran supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan negara. Antara
pendekatan yang digunakan termasuklah memberi kemahiran baru, meningkatkan kemahiran
dan pendidikan jarak jauh.
vi. Penekanan dalam sains dan teknologi – Kemajuan sains dan teknologi dituntut oleh negara
untuk memastikan mencapai taraf negara maju. Dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja
dalam bidang ini akan mempercepatkan proses ke arah tersebut.

2. Pembangunan Sumber Pendidikan


Penggunaan sumber pendidikan seperti tenaga pengajar, prasarana, program sokongan,
kewangan dan sistem pengurusan akan dioptimumkan untuk menghasilkan sistem pendidikan
yang berkualiti. Semua program dan projek pendidikan akan menggunakan pendekatan secara
bersepadu tanpa perlu membazir masa, tenaga dan kewangan. Pembangunan sumber pendidikan
akan memberi penekanan kepada perkara berikut:
i. Penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini.
ii. Pelaksanaan program pendidikan mengikut perancangan
ii. Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

3. Penyelidikan dan Pembangunan


Kementerian menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang diterima agar
digunakan untuk mengemaskini serta memperbaiki dan meningkatkan sistem pendidikan dari
masa ke semasa. Bagi menjalankan R&D, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :

11
i. Penyediaan tenaga pakar untuk penyelidikan – mengadakan program latihan bagi guru dan
pegawai pendidikan untuk meningkatkan kemahiran menjalankan penyelidikan.
ii. Sumber kewangan – mencari sumber kewangan untuk membiayai projek penyelidikan dan
pembangunan.
iii. Dasar pendidikan untuk menggalakkan penyelidikan – dasar pendidikan digubal bagi
menggalakkan penyelidikan pada semua peringkat.

Merancang Aktiviti ke Arah Merealisasikan FPK

1. Pertimbangan untuk Merancang Aktiviti Murid


Rancangan pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi memenuhi hasrat FPK. Semasa
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, perkara berikut perlu di ambil
perhatian:
 Kaedah – berpusatkan murid
 Keselamatan – keadaan kondusif, persekitaran dan peralatan yang selamat
 Pemikiran – merangsang cetusan idea, menggalakkan pemikiran secara terbuka dan sesuai
dengan tahap pemikiran murid
 Kemahiran maklumat – mengakses maklumat, memproses maklumat dan menambah nilai
kepada maklumat
 Bahasa yang digunakan – mudah difahami oleh semua pelajar dan bahasa halus
 Nilai murni dan emosi – tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama, pembentukan keyakinan
diri, semangat berpasukan, peka terhadap situasis etempat dan membentuk sikap yang positif.

2. Aktiviti Merealisasikan FPK


Berikut adalah contoh aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah bagi merealisasikan FPK.
Contoh 1 : Kurikulum
Aktiviti kurikulum pada kebiasaannya membincangkan isu semasa. Antara aktiviti berkenaan
adalah seperti berikut:
 Berbincang dan sumbang saran untuk menjelaskan isu
 Mengakses maklumat melalui internet dan sumber lain
 Menganalisa dan menilai maklumat
 Membuat sintesis, keputusan dan kesimpulan
 Menulis laporan
 Mempamerkan hasil kerja
Projek penyelidikan sedemikian adalah mencabar dan membantu dalam perkembangan potensi
murid dari beberapa segi:
i. Perkembangan intelek – murid mengaplikasikan kemahiran ICT untuk mengakses maklumat.
Tambahan pula proses menilai maklumat memerlukan aplikasi kemahiran berfikir dan
kemahiran yang berkaitan dengan penyelidikan.
12
ii. Pemupukan nilai – murid memberi kerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan projek
tersebut. Murid juga meneliti dan mengambil kira impak dari sesuatu isu kepada masyarakat.
iii. Penyebaran maklumat – murid juga menyebarkan maklumat dan menyumbang idea yang
konstruktif.

Aspirasi Murid Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Semua murid mempunyai pontensi untuk maju seperti mana yang dijelaskan dalam FPK melalui
aspirasi berikut:
i. kemahiran memimpin
ii. kemahiran dwibahasa
iii. etika dan kerohanian
iv. identiti nasional
v. pengetahuan
vi. kemahiran berfikir
Keenam-enam aspirasi murid ini sejajar dengan perkembangan potensi holistik yang mencakupi
domin kognitif, efektif dan psikomotor.

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Menurut Mohd Fathi Adnan, Rohana Hamzah dan Amirmudin Udin dalam kertas kajian mereka
mengenai Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di
Malaysia, terdapat empat belas elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan di mana setiap satunya memberi implikasi terhadap pendidikan. Berikut
adalah elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

13
Jadual 1 : Jadual elemen-elemen FPK

Bil Elemen-elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan


1. Pendidikan suatu usaha berterusan
2. Memperkembang potensi individu
3. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu
4. Insan yang seimbang dan harmonis
5. Unsur intelek
6. Unsur rohani (Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan)
7. Unsur emosi
8. Unsur jasmani
9. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
10. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
11. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
12. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
13. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara
14. Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara

Dengan berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), adalah


difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha untuk memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan adalah
penting untuk melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan dapat memberi sumbangan untuk
keharmonian dan kemakmuran negara.

1. Pendidikan Suatu Usaha Berterusan


Manusia perlu menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang
hayat mereka. Oleh sebab itu, pendidikan yang terancang dan sebaliknya dipelbagai peringkat
hidup, seperti Rajah 1, berlaku atau diadakan untuk mereka menyesuaikan diri kepada pelbagai
perubahan. Kini masyarakat di Malaysia sedang melalui perubahan yang drastik dan pesat,
khasnya dalam persaingan untuk menguasai aplikasi sains, teknologi maklumat dan komunikasi
serta menangani cabaran globalisasi dan k-ekonomi. Bagi menyesuaikan diri kepada perubahan-
perubahan ini, seseorang individu perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
yang terkini dari semasa ke semasa. Justeru, pendidikan sepanjang hayat perlu diberi penekanan
dan keutamaan bagi menrealisasikan falsafah ini.

14
Konsep Pendidikan Peringkat Selepas Sekolah
Pendidikan:
Sepanjang Hayat -di Institut Pengajian Tinggi
-di tempat kerja
Pendekatan Strategik -dalam komuniti
-secara pembelajaran kendiri
- Pembangunan insan -berbentuk ICT
-secara dalam talian
Peranan Guru -bantuan media massa
- Pembangunan sumber
-peningkatan perolehan pelbagai
- Pelaksanaan
pendidikan ilmu
kurikulum pengetahuan dan kemahiran
- Pelaksanaan - Penyelidikan dan -penghayatan agama dan nilai murni
-penyesuaian hidup
kokurikulum
- Pentadbiran dan
pengurusan
infrastruktur
- Menjalinkan hubungan
rapat dengan

Rajah 1 : Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat

Proses pendidikan berlangsung berterusan dalam diri seseorang kerana manusia perlu
menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan. Perkembangan ini telah membawa
pelbagai perubahan yang mencabar seperti perkembangan k-ekonomi dalam teknologi dalam
teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam menangani perubahan dalam pembangunan yang
pesat ini, peningkatan dan pengurusan pengetahuan diri dengan kemahiran dan pengetahuan
terkini terus diberi penekanan. Justeru, pendidikan sepanjang hayat adalah selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara. Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses
pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi
insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia. Proses pendidikan ini
merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat.

Pendidikan secara berterusan dapat dilihat sebagai pendidikan asas di peringkat awal
kanak-kanak di rumah dan tadika, diteruskankan di sekolah rendah dan sekolah menengah pada
peringkat kanak-kanak dan remaja seterusnya di peringkat selepas institut pendidikan tinggi,
tempat bekerja dan komuniti atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICT; on-line dan
media massa. Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita menghadapi dan menangani
pelbagai pembangunan yang pesat, khasnya terhadap perkembangan ekonomi dalam teknologi
maklumat dan komunikasi. Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama
FPK.

15
2. Memperkembangkan Potensi Individu
Potensi adalah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu semenjak ia dilahirkan.
Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang
dianugerahkan Tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, dikembangkan dan ditingkatkan secara
berterusan. Kesemua bakat secara menyeluruh dan bersepadu di samping kebolehan yang ada
pada diri individu hendaklah dikembangkan secara optimum. Perkembangan itu pula hendaklah
dilakukan secara gabungan dan saling berkaitan di antara satu sama lain.

Sejak lahir individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti yang
digambarkan Rajah 2. Keupayaan dan bakat ini boleh dikembangkan melalui interaksi dengan
persekitaran dan pendidikan yang berkualiti. Walaupun individu memiliki keupayaan dan bakat
tetapi tidak semua keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana kebanyakannya masih terpendam.
Oleh itu, beberapa usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk, mengembangkan dan
meningkatkan bakat serta keupayaan tersebut.

Emosi

Peringkat
Intelek
Perin Potensi
SelepasIndividu Rohani
Peri
gkat Sekolah ngk
Sekol Pendidikan: at
ah -di Institut Awa
sekol Pengajian l
ah Jasmani
Tinggi
-di tempat kerja Pen
re -dalam komuniti didik
Rajah 2 : Domain
nd -secara
Potensi Individu an
ah pembelajaran asa
sekol kendiri s di
Pendidikan
ah -berbentuk
memainkan peranan ICT dalam mengembangkan
utama rum potensi individu. Setiap
-secara dalam
m berkembang ke tahap cemerlang jika diberikan peluang ah
potensi boleh yang secukupnya. Oleh
en talian tadi
yang demikian, -bantuan mediapotensi individu perlu
en usaha untuk mengembangkan ka dirancang dan dilaksanakan
ga massa Pen individu memiliki pelbagai
dengan teratur. Mengikut kajian yang telah dijalankan, seseorang
h -peningkatan eka
keupayaan, perol perolehan
bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dannan:
rohani sejak lahir. Kebanyakan
pelbagai
potensi ini ehterpendam dalam diri seseorang. Oleh demikian, fungsi pe pendidikan secara tidak
an ilmu r
langsung dapatpe memperkembangkan pengetahuan
dan meningkatkan potensi individu t supaya mencapai tahap
lb dan kemahiran u
yang cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan terhadap ciri-ciri yang
ag -penghayatan t
daya berfikir ai seperti menguasai agama dan nilai asas 3M (membaca,
kemahiran u menulis dan mengira),
ilmu murni r
menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkatkan dan menyebarkan ilmu supaya dapat
peng -penyesuaian a
et kritis dan kreatif hidup
berfikir secara (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu n dan kemahiran untuk diri
ah termasuk kemajuan -perkembangan bi
dan orang lain negara.
ua bakat dan m
potensi 16
n b
da i
n n
ke g
ah n
ira
n a
peng g
ha
3. Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan Bersepadu a
ya m
Manusia sentiasata berusaha memenuhi keperluan tersebut. Bagia membolehkan manusia
n
memenuhi keperluan ini, semua potensi perlu dikembangkan. Elemen as perkembangan individu
ag u
secara menyeluruh
a dan bersepadu pula bermaksud bakat, potensi dan h kebolehan tidak boleh
dikembangkan m secara berasingan tetapi sebaliknya perlu dihubungkait a atau diselaraskan bagi
a n
mengelakkanda pertentangan antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya, perkembangan bakat,
potensi serta nkebolehan mestilah merangkumi keempat-empat aspek biaitu intelek, rohani, emosi
nilai u
dan jasmani.m Dalam elemen perkembangan potensi secara
d menyeruluh dan
ur
bersepadu, perkembangan i
potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara
ni
berasingan. Ia harus diperkembangkan secara menyeruluh dan bersepadu.
perk p Justeru itu, untuk
membentuk insan e yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta e berakhlak mulia dengan
m k
sempurna, aktiviti
ba kokurikulum juga perlu diberi penekanan di sampinge kurikulum akademik yang
dilaksanakan ng r
dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan
an t
ke peringkat ba yang lebih optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan i kebolehan yang saling
ka satu sama lain.
berkait di antara
t y
da a
n
4. Insan yang Seimbang dan Harmonis n
po g
Elemen seterusnya
te pula ialah elemen insan yang seimbang dan harmonis. Elemen ini bermaksud
setiap individu ns mestilah mempunyai ilmu (intelek), sahsiah yang baikb (emosi), percaya kepada
i a
tuhan serta pemmempunyai akhlak yang terpuji (rohani) serta kesihatani diri yang baik (jasmani).
Keempat-empat be aspek tadi perlulah seimbang untuk menghasilkan individu k yang mampu hidup
nt pe
secara harmonis uk bukan sahaja dengandirinya sendiri, malah juga dengan n orang lain. Individu
an akan mempunyai sebarang masalah dan individu ini juga
seperti ini tidak j memiliki ketahan fizikal
jat a
dan mental dalami menempuh apa juga cabaran kehidupan dan mampu g menghadapi serta
menyelesaikan dirpelbagai masalah dengan baik. a
i a
n
Manusia yang semiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya dikembangkan
k
secara selaras, menyeluruh dan harmonis. Ia menjadi insan yang sentiasa e bersyukur, bersedia
menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar s untuk mengatasi segala
i
masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu, ia dapat menikmati h ketenteraman dan
ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan a sahaja bermanfaat pada
t
dirinya, malahan ia tercermin dalam hubunganya dengan orang lain,a dengan alam sekitar dan
dengan Maha Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan n oleh batas sempadan
pe
negara sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa. r
h
u
Selain itu, elemen seterusya yang ditekankan adalah merujuk kepada b insan yang seimbang
dan harmonis. Seperti yang diketahui umum, insan yang seimbang udan harmonis merupakan
n
insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak mahir,g mempunyai kepercayaan
a
17 n

f
i
z
k
a
l
kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas,
serta kematangan emosi dan sosial. Selain itu, insan yang seimbang dan harmonis mempunyai
potensi dari segi intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani yang telah diperkembangkan secara
menyeruluh dan bersepadu untuk tahap yang optimum. Di samping itu, insan tersebut juga
merupakan individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga
dan negara. Individu ini akan sentiasa beriktiar dan berusaha menyelesaikan masalah yang
dihadapi dan melaksanakan tangungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi
kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.

5. Unsur Intelek
Kelima merupakan unsur intelek iaitu di mana setiap individu mesti mempunyai kemahiran asas
3M (membaca, menulis dan mengira). Individu tersebut juga haruslah sentiasa berusaha untuk
memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar serta berkemahiran untuk berfikir secara
kreatif, kritikal dan reflektif. Selain itu, individu juga haruslah sanggup untuk berkongsi ilmu dengan
orang lain dan persekitaran. Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut:
i. hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran;
ii. daya pemikiran yang kreatif dan inovatif;
iii. daya pemikiran yang logik dan analitis;
iv. ilmu yang bermanfaat.

Intelek meliputi beberapa ciri iaitu keupayaan untuk membaca, menulis dan mengira (3M),
berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, berusaha mengembangkan daya pemikiran
dengan mengkaji, mencari dan menganalisa serta mengemukakan idea-idea yang bernas dan
seterusnya mengaplikasikan segala ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dengan
memperkembangkannya untuk manfaat masyarakat secara keseluruhan.

6. Unsur Rohani (Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada tuhan)


Dalam perkembangan unsur rohani, penekanan terhadap sifat kejiwaan dan kebatian dapat
difahamkan apabila seseorang mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya pencipta,
menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta, memupuk dan membina disiplin kendiri serta
membentuk akhlak yang mulia.

7. Unsur Emosi
Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, dengan
memperoleh tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki
semangat kekitaan yang muhibah,kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai
dan menghargai keindahan dan kesenian.

18
8. Unsur Jasmani
Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh
badan individu; memperkembangkan tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri
ataupun melakukan riadah dengan sempurna, menggunakan bakat dan kemahiran
teknikal/manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk
kepentingan masyarakat dan akhir sekali adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran demi
memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

9. Rakyat Malaysia Yang Berketrampilan


Rakyat Malaysia yang berketrampilan juga adalah elemen yang ditekankan dalam FPK. Hal ini
disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran sentiasa rela
memberi sumbangan demi kemajuan negara dengan cekap dan sempuma. Rakyat Malaysia yang
berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan
berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran
yang sesuai dalam melaksanaan tugas dengan cekap dan sempuma.

10. Rakyat Malaysis Yang Berakhlak Mulia


Rakyat Malaysia yang berketrampilan juga adalah elemen yang ditekankan dalam FPK. Hal ini
disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran sentiasa rela
memberi sumbangan demi kemajuan negara dengan cekap dan sempuma. Rakyat Malaysia yang
berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan
berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran
yang sesuai dalam melaksanaan tugas dengan cekap dan sempuma.

11. Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab


Selain itu, menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga digalakkan kerana rakyat yang
bertanggungjawab tehadap Tuhan, bangsa dan negara akan melaksanakan tugas dengan cekap,
bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri
seperti menyedari tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa
berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan undang-undang
negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama

12. Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri


Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri juga disarankan kerana ianya
juga salah satu elemen dalam FPK. Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh,
rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluan diri sendiri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri
ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani

19
cabaran hidup dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan
yang sihat dan memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik.

13. Rakyat Malaysia Yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Kerharmonian Dan Kemakmuran
Masyarakat Dan Negara
Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara dibuat melalui
latihan, rakyat boleh menggunakan tenaga yang mahir, produktif dan inovatif untuk meningkatkan
daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.

14. Sumbangan Terhadap Kerharmonian Dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat Dan Negara.
Rakyat Maysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti memupuk
keharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibah, tolerensi dan hormat
dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara. Selain
itu, individu ini juga dapat mengekalkan kestabilan negara dengan mematuhi, mengekalkan dan
mempertahankan perlembangan dengan menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara , bersemangat patriotik selain cintakan negara. Kesimpulannya, tahap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat di negara ini boleh dicapai jika mengamalkan sikap toleransi,
berkerjasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana harmoni
yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua
bidang kehidupan dan seterusnya muncul masyarakat dan negara yang makmur. Maka, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) boleh dicerminkan dalam Rajah 3.1 yang menggambarkan falsafah
pendidikan dengan berpaksikan aspek Ketuhanan.

Rajah1:Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelaslah bahawa tujuan pendidikan dari pra
pendidikan ke institut pengajian tinggi bukan hanya untuk memperoleh segulung ijazah atau

20
diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya
menjadi seorang insan, ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Dengan berlandaskan FPK yang telah dinyatakan, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
adalah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan yang terkini serta
membimbing tindakan dan trend pendidikan masa depan. Ini adalah kesinambungan dari matlamat
pendidikan negara; melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara
Malaysia yang baik dan berguna (KPM,2001).

Dari segi skop lain, matlamat pendidikan negara bertujuan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: percaya dan patuh kepada
Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama
dan negara, mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dan memupuk perpaduan di
kalangan rakyat yang berbilang kaum.

KPM (2001) juga menyatakan bahawa selain dari perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan seimbang, diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai
matlamat pendidikan seperti:

 melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang
warganegara
 menlahirkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya dapat melaksanakan

tugas secara produktif serta sempurna demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan

pembangunan

 melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan

cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan

 melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara

 melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan

bersikap toleransi agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan

 mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan


asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

21
Falsafah pendidikan negara mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap
pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan dapat memberi panduan dan haluan kepada pakar
pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep
dan matlamat pendidikan negara (KPM,2001). Sehubungan dengan itu, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan perlu digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil
kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.

Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pendidikan tidak
dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara telah
dinyatakan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan
kebangsaan ini telah dikaitkan dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama
disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat cerminkan cita-cita dan keunggulan yang hendak
diperjuangkan oleh rakyat di negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita tersebut, Falsafah
Pendidikan Negara dinyatakan seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan untuk
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Kenyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi


penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah
melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan.
Ini bermakna Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang
teguh kepada agama.

Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan adalah


untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik secara automatisnya boleh
menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri
yang berikut:
i. percaya dan patuh kepada Tuhan;
ii. berilmu pengetahuan;
iii. berakhlak mulia;
iv. bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
v. berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara
vi. memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
22
Untuk tujuan murni ini juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggarapkan beberapa
matlamat melalui Falsafah Pendidikan Negara . Antara matlamat-matlamat tersebut adalah:
i. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
ii. Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan
sejahtera.
iii. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
iv. Memberi peluang pendidikan kepada semua .

Konsep Dan Unsur Jasmani Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (2012), jasmani bermaksud perkaitan dengan tubuh badan
atau benda dan ia berlawanan dengan rohani. Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan
Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan
menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang cepat dan berturutan. Beliau menegaskan
bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan penguasaan
kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan untuk menjadi
aktif, dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. Dalam perkataan lain, Pendidikan
Jasmani membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara keseluruhanya
dengan mengambil kira aspek-aspek afektif, kognitif, dan psikomotor. Konsep menyeluruh ini
adalah selari dengan pendapat Dauer (1995) yang berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani
adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan
kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman-
pengalaman pergerakan.

Pendapat ini selaras dengan kenyataan Jabatan Pendidikan dan Sains, London Capel
(2000), bahawa Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk
membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahamann serta untuk menggalakkan
kecekapan fizikal. Walaupun fokus tersebut adalah ke atas kanak-kanak dan pembangunan
kecekapan fizikal, ianya bukanlah ke atas aktiviti fizikal. Wee (2009) juga menekankan bahawa
mata pelajaran Pendidikan Jasmani memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan serta
kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Matapelajaran
Pendidikan Jasmani merupakan satu proses yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan
individu melalui pendekatan aktiviti fizikal seperti berlari, melompat dan membaling. Seharusnya
tumpuan harus diberikan terhadap pembangunan pelajar melalui proses pendidikan yang
menyeluruh dan berkaitan dengan hal seumur hidup setiap individu (Mawer, 1995).

23
Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani iaitu dimana individu hendaklah menyedari
tentang kepentingan kesihatan fizikal dan boleh mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal,
manipulatif dan sosial serta menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan
masyarakat. Ciri-ciri unsur jasmani ialah :
i. kecergasan fizikal dan kesihatan diri;
ii. dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup
bermasyarakat.

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani digubal berasaskan standard kandungan dan


standard pembelajaran yang perlu dikuasai dan dicapai oleh murid. Standard kandungan ialah
pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu
tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard
pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau indikator pencapaian setiap standard
kandungan.

Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani juga digubal dengan mengekalkan prinsip-prinsip


Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan menggunakan Standard
Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan Untuk Murid Sekolah oleh International Council for
Health, Physical Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan.
Kandungan kurikulum ini juga masih mengekalkan tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor,
kognitif dan afektif.

Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani adalah bertujuan


memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah
pembinaan modal insan yang sihat dan cergas. Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif dan
menghadapi pelbagai risiko gejala penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti sakit
jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi (Noncommunicable Disease Section- Disease
Control Divison, 2006).

Justeru itu, tahap kecergasan murid perlu ditingkatkan melalui amalan dan pengetahuan
Pendidikan Jasmani sejak dari awal lagi. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang
menyeronokkan dengan menekankan aspek keselamatan.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif. Pendekatan
yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan Pendidikan
Jasmani yang merangkumi tiga aspek penting, iaitu :

i. Penglibatan murid secara aktif dan selamat


ii. Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alat
iii. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
24
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan untuk
membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan
mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

Setiap matapelajaran yang perlu dipelajari oleh murid mempunyai tujuan dan objektif
yang tersendiri. Bagi murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani akan berkebolehan untuk:
1. Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan
2. Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor
3. Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan
4. Mengenal pasti aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kecergasan
5. Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala
6. Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
7. Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat
8. Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal
9. Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan

Objektif yang dinyatakan di atas merupakan objektif keseluruhan. Untuk mengetahui


objektif am berdasarkan setiap tahun, kami telah menyediakan jadual bagi memudahkan pembaca
mengenalpasti perbezaan objektif bagi setiap tahun.

Perbezaan Objektif Dalam Pendidikan Jasmani Mengikut Tahun


Aspek Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Objektif Melakukan aktiviti Melakukan dan Memahami Mengetahui Mengetahui Melakukan
am kecergasan memahami maksud maksud kecergasan maksud aktiviti
berkaitan dengan maksud kecergasan fizikal fizikal berkaitan kecergasan fizikal kecergasan
daya tahan kecergasan berkaitan dengan dengan daya tahan berkaitan dengan berkaitan
kardiovaskular, berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, daya tahan dengan daya
kelenturan, daya tahan kardiovaskular, kelenturan, kardiovaskular, tahan
koordinasi, kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, kelenturan, kardiovaskular,
imbangan dan kelenturan, koordinasi, imbangan, imbangan, kelenturan,
ketangkasan koordinasi, imbangan, ketangkasan, daya ketangkasan, daya koordinasi,
imbangan dan ketangkasan, daya tahan otot, tahan otot, imbangan dan
ketangkasan tahan otot, kekuatan, masa kekuatan otot, ketangkasan
kekuatan dan tindak balas, masa tindak balas,
masa tindak balas kelajuan, dan kuasa kelajuan, kuasa,
dan komposisi
badan
Melakukan Melakukan pergerakan asas, Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan,
pergerakan asas, gimnastik pendidikan dan olahraga, gimnastik irama dan gimnastik artistik dengan
gimnastik pergerakan kreatif dengan betul dan betul dan selamat
pendidikan dan selamat
pergerakan kreatif
dengan yakin

25
Mematuhi arahan Memahami dan mematuhi arahan Menyatakan Mematuhi arahan Memahami
serta peraturan serta peraturan dalam semua aktiviti peralatan dan serta peraturan dan mematuhi
semasa beraktiviti bagi menjaga keselamatan fungsinya dalam semasa beraktiviti peraturan
bagi menjaga kraf perkhemahan bagi menjaga keselamatan
keselamatan diri, keselamatan semasa aktiviti
rakan dan bagi menjaga
kumpulan keselamatan

Melakukan aktiviti Memahami serta Memahami serta Mengetahui


rekreasi dan mengamalkan mengamalkan kemudahan
kesenggangan pengurusan masa cara-cara tempat yang
dalam suasana yang sesuai untuk menghargai sesuai untuk
yang gembira beraktiviti kejayaan rakan beraktiviti
dan kumpulan

Melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan


kecergasan
Memahami
maksud
kecergasan fizikal
dan kesihatan
secara menyeluruh

Mengetahui dan Mengenali bentuk- Mengetahui


memahami bentuk rasuah dan dan
keburukan dadah perjudian dalam memahami
dalam sukan sukan dan keburukan
permainan dadah dalam
sukan

Memahami dan Mengetahui dan Memahami


mengamalkan mengamalkan dan
sikap positif undang-undang mengamalka
dalam bidang dan peraturan n sikap positif
sukan yang dalam sukan dan dalam bidang
diceburi permainan sukan yang
diceburi

Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang gembira

26
Komposisi Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani ini terdiri daripada
kemahiran asas pergerakan, asas permainan, asas olahraga, asas akuatik,
kecergasan, rekreasi dan kesenggangan. Bagi asas permainan dan olahraga
hanya akan diajar selepas Tahun 3. Kemahiran ini dibina berdasarkan aplikasi
disiplin ilmu dalam Sains Sukan seperti perkembangan motor, pembelajaran
motor, anatomi, fisiologi, biomekanik, kecergasan, sosiologi dan psikologi.

Kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah bertujuan membolehkan


murid mencapai Standard Pembelajaran berikut :
 Melakukan kemahiran motor asas dengan corak pergerakan yang
sesuai dengan betul.
 Melakukan kemahiran khusus dengan teknik yang betul.
 Kecekapan menggabungkan pergerakan dalam melakukan aktiviti.
 Perlakuan mengembangkan kecekapan dalam pergerakan dan
kemahiran motor.
 Mengembangkan kecekapan semasa menggabungkan pergerakan
atau pergerakan motor.
 Menjelaskan prinsip asas biomekanik dalam pergerakan perlakuan
motor.
 Memahami bagaimana meningkatkan kemahiran motor dan
pergerakan.
 Memahami taktik permainan dan menunjuk cara permainan dijalankan.
 Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala.
 Memahami kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
 Memahami bagaimana membina jadual kecergasan sendiri.
 Menunjuk cara kemahiran sosial yang sesuai dalam aktiviti fizikal.
 Menunjuk cara kemahiran tanggungjawab kendiri yang sesuai dalam
aktiviti fizikal.
 Mengaplikasikan kecergasan berdasarkan lakuan motor melalui aktiviti
fizikal dalam kemahiran asas dan khusus.
 Melakukan aktiviti fizikal dengan riang, bertanggungjawab dan selamat.
 Melakukan aktiviti fizikal dan mengetahui kepentingan menjaga
kecergasan.
 Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa
melakukan aktiviti jasmani.

27
Kandungan mata pelajaran ini menekankan kepada kecergasan sesuai
dengan ciri dan keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata
pelajaran ini ialah pembelajaran melalui aktiviti. Murid-murid perlu diberi peluang
mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan
melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid
dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid-murid perlu diberi
peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental,
membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam
suasana yang membina dan selamat. Pengalaman Pendidikan Jasmani
merangkumi tiga aspek penting, iaitu :

i. Penglibatan murid secara aktif dan selamat.


ii. Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan.
iii. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah
berlaku.

Dari segi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran modul pengajaran


disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani untuk
membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh
mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan.
Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid. Di
dalam modul pengajaran guru juga mengandungi senarai semak untuk menguji
tahap kemahiran yang dikuasai oleh murid.

Sememangnya matapelajaran Pendidikan Jasmani merupakan


implimentasi sepenuhnya ke atas intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
mana pelaksanaan Pendidikan Jasmani dari aspek pengajaran, pembelajaran
dan penilaian merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2002) bagi
mencapai hasrat ini, mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya
hidup yang sihat dan aktif. Pendekatan yang dicadangkan adalah pembelajaran
melalui kegiatan Pendidikan Jasmani yang merangkumi tiga aspek penting iaitu
penglibatan murid secara aktif dan selamat, interaksi yang kreatif dengan rakan,
bahan dan alat dan penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti

28
pembelajaran. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga
tunjang utama iaitu:

i. Tunjang kecergasan
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal
secara berterusan tanpa rasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen
kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

ii. Tunjang kemahiran


Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran
daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus. Tumpuan diberikan
kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, pergerakan kreatif dan
rekreasi. Tunjang kemahiran pula terdapat tujuh tajuk yang perlu dikuasai murid.
Antaranya adalah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani ini, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai
kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Tajuk tersebut
adalah:
i. Pergerakan asas
ii. Permainan
iii. Olahraga
iv. Gimnastik
v. Pergerakan kreatif
vi. Rekreasi
vii. Kesenggangan

iii. Tunjang Kesukanan


Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi
mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada
aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan
jasmani dan sukan. Di dalam tunjang kecergasan terdapat 12 tajuk yang perlu
dikuasai oleh murid dari tahap 1 sekolah rendah, tahap 2 sekolah rendah dan
dari tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah. Antara tajuk dalam tunjang ini
adalah :

a) Kecergasan berlandaskan kesihatan berdasarkan komponen :


i. Daya tahan kardiovaskular
ii. Daya tahan otot

29
iii. Kekuatan
iv. Kelenturan
v. Komposisi badan

b) Kecergasan berlandaskan perlakuan motor berdasarkan komponen :


i. Kordinasi
ii. Imbangan
iii. Ketangkasan
iv. Kuasa
v. Masa tindak balas
vi. Kepantasan

Fokus tunjang kesukanan pula antaranya adalah :

i. Keselamatan
ii. Pengurusan
iii. Kerjaya
iv. Isu pendidikan jasmani dan sukan
v. Etika

Konsep Dan Unsur Emosi Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek “emovere” yang membawa


maksud ‘untuk keluar’. Emosi akan ditonjolkan sebagai satu bentuk bagi
memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan
yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses
fisiologi, diri dan psikologi (Mohmood, 1992).

Salah satu definisi tentang pengertian emosi telah diungkap Prezz


(1999) seorang EQ organizational consultant dan pengajar senior di
Potchefstroom University, Afrika Selatan, secara tegas menyatakan bahawa
emosi adalah suatu reaksi tubuh menghadapi situasi tertentu. Sifat dan intensiti
emosi biasanya berkait erat dengan aktiviti kognitif (berfikir) manusia sebagai
hasil persepsi terhadap situasi. Emosi adalah hasil reaksi kognitif terhadap
situasi spesifik.

Emosi merupakan komponen yang melibatkan kawalan kendiri dan


perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan

30
warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah
hidup manusia. Ahmad Sukardi Aziz (1980), mengatakan bahawa sebarang
usaha ke arah penyesuaian akan menimbulkan pelbagai masalah. Cara
menyelesaikan masalah ini banyak bergantung kepada pengalaman yang sudah
ada pada diri individu itu sendiri melalui proses interaksi dengan persekitarannya
sebelum itu. Dalam proses perkembangan di zaman moden ini, individu terpaksa
menempuh banyak situasi baru. Ini menimbulkan masalah kepadanya. Masalah
penyesuaian ini timbul disebabkan adanya konflik dalam diri individu bagi
memenuhi kehendak persekitarannya. Hal ini boleh diaplikasikan di peringkat
sekolah.

Ciri-ciri emosi pada umumnya adalah perbuatan seharian yang disertai


oleh perasaan-perasaan tertentu, iaitu perasaan senang atau perasaan tidak senang.. Emosi
adalah sebagai sesuatu suasana yang kompleks (a complex feeling state) dan getaran jiwa
(a strid up state) yang menyertai atau munculnya sebelum dan sesudah terjadinya
perilaku. (Syamsudin, 2005:114). Menurut Crow & crow (1958) (dalam Sunarto,
2002:149) pula emosi adalah “An emotion, is an affective experience that accompanies
generalized inner adjustment and mental physiological stirred up states in the individual, and that
shows itself in his overt behavior.” Emosi atau yang sering disebut aspek afektif
merupakan penentu sikap, salah satu ciri-ciri perilaku manusia.

Emosi pada prinsipnya menggambarkan perasaan manusia menghadapi


berbagai situasi yang berbeza. Oleh kerana emosi merupakan reaksi manusiawi
terhadap pelbagai situasi nyata, nyatalah bahawa tidak ada emosi baik atau
emosi buruk. Berbagai-bagai buku psikologi yang membahas masalah emosi
seperti yang dibahas Atkinson (1983) membezakan emosi dalam 2 jenis iaitu
emosi menyenangkan dan emosi tidak menyenangkan.

Perasaan dan emosi adalah dua perkara yang sering kita dengar dan kita
merasakan bahawa kedua-dua perkara ini adalah sama. Namun pada
hakikatnya, perasaan dan emosi adalah dua perkara yang berbeza. Perasaan
adalah gejala psikologi yang bersifat subjektif dan merupakan perihal merasa
dengan badan atau kulit manakala emosi adalah perasaan jiwa yang kuat dan
diekspresikan dengan sedih, gembira, takut dan lain-lain.

Empati adalah dianggap sebagai satu faktor dalam semua aspek-aspek


tingkah laku, dan ia juga mempunyai kaitan dengan ekspresi emosi kanak-kanak

31
(Eisenberg, Fabes, & Losoya, 1997; Roberts & Strayer, 1996; Saarni, Mumme &
Campos, 1998; Strayer, 1987). Sebagai contoh, dalam penyelidikan (Roberts &
Strayer, 1996), mendapati budak perempuan dan lelaki empati mereka kuat
dikaitkan dengan ekspresi emosi mereka, ungkapan kemarahan mereka,
kekerapan yang mereka menafikan perasaan sedih, takut, atau marah, dan
kongruen antara emosi mereka dinyatakan dan dilaporkan secara lisan .
Ungkapan emosi dianggap mempunyai kesan praktikal yang penting bagi
kecekapan sosial, tingkah laku prososial dan psikopatologi kanak-kanak
(Bretherton, 1995; Denham, 1998; Eisenberg et al, 1993; Roberts, 1999;
Thompson & Calkins, 1996).

Jenis-Jenis Emosi

1. Gembira
Apabila seseorang gembira, mereka melahirkan rasa seronok. Semua manusia
inginkan kegembiraan. Perasaan seronok membuatkan seseorang berasa
tenang, bersemangat, melupakan masalah yang sedang dihadapi dan
sebagainya. Kadang kala, apabila seseorang itu terlampau seronok, mereka
akan menangis kerana terlalu gembira. Apabila seseorang gembira, pipinya
terangkat, mata berbentuk bulan sabit serta bibir berbentuk perahu.

2. Rasa bangga
Tercetus bila seseorang terasa dihormati atau dihargai oleh orang lain atau bila
ia mencapai apa yang diharapkan. Selain itu, rasa bangga juga tercetus apabila
seseorang itu dipuji kerana kelebihan yang dimilikinya berbanding orang lain.
Perasaan bangga juga boleh membawa kepada kesan negatif. Sebagai contoh,
apabila seseorang itu terlampau berbangga dengan dirinya, mereka mudah
terlupa dan seterusnya mungkin meninggi diri atau sombong.

3. Simpati

Simpati bermaksud perasan belas kasihan atau ambil berat terhadap sesuatu
perkara yang berlaku. Perasaan simpati selalunya tercetus terhadap perkara-
perkara sedih atau kecelakaan. Perasaan simpati terhasil apabila seseorang itu
melihat atau merasai kesedihan yang dialami oleh individu lain.

32
4. Malu

Setiap manusia mempunyai perasaan malu baik lelaki atau wanita. Perasaan ini
menjadikan manusia menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak
daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka
mengawal tingkah laku mereka sendiri. Selalunya, apabila seseorang bersa
malu, mukanya akan kemerah-merahan, kepala tertunduk, diam dan kadang
kala lari daripada perkara yang memalukan itu.

5. Redha

Perasaan redha atau pasrah wujud di dalam diri seseorang apabila sesuatu
perkara atau peristiwa telah berlaku sama ada yang baik atau buruk. Perasaan
ini selalunya timbul di dalam diri seseorang yang mempunyai pemikiran positif
dan tidak mudah putus asa. Mereka akan redha dengan ketentuan Ilahi dan
bangkit dari kesilapan untuk memperbaiki kelemahan.

6. Rindu

Emosi rindu merupakan suatu perasaan yang selalu kita dengari. Rindu
merupakan satu perasaan yang menyeksakan bagi sesetengah orang. Perasaan
ini berkait rapat dengan hubungan sesama manusia. Perasaan ini tercetus
apabila orang yang disayang atau rapat tidak ada di depan mata. Apabila orang
yang disayangi itu berjauhan, maka perasaan rindu pada orang itu mulai timbul.
Ada orang kata, ubat untuk menghilangkan perasaan rindu ialah dengan
berjumpa dengan orang yang dirindui itu.

7. Sedih
Emosi sedih akan timbul apabila seseorang meghadapi keadaan yang
mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan
kerana luka atau sakit. Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa
tertekan dan murung. Justeru, apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah
mengawal perasaan itu dengan sebaiknya.

8. Marah
Marah merupakan emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa,
tersinggung, malu, tertekan, takut, rasa tidak dihargai, tidak diterima dan
bimbang. Pertembungan emosi tersebut menyebabkan kita marah. Kemarahan
yang kita pamerkan ini kadangkala sukar untuk kita kawal sehingga wujudnya
perlakuan-perlakuan negatif yang kita sendiri tidak bermaksud untuk

33
melakukannya. Dalam konteks fisiologi, tubuh kita akan menggeletar, jantung
berdegup kencang dan suara menjadi kuat. Apabila ini yang berlaku, maka kita
perlu bersikap rasional kerana ianya boleh mengundang perkara yang buruk.

9. Takut
Takut ialah perasaan terancam; berlakunya ketegangan mental akan
memunculkan rasa takut. Ketakutan seseorang individu berbeza dengan
ketakutan individu yang lain. Ada yang takut melihat ular, anjing, takut pada
ketinggian, takut berbicara hadapan orang ramai dan sebagainya.

10. Cemas
Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu seseorang berusaha
mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah. Kawal rasa cemas
dengan cara belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk
menunjukkan sesuatu yang terbaik.

11. Rasa bersalah


Wujud apabila seseorang melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari
’standard’ tingkah laku yang baik. Seseorang akan berusaha untuk tidak
dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan
sudah dilakukan, perasaan ini merangsang seseorang untuk meluahkan
perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu
yang lain.

12. Geli
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan. Adalah sesuatu
yang semula jadi menjadikan seseorang berhati-hati agar tidak berhadapan
dengan perkara yang digelikan. Perasaan ini perlu dihormati dan membantu
mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.

13. Kecewa
Perasaan kecewa timbul apabila sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai.
Kecewa juga boleh hadir apabila orang yang kita percaya menipu diri kita. Kita
akan menangis atau bermurung ketika bersedih. Selalunya, perasaan sedih
akan beransur hilang dari hari ke hari. Selepas kecewa, kita mungkin akan
bangkit dari kekecewaan dan bangkit menebus kekecewaan itu.

34
14. Terkejut
Satu perasaan yang dirasai seseorang apabila dia menduga sesuatu akan
berlaku tetapi yang terjadi itu adalah tidak terduga maka akan membuat dia
berasa terkejut dan akibatnya jiwa akan tertekan. Semasa terkejut, degupan
jantung akan bertambah dan kadang kala badan akan menggigil.

15. Stress
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Apabila
seseorang mengalami stress, mereka akan menunjukkan tanda-tanda dan
perubahan fizikal seperti sakit, terlalu kurus atau gemuk, hilang keceriaan diri,
lesu, letih dan sebagainya. Mereka juga mengalami perubahan sikap seperti
mudah marah, bosan, tidak mampu menguruskan diri, sentiasa berpandangan
negatif, hilang pertimbangan dan sebagainya.

16. Cemburu
Cemburu merupakan suatu perasaan yang ada di dalam diri setiap manusia.
Perasaan cemburu timbul apabila seseorang berasa tidak setanding dengan
orang lain. Cemburu juga berlaku apabila orang yang kita sayangi atau cintai
rapat dengan orang lain. Sebagai contoh, si isteri akan berasa cemburu apabila
suaminya rapat dengan perempuan lain.

Hubungkait emosi dalam subjek di sekolah menurut Azizi Hj. Yahaya


(2008) adalah hubungan dalam bentuk kecerdasan emosi pelajar dengan
pencapaian akademik dianalisis berdasarkan lima jenis dimensi kecerdasan
emosi iaitu kesedaran diri, pengawalan emosi, motivasi, empati dan kemahiran
interpersonal. Pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan pencapaian
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains,
Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan Bahasa Cina.

Hasil kajian menunjukkan hanya mata pelajaran Bahasa Melayu,


Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam mempunyai hubungan yang signifikan
dengan kecerdasan emosi. Ini disebabkan keempat-empat mata pelajaran ini
melibatkan aspek afektif. Aspek afektif mempunyai hubungan yang rapat dengan
emosi seseorang.

Unsur emosi pula adalah penting kerana setiap individu mestilah


mempunyai emosi yang matang dan stabil semasa menuntut ilmu pengetahuan

35
dan patut memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat
kekitaan dan perpaduan. Unsur-unsur emosi merangkumi aspek-aspek berikut :
i. kemantapan jiwa;
ii. penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat;
iii. berbakti dan berkorban

Bandura menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga


diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru
tingkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak
balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan
emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai
penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan
yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan
cepat

Hurlock (1973), mengatakan bahawa masalah emosi juga perlu dilihat


dari aspek kesannya ke atas individu, masyarakat dan juga negara. Gangguan
dan ketegangan emosi yang tinggi atau berterusan bukan hanya mempengaruhi
tingkah laku tetapi juga sikap dan keadaan psikologikal, nilai dan kebolehan
mereka. Erikson (1968) mendapati bahawa keadaan kritikal dalam diri
seseorang pelajar boleh mempengaruhi keadaan emosi pelajar tersebut. Piaget
(1950) pula berpendapat bahawa domain kognitif dan kesannya mempengaruhi
perkembangan intelek pelajar yang seterusnya mempengaruhi emosi menerusi
persepsi, pembelajaran dan ingatan. Teori Perkembangan Etika dan Kognitif
oleh Perry (1970) mendapati bahawa emosi pelajar dipengaruhi oleh sistem nilai
diri dan nilai komitmen dari dalam dirinya. Kholberg (1969) menjelaskan bahawa
perkembangan kognitif dapat membawa kepada kemajuan dalam penyelesaian
masalah dan pilihan moral.

Teori Perkembangan Emosi

Bagaimanakah kita hendak menjelaskan mengenai emosi yang sedang kita


alami? Apakah yang menyebabkan kita sedih dalam suatu situasi atau keadaan
tetapi sebaliknya merasa gembira dalam situasi atau keadaan yang lain? Apakah
urutan peristiwa yang berlaku apabila kita mengalami sesuatu perasaan?
Bagaimanakah kognisi mempunyai kaitan dengan pengalaman emosi yang
subjektif? Apakah hubungan antara emosi dengan tingkah laku?

36
Beberapa teori tentang emosi telah dirangka dalam usaha untuk
menjawab persoalan yang dikemukakan tadi. Teori-teori emosi ini berbeza dari
sudut penekanan yang diletakkan ke atas fisiologi, tingkah laku dan kognisi.

Teori Emosi Menekankan Fisiologi

Antara teori-teori yang menekankan perubahan fisiologi adalah Teori James-


Lange, Teori Cannon-Bard dan Teori Psikobiologi.

Teori James-Lange

Di akhir abad ke-19, ‘bapa psikologi’ Amerika Syarikat iaitu William James (1884)
mendakwa bahawa perubahan-perubahan fisiologi mendahului sesuatu
pengalaman emosi. Tidak lama selepas itu ahli fisiologi dari Denmark bernama
Carl Lange (1887) menyokong dakwaan William James itu. Hal demikian
menyebabkan teori ini dinamakan teori James-Lange. Hipotesis utama teori ini
ialah reaksi-reaksi fisiologi terhadap rangsangan menyebabkan emosi. Menurut
James (1890, ms. 449-450): “Akal budi menyatakan, kita tidak bernasib baik,
merasa menyesal dan menangis; kita terserempak dengan beruang, merasa
takut dan lari; kita diperlekehkan oleh pesaing, kita merasa marah dan melawan.
Kenyataan yang lebih rasional adalah kita merasa menyesal kerana kita
menangis, merasa marah kerana kita melawan, merasa takut kerana kita kelam
kabut.

Hipotesis utama teori ini sangat bertentangan dengan kepercayaan


umum mengenai emosi. Contohnya, menurut kepercayaan umum, oleh kerana
berasa gembira kita akan ketawa iaitu emosi yang muncul dahulu diikuti dengan
reaksi fisiologi tetapi teori ini menyatakan sebaliknya iaitu kita ketawa oleh
kerana kita rasa gembira. Walaupun teori ini menerima kritikan hebat daripada
pelbagai pihak tetapi ia memainkan peranan yang sangat penting dan telah
mempengaruhi kajian dalam bidang emosi berabad lamanya. Sehingga ke hari
ini perbincangan mengenai teori ini masih dibahaskan.

Teori Cannon-Bard
Di antara individu yang banyak mengkritik teori James-Lange ialah ahli psikologi
Amerika Syarikat bernama Walter Cannon (1927). Menurut Cannon, individu
memiliki kebolehan yang terbatas untuk menyedari kebanyakan dari perubahan-
perubahan fisiologi yang didorong oleh sympathetic Nervous System.
Bagaimanakah perubahan-perubahan fisiologi ini menjadi asas kepada

37
pengalaman emosi kita sedangkan kita sendiri tidak menyedari perubahan-
perubahan tersebut? Seterusnya, Cannon juga meyedari bahawa dalam teori
James-Lange pelbagai emosi dikaitkan dengan pola kebangkitan fisiologi yang
sama. Bagaimanakah emosi manusia yang berbagai itu dibangkitkan oleh pola
kebangkitan yang sama? Cannon juga mendapati bahawa perubahan fisiologi
yang bergantung kepada rembesan atau pengeluaran hormon oleh kelenjar
andranelin adalah terlalu lambat untuk menjadi asas kepada semua emosi.
Bagaimanakah proses yang mengambil masa beberapa saat menjadi punca
kepada pengalaman emosi yang berlaku serta merta?

Memandangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam teori


James-Lange, Cannon bersama-sama rakan sekerjanya Phillip Bard telah
memperkenalkan satu teori emosi baru sebagai alternatif. Teori baru ini dipanggil
teori Cannon-Bard (Cannon, 1929). Melalui teori ini mereka mencadangkan
bahawa rangsangan-rangsangan dalaman atau luaran akan mendorong
desakan-desakan sensori yang kemudiannya akan dihantar ke bahagian kortek
otak. Kortek merupakan bahagian otak di mana kebanyakan pemprosesan
maklumat berlaku. Korteks akan menghantar desakan-desakan sensori tadi ke
bahagian thalamus. Dari thalamus, desakan-desakan sensori tadi akan dihantar
secara selari ke bahagian tangkai otak (brain stem) yang akan menghasilkan
tindak balas fisiologi dan kortek yang menghasilkan pengalaman emosi.

Bagi Cannon dan Bard, pengalaman emosi dan kebangkitan fisiologi


berlaku serentak atau selari dan tidak bergantung antara satu sama lain. Kajian
yang dilakukan terhadap pesakit-pesakit yang cedera tulang belakang
menyokong teori Cannon-Bard ini. Satu kajian menunjukkan bahawa para
pesakit yang cedera tulang belakang tetap mengalami keadaan emosi yang
mendalam walaupun mereka tidak mampu merasakan apa-apa di bahagian
tubuh mereka (Chwalisz, Diener, & Gallagher, 1988). Hasil kajian ini menyokong
andaian teori Cannon-Bard bahawa pengalaman emosi bergantung kepada
persepsi otak manusia terhadap peristiwa yang sedang berlaku.

Teori Emosi yang Menekankan Psikobiologikal

Pada tahun 1982, Jack Panksepp telah membina satu teori emosi yang
berasaskan kepada pendekatan psikobiologikal. Teori ini mengandaikan bahawa
emosi asas manusia mempunyai kaitan dengan litar saraf di bahagian otak.

38
Panksepp mendakwa bahawa manusia memiliki empat emosi asas iaitu takut,
keberangan, panik, dan pengharapan. Setiap satu emosi asas tadi mempunyai
kaitan dengan satu sistem arahan yang terdapat pada otak. Seterusnya
keempat-empat sistem tadi akan berinteraksi untuk menghasilkan emosi-emosi
yang lain. Panskepp juga mendakwa bahawa bahan-bahan kimia saraf
(neurochemicals) mungkin mempunyai kaitan dengan pelbagai sistem arahan
emosi. Sebagai contohnya, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa
neurotransmitter dopamine mempunyai kaitan dengan sistem pengharapan
emosi, sementara acetylcholine menjadi perantara tingkah laku dalam sistem
keberangan.

Teori ini turut menjadi bahan kritikan pengkaji yang lain. Sebagai
contohnya, ada yang mempertikaikan mengenai asas kepada lokasi khusus litar
emosi. John Averill (1960) pula menyatakan bahawa litar saraf yang ‘berdawai
keras’ (hard-wired) tidak cukup fleksibel untuk bertindak sebagai asas kepada
emosi. Walau bagaimanapun, teori ini telah berjaya meningkatkan minat para
penyelidik terhadap peranan faktor neurologikal dalam membentuk emosi
manusia. Ini seterusnya membawa kepada peningkatan aktiviti penyelidikan
dalam bidang ini.

Teori Papez-Maclean

Pada tahun 1937, Papez mengeluarkan satu data sintesis mengenai kaitan
sistem limbik kepada sifat emosi. Papez menyatakan bahawa terdapat satu
kitaran yang sedia ada yang wujud dalam sistem limbik yang menunjukkan
penghantaran impuls semasa ekspresi emosi. Kitaran ini dinamakan Kitaran
Papez (Papez’s circuit). Pada pemulaannya, maklumat dari reseptor sensori
dibawa ke bahagian penerimaan di bahagian bawah thalamus atau lebih tepat
subthalamus. Dari subthalamus, maklumat itu terus dihantar ke hipothalamus
dan kemudiannya ke mammillary body yang terletak di bahagian posterior
hipothalamus. Dari mammillary body, kitaran diteruskan ke bahagian anterior
thalamus, menuju ke bahagian atas, iaitu ke cingulate gyrus. Akhirnya, kitaran ini
kembali semula ke hipothalamus melalui hipokampus.

Bukan itu sahaja, beberapa kitaran yang berlainan telah dijumpai pada
tahun 1938 oleh MacLean (1949). MacLean telah menggunakan Kitaran Papez
sebagai sumber rujukan dan menunjukkan perkembangan yang penting dalam

39
Kitaran Papez yang asli itu. Satu perubahan yang dilakukan oleh MacLean ke
atas Kitaran Papez ialah fungsi bahagian-bahagian dalam sistem limbik.
Peranan yang dimainkan oleh cingulate gyrus telah berpindah kepada bahagian
dalaman di hipothalamus iaitu septum dan amygdala. Menurut MacLean pada
tahun 1968, fungsi septum melambangkan kebolehan satu-satu haiwan untuk
menjamin generasi spesiesnya sendiri. Bagi amygdala pula, ia mempunyai
fungsi yang berlainan daripada septum. Amygdala memberi simulasi kepada
aktiviti seperti bergaduh (fighting), menyuap (feeding) dan tindakan lain yang
biasanya berkaitan dengan perlindungan diri.

MacLean juga menyatakan bahawa septum dan amygdala juga


berhubungan dengan olfactory apparatus dalam bahagian otak. Rasa hidu yang
memainkan peranan yang penting dalam tindakan asas emosi. Oleh itu, tidak
hairanlah terdapat perhubungan antara kedua-dua kitaran. Bukan itu sahaja,
MacLean dan rakan-rakannya juga menjumpai kitaran yang ketiga ke dalam
hipothalamus, iaitu dari hipokampus dan medial thalamus.

Teori Emosi Menekankan Kognitif

Teori-teori emosi menekankan kognitif. Teori-teori emosi yang terkini lebih


menekankan kepentingan kognitif atau pemikiran. Kebanyakan teori ini
mengandaikan bahawa pengalaman emosi yang kita alami bergantung kepada
interpretasi kita yang subjektif terhadap situasi di mana kita berada. Salah satu
teori emosi-kognitif utama menekankan kepada peranan pelabelan kognitif
dalam menentukan emosi apa yang sedang dialami. Dari idea mengenai
pelabelan kognitif ini terbit pula hipotesis bahawa manusia sering tersilap dalam
menentukan punca sebenar emosi mereka. Satu lagi teori terbitan yang akan
dibincangkan memperlihatkan bagaimana keseronokan dari sesuatu sumber
boleh dialihkan kepada yang lain.

Teori Schachter

Teori ini dianggap sebagai teori kognitif yang paling berpengaruh. Stanley
Schachter (1962) iaitu pengasas teori ini melihat pengalaman emosi manusia
berpunca dari dua faktor utama iaitu kebangkitan fisiologi dan tanggapan kita
mengenai punca kebangkitan fisiologi tersebut. Menurut Schachter lagi, apabila
manusia mengalami sesuatu kebangkitan fisiologi mereka akan mencari

40
puncanya. Tanggapan atau interpretasi manusia terhadap punca kebangkitan
fisiologi tadi menentukan apakah emosi yang sedang mereka alami. Sebagai
contoh, sekiranya kita mengalami kebangkitan fisiologi seperti jantung yang
berdengup kencang kerana kehadiran personaliti yang menawan hati, kita
mungkin menanggap kebangkitan fisiologi itu berpunca dari personaliti tadi dan
akhirnya merasakan bahawa kita sedang mengalami emosi cinta dengan
personaliti tadi.

Namun begitu, andaikan kita alami kesan fisiologi yang sama iaitu
jantung kita berdengup kencang tetapi kali ini kita berada dalam sebuah bank
yang sedang dirompak, kita mungkin melabel atau menginterpretasikan
kebangkitan fisiologi kita itu sebagai perasaan takut. Sekiranya tiada penjelasan
yang pasti mengenai kebangkitan fisiologi yang kita alami, kita tetap akan
mencari penjelasan yang boleh diterima pakai untuk menwujudkan label emosi
yang sesuai. Kita tidak akan mengalami sebarang pengalaman emosi sekiranya
tidak terdapat kebangkitan fisiologi. Oleh itu kedua-dua fisiologi dan kognisi
diperlukan untuk mengalami sesuatu emosi.

Teori Pelabelan Kognitif telah dikritik hebat dari beberapa sudut.


Pertamanya, andaian teori yang menunjukkan bahawa manusia akan mengalami
kebangkitan fisiologi yang serupa tidak kira emosi apa yang dialami adalah tidak
benar. Kajian terkini menunjukkan bahawa kebangkitan fisiologi seperti degupan
jantung yang kuat dan kencang adalah lebih berkemungkinan untuk dilabel atau
diinterpretasikan sebagai emosi yang negatif dari yang positif. Keduanya, bukan
faktor situasi sahaja yang akan mempengaruhi tanggapan individu mengenai
emosi yang dialaminya tetapi faktor pengalaman dan ingatan turut memainkan
peranan. Akhirnya, andaian oleh Schachter bahawa semua emosi melibatkan
proses neurochemical yang sama didapati tidak tepat.

Walaupun dikritik dengan hebat, teori Pelabelan Kognitif Schachter ini


tetap memberi impak yang besar kepada kefahaman emosi manusia. Teori oleh
Schachter ini telah merangsang minat terhadap penyelidikan emosi dan
sekaligus meningkatkan jumlah penyelidikan dalam bidang emosi. Teori ini juga
telah menjadi asas kepada beberapa teori emosi lain. Salah satu teori tersebut
ialah teori misatribusi.

41
Teori Misatribusi

Misatribusi bermaksud kesilapan dalam menentukan sumber kebangkitan emosi.


Teori Pelabelan Schachter dengan jelas menyatakan bahawa pengalaman emosi
yang dialami oleh individu adalah berpunca dari proses menganggap atau
melabel. Dari idea ini terhasil pula idea bahawa terdapat kemungkinan individu
mungkin misatribut kebangkitan emosi yang sedang dialaminya dari sumber
emosional seperti takut kepada sumber tidak emosional seperti dadah.
Terdapat beberapa orang penyelidik telah cuba menguji kemungkinan tersebut.
Para penyelidik terbabit juga cuba memastikan kegunaannya dalam membantu
manusia menangani masalah emosi seperti kebimbangan melampau.

Dalam satu penyelidikan awal, semua responden telah diberikan pil


plasebo yang tidak mendatangkan sebarang kesan fisiologi. Semua responden
terbabit telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama telah
diberitahu bahawa pil yang mereka ambil akan membangkitkan simptom fisiologi
(dengup jantung bertambah kencang dan sebagainya). Kumpulan kedua pula
telah diberitahu bahawa pil yang telah diambil akan menghasilkan simptom tidak
berkaitan dengan rasa kebangkitan seperti rasa kebas di kaki. Sesudah itu
semua responden telah dikenakan dengan satu siri kejutan eletrik yang
ditingkatkan secara beransur-ansur hingga menimbulkan kesakitan. Hasil kajian
menunjukkan bahawa kumpulan pertama iaitu kumpulan kebangkitan lebih tahan
menanggung kesakitan berbanding kumpulan bukan kebangkitan. Mengapakah
kumpulan kebangkitan lebih bersabar menanggung kesakitan? Puncanya ialah
kerana mereka misatribut sebahagian daripada kebangkitan akibat kesakitan
kepada pil.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa responden yang mencatat tinggi


dalam ujian kebimbangan merasa kurang takut dalam situasi ujian di mana
mereka mistribut kebangkitan kepada plasebo. Di samping itu, kajian juga
mendapati tindak balas fisiologi terhadap rangsangan yang menakutkan
berkurangan apabila responden atribut kebangkitan kepada sumber bukan
emosi. Selain itu, saksi-saksi kepada sesuatu kejadian jenayah yang mengalami
rasa takut boleh misatribut kebangkitan dialami menyebabkan mereka mencipta
ingatan yang tidak tepat mengenai kejadian jenayah tersebut. Terdapat juga
atribusi biasa yang berlaku dalam sesuatu keadaan. Sebagai contoh, sindrom
prahaid, di mana wanita mengalami perasaan garang, marah dan kesedihan

42
seminggu sebelum kedatangan haid. Walaupun wanita sering tidak dapat
mengawal emosi-emosi negatif mereka, kita sering mistribut kelakuan mereka
kepada sindrom prahaid tersebut dan melabel wanita tanpa sindrom ini sebagai
mempunyai sindrom tersebut.

Dalam keadaan kehidupan sebenar misatribusi boleh membawa kepada


konflik dan kekejaman. Satu kejadian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar
Yahudi-Israel melakukan misatribusi mengenai niat kedua-dua pihak dalam
konflik Arab-Israel yang dengan mudah boleh menyumbang kepada konflik di
masa hadapan. Dalam kajian lain pula, para pelajar agresif dan tidak agresif
berbangsa Latin dan berkulit hitam di beberapa buah sekolah menengah rendah
di Amerika telah dibacakan dengan beberapa senario negatif seperti dalam
perjalanan sekolah seorang rakan sekolah telah terlanggar mereka dengan agak
kuat. Kemudian para pelajar tersebut diminta membuat pertimbangan mengenai
niat rakan mereka; perasaan marah yang mereka alami dan kemungkinan
mereka akan bertindak agresif. Hasil kajian menunjukan bahawa responden
yang berada dalam kumpulan agresif mempunyai lebih kemungkinan
menanggap tindakan rakan mereka itu sebagai sesuatu yang disengajakan dan
akan bertindak balas secara negatif. Oleh itu, misatribusi mengenai niat rakan
boleh membawa kepada keganasan.

Satu lagi tokokan dari teori misatribusi ialah hipotesis oleh Dolf Zillman
(1978). Beliau menyatakan bahawa kebangkitan dari satu sumber boleh
mempengaruhi sesuatu reaksi dan kognisi yang sepatutnya tidak terjadi. Satu
kajian telah dijalankan di British Columbia untuk menggambarkan hipotesis ini.
Seorang penyelidik telah meminta beberapa orang lelaki yang baru sahaja
menyeberangi sebuah jambatan kayu dengan ketinggian 3 meter atau sebuah
jambatan gantung yang merentasi sebuah jurang dalam menjawab satu soal
selidik. Apabila penyelidik tersebut adalah seorang wanita, lelaki yang baru
menyeberangi jambatan bahaya itu lebih banyak membuat imaginasi seksual
dalam bahagian soal selidik berkaitan dengan tajuk tersebut dan
berkemungkinan menelefon penyelidik wanita tersebut untuk membuat
pertemuan yang seterusnya.

Zillman menerangkan bahawa perkara tersebut terjadi kerana


pemindahan keterujaan (transfer of excitation) berlaku. Kebangkitan yang dijana
oleh penyeberangan jambatan gantung itu dipindahkan kepada interaksi dengan

43
penyelidik wanita untuk meningkatkan kebangkitan seksual. Apabila penyelidik
wanita yang sama mendekati lelaki tersebut lama sesudah lelaki tersebut
menyeberangi jambatan gantung, tidak ada sebarang perbezaan dalam
imaginasi seksual. Ini menunjukan bahawa kesan kebangkitan di jambatan
adalah disebabkan oleh pemindahan keterujaan. Dalam kajian lain, Zillman dan
rakan sekerjanya telah meminta para responden dalam penyelidikan mereka
menunggang basikal hingga bernafas termengah-mengah dan jantung mereka
berdengup kencang. Kemudian para responden tersebut telah dicaci oleh rakan
penyelidik yang lain. Responden yang baru sahaja menunggang basikal didapati
bertindak lebih agresif terhadap pencaci tersebut berbanding responden yang
tidak terlibat dengan aktiviti yang merangsang kebangkitan fisiologi. Ini
menunjukkan bahawa kebangkitan yang terhasil akibat menunggang basikal
telah dipindahkan kepada situasi melibatkan cacian hingga merangsang
perasaan marah. Beberapa kajian lain telah mengesahkan hasil kajian Zillman
ini. Pengajarannya yang diperoleh adalah apabila anda perlu membuat
seseorang rasa marah, lakukannya apabila dia sedang tenang.

Teori-teori Nilaian Kognitif (Cognitive Appraisal Theories)

Terdapat teori-teori yang memberikan lebih penekanan kepada aspek kognitif


berbanding teori Schachter. Pendekatan ini menumpukan kepada peranan
aspek-aspek kognitif seperti pemikiran, pembelajaran, ingatan dan persepsi
dalam pengalaman emosi. Salah satu teori tersebut ialah teori oleh Richard
Lazarus.

Bayangkan anda berada dalam satu keadaan di mana anda dikritik


dengan teruk oleh penyelia kerana anda melakukan sesuatu kesilapan di tempat
kerja yang akan menyusahkan perkerja yang lain. Apakah emosi yang akan
dicetuskan oleh situasi ini? Teori-teori nilaian kognitif akan mengandaikan
bahawa jawapan kepada persoalan tersebut bergantung kepada bagaimana
anda menilai atau menginterpretasi keadaan tersebut. Anda akan merasa marah
kiranya anda merasakan kritikan terhadap diri anda adalah tidak adil kerana ada
orang lain yang terlibat. Anda mungkin merasa malu kerana kritikan tersebut
menggambarkan ketidakcekapan anda. Anda mungkin merasa sedih atau
bersalah memikirkan kesan negatif kegagalan anda kepada rakan sekerja.
Akhirnya, anda mungkin merasa emosi positif kiranya merasakan bahawa anda

44
telah menjalankan tugas dengan cemerlang dan kesilapan yang terjadi bukanlah
tanggungjawab anda.

Pandangan bahawa manusia bertindak balas dengan emosi yang


berbeza walaupun dalam situasi yang sama bergantung kepada bagaimana
mereka menilai atau menginterpretasi situasi merupakan andaian asas atau
utama dalam teori-teori nilaian kognitif. Penilaian anda terhadap situasi dan
bukannya situasi itu yang menentukan kualiti dan intensiti tindak balas emosi.
Teori-teori nilaian kognitif mengandaikan bahawa emosi yang terhasil dalam
sesuatu keadaan adalah ditentukan oleh bagaimana situasi itu dinilai. Menurut
Lazarus (1993), setiap emosi mempunyai tiga komponen utama: nilaian kognitif,
desakan tindakan dan pola reaksi badan. Nilaian kognitif terdiri daripada
tindakan mentaksir rangsangan penting yang berkaitan dengan kesejahteraan
seseorang.

Peringkat pertama ini dinamakan penilaian asas. Sesudah itu, barulah


penilaian mengenai strategi-strategi menangani stress yang muncul akibat
situasi emosi tersebut. Penilaian asas merupakan penilaian kognitif mengenai
antecedents emosi, bukannya penilaian mengenai isi kandungan emosi. Sebagai
contoh, individu yang berhadapan dengan perompak berpistol akan menilai
perompak bersama pistol dan bukannya menilai perasaan takut yang dialaminya
ketika itu. Desakan tindakan melibatkan aktiviti memikirkan mengenai tindakan
yang boleh diambil. Sebagai contoh, apabila berhadapan dengan perompak
anda mungkin memikirkan untuk merampas pistol di tangannya, menjerit
meminta pertolongan atau lari. Pola reaksi-reaksi badan pula merupakan tindak
balas fisiologi yang merupakan sebahagian daripada pengalaman emosi.

Beberapa kajian telah menyokong teori Lazarus dan kajian-kajian


tersebut juga mendapati terdapat persamaan budaya dalam dimensi penilaian
emosi. Lazarus juga berpendapat bahawa apabila seseorang mengalami
kebangkitan emosi, beliau juga akan terlibat dalam proses menangani dan
mengurangkan stress. Dua cara individu menangani stress menurut Lazarus
ialah palaniasi (palliation) dan tindakan terus. Palaniasi merupakan satu proses
bertahan di mana kita mengubah reaksi kita terhadap peristiwa beremosional.
Individu tersebut mungkin tidak mempedulikan kejadian yang berlaku dan
berharap ianya akan pergi begitu sahaja. Individu tersebut mungkin juga cuba
mengubah reaksi fisiologi dengan bersenam, meditasi dan mengambil ubat-

45
ubatan. Alternatif lain ialah dengan mengambil tindakan terus. Sebagai contoh,
jika peperiksaan yang akan dihadapi merungsingkan individu, individu tersebut
mungkin akan mengambil tindakan terus belajar dengan lebih tekun.

Teori Psikoanalitik: Peranan minda bawah sedar dalam emosi

Dalam teori psikoanalitinya, Sigmund Freud menyatakan bahawa kebanyakan


pengalaman emosi adalah disebabkan oleh proses-proses bawah sedar. Minda
bawah sedar menurut teori psikoanalitik ialah satu daerah personaliti yang
mengandungi emosi, motif dan ingatan mengenai pengalaman lalu yang tidak
disedari namun amat berpengaruh dalam tingkah laku. Sebagai contoh,
kebanyakan pengalaman zaman kanak-kanak adalah di bawah sedar. Sebagai
orang dewasa, kita mungkin tidak menyedari atau ingat tentang pengalaman
zaman kanak-kanak kita, tetapi ia tetap merupakan sumber utama emosi dan
motivasi. Ia boleh menyebabkan kita mengalami sesuatu emosi tanpa menyedari
dari mana ia datang.

Teori psikoanalitik lebih memberikan fokus kepada emosi negatif,


terutamanya kebimbangan dan marah. Kedua-dua emosi tersebut dikatakan
berpunca daripada konflik yang berlaku pada tahap bawah sedar. Emosi negatif
yang dialami berpunca dari konflik bawah sedar akan dialami secara sedar
dalam bentuk gangguan dan ketidakselasaan. Sebagai contoh, kita tidak
mengahadapi sebarang peperiksaan, tiada masalah di tempat kerja dan tiada
masalah hubungan dengan orang lain, tetapi kita tetap juga merasa bimbang.
Teori Psikoanalitik akan menyatakan bahawa kebimbangan kita itu adalah
berpunca dari konflik bawah sedar.

Kecerdasan Emosi Dalam Pendidikan

Emosi dapat dilihat dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi ,iaitu dari
aspek mempunyai perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Aspek rohani
dan jasmani dari segi tingkah laku yang menekankan tingkah laku yang terkawal
serta memiliki dan memupuk sifat kasih sayang, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1992.

Kecerdasan emosi dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang baru


tetapi sudah lama diperkenalkan oleh ahli psikologi dengan menggunakan istilah

46
dan pendekatan yang berlainan. Namun kesedaran dan kepentingan kecerdasan
emosi hanya bermula apabila kajian Mayer, Caruso dan Salovey (1999)
membuktikan kecemerlangan individu bergantung pada kecerdasan emosinya.
Contohnya, seseorang yang memiliki kecerdasan intelek akan menjadi lebih
cemerlang apabila beliau juga turut memiliki kecerdasan emosi. Ini kerana
kecerdasan intelek sahaja tidak dapat menjamin kecemerlangan seseorang
individu itu apabila beliau berhadapan dengan situasi realiti.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kecerdasan emosi pun


dijadikan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan
insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Menyedari hakikat ini elemen kecerdasan emosi disisipkan secara langsung
dalam beberapa mata pelajaran seperti pendidikan moral, pendidikan etika
profesinalisme, kenegaraan dan ketamadunan. Malah aspek ini juga turut
diaplikasikan merentasi kurikulum dengan harapan kepentingan kecerdasan
emosi diberi sama taraf dengan kecerdasan intelek. Mengikut Goleman (1995),
kecerdasan emosi dapat dilihat melalui lima elemen atau pendekatan iaitu
kesedara kendiri, pemantauan diri, dorongan diri, empati dan kemahiran
bersosial.

Implikasi Kecerdasan Emosi

Sejak dipopularkan oleh Goleman pada tahun 1995, kecerdasan emosi telah
mendapat perhatian yang luas baik dalam bidang akademik mahupun dalam
masyarakat umum. Ini disebabkan kepentingan kecerdasan emosi baik dalam
kerjaya atau kehidupan persendirian yang kian disokong oleh kerja-kerja
sarjana. Kerja Richburg dan Fletcher (1999) menyatakan bahawa kecerdasan
emosi dan bukan kecerdasan kognitif yang menjamin kejayaan, kebahagiaan
dan kekayaan hidup seseorang. Six Seconds (2005), satu organisasi
mempromosi pembelajaran kecerdasan emosi mendapat kesimpulan bahawa
kecerdasan emosi boleh meningkatkan pencapaian, motivasi, optimisme,
kegembiraan dan matlamat daripada kerja-kerja sarjana. Kesemua ini telah
mendatangkan satu kesan yang nyata, iaitu masyarakat kini lebih sedar dan
bersedia untuk mempelajari kecerdasan emosi. Berasaskan kesedaran dan
kesediaan sedemikian, pembelajaran kecerdasan emosi kian ditekankan baik
dalam bidang formal atau bidang informal. Dalam bidang informal, kursus-kursus
kecerdasan emosi telah dibangunkan dan ditawarkan kepada masyarakat umum

47
sebagai kursus perkembangan diri. Dalam bidang formal pula, perubahan polisi
berlaku supaya elemen kecerdasan emosi diterapkan dalam sistem pendidikan.
Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Britain dalam “Curriculum 2000” telah
menggariskan polisi untuk menekankan perkembangan sosial dan personal
remaja di samping menetapkan guru supaya mencapai kesihatan emosi yang
ditetapkan. (Tomlinson, 1998) Di bawah perubahan polisi sedemikian, pengaruh
dan implikasi kecerdasan emosi dalam pendidikan semakin meluas dan boleh
dilihat dalam tiga bidang seperti berikut:

i. Pembangunan kurikulum kecerdasan emosi

ii. Pembangunan pentadbir dan guru kecerdasan emosi

iii. Penggunaan kecerdasan emosi sebagai peramal kejayaan pendidikan

Pembangunan Kurikulum Kecerdasan Emosi

Perkembangan kurikulum kecerdasan emosi adalah berdasarkan dua sebab


yang utama iaitu untuk menangani masalah pencapaian akademik serta
kelakuan devian, dan mengembangkan potensi pelajar supaya menjadi
pemimpin atau dewasa yang seimbang dan efektif. Banyak kerja sarjana yang
telah menyokong keberkesanan kecerdasan emosi dalam menangani masalah
pencapaian akademik serta kelakuan devian. Kajian Nada AbiSamra (2000)
terhadap 500 orang menunjukkan pelajar gred kesebelas mempunyai hubungan
signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Kerja Dan
Budny (1997) menunjukkan hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian
akademik tahun pertama dalam pendidikan tinggi. Beliau kemudiannya
mendapati pencapaian tahun pertama berkolerasi tinnggi dengan pencapaian
keseluruhan. Dick Culver (1998) menunjukkan bahawa keupayaan untuk
melambatkan kepuasan (satu spesifikasi kecerdasan emosi) membantu dalam
pencapaian akademik. Kerja Perry (1968) pula menunjukkan bahawa individu
yang belajar dalam zon gembira dapat berprestasi dengan paling tinggi,
sedangkan optimisme adalah satu daripada kemahiran kecerdasan emosi.

Di samping itu, kerja Julie Coultas(2002) menunjukkan bahawa latihan


kemahiran kecerdasan emosi boleh membangunkan kelakuan pro-sosial di
kalangan pelajar dan ini amat membantu dalam menangani kelakuan devian.
Bekas Menteri Pendidikan Britain Estelle Morris (2001) juga pernah
menyarankan supaya memasukkan program kecerdasan emosi dalam sekolah

48
kerana beliau percaya bahawa kawalan emosi dan pengurusan perhubungan
dengan orang lain dapat menyekat kelakuan devian. Selain menangani masalah
pendidikan, kurikulum kecerdasan emosi adalah untuk melahirkan dewasa yang
produktif, seimbang dan gembira (Davies, 2000) dan melatih bekas pemimpin
yang efektif. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kecerdasan emosi
adalah kompetensi yang mesti dimiliki seorang pemimpin yang berkesan.
William (1994) telah menunjukkan bahawa CEO yang mempunyai kompetensi
kecerdasan emosi membawa perkembangan dan keuntungan yang lebih tinggi
kepada organisasinya. Kajian McClelland (1998) terhadap ketua divison satu
syarikat makanan juga mendapat kesimpulan yang sama iaitu pemimpin
berkecerdasan emosi berprestasi tinggi. Ada sarjana pula menyatakan bahawa
suasana organisasi dapat meningkatkan prestasi kerja, dan pemimpin yang
mempunyai kompetensi kecerdasan emosi pula dapat membina satu suasana
yang menggalakkan dalam organisasi. (Litwin & Stringer, 1968; Tagiuri & Litwin,
1968). Tidak kurang pula, kurikulum kecerdasan emosi dimanfaatkan dalam
melatih bekas pekerja sosial (Smith, 2005), jururawat (Cadman dan Brewer,
2001) dan pengurus (Boyatzis, Stubbs dan Taylor, 2001) yang berkesan.

Konsep Dan Unsur Rohani Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Unsur rohani adalah unsur yang ketiga iaitu setiap individu perlu menyedari dan
percaya kepada Tuhan serta bersyukur dengan pemberian Tuhan. Tidak
ketinggalan, individu tersebut haruslah berakhlak mulia dan berpegang kepada
nilai-nilai murni. Unsur emosi pula adalah penting kerana setiap individu mestilah
mempunyai emosi yang matang dan stabil semasa menuntut ilmu pengetahuan,
memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan
dan perpaduan. Unsur-unsur rohani merangkumi aspek-aspek berikut:
i. keyakinan terhadap Tuhan;
ii. kepercayaan beragama;
iii. penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat;
iv. berbudi pekerti mulia;

Perkataan rohani dalam Bahasa Malaysia sering dikaitkan dengan hati,


kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya yang wujud sebagai suatu unsur
peribadi manusia yang paling unik yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), rohani adalah diertikan sebagai

49
batin yang berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani pula merupakan
sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk
fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Menurut Macmillan Dictionary,
“spiritual is related to your spirit instead of the physical world”

Imam Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin menerangkan bahawa roh


itu dapat dikategorikan dalam dua makna. Pertama berbentuk jenis yang halus
dan bersumber dari dalam hati dengan perantaraan otot-otot dan urat yang
pelbagai yang tersebar ke seluruh bahagian badan. Kedua, ianya berbentuk sifat
halus yang ada pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat
mengungkap segala pengertian. Imam Al-Ghazali (1058-1111) mentafsirkan
rohani sebagai perkara yang terdiri daripada akal, nafsu jiwa dan roh. Mengikut
pandangan Islam, perkembagan rohani seseorang insan remaja terdiri daripada
pelbagai peringkat. Pada peringkat awal remaja, iaitu lingkungan umur 12-15
tahun, remaja telah memahami nilai ketuhanan, dosa dan pahala secara
konseptual. Pada peringkat ini, mereka memerlukan kepuasan rohani untuk
menghadapi dugaan hidup. Pada peringkat ini juga remaja mudah terpengaruh
pada persekitaran dan rakan sebaya dalam perkembangan rohaninya.

Di sini, seperti mana yang kita ketahui, rohani selalu dikaitkan dengan
perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan
strategik. Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani
membawa maksud keadaan mental yang waras dan mementingkan kebaikan
manusia sejagat dan barulah mementingkan kebaikan diri sendiri. Rohani setiap
individu merupakan penentu moral sosial sesuatu masyarakat itu dan penetapan
undang-undang. Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang
mana bercampur di antara emosi positif dan emosi negatif untuk mencorakkan
manusia supaya mempunyai akhlak yang sempurna dari segi kelakuan dan
personaliti.

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aspek rohani bermaksud


kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Aspek rohani telah memberi
implikasi terhadap pendidikan terutamanya kepada pelajar. Antara implikasi
aspek rohani ialah menyedari dan percaya kepada Tuhan, bersyukur dengan
pemberian Tuhan, berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni,
mengakui tentang kewujudan Tuhan, mengakui Tuhan sebagai Pencipta
manusia dan alam, menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan

50
peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan, menyedari bahawa individu
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala perbuatan dan tindakannya
serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

Di sekolah, setiap unsur atau elemen yang terdapat dalam Falsafah


Pendidikan Kebangsaan seperti elemen rohani, jasmani, emosi dan sosial di
terapkan dalam subjek yang di ajar oleh guru di dalam kelas. Untuk menerapkan
unsur-unsur falsafah dengan berkesan di dalam bilik darjah semasa
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), guru-guru perlu
memahami sepenuhnya ilmu falsafah sebelum guru-guru
dapat menguasai dan menyalurkannya ke dalam proses P&P. Apabila guru
melaksanakan P&P di dalam kelas, langkah-langkah pengajaran yang dirancang
mestilah menerapkan unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara
jelas agar pelajar dapat menghayati unsur-unsur yang cuba di sampaikan oleh
guru.

Jika subjek yang diajar di sekolah diamati, ianya banyak menerapkan


unsur-unsur rohani dalam P&P. Contohnya dalam subjek Sains, isi kandungan
yang diajar kepada pelajar banyak menerapkan unsur rohani seperti kejadian
manusia dalam rahim ibu. Setelah pelajar memahami bagaimana proses
manusia berlaku, mereka akan berfikir dan merasai kewujudan Allah SWT dan
mengakui bahawa Allah SWT merupakan pencipta manusia. Selain itu, mereka
juga akan menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
segala perbuatan dan tindakannya serta mengamalkan segala ajaran agama
yang dianuti. Selain itu, dalam subjek Pendidikan Islam, terdapat tajuk-tajuk atau
bahagian yang berkaitan dengan unsur rohani yang dipelajari oleh pelajar.
Contohnya, bahagian akidah yang menekankan tajuk-tajuk yang berkaitan
dengan kepercayaan kepada Allah SWT seperti rukun islam, rukun iman, dalil-
dalil kekuasaan dan kewujudan Allah SWT dan sebagainya.

Konsep Rohani Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

Aspek rohani merupakan unsur penting dalam pembentukan modal insan


(pelajar) di sekolah. Di sini, kami akan membincangkan mengenai peranan
pihak yang terlibat dalam P&P di sekolah dan di luar waktu P&P dalam
menghayati unsur tersebut dalam kehidupan mereka. Pihak-pihak yang
dimaksudkan terdiri daripada guru, ibu bapa, pelajar, sekolah/kerajaan dan

51
masyarakat. Semua pihak yang dinyatakan memainkan peranan penting dalam
menghayati unsur rohani yang terdapat dalam FPK untuk membentuk modal
insan yang berbudi pekerti mulia serta bertanggungjawab dalam setiap tugas
yang diamanahkan.

Rohani merangkumi beberapa ciri iaitu menyedari akan kewujudan


pencipta di dunia, menyemaikan rasa bersyukur, berterima kasih di atas segala
pemberian dan kurniaan pencipta dan memiliki akhlak dan disiplin diri yang
tinggi.

Guru merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam


menerapkan unsur-unsur rohani dalam diri pelajar. Sebagai contoh, semasa
guru mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, nilai-nilai murni seperti nilai-nilai
kasih sayang, bekerjasama, berdisiplin, toleransi, bertolak ansur, kesyukuran
diterapkan. Jika nilai-nilai ini dapat disemat ke dalam diri pelajar, mereka akan
bersikap lebih kerohanian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka
bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkara-
pekara negatif. Dengan kata lain, mereka akan lebih menjadi positif dan
bertambah mulia. Pemupukan kerohanian tidak hanya perlu diajar oleh guru
Pendidikan Islam sahaja tetapi guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain
juga harus memainkan peranan. Sebagai contoh, guru harus mendenda pelajar
apabila pelajar melakukan kesalahan seperti bising dalam kelas, tidak membuat
kerja rumah, tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh guru dan
sebagainya. Tujuan guru mendenda pelajar adalah supaya dapat mendidik
pelajar agar lebih mempunyai kemantapan rohani. Selain itu, tindakan guru
tersebut adalah untuk mendidik pelajar supaya lebih amanah terhadap tugas
atau arahan yang diberikan oleh guru. Guru juga bertanggungjawab mendidik
pelajar agar lebih prihatin terhadap tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

Di samping itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam


memberikan didikan kerohanian. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tugas
mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru. Guru hanya menjalankan tugas
mendidik di sekolah tetapi apabila berada di rumah ibu bapa harus berperanan
untuk mendidik anak-anak mereka dengan berteraskan ilmu agama secukupnya.
Ibu bapa juga harus mengajar anak-anak dengan akhlak-akhlak dan nilai-nilai
murni. Didikan agama daripada ibu bapa amat penting agar anak-anak tidak
terjerumus ke lembah maksiat. Didikan agama yang cukup dapat memberikan

52
pendinding kepada pelajar agar lebih percaya akan kewujudan Allah Yang Esa.
Kepekaan ibu bapa terhadap anak-anak haruslah dititikberatkan supaya anak-
anak akan lebih berjaya di dunia dan akhirat. Apabila anak-anak melakukan
kesalahan, ibu bapa dilarang menghukum anak-anak dengan segera. Nasihat
dan tunjuk ajar haruslah diberikan terlebih dahulu agar anak-anak tersebut tidak
mudah terasa hati dan bertindak di luar jangkaan. Ibu bapa juga perlu memantau
anak-anak agar tidak mudah terpengaruh. Dengan itu, unsur-unsur rohani dapat
diterapkan dalam jiwa anak-anak mereka lantas akan membentuk pelajar yang
berjiwa murni.

Pelajar mestilah mempraktikkan nilai-nilai yang telah diajar oleh guru


dalam setiap mata pelajaran. Nilai-nilai murni yang telah diajar oleh guru
haruslah dipraktikkan oleh pelajar tidak kira di mana mereka berada dari segi
perbuatan, pergaulan, pembelajaran dan sebagainya. Kemantapan rohani dalam
diri pelajar boleh dilihat dalam perlakuan pelajar dalam kehidupan seharian.
Interaksi pelajar dengan ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, masyarakat dan lain-
lain lagi amat penting bagi mencerminkan kemantapan rohani dalam diri pelajar
tersebut. Kepercayaan kepada Tuhan amat penting bagi pelajar agar pelajar
tidak mudah terpesong dari landasan yang sepatutnya. Pelajar juga mesti
bersyukur dan redha dengan ketentuan yang telah Allah tentukan. Sebagai
contoh, apabila seseorang pelajar mengalami kegagalan dalam peperiksaan dia
tidak akan mudah putus asa tetapi sebaliknya berikhtiar untuk terus berjaya
dalam mencapai kejayaan yang bakal datang. Sikap putus asa dan tidak
bersyukur haruslah dielakkan agar pelajar lebih berakhlak mulia serta berpegang
kepada nilai-nilai murni.

Sekolah dan kerajaan berperanan menyumbangkan inisiatif terhadap


pemantapan rohani di kalangan pelajar. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar
yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri yang tinggi. Bagi mengekalkan
sahsiah rohani pelajar yang tinggi, pelbagai inisiatif boleh diambil oleh pihak
sekolah antaranya ialah solat zuhur berjemaah, mata pelajaran Pendidikan Islam
tidak dikurangkan masa pengajarannya malahan haruslah ditambah, mata
pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik diajar kepada pelajar bukan
Islam. Selain itu, pihak sekolah juga perlu mengadakan majlis-majlis agama dan
tadarus Al-Quran. Selain itu, kerajaan telah mengambil satu langkah yang drastik
iaitu dengan mewajibkan setiap pelajar Islam sekolah menengah memakai
tudung semasa sesi persekolahan. Ini adalah satu langkah yang amat baik bagi

53
mencegah pelajar daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.
Penubuhan sekolah-sekolah agama yang banyak oleh kerajaan sebagai satu
langkah yang praktikal sebagai menyahut saranan kerajaan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada unsur rohani iaitu kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Pihak sekolah juga dapat menguatkan pemantapan
rohani pelajar dengan menggalakkan pelajar menanamkan kecintaan kepada
Allah sebagai pencipta manusia dan seluruh alam.

Mengikut Sufian Hussain (2004), peranan masyarakat dalam


pemantapan unsur rohani dalam diri pelajar perlulah lebih konsisten dan proaktif.
Masyarakat boleh membantu dengan menegur pelajar apabila pelajar
melakukan kesalahan di tempat awam di samping dapat bekerjasama dengan
ibu bapa, guru, sekolah dan kerajaan agar menyedarkan pelajar akan
tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan hamba kepada Tuhan. Selain itu,
masyarakat harus prihatin dalam menyedarkan pelajar bahawa hukum dan
fonemena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan sebagai
manusia kita tidak mampu untuk menghalang. Di Malaysia, kebebasan
beragama diamalkan. Justeru itu, setiap penganut agama perlu menghormati
agama antara satu sama lain. Oleh itu, generasi muda yang terdiri daripada
pelajar dapat mencontohi sikap hormat-menghormati dalam beragama daripada
masyarakat yang terdahulu.

Terminologi Rohani Dalam Pendidikan

Pendidikan merupakan salah satu proses yang sangat penting dalam


membentuk akhlak seseorang individu. Menurut Tengku Sarina dan Yusmini
(2007) di dalam artikelnya, pendidikan bukan sahaja sekadar satu proses
untuk memenuhi mental dengan segala ilmu pengetahuan tetapi ia juga
membawa maksud untuk mendidik akhlak dan jiwa, menanam diri dengan
sifat terpuji, membiasakan diri dengan kesopanan yang tinggi serta
mempersiapkan diri dengan suatu kehidupan yang suci dan jujur serta ikhlas
(Mohd Fauzi, Joni Tamkin & Ab. Aziz, 2007). Oleh yang demikian,
pembentukan akhlak yang terpuji lahirnya dari rohani yang baik.

Maksud rohani dari laman web Wikipedia ialah perkara-perkara yang


berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, ia membawa

54
maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia.
Walaupun begitu, rohani sering dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia
yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik.

Menurut Dr. Ali Abdul Halim Mahmud (2000) di dalam bukunya


Pendidikan Ruhani, rohani memberi pengertian interelasi antara hati, jiwa,
akal dan ruh. Hati, jiwa, akal dan ruh, pengertiannya saling berkobelasi, saling
bergantian tempat dan berpimpinan satu sama lain dalam pelbagai hal.

Oleh yang demikian, jika kita lihat kepada semua pengertian rohani
ianya berkisar dengan roh dan jiwa seseorang itu yang mana ia akan
membentuk sahsiah seseorang. Ia bertepatan dengan pengertian rohani yang
diberikan di dalam suatu persidangan tentang gejala-gajala penyakit rohani
yang sering dikaitkan dengan hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya
yang mewujudkan sebagai suatu unsur peribadi manusia yang paling unik
yang tidak dapat dilihat oleh pacaindera. Menurut beliau lagi, Imam Ghazali
juga ada mengatakan di dalam kitabnya Ihyaulumiddin yang menerangkan
bahawa roh mempunyai dua makna. Pertama, ia membawa makna tentang
jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan otot-otot
dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh badan. Makna yang
kedua pula berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu
dan dapat menangkap segala pengertian (Gejala-Gejala Penyakit Rohani,
2002).

Ciri-Ciri Rohani Dalam Pendidikan

Menurut Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah
Noordin (2012), dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
daripada aspek rohani, individu haruslah mempunyai unsur rohani yang lebih
menjurus kepada keagamaan iaitu individu harus:
a) menyedari dan menginsafi adanya Pencipta
b) menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta
c) menyedari dan menginsafi tanggungjawab
d) memupuk dan membina disiplin kendiri
e) membentuk akhlak mulia

55
Sekiranya para mahasiswa dan mahasisiwi mempunyai sifat-sifat yang
sedemikian nescaya akan lahirlah graduan yang bukan hanya cerdik intelek
malahan tinggi akhlaknya. Hal ini disokong oleh Dr. Sidek Baba di dalam
artikelnya Pelaksanaan Pendidikan Islam Era 2020 Ke Arah Kecermerlangan
Generasi Pelajar dimana beliau mengatakan bahawa pembangunan sumber
tenaga manusia berkait rapat dengan kecemerlangan generasi pelajar.
Kecemerlangan bukan sahaja diukur dari aspek prestasi akademik yang baik
sahaja tetapi dalam konteks bina insan ia juga diukur dengan cerminan
akhlak dan peribadi teladan (Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Shah, 1993).

Konsep Rohani di Insitut Pengajian Tinggi

Graduan-graduan yang lahir dari institut pengajian tinggi pada hari ini
merupakan aset yang paling penting bagi negara untuk masa hadapan.
Mereka haruslah mempunyai ciri-ciri yang holistik dari aspek rohani, intelek,
jasmani dan emosi. Ini juga ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan kita yang mana ingin melahirkan individu yang seimbang yang
berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Oleh itu, konsep rohani yang
diberi penekanan adalah tentang aspek nilai sikap seseorang. Ini ada
diperkatakan di dalam Bajet 2007 yang disampaikan oleh Perdana Menteri
YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang mengatakan bahawa
“sebanyak 10.4 billion ringgit telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan bagi
Pengajian Tinggi” yang bertujuan untuk memantapkan lagi institut pengajian
di negara ini sebagai tempat melahirkan generasi yang berpesonaliti unggul
kerana pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan ini haruslah
menyeluruh dan holistik iaitu memberi penekanan terhadap pembangunan
ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains,
teknologi dan keusahawanan dan juga pembudayaan sikap progesif serta
nilai etika dan moral yang tinggi (Seminar Pembangunan Modal Insan, 2009).

Ini jelas menunjukkan institut pengajian tinggi memainkan peranan


yang cukup penting dalam merialisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan
generasi yang bukan sahaja cemerlang dari aspek intelek iaitu akademik
tetapi juga tinggi dari segi pembangunan sahsiah. Ini juga ada diperkatakan
oleh Wan Hasmah Wan Mamat di dalam artikelnya tentang Nilai Murni
Pendidikan Islam Berteraskan Prinsip Islam Hadhari membabitkan
perkembangan insan yang bukan hanya meliputi aspek kognitif atau

56
pemikiran tetapi juga menekankan aspek nilai, sikap dan tingkah laku
seseorang (Nik Aziz Nik Pa, Rahimi Md. Saad & Ahmad Zabidi Abd. Razak,
2007).

Manakala menurut Wikipedia, kesucian rohani sangat dititikberatkan


dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang
logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah kebaikan
individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial
masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Undang-undang penting
dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur di antara
emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan
secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti.

Oleh yang demikian, di peringkat institusi pengajian tinggi konsep


rohani ini dipupuk melalui kursus-kursus yang ditawarkan di institut pengajian
tinggi. Sebagai contoh, kursus pengajian akidah. Pengajian ini bukan sahaja
di tekankan di Malaysia tetapi di Thailand dan Indonesia juga amat diberi
penekanan (Mohd Fauzi Hamat, Joni Tamkin Borhan dan Ab. Aziz Mohd Zin,
2007). Ini kerana melalui pengkhususan yang sedemikian, ianya mampu
melahirkan seseorang individu yang berkeperibadian unggul dan mulia. Ini
yang dikatakan seseorang individu yang mempunyai nilai kerohanian positif
yang amat tinggi. Sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang berhasrat agar dapat melahirkan individu yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, intelek dan juga rohani. Bukan itu sahaja, malahan mampu
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara (Mohd Fauzi Hamat, Joni Tamkin
Borhan dan Ab. Aziz Mohd Zin, 2007).

Di dalam Parlimen yang kesebelas, (2005) Setiausaha Parlimen


Kementerian Pengajian, Datuk Dr. Adham bin Baba menyatakan bahawa
untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai ciri-ciri
“Towering Personality”, Kementerian Pengajian Tinggi meminta agar seluruh
institut pengajian tinggi memantapkan program pengajian yang melibatkan
program kurikulum dan aktiviti kokurikulum kerana melalui program-program
seperti ini mampu meningkatkan sikap pelajar yang berdaya saing serta

57
melahirkan graduan yang mempunyai nilai-nilai modal insan yang sejajar
dengan kehendak kerajaan (Seminar Pembangunan Modal Insan, 2009).

Jelas di sini membuktikan bahawa peranan pendidikan adalah sangat


besar dalam membentuk keperibadian serta membentuk keluhuran rohani,
memberi keutamaan kepada jiwa, membentuk kemuliaan akhlak dan
keperibadian yang sempurna adalah peranan pendidikan sebenar yang harus
difahami (Mohd Fauzi Hamat, Joni Tamkin Borhan dan Ab. Aziz Mohd Zin,
2007).

Menurut Muhammad Abi Sofian Abdul Halim (2011) di dalam


rencananya ada mengatakan bahawa dasar Wawasan 2020 menetapkan
bahawa Malaysia tidak harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi
sahaja akan tetapi perlu merangkumi pembangunan kerohanian. Melalui
dasar ini, kemajuan negara akan diberi tumpuan sepenuhnya kepada aspek
perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial,
kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai sosial dan
kerohanian.

Menyedari akan hal ini, kerajaan melalui Kementerian Pengajian


Tinggi, bertanggungjawab memastikan agar pembangunan akademik di
institusi pengajian tinggi awam dan swasta seimbang dengan pembangunan
kerohanian pelajar. Maka peranan institusi pengajian tinggi tidak hanya
tertumpu kepada pembangunan akademik semata-mata sebaliknya
pembangunan pelajar dari aspek sahsiah, sosial dan kerohanian perlu diberi
penekanan supaya pembangunan pelajar akan menyeluruh dan seimbang.

Ini bertepatan dengan permintaan pasaran industri tenaga kerja masa


kini yang tidak hanya menilai berdasarkan ilmu dan kepakaran tetapi juga
menilai dalam aspek personaliti, kerohanian dan keterampilan personaliti.
Oleh sebab itu, program perhubungan masyarakat merupakan antara
pendekatan perancangan pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Penilaian Rohani Dalam Pendidikan di IPT

Penilaian yang khusus tentang rohani di institut pengajian tinggi


sememangnya tiada. Aspek rohani lebih dinilai dari segi penilaian yang
berbentuk sumatif dan formatif. Penilaian formatif ialah suatu penilaian yang

58
dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran
sama ada dari segi aspek pengajaran atau pembelajaran. Dengan cara ini
dapat menentukan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat dapat itu
mencapai objektif yang ditetapkan. Tujuan penilaian formatif ini dibuat ialah
untuk mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar dalam
sesuatu kemahiran yang diajarkan. Pelajar akan dinilai dalam bentuk yang
tidak formal seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan, latihan congak,
kuiz, kerja rumah dan sebagainya. Ianya selalu digunakan bagi mengesan
bidang kelemahan pelajar serta dapat membetulkan kesalahannya dengan
serta merta (Bhasah Abu Bakar, 2003).

Manakala penilaian sumatif pula meliputi pengujian dan pengukuran


atas beberapa unit pembelajaran yang sering kali diadakan dalam tempoh
satu penggal atau pertengahan tahun. Penilaian ini akan dijalankan secara
formal iaitu pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan di setiap hujung
semester atau di pertengahan semester. Contoh penilaian ini ialah seperti
Peperiksaan Akhir Semester dan Peperiksaan Pertengahan Semester
(Bhasah Abu Bakar, 2003). Tujuannnya ialah untuk mengesan pencapaian
pelajar dan keputusan pencapaian tersebut akan direkodkan sebagai nilai
PNGK bagi setiap individu.

Selain menilai dari aspek penilaian sumatif dan formatif, aspek


rohani pelajar juga akan dinilai apabila sesetengah kursus ada mengadakan
program-program amal atau mengadakan lawatan ke suatu tempat. Dari situ,
para pensyarah akan membuat penilaian secara berkumpulan atau individu
semasa mereka mengendalikan sesuatu projek.

Menurut Sharifah Nooraida Binti Wan Hasan dan Sharifah Fatimah


Binti Wan Jamel (2011) di dalam artikelnya ada mengatakan bahawa pelajar
yang sedang mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bachelor of Education (TESL-
Otago), Kursus Diploma Perguruan Malaysia KEMAS (Pra Sekolah) dan
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sangat memerlukan aktiviti-aktiviti
kerohanian seperti bacaan Yasin terutamanya untuk mendekatkan diri kepada
Allah S.W.T. Majalah-majalah keagamaan yang terdapat di perpustakaan turut
menyumbang kepada pembentukan kerohanian dalam diri mereka. Selain itu,
aktiviti yang berbentuk kerohanian juga telah dilaksanakan di peringkat

59
pengajian tinggi. Antaranya adalah aktiviti teori dan praktik sembelihan, solat
berjemaah, qiamulail berjemaah, makan berjemaah, tazkirah dan jungle
traking berjemaah serta tree talk walk berjemaah. Melalui program seperti ini,
ianya dapat memberi banyak manfaat di samping mengeratkan ukhuwah
fisabilillah antara sesama pelajar malahan dapat meningkatkan lagi
ketaqwaan kepada Allah SWT.

60
Gambar hiasan: Pelbagai program kerohanian di institut pengajian tinggi.

Konsep Dan Unsur Intelek Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, intelek membawa maksud kemampuan


(daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan sebagainya). Mengikut
Macmillan Dictionary, “intellect is the ability to think in an intelligent way and to
understand difficult or complicated ideas and subjects”

Salah satu aspek yang ditekankan dalam FPK adalah aspek intelek. Hal
ini disebabkan ianya saling berkait dengan pendidikan. Istilah intelek yang
berasal dari Bahasa Inggeris intellect menurut Chaplin (1981) diertikan sebagai :

 Proses kognitif, proses berfikir, daya menghubungkan, kemampuan menilai,


dan kemampuan mempertimbangkan;
 Kemampuan mental atau itelegensi.

Menurut Ali, Mohammad & Ansori, Mohammad (2000) dinyatakan


bahawa intelek adalah akal budi atau kepintaran yang berkemampuan untuk
meletakkan hubungan dari proses berfikir. Selanjutnya, dikatakan bahwa orang

61
yang pintar adalah orang yang dapat menyelesaikan persoalan dalam waktu
yang lebih singkat, memahami masalahnya lebih cepat dan cermat, serta
mampu bertindak cepat.

Maka di sini dapat disimpulkan bahawa intelek dapat diertikan sebagai


kemampuan mental dalam menghuraikan sesuatu perkara. Dengan intelek juga
seseorang dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat.
Perkembangan intelek ataupun kognitif dapat dibahagikan kepada empat tahap
yang utama iaitu seperti berikut :
1. Tahap deria motor

Tahap pertama ini dialami oleh kanak-kanak dalam lingkungan usia 0-2 tahun.
Kanak-kanak yang berada dalam peringkat ini akan dapat dilihat cenderung
untuk menggunakan derianya.

2. Tahap praoperasional

Tahap praoperasional ini dapat dilihat pada kanak-kanak dalam lingkungan usia
2-7 tahun. Tahap praoperasional ini juga disebut sebagai tahap intuisi kerana
perkembangan kognitifnya memperlihatkan kecenderungan yang diperlihatkan
melalui suasana intuitif. Hal ini bermakna segala apa juga tindakan rasionalnya
tidak hanya didukung oleh perasaan atau emosi, kecenderunagan alamiah
bahkan sikap-sikap yang diperolehinya dari individu-individu yang bermakna
dalam lingkungan kehidupan dan persekitarannya. Pada peringkat ini juga, jika
menurut Jean Piaget (Bybee dan Sund, 1982). Kanak-kanak sangat bersifat
egosentris sehingga menyebabkan mereka sering kali mengalami masalah
dalam hubungan dengan individu lain dan juga dalam berinteraksi dalam
kalangan rakan sebaya mereka. Mereka juga sering kali mengalami masalah
dalam interaksi dengan ibu bapa mereka. Pada peringkat ini, dalam berinteraksi
dengan orang lain mereka sukar untuk memahami dan menerima pandangan
orang lain dan lebih mengutamakan pandangan mereka sendiri. Sementara itu,
dalam berinteraksi dalam kalangan rakan sebaya, mereka masih sulit untuk
meramalkan segala peluang dan kemungkinan kerana minda mereka masih
beranggapan bahawa terdapat hanya satu kebenaran atau peristiwa dalam
sesuatu situasi.

Pada tahap ini juga, seorang kanak-kanak itu tidak hanya ditentukan
melalui pengamatan pancaindera sahaja akan tetapi ianya juga melibatkan
intuisi mereka. Kanak-kanak mampu menyimpan kata-kata seta dengan

62
menggunakannya terutamanya segala apa yang berhubung erat dengan
keperluan. Pada ketika ini kanak-kanak telah bersedia untuk mempelajari
bahasa, membaca dan menyanyi. Ketika kita menggunakan bahasa yang betul
dan baik ketika berinteraksi dengan anak, ianya akan memberikan kesan yang
besar dan memberikan kesan yang sangat baik pada perkembangan bahasa
mereka. Pada peringkat ini, cara belajar yang paling baik dan berkesan ialah
intuisi. Intuisi memberikan mereka kebebasan kepada mereka untuk berbicara
apa sahaja yang mereka semahunya tanpa menghiraukan pengalaman konkrit
dan paksaan dari luar. Sering kali kita melihat anak berbicara sendiri dengan
benda-benda yang ada disekitarnya seperti pokok, anjing, kucing dan
sebagainya. Menurut mereka benda-benda tersebut mendengar dan berbicara.
Peristiwa seperti ini adalah baik untuk perkembangan minda anak dan melatih
mereka untuk menggunakan segala pengetahuan bahasanya. Jean piaget
menyebut tahap ini sebagai collective monolague, sedikit sahaja berinteraksi
dengan orang lain dan perbicaraan yang egosentris.

3. Tahap operasional konkrit

Tahap ini berlaku antara usia 7-11 tahun, pada tahap ini, kanak-kanak mula
menyesuaikan diri dengan realiti konkrit dan rasa ingin tahunya juga sudah mula
berkembang. Pada tahap ini menurut Piaget, interaksinya dengan rakan sebaya
termasuk dengan orang tuanya semakin berkembang dan bertambah baik
kerana egosentrisnya sudah semakin berkurangan. Kanak-kanak sudah adapat
mengamati, menimbang, mengevaluasi dan menjelaskan idea-idea orang lain
dengan cara yang lebih objektif. Pada tahap ini juga kanak-kanak memiliki
hubungan fungsional kerana mereka sudah mempunyai pengalaman
menghadapi sesuatu permasalahan.

4. Tahap operasional formal

Tahap ini dialami oleh kanak-kanak dalam peringkat usia 11 tahun ke atas. Pada
masa ini, kanak-kanak telah mampu untuk melakukan pekerjaannya melalui
pemikiran logik. Aspek emosi dan moralnya juga telah berkembang sehingga
mempengaruhi keberhasilan tugas-tugasnya. Pada tahap ini juga, menurut
Piaget, interaksi denga rakan sebayanya sudah semakin meluas dan mereka
berusaha untuk berinteraksi dengan orang dewasa, namun sebenarnya mereka
mengharapkan perlindungan daripada orang tua kerana mereka masih lagi
belum mampu untuk memenuhi keperluan diri sendiri.

63
Dalam konteks FPK, intelek ini merupakan unsur yang penting untuk
dicapai selain daripada jasmani,emosi dan rohani. Hasrat FPK adalah supaya
pelajar dapat menguasai 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Maka dalam konteks intelek, ianya merupakan perkara asas yang perlu diketahui
oleh semua orang kerana ianya merupakan kunci kepada kejayaan. Islam juga
menekankan membaca sebagaimana firman Allah SWT :

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan”

( Surah Al-‘Alaq : 1)

Selain daripada itu, dalam konteks intelektual juga, rakyat Malaysia


khususnya pelajar diharapkan dapat menguasai kemahiran untuk memperoleh,
meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain,
termasuk kemajuan negara.

Pada masa kini, maklumat boleh diperoleh dengan begitu mudah. Hal
ini disebabkan oleh kecanggihan teknologi yang dicapai oleh negara pada masa
kini. Teknologi memudahkan pelajar untuk mencari maklumat, menyebarkan
maklumat serta dapat menggalakkan pemikiran secara kritis. Guru boleh
mengaplikasikan teknologi dengan mencipta blog supaya memudahkan pelajar
mencari maklumat selain boleh menggunakan teknologi ini dalam sistem
pengajaran. Ini akan meningkatkan lagi produktiviti negara apabila pelajar-
pelajar diberi pendedahan awal mengenai tekologi maklumat. Namun, harus
diingat bahawa dalam internet ini ada juga maklumat yang palsu dan tidak
muhasabah. Oleh yang demikian, ibu bapa dan guru perlu memantau para
pelajar.

Konsep Pentaksiran

Peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian


pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun.
Justeru, isu pendidikan berorientasikan peperiksaan semata-mata sering dibincangkan
oleh masyarakat sejak kebelakangan ini. Pendidikan yang terlalu berorientasikan
peperiksaan awam tidak akan menghasilkan kualiti pelajar seperti yang diharapkan.
Para ibu bapa dan ahli akademik menyarankan agar KPM mengkaji semula sistem
pendidikan sedia ada ( New Sunday Times, 3 Julai 2007 ).

64
Proses pendidikan perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggung jawab,
cekap dan berfokus supaya meninggalkan impak positif kepada pembangunan ilmu,
kemahiran dan akhlak di kalangan pelajar. Salah satu komponen pendidikan yang
signifikan adalah pentaksiran. Ia merujuk kepada mekanisme atau proses yang
dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
( Simmons & Resnick, 1993; Black & William, 1998; Zhicheng Zhang & Burry-Stock,
2003; Arter, 2003 ).

Berdasarkan laporan kajian luar negara, fenomena guru tidak kompeten


pentaksiran telah mendatangkan berbagai kesan negatif. Tenaga pengajar didapati
gagal memantau kemajuan pembelajaran ( Gallagher, 1998 ), tidak dapat
menghasilkan keputusan yang adil ( Gronlund & Linn, 1990; Hills,1991; Brookhart,
1999; Stiggins, 2001 ), tidak dapat merancang pengajaran secara berkesan
(Stiggins, 1997; Brookhart, 1999 ), gagal memberi motivasi ( Zhi Cheng Zhang &
Burry-Stock, 2003 ) seterusnya menjejaskan potensi pelajar ( Stiggins, 1991; Stiggins,
1995; Airasian, 2000; Stiggins, 2001).

Lantaran prestasi dalam peperiksaan menjadi kriteria paling diutamakan oleh


para pengajar maka terdapat sindrom di mana pusat-pusat pendidikan selalu dinilai
berdasarkan prestasi pencapaian peperiksaan awam dan telah menyebabkan
peperiksaan menjadi terlalu diutamakan oleh sistem pendidikan negara sejak
beberapa tahun yang lalu .

Konsep kurikulum bersepadu yang pernah diperkenalkan di awal 1990an


hendaklah disegarkan kembali agar pelajar benar-benar akan mendapat pendidikan
yang seimbang dengan penerapan nilai murni dalam setiap matapelajaran akademik
yang diajar. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sebagai badan yang
bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan pentaksiran pendidikan sedang
menyusun semula format peperiksaan awam (Berita Harian, 3 September 2007).

Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran


yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu
tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Seterusnya, maklumat
yang diperolehi hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan
murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah

65
mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.
Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid
dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.
Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja,
portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang


perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal
selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996.(Akta 550) Penaksiran
mengikut Ronald L. Taylor ( 2000 ) merujuk kepada proses mengumpul
maklumat yang berkaitan untuk membantu individu membuat keputusan.
Menurut Raymond (2000) pula penaksiran digunakan sebagai alat membuat
klasifikasi bagi menentukan seseorang individu itu mempunyai keperluan khas
atau pun tidak. Manakala David Lambert & David Lines (2000) menyatakan
penaksiran adalah proses mengumpul, menterjemah, merekod dan
menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.
Sementara itu , Mc Cluhan ( 1994 ), mendefinisikan pentaksiran adalah satu
proses sistematik mengumpul data dan maklumat yang relevan bertujuan untuk
membuat keputusan, pembelajaran dan perundangan berkaitan dengan
peruntukan perkhidmatan khas.

Manakala Pierangelo, R. & Giuliani, G. (2006) pula menyatakan


penaksiran satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan
mengintepretasikan data untuk tujuan keputusan intervensi dan penempatan
pelajar-pelajar khas. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru
maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran.

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan


murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah
mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.
Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid
dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.
Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja,
portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data

66
tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid
berkenaan untuk penempatan. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan
untuk mengenalpasti kecerdasan, potensi murid bagi memperkukuhkan dan
mempertingkatkan perkembangan mereka serta membolehkan guru mengambil
tindakan susulan yang berkesan dalam mengembangkan potensi murid ke tahap
optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Pentaksiran merupakan proses penilaian dan pusat pengajaran dan


pembelajaran. Pentaksiran mengukur sejauh mana keberkesanan pengajaran
guru dan pembelajaran murid (Berry, 2003), JISC, 2007) dan didefinisikan
sebagai apa-apa cara yang digunakan untuk mengetahui pengetahuan sedia
ada murid (Dietel, Herman & Knuth, 1991). Pentaksiran merupakan sebahagian
dariapda proes pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan
untuk mengenlpasti kekuatan dan kelemahan murid, kemudian tindakan susulan
diambil oleh guru untuk mengembangkan potensi murid ke tahap yang
maksimum, (Pusat Perkembagnan Kurikulum, 1997). Mengikut Lembaga
Peperiksaan (2012) pentaksiran bermaksud; satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Pentaksiran juga adalah proses pengumpulan maklumat mengenai
perkembangan dan kemajuan murid melalui pelbagai kaedah meliputi; ujian
bertulis, pemerhatian dan lisan yang digunakan untuk membuat keputusan
tentang pengajaran guru dan pembelajaran murid (Bott dan Paul, 1996; Nitko,
2001; McMillan, 2001; Popham, 1995; Airasian, 2000; Bhasah, 2003).

Pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod,


dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan
(David Lambert dan David Lines, 2000). Manakala menurut Gearheart (1990),
pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik
tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan
apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.Selain
itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978),
penaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan
untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat
keputusan.Seterusnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah
memberikan maksud terhadap penaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,

67
memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang
murid bagi sesuatu tujuan tertentu.

Menurut Esah (2004), pentaksiran ialah satu proses mengumpul


maklumat dengan menggunakan sesuatu teknik dan alatan yang bersesuaian
untuk tujuan pertimbangan dalam membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan. Secara konsep, pentaksiran merupakan satu
episode dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu ujian. Dalam system pendidikan,
pentaksiran adalah untuk menilai secara formail kualiti sesuatu fenomena dalam
pendidikan. Pentaksiran berlaku terus menerus sepanjang hayat manusia, sama
seperti proses pembelajaran. Proses ini melibatkan proses pengumpulan,
penganalisaan dan penyatupadukan maklumat.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang


perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal
selaras dengan seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara
keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan
potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan
mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang
berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke
tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Istilah
“PENTAKSIRAN” adalah kerap kali disebut dalam sistem pendidikan. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud taksir ialah: mengira atau
menghitung banyaknya sesuatu. Menyangka, menelaah, menegak, mengira,
memberi penghargaan, menghargai, menilai, mengkaji dan meneliti.

Dalam artikel “penilaian vs pentaksiran” oleh Dr Jamil Adimin, beliau


memetik definisi David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment
Edisi Kedua tahun 2003 yang mendefinisikan bahawa pentaksiran ialah integrasi
proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai
kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interprestasi yang
dibuat ke atas maklumat. Pentaksiran adalah merupakan proses pengukuran
dan penilaian yang dibuat di dalam kelas. Yang mana pengukuran ialah proses

68
mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrument
sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran
berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus
markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding
kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh
didapati sama ada dengan menggunakan instrument ataupun tidak.

Abu Bakar (1986) mentakrifkan pentaksiran sebagai satu proses


meliputi penentuan objektif, pengutipan maklumat dan pembentukan
kesimpulan. Apabila proses ini berjalan dengan sistematik dan saintifik,
keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan dengan itu dapat memenuhi tujuan
keputusan itu dibuat. Pentaksiran juga boleh dijelaskan sebagai penglibatan
beberpa proses kecil seperti penentuan objektiif, pengumpulan maklumat yang
relevan, pemprosesan maklumat, pembentukan kesimpulan yang relevan dan
memenuhi tujuan penilaian.

Pentaksiran berkait rapat dengan kurikulum. Kurikulum merupakan


elemen utama dalam proses pendidikan. Finch dan Crunkilton (1999) telah
menjelaskan bahawa kurikulum bermaksud beberapa aktiviti pembelajaran dan
pengalaman yang diperlukan oleh pelajar di bawah kawalan institusi pendidikan
dan merangkumi dua kategori keperluan pendidikan secara lebih luas iaitu
pendidikan sepanjang hayat dan pendidikan untuk menyara kehidupan.

Menurut National Research Council 1996 National Academy Press Washington, D.C.
menjelaskan

“Assessment is the process of observing and measuring learning.


Assessments provide faculty with a better understanding of what
your students are learning and engage students more deeply in the
process of learning geoscience content. By using assessment
strategies that draw students into the assessment process it is more
likely that they learn more of the geoscience content that you want
them to learn while getting the added benefits of learning skills that
will be useful to them in the future”.

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin


yang membawa maksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan
respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Berdasarkan kepada
pendapat yang telah dikemukakan Houghton Mifflin (1978), pentaksiran boleh

69
didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal
pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.

Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses


pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat
yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan
ditempatkan dan cadangan penempatan. Seterusnya, menurut Lembaga
Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah
dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat
tentang pembelajaran seseorang pelajaritu bagi sesuatu tujuan tertentu.

Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan
boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar serta mengekalkan
kewibawaan institusi pentaksiran. Manakala menurut Mokhtar Ismail (1995),
pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang
memiliki sifat tertentu. .

Dalam sistem pendidikan, pentaksiran digunakan untuk menilai secara


formal kualiti sesuatu fenomena dalam pendidikan. Pentaksiran berlaku terus
menerus sepanjang hayat manusia, sama seperti proses pembelajaran.
Beberapa pengkaji seperti Black dan William (1998), Stiggins (1999) dan Arter
(2003) dalam laporan mereka mengesahkan bahawa faktor literasi pentaksiran
guru merupakan kriteria penting ke arah memperkaya pengalaman
pembelajaran seterusnya dalam mencapai pendidikan yang berkualiti.

Tuntasnya, pentaksiran dapat difahami sebagai sebarang kaedah yang


digunakan untuk menambahkan kefahaman tentang pengetahuan semasa yang
dimiliki oleh pelajar. Hal ini bermaksud pentaksiran merupakan suatu penilaian
subjektif pengajar berdasarkan suatu pemerhatian ke atas pencapaian pelajar.

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan,


kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil
pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen
penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis
maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang
dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PBS.Melalui aktiviti

70
penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi


penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi
kesemua aspek tersebut. PBS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan
kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat
membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke
semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan
memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak
terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan
memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam


proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil
pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Mengikut pakar dan
penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam
bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran
ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau
memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan
interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Pentaksiran ialah satu proses
mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan. Maklumat yang diperolehi menjadi bukti tentang
prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman ialah proses
pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Seterusnya produk yang
dihasilkan ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah
melalui proses pendidikan. Pentaksiran ialah satu sistem atau proses yang
meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan
tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.
Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan dan penyimpulan.

71
Secara kesimpulannya, penaksiran boleh merujuk kepada satu proses
yang sistematik dalam mengumpul data dan maklumat, menterjemah, merekod
dengan menggunakan alat dan teknik yang tertentu dalam membuat keputusan
berkaitan dengan matlamat dan objektif yang bersesuaian, strategi pengajaran
dan program penempatan serta sebagai satu alat untuk membuat klasifikasi bagi
menentukanseseorang individu itu berkeperluan khas atau sebaliknya.

Tujuan Pentaksiran

Pelaksanaan pentaksiran mempunyai beberapa tujuan. Pentaksiran bertujuan


untuk mendapatkan gambaran mengenai prestasi seseorang dalam pelajaran.
Ini bermakna pentaksiran dapat membantu para guru untuk melihat pencapaian
pelajar mereka dalam pelajaran. Ini dapat dilakukan melalui aktiviti-aktiviti yang
telah dirancang oleh pihak sekolah. Sebagai contoh yang paling ketara ialah
melalui peperiksaan.

Pentaksiran juga bertujuan bagi mengesan keberkesanan pengajaran


dan menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. Selain itu,
pentaksiran juga membantu guru dalam merancang aktiviti pengajaran mengikut
keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid serta mengesan
perkembangan murid secara menyeluruh.Tambahan lagi pentaksiran digunakan
bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari
masa ke semasa dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara
menyeluruh. Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan
seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu
proses pendidikan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam
sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dengan menjalankan aktiviti
pentaksiran ini secara berterusan.

Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk menilai aktiviti yang


dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini dapat
membantu guru melihat tahap keberkesanan aktiviti yang dijalankan ke atas
murid. Pentaksiran turut menyumbang maklumat secara berterusan mengenai
P&P seseorang guru tersebut. Melalui maklumat yang diperolehi, ianya dapat
membantu guru untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan kepada murid.

72
Tujuan seterusnya adalah untuk membantu guru merancang aktiviti P&P
yang lebih tersusun dan sistematik dan bersesuaian dengan keupayaan murid
tersebut. Pentaksiran juga membolehkan guru merancang dan melaksanakan
aktiviti tindakan susulan yang lebih berkesan. Ini dapat dilaksanakan setelah
tujuan yang dinyatakan sebelum ini mencapai objektifnya. Secara ringkasnya,
pentaksiran dilaksanakan untuk:

i. mengesan keberkesanan pengajaran.


ii. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
iii. merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan
pertumbuhan murid.
iv. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
v. mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari
masa ke semasa.
vi. mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh

Dalam konsep pentaksiran, terdapat tiga komponen penting iaitu


pengujian, penilaian dan pengukuran. Tiga istilah ini sering disilap taksir oleh
sesetengah individu. Ketiga-tiga istilah tersebut mempunyai perbezaannya yang
tersendiri dan tidak sepatutnya saling ditukar ganti. Para guru perlulah
memahami perbezaan diantara ketiga-tiga istilah tersebut.

Pengujian merupakan satu proses penyerahan satu set terpiawai soalan-


soalan yang perlu dijawab atau instrumen bagi mengukur satu sampel tingkah
laku atau perubahan sebahagian daripada semua tingkah laku seseorang
individu. Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan
secara sistematik. Pengujian boleh dilakukan untuk menilai tingkah laku
seseorang individu. Pengujian boleh dilakukan sebelum, semasa dan juga
selepas waktu P&P.

Ujian yang diberikan sebelum proses P&P bertujuan untuk mengumpul


maklumat tentang tahap pelajar mengetahui sesuatu pengetahuan tersebut. Ini
bertujuan untuk membanding beza hasil pelajaran pada hari tersebut. Ujian
secara lisan atau bertulis sering menjadi pilihan untuk diberikan oleh guru
kepada pelajar sewaktu P&P sedang berjalan. Ujian ini adalah bertujuan untuk
mengetahui kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar.

73
Pengukuran mengambarkan konsep yang lebih luas jika dibandingkan
dengan pengujian. Pengujian merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam
aspek pengukuran. Pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada
maklumat yang diberi iaitu pemberian angka kepada objek atau peristiwa
mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan.
Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili
maklumat yang diperolehi dengan ringkas dan mudah.

Pengukuran merupakan sesuatu ciri yang dapat dilaksanakan walaupun


tanpa pengujian. Penggunaan proses pencerapan atau penggunaan skala
pemeringkatan adalah contoh di mana maklumat boleh diperoleh dalam bentuk
kuantitatif (numerik) tanpa ujian. Seperti pengujian, pengukuran juga tidak
bersifat mutlak. Maklumat yang diperolehi haruslah sah dan terbukti benar
merupakan satu syarat yang amat penting dalam pengukuran.

Aspek ketiga iaitu penilaian. Penilaian telah didefinisikan dengan


pelbagai maksud. Terry D. TenBrink (1974:8) menyatakan bahawa penilaian
adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Stufflebeam et. al. (1971) menyatakan penilaian sebagai “the process of
delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision
alternatives”.

Penilaian merupakan satu proses untuk memperoleh maklumat


kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan
tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi
maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru
dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data
kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau
selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu
pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.

Objektif Pentaksiran

Pentaksiran bertujuan membantu guru dalam perkara berikut:

i. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh


ii. mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
iii. mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari

74
masa ke semasa.
iv. merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan
murid.
v. mengesan keberkesanan pengajaran.
vi. mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

Prinsip Pentaksiran

Terdapat lima prinsip bagi pentaksiran. Prinsip pertama ialah skor. Pentaksiran
memerlukan suatu alat atau secara tepat lagi bahan yang boleh dijadikan
panduan semasa melakukan proses pentaksiran. Skor biasanya diperolehi
daripada hasil dapatan ujian akedemik pelajar. Ujian akedemik tersebut boleh
terdiri daripada ujian lisan, amali mahupun ujian bertulis. Skor ini akan menjadi
asas terhadap pelaksanaan pentaksiran. Melalui skor ini, para pentaksir akan
mendapat hasil pentaksiran yang berlandaskan skor pelajar tesebut. Kelemahan
atau kelebihan pelajar dapat dikenalpasti melalui maklumat yang diperolehi
daripada skor tersebut.

Prinsip yang kedua ialah instrumen. Instrumen di sini membawa maksud


alat yang digunakan untuk membuat proses pentaksiran terhadap pelajar
tersebut. Instrumen ini dapat membantu guru dalam melaksanakan proses
pentaksiran dengan lebih tersusun lagi. Sebagai contoh, alat ini boleh terdiri
daripada borang soal selidik mahupun sebagainya.

Prinsip yang ketiga ialah kumpulan yang mentaksir. Jika di sekolah,


kebiasaannya kumpulan yang ditaksir ialah murid-murid yang bersekolah di
sekolah tersebut. Murid-murid ini akan ditaksir bagi mengetahui kelemahan dan
kekuatan mahupun pencapaian semasa mereka. Murid-murid amat penting
dalam proses pentaksiran kerana tanpa mereka , maka tiada bahan atau
sasaran yang ditaksir. Ini kerana hasil pentaksiran akan digunakan untuk
kebaikan pelajar juga.

Prinsip seterusnya ialah respon iaitu daripada kumpulan yang ditaksir.


Tindakbalas diperolehi daripada pelajar yang ditaksir. Tindakbalas yang
dimaksudkan boleh dikategorikan dari segi pencapaian. Ini kerana apabila hasil
pentaksiran diperolehi, para guru akan meneliti hasil tersebut dan seterusnya
akan membuat tindakan susulan daripada hasil tersebut. Perubahan dapat

75
dilihat dari segi pencapaian pelajar pada pentaksiran yang akan dilakukan
seterusnya.

Prinsip yang terakhir ialah kumpulan yang mentaksir. Bagi melaksanakan


proses pentaksiran memerlukan satu kumpulan yang dapat melakukan tugas
menjalankan proses pentaksiran ke atas kumpulan yang ditaksir. Kumpulan ini
amat penting dalam proses ini, kerana tanpa kumpulan ini, proses pentaksiran
tidak akan dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Perancangan Pentaksiran

Perancangan

Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan Malaysia,


Jabatan Pendidikan Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik.

Penataran

Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar program


PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir
sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang
pelaksanaan PBS.

Pelaksanaan Pentaksiran

Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS
mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam buku Format Pentaksiran

Penyelarasan

Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS


dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman
peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.

Pemantauan

Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan


program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Pengesanan

Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif,
kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program itu.

76
Pentaksiran yang diterangkan di atas merupakan gambaran umum
sistem pentaksiran yang digunakan di sekolah, merangkumi sejarah pentaksiran,
objektif, tujuan dan perancangan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.
Seterusnya, kami akan mengkhususkan perbincangan kami kepada pentaksiran
konsep rohani dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia.

PELAKSANAAN PENILAIAN:
Silibus
JPU
Pembinaan instrument
Membina skema
Mentadbir penilaian
Analisis item
(Gronland (1990), Mohd. Najib (1997)

ANALISIS ITEM: PRINSIP PEMBINAAN


UJIAN:
Indek kesukaran Kesahan
Aras kesukaran Kebolehpercayaan
Indeks dikriminasi Keobjektifan
Penilaian item Kebolehtadibiran
(…rhof 1994, Ebel 1991) PENTAKSIRAN (Mok Soon Sang,2002)
PENGAJARAN
UJIAN BILIK DARJAH: DAN ARAS TEKSONOMI BLOOM
Ujian penempatan PEMBELAJARAN Pengetahuan
Ujian Formatif Kefahaman
Ujian sumatif Aplikasi
Ujian diagnostik Analisis
(…. 1997) Sintesis
Penilaian
(Bloom, )

BENTUK ITEM: KAEDAH PEMARKAHAN:


Objektif Analitik
Subjektif Holistik
(Bhasah, 2003) (Gronlund, 1990)

Rajah 3 : Kerangka teori pentaksiran pengajaran dan pembelajaran

77
Hubungan Pentaksiran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Standard Kurikulum Standard Prestasi

Matlamat Pernyataan standard


Objektif Deskriptor
Standard kandungan Pentaksiran Evidens
Standard pembelajaran

Apa yang patut dipelajari oleh murid Apa yang dilaporkan tentang
pencapaian murid

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)

SPPK iaitu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan yang bersifat :

1. Holistik

78
PENTAKSIRAN = PENGUKURAN + PENILAIAN

PEPERIKSAAN
BERPUSAT

2. Rujukan Standard

Apa yang ditaksirkan oleh pensyarah iaitu tugasan dan pencapaian pelajar akan
dirujukkan kepada standard yang jelas dan nyata serta difahami oleh semua. Standard
merupakan suatu penyataan kriteria umum yang menunjukkan tahap yang perlu
dikuasai oleh para pelajar.

79
3. Fleksibel

Bentuk dan pentadbiran boleh disesuaikan dengan keupayaan individu yang ditaksir,
iaitu dengan prinsip taksir iaitu apabila bersedia pensyarah perlu merekodkan dan
melaporkan apa yang sepatutnya dengan cara yang adil. Pentaksiran boleh dibuat
sama ada dalam bentuk kertas dan pensil, menggunakan komputer ataupun melalui
talian.

4. Seimbang

Keseimbangan diperoleh dengan mengambil kira skor daripada dua mod pentaksiran.
Lebih daripada satu sumber skor digunakan dalam memberikan gambaran
keseluruhan tentang murid:

i. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

ii. Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP)

Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian
sumatif :

Penilaian formatif

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang
sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu, guru dapat
mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid
dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Penilaian sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid
dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

Secara umumnya, pentaksiran boleh difahami sebagai kaedah yang digunakan


untuk menambah kefahaman tentang pengetahuan semasa yang dimiliki oleh
pelajar. Hal ini bermaksud pentaksiran merupakan suatu penilaian subjektif
pensyarah berdasarkan satu pemerhatian ke atas pencapaian pelajar.

80
Sistem Pentaksiran Yang Ada Sekarang Di Seluruh Dunia

Negara Bentuk Pentaksiran Berasakan Sekolah


Finland Sepenuhnya pentaksiran sekolah di bawah kawalan daerah
New Zealand PBS rendah dan menengah rendah, rujukan standart,
pemantauanpencapaian berasaskan sampel, tiada
peperiksaan pusat sebelum 15 tahun
UK Sistem Key-Stage, tiada peperiksaan pusat sebelum 15 tahun.
Finland Sepenuhnya pentaksiran sekolah di bawah kawalan daerah
Australia Gabungan pentaksiran sekolah, rujukan standard dan pusat
(NAPLAN)
Hong Kong PBS diambil kira dalam peperiksaan pusat. PBS yang lebih
luas 2012

Pentaksiran sekolah adalah komponen utama dalam proses P&P kerana ia


berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran serta
mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau
dicapai dalam satu-satu proses P&P. Pentaksiran sekolah dilaksanakan oleh
guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan,
pembinaan item dan instrument pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau
penskoran, perekodan dan pelaporan. Pentaksiran sekolah amat penting untuk
menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan
insan yang harmoni dan seimbang. Ianya juga merupakan aktiviti yang
berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas
daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap
murid ke tahap maksimum. Pentaksiran sekolah mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian


pengetahuan dan
kemahiran serta pengamalan nilai murni.
2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan pengajaran dan
pembelajaran.
3. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan
kesediaan murid.
4. Merujuk standart prestasi yang dibina berdasarkan standart kurikulum.

Pentaksiran sekolah boleh dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu secara


pentaksiran formatif yang mana ia dijalankan seiring dengan proses P&P
ataupun pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran,
semester atau tahun.

81
Penilaian Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar


seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan
Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat
keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan
pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan
berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan
pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai
satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan
pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal


pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat
berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian
biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan
menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam
bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran
pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti
adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel,
seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan
maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal,
pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif
dan tidak kukuh.

Terdapat beberapa jenis ujian iaitu yang pertamanya ialah ujian


formatif. Ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar
dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ia juga merupakan
bahan atau alat yang dibina oleh pengajar untuk menguji sesuatu unit kemahiran
atau sub kemahiran yang telah diajar. Ujian jenis ini merupakan jenis ujian yang
berasaskan kemahiran (yang diajar dalam jangka masa pendek). Contoh ujian
jenis ini adalah seperti kuiz-kuiz pendek yang diadakan di akhir setiap topik
pengajaran. Rujuk instrumen ujian jenis ini pada Lampiran 1.

82
Kedua ialah ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan
pelajar dalam keseluruhan pembelajaran. Ujian sumatif merupakan bahan atau
alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa
kemahiran yang telah diajar dalam jangkamasa panjang (selepas satu-satu
semester/ selepas satu tahun). Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir
pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan
penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian
sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar
daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran dan pembelajaran. Contoh
instrumen yang digunakan di IPTA bagi ujian jenis ini boleh dilihat di ruangan
Lampiran 2

Penilaian juga dapat dilakukan melalui pemerhatian, penilaian melalui


pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu
bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa
sebenar. Ianya merupakan satu alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir
aspek afektif dan psikomotor pelajar. Tujuan utamanya adalah untuk
membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar,
termasuklah proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang
dihadapi sepanjang proses tersebut.

Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses


dan prosedur pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian
berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya
tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi
secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan
dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara
yang perlu dilakukan. Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka
masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu pendidik dalam
mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P dimana ia meliputi
aspek kognitif , afektif dan psikomotor. Selain itu juga, boleh menggunakan
senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profil. Pemerhatian berlaku antara
pendidik, dan antara pelajar dengan pelajar dan pemerhatian juga dibuat oleh
pendidik terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan
dan pelbagai situasi persekitaran. Antara perkara yang perlu diambil semasa
dibuat pemerhatian ialah kualiti pemerhatian, bentuk perancangan, merekod

83
penilaian pemerhatian, jenis pemerhatian, strategi pelaksanaan dan akhir
sekali fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Pertamanya ialah kualiti pemerhatian; seorang pendidik mestilah


berpengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan
persekitarannya. Pendidik juga perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan
dengan bahan serta yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang
diambil. Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil
terhadap sesuatu perkara serta tekad dan stabil dalam penilaiannya. Kemudian,
perancangan hendaklah dibentuk dengan sebaiknya seperti menyediakan alat
yang relevan dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya, menentukan teknik
menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor dan merangka tindakan susulan
yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada
pemerhatian. Ketiga pula ialah merekod penilaian pemerhatian. Rekod
pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari
segi pendekatan, yang pertamanya kaedah individu atau berkumpulan sebagai
contoh semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau
pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas. Kedua
ialah menjalankan tugasan seperti cara individu mengendalikan tugasannya dan
setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat. Ketiga cara merekodkan
dapatan dan rumusan seperti dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut
urutan yang betul dan akhir sekali tindakan susulan dimana rekod pemerhatian
hendaklah juga menjelaskan tindakan susulan hasil yang akan dicapai.

Seterusnya ialah rekod anekdot. Rekod anekdot boleh digunakan untuk


menilai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti
kecekapan linguistik (bidang bahasa), kecekapan muzik, kecekapan (body
khanisthetic), kecekapan intrapersonal dan akhir sekali kecekapan interpersonal.
Pertama kecekapan linguistik merupakan keupayaan menggunakan bahasa
untuk memperoleh sesuatu, untuk menambat hati, menyakinkan dan
merangsang. Kedua ialah melihat kecekapan dalam bidang-bidang
tertentu seperti keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka
corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara
terkawal dan terancang. Ketiga iaitu muzik, keupayaan mencipta muzik dan
mengubah lagu. Kecekapan (body khanisthetic) iaitu berkemahiran sukan, seni
lakon, seni tari atau seni lukis. Selain daripada itu juga kecekapan
intrapersonal adalah antara salah satu elemen penting dalam penilaian melalui

84
pemerhatian yang membawa maksud keupayaan memahami perasaan dan
emosi diri dan juga kecekapan interpersonal iaitu keupayaan memahami dan
bergaul dengan orang lain.

Terdapat pelbagai jenis pemerhatian dan setiap jenis mempunyai tujuan


dan aspek tersendiri yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu memerhati
sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan
(judgement). Pertama, melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk
penilaian semasa. Keduanya ialah memerhati apa-apa yang telah dirancang dan
secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan dan
terakhir ialah memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian
dalam bentuk berterusan. Seterusnya ialah strategi pelaksanaan. Strategi ini
telah disusun secara berperingkat-peringkat. Pertamanya ialah pelaksanaan
dilakukan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti dan
dirancang. Setiap pemerhatian yang dilakukan haruslah menggunakan senarai
semak. Mengambil tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dan jangka
masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan. Menerima
maklum balas daripada pendidik dan pelajar serta refleksi tentang pengalaman
bahan dikategorikan sebagai pemerhatian. Akhir sekali ialah fungsi kaedah
pemerhatian. Pendidik berpeluang memerhati perkembangan psikomotor,
kognitif dan objektif pelajar. Selain daripada itu juga, penilaian kendiri terhadap
keberkesanan P&P sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan
pendidik dapat dibuat.

Seterusnya kaedah penilaian melalui kontrak pembelajaran. Dalam


usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak
untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu
akan dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu dan juga corak penilaian
tugasan yang ditetapkan sendiri oleh individu berkenaan. Antara kaedah yang
paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.
Kontrak Pembelajaran atau dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran
merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara pendidik
dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan,
secara bertulis. Persetujuan ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan
dengan penghasilan tugasan yang berkenaan, iaitu bentuk akhir tugasan yang
dihasilkan, bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan samaada dilakukan secara
secara individu atau berkumpulan. Input yang diharapkan daripada setiap
individu yang terlibat, tempoh masa dan bila tugasan itu perlu disiapkan juga

85
hendaklah dikenalpasti. Akhir sekali, konsekuen yang akan diterima oleh pihak
yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut. Misalnya, penolakan jumlah
markah tertentu akan dibuat sekiranya didapati ada individu di dalam sesuatu
kumpulan enggan memberi kerjasama kepada kumpulannya.

Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah


bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang disenaraikan. Biasanya
terdapat kompromi dalam kriteria di atas. Kriteria ini ditetapkan agar tahap
pencapaian yang diharapkan tidak terjejas. Fungsi kontrak pembelajaran amat
penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri
untuk membolehkan pelajar mengenal pasti dan merekod, menetapkan objektif
dan matlamat pembelajaran kendiri, mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan
diambil untuk mencapai matlamat tersebut, menetapkan jangka masa
pelaksanaan dan penghasilannya, mempamerkan bukti yang menunjukkan
bahawa objektif telah tercapai, menentukan bagaimana dan pada tahap mana
pencapaian matlamat pembelajaran/tugasan akan dinilai. Selain daripada itu
juga, menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan
keupayaan sendiri dan menghasilkan kerja yang terancang. Akhir sekali
membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan tetapi juga pada sepanjang
proses kerjanya iaitu dari awal hingga ke hasil terakhir.

Kontrak ini boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut tahap


penglibatan pelajar dalam menentukan objektif, kaedah, dan penilaian tugasan
yang berkenaan. Antara cara-cara penggunaan kontrak pembelajaran ialah
dengan adanya penilaian objektif tugasan. Objektif ditentukan oleh pendidik
sementara pelajar menetapkan strategi perlaksanaannya, atau pelajar boleh
memilih pilihan objektif yang bersesuaian, atau pelajar merangka beberapa
objektif, dan kemudiannya akan dipersetujui. Keduanya ialah hasil
pembelajaran, pelajar yang berkenaan bertanggungjawab terhadap strategi
pembelajaran dalam membentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio,
laporan kajian, rencana dan sebagainya. Selain daripada itu juga, jenis atau
bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru/pendidik.
Ketiga ialah penilaian, dalam kontraknya, pelajar menyatakan gred akademik
yang diharapkan, dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses
pelaksanaan tugasan yang berkenaan atau sistem penggredan dan kaedah
penilaian keseluruhan proses dan hasilan tugasan ditentukan oleh pendidik
atau gred terakhir boleh dibincangkan, dan kompromi di antara pendidik dan

86
pelajar tersebut. Berdasarkan syarat-syarat atau kriteria tertentu, penilaian
dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya. Pendidik hanya memantau
penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Pendidik
juga memberi kata putus terhadap gred akhirnya mendapat persetujuan ketiga-
tiga pihak yang terbabit, atau ditetapkan sahaja.

Akhir sekali ialah format atau bentuk, keperluan tugasan/kontrak


pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan
kursus/tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah kursus/tugasan/projek
memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan
jelas dan rapi (selepas dipersetujui bersama oleh semua pihak yang terlibat
dalam penghasilan dan penilaiannya). Sebaliknya, kontrak pembelajaran juga
boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas. Seperkara lagi,
dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar,
sementara penggredan perlu dikawal oleh pendidik agar kesahannya tidak
terjejas. Selain itu, bagi setiap kontrak pembelajaran, senarai semak bagi butiran
yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu juga
dilampirkan. Senarai semak ini mesti disusun bersama penghasilan dan
penilaian tugasan, ataupun ditetapkan dan dibentangkan kepada pelajar semasa
membuat ‘negotiation’ sebelum mematrikan kontrak tersebut. Format senarai
semak boleh dibuat mengikut keperluan kursus, tugasan dan persetujuan
bersama oleh kesemua pihak yang terlibat. Akhir sekali, untuk membuat kontrak
pembelajaran, terlebih dahulu peserta akan menentukan matlamat yang akan
dicapainya pada akhir kerja atau tugasan yang berkenaan. Kemudian dia akan
memastikan pula kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil
olehnya pada tahap tertentu dalam proses menyempurnakan
tugasan/projek/kerja tersebut. Kesemua rancangan ini akan dirakamkan di
dalam bentuk kontrak pembelajaran yang ditandatangani sendiri. Kontrak ini
kemudian akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang
objektif/tujuan kerjanya, tahap kerja yang telah disempurnakan di samping
memberi maklumat tentang apa yang perlu dibuatnya.

Keempat ialah penilaian melalui ujian atau soal jawab. Penilaian


seharusnya memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensinya
secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara
yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil
kira keperluan dan kemampuan individu, serta kepelbagaian cara supaya

87
pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya,
boleh mengambil ujian yang sama. Penilaian memerlukan bukti dan maklumat
secara kuantitatif dan kualitatif sebelum satu pertimbangan mengenai
perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat yang bersifat
kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperoleh melalui pelbagai ujian manakala
maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperoleh melalui
kaedah bukan ujian seperti pemerhatian, portfolio, projek dan sebagainya.

Seterusnya ialah perancangan ujian, aspek-aspek yang perlu


dipertimbangkan semasa menyediakan ujian termasuk unsur-unsur motivasi,
refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan tekanan,
menimbulkan kesediaan, dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan
seterusnya. Sebelum mentadbirkan ujian, perancangan perlu diambil kira supaya
ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur. Strategi berikut boleh
dijadikan panduan semasa merancang ujian jenis objektif. Sebagai contoh,
langkah 1 dengan mengetahui tujuan ujian. Mendiagnos kekuatan dan
kelemahan seseorang pelajar kemudian menilai kemahiran prasyarat dan
menilai tahap penguasaan ilmu dan merancang program pemulihan dan
pengayaan. Manakala langkah 2 mengenai bidang yang dinilai iaitu aspek
kognitif, afektif dan psikomotor.

Kelima ialah penilaian melalui projek, penilaian cara ini berupa aktiviti-
aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara
pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar( Wiggins, 1989). Terdapat
beberapa ciri-ciri penilaian projek yang dapat dikenalpasti sebagai contoh projek
atau tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik). Selain
daripada itu juga penilaian melalui projek menggunakan jangka panjang untuk
menyiapkannya dan dapat menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar
bukan semata-mata pada teori tetapi dipraktikkan juga. Pelajar dibenarkan untuk
membina penyelesaian alternatif. Tiada didapati satu jawapan yang benar.
Selain dari apa yang dinyatakan pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif
dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan
menanamkan sikap koperatif dalam kalangan pelajar. Dalam menjayakan
penilaian melalui projek dapat kita lihat dimana pelajar boleh menjalankan
tugasan secara individu atau berpasukan, sintesis pengetahuan yang dikumpul
dan menilai pembelajaran dan guru juga berpeluang menilai pelajar dalam

88
pelbagai aspek seperti kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan
dan kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.

Penilaian melalui projek juga dapat memberi peluang kepada pelajar


menunjukkan kebolehan mengkaji atau membentukkan sesuatu perkara dan
pelajar sendiri melaksana dan menghasilkan sesuatu. Selain daripada itu juga
pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah yang
mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti
yang dijalankan bermakna dan berilmiah.

Antara jenis-jenis penilaian projek ialah latihan dan soalan ‘open-ended’


untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis ( main peranan). Selain
daripada itu Extended tasks assignment iaitu menulis puisi, melaksana dan
menerangkan keputusan ujikaji, membina model. Selain daripada apa yang
dinyatakan, portfolio juga merupakan salah satu jenis penilaian yang membawa
maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir sekali tugasan prestasi
sebagai contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

Kaedah penilaian yang terakhir ialah penilaian melalui kertas kerja


merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk
dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu
bengkel atau seminar (Abd Rahman Abd Rashid,1996). Kertas kerja juga
dibentangkan untuk urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan
penyelidikan sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Menurut kamus
dewan edisi keempat pula kertas kerja membawa maksud markalah bertulis
yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan
tertentu.

Diantara ciri-ciri kertas kerja ialah hendaklah memenuhi tema dan objektif
program dan kertas kerja tersebut belum pernah dibentangkan atau diterbitkan.
Selain daripada itu, panjang setiap kertas kerja tidak melebihi 4000 patah
perkataan dan setiap muka surat kertas kerja hendaklah diberi nombor. Muka
surat pertama kertas kerja hendaklah mengandungi nama penulis dan
keterangan-keterangan lain mengenai penulis. Selain dari apa yang dinyatakan,
setiap akronim hendaklah ditulis sepenuhnya pada pengenalan pertama dan
jangan menggunakan singkatan dalam penulisan. Serta setiap jadual atau rajah
hendaklah diberi tajuk.

89
Pentaksiran Di Insititusi Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia

Pentaksiran berkait rapat dengan kurikulum iaitu elemen utama dalam proses
pendidikan. Finch dan Crunkilton (1999) telah menjelaskan bahawa kurikulum
sebagai aktiviti pembelajaran dan pengalaman yang diperlukan oleh pelajar di
bawah kawalan institusi pendidikan dan merangkumi dua kategori keperluan
pendidikan secara lebih luas iaitu pendidikan sepanjang hayat dan pendidikan
untuk menyara kehidupan.

Di institusi pengajian tinggi awam Malaysia, pentaksiran dijalankan


kepada para pelajar dalam tempoh kuliah iaitu selama 14 minggu bagi setiap
semester, diikuti dengan seminggu untuk cuti belajar dan peperiksaan akhir
semester. Dalam jangka masa itu, pelajar juga harus bersedia dengan segala
tugasan yang akan diberi sama ada ianya berbentuk bertulis, pembentangan
dan seminar, di samping kuiz bertulis dan peperiksaan pertengahan semester
yang dijalankan secara tidak rasmi iaitu di luar jadual peperiksaan terselaras.

Bagi semester pertama, lazimnya pelajar tidak mempunyai banyak


pilihan, selain harus akur dengan senarai kursus yang ditetapkan oleh fakulti dan
penasihat akademik masing-masing (ditentukan oleh pihak universiti). Maka,
perkara yang paling kritikal dan segera ialah membuat perancangan
pembelajaran yang cekap dan berciri impak tinggi. Sebaik sahaja mendapat
senarai bahan rujukan, pelajar perlu bersegera ke perpustakaan, khususnya
bahagian tanda merah (red spot) yang mengizinkan pinjaman bahan dalam
tempoh satu atau dua jam untuk urusan fotokopiPeperiksaan akhir semester di
peringkat pengajian tinggi awam kebiasaannya hanya mewakili 40 hingga 60
peratus markah keseluruhan, manakala yang selebihnya merupakan markah
pentaksiran yang dijalankan secara berterusan semasa sesi kuliah dan tutorial
dijalankan.

90
Proses Pentaksiran Di Institusi Tinggi Awam

Perkara Yang Ditaksir

Dalam proses pentaksiran, elemen utama yang akan ditaksir ialah pengetahuan,
kefahaman, kemahiran pelajar serta nilai yang menjurus kepada :

i. Profil (Profile),

ii. Penyertaan (involvement),

iii. Perkembangan (development),

iv. Pencapaian (achievement)

Kaedah Mentaksir

Pentaksiran merangkaikan lima kaedah pentaksiran yang terdiri daripada :

i. Pentaksiran Sekolah

91
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh guru
yang melibatkan pelajar, ibu bapa dan organisasi luar. Ianya dilaksanakan dalam
bentuk formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan
pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir tahun.

ii. Pentaksiran Pusat

Mempunyai piawaian (standard), panduan dan peraturan, instrumen dan kaedah


menganalisis data yang disediakan oleh pusat manakala pihak berkenaan akan
mentadbir, memeriksa respons pelajar dan menyediakan laporan.

iii. Peperiksaan Pusat

Peperiksaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh LPM. Perkara yang ditaksir


adalah berkaitan dan memenuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan. Prestasi
pelajar dalam peperiksaan pusat akan dilaporkan dalam sijil yang dianugerahkan
oleh LPM dengan mengambilkira prestasi pelajar.

iv. Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum

Mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan pelajar dalam


aktiviti jasmani, kokurikulum dan ekstra kurikulum. Instrumen dan
panduanpentaksiran akan disediakan oleh LPM bersama organisasi yang
berkenaan dengan bidang kepakaran mereka.

v. Pentaksiran Psikometrik

Digunakan untuk mentaksir trait psikologi (semula jadi) murid yang berhubungan
dengan pembelajaran mereka. Instrumen, cara menganalisis dan mentafsir data
akan dibina oleh LPM dan pentadbirannya dilaksana oleh sama ada LPM atau
sekolah bagi tujuan yang dimaksudkan.

Siapa Mentaksir

Petaksiran terhadap pelajar biasanya akan ditaksir oleh pensyarah atau guru,
ibu bapa, pemeriksa / pentaksir luar, agensi luar, rakan sepembelajaran sendiri
dan mesin.

Apa Yang Dilapor

Prestasi pelajar akan dilaporkan dari segi :

92
Potensi : Potensi adalah menemukan perubahan dan kecenderungan
seseorang dalam menggunakan media pada proses tertentu untuk mencapai
tujuan tertentu (djohani, 1996:78). Potensi adalah sebagai sesuatu yang mesti
dikenali dan diwujudkan. Potensi yang tidak ditampakkan tidak akan mampu
menciptakan reputasi, potensi yang tersembunyi apabila diusahakan untuk
ditampakkan akan menjadi kekuatan dan kelebihan. Manusia bisa menciptakan
masa depan yang gemilang dengan karya dan segenap kekuatan yang
terpendam di masa kini.

Akademik : Akademik merupakan pencapaian pada tahap tertentu yang


diperoleh oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta
kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses
pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu berkenaan dengan
aspek pendidikan, kelayakan dan sosialisasi.

Sosial : Perihal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan pelajar dengan


rakan-rakan yang lain atau kemampuan membina hubungan yang baik, dan
aktiviti masa lapang pelajar.

Sahsiah : Sahsiah adalah merupakan semua tingkah laku yang tetap iaitu yang
pasti pada seseorang individu, namun ianya berlainan dengan orang lain. Setiap
tingkah laku mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat dilihat dan
dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.

Kebudayaan : Kamus Dewan menjelaskan kebudayaan sebagai pengetahuan,


keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan
berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau
kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi).

Kesesuaian Instrumen Pentaksiran Dalam Sistem Peperiksaan

Ciri-ciri penting bagi sesuatu ujian yang bermutu tinggi ialah kesahan,
kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran (Mok
Soon Sang, 2002). Kesahan bermaksud benar dan tepat (Mok Soon Sang,
2002). Kesahan juga merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian memenuhi
objektif pengujian dan dapat mengukur tahap pengetahuan pelajar.

93
Kriteria kedua bagi ujian yang bermutu tinggi ialah kebolehpercayaan,
Mc Millan (1997) menterjemahkan kebolehpercayaan ujian sebagai merujuk
kepada ketekalan sesuatu ujian. Manakala Airasian (1997) pula menyatakan,
kebolehpercayaan Sesutu ujian merujuk kepada pencapaian calon yang tekal.
Ciri kebolehpercayaan dapat ditentukan dengan memberikan ujian yang sama
kepada sekumpulan pelajr sebanyak dua kali atau lebih dlaam jarak masa
seminggu. Namun begitu keraguan terhadap tahap kebolehpercayaan akan
wujud apabila pelajar-pelajar yang mengambil ujian dalam dua tempoh yang
berlaianan akan dipengaruhi oleh factor emosi, tempat ujian, suasana
persekitaran, kesihatan dan sebagainya. Perbexzaan factor-faktor ini boleh
mempengaruhi calon memberikan jawapan yang berlaiann dalam kedua-dua
situasi yang berbeza.

Menurutr Mook Soon Sang(2002), untuk mengekalkan kesesuaian


instrument pentaksiran dalam system peperiksaan, terdapat lima langkah yang
perlu dilaksanakan iaitu menentukan tujuan ujian, menentukan isi kandungan
ujian, membentuk JPU, menulis item dan menyemak item. Dengan penghasilan
skor yang sah dan boleh dipercayai, kesesuaian instrument pentaksiran dalam
system peperiksaan akan tercapai dan boleh dihunakan.

Gredler (1997) menyatakan terdapat banyak pilihan pentaksiran.


Pentaksiran ini bermula dari pemerhatian sebenar melalui stimulasi dengan
pemerhati dan stimulasi dengan soalan bertulis untuk menguji soalan yang
ditanya mengenai pengetahuan. Jenis-jenis pentaksiran adalah seperti ujian
kertas dan pensil, ujian objektif, ujian tidak terhad, ujian lisan, pentaksiran
persembahan, pentaksiran produk dan portfolio.

Spesifikasi ialah adalah alat untuk mengawal ujian dari segi idea dan
kandungan (Airasian, 1997). Penting bagi pengawal ujian mamastiakn
kandungan ujian adalah seakan-akan atau sama dengan standard kandungan
ujian tahun-tahun sebelum ini. Ini adlah untuk memastikan pelajar-pelajar
mempunyai keupayaan yang sama untuk menduduki ujian yang berlainan pada
masa yang berlainan dan sepatutnya dapat memperoleh skor yang sama.

94
Keupayaan Pensyarah Membina Instrumen Pentaksiran

Menurut Gronlund (1990) terdapat empat langkah penting dalam pembinaan


ujian yang berkualiti iaitu menentukan tujuan ujian, membina jadual spesifikasi,
memilih jenis butiran yang sesuai dan membuat pertimbangan dalam
menyediakan butiran yang relevan. Nitko (2004) juga bersependapat dengan
menyatakan bahawa pensyarah seharusnya menetapkan tujuan sesuatu ujian
itu dilaksanakan sebelum memikirkan tahap kesulkaran, panjang solan, bilangan
soalan dan masa yang diperuntukkan. Mokhtar (1995) berpendapat bahawa
tujuan ujian mengandungi pelbagai variasi. Dua tujuan utama ujian ialah
membantu pensyarah mengumpulkan maklumat dan membujat keputusan
terhadap para pelajarnya. Maklumat yang dikumpulkan adalah berkenaan
penilaian prestasi pelajar dan keputusan yang dimaksudkan pula merangkumi
keputusan untuk mengasingkan pelajar mengikut prestasi, menempatkan
peljaaar kepada jenis program yang sesuai, serta mengenai pemulihan dan
diagnostic.

Setelah tujuan ujian ditetapkan, pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian


dan dikenali sebagai Jadual Penentu Ujian. JPU merupakan satu senarai
objektif-objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji. Jadual ini
menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan
panduan bagi mendapatkan sesuatu sampel item. Menurut Airaian (1997)
mengenasi taksonomi Bloom, terdapat enam aras tingkah laku yang telah
ditetapkan oleh Bloom yang merangkumi aras pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintetsis dan penilaian.

Langkah terakhir dalam membina instrument pentaksiran yang


berkualiti menurut Gronlund (1990) adlah membuat pertimbangan dalam
menyediakan butiran yang relevan.Antara perkara penting yang harus diberikan
penekanan semasa mebuat pertimbangan dalam menyediakan butiran adalah
seperti komposisi butiran, jenis butiran, panjang butiran, masa ujian, paras
kesukaran ujian, factor penggangu luaran dan strategi memudahkan tugas
membina ujian.

Bagi Nitko (2004), terdapat tiga prinsip asas semasa menyediakan


butiran iaitu butiran ujian perlu mengikut objektif pendidikan yang penting sahaja
(dari segi isi dan tingkah laku), butiran ujian mengandungi tingkah laku yang
ingin diperhatikan dan butiran ujian tidak menghalang atau melindungi prestasi
tingkah laku yang dikehendaki. Setiap tahap taksonomi pula dikategorikan

95
kepada aras sukar, sederhana dan rendah. Perbincangan aras kesukaran ujian
boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu konteks ujian rujukan norma dan
ujian rujukan kriteria.

Selain penentuan aras kesukaran item, masa juga perlu diambil


perhatian oleh pembinaan ujian.Mokhtar (1995) menyatakan bahawa semasa
membuat pertimbangan masa, factor-faktor yang perlu diberikan penekanan
ialah dari segi tujuan pengujian, jenis butiran yang digunakan, aras kesukaran
item, umur calon dan bilangan pengiraan yang diperlukan. Ini penting bagi
memberikan peluang kepada pelajar untuk menyiapkan jawapan berepandukan
masa yang ditetapkan.

Sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk


mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan kearah membangunakan
potensi pelajar secara holsitik supaya dapat menghasilkan individu yang
mempunyai intelek, rohani, emosi dan fizikal yang seimbang dan harmoni,
berdasarkan kepercayaan dalam ketaatan dan kepatuhan kepada Tuhan
disamping mengurangkan penekanan terhadap pembelajaran berorientasikan
peperiksaan serta untuk mentaksir pertumbuhan dan perkembangan
pembelajaran pelajar.

Proses pentaksiran pembelajaran boleh dibuat secara manual oleh guru


atau pensyarah di bilik kuliah, juga boleh dilaksanakan melalui perisian
komputer. Terdapat banyak aspek dalam pentaksiran pembelajaran pelajar yang
boleh dinilai seperti: projek komuniti, peperiksaan, pembentangan individu atau
kumpulan, pencapaian dalam kelas, kerja lab, perkuliahan, tugasan kursus,
tugasan individu, demonstrasi, dan sebagainya. Program Pentaksiran JERI
(Jasmani, Emosi, Rohani dan Inteleks) ini boleh digunakan kepada semua
peringkat pendidikan dan pengajian dari sekolah rendah, menengah, kolej
sehingga pendidikan tinggi.

Penaksiran merupakan sebahagian proses utama P&P bagi setiap


mata pelajaran. Penaksiran bertujuan utnuk mengetahui keberkesanan
pengajaran, penerapan LO yang dicapai di samping member maklumatkepada
pelajar tentang tahap prestasi mereka. Kebergantungan kepada penilaian
sumatif merupakan amalan di kebanyakan IPT dengan member pemberatan
peratusan yang besar penaksiran kepada peperiksaan akhir semester. Namun,

96
kaedah ini kurang mampu menaksir dan menambahbaik pencapaian pelajar
dalam domain pembelajaran dengan berkesan.

Pelajar mempunyai pelbagai latar belakang dan memiliki gaya


pembelajaran yang berbeza. Untuk mengoptimumkan faedah penaksiran (jenis
penilaian) yang dibuat, kepelbagaian cara pentaksiran (proses) di perlukan untuk
memenuhi semua aspek LO yang perlu dinilai. Penerimagunaan pelbagai
kaedah penaksiran juga dapat membantu usaha menentukan strategi
penyampaian yang paling berkesan di samping mengubah suai kaedah
pengajaran yang diamalkan. Denagn cara ini, penaksiran boleh digunakan untuk
menambah baik aktiviti P&P dalam bilik kuliah, merancang kurikulum dan
kebolehan mengajar.

Untuk melaksanakan penaksiran yang menyeluruh, kaedah penaksiran


perlu lebih komprehensif dan hendaklah berdasarkan LO. Sebelum menentukan
kadah penaksiran, nilai atau kebolehan yang ingin dilihat daripada pelajar
tersebut perlu dikenal pasti.

Pentaksiran di IPTA adalah berdasarkan kepada Kerangka Kelayakan


Malaysia (KKM) yang dikeluarkan oleh Malaysian Qualitification Agensi (MQA).
KKM merupakan huraian sistem pendidikan kebangsaan, yang difahami
peringkat antarabangsa yang menjelaskan semua kelayakan dan pencapaian
akademik dalam pendidikan tinggi (pasca sekolah) dan menghubungkan
kelayakan ini secara bermakna.

KKM merupakan instrumen yang membangun dan megklasifikasikan


kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui di peringkat
kebangsaan dan ditanda aras dengan amalan antarabangsa dan menjelaskan
tahap pembelajaran, hasil pembelajaran dan sistem kredit yang berasaskan
beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini diterima dan digunapakai bagi semua
kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi. KKM telah
mengintegrasi dan menghubungkan semua kelayakan negara.

KKM juga menyediakan laluan pendidikan yang menghubungkan


kelayakan-kelayakan secara sitematik. Ini membolehkan individu memajukan diri
dalam pendidikan tinggi melalui pemindahan kredit dan pengiktirafan
pembelajaran terkumpul yang diperoleh daripada pembelajaran formal dan
informal tanpa mengira masa dan tempat dalam konteks pembelajaran

97
sepanjang hayat. Bagi menjamin kualiti graduan, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPT) telah meletakkan kriteria dan standard yang jelas.

Manakala pencapaian pelajar diukur oleh hasil pembelajaran. Hasil


pembelajaran ini menetapkan kompetensi yang patut diperoleh oleh pelajar
apabila selesai mengikuti satu-satu program pengajian.

Pencapaian hasil pembelajaran ini pula akan diukur menggunakan


pengiraan sistem kredit yang berasaskan kepada beban sebenar jam
pembelajaran pelajar (student learning time) dan bukannya berasaskan jam
kontak antara pensyarah dan pelajar.

Kaitan Antara Hasil Pembelajaran, Jam Kredit, MQF dan MQA

Pelaksanaan Penilaian Formatif

Penilaian formatif bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan


penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Penilaian ini
merangkumi kaedah tertentu, seperti pemerhatian, soalan lisan serta
pemeriksaan hasil kerja pelajar. Penilaian formatif mengesan penguasaan
pelajar secara individu supaya kesalahan dan kelemahan yang dibuat dapat
dibetulkan serta merta. Ujian kertas-pensel dalam bentuk formal boleh
dilaksanakan untuk menilai kemajuan pelajar. Keputusan ujian akan direkodkan
dan digunakan untuk tindakan selanjutnya seperti menempatkan pelajar dalam
kumpulan yang sesuai dan merancang aktiviti pengayaan serta aktiviti
pemulihan. Antara kaedah penilaian formatif yang boleh dilakukan di IPT ialah :

i. Kuiz

ii. Ujian

iii. Tugasan

iv. Laporan

98
v. Main peranan

vi. Esei

vii. Jurnal

Pelaksanaan Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan prestasi keseluruhan pelajar


selepas satu tempoh pembelajaran. \penilaian sumatif dapat memberi gambaran
tentang keberkesanan kaedah atau aktiviti yang dilaksanakan dalam proses P&P
dalam tempoh tersebut. Selepas penilaian sumatif, pelajar yang masih tidak
mencapai aras masteri (misalnya 80%) hendaklah diberi perhatian dan
bimbingan pada tahap pembelajaran berikutnya. Beberapa kaedah penilaian
sumatif boleh dilakukan, termasuklah :

i. Peperiksaan bertulis

ii. Peperiksaan lisan

iii. Esei/Laporan-makmal, kerja studio

iv. Portfolio / web-folio

v. Projek\

vi. Persembahan

vii. Disertasi; dan Magang (Internship)

viii. Internship / Praktikal / Latihan Industri

Perincian kaedah pentaksiran yang dinayatakan di atas boleh menggunakan


rubrik. Rubrik merupakan satu instrument penilaian yang menggunakan skema
penskoran yang dibangunkan sebagai panduan untuk menilai hasil dan usaha
pelajar (Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi, (2006). Pendekatan
rubrik dianggap amat sesuai kerana kriteria pentaksiran dibangunkan sendiri
mengikut kesesuain dan keperluan yang spesifik. Jadual 3 merupakan contoh
rubrik yang boleh digunakan untuk menilai tugasan pelajar.

99
Jadual 3 Rubrik penilaian tugasan pelajar

Rubrik
Kategori 4 3 2 1 Markat
Bahasa Tiada Hampir tiada Terdapat Terdapat banyak
kesilapan kesilapan beberapa kesilapan
Ejaan, tanda Ejaan, tanda kesilapan Ejaan, tanda baca
baca dan baca dan Ejaan, tanda dan tatabahasa
tatabahasa tatabahasa baca dan
tatabahasa

Contoh pentaksiran atau penilaian yang digunapakai di IPTA

Prinsip Pentaksiran Pengajian Politeknik

Pentaksiran pengajian politenik adalah proes penilaian hasil pembelajaran


pelajar dari segi pengetahuan dan kemahiran termasuk kemahiran insaniah.
Tujuan utama pentaksiran merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), untuk member


maklumbalas kepada pelajar dan pensyarah bagi tujuan memantapkan proses
pengajaran dan pembelajaran.

ii. Pentaksiran terhadap pembelajaran (assessment of learning) untuk mengukur


apa dan sejauh mana yang telah dipelajari oleh pelajar, dan seterusnya boleh
digunakan untuk meningkatkan hasil pembelajaran kursus dan program.

iii. Pentaksiran untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan jaminan kualiti dan
akauntabiliti sistem pengajian politeknik.

Prinsip-prinsip Pentaksiran

i. Pentaksiran yang mempunyai nilai kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan pentaksiran menitikberatkan kepada pentaksiran yang tepat


yang sentiasa memberikan hasil keputusan yang sama. Ini melibatkan proses
penggubalan dan penyaringan soalan,pemarkahan,penggredan dan moderasi
pentaksiran yang jelas dan selaras.

ii. Pentaksiran yang mempunyai nilai kesahan

Kesahan memastikan aktiviti dan criteria pentaksiran yang dilaksanakan dapat


mengukur hasil pembelajaran yang berkesan dan relevan.

iv. Maklumat mengenai pentaksiran yang telus dan mudah dicapai

100
Maklumat yang jelas, tepat dan seragam mengenai aktiviti dan prosedur
pentaksiran disediakan dan disampaikan kepada pelaajar, pensyarah dan penilai
luar dalam jangka masa yang ditetapkan.

v. Pentaksiran yang adil dan fleksibel

Politeknik memastikan aktiviti dan prosedur pentaksiran dilaksanakan tanpa


mendiskriminasikan mana-mana individu samada berlainan etnik,kaum,jantina
atau orang kurang upaya malah dapat memenuhi keperluan setiap individu.

Pentaksiran yang memenuhi matlamat program dan hasil pembelajaran

Aktiviti pentaksiran yang disediakan merangkumi domain-domain pembelajaran


berikut :

i. Pengetahuan

ii. Kemahiran praktikal

iii. Kemahiran komunikasi

iv. Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah

v. Kemahiran sosial dan tanggungjawab

vi. Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat

vii. Kemahiran keusahawanan

viii. Profesionalisme,etika dan moral

ix. Kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan

Pengurusan jadual pelaksanaan dan bilangan aktiviti pentaksiran yang


terancang

Pengurusan jadual pelaksanaan dan bilangan aktiviti pentaksiran yang terancng


dan teliti menghasilkan pencapaian hasil pembelajaran yang sah dan
bolehpercaya tanpa membebankan pensyarah mahupun pelajar.

Pentaksiran formatif dan sumatif terangkum dalam setiap tahap dan


program

Pentaksiran formatif merupakan penilaian yang dilaksanakan secara berterusan


sepanjang tempoh pengajian dan pentaksiran sumatif merupakan penilaian di
akhir suatu tempoh tertentu bagi menilai pencapaian hasil pembelajaran pelajar.

Maklumbalas merupakan antara bahagian utama proses pentaksiran

101
Maklumbalas yang jelas, lengkap dan terperinci bagi setiap aktiviti pentaksiran
disediakan dan disampaikan kepada pelajar dalam jangka masa yang
ditetapkan.

Setiap program/tahap merangkumi pelbagai kaedah pentaksiran

Pelbagai kaedah pentaksiran dirancang dan dilaksanakan untuk menghasilkan


aktiviti pembelajaran yang berkesan dan pengukuran hasil pembelajaran yang
sewajarnya.

Kawalan plagiat melalui rekabentuk aktiviti pentaksiran

Plagiat dikawal dan diminimumkan melalui rekabentuk dan pemantauan aktivti


pentaksiran yang teliti.

Pentaksiran Di Universiti

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat utama pendidikan Negara


adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi
intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan
kepada Tuhan. Oleh itu,aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus difokuskan
kepada pencapaian hasil pembelajaran dalam empat domain utama iaitu
kognitif(pengetahuan), psikomotor (kemahiran fizikal), afektif dan sosial. Justeru,
penerapan kemahiran insaniah (KI) dalam kurikulum di IPTA amat perlu bagi
melahirkan mahasiswa bersifat insan kamil yang seimbang dari aspek rohani
mahupun intelek.

Kemahiran Insaniah (soft skills) dalam kalangan mahasiswa bukan lagi


merupakan isu baru.Malah ia sudah pun menjadi isu global.Persaingan untuk
mendapatkan pekerjaan telah menjadikan elemen Kemahiran Insaniah semakin
diperlukan. Keazaman terhadap pembangunan kemahiran insaniah pelajar telah
menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghasilkan Modul
Pembangunan Kemahiran Insaniah (soft-skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi
Malaysia sebagai rujukan kepada IPT di Malaysia. Berteraskan tujuh kemahiran
insaniah yang wajib dimiliki, melalui pendekatan terapan dan matapelajaran
mandiri dalam aktiviti formal pengajaran dan pembelajaran. Secara lebih meluas,
terapan kemahiran insaniah dibangunkan melalui penyediaan persekitaran yang

102
kondusif dan perancangan serta pelaksanaan program pelajar.(Kementerian
Pengajian Tinggi,2006)

Definisi Kemahiran Insaniah (KI)

Secara umumnya tidak terdapat definisi yang tepat bagi terma soft skills.
Walaubagaimanapun, soft skills adalah dikaitkan dengan trait personaliti individu,
bijak berkomunikasi, pandai mendapatkan kenalan, berdaya tahan dan
berinovatif.(http://en.wikipedia.org/wiki/soft skills.capaian pada 12 Jun 2008).

Elemen KI untuk IPT ditentukan berdasarkan kepada pandangan pakar, kajian


dan pandangan IPT yang telah melaksanakannya.Tujuh elemen utama telah
dipilih untuk dilaksanakan di IPT merangumi kemahiran berkomunikasi, pemikian
kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan,
pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan,
etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan.(KPT, 2006)

Kini, KI tidak lagi dianggap kurikulum tersembunyi yang dilaksanakan


secara selektif berdasarkan pertimbangan individu. Ia perlu dilaksanakan secara
nyata dan ditaksir mengikut sistem pentaksiran dan penilaian yang ditetapkan
dengan berkesan. Integrasi KI perlu dilaksanakan dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran selain daripada berasaskan program sokongan dan berasaskan
kehidupan di kampus. Contoh modul yang digunapakai di UiTM bagi penerapan

103
kemahiran insaniah dalam kurikulum pengajian pelajar boleh dirujuk pada
Lampiran 3.

Terapan KI boleh dilakukan menerusi lima kaedah penyampaian iaitu, kuliah,


kajian kes, viva, kerja makmal dan kerja kumpulan.

Pentaksiran kemahiran insaniah

Pembangunan kemahiran insaniah adalah satu proses berterusan. Kemahiran


insaniah perlu ada pada semua mahasiswa sepertimana yang digariskan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT, 2006) adalah ’developmental objectives’
(Gronlund, 1973) dan merupakan kemahiran-kemahiran yang terus berkembang
sepanjang hayat. Oleh itu, prosedur pentaksiran yang paling sesuai adalah
berdasarkan penilaian berterusan. Penilaian berterusan mempunyai beberapa
kelebihan, iaitu:

i. lebih adil kepada pelajar yang dinilai.

ii. menghasilkan kesan ‘washback’ yang lebih baik kerana pelajar akan sentiasa
menitikberatkan perkembangan kemahiran insaniah.

iii. membolehkan pihak berkenaan memantau pencapaian pelajar dan


mengambil tindakan ‘remedial’ jika perlu.

Prosedur Pentaksiran

Secara keseluruhannya, penilaian boleh dilakukan di sepanjang pengajian


pelajar di Universiti .Prestasi atau tahap pencapaian setiap pelajar akan dinilai
pada setiap semester mulai semester pertama. Penilaian akan dilakukan oleh:

i. Pensyarah/jurulatih/tutor yang mengajar kursus yang diikuti oleh pelajar pada


semester itu.

ii. Pegawai universiti yang mengendalikan aktiviti yang disertai pelajar pada
semester itu.

Penilaian itu akan dibuat pada penghujung semester dan setelah semua aktiviti
dijalankan tamat. Pencapaian yang diperolehi setiap pelajar akan direkodkan
secara online dan slip keputusan akan dikeluarkan oleh Bahagian Peperiksaan
sesebuah universiti. Penilaian pencapaian kemahiran insaniah dibahagikan

104
kepada tiga kategori, iaitu, ‘Memuaskan’, ‘Baik’, dan ‘SangatBaik’ . Mata gred 1,
2 dan 3 akan diberi berdasarkan tahap pencapaian ( Penilaian yang diberikan ini
adalah cadangan daripada penulis dan pihak universiti bebas menggunakan
kaedah pentaksiran tersendiri)

Tindakan Kuratif

Jika prestasi seseorang pelajar adalah kurang memuaskan, pelajar itu akan
diwajibkan menghadiri kursus atau bengkel mandiri yang diadakan khas oleh
pihak universiti untuk membantu pelajar mempertingkatkan tahap penguasaan
kemahiran insaniah. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah melaksanakan
Program Bakti Siswa Perdana. Oleh itu satu kajian telah dilakukan bertujuan
untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran insaniah.

Dapatan kajian menunjukkan, pelajar memberikan tanggapan yang baik


terhadap Program Bakti Siswa Perdana serta dapat meningkatkan kemahiran
insaniah mereka. Hasil kajian juga mendapati bahawa elemen berkomunikasi
dilihat sebagai elemen utama tertinggi diperolehi pelajar berbanding elemen-
elemen yang dikemukakan.

Dalam konteks ini, Program Bakti Siswa Perdana yang telah dilakukan
di UniMAP telah berupaya meningkatkan kemahiran insaniah pelajar
terutamanya kemahiran seperti berkomunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan
serta pemikiran kreatif (Hanum Hassan et. Al, 2008)

Pentaksiran Sekolah

Bermula pada bulan Januari 2011 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah
dilaksanakan bagu murid tahun satu di sekolah rendah dan 2012 tingkatan satu
di sekolah menengah. Sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan dibuat adalah
untuk:
i. mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah membangunkan
potensi pelajar secara holistic supaya dapat menghasilkan indibidu
secara holistic supaya dapat menghasilkan individu yang mempunyai intelek,
rohani, emosi dan fizikal yang seimbang dan harmoni, berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan,
ii. untuk mengurangkan penekanankan terhadap pembelajsran berorieantasikan

105
peperiksaan serta

iii. untuk mentaksir pertumbuhan dan perkembangan pembelajaran murid.

Terdapat pelbagai jenis pentaksiran pendidikan kebangasaan yang dilaksanakan


disekolah rendah dan mengengah seperti berikut:

Pentaksirian Sekolah Rendah Kebangsaan


Jenis Pentaksiran Tahun Bidang Yang Ditaksir Matlamat Pentaksiran
Pentaksiran Sekolah 1–6 Perkembangan (Development) Semua mata pelajaran
Pentaksiran Pusat 4–6 Pencapaian (Achievement) Semua mata pelajaran
PAJSK 4–6 Penglibatan (Involvement) SEGAK, Kelab,
Persatuan, Unit
Beruniform, Ekstra-
kurikulum.
Pentaksiran Psikometrik 4 – 6 Profil (Profile) Aptitud, Inventori,
Personaliti
Pentaksrian Pusat 6 Pencapaian (Achievement) Bahasa, Matematik,
Sains

Pentaksiran Sekolah Menengah Kebangsaan


Jenis Pentaksiran Tingkatan Bidang Yang Ditaksir Matlamat Pentaksiran
Pentaksiran Sekolah 1–3 Perkembangan (Development) Semua mata pelajaran
Pentaksiran Pusat 2–3 Pencapaian (Achievement) Semua mata pelajaran
PAJSK 1–3 Penglibatan (Involvement) SEGAK, Kelab,
Persatuan, Unit
Beruniform, Ekstra-
kurikulum.
Pentaksiran Psikometrik 1 & 3 Profil (Profile) Aptitud, Inventori,
Personaliti

Semua pentaksiran dibuat secara berpusat yang dirancang dan dibina oleh
Lembaga Peperiksaan serta dilaksanakan oleh sekolah (ditadbir, diperiksa,
direkod dan dilaporkan oleh guru di sekolah).

Pentaksiran sekolah dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah


sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinan item dan instrument,
pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan
pelaporannya. Pentaksiran dibuat dalam bentuk formatif yang seiring dengan
proses pengajaran dan pembelajran dan dalam bentuk pentaksiran sumatif pada
akhir unit pembelajaran, bulan, penggal atau tahun. Komponen utama dalam
proses pentaksiran berperanan mengukuhan pembelajaran murid, meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah

106
tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-Ciri Pentaksiran Sekolah


Ciri pentaksiran sekolah adalah seperti berikut:
i. Holistik
Mampu memerbikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan
kemahiran yagn dicapai oleh murid.
ii. Berterusan
Aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan pengajaran dan pembelajaran
iii. Fleksibel
Kaedah pentaksiran yagn pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid
iv. Standard Prestasi
Merujuk kepada standard prestasi yagn dibina berdasarkan standard kurikulum.

Penjaminan Kualiti Pentaksiran


Penjaminan kualiti pentaksiran oleh Lembaga Peperiksaan mencakupi empat
dimentsi berikut:
i. Pemantaun.
Iaitu pemastian pelaksaan pentaksiran dibuat mengikut prosidur yang betul
ii. Penyelarasan.
Keseragaman pemberian skor berdasarkan standard prestasi
iii. Pementoran.
Membantu, memudahcara dan membimbing pelaksaan pentaksiran
iv. Pengesanan
Memastikan kekuatan dan keberkesanan instrument pentaksiran

Aspirasi sistem pendidikan Malaysia meliputi lima teras utama:


i. Akses
100 peratus enrolment merentas semua peringtkat pendidikan driapda
prasekolah hingga menegnah atas menjelas tahun 2020.
ii. Kualiti
Pendidikan negara cuba menduduki dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tenmpoh 15 tahun
akan datang.
iii. Ekuiti

107
50 peratus pengurangan dalam jurang pencapaian bandar, luar bandar,
sosioekonomi, gender menjelang tahun 2020.
iv. Perpaduan
Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
v. Kecekapan
Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid megnikut peruntukan sedia
ada.

Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Psikometrik adalah satu jenis pentaksiran untuk mengukur
kebolehan semual jadi (inner ability) dan kebolehan yang diperoleh (azquired
ability) yang dilaksanakan secara tidak berjadual yang dicadangkan kepada
semua murid. Pentaksiran Psikometrik dibuat tidak berasaskan kurikulum dan
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat dua jenis pentaksiran psikometrik:
i. Ujian Aptitud
Ujian aptitud dibahagikan kepada; aptitude umum dan aptitude khusus. Kedua-
dua pentaksiran ini dibuat bagi mengenal pasti kecenderungan,. Kekuatan dan
kelemahan murid, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi
pengajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajran yang aktif dan
berkesan.
ii. Inventori Personaliti.
Pentaksiran personaliti ini juga dibuat secara tidak berjadual dan tidak
diwajibkan untuk semua murid. Tujuan dibuat bagi mendapatkan maklumat
tentang cirri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu untuk
membimbing murid membentuk persanaliti yang seimbang dan membantu guru
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Pentaksiran Rujukan Standard


Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat
tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah megnausai
apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
megnikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen
kurikulum.

Dari segi tujuannya Pentaksiran Rujukan Standard dapat


menggambarkan keseluruhan pertumbuhan pembelajaran murid megnikut thap

108
pencapaian berdasarkan pernyataan standard juga dapat melaporkan prestasi
murid dalam pembelajaran dengan menerangkan kemajuan murid dalam
pembelajaran merujuk kepada standard dan akhirnya menghasilkan satu
perlaporan kemajuan pencapaian murid. Proses pentaksiran Rujukan Standard
adalah seperti berikut:

MULA Guru Pilih standard kurikulum yang akan diajar

Guru merancang pengajaran dan pembelajaran


dan menyediakan kaedah pentaksiran

Pemulihan Guru melaksanakan pengajaran dan


pembelajaran serta pentaksiran

Belum mencapai
tahap penguasaan
Guru menilai prestasi murid,
merekodkan
Dan melaporkan berdasarkan evidens

Telah mencapai
Tahap pengusaan

Pilih standard kurikulum yang baru dan


laksanakan Pengajaran, pembelajran dan
pentaksiran seterusnya.

Standard Prestasi
Pentaksiran di sekolah menggunakan ‘standard prestasi’ bagi menilai
pencapaian murid. Guru akan merujuk Dokumen Standard Prestasi (DSP) untuk
melaporkan tahap penguasaan murid berdasarkan evidens yang dikemukakan
oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri.
Ciri-ciri standard prestasi bagi pentaksiran murid di sekolah mengandungi:
i. Penerangan generik tahap pertumbuhan murid dalam pembelajaran
ii. Apa yang murid oatut tahu dan boleh buat pada suatu ketika tertentu semasa
proses pembelajaran dan di akhir unit pembelajaran
iii. Setiap band menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan
pertumbuhan ini diterangkan dengan descriptor dan evidens.
iv. Standard yang boleh ditaksir dan dicapai
v. Pertumbuhan secara menegak dan mengufuk
vi. Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasil pembelajaran

109
Beberapa istilah yang digunakan dalam standard prestasi merujuk kepada
tafsiran berikut;

Pernyataan Tafsiran
Band Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun
secara hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid.
Standard Satu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan
bersifat generic bagi memeberi gambaran secara holistic tentang tahap
penguasaan murid.
Pernyataan Pernyataan standard bagi sesuatu mata pelajran digunapakai dari tingkatan 1 – 3 (
Standard tahun 1 – 6 ) yang digubal berdasarkan objektif mata pelajaran berkenaan.
Deskriptor Merujuk kepad perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan
standard pembelajaran yang diterakan dalam standard kurikulum bagi mata
pelajaran berkenaan.
Evidens Pernyataan yang menerangkan bagaiamana murid menunjukkan perkara yang
(murid) diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskrioptor.
Evidens Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditujukkan oleh murid yang
(bahan) melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.

Band Standard Prestasi


Band Tahap Band Interpritasi Tahap Band
Tahu, faham dan Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,
boleh buat dengan mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi
beradab, mithali permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh beri
6
cara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat
menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi
contoh secara tekal
Tahu, Faham dan Murid melaksanakan sesuatu kemahrian pada situasi baru dengan
5 boleh buat dengan merngikut perosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
beradab, terpuji positif
Tahu, faham dan Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu
4 boleh buat dengan mengikut prosidur atau secara sistematik
beradab
Tahu, faham dan Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
3
boleh buat kemahiran pada suatu situasi
Tahu dan faham Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komuniksi
2
atau menrerjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari
Tahu Murid tahu perkasa asas, atau boleh melakukan kemahiran asas
1
atau member respons terhadap perkara yang asas

Penggunaan standard kurikulum dan standard pretasi yagn seiring dan secara
berterusan dalam proses pengejaran-pembelajaran-pentaksiran membolehkan
penambahbaikan dalam pembelajaran pelajar secara berterusan.

Konsep Dan Contoh Pentaksiran Jasmani, Kesihatan, Sukan Dan


Kokurikulum (PAJSK)

110
Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan.
Perkembangan dan kecerdasan fizikal mempengaruhi kecerdasan mental
kerana merupakan satu perkara yang berkait rapat. Unsur jasmani yang paling
penting untuk dikembangkan dan dipertingkatkan adalah kesihatan dan
kecergasan yang merangkumi pemanfaatan anggota dan tenaga fizikal untuk
berdikari dan hidup bermasyarakat (Nordin dan Othman, 2008).

Jasmani merupakan badan dan diri untuk bertapaknya kecerdasan


intelektual, rohani dan emosi. Secara ringkasnya kecerdasan jasmani bagi
seseorang itu wujud apabila dia mampu menjaga rehat yang cukup, makan yang
seimbang dan riadah (Muhamad Mahyudin Nafis, 2007). Pendidik harus
memastikan pelajar mempunyai kesediaan jasmani yang baik bagi menghadapi
realiti kehidupan yang semakin mencabar. Kesediaan jasmani yang baik dapat
mempertahankan jati diri pelajar dan ini dapat membantu pelajar untuk
mendalami ilmu pengetahuan tanpa adanya halangan yang boleh
membantutkan usaha tersebut.

Wujud implikasi elemen unsur jasmani terhadap sistem pendidikan


negara, antaranya adalah mewujudkan pelajar yang menyedari tentang
kepentingan kesihatan fizikal. Pelajar juga berpeluang untuk mengembangkan
bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Selain itu, kemahiran
kecergasan fizikal dapat digunakan untuk memanfaatkan masyarakat.

Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan


Kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.
Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain
yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan
keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang
pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan
teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. Selain aspek fizikal,
potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk
kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam
melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui
amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni
visual dan muzik (Mok Soon Sang, 2010).

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga boleh menekankan


aspek jasmani. Di samping rohani murid yang sihat, aspek fizikal jasmani murid

111
pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabung jalinkan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam matapelajaran-matapelajaran lain
dengan menyelitkan elemen-elemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang
petikan mengenai kesihatan dalam matapelajaran Bahasa Melayu berkaitan
penjagaan diri, kebersihan diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang
pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan,
angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi.

Pendidikan Jasmani merupakan salah satu contoh terbaik di mana


penerapan elemen jasmani dalam aspek pendidikan. Proses pembelajaran yang
menyeluruh adalah merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor,
kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar diberi
peluang mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang
dijalaninya (Wee Eng Hoe, 2011).

Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk


mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop
pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara
ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran
yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan
dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986).
Pendidikan Jasmani mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan
kemahiran dan kecergasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat
sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan jasmani dilihat sebagai
alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses
berfikir dan menyelesaikan masalah (Wee Eng Hoe, 2011). Kesemua ini
menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan
bagi membina perkembangan keseluruhan pelajar.

Dengan kata lain, Pendidikan Jasmani menjadi wadah dalam usaha


menyepadukan antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini
adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan
insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan
progresif (Muhamad Mahyudin Nafis, 2007).

Konsep Jasmani

Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer,


menonton video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan

112
makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti
(Prof Dr. Zulkifli Ismail, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia). penyataan ini
jelas menunjukkan masyarakat Malaysia kini semakin kurang memberi perhatian
kepada tahap kesihatan anak-anak kerana kesibukan yang terlampau
menyebabkan mereka terpaksa mengabaikan cara pemakanan yang sihat buat
anak-anak. Bagi memastikan anak-anak tidak keluar bermain diluar bimbang
anak-anak terlibat dengan pekara tidak sihat, ada segelintir ibu bapa sanggup
membekalkan alat permainan komputer dengan harapan anak-anak tidak akan
bergaul sebarangan ketika mereka keluar bekerja. Pekara ini menyekat tahap
pergerakan anak-anak menjadikan remaja kini semakin malas untuk melakukan
aktiviti yang berkait dengan fizikal. Ekoran itu kerajaan memperkenalkan satu
program iaitu “Program Satu Murid Satu Sukan” bagi menggalakan remaja-
remaja Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat (Kementerian Pelajaran
Malaysia)

Menyedari kepentingan penjagaan kesihatan fizikal juga ditekankan di


dalam Islam yang mana Rasulullah SAW melalui hadis Baginda menyatakan;

“Memanah dan menungganglah. Sesungguhnya kamu memanah


lebih aku sukai daripada kamu menunggang. Setiap apa yang
seseorang muslim itu bersuka-suka dengannya adalah sia-sia
kecuali aktivitimemanah dengan busar, melatih kudanya dan gurau
sendanya dengan isterinya. Sesungguhnya segala itu termasuk
dalam perkara yang benar.”
(Riwayat Ibn Majah)

Jelas bahawa kita ini perlu sedar akan tahap kesihatan diri dan tidak
boleh mengabaikan penjagaan kesihatan diri kerana telah digariskan di dalam
Quran dan Hadis bahawa penjagaan kesihatan merupakan sebahagian daripada
persoalan kehidupan manusia sebagai hamba Allah. Islam juga menegaskan
bahawa penjagaan kesihatan diri seseorang selain daripada untuk diri ia juga
merujuk kepada konsep utama manusia sebagai Khalifah yang wajib
menyumbang kepada kesejahteraan pembangunan masyarakat dan dunia.
Tanpa badan yang sihat kita tidak akan mampu untuk memikul dan
melaksanakan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah
kepada kita hamba-Nya dengan sempurna.

113
Ciri – ciri Jasmani

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengutarakan bahawa untuk


melahirkan murid yang seimbang, perkembangan aspek jasmani adalah sama
penting dari segi perkembangan dalam aspek emosi, rohani dan intelek.

Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan tubuh badan


yang sihat. Menjaga tubuh badan yang sihat merupakan ciri penting dalam unsur
Jasmani. Perkembangan dan kecergasan fizikal amat penting untuk kecerdasan
mental kerana ia merupakan satu perkara yang berkait rapat. Amalan hidup sihat
seperti menjaga pemakanan dan mengambil makanan yang seimbang perlu
dijadikan amalan dalam kehidupan kerana kesihatan menjadi tunjang utama
kepada kejayaan. Untuk mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh, seseorang
perlu mengambil makanan yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat
(Shamsudin et al., 2009).

Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah diterjemahkan melalui


Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar ini berhasrat untuk memastikan agar setiap murid
dapat melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini
memberi peluang kepada murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan
dalam sukan melalui pendekatan yang berasaskan learning through play. Dasar
ini juga merupakan tunjang kepada sukan di sekolah dalam merealisasikan
pelaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan di sekolah
(Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

Sukan adalah suatu aktiviti yang sihat dan memberi manfaat kepada
kesihatan. Aktiviti sukan di sekolah adalah sangat penting dalam membina
kesihatan. Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan
murid selaras dengan ungkapan ”Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh
Badan Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang
penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat
memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi
negara. Pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid
agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2011).

Melakukan riadah juga merupakan unsur jasmani. Riadah ialah gerak


badan, senaman, segala kegiatan yang dilakukan pada waktu lapang untuk
menyihatkan badan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Aktiviti riadah menjadikan

114
badan sihat dan dapat melakukan aktiviti harian dengan pantas. Aktiviti riadah
dapat mencergaskan minda dan dapat mengelakkan seseorang menghidap
penyakit kronik. Aktiviti riadah dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang
dalam keluarga, dapat mewujudkan hubungan silaturrahim antara masyarakat
dan mengukuhkan perpaduan kaum. Oleh itu, aktiviti riadah berupaya
melahirkan masyarakat yang cergas dan melahirkan modal insan yang
cemerlang untuk mewarisi tampuk pemerintahan negara.

Ciri-ciri dalam unsur Jasmani juga meliputi perkembangan bakat dan


kemahiran teknikal dan manipulatif. Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) adalah
berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid.
Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan 1M1S memberi peluang kepada
semua murid yang berbakat dan berpotensi dalam sukan untuk digilap ke tahap
yang lebih tinggi. Aktiviti sukan di sekolah adalah sangat penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan murid. Bagi mencapai kecemerlangan
sukan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi terus dibangunkan di bawah
Program Kecemerlangan Bakat Muda, Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah
serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2012). Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan
boleh mengembangkan bakat melalui sukan untuk kecemerlangan setelah
dikenalpasti melalui program pengenalpastian bakat murif iaitu Talent Detection
dan Talent Identification Development (TID). Ini merupakan inisiatif yang
menyokong ke arah pembangunan modal insan yang sihat dan cergas sebagai
matlamat jangka panjang (Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia,
2011) . Oleh itu, dasar ini memastikan pihak sekolah membuat perancangan
bagi pengurusan aktiviti sukan di sekolah secara sistematik supaya dapat
meningkatkan penyertaan dan membantu perkembangan potensi setiap murid
dalam sukan.

Ciri seterusnya ialah memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari. Dasar


1M1S memberikan peluang kepada semua murid untuk mendapatkan faedah
daripada penglibatan dalam sukan khususnya murid yang kurang aktif atau tidak
aktif (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Dengan penglibatan dalam aktiviti
sukan ini, murid dapat memilih sukan mengikut kemampuan mereka. Tenaga
fizikal atau jasmani dapat memberi sumbangan kepada pembentukan sahsiah,
kesedaran dalam diri individu, meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan
fizikal, memanfaatkan masa senggang, mengurangkan tekanan hidup dan
membantu pembentukan interaksi sosial yang bermakna.

115
Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat juga
merupakan ciri-ciri jasmani. Selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk
membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, dasar ini dimulakan di
peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan
untuk Kecemerlangan. Sukan untuk semua bertujuan untuk pengekalan dan
peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat. Aktiviti
fizikal atau jasmani ini akan dapat mewujudkan suasana yang kondusif untuk
pemupukan perhubungan komuniti yang lebih baik. Aktiviti fizikal ini juga akan
dapat mencegah jenayah dalam kalangan remaja kerana dapat memenuhi masa
lapang. Setiap murid mesti melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti
sukan sekolah sepanjang tahun (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

Berusaha meningkatkan daya pengeluaran juga merupakan ciri-ciri


jasmani. Dasar 1M1S juga memperluaskan peluang kepada semua murid yang
berpotensi tinggi dalam sukan meraih kejayaan melalui penyertaan di kejohanan
Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) atau Majlis Sukan Sekolah Negeri
(MSSN) atau Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat
antarabangsa (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Dasar ini mewujudkan
rangkaian kerjasama dengan pelbagai agensi bagi program pembangunan
sekolah. Oleh itu, penyertaan murid dalam sukan adalah amat penting sebagai
satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan
bersatu padu. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran murid untuk menceburi
bidang sukan sebagai kerjaya profesional pada masa hadapan.

Oleh itu, jasmani dalam pendidikan adalah untuk melahirkan murid yang
yang sihat dan aktif ke arah pembentukan satu masyarakat yang sihat, cergas
dan berdaya saing tinggi. Ia dapat melahirkan modal insan yang sihat dan
berkualiti malah kompetetif, kreatif dan inovatif.

Pentaksiran berasaskan sekolah baru-baru ini yang diperkenalkan


menjadi isu utama di kalangan kita. Namun kita lupa bahawa di institut
pendidikan tinggi awam sudah lama diperkenalkan pentaksiran sebegini.
Pentaksiran membawa maksud yang berbeza daripada penilaian. Dalam
pentaksiran sudah termasuk elemen formal dan tidak formal (Airasian,1994).
Pentaksiran adalah satu mekanisme atau proses pengumpulan maklumat
bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Simmons &
Resnick, 1993; Arter, 2003).

116
Terdapat perbezaan maksud yang jelas antara istilah pengujian,
pentaksiran, pengukuran dan penilaian. Nitko (1996) telah cuba menjelaskan
perbezaan antara pentaksiran, pengujian, pengukuran dan penilaian. Menurut
beliau, pentaksiran ialah satu proses bagi mendapatkan maklumat untuk
membuat keputusan (yang berhubungan dengan pelajar, kurikulum dan
program, dan polisi pendi dikan) dan maklumat yang diperolehi membantu
membuat keputusan mengenai sejauh manakah sasaran pembelajaran pelajar
tercapai (achive the learning target).

Istilah ujian pula adalah dimana konsepnya lebih sempit berbanding


pentaksiran. Ujian didefinasikan sebagai satu instrumen untuk memerhatian atau
menerangkan ciri-ciri pelajar (contoh, tahap pembelajaran). Manakala
pengukuran pula sebagai satu prosedur pemberian markah (skor) kepada
jawapan pelajar atau cirri-ciri perlakuan pelajar. Pentaksiran boleh menghasilkan
pengukuran dan tidak pengukuran. Jika pelajar ditafsir secara kualitatif
bermaksud ciri-ciri pelajar itu tidak diukur atau pengukuran tidak berlaku. Oleh
itu, pentaksiran merupakan satu istilah yang lebih luas pengertiannya
berbanding ujian atau pengukuran kerana tidak semua pentaksiran
menghasilkan pengukuran. Penilaian boleh dibuat dengan berasaskan atau
tanpa berasaskan pengukuran. Oleh itu penilaian boleh dilakukan tanpa adanya
ujian dan pengukuran. Penilaian boleh dilakukan secara penilaian formatif dan
sumatif. Penilaian formatif berlaku semasa proses pembelajaran pelajar,
manakala penilaian sumatif pula berlaku selepas proses pengajaran dan
pembelajaran.

Dalam konteks pendidikan, konsep pentaksiran merupakan satu episod


dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil
pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Manakala ciri-ciri
pentaksiran yang baik ialah kesahan skor iaitu merujuk kepada releven dan
kecupuan cakupan. Ciri pentaksiran yang kedua ialah kebolehpercayaan skor
iaitu merujuk kepada ketekalan dan ketepatan. Ketiga pula adalah keobjektifan,
dimana pensyarah memberikan skor dan keempat ialah kekomprehensifan iaitu
kertas soalan mewakili objektif penting. Pentaksiran haruslah dilihat sebagai
proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran, aktiviti yang dijalankan secara berterusan dan aktiviti bagi
mendapatkan pembelajaran yang baik. Di peringkat pendidikan tertieri juga,

117
terdapat pentaksiran yang melibatkan keseluruhan domain pelajar iaitu domain
kognitif, afektif dan psikomotor. Jika dipecahkan, pentaksiran terhadap domain
ini melibatkan pentaksiran pensyarah ke atas pelajarnya terhadap elemen
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Proses pentaksiran pembelajaran dibuat secara manual oleh pensyarah


di bilik kuliah, juga boleh dilaksanakan melalui perisian komputer oleh penyelidik.
Terdapat banyak aspek dalam pentaksiran pembelajaran pelajar yang boleh
dinilai seperti projek komuniti, peperiksaan, pembentangan individu atau hasil
kumpulan, pencapaian dalam kelas, kerja makmal, perkuliahan, tugasan kursus,
tugasan individu, demonstrasi, dan sebagainya. Secara umumnya, terdapat dua
unsur utama penilaian di institut pendidikan tinggi awam, iaitu kuantifikasi,
menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan
pembelajaran, manakala kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap
bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif
pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak. Bukti empirikal penguasaan
pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan
bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang
dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan
dengan risiko yang kecil. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi
dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam
pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri penguasaan sesuatu
isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan
memberi skor ujian.

Manakala pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan


untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam
bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar
untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap
penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada
jawapan yang diberi. Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering
digunakan untuk mendapatkan bukti empirikal bagi tujuan penilaian pengajaran
dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang
bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya
dengan tepat. Pengujian adalah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan

118
bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di universiti,
pengujian juga membolehkan pensyarah membuat diagnosis mengenai
keberkesanan pengkuliahan dan skor dalam pengujian digunakan sebagai asas
penggredan seseorang pelajar.

Pentaksiran dalam bilik darjah adalah penting bagi mengetahui tahap


penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Menurut
Payne (2003), pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul
maklumat, menginterpretasikan meklumat atau memberi nilai kepada maklumat
itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. Pentaksiran boleh
dijalankan secara formatif atau sumatif.

Pentaksiran secara sumatif merujuk kepada penilaian yang dijalankan


selepas selesainya satu unit, satu kursus, satu semester atau setahun. Ia adalah
berdasarkan kepada maklumat dalam jangka masa yang agak panjang. Formatif
pula merujuk kepada penilaian yang memberi maklumat setiap hari atau setiap
sub-unit yang diajar. Ia dianggap lebih penting berbanding sumatif kerana ia
memberi maklum balas dengan serta merta. Ia membolehkan pembetulan di
peringkat individu atau peringkat program dalam jangka masa yang pendek.
Maklumat yang diperoleh daripada hasil pentaksiran akan dapat membantu guru
untuk menambahbaik kaedah pengajaran dan hasil daripada pentaksiran bilik
darjah juga akan dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk
merancang tindakan susulan bagi meningkatkan penguasaan dan pemahaman
murid.

Penilaian merupakan suatu proses yang digunakan untuk mengukur


pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran termasuk
pendidikan jasmani. Penilaian adalah suatu proses mengumpul, menganalisis
dan mentafsir data yang telah dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.
Penilaian dalam pendidikan jasmani tidak popular kerana saiz kelas yang besar
iaitu dalam anggaran 40-50 orang murid menyebabkan penialain sukar untuk
dijalankan. Faktor masa juga merupakan halangan kepada seseorang guru
untuk menjalankan penilaian tersebut. Pendidikan jasmani di sekolah rendah
diperuntukkan dua waktu setiap minggu. Dengan kemasukkan komponen
kesihatan dalam mata pelajaran pendidikan jasmani, waktu Tahap 1 iaitu Tahun
1, 2 dan 3 telah ditambahkan kepada 3 waktu.

119
Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur
menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan.
Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti
markah mentah, peratus mentah, persentil, agregat, peringkat atau band.
Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau
tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah
ujian, soal-selidik, kuiz dan senarai semak. Ketiga-tiga proses iaitu pentaksiran,
penilaian dan pengukuran berlaku secara timbal balik dan bersepadu antara satu
sama lain serta bersepadu dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi
nilai kepada ujian. Berdasarkan kenyataan Payne (2003), beliau merumuskan
bahawa guru boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian dan
pentaksiran untuk mendapatkan malumat tentang pembelajaran murid.

Pentaksiran adalah paduan diantara pengukuran dan penilaian.


Manakala ujian merupakan instrumen yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat murid. Maklumat-maklumat ini boleh diperolehi dengan menggunakan
beberapa bentuk penilaian seperti soalan bercetak, lisan, bateri prestasi tahap
fizikal, pemerhatian tingkahlaku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah suatu instrumen atau alat yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa dan selepas
pengajaran.

Definisi Pentaksiran Jasmani

Menurut Payne (2003), pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat,


menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan
membuat keputusan berdasarkan inerpretasi yang dibuat ke atas maklumat.
Oleh sebab itu, pentaksiran jasmani adalah pentaksiran yang mengukur dan
menilai perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan murid. Panduan
pentaksiran disediakan oleh Lembaga Peperiksaan ataupun Pengurusan IPTA
masing-masing bersama organisasi yang berkenaan dengan bidang kepakaran
mereka.

Konsep Pentaksiran Jasmani

Secara menyeluruh, pentaksiran jasmani mencakupi aspek-aspek hasil


pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding

120
matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, pentaksiran yang sistematik, dengan
mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat
sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah
beberapa konsep penting dalam pentaksiran jasmani. Sering kali istilah ini
digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah
berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai
perbezaan.

Pengujian adalah alat atau instrumen yang digunakan untuk


memperolehi maklumat tentang individu atau sesuatu objek. Pengujian boleh
wujud dalam bentuk soalan seperti kertas atau temuduga, pemerhatian aktiviti
fizikal atau tingkahlaku seperti senarai semak. Lampiran 2.1 adalah antara
contoh pengujian kecergasan dalam Pendidikan Jasmani di universiti seperti
ujian larian 2.4 kilometer bagi menguji daya tahan kardiovaskular, ujian larian
ulang-alik 10 meter untuk menguji ketangkasan, ujian tekan tubi tanpa berhenti
untuk menguji daya tahan otot tangan, ujian bangun tubi bervariasi untuk
menguji kekuatan otot abdomen, ujian duduk lunjur dan jangkau untuk menguji
kelenturan, ujian lompat jauh berdiri untuk menguji kuasa kaki dan ujian
komposisi tubuh badan untuk mengukur lemak badan. Setiap ujian harus ada
kesahan dan kebolehpercayaan bagi mendapatkan keputusan yang bertekalan
dan bertepatan.

Pengukuran pula adalah proses mentadbir sesuatu ujian. Ia juga sebagai


proses mengumpul maklumat dan setiap pengukuran haruslah tepat dan boleh
dipercayai. Proses pengukuran harus dilakukan oleh individu yang terlatih
terlebih dahulu. Keputusan pengukuran pula boleh ditunjukkan dari segi
perkiraan seperti jarak, masa dan bilangan. Berdasarkan Lampiran 2.2, contoh
pengukuran Jasmani adalah tidak seharusnya menyebut ‘masa yang dicatatkan
untuk larian 10 meter dapat mengukur kepantasan seorang pelari’. Sebaliknya
lebih tepat sekiranya disebut ‘mentadbir larian 10 meter adalah prosedur
pengukuran yang dapat menghasilkan skor ujian yang dapat menentukan
kelajuan seorang individu.’

Penilaian adalah proses menentukan nilai terhadap data yang telah


diperolehi. Penilaian menterjemahkan keputusan ujian kepada informasi yang
bermakna. Ia digunakan dalam membuat pertimbangan atau keputusan yang
tidak berat sebelah. Tanpa proses penilaian, data yang diperoleh adalah tidak

121
bermakna. Lampiran 2.3 menunjukkan contoh pemarkahan penilaian dibuat
berdasarkan indikator prestasi sama ada cemerlang, sederhana ataupun lemah.

Ciri- Ciri Pentaksiran Jasmani

Pentaksiran adalah suatu proses bagi mendapatkan gambaran tentang prestasi


seseorang dalam pembelajaran yang kemudiannya ia digunakan untuk menilai
aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang
jasmani, pentaksiran yang dijalankan memerlukan prosedur yang tersusun dan
telus sama seperti pentaksiran yang lain. Pentaksiran jasmani mempunyai ciri-
ciri yang perlu diambil kira bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya kepada
pelajar.

Ciri yang pertamanya ialah pentaksiran itu mestilah berasaskan kriteria


dimana penilaian yang dibuat ke atas pelajar harus berdasarkan kemampuan
dan tahap mereka. Sebagai contoh, instrumen pentaksiran untuk pelajar lelaki
belum tentu boleh diguna pakai untuk pelajar wanita. Namun,ini bergantung
kepada tujuan pentaksiran yang dibuat. Pentaksiran jasmani juga boleh
dijalankan dalam pelbagai kaedah iaitu secara pemerhatian, lisan, dan
penulisan. Ciri yang seterusnya ialah pentaksiran adalah berbentuk formatif di
mana ia harus dijalankan secara berterusan. Ini bertujuan bagi mendapatkan
hasil perkembangan, kemajuan, dan pencapaian pelajar dengan lebih persis.

Seterusnya , pentaksiran jasmani perlu menekankan perkembangan


individu berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara
individu. Dengan kata lain , semua perkembangan pelajar adalah penting.
Semua rekod pelajar yang diperolehi menjadi rujukan bagi menilai tahap kognitif,
afektif dan psikomotor setiap pelajar. Ciri yang seterusnya adalah pentaksiran
perlu menggalakkan penilaian kendiri kerana ia dapat melatih pelajar menilai
tahap ataupun kemajuan sendiri secara berterusan. Ini membolehkan pelajar
membuat tindakan susulan seperti memotivasikan diri mereka dalam
mengamalkan gaya hidup sihat dalam rutin harian. Pentaksiran juga haruslah
bersistem di mana ia merangkumi proses merancang, menentukan instrumen,
melaksanakan, menganalisis, merekod, melapor dan juga tindakan susulan.
Proses-proses ini sangat penting untuk diambil kira, kerana sistem yang baik
datangnya dari pengurusan yang terancang dan tersusun.

122
Pentaksiran Aktiviti Jasmani Berdasarkan Sistem Pentaksiran Penilaian
Kebangsaan (SPPK)

Aktiviti Jasmani adalah aktiviti melibatkan pergerakan tubuh badan yang


berkaitan dengan perkembangan fizikal dan kesihatan badan. Pentaksiran
Aktiviti Jasmani (PAJ) pula adalah proses mendapatkan maklumat tentang
perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan murid. Melalui pelbagai aktiviti
PAJ, maklumat tentang kecerdasan dan kesihatan murid dapat dikumpul. PAJ
ditaksir secara formatif, iaitu pentaksiran dilakukan sepanjang proses
pembelajaran melalui pemerhatian oleh guru dan juga rakan sebaya. Kemahiran
dan kebolehan murid sama ada yang wujud secara semula jadi (innate) atau
yang diperoleh (acquired) melalui aktiviti latihan dan gerak kerja yang boleh
dilihat melalui pergerakan atau perlakuan, akan ditaksir melalui PAJ. Aspek
jasmani yang tidak boleh dilihat seperti pengetahuan dan pemikiran pula tidak
ditaksir melalui PAJ tetapi ia boleh dinilai dengan menggunakan kaedah
pentaksiran yang lain seperti Pentaksiran Psikometrik melalui komponen Pintar
Jasmani (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2008).

PAJ menjurus kepada pentaksiran holistik yang berupaya meningkatkan


kualiti murid dari segi bina upaya insan (human capacity building) dan tumpuan
yang diberikan bukan hanya kepada keupayaan kognitif semata-mata tetapi juga
kekuatan dalaman yang boleh memastikan kebolehdidikan (educability),
kebolehlatihan (trainability), kebolehkerjaan (employability) dan kebolehpasaran
(marketability) yang tinggi pada masa akan datang. Kemahiran PAJ yang
berupaya merentasi kurikulum dapat memberi gambaran menyeluruh tentang
penguasaan ilmu dan penghayatan nilai-nilai teras (core values) yang dipupuk
melalui pendidikan iaitu:
i. Berketrampilan
ii. Berinovasi
iii. Berakhlak mulia
iv. Bertanggungjawab
v. Bersikap patriotik
vi. Keusahawanan

Tujuan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Di Sekolah

123
Di akhir pentaksiran, PAJ akan dapat menyediakan peluang kepada Murid Tahap
1 untuk mencapai beberapa tujuan seperti berikut:

Aktiviti Jasmani
 melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul.
 mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor.
 membina kecekapan semasa menggabungkan kemahiran dengan pelbagai
variasi pergerakan.
 memerihal pergerakan dan kemahiran motor yang dilakukan berdasarkan
prinsip mekanik.
 membina tahap kecergasan berasaskan kesihatan yang optimum.
 melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala.
 mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
 mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
 mempamerkan kemahiran insaniah yang sesuai dalam aktiviti fizikal.
 melaksanakan aktiviti dalam suasana yang seronok dan selamat.
 mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
 mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

Kesihatan
 menjaga kebersihan tubuh badan.
 mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat.
 mengenali ubat.
 mengurus emosi.
 menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain.
 menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan.
 mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit.
 menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, tempat awam dan tempat
permainan.

Selain itu, di akhir pentaksiran aktiviti jasmani yang dijalankan ini juga, ia dapat
memberi peluang kepada guru dan ibu bapa untuk mencapai tujuan berikut iaitu:
 menjadikan amalan gaya hidup yang sihat dan cergas sebagai budaya hidup
kepada murid.

124
 merekodkan kemahiran dan kebolehan murid dengan menggunakan
instrumen sedia ada yang mudah dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran
dan pembelajaran.
 menghasilkan pelaporan Murid Tahun 1 untuk dijadikan eviden dan
dokumentasi bagi membolehkan proses pengukuhan, pengkayaan dan
pemulihan ke atas murid dilaksanakan.
 menjadikan pelaporan sebagai panduan kepada pentadbir sekolah, guru dan
ibu bapa dalam usaha penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Pentaksiran Dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Antara instrumen pentaksiran dan penilaian yang sering digunakan di peringkat


sekolah ialah dengan kaedah senarai semak. Senarai semak adalah alat
pentaksiran yang mengandungi senarai item dan ia digunakan bagi menilai
kemahiran atau tingkah laku. Analisis daripada senarai semak ini menentukan
sama ada wujud kemahiran atau tingkah laku tertentu dalam diri murid yang
diperhatikan. Senarai semak disediakan bertujuan untuk untuk merekod dan
mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak berdasarkan hasil
pembelajaran. Kebiasaannya, senarai semak dibuat selari dengan pencapaian
atau hasil pembelajaran. Senarai semak sering menyediakan jawapan seperti
‘ada’, ‘tiada’ ataupun ‘kadangkala’. Pengelasan juga dibuat semasa melakukan
senarai semak seperti cemerlang, baik, sederhana ataupun perlukan bantuan. Ia
membantu memberi gambaran yang lebih tepat dan jelas berkenan pencapaian
individu kanak-kanak.

Antara langkah penyediaan yang perlu dibuat sebelum melaksanakan


pemerhatian menggunakan senarai semak ialah ia perlu disediakan lebih awal
sebelum pemerhatian dijalankan. Ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran
yang perlu dilihat atau dikesan kerana penyediaan awal akan menjadikan proses
penilaian lebih sistematik dan mencapai objektifnya. Selain itu, tingkah laku yang
ingin diperhatikan perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas dalam senarai
semak yang dibuat. Oleh itu, guru sebagai pemerhati perlu tahu kemahiran
murid yang ingin diperhatikan. Selain daripada itu juga, dalam senarai semak
hanya kemahiran penting yang ingin diperhatikan sahaja dinyatakan. Ini
membolehkan objektif pemerhatian yang lebih jelas dapat dicapai kerana jika

125
dicampuradukkan akan menyebabkan kekeliruan sekaligus menyulitkan proses
pemerhatian dan analisis.

Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani

Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJ) di peringkat sekolah dijalankan secara


berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dijalankan
mengikut kesesuaian guru dan kesediaan murid. Selain itu, ia juga boleh
dijalankan secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh beberapa
pihak tertentu seperti pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah mahupun
Jabatan Pelajaran Negeri. Daripada segi jangka waktu pentaksiran, guru boleh
mentaksir murid pada bila-bila masa sama ada di luar waktu sekolah, sewaktu
sukan, lawatan, gotong-royong dan sebagainya. Pelbagai kaedah untuk
mentaksir boleh digunakan oleh guru bagi memudahkan proses pentaksiran
seperti pemerhatian, soal-jawab, perbualan atau kuiz. Pentaksiran ini dijalankan
oleh guru serta rakan sebaya, sama ada secara berkumpulan atau secara
individu bersama guru atau murid lain. Proses untuk menjalankan pentaksiran
perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat sekiranya bilangan murid dalam
satu kelas atau sesebuah kumpulan adalah besar. Hal ini adalah kerana jika
bilangan murid terlalu ramai, masa yang agak panjang perlu diperuntukkan oleh
seseorang guru pendidikan jasmani untuk melakukan pentaksiran terhadap
sesuatu kemahiran.

Seterusnya, dalam merancang pelaksanaan pentaksiran, guru boleh


menggabungkan beberapa kemahiran dalam satu aktiviti yang dijalankan.
Dengan ini, ia sekaligus menjimatkan masa dan melancarkan tugasan guru
dalam mentaksir. Kemudian, segala hasil maklumat yang diperoleh daripada
pentaksiran yang telah dijalankan ke atas murid perlulah direkod secara
terperinci dengan menggunakan Borang Penskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ) dan
Borang Penskoran Aktiviti Kesihatan (BPAK) oleh guru yang mengajar subjek
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sebaik selepas pemerhatian. Peringkat
terakhir dalam pelaksanaan pentaksiran aktiviti jasmani adalah melapor
berdasarkan Borang Penskoran Aktiviti Jasmani (BPAJ) dan Borang Penskoran
Aktiviti Kesihatan (BPAK) bagi murid Tahap 1. Laporan dibuat sekurang-
kurangnya sekali dalam setahun atau satu semester, atau apabila diperlukan
oleh murid, ibu bapa atau pentadbir sekolah misalannya apabila murid bertukar

126
sekolah). Semua laporan pentaksiran perlu didokumentasikan dalam Portfolio
Murid sebagai eviden dan juga untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.

Aktiviti Jasmani

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah merupakan satu mata pelajaran wajib
yang perlu diajar di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pelaksanaan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan di peringkat sekolah rendah sebagai salah satu aspek penting dalam
Kurikulum Kebangsaan adalah wajar kerana ia mempunyai kepentingan tertentu serta
bermanfaat kepada perkembangan seseorang individu. Melalui pendidikan jasmani, pelbagai
aspek dapat diperkembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contohnya, JERIS
seseorang individu mungkin akan terjejas perkembangannya sekiranya murid mengabaikan
aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.

Pendidikan Jasmani dalam kurikulum sekolah rendah membantu membangun dan


meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran
dan pembelajaran pendidikan jasmani, ia dapat membantu murid membangunkan kemahiran
pergerakan asas, meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alat dan juga
tempat untuk beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah pula, pendidikan
jasmani membantu murid untuk menerokai kelemahan dan kelebihan diri. Ia sekaligus dapat
memberi peluang dan ruang untuk murid mengenali dirinya. Oleh itu, tahap kecergasan
murid dapat ditingkatkan melalui amalan dan pengetahuan Pendidikan Jasmani sejak dari
awal lagi. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan
Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan
menekankan aspek keselamatan.

127
Bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Sistem Pentaksiran
dan Penilaian Kebangsaan (SPPK). Dengan adanya sistem pentaksiran ini, guru dapat
menilai kemampuan murid serta penguasaan mereka dalam suatu kemahiran tertentu.
Setiap kelemahan yang dikesan pada individu akan diperbaiki dan bagi memastikan murid
dapat berkembang dengan lebih baik. Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJ) yang telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia juga adalah merupakan suatu proses
mendapatkan maklumat tentang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan murid.
Melalui pelbagai aktiviti PAJ, maklumat tentang kecerdasan dan kesihatan murid dapat
dikumpul. Pentaksiran Aktiviti Jasmani (PAJ) di peringkat sekolah dijalankan secara
berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai kesimpulannya, guru sebagai pendidik di sekolah tidak boleh mengambil


remeh dalam hal yang melibatkan aspek pendidikan jasmani dan kesihatan. Murid
seharusnya diberikan pendedahan dan peluang untuk menerokai kemahiran fizikal mereka
melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti jasmani di sekolah khususnya. Guru perlu
menanamkan dalam diri murid bahawa kesihatan adalah untuk sepanjang hayat dan ia perlu
diterapkan sejak daripada awal lagi. Selain itu, pentaksiran dan penilaian yang berterusan di
sekolah juga adalah amat wajar untuk dijalankan bagi memastikan seseorang individu
berkembang secara menyeluruh. Apabila kelemahan murid dikesan dari awal, guru
mempunyai masa untuk membantu memperbaiki kelemahan murid dalam sesuatu
kemahiran misalnya agar mereka mampu untuk hidup sihat dan mempunyai potensi diri yang
lebih baik pada masa akan datang.

(Lihat Lampiran 1 )

Ujian Dalam Pendidikan Jasmani

Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia
boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, prestasi tahap fizikal,
pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal. Menurut Borhan
Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses
mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang.
pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada
ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan
mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

128
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah
Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang


diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)”

Tujuan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

i. Memfokuskan kepada setiap individu


Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang
kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan
prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.
ii. Menentukan status semasa
Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.
iii. Pemilihan wakil
Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil
sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan
dilaksanakan dengan lebih saksama.
iv. Memotivasikan individu
Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi
kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian
disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang
itu menjadi hampa dan putus asa.
v. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan
jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu
berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah
strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.
vi. Membekalkan maklumat untuk kajian lain
Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.

129
Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian mental, ialah ujian yang digunakan untuk
mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu. Ujian ini
banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang 48 OUM.
pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796. Ujian ini terus berkembang apabila Galton,
pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental dan pencapaian
intelektual antara pelajar-pelajar genius.

Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental


termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak
terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak
menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini
belum mereka kuasai. Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang
potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian
tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau
institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet,
Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike. Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan
kepada:
1. Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan
2. Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor

1. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan


Kecergasan satu panduan hidup sihat mengutarakan konsep asas tentang kecergasan serta
startegi bagi mengatasai masalah kesihatan atau boleh menguji tahap kesihatan seseorang (
Wee Eng Hoe, 1997). Ujian bagi mementukan kesihatan fizikal atau jamani seseorang boleh
dibuat melalui ujian berikut:
i. Komposisi Badan (BMI)
Kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang
cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan
dan ketinggian.
Secara ringkas berat badan boleh dibahagikan kepada dua ; jisim tanpa lemak dan jisim
berlemak. Jisim lemak dinyatakan sebagai peratus berat badan. Sebagai contoh seseorang
yang mempunyai berat 70 kg dengan 35 peratus lemak akan memebawa 24.5 kg (35
peratus daripada 70 kg) lemak semasa bergerak.
Jisim tanpa lemak termasuk semua tisu dan organ selain lemak. Jisim lemak dibahagi
kepada lemak yang diperlukan untuk hidup dan lemak yang berlebihan. Jumlah lemak yang
diperlukan oleh setiap orang adalah 3 peratus untuk lelaki dan 12 peratus untuk wanita.

130
Indeks Jisim Badan (BMI) merupakan skala yang lazim diguanakn untuk menentukan
kegemukan seseorang. Formula dibawah digunakan:

Berat badan (kg)


Indeks Jisim Badan =
Tinggi (meter) X Tinggi (meter)

Jadual 1 : Indeks Jisim Badan (BMI)


Indeks Jisim Badan (BMI) Kateogri
<20 / (<18.5) Kurus (kurang berat)
20 – 25 / (18.5 – 24.9) Normal (ideal)
25 – 30 / (25 – 29.9) Gemuk (Berat Badan Berlebihan)
>30 Sangat Gemuk atau Obes

BMI yang dicadangkan untuk kumpulan umur berlaian adalah seperti berikut
Umur (tahun) BMI (kg/m²
19 – 24 19 – 24
25 – 34 20 -25
35 – 44 21 – 26
45 – 54 22 – 27
55 – 65 23 – 28
>65 24 - 29

Table Format
BMI 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 35 40
(kg/m)²
Tinggi Berat (Ibs.)
(inci)
58(4’ 10”) 91 96 100 105 110 115 119 124 129 134 138 143 167 191
59(4’ 11”) 94 99 104 109 114 119 124 128 133 138 143 148 173 198
60(5’ 0”) 97 102 107 112 118 123 128 133 138 143 148 153 179 204
61(5’ 1”) 100 106 111 116 122 127 132 137 143 148 153 158 185 211
62(5’ 2”) 104 109 115 120 126 131 136 142 147 153 158 164 191 218
63(5’ 3”) 107 113 118 124 130 135 141 146 152 158 163 169 197 225
64(5’ 4”) 110 116 122 128 134 140 145 151 157 163 169 174 204 232
65(5’ 5”) 114 120 126 132 138 144 150 156 162 168 174 180 210 240
66(5’ 6”) 118 124 130 136 142 148 155 161 167 173 179 186 216 247
67(5’ 7”) 121 127 134 140 146 153 159 166 172 178 185 191 223 255
68(5’ 8”) 125 131 138 144 151 158 164 171 177 184 190 197 230 262
69(5’ 9”) 128 135 142 149 155 162 169 176 182 189 196 203 236 270

131
70(5’ 10”) 132 139 146 153 160 167 174 181 188 195 202 207 243 278
71(5’ 11”) 136 143 150 157 165 172 179 186 193 200 208 215 250 286
72(6’ 0”) 140 147 154 162 169 177 184 191 199 206 213 221 258 294
73(6’ 1”) 144 151 159 166 174 182 189 197 204 212 219 227 265 302
74(6’ 2”) 148 155 163 171 179 186 194 202 210 218 225 233 272 311
75(6’ 3”) 152 160 168 179 184 192 200 208 216 224 232 240 279 319
76(6’ 4”) 156 164 172 180 189 197 205 213 221 230 238 246 287 328

Under healthy weight : BMI < 18.5, Healthy weight : BMI 18.5 - 24.9, Overweight : BMI 25 – 29.9

ii. Fleksibiliti (Jangkauan Melunjur)


Jangkauan melunjur adalah untuk mengukur fleksibiliti atau kelembutan. Fleksibiliti bertujuan
untuk membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang
minimum. Fleksibiliti atau kelembuatan ialah keupayaan menggunakan sendi-sendi dengan
sepenuhnya melalui satu rangkaian pergerakan. Goodsell (1994) mencadangkan 3 ujian
untuk menguji kelembutan (duduk jangkau, ekstensi bahu dan bengkok ke hadapan) seperti
berikut.
Duduk Jangkau. Caranya:
1. duduk berlunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak dibelakang penanda 23 sentimeter.
2 .kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
3. dagu rapat ke dada. hulurkan tangan ke atas dan kemudian ke hadapan. Tapak tangan
sebelah tangan diletak di atas belakang tapak tangan yang sebelah lagi, dengan jari-jari
tengah bertindan Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.
4. bengkok ke hadapan secara bernasur-ansur sambil menghembus keluar udara.
pergerakkan seharusnya licin tanpa enjuk. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3
saat tanpa menyentap.
5. pelajar diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor.
bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. ukur jarak dari jari tengah ke hujung jari
kaki.
Jadual 2 : pencapaian dan tindakan susul ujian duduk jangkau
Peringkat Pencapaian Tindakan Susul
Baik Hujung jari melepasi hujung kaki sebanyak Anda mempunyai
2.5 cm ( 1 inci) kelembutan yang baik.
Sederhana Hujung-hujung jari sama atau hampir sama Kelembutan boleh
paras dengan hujung kaki ditingkatkan lagi
Lemah Hujung jari kurang sebanyak 12.5 cm dari Perlu membuat senaman
hujung kaki rengangan dengan lebih
tekun lagi

132
gambar

Ekstensi Bahu
Caranya:
1. berdiri dengan kaki seluas bidang bahu. Badan teghak, perut dan pinggul ke hadapan
2. hulur tangan kanan ke atas, bengkokkan tangan dan biarkan tapak tangan menyentuh
belakang.
3. bengkokkan tangan kiri dan biarkan belakang tapak di belakang badan.
Jadual 3 : pencapaian dan tindakan susul ujian ekstensi bahu
Peringkat Pencapaian Tindakan Susul
Baik Hujung-hujung jari boleh dirangkaikan Anda mempunyai
kelembutan yang baik.
Sederhana Hujung-hujung jari boleh bersentuh Agak lembut, tetapi harus
lakukan senaman regangan
lebih kerap
Lemah Hujung-hujung jari berada sejauh 7.5 cm Perlu membuat regangan
(3 inci) anatar satu sama lain dengan lebih giat lagi

Gambar

133
Bongkok Ke Hadapan
Caranya:
1.duduk dengan kaki dibuka berbentuk ‘V’
2. hembus nafas bila membengkokkan ke hadapan
3. letak tapak tangan yang digenggam di atas satu sama lain
4. bengkok ke hadapan pada bahagian belakang. Berhenti bila terasa tegang
5. ukur jarak dari dada ke bahagian atas tangan genggaman tangan yang atas
Jadual 4 : pencapaian dan tidnakan susul ujian bongkokl ke hadapan
Peringkat Pencapaian Tindakan Susul
Baik Dada sekurang-kurangnya 2.5 cm (1 inci) Anda mempunyai
lebih rendah dari bahagian atas genggaman kelembutan yang baik.
tangan.
Sederhana Bahagian atas genggaman tangan Agak lembut, tetapi harus
menyentuh dada atau lebih kurang 5 cm (2 lakukan senaman regangan
inci) dari dada lebih kerap
Lemah Bahagian atas genggaman tangan lebih 30 Perlu membuat regangan
cm (12 inci) dari dada dengan banyak.

gambar

134
iii. Daya Tahan Kardiovaskular (Bleep Test)
Daya Tahan Kardiovaskular atau Aerob merupakan Keupayaan sistem kardiorespiratori
untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti
kerja yang ringan atau sederhana. Ujian yang akan digunakan bagi menguji daya tahan
kardiovaskular ialah ‘ujian menapak tiga minit ( the step test). Caranya:
1. berdiri lebih kurang 30 cm (12 in) dari bangku setinggi 20-25 cm (8-10in)
2. tangan cekak pinggang. Lutut bentkok sedikit, badan tegak.
3. menapak selama 3 minit secara berterusan (tapak kanak, tpak kiri naik dan tpak kanan,
tapak kiri turun)
4. duduk selama 3 minit dan ambil kadar nadi selepas 30 saat, selama 10 saat.
Jadual 5 : kadar nadi pulihan selepas 30 saat (ujian kardiovaskular)
Lelaki
Umur (tahun) Lemah Sederhana Baik Cemerlang
20 - 29 >102 86 – 100 76 – 84 ≤74
30 - 39 >102 88 – 100 80 – 86 ≤78
40 - 49 >106 90 – 104 82 – 88 ≤80
>50 >106 92 - 104 84 - 90 ≤80

Perempuan
Umur (tahun) Lemah Sederhana Baik Cemerlang
20 - 29 >112 94 – 110 88 – 92 ≤86
30 - 39 >114 96 – 112 88 – 94 ≤86
40 - 49 >116 98 – 114 90 – 94 ≤88
>50 >118 100 - 116 92 - 98 ≤90

gambar

135
iv. Kekuatan Otot (Standing Broad Jump)
Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). Kekuatan ialah
keupayaan otot mengekalkan pergerakan melawan rintangan. Kekuatan yang dimaksudkan
di sini terbahagi kepada kekuatan bahagian atas badan, bahagian tengah badan dan
bahagian bawah badan.
Ujian Kekuatan Bahagian Atas Badan.
Ujian : Tekan tubi, caranya:
1. tangan dan kaki di lantai, tangan dibuka seluas bdiang bahu, kaki rapat dan lurus
2. turunkan badan dengan membengkokkan tangan, turunkan badan sehingga sudut siku
adalah 90 darjah.
3. bahagian belakang sentiasa lurus.
Jadual 6 : kekuatan bahagian atas badan
Peringkat Lemah Sederhana Baik Cemerlang
Permulaan T/tubi berdiri 1-5 6 - 10 11 - 19 > 20
Sederhana T/tubi kotak 1-5 6 - 10 11 - 19 > 20
Baik T/tubi ¼ 1-5 6 - 10 11 - 19 > 20
Pakar T/tubi penuh 1-5 6 - 10 11 - 19 > 20

gambar

136
Ujian Kekuatan Bahagian Tengah Badan
Ujian : Pengekalan abdomen, caranya:
1. duduk dengan belakang lurus, lutut bengkuk, dan kaki dibuka seluas bahu, tapak rapat
ke lantai.
2. dengan perlahan gerakkan bahagian atas badan ke belakang. Tangan diluruskan dan
tapak tangan di atas lutut.
3. kekalkan keudukan dengan keuda-dua tapak tangan berada di atas lutut dan catakkan
tempoh masa bertahan.
Jadual 7 : kekuatan bahagian tengah badan
Peringkat Lemah Sederhana Baik Cemerlang
Permulaan 0–9 10 – 19 20 – 29 >30
Sederhana 20 – 29 30 – 39 40 – 49 >50
Baik 40 – 49 50 – 59 60 –79 >80
Pakar 60 - 79 80 - 99 100 - 119 >120

gambar

Ujian Kekuatan Bahagian Bawah Badan.


Ujian : duduk di dinding, caranya:
1. berdiri lebih kurang 60 cm (24 inci) dari dinding dengan kaki dibuka seluas bidang bahu
dan hujung-hujung jari kaki mengarah ke hadapan.

137
2. bengkokkan badan di bahagian pinggul dan di lutut supaya mencapai 90 darjah di pinggul
dan di lutut.
3. tapak tangan dipaha dan belakang menyentuh dinding.
4. kekalkan kedudukan ini seberapa lama yang boleh dan catatkan tmepoh masa bertahan.
Jadual 38: kekuatan bahagain bawah badan
Peringkat Lemah Sederhana Baik Cemerlang
Permulaan 20 – 29 30 – 39 40 – 49 >50
Sederhana 40 – 49 50 – 59 60 – 79 >80
Baik 60 – 79 80 – 99 100 –119 >120
Pakar 100 - 119 120 - 139 140 - 159 >160

gambar

v. Daya Tahan Otot (Variation Sit Up – 5 level sit-up test)


Keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi
satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.
Ujian : untuk mengukur kekuatan abdomen
Caranya:
lavel 1. berbaring menelentang dengan muka menghadap ke hadapan sambil bengkokkan
lutut 90 darjah kemudian bangun separa dengan hujung tangan lurus menyentuh

138
lutut
lavel 2. berbaring menelentang dengan muka menghadap ke hadapan sambil bengkokkan
lutut 90 darjah kemudian bangun separa dengan tangan lurus pastikan siku
menyentuh lutut.
lavel 3. berbaring menelentang dengan muka menghadap ke hadapan sambil bengkokkan
lutut 90 darjah , tangan berpeluk tubuh di atas dada, kemudian bangunkan badan
90 darjah.
lavel 4. berbaring menelentang dengan muka menghadap ke hadapan sambil bengkokkan
lutut 90 darjah , kedua-dua tangan disilangkan menyentuh hadapan bahu,
kemudian bangunkan badan 90 darjah.
lavel 5. berbaring menelentang dengan muka menghadap ke hadapan sambil bengkokkan
lutut 90 darjah , kedua-dua tangan disilangkan menyentuh belakang bahu,
kemudian bangunkan badan 90 darjah.
Jadual 9 : Daya Tahan Otot (kekuatan abdomen)
Mata Level Deskripsi
1 1 Sangat lemah
2 2 Lemah
3 3 Sederhana
4 4 Baik
5 5 Sangat baik

Rumusan Ujian Kecergasan Fizikal


Jenis-Jenis Ujian Pencapaian
Baik Sederhana Lemah
1. Daya Tahan Kardiovaskular
i..Ujian menapak
2. Kekuatan Otot
i. bahagian atas badan
ii. bahagaian tengah badan
ii. bahagian bawah badan
3. Flaxibiliti (Kelembutan)
i. Duduk jangkau
ii. Ekstensi bahu
iii.Bongkok ke hadapan
4. Daya Tahan Otot (Variation Sit Up
– 5 level sit-up test)

139
2. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Motor
i. Ketangkasan
Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan
tepat.
ii. Kuasa
Keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk
kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan.
iii. Imbangan
Keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada semasa
melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).
iv. Masa Reaksi
Masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk
berbuat demikian.
v. Kelajuan
Keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada
jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi.
vi. Koordinasi
Kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk
menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.

Standard Kecergasan Fizikal (Segak)


Sebelum ini dikenali sebagai Ujian Daya Tahan Asas (UDTA). Dirancang selari dengan
sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah. Ujian ini mengandungi empat aktiviti sahaja iaitu (Kementerian
Pelajaran Malaysia. 2013) :

Matlamat

Agar murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan kecergasan untuk meningkat
dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
(Lihat Lampiran 2 : Ujian SEGAK)

Kepentingan Pendidikan Jasmani Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, sosial, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

140
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” (Falsafah
Pendidikan Kebangsaan).

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan


perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.
Pendidikan Jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. Hal
ini demikian kerana, melalui Pendidikan Jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke
tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan
terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri
masing-masing. Pendidikan Jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan
keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu.

Guru perlu memahami dan menyedari kepentingan Pendidikan Jasmani supaya


aspirasi negara untuk melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek termasuk
jasmani. Pendidikan Jasmani membantu murid menjadi cergas, aktif dan berpengetahuan
melalui pemupukan kemahiran, nilai dan amalan kecergasan.

Bagi memenuhi aspirasi dan keperluan yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, guru perlulah memahami kepentingan Pendidikan Jasmani seperti berikut :

1. Kecergasan Fizikal
Program Pendidikan Jasmani amat penting bagi memberi peluang yang terbaik
kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang
bersesuaian dengan minat dan keperluannya.

2. Kemahiran Motor
Program Pendidikan Jasmani menjadi nadi menggerakkan kebolehan kanak-kanak
untuk menguruskan bahagian-bahagian anggota mereka dengan cekap dan
membina kemahiran motor yang sesuai dan berguna. Dengan maksud lain,
Pendidikan Jasmani berupaya mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Dalam masa pertengahan dan akhir
peringkat kanak-kanak, kemahiran motor mereka menjadi semakin halus dan lebih
halus berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya hanya seorang daripada
100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis melepasi jaring
manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat
memukul bola tangkis dengan lebih baik. Kebiasaannya kanak-kanak lelaki pada
peringkat pertengahan dan akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap
manakala kanak-kanak perempuan menunjukkan motor halusnya yang lebih cekap.

141
3. Kecekapan dalam Menguruskan Badan
Pendidikan Jasmani dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan
melalui senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara
berterusan. Pengurusan badan merujuk kepada kebolehan mengawal anggota
dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai.
Pengurusan badan merangkumi aspek penjagaan postur yang betul, kawalan dan
imbangan tubuh dalam sesuatu situasi, pengaruh ritma dalam pengendalian atau
pendalian pergerakan badan, koordinasi pergerakan yang cekap dan pergerakan
merentasi ruang.

4. Aspek Kemahiran dan Pergerakan Asas


Pendidikan Jasmani dapat membantu pengamalnya menguasai asas kemahiran
pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan tunjang
pembelajaran. Seorang kanak-kanak sewajarnya sudah menguasai kemahiran
lokomotor seperti berjalan, berlari dan melompat manakala kemahiran bukan
lokomotor seperti memusing, mengalih, membongkok, melunjur dan membina
bentuk-bentuk serta kemahiran manipulatif seperti menangkap, memukul,
menendang, mengelecek dan melontar.

5. Konsep Kendiri
Pendidikan Jasmani dapat membina imej kendiri yang realistik dan membentuk
konsep kendiri yang diingini menerusi aktiviti fizikal yang terancang.

6. Nilai dan Peribadi dalam Pendidikan


Pendidikan Jasmani dilihat dapat menjadi agen pembentukan sahsiah dan disiplin
diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat.

7. Membentuk Kognitif
Pendidikan Jasmani akan dapat melatih pelajar membuat keputusan yang bijak
dalam kehidupan.

8. Langkah-langkah Keselamatan
Pendidikan Jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid
meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.
Dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani, pelajar seharusnya ditanam dengan
sikap yang mengutamakan keselamatan bukan tertumpu pada diri sendiri tetapi juga
mementingkan keselamatan orang lain. Kebanyakan permainan dan sukan menjadi
berbahaya jika tidak dikendalikan dengan sempurna dengan bimbingan dan teknik
mengajar yang sistematik, soal keselamatan dalam Pendidikan Jasmani tidak akan

142
timbul. Penerapan kaedah mengaplikasikan pengetahuan keselamatan semasa
menyertai pelbagai kegiatan fizikal amat perlu.

Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran


perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang dan
sebagainya. Oleh yang demikian, kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam
kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.

Secara khususnya pentaksiran aspek jasmani mencakupi lima elimen berikut:


i. BMI (Body Mass Index).
Pentaksiran dibuat melalui merekedkan ketinggian dan berat badan bagi
menentukan tahap jisim badan.
ii. SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan)
Dibuat bagi mengukur tahap kecergasan pelajar
iii. Sukan
Pentaksiaran jasmani juga dibuat melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian
sukan dan permanaian di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan
antarabangsa.
iv. Kokurikulum
Pentaksiran kokurikulum juga dibuat melalui penyertaan, penglibatan dan
pencapaian sukan dan permanaian di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan
antarabangsa.
v. Ekstra Kurikulum
Pentaksiran ekstra kurikulum di buat melalui penyertaan dan penglibatan secara
sukaraela di sekolah dan luar sekolah.

143
144
Standard Ujian Kecergasan Fizikal (IPTA)

Universiti Teknologi MARA melalui Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi telah mereka bentuk
‘Borang Penilaian Temuduga Pelajar Program Diploma Pengajian Sukan’ (Physical Fitnessw
Test Informed Consent Form) bagi menilai tahap kecergasan fizikal calon pelajar. Ujian
kecergasan fizikal ini mengandungi:
1. Standing broad jump (kekuatan otot)
2. Agility T-Test (ketangkasan)
3. Variation sit up (daya tahan otot)
4. Bleep test (daya tahan kardiovaskular)
Ujian kecergasan fizikal yang digunakan sangat lengkap dan terperinci mengandungi
maklumat seperti; arahan,aktiviti, borang penilaian dan ukuran tahap kercergasan
seseorang (Norasudin Sulaiman, Hosni Hasan, Nagoor Meera Abdullah dan Norazhan Che
Lan, 2013)

Konsep Dan Contoh Pentaksiran Emosi

Emosi merujuk kepada suatu perasaan yang akan mempengaruhi tindak tanduk seseorang
(Kamus Dewan, 2005). Emosi adalah suatu ciri jiwa manusia yang mempamerkan
perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi seseorang dan emosi dapat
berlaku secara naluri bergantung kepada situasi.

Menurut Kamus Advanced Learner’s English-Malay Dictionary (2001) pula


menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih,
gembira, benci, takut dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional
Intelligence (1997), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di
bawah keadaan psikologikal dan biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza
untuk bertindak.

Berdasarkan huraian di atas, emosi merangkumi tiga komponen iaitu komponen


kognitif, komponen fisiologikal dan komponen behavorial. Komponen kognitif merujuk
kepada pengalaman yang subjektif di bawah keadaan sedar termasuk aspek penilaian.
Komponen fisiologikal pula ialah komponen yang merangsang dan membangkitkan badan
fizikal. Komponen behavorial pula merupakan ciri ekspresi yang ditunjukkan secara terbuka.
Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal, iaitu bahasa bukan
lisan (Mok Soon Sang, 2008).

145
Emosi sangat penting dalam meneruskan kelangsungan hidup. Jika emosi kita diurus
dengan baik setiap perkara yang dilakukan akan menjadi sesuatu yang bermanfaat. Namun
begitu, jika emosi tidak diurus dengan baik, ia akan menimbulkan masalah bukan sahaja
kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Perkembangan emosi berkait rapat dengan
perkembangan fizikal. Ciri perkembangan emosi remaja dapat dilihat apabila remaja mula
berminat dengan rakan sebaya yang berlainan jantina. Selain itu mereka mula merasa ingin
bersosial dan tindakan mereka adalah mengikut perasaan tanpa memikirkan kesan-kesan
yang akan terjadi.

Oleh hal yang demikian, selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
seorang pendidik harus tahu tentang emosi pelajar dan dapat mengawal dan mencegah
pelajar daripada perkembangan rohani yang tidak sihat. Pendidik sewajarnya bersifat
penyayang dan membantu pelajar serta membimbing pelajar menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan masalah emosi dan rohani bersesuaian dengan konsep kepimpinan
melalui teladan.

Goleman (1997) mengenal pasti lapan jenis emosi yang utama iaitu perasaan marah,
sedih, takut, gembira, sayang, hairan, benci dan malu. Di antara jenis emosi tersebut,
perasaan marah merupakan emosi yang seringkali timbul dalam perasaan manusia. Banyak
masalah yang distruktif berlaku jika perasaan marah tidak dapat dikawal (Mok Soon Sang,
2008). Dengan itu melalui pendidikan, nilai-nilai murni diterapkan merentasi kurikulum untuk
membentuk pelajar yang mampu mengawal emosi negatif mereka seterusnya menyalurkan
kemarahan mereka ke arah saluran yang sewajarnya.

Goleman (1997) berpendapat bahawa manusia bukan sahaja ada emosi tetapi juga
ada kecerdasan dalam emosi serta daya kecerdasan yang menimbulkan emosi. Gardner
(1983) dalam bukunya Frames of Mind mengenal pasti tujuh jenis kecerdasan manusia yang
mana dua di antaranya ialah kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal.
Kedua-duanya merupakan kecerdasan yang berkait rapat dengan emosi.

Menurut Gardner, kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan memahami orang


lain, manakala kecerdasan intrapersonal ialah kebolehan membentuk diri sebagai model
yang sesuai, dan dapat menggunakan model ini beroperasi secara efektif dalam
kehidupannya. Dengan kecerdasan interpersonal, pelajar akan berkebolehan memahami
orang lain yang berada di persekitarannya. Gadner meninjau bahawa kecerdasan
interpersonal pula terkandung keupayaan untuk menilai dengan teliti dan bertindak balas
secara berpatutan berdasarkan perasaan, pembawaan, motivasi dan keinginan orang lain.

146
Dalam kecerdasan intrapersonal yang berasaskan ilmu pengetahuan diri sendiri,
pelajar akan dapat menambah daya memperolehi perasaan diri, keupayaan
memperbezakan di antara perasaannya, dan seterusnya membuat pemilihan sebagai
panduan kepada mereka untuk bertingkah laku. Oleh hal yang demikian, pelajar harus
mengurus emosinya secara bijaksana dengan menggunakan kecerdasan emosi dirinya.
Hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek ini hanya akan
dapat dicapai menerusi gabungan holistik keempat-empat aspek tersebut untuk melahirkan
pelajar yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

Konsep Emosi

Remaja adalah satu peringkat perkembangan transisi dari alam kanak-kanak ke alam
dewasa. Peringkat ini dianggap paling tertekan kerana desakan untuk mengenali personal
kendiri memuncak, walaupun remaja belum cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab
sebagai seorang dewasa (Harper dan Marshall, 1991). Pada pertengahan remaja (15-17
tahun) masalah penyesuaian adalah paling ketara kerana tahap kebimbangan yang tinggi
berhubung dengan keinginan untuk berdikari dan membentuk identiti kendiri (Harper dan
Marshall, 1991).

Dalam penulisan Mullis dan Mullis (1992) menyatakan sensitiviti remaja lebih tinggi
berbanding orang dewasa di mana, mereka lebih peka kepada perubahan dan pekara-
pekara penting yang berlaku dalam kehidupan. Justeru itu, peralihan zaman dari kanak-
kanak kepada alam dewasa yang di alami oleh remaja memperlihatkan mereka melalui satu
peringkat kritikal kerana terpaksa berhadapan dengan perubahan dari segi persekitaran
sekolah, guru dan rakan sebaya. Secara tidak langsungnya, pekara-pekara ini akan
mempengaruhi imej kendiri remaja serta memberi kesan kepada penilaian kendiri mereka.

Peralihan peringat kehidupan yang perlu dilalui oleh remaja samada mereka
bersedia ataupun tidak memaksa mereka berhadapan dengan perubahan yang ketara dari
segi emosi kerana mereka harus melalui perubahan dalam biologikal, sosial budaya dan
psikologikal dan perlu menempuh cabaran kehidupan yang lebih hebat serta harus membuat
keputusan bagi setiap tindakan yang bakal mereka ambil. Penyataan ini di sokong oleh
Alzubaidi,A, Upton,G dan Baluch,B, 1998 dalam penulisan mereka di mana perubahan-
perubahan besar yang perlu dihadapi oleh remaja adalah merancang untuk kerjaya,
mengubahsuai konsep kendiri, kehidupan sosial dan hubungan dengan ibu bapa dari alam
kanak-kanak kepada alam orang dewasa. Dalam proses itu remaja mungkin terjerumus

147
dengan pelbagai masalah emosi yang berpunca daripada perubahan hormon (Steinberg
dalam Rohaty, 2001).

Penekanan unsur emosi dalam Falsafah Pendidikan Kebangasaan adalah untuk


melahirkan individu yang mampu mengawal pemikiran dan perasaan serta nafsu dalam
setiap keadaan dan situasi. Jasmani adalah unsur utama di dalam JERI dan ianya amat
berkait rapat dengan perkembangan emosi individu. Jasmani yang cergas dan sihat dapat
menzahirkan ke stabil dan ke matang emosi seseorang. Kesihatan dan kecergasan badan,
sesorang itu mampu membuat keputusan berdasarkan pemikiran rasional seterusnya
tindakan yang diambil juga berdasarkan penilaian yang betul, bukannya dari perasaan yang
tidak menentu.

Kestabilan dan kematangan emosi amat penting untuk dipupuk dalam diri seseorang
kerana sebarang keputusan bagi sesuatu situasi dibuat berdasarkan tahap emosi indivitu itu.
Jika emosi seseorang itu berada di dalam keadaan tidak stabil, mungkin dia akan membuat
keputusan yang tidak tepat yang memberi kesan bukan hanya kepada dirinya sendiri
malahan ia akan memberi kesan kepada orang di sekelilingnya. Banyak kes yang di
paparkan di dada akhbar tentang isu-isu salah laku remaja kini seperti penglibatan dalam
dunia kongsi gelap, pergaduhan sehinggakan ada yang sanggup membunuh di usia yang
muda hanya kerana salah faham kecil. Ini semua di sebabkan oleh pengaruh emosi yang
tidak sihat ketika seseorang itu membuat keputusan.

Konflik kendiri yang di alami remaja menyebabkan mereka terjebak dalam kancah
kegelapan. Remaja yang berhadapan dengan kepincangan institusi kekeluargaan sering
terlibat dengan pelbagai masalan sosial seperti seks bebas seterusnya masalah
mengandung luar nikah. Ini berlaku kerana kurangannya perhatian dan kasih sayang dari
keluarga menyebabkan emosi remaja ini terjejas dan mereka tidak dapat membuat penilaian
di antara betul atau salah. Jadual di bawah menunjukkan kes-kes pembuang bayi oleh
remaja Malaysia semakin membimbangkan.

Kes pembuangan bayi mengikut umur

Kes pembuangan bayi berdasarkan jantina bayi

148
Malaysia hari ini sering disajikan dengan pelbagai berita tentang pergolakkan antara
kaum. Isu ini amat membimbangkan kerana Malaysia amat di kenali di mata dunia sebagai
sebagai sebuah negara unit dengan rakyat majmuk yang hidup dibawah satu bumbung
begara. Apabila isu pertelingkahan kaum tercetus, secara langsung atau tidak langsung ia
akan menjejaskan reputasi negara serta keamanan dan perpaduan antara kaum. Isu malam
menjelang sambutan Kemerdekaan negara yang ke-55 jelas memperlihatkan kelemahan
tahap pemikiran remaja negara di mana mereka sanggup melakukan kacau bilau serta
menunjukan aksi-aksi yang tidak akan di lakukan oleh seseorang yang mempunyai emosi
yang stabil dan matang dengan menggantikan Jalur Gemilang kepada satu bendera yang
lain. Bendera merupakan maruah bagi sesebuah negara dan remaja-remaja ini telah
memcalarkan maruah negara tanah tumpah dengan memperlekehkan Jalur Gemilang. Ini
membuktikan bahawa mereka tidak berfikiran secara rasional serta tidak dapat mengawal
emosi ketika membuat penilaian dan keputusan.

Kenapa dan mengapa masalah seperti ini sering dilaporkan pada masa kini menjadi
perbualan dan tanda tanya banyak pihak. Apa yang kita dapat lihat adalah sikap tunding jari
dan menyalahkan antara satu sama lain tanpa memikirkan akar punca permasalahan ini.
Oleh sebab itu amat penting bagi seseorang individu itu mempunyai emosi yang mantap dan
stabil agar mereka mampu untuk membuat penilaian berlandaskan pemikiran yang rasional
dan emosi yang stabil.

Menurut Rahil Mahyuddin, Maria Chong Abdullah, dan Habibah Elias (2005),
menyifatkan remaja mengalami transfomasi peringkat perkembangan seseorang dari zaman
kanak-kanak ke zaman dewasa. Pada peringkat ini remaja akan mengalami perubahan
fizikal yang ketara berkaitan dengan akil baligh dan juga perubahan kognitif dan sosial yang
penting. Sigmund Freud di dalam penulisan Teori Perkembangan Psikoseksual menyatakan
terdapat lima peringkat perkembangan seksual seseorang. Pada peringkat terakhir iaitu
peringkat Genital, merujuk kepada remaja pada umur 12 tahun ke atas akan mengalami

149
Sturm und Drang yang membawa maksud tekanan keterlaluan dan stress. Pada peringkat
ini perubahan-perubahan biologikal dan persekitaran akan memperlihatkan remaja itu mula
tertarik kepada rakan berlainan jantina. Bagi yang berjaya mengatasi masalah pada tahap
ini akan memperoleh kehidupan yang normal seperti menyayangi dan boleh mampu bekerja
dengan produktif (Sprinthall dan Oja, 1998).

Oleh itu amat tepat unsur emosi diletakkan sebagai unsur kedua terpenting di dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana perkembangan emosi remaja perlu di beri
perhatiaan yang utama dalam mana kita mahu membentuk individu yang menyeluruh dan
mampu untuk menyumbang kepada negara. Melalui pendidikan yang menekankan
perkembangan unsur emosi ini, pelajar-pelajar mampu untuk mengawal perasaan serta
nafsu agar mereka tidak terlibat di dalam kegiatan tidak sihat. Pada peringkat ini remaja
mengalami pelbagai konflit dalaman dan luaran yang akhirnya menyebakan mereka
membuat keputusan berlandasakan nafsu dan pemikiran yang tidak matang. Maka
terjadikan kes-kes seperti seks bebas, pembuangan bayi dan macam-macam lagi masalah
sosial yang akan memusnahkan masa depan mereka serta negara.

Ciri Emosi

Emosi adalah suatu perasaan atau jiwa yang kuat terbit daripada perasaan dalaman
seseorang. Emosi juga dapat dilihat daripada ekspresi wajah, posisi dan gerak badan serta
nada suara seseorang sama ada sedih, marah atau ketawa (Shamsudin bin Mohd Sharif,
2009). Oleh itu unsur emosi meliputi perasaan jiwa yang kuat. Perasaan tenang dan tingkah
laku terkawal merupakan ciri emosi. Perasaan tenteram, damai, tabah dan sabar akan
membuatkan individu itu lebih yakin pada diri sendiri. Emosi yang dikawal dan diubahkan
untuk kebaikan akan membuatkan seseorang lupa terhadap tekanan yang dihadapi. Dengan
mengawal emosi negatif dan menjadikan hidup lebih gembira, seseorang akan dapat
meneruskan hidup dengan cemerlang. Murid yang berjaya mengawal dan emosi akan lebih
berkeyakinan, bekerjasama, mempunyai penampilan diri yang lebih baik dan dapat
meningkatkan daya ketahanan diri. Pelajar yang dapat mengurus perasaan dengan baik dan
mengendalikan urusannya secara efektif dengan orang lain akan dapat menikmati
kehidupan yang baik, efektif dan berkualiti. Pelajar yang sentiasa gembira akan menyimpan
banyak informasi dan melakukan kerja-kerja dengan lebih efektif daripada orang-orang yang
mempunyai perasaan kurang berpuas hati (Suppiah et al., 2007).

Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang juga merupakan ciri-ciri emosi.
Semua orang memerlukan kasih sayang. Memupuk perasaan kasih sayang amat penting
dalam kehidupan berkeluarga. Kasih sayang dapat dilahirkan melalui tingkah laku,
perhatian, persefahaman dan pengorbanan. Kasih sayang dalam keluarga akan

150
mewujudkan rasa tanggungjawab, hormat menghormati dan mengambil berat antara satu
sama lain (Shamsudin et al., 2009). Hasil daripada kasih sayang akan melahirkan generasi
yang berhemah tinggi dan menghormati orang lain. Hasil daripada kasih sayang juga dapat
membentuk murid mencapai kecemerlangan dan kejayaan. Konsep sekolah penyayang
merupakan konsep penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Sekolah Penyayang
direalisasikan supaya murid dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud
suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan terpikat dan terpanggil untuk ke
sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995 Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995).

Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan juga merupakan ciri-ciri penting dalam
unsur emosi. Semangat kekitaan ialah semangat yang ada dalam diri yang dikaitkan dengan
masyarakat tempat individu itu tinggal. Semangat kekitaan boleh membentuk individu yang
bertanggungjawab, bekerjasama dan sanggup mempertahankan masyarakat demi
kesejahteraan bersama. Masyarakat yang kukuh boleh dibentuk apabila anggota
masyarakat memiliki semangat kekitaan yang tinggi. Asas utama untuk membentuk
semangat kekitaan ialah perpaduan, pemuafakatan, kebajikan dan keselamatan. Perpaduan
ialah penggabungan atau penyesuaian kelompok masyarakat yang bergabung menjadi satu
dan sepakat dalam sesebuah negara. Semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan
anggota masyarakat membolehkan mereka hidup bersatu padu berasaskan sifat saling
memahami, bertolak ansur dan bekerjasama demi kepentingan hidup bersama. Semangat
perpaduan turut membolehkan masyarakat hidup dalam suasana yang aman damai tanpa
perasaan prasangka biarpun hidup dalam satu kelompok. Program anak angkat merupakan
satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia
berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan
negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh
pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat
mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah
persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga
menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.

Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian. Seni ialah hasil ciptaan sesuati
reka bentuk yang mempunyai hubungkait antara karya dan pelihat. Keindahan merujuk
kepada kecantikan dan keelokan yang dapat melahirkan hasil seni yang indah. Keindahan
sesuatu bahan yang dihasilkan dapat melahirkan perasaan yang gembira, senang dan
memuaskan jiwa seseorang. Seni membenarkan manusia berfikir dan berikhtiar dalam cara
yang tersendiri. Seni merupakan sumber kegembiraan dan keceriaan. Dalam aktiviti
kesenian, murid yang mengambil bahagian mestilah terdiri daripada pelbagai kaum. Amalan

151
ini dapat menjauhkan perasaan benci dan iri hati dalam kalangan pelajar berbilang kaum
(Ee Ah Meng, 1991) .

Oleh itu, dalam pendidikan murid seharusnya mempunyai kemahiran untuk


mengawal emosi kerana dengan emosi yang terkawal akan dapat meningkatkan prestasi
seterusnya mencapai kecemerlangan.

Dalam pentaksiran emosi, tiada satu kaedah yang standard untuk mengukurnya.
Cara dan soalannya tidak sama seperti pentaksiran yang melibatkan kognitif, kerana di
dalam pentaksiran emosi, tiada jawapan betul atau salah yang ditanyakan, ia cuma
berkenaan respon atau impuls pelajar. Emosi boleh diukur menggunakan pelbagai cara
samada melalui bentuk kualititatif atau kuantitatif, namun terdapat tiga pendekatan utama
untuk mengukur perubahan emosi iaitu meminta pelajar untuk menggambarkan emosi
mereka., mengamati prilaku mereka dalam situasi yang membangkitkan emosi dan
mengukur perubahan-perubahan yang terjadi dalam tubuh (fisiologi) sewaktu mengalami
pengalaman emosional. Dalam mentaksir emosi dengan kaedah kuantitatif, terdapat tiga
instrumen yang boleh mentaksir emosi iaitu, Psikogalvanometer (melihat kepada perubahan
elektrisis permukaan kulit kerana individu yang mengalami emosi akan mengeluarkan
keringat), kedua Sphygmomanometer (alat untuk mengukur tekanan darah) dan ketiga ialah
Lie detector (alat yang dapat mengukur samada individu tersebut bercakap benar atau
bohong, ia dicatat dalam polygraph). Namun kebiasaanya instrumen ini digunakan untuk kes
jenayah bukan untuk tujuan pendidikan.

Di peringkat pendidikan tertier ataupun universiti awam, pentaksiran emosi pelajar


boleh dilakukan secara tidak formal seperti mentaksir keadaan emosi pelajar melalui kaedah
pemerhatian semasa pelajar mengadakan sesi soal jawab sewaktu pembentangan. Selain
itu, pentaksiran juga boleh dilakukan oleh pensyarah melalui sesi refleksi terhadap
kerjasama rakan kumpulan dalam menyiapkan tugasan ataupun projek. Selain melalui
tugasan kursus, pensyarah juga boleh mentaksir emosi pelajar melalui borang soal selidik,
ia sebagai garis panduan untuk pemerhatian serta alat yang akan di gunakan untuk
merekod (pengukuran tingkah laku menggunakan skala pengkadaran (seperti di lampiran
1.1). Walaupun cara ini lebih empirikal, ia mempunyai kelemahan disebabkan cadangan
jawapan di dalam skala tersebut telah disediakan, dan ia berkemungkinan bukan jawapan
sebenar pelajar kerana terikat kepada beberapa cadangan jawapan yang disediakan.
Menurut Sherer (1995) dalam kajian nya What are emotions and how can they be
measured?, jika pengukuran yang diberikan terdapat beberapa cadangan respon,
kemungkinan ia memperngaruhi respon yang diberikan oleh respondan, untuk mengelakkan
perkara tersebut beliau mencadangkan penggunaan free respon format untuk mengukur

152
emosi individu, penggunaan kaedah ini sebenarnya ketepatannya lebih tinggi, namun
kaedah kualitatif ini juga mempunyai kelemahan kerana ia tidak empirikal dan tidak
mempunyai statistik.

Selain dari pentaksiran emosi konvesional (secara manual), terdapat pentaksiran


emosi secara maya (on line), dengan kemajuan teknologi jalur lebar, pentaksiran emosi
secara online boleh dilakukan bila-bila masa, ia dinamakan E-ujian emosi (Lampiran 1.2).
E-ujian emosi di laman sesawang membolehkan pensyarah mentaksir emosi pelajar
dengan cara meminta pelajar mengaksesnya di laman sesawang dan selain daripada itu,
pelajar sendiri mampu menguji keadaan emosi nya tanpa perlu ada pihak ketiga, dalam
konteks ini pihak ketiga adalah pensyarah. Namun cara ini masih lagi diragui oleh
sesetengah pihak tentang kesahan dan kebolehpercayaanya. Terkini, di negara barat,
mereka membina satu instrumen dalam bentuk visual dengan menampilkan ekspresi emosi
secara grafik dalam mentaksir dan mengukur emosi seseorang individu. Antara instrumen
jenis ini ialah LEMtool yang dibangunkan secara kerjasama oleh Huisman.G (University of
Twente) dan Van Hout.M (SusaGroup), di mana ia melibatkan lapan jenis ekspresi bahasa
tubuh (Lampiran 1.3 – Ujian Emosi) Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. (2007)..
Pentaksiran emosi digital media ini mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu cepat dan dapat
menjimatkan masa tanpa memerlukan literasi cadangan respon jika dibandingan dengan
pentaksiran literasi.

Namun ia juga mempunyai kelemahan di mana pensyarah mungkin terkeliru dalam


membaca ekspresi bahasa tubuh pelajar disebabkan isipadu kuliah yang besar dan sukar
mengenalpasti ekspresi emosi pelajar. Seperti yang dibincangkan di atas, pentaksiran emosi
boleh dilakukan secara manual (konvensional) atau pentaksiran maya ataupun dalam
bentuk kuantitatif atau kualititatif. Walaubagaimanapun, dapatan dari pentaksiran ini sangat
penting bagi pensyarah untuk mengetahui gambaran awal emosi pelajar-pelajarnya dalam
merancang pengkuliahanya dan seterusnya dapat membangunkan pendidikan berkesan di
peringkat universiti, ini adalah kerana kecerdasan emosi adalah penting bagi pelajar dan
dapat dilihat sebagai faktor yang boleh mempengaruhi proses pembelajaran. Menurut Mayer
et al. (1999) kecemerlangan individu bergantung pada kecerdasan emosinya, dengan kata
lain seseorang yang memiliki kecerdasan intelek menjadi lebih cemerlang apabila dia juga
memiliki kecerdasan emosi kerana kecerdasan intelek sahaja tidak dapat menjamin
kecemerlangan seseorang individu.

Untuk membuat penilaian terhadap emosi kanak-kanak, kami telah menyediakan


borang yang akan digunakan untuk melakukan soal selidik ke atas emosi kanak-kanak

153
dalam kelas. Borang ini akan digunakan sebagai panduan untuk mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan kanak-kanak dari semasa ke semasa.

Konsep Contoh dan Pentaksiran Rohani

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menuntut pembangunan menyeluruh potensi murid dari


aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Namun, penekanan kepada peperiksaan
menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih menjurus kepada menyediakan
murid untuk boleh menjawab soalan peperiksaan sahaja. Malah, sistem pentaksiran murid
sedia ada juga lebih mengarah kepada pentaksiran aspek intelek sahaja tanpa memberi
banyak tumpuan kepada penilaian pertumbuhan dan perkembangan potensi-potensi lain.
Disebabkan itu, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengenal pasti dan
memperbaiki kelemahan amalan sistem pentaksiran yang dilaksanakan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan
berkesan supaya insan yang dihasilkan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
memahami, menghayati dan seterusnya mengamalkan nilai dan norma kemasyarakatan
yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Maka, bidang ilmu yang
relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi
teras tunjang kepada kerohanian, sikap dan nilai yang akan dihasilkan.

Rohani mengikut Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. (2007). merujuk kepada
jiwa insan dan daya atau lebih tepat kepada kalbunya yang memberi suara hati. Nilai yang
dihayatinya akan menimbulkan kesedaran tentang apa yang betul dan apa yang salah, rasa
simpati dan seumpamanya. Pentaksiran rohani pelajar dinilai melalui beberapa cara untuk
memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai. Pelaporan
penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Pentaksiran ini
menghuraikan tahap kemajuan pelajar. Pelbagai cara digunakan untuk mentaksir rohani
pelajar iaitu melalui :
a. Pemerhatian
b. Senarai semak dan skala pemeringkatan
c. Temu bual

a. Pemerhatian

Melalui pemerhatian, guru dapat mengenal pasti dan mencatat ciri-ciri perkembangan
pelajar dari aspek rohani seperti menghayati nilai kebersihan fizikal dan mental, nilai harga

154
diri, kecintaan kepada Negara dan seumpamanya yang dapat mencerminkan aspek
berkenaan dalam diri pelajar tersebut.

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?

Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang
disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Melalui pemerhatian Cikgu Ahmad,
murid-murid didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.

Hasil penilaian : Pengajaran Cikgu Ahmad berjaya mencapai objektif yang dikehendaki.

b. Senarai Semak dan Skala Pemeringkatan

Senarai semak dan skala pemeringkatan boleh digunakan oleh guru untuk mentaksir aspek
rohani dalam kalangan pelajar. Guru perlu menyediakan senarai semak atau skala
pemeringkatan yang mengandungi unsur-unsur rohani yang ingin ditaksir. Sebagai contoh,
dalam Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) (Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, 2007).
guru menggunakan borang penilaian (Mohd.Azani Ghazali, 1999). seperti dalam lampiran.
Fardu ain bermaksud kewajipan yang dituntut oleh agama bagi orang perseorangan,
contohnya mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu, puasa, mengerjakan
haji dan sebagainya. PAFA mesti dijalankan ketika waktu Pengajaran dan Pembelajaran
berlangsung dan bukannya ditetapkan mengikut jadual peperiksaan. Berikut merupakan
contoh senarai semak dan skala pemeringkatan yang melibatkan aspek rohani pelajar (Lihat
Lampiran 4 : Ujian rohani)

Aspek rohani dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat penting dan mesti dititik
beratkan oleh warga pendidik khususnya. Untuk membentuk modal insan yang benar-benar
berkualiti, guru-guru perlu memastikan setiap pelajar mempunyai nilai-nilai murni dan
sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Pentaksiran aspek rohani di sekolah
yang melibatkan penilaian domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan nilai dan
sikap memerlukan kepada masa yang panjang untuk ditaksir.

Melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran, modal insan itu boleh disuntik nilai
tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Modal insan
yang ingin dihasilkan perlu mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta dan mempelopori teknologi baru, berdaya
tahan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang bersifat

155
dinamik. Kesimpulannya, aspek rohani dalam FPK dan pentaksirannya amat penting bagi
melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang mulia.

Konsep Dan Contoh Pentaksiran Intelek

Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat maksud intelek membawa maksud kemampuan (daya)
berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; manakala golongan (kaum) intelek
membawa maksud golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan
terpelajar; mengintelekkan menjadikan seseorang intelek.

Namun, menurut John Henry Newman (1801-1890) dalam Abdul Razaq Ahmad
(2005) menjelaskan pembangunan intelek menitikberatkan bahawa pertumbuhan intelek
tidak bergantung kepada penambahan pengetahuan semata-mata tetapi kepada
pengolahan pengetahuan itu oleh upaya rohani kita. Newman (1976) menjelaskan intelek
mempunyai ciri-ciri tertentu:
“It is not mere edition our knowledge that is the illumination; but the locomotive,
the movement onwards, of that mental centre, to which both what we know, and
what we are learning, the accumulating mass of our acquirements, gravitates.
Newman (1976, p.121)

Syed Hussin Alatas dalam Abdul Razaq Ahmad (2005) melalui hujah-hujah Newman
berpendapat intelek ialah kualiti pemikiran yang di perolehi berdasarkan keupayaan mental
yang dapat meningkatkan kesedaran dan pemahanan yang mendalam dan tujuannya
adalah untuk meluaskan pemikiran kita.

Jaafar Abd Rahim (2002) menerangkan kata intelektual adalah kata Inggeris yang
sepadan dengan kata Melayu yang bermaksud ‘cendekia’. Manakala orang yang
mengamalkan ‘hidup yang intelektual’ disebut sebgai golongan intelektual atau
cendekiawan. Dahulu kata cendekia berkait rapat dengan kata ‘pendeta’, ‘bestari’, ‘budiman’
dan ‘bijaksana’. Dari kata-kata tersebut lahirlah kata-kata ‘kependetaan’, ‘kebestarian’,
‘kepujanggaan’, ‘kebudimanan’ dan ‘kebijaksanaan’. Semua ini merujuk kepada pergulatan
ilmu dalam diri seseorang dan mereka sering dan tetap mencintai ilmu dan kebenaran.

Ciri-Ciri Intelek Dalam Pendidikan


Menurut Choong Lean Keow (2008), elemen intelek yang ditekankan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, individu
haruslah mempunyai ciri-ciri berikut yang memberikan tumpuan kepada daya berfikir iaitu :
a) Mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira

156
b) Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar

c) Berkemahiran berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif

d) Sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebar luaskan
ilmu) yang mana manfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.

Konsep Intelek Di Insitut Pengajian Tinggi

Mahasiswa yang mempunyai intelektualisme bererti mereka adalah golongan yang


terpelajar dan sentiasa menyuburkan ilmu sebagai fahaman mereka secara bersungguh-
sungguh dalam suasana intelektual yang murni (Abdul Razaq Ahmad, 2005). Abdul Razaq
Ahmad (2005), mahasiswa yang mempunyai intelektual yang tinggi akan memancarkan
ilmunya dan kebenaran biar apa sekalipun melalui:
a) Percakapannya
b) Pemikirannya
c) Penulisannya
d) Pembawaannya
e) Penerapan dalam kehidupannya

Proses pembudayaan ilmu dalam diri mahasiswa tetap subur selagi ditekuni,
dinikmati dan dimantapkan dalam diri. Proses ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara
antarnya berfikir secara kreatif dan kristis dan amalan membaca yang tidak pernah
mengenal jemu. Perolehan ilmu ini tidak terbatas hanya di institut pengajian tinggi tetapi
terus berkembang walaupun mereka telah tamat pengajian. Ini bermakna mahasiswa yang
menerapkan pembudayaan ilmu di dalam jiwa mereka akan tetap berusaha memperoleh
ilmu dan mengangkat tinggi martabat ilmu dan berkongsi ilmu tersebut bersama
masyarakatnya.

Mahasiswa yang mantap budaya ilmu dan intelektualannya akan berperanan


sebagai pengembang ilmu. Mereka seharusnya sentiasa berusaha menambahkan ilmu yang
terkini, sentiasa membuat percubaan dan mempunyai sikap positif dan kreatif serta menjadi
sumber kepada diri dan kepada masyarakatnya.

Penilaian Intelek di Institusi Pengajian Tinggi

157
Bidang pendidikan menjadi nadi utama dalam menggerakkan pembangunan sesebuah
negara. Pertumbuhan pesat institusi pengajian tinggi penting bukan sahaja berperanan
untuk melahirkan seseorang yang memiliki ilmu dalam sesuatu bidang tertentu, tetapi yang
lebih penting seseorang yang mempunyai kemahiran insaniah seperti kemahiran berfikir,
berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah dan kemahiran lain yang
amat perlu dalam dunia pekerjaan pada abad ke 21. Institut pengajian tinggi menjadi
landasan utama dan medan untuk melahirkan tenaga kerja yang produktif dan profesional
bagi menggerakkan segala mekanisme dan jentera pembangunan yang digarap oleh teraju
kepimpinan kita. Dengan kata lain, institusi ini menyediakan pekerja yang berkemahiran dan
profesional untuk menggerakkan agenda pembangunan negara.

Laporan statik pelajar oleh Kementerian Pengajian Tinggi, pada tahun 2007 sahaja,
hampir 211, 532 pelajar melanjutkan pelajaran ke pelbagai peringkat di institut pengajian
tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, politeknik dan kolej komuniti (Jadual 1).
Perangkaan dari ini juga mendapati terdapat peningkatan terhadap jumlah kemasukkan
pelajar ke insitusi pengajian tinggi dari tahun 2002 ke tahun 2007. (Jadual 2). Pertambahan
bilangan pelajar ini ke institut pengajian tinggi adalah antaranya bertujuan melahirkan lebih
ramai golongan intelek agar segala matlamat negara akan mencapai wawasannya.

Prof Dato’ Dr. Syed Hussin Alatas menjelaskan dalam Abdul Razaq Ahmad (2005)
pembangunan intelek berkait rapat dengan pendidikan liberal atau pendidikan umum.
Pendidikan umum ini tidak mempunyai pragmatik seperti bidang-bidang professional dan
vokasional yang lain yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan pekerjaan sahaja.
Pembangunan intelek ini juga merangkumi tujuan yang luas untuk kesejahteraan kehidupan
keseluruhannya. Dua aspek utama pendidikan liberal atau umum ini ialah pembentukan
intelek dan ilmu asas dan bergantung kepada konteks semasa (Abdul Razaq Ahmad, 2005).
Di Malaysia, kursus kenegaraan ditawarkan di institut pengajian tinggi sebagai komponen
pendidikan umum/liberal yang diintegrasikan dengan sejarah dan falsafah pendidikan Timur
dan Barat. Terdapat banyak subjek-subjek ditawarkan sebagai subjek liberal berdasarkan
falsafah dan pembangunan Malaysia. Melalui kursus ini bukan sahaja menyediakan pelajar
untuk mendapatkan pekerjaan tetapi dapat membangunkan kesedaran intelektual dan
kemanusian. Pendidikan liberal ini tidak memberikan pengetahuan kemahiran khusus untuk
mendapatkan pekerjaan dan segulung ijazah. Walaupun pendidikan umum ini hanya
sebahagian kecil dari pendidikan di universiti tetapi ia memainkan peranan yang penting
dalam membina personaliti pelajar secara menyeluruh.

158
Melalui kursus-kusus liberal dan umum ini, penilaian dilakukan untuk melihat tahap
penguasaan pelajar terhadap ilmu tersebut. Walaupun kursus-kursus ini tidak tertumpu
dalam membentuk kemahiran professional, namun penilaian ini perlu agar pelajar tidak
sekadar hanya datang ke dewan kuliah dan mendengar, tetapi memahami dan menguasai
ilmu yang di sampaikan oleh pensyarah. Di insitut pengajian tinggi, setiap sesi pengajian
mengandungi dua semester dan semua pensyarah menawarkan kursus yang dapat menilai
pencapaian pelajar secara berterusan. Pembangunan kurikulum di institut pengajian tinggi
dilakukan secara menyeluruh dan seimbang bermatlamat untuk melahirkan siswazah yang
serba boleh dan berdaya saing dalam pasaran tenaga kerja. Penilaian memainkan peranan
penting dalam pendidikan.

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan
tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan
diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil
pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan
oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu
penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan
pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam
keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh
penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada
akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan
melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah
dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan
dan penempatan graduan ke alam pekerjaan. Sebahagian besar penilaian di institusi
pengajian tinggi melibatkan ujian pensel dan kertas. Penilaian ini kebiasaannya membawa
peratusan yang besar terutama bagi program pra siswazah. Peratusan yang diamalkan
dalam penilaian sumatif kebiasaannya berada dalam lingkungan 50% – 70%. Pemberatan
penilaian sumatif bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh fakulti.

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar
dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar
telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran
baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya
punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan

159
samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan
rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di universiti. Memandangkan laporan
penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit
pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau
“tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai
digredkan.

Gambar hiasan: Penilaian sumatif diadakan setiap akhir kursus yang ditawarkan di institut
pengajian tinggi.

Penilaian formatif merupakan penilaian yang dilakukan secara berterusan dalam


tempoh sesuatu semester. Pelbagai bentuk penilaian seperti penilaian autentik, penilaian
kompetensi, penilaian proses dan produk dan penilaian kemahiran afektif boleh digunakan.

a. Penilaian Autentik
Prestasi pembelajaran pelajar sangat penting bagi menilai keberkesanan pengajaran di
universiti. Banyak jenis kemahiran yang pelajar boleh perolehi semasa pengajaran dan
pembelajaran di universiti. Sesetengah kemahiran memerlukan pelajar menguasai maklumat
melalui hafalan, mengingat formula, menyebut tarikh peristiwa sejarah dan merumus prinsip.
Kemahiran lain memerlukan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran berterusan
semasa menyelesaikan sesuatu masalah matematik, diagnos dan membedah pesakit serta
merancang dan membina jambatan. Untuk menilai kemahiran berkenaan, pensyarah perlu
menggunakan tugasan yang memerlukan pelajar menunjukkan kebolehan melakukan aktiviti
yang lebih realistik. Sebahagian kemahiran pembelajaran pelajar sesuai ditaksir dan diukur
dengan menggunakan ujian berasaskan kertas dan pensil. Namun, sebahagian kemahiran

160
khususnya yang melibatkan pertimbangan, pemikiran kritikal dan analitikal serta pembuatan
keputusan sesuai ditaksir dengan menggunakan ujian prestasi yang mengukur dan
mentaksir kemahiran berkenaan dengan menggunakan teknik dan cara penilaian yang lebih
autentik.
b. Penilaian Kompetensi
Ujian prestasi boleh digunakan secara berkesan bagi mengukur kompetensi pembelajaran
pelajar. Pensyarah boleh menggunakan ujian prestasi bagi menilai kompetensi
pembelajaran kognitif yang rencam di samping mentaksir sikap dan kemahiran sosial yang
dikuasai oleh seseorang pelajar semasa melakukan kemahiran sains, sosial atau matematik.
Pensyarah boleh mengadakan situasi yang membolehkan kemahiran pelajar dalam sesuatu
tugas dicerap dan diperingkat secara langsung semasa pelajar menganalisis,
menyelesaikan masalah, melakukan eksperimen, mengukur dan merekod data, membuat
keputusan, bekerjasama dengan rakan pelajar, membentangkan hasil serta menghasilkan
sesuatu produk pembelajaran. Situasi sebegini merangsang aktiviti dunia sebenar di luar
dewan kuliah dan makmal yang bakal dihadapi oleh pelajar dalam alam pekerjaan dan
kehidupan bermasyarakat.

c. Penilaian Proses dan Produk


Ujian prestasi boleh juga digunakan secara berkesan bagi mentaksir proses pembelajaran
pelajar, hasil pembelajaran pelajar atau kedua-dua proses dan hasil secara serentak. Pelajar
boleh menjawab soalan-soalan tugasan pensyarah dalam pelbagai bentuk sama ada
secara individu atau kumpulan melalui tugasan penulisan, tugasan lisan atau pameran.

d. Penilaian Berterusan
Selain ujian prestasi yang melibatkan prestasi yang berlaku di luar konteks sesuatu
pelajaran dan diselesaikan pada akhir semester atau semasa tempoh peperiksaan,
pensyarah boleh menggunakan ujian prestasi sebagai sebahagian daripada proses
pengajarannya secara berterusan. Ujian prestasi yang dibina dengan baik boleh dijadikan
sebagai aktiviti pengajaran dan juga pentaksiran.

e. Penilaian Afektif
Pensyarah boleh menggunakan ujian prestasi bagi menilai kemahiran afektif dan sosial
pelajar. Ujian prestasi bukan sahaja boleh digunakan untuk menaksir kemahiran kognitif
peringkat tinggi malah boleh digunakan bagi mentaksir hasil pembelajaran bukan kognitif
seperti arah kehidupan pelajar, kebolehan berkerja dengan orang lain dan kesedaran sosial
pelajar. Ujian prestasi seperti ini sangat berguna bagi mentaksir kemahiran prestasi bagi

161
pelbagai tugas yang rencam yang melibatkan pelbagai kebolehan mengingat maklumat,
membina konsep, membuat generalisasi dan menyelesaikan masalah di samping
mempamerkan tabiat pemikiran dan tingkahlaku individu yang dikenali sebagai kemahiran
interpersonal atau sosial yang amat ditekankan dalam pendidikan universiti dewasa ini,

Jelaslah apa sahaja bentuk penilaian di institut pengajian tinggi bukan sahaja untuk
menguji dan melihat penguasaan ilmu pelajar tetapi juga menjadi kayu pengukur kepada
tahap perkembangan potensi dan perkembangan peribadi pelajar. Mahasiswa yang
cemerlang pastinya seorang yang berilmu dengan segala ketrampilannya dalam pelbagai
bidang dipelajari di universiti serta mencari ilmu tanpa jemu dan sehingga menempuh alam
pekerjaan seterusnya dapat berkongsi segala ilmu dengan masyarakatnya dan akhirnya
membantu pembangunnan negara untuk merealisasikan wawasannya.

Mengukur kecerdasan IQ

1. Alfred Binet dan Theodore Simon

Strenberg, R. J. Dan Powell, J. S. (1982) telah mencipta kaedah bagi mengukur kecerdasan
IQ. Kecerdasan semakin mendapat dimensi saintifik apabila terdapat usaha-usaha untuk
mengukur kecerdasan. Pada tahun 1905, dua orang pakar psikologi Perancis, iaitu Alfred
Binet dan Theodore Simon telah memperkenalkan ujian kecerdasan pertama kepada kanak-
kanak (Strenberg, R. J. Dan Powell, J. S., 1982). Tujuan mereka ialah untuk mencipta satu
cara mengukur yang boleh dijadikan sebagai kayu ukur yang objektif bagi menetukan
prestasi kanak-kanak (LeDoux, J., 1996). Dengan ujian tersebut mereka berharap dapat
menentukan bentuk pendidikan yang akan ditemui oleh kanak-kanak sama ada dididik di
sekolah umum, di institusi yang tertentu ataupun dikelas-kelas tambahan bagi kanak-kanak
yang lembab. Binet menjalankan ujiannya berdasarkan kepada perkara-perkara tertentu
mengikut kewajaran umur kanak-kanak itu. Binet mengemukakan konsep usia mental 8 di
dalam usahanya untuk mengukur kecerdasan kanak-kanak itu. Misalnya, pada usia enam
tahun, kanak-kanak didapati boleh mengenali benda-benda berlainan tetapi serupa
kegunaanya. Jika kanak-kanak yang berumur empat tahun (umur jasmani) sudah mampu
melakukan kegiatan mental kanak-kanak yang berusia enam tahun seperti mengenali
benda-benda berlainan tetapi berhubungan maka umur mental kanak-kanak yang berusia
empat tahun itu adalah enam tahun.

2. Lewis M. Terman

162
Ujian Binet – Simon ini telah dibaiki oleh pakar psikologi dari Stanford University, Amerika
Syarikat, iaitu Lewis M. Terman pada tahun 1916. Beliau telah mengemukakan sejenis ujian
yang dikenali sebagai IQ Stanford – Binet. IQ (Intelligence Quotient) adalah satu indeks
ukuran kecerdasan. Sebenarnya, konsep IQ untuk menilai pertumbuhan mental kanak-
kanak telah bermula daripada pakar psikologi Jerman yang bernama Stern pada tahun
1912. Stern mendapati bahawa apabila umur kanak-kanak itu meningkat, maka umur
mentalnya juga turut meningkat. Justeru itu, berkemungkinan untuk mendapat nisbah
apabila umur mental dibahagi dengan umur jasmani. Konsep nisbah ini dikonkritkan oleh
Terman apabila beliau mencipta satu formula baru untuk mengira IQ, iaitu usia mental
dibahagikan dengan usia jasmani dan didarab dengan 100. Formula Terman boleh
dikonkritkan seperti berikut.

Sebagai contoh, seorang anak dengan usia mental 12 dan usia kronologi 10 akan
mempunyai IQ sebanyak 120 (12 / 10 x 100).

Lewis terman (1916) mengembangkan idea asal dari IQ dan dicadangkan untuk
mengelaskan skala ini berbentuk skor IQ:
 Lebih dari 140 – Genius
 120-140 - Sangat cerdas
 110-119 - Superior cerdas
 90-109 – normal atau kepintaran sederhana
 80-89 – kepintaran sederhana rendah
 70-79 – bodoh
 Di bawah 70 – terencat akal

Berdasarkan formula ini, Terman telah menjalankan kajian untuk mencari jawapan kepada
satu persoalan, iaitu adakah benar IQ kanak-kanak itu ada hubungnya dengan kejayaan
ataupun kegagalan intelek apabila mereka dewasa. Dalam kajiannya yang telah dibukukan
bertajuk Genitic studies of genius (1925 – 59) terkandung dalan lima jilid, Terman telah
mengkaji 1500 orang kanak-kanak genius yang mempunyai IQ 140 dan beliau mendapati
bahawa kanak-kanak yang cerdas cenderung menjadi orang yang berjaya apabila dewasa.

163
Misalnya, kebanyakan mereka menjadi golongan profesional dan ramai yang menjadi ahli
sains, peguam, ahli bank dan usahawan yang terkenal ( Ainon dan Abdullah 1996, 225 ).

3. David Wechsler
David Wechsler mencipta ujian kecerdasan berdasarkan item yang sesuai dengan tahap
umur. Terdapat tiga jenis ujian kecerdasan utama yang telah diperkenalkan oleh Wechsler
iaitu Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS), Wechsler Intelligence scale for Children
(WISC), dan Wechsler Pre-school and Primary Scale of Intelligence (WPPSI). Ujian
kecerdasan untuk Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS) bagi yang berumur 16 tahun
dan ke atas. Manakala Wechsler Intelligence scale for Children (WISC) adalah bagi kanak-
kanak berumur 7-16 tahun dan Wechsler Pre-school and Primary Scale of Intelligence
(WPPSI) adalah dicipta untuk menguji tahap kecerdasan bagi kanak-kanak yang berumur 3-
7 tahun (Wechsler, 1949).`

3.1 Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS)


The Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS) adalah ujian kecerdasn yang pertama dicipta
oleh Wechsler. Ia telah diterbitkan pada bulan februari 1955. Ujian kecerdasan ini adalah
sebagai semakan daripada The Wechsler-Bellevue Intelligence Scale. WAIS adalah ujian IQ
adalah kecerdasan yang paling popular mengadar skala. Ujian kecerdasan WAIS mengukur
kosa kata, geometri dan kemampuan visual-ruang. Ianya juga diperlukan ke akaun
pengetahuan umum, kesedaran sosial dan kenangan jangka pendek. Ujian IQ ini adalah
untuk mengkelaskan kecerdasan manusia dari 16-74 tahun dan ke atas.

3.1.1 Bagaimana Kerja Ujian Kecerdasan Wais?


Ujian WAIS IQ terdiri daripada dua skala utama iaitu skala verbal dan skala prestasi. Skala
verbal mengukur enam kemampuan verbal iaitu kosa kata, aritmetik, maklumat,
pemahaman, digit span dan persamaan dan ketidaksamaan objek. Manakala, skala
pengukuran prestasi mengukur kebolehan melakukan dalam lima iaitu melengkapkan
gambar, menyusun gambar, rekabentuk blok, simbol digit dan persembahan objek.

3.1.2 Skala Ujian IQ Verbal


Ujian ini menganalisis kebolehan kita dalam kosa kata, aritmetik, maklumat, pemahaman,
digit span dan persamaan dan ketidaksamaan objek. Keputusan ujian adalah sangat
bergantung kepada latihan kemahiran, budaya pendidikan, keadaan sosial-ekonomi dan
keadaan fikiran kita semasa ujian dilakukan.

a) Kosa kata

164
Ujian kecerdasan WAIS menguji pemahaman seseorang terhadap maksud dan hubungan
antara perkataan ekspresif. Ia melibatkan buah fikiran seseorang terhadap sesuatu benda
atau situasi untuk memberikan makna terhadap perkataan lisan atau bertulis. Ujian IQ
Wechsler umumnya menganggap bahawa bahasa asli seseorang itu adalah Bahasa
Inggeris. Namun, jika bahasa Inggeris bukanlah bahasa asli kita atau kita berbeza dengan
orang lain dalam budaya, IQ kita boleh berubah-ubah. Selain itu, pendidikan, pengalaman
dan gaya hidup juga menyumbang untuk lebih mendapat skor yang lebih dalam ujian.

b) Aritmetik.
Ujian IQ WAIS menawarkan masalah aritmetik sederhana untuk mengenalpasti kepekaan
mental. Sub-ujian ini biasanya disebut ujian IQ matematik apabila diberikan secara
berasingan. Ini memfokuskan pada konsentrasi, perhatian dan penalaran geometri. Soalan
diberikan dengan cara bercerita dan kita diminta untuk memberi alasan secara aritmetik
untuk menjawabnya. pendidikan, minat dan praktis memainkan peranan besar dalam
keputusan ujian IQ. Bila kita mempunyai interaksi kehidupan sehari-hari dengan aritmetik
atau praktis seperti soalan dan puzzle, kita akan mempunyai IQ lebih baik berbanding
dengan orang yang tidak melakukan perkara tersebut.

c) Maklumat
Dengan sub-ujian ini, ia mengukur tahap pengetahuan umum seseoarang. Ini memfokuskan
terhadap kemampuan seseorang untuk memahami maklumat sederhana dengan betul.
Budaya, pendidikan, tempat tinggal dan pengalaman kehidupan seseorang sangat
mempengaruhi penilaian ujian IQ. Soalan yang diberikan adalah berasal dari suatu budaya
tertentu untuk mengetahui pencapaian pengetahuan umum seseorang tersebut.

d) Pemahaman
Melalui sub-ujian ini, ujian IQ WAIS mengukur kesedaran sosial dan akal seseorang. Ia
mengutamakan kepada sosial dan konsep seseorang tehadap nilai-nilai budaya. Apabila
ujian ini diberikan kepada penduduk Amerika Syarikat, skor IQ yang didapati adalah rendah.
Keduanya, tiada calon yang ingin menjawab soalan ini dalam keadaan masyarakatnya
menolak. Contohnya, kita akan ditanya tentang reaksi untuk mencari beg yang penuh
dengan wang. Kita mungkin memerlukan beg dalam hati kita, tetapi kita akan ingin jawapan
sebagai tuntutan masyarakat. Ia adalah satu tuntutan yang berbeza dimana hati dan akal
berlainan pendapat. Ini menyukarkan keputusan untuk dibuat.

e) Digit span

165
Dalam sub ujian ini, ujian IQ WAIS menguji auditori memori pendek, kosentrasi dan dan
perhatian. Dalam ujian ini, kita diberi satu rangkaian nombor dan diminta untuk mengulang
nombor tersebut pada mulanya daripada hadapan dan kemudian belakang. Apabila kita
membilang dengan penuh perhatian, tenang, dan minda yang segar, peratusan ujian IQ
akan meningkat. Walaubagaimanapun, jika swebaliknya berlaku iaitu jika kita dalam
keadaan cemas, tegang, dan tertekan, nilai ujian IQ akan jatuh dengan teruk.

f) Persamaan dan ketidaksamaan objek


Sub-ujian ini menguji penalaran abstrak dan kekuatan buah fikiran. Dalam ujian ini, kita akan
diberikan satu objek yang berbeza untuk mengenalpasti persamaan abstrak antara objek
tersebut. Ujian ini juga adalah melibatkan pengaruh budaya.

Ujian IQ WAIS sentiasa diperbaharui mengikut keperluan dan kesesuaian.


Walaubagaimanapun sub-ujian yang dijalankan adalah sama. Ianya mungkin ada
penambahan yang lebih mendalam terhadap setiap sub ujian. Pembaharuan yang dilakukan
adalah berperingkat. WAIS-R adalah pembaharuan daripada WAIS. WAIS-R diterbitkan
pada tahun 1918. Selepas itu, WAIS-III yang doterbitkan pada 1997. Ujian ini memberikan
nilai untuk Verbal IQ, Prestasi IQ, dan Skala Penuh IQ, bersama-sama dengan empat indeks
sekunder ( Pemahaman Verbal, Kerja Memori, Perseptual Organisasi, dan Kelajuan
Pemprosesan).

Pada tahun 2008, ujian IQ WAIS-IV diterbitkan. WAIS-IV terdiri daripada 10 subjek
teras dan lima subjek tambahan, dengan inti yang terdiri daripada 10 subjek Skala IQ
Penuh. Dengan-WAIS baru IV, sub-skala prestasi verbal dari versi sebelumnya telah
dihapuskan dan diganti dengan nilai indeks. Indeks Keupayaan Umum (GAI) dimasukkan,
yang terdiri daripada persamaan, kosa kata dan subjek Informasi dari Indeks Pemahaman
Verbal dan Rekabentuk Blok, Penalaran Matrix dan subjek Visual Puzzle dari Indeks
Penalaran perseptual. The GAI secara klinikal berguna kerana ia boleh digunakan sebagai
ukuran kemampuan kognitif yang kurang terdedah terhadap penurunan nilai.

Pernyataan Masalah
Pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia memerlukan satu alat ukur yang standard
atau satu perisian (software) yang secara khususnya untuk mentaksir JERI (Jasmani,
Emosi, Rohani Dan Intelek). Pentaksiran JERI di buat adalah selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memaktubkan …. memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

166
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara matlamat utama pendidikan negara
adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi Jasmani, emosi,
rohani dan intelek, berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Oleh itu,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus difokuskan kepada pencapaian hasil
pembelajaran dalam empat domain utama; kognitif (pengetahuran), psikomotor (kemahiran
fizikal), efektif dan sosial. Namun, sistem pendidikan yang sedia diamalkan hanya boleh
dianggap berjaya dalam memberikan kemahiran kognitif dan sebahagian besar kemahiran
psikomotor, Justeru, aspek JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) secara spesifiknya
yang sangat perlu bagi pembentukan insan kamil yang seimbang amat jauh ketinggalan.
Akibatnya, produk sistem pendidikan kini atau pun modal insan yang dibentuk tidak
seimbang seperti yang dihasratkan (Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi, 2006).

Jika diteliti, maslaah ini antara lain berpunca dariapda ketidakseimbagnan kurikulum,
terutamanya dalam menentukan ‘learning objective’ (LO) dan teksonomi pembelajaran yang
perlu dicapai, ketidakpelbagaian dalam penyampaian serta ketidakberkesanan pentaksiran
dan penilaian, dan membiarkan aspek-aspek ini menadi statik dan tidak dinamik. Strategi,
pendekatan dan kaedah penyampaian dan penilaian pengajaran dan pembelajaran tidak
diberi perhatian yang sewajarnya untuk memenuhi keperluan semasa. Aktiviti kokurikulum
juga gagal dilihat sebagai komponen yang berasingan dan tidak disepadukan secara
optimum dalam usaha membentuk dan menjana ‘kemahiran insaniah’ yang diharapkan.

Institut Pengajian Tinggi (IPT) seabgai institusi pendidikan tertinggi harus menjadi
tempat yang paling sesuai untuk menggilap JERI pelajar. Pelajar IPT pula perlu mempunyai
keinginan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam proses pembentukan modal insane
dengan minda kelas pertama ini. Justeru pentaksiran keseimbagnan JERI mesti
dilaksanakan sefar menyeluruh oleh university dengan melibatkan semua pihak yang ada
hubungan dengan pelajar.

Reka Bentuk Dan Kerangka Kajian


Reka bentuk kajian ini adalah ‘kajian reka bentuk perisian dan pembangunan modul’.
Matlamatnya adalah bagi menghasilkan satu perisian (software) keseimbangan JERI
(Jasmani, emosi, Rohani dan Intelek) seseorang pelajar di Fakulti Pendidikan, Institusi
Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Reka bentuk pembangunan dibuat berdasarkan Richey
dan Klien (2007). Reka bentuk kajian ini bersifat menguji dan mengesahkan seara praktik.
Kajian pembangunan modul Jeri berasaskan perisian (software) berkomputer ini
mengandungi tiga fasa; pertama, analisis keperluan, kedua, reka bentuk dan pembangunan
dan ketiga, pelaksanaan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2 berikut:

167
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
Analisis Keperluan Reka bentuk dan Pembangunan Pelaksanaan

Kenalpasti Reka bentuk Pembangunan Kajian Rintis


Masalah 1. Kompoen Jasmani Membangunkan
2. Komponen Emosi perisian JERI
PEPERIKSAAN
3. Komponen Rohani (Prototaip 1)
Kenalpasti 4. Komponen Intelek BERPUSAT
Pengguna 5. Instrumen penilaian
JERI Semak semula
Ulasan Pakar Prototaip 1 & 2
&
Penilain Pelajar
(Prototaip 2) Pentaksiran
Di IPTA

Modul akhir

Sumber : Richey, R.C., Klien, J.D., & Nelson, W.A. (2007). Developmental Research :
Studies of Instructional Design And Development. Dlm. Johassen. D, H. (Ed.) Handbook of
Research on Educational Communications and Technology (2nd ed.). London : Lawrence
Erlbaum Associates Publishers.

Kerangka Konsep Kajian Menggunakan Model Dick Dan Carey (1990)

ANALISIS REKA BENTUK PEMBANGUNAN PENILAIAN

Kendalikan Menulis Membangunkan Membangunkan dan Reka bentuk dan


Analisa Matlamat ujian memilih bahan JERI kendalikan
Pengajaran FPK Soalselidik penilaian formatif
Dokumen/Rujukan

Identifikasi Analisis Proses Reka Bentuk Kaedah Pembangunan Hasil


Matlamat Keperluan Kesimbangan JERI
Falsafah JERI:
Pendidikan Jasmani Mencari isi kandungan * Membangunkan JERI - JERI boleh di
Negara Emosi - tema * Menghasilkan prototaip ukur melalui
Rohani Pendekatan isi kandungan * Penilaian pakar software.
Intelek - Tajuk * Penilaian Pensyarah - Software JERII
- Definisi bagi setiap tajuk -Hasil penilaiaian digunakan version 1.0
untuk penambahbaikan
Menentukan komponen JERI prototaip JERI dan meng-
Identifikasi: hasilkan versi 1.0
Ujian Kecergasan
Ujian Emosi
Soalselidik rohani
Maklumat

168
pencapaian

Sumber: Dick Dan Carey (1990). The Systematic Design of Instruction. Third Edition. USA :
Harper Collins Publishers.

H1a : Jasmani menjadi mediaton terhadap kerjaya masa hadapan dan CGPA
H1b : Emosi menjadi mediaton terhadap kerjaya masa hadapan dan CGPA
H1c : Rohani menjadi mediaton terhadap kerjaya masa hadapan dan CGPA
H1d : Intelek menjadi mediaton terhadap kerjaya masa hadapan dan CGPA
H2a : Iklim kampus IPTA dan pengaruh ibubapa member kesan terhadap jasmani pelajar
H2b : Iklim kampus IPTA dan pengaruh ibubapa member kesan terhadap emosipelajar
H2c : Iklim kampus IPTA dan pengaruh ibubapa member kesan terhadap rohani pelajar
H2d : Iklim kampus IPTA dan pengaruh ibubapa member kesan terhadap intelek pelajar

Signifikan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk:
membangunkan atau menghasilkan satu perisian (software) berbantukan komputer bagi
melihat keseimbangan JERI (Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek) seseorang pelajar di
Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia serta melihat keseimbangan JERI dalam kalangan
pelajar di IPTA

Objektif Kajian
Kajian ini dibuat adalah untuk:
1. membangunkan atau menghasilkan satu perisian (software) berbantukan komputer bagi
melihat keseimbangan JERI (Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek) seseorang pelajar di

169
Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia.
2. mengesan keseimbangan JERI (Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek) seseorang pelajar
di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia bagi mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis.

Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini merangkumi:
1. Sejauhmanakah perisian (software) berbantukan komputer bagi melihat keseimbangan
JERI (Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek) seseorang pelajar di Institut Pengajian Tinggi
Awam Malaysia dapat dibangunkan serta berkesan dalam mentaksir JERI pelajar?.
2. Sejauhmanakah seseorang pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia
mempunyai keseimbangan JERI (Jasmani, Emosi, Rohani Dan Intelek) bagi mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis?.

Limitasi Kajian
Batasan kajian mencakupi aspek berikut:
i. Lokasi Kajian
Kajian ini dibuat di sebelas buah universiti tempatan yang mengendalikan program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan.
ii. Sampel Kajian
Sampel kajian dipilih secara ‘stratified random sampling’ dengan mengambil kira jumlah
populasi pelajar disesebuah universiti. Jumlah sampel kajian adalah seramai 300 orang.

Sampel Dan Lokasi Kajian:

Sampel kajian terdiri daripada para pelajar tahun akhir fakulti pendidikan yang merangkumi
11 buah universiti (Institut Pendidikan Tinggi Awam Malaysia) yang mengendalikan program
Ijazah Pendidikan bagi sesi 2012/ 2013, universiti-universiti yang terlibat seperti berikut :

1. Universiti Utara Malaysia = 20


2. Universiti Malaysia Sabah = 20
3. Universiti Sains Malaysia = 20
4. Universiti institut Teknologi Malaysia = 20
5. Universiti Malaya = 20
6. Universiti Kebangsaan Malaysia = 20
7. Univeristi Tun Hussain Onn = 20
8. Universiti Sains Islam Malaysia = 20
9. Universiti Putra Malaysia = 20

170
10. Universiti Perguruan Sultan Idris = 20
11. Universiti Darul Iman Malaysia Terengganu = 20
n 220

Instrumentasi:
Instrumen kajian akan menggunakan soal selidik mengikut bahagian berikut:
Bahagian A: Maklumat Demografi
Bahagian B: Intelek
Bahagian C : Rohani (bagi muslim dan non muslim)
Bahagian D : Emosi (Ujian Emosi)
Bahagian E : Jasmani (Ujian Kecergasan Berasaskan Kesihatan)

Methodologi
Kajian ini menggunakan rekabentuk survey sebagai asas untuk mendapatkan maklumat
daripada pelajar. Melalui ‘Pembangunan Model Pentaksiran JERI’ kajian boleh digunakan
secara kuantitatif bagi menilai kriteria pentaksiran. Ujian pencapaian akan digunakan bagi
mengukur keempat-empat JERI bagi menentukan keseimbangan JERI setiap pelajar. Asas
perisian Pembangunan Model Pentaksiran JERI’ terletak kepada ‘rubrick’ yang mudah
diubahsuai dan direkabentuk terhadap semua aktiviti dalam JERI.

Teknik Pembangunan Model Pentaksiran JERI (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek) Di


Sekolah Dan Institut Pengajian Tinggi Awam
Teknik penaksiran bagi Model JERI, dibuat melalui setiap individu pelajar secara formatif
dari awal hingga penghujung semester. Proses pentaksiran dibuat secara formatif
(berterusan) daripada awal hingga penghujung semester bagi mengenalpasti keseimbangan
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek pelajar. Pentaksiran model Jeri mencakupi aspek
berikut:
1. Penaksiran jasmani
2. Pentaksiran emosi
3. Pentaksiran rohani
4. Pentaksiran intelek
Model JERI Jenis Penaksiran
1. Jasmani Murid Sekolah:
1. Program Penilaian Standar Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) :
1.1 Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)
1.2 Ujian Naik Turun Bangku ( 3 minit)
1.3 Ujian Tekan Tubi ( 1 minit)
1.4 Ujian Ringkuk Tubi Separa ( 1 minit)
1.5 Jangkauan Melunjur

Pelajar IPTA:

171
1. Ujian Kecergasan Berasaskan Kesihatan (Individual Fitness Test
Evaluatin):
1.1 Kekutatan Otot (standing board jump)
1.2 Daya Tahan Otot (variation sit up - 5 level sit-up test)
1.3 Ketangkasan (agility T-Test)
1.4 Daya Tahan Kardiovaskular (bleep test)
1.5 Komposisi Badan (BMI)
1.6 Jangkauan Melunjur (flexsibility)

2. Emosi 1. Emosional Test


3. Rohani 1. Pencapaian Peperiksaan Pengetahuan Agama Islam Sek. Rend.
Kebangsaan
2. Pencapaian Peperiksaan Pengetahuan Agama Islam / moral PMR
3. Pencapaian Peperiksaan Pengetahuan Agama Islam / moral SPM
4. Pencapaian Peperiksaan Pengetahuan Agama Islam / moral STPM
5. Pencapaian Peperiksaan Pengetahuan Agama Islam / moral Matrikulasi
6. Pencapaian Peperiksaan Pengetahuan Agama Islam / Tamadun Islam /
moral di IPTA
4. Intelek 1. Pencapaian UPSR
2. Pencapaian PMR
3. Pencapaian SPM
4. Pencapaian STPM / Matrikulasi
5. Pencapaian PNGK Semester

Metrik Pengukuran Pembangunan Model Pentaksiran JERI (Jasmani, Emosi, Rohani,


Intelek) Di Institut Pengajian Tinggi Awam
Model Metrik Pengukuran Interval Mean
JERI
0.00 - 166 1.67 – 3.33 3.34 – 5.00
Rendah Sederhana Tinggi
1. Jasmani Pelajar IPTA:
Ujian Kecergasan Berasaskan
Kesihatan (Individual Fitness Test
Evaluation)
2. Emosi 1. Emosional Test
3. Rohani 1. Pencapaian Peperiksaan
Pengetahuan Agama Islam / Tamadun
Islam / moral di IPTA
2. Kemahiran insaniah
4. Intelek 1. Pencapaian PNGK Semester

172
Hasil Dapatan Kajian (n = 231)

Laporan Kajian
Jantina

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut jantina


n = 231

Perihal Kekerapan Peratusan


Lelaki 38 16.5
Perempuan 193 83.5
Jumlah 231 100.0

Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut jantina pensyarah DPLI di IPTA.


Dapatan kajian menunjukkan pensyarah perempuan 68.6 peratus (24) lebih ramai
berbanding pensyarah Lelaki 31.4 peratus (11)

Umur

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut umur


n = 231

Perihal Kekerapan Peratusan


21 tahun 37 16.3
22 tahun 70 30.3
23 tahun 60 25.7
24 tahun 55 23.8
25 tahun 4 1.7
26 tahun 3 1.3
27 tahun 2 0.9
Jumlah 231 100.0

Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut jantina pensyarah DPLI di IPTA.


Dapatan kajian menunjukkan pensyarah perempuan 68.6 peratus (24) lebih ramai
berbanding pensyarah Lelaki 31.4 peratus (11)

Agama

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut agama


n = 231

Perihal Kekerapan Peratusan


Islam 206 89.2
PereKristianmpuan 13 5.6
Buddha 10 4.3
Hindu 2 0.9
Jumlah 231 100.0

173
Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut jantina pensyarah DPLI di IPTA.
Dapatan kajian menunjukkan pensyarah perempuan 68.6 peratus (24) lebih ramai
berbanding pensyarah Lelaki 31.4 peratus (11)

Bangsa

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut bangsa


n = 231

Perihal Kekerapan Peratusan


Melayu 196 84.8
China 15 6.5
India 3 1.3
Brunei 2 0.9
Kadazan 2 0.9
Bugis 1 0.4
Iban 2 0.9
Bidayuh 2 0.9
Banjar 1 0.4
Lain-lain 7 3.0
Jumlah 231 100.0

Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut jantina pensyarah DPLI di IPTA.


Dapatan kajian menunjukkan pensyarah perempuan 68.6 peratus (24) lebih ramai
berbanding pensyarah Lelaki 31.4 peratus (11)

Nama Universiti

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut nama universiti


n = 231

Perihal Kekerapan Peratusan


Universiti Malaya 80 34.6
Universiti Pendidikan Sultan Idris 65 28.1
Universiti Putra Malaysia 42 18.2
Universiti Sains Malaysia 16 6.9
Universiti Kebangsaan Malaysia 14 6.1
Universiti Utara Malaysia 14 6.1
Jumlah 231 100.0

Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut jantina pensyarah DPLI di IPTA.


Dapatan kajian menunjukkan pensyarah perempuan 68.6 peratus (24) lebih ramai
berbanding pensyarah Lelaki 31.4 peratus (11)

Tahun Pengajian

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut tahun pengajian


n = 231

174
Perihal Kekerapan Peratusan
Tahun 1 46 19.9
Tahun 2 19 8.2
Tahun 3 104 45.0
Tahun 4 62 26.9
Jumlah 231 100.0

Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut jantina pensyarah DPLI di IPTA.


Dapatan kajian menunjukkan pensyarah perempuan 68.6 peratus (24) lebih ramai
berbanding pensyarah Lelaki 31.4 peratus (11)

Nama Fakulti

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut nama fakulti


n = 231

Perihal Kekerapan Peratusan


Fakulti Sains 61 26.5
Fakulti Pendidikan 32 13.9
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional 60 26.0
Fakulti Bahasa Dan Komunikasi 21 9.1
Fakulti Pengajian Pendidikan 36 15.6
Fakulti Sastera dengan Pendidikan 1 0.4
Fakulti Ilmu Pendidikan 20 8.6
Jumlah 231 100.0

Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut jantina pensyarah DPLI di IPTA.


Dapatan kajian menunjukkan pensyarah perempuan 68.6 peratus (24) lebih ramai
berbanding pensyarah Lelaki 31.4 peratus (11)

Pengajian / Kursus

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut jantina


n = 231

Perihal Kekerapan Peratusan


Sains Dengan Pendidikan 62 26.8
Pendidikan Awal Kanak-Kanak 17 7.4
Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga 60 26.0
Tesl 23 10.0
Pendidikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama 34 14.7
Geografi 1 0.4
Sastera Dengan Pendidikan 12 5.2
Pendidikan Khas 8 3.5
Bahasa Malaysia 5 2.2
Bahasa Melayu 5 2.2
Matematik 1 0.4
Pendidikan Sejarah 2 0.9
Pengurusan Sukan 1 0.4
Jumlah 231 100.0

175
Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut jantina pensyarah DPLI di IPTA.
Dapatan kajian menunjukkan pensyarah perempuan 68.6 peratus (24) lebih ramai
berbanding pensyarah Lelaki 31.4 peratus (11)

Bahagian B : Intelek (25%)

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Domain Intelek


n = 231

Perihal Kekerapan Peratusan


1 Ujian IQ - -
2 Keputusan UPSR :
1A 26 11.3
2A 58 25.2
3A 57 24.7
4A 47 20.2
5A 43 18.6
231 100
n
3 Keputusan PMR :
1A 39 16.9
2A 32 13.9
3A 33 14.3
4A 20 8.7
5A 15 6.5
6A 17 7.4
7A 18 7.8
8A 32 13.4
9A 25 10.8
231 100
n
4 Keputusan SPM :
1A 20 8.7
2A 45 19.5
3A 42 18.2
4A 32 13.9
5A 38 16.5
6A 10 4.3
7A 9 3.9
8A 10 4.3
9A 19 8.2
10A 6 2.6
11A - -
12A - -

n
231 100
5 Keputusan STPM:
1A 5 2.2
2A 10 4.3
3A 19 8.2
4A 56 24.2
5A 41 17.7

176
n
131 56.6
6 Keputusan Metrikulasi ( PNGK) :
2.00 – 2.10 - -
2.20 – 2.30 - -
2.40 – 2.50 - -
2.60 – 2.70 1 1.0
2.80 – 2.90 1 1.0
3.00 – 3.10 27 27.0
3.20 – 3.30 38 38.0
3.40 – 3.50 20 20.0
3.60 – 3.70 4 4.0
3.80 – 3.90 3 3.0
4.00 6 6.0

n
100 100
7 PNGK peperiksaan terakhir di universiti :
2.00 – 2.10 2 0.9
2.20 – 2.30 - -
2.40 – 2.50 1 0.4
2.60 – 2.70 2 0.9
2.80 – 2.90 11 4.8
3.00 – 3.10 20 8.7
3.20 – 3.30 31 13.4
3.40 – 3.50 72 31.1
3.60 – 3.70 76 32.9
3.80 – 3.90 13 5.6
4.00 3 1.3
Jumlah 231 100.0

Jadual 4 menunjukkan taburan responden mengikut jantina pensyarah DPLI di IPTA.


Dapatan kajian menunjukkan pensyarah perempuan 68.6 peratus (24) lebih ramai
berbanding pensyarah Lelaki 31.4 peratus (11)

Bahagian C : Rohani (Bagi Muslim) (25%)

1. Solat
TP SS KK S TPT MIN
1 Saya mendirikan solat 5 waktu sehari 0.4 1.7 6.5 36.8 42.0 4.4
(1) (4) (15) (85) (97)
2 Saya mengamalkan solat sunat berikut:
a. solat sunat sebelum dan selepas solat 5 waktu 7.8 35.5 38.1 6.1 0.9 4.8
(rawatib) (18) (82) (88) (14) (2)
b. solat sunat taubat 11.7 39.0 33.3 5.2 - 3.8
(27) (90) (77|) (12)
c. solat sunat dhuha 14.7 31.2 29.0 13.9 0.4 4.7
(34) (72) (67) (32) (1)
d. solat sunat hajat 2.2 17.3 48.9 20.8 0.4 4.4
(5) (40) (113 (48) (1)
)
e. solat sunat istikarah 25.1 38.5 22.9 2.6 0.4 3.5

177
(58) (89) (53) (6) (1)
f. solat sunat tasbih 33.8 37.7 17.7 - - 3.3
(78) (87) (41)
g. solat sunat tahajjud 14.3 41.6 30.0 3.0 0.4 3.7
(33) (96) (70) (7) (1)
h. solat sunat witir 12.6 30.3 33.8 10.8 2.2 4.0
(29) (70) (78) (25|) (5)
i. solat sunat tarawikh 3.9 10.0 26.0 42.4 7.4 4.7
(9) (23) (60) (98) (17)
Tidak Pernah (1), Sekali Sekala (2), Kadang-Kadang (3), Selalu (4), Tidak Pernah Tinggal (5)

2. Puasa
TP SS KK S TPT MIN
1 Saya puasa ramadhan - 0.9 0.4 26.4 59.7 4.8
(2) (1) (61) (138)
2 Saya mengamalkan puasa sunat berikut:
a. puasa 6 hari pada bulan syawal 8.7 10.8 28.1 29.0 12.1 4.7
(20) (25) (65) (67) (28)
b. puasa bulan muharram 10.0 26.8 36.8 13.4 1.7 4.1
(23) (62) (85) (31) (4)
c. puasa hari isnin dan khamis setiap minggu 6.1 23.4 50.6 8.2 0.4 4.1
(14) (54) (117) (19) (1)
d. puasa hari-hari putih 13,1 4 & 15 setiap bulan 22.9 31.6 31.6 2.2 0.4 4.0
Islam (53) (73) (73) (5) (1)
e. puasa hari Arafah pada 9 zulhijjah 20.3 32.0 28.1 8.2 0.4 3.3
(47) (74) (65) (19) (1)
f. puasa hari Asyura 10 Muharram 18.6 29.9 29.4 10.4 0.4 3.8
(43) (69) (68) (24) (1)
g. puasa selangseli hari 37.7 30.7 17.7 1.7 1.3 3.8
(87) (71) (41) (4) (3)
Tidak Pernah (1), Sekali Sekala (2), Kadang-Kadang (3), Selalu (4), Tidak Pernah Tinggal (5)

3. Zakat
TP SS KK S TPT MIN
1 Saya membayar zakat fitrah 45.9 1.7 1.7 6.5 29.4 4.7
(106) (4) (4) (15) (68)
2 Saya membayar zakat harta berikut:
a. perniagaan 74.0 0.9 1.3 0.4 1.3 2.4
(171) (2) (3) (1) (3)
b. emas 75.8 0.4 0.9 0.4 1.3 2.4
(175) (1) (2) (1) (3)
c. pertanian 182 - - - - 2.4
(100.0)
d. ternakan 182 - - - - 2.4
(100.0)
e. wang simpanan 72.3 0.4 1.3 2.2 2.2 2.4
(167) (1) (3) (5) (5)
f. rikaz (harta karun) 182 - - - - 2.4
(100.0)
g. gaji 182 - - - - 2.4
(100.0)
Tidak Pernah (1), Sekali Sekala (2), Kadang-Kadang (3), Selalu (4), Tidak Pernah Tinggal (5)

4. Haji & Umrah


TP SS KK S TPT MIN

178
1 Saya menunaikan haji 88.3 0.1 - - -
(204) (1)
2 Saya menunaikan umrah 88.7) 0.1
(205) (4)
Tidak Pernah (1), Sekali Sekala (2), Kadang-Kadang (3), Selalu (4), Tidak Pernah Tinggal (5)

5. Membaca al-Quran
TP SS KK S TPT MIN
1 Saya membaca al-Qur’an :
a. setiap lepas solat 5 waktu 4.3 20.8 33.3 23.8 6.1 4.6
(10) (48) (77) (55) (14)
b. setiap malam 4.3 19.5 27.3 26.0 11.7 4.3
(10) (45) (63) (60) (27)
c. bila ada kesempatan atau kelapangan 2.2 10.4 24.2 36.8 15.2 4.6
(5) (24) (56) (85) (35)
d. ketika sakit 4.3 19.9 32.0 23.4 6.9 4.6
(10) (46) (74) (54) (16)
e. untuk mencari ketenangan 1.3 4.8 18.6 42.0 22.1 4.6
(3) (11) (43) (97) (51)
f. ketika menghadapi masalah 1.3 6.5 22.1 40.3 17.7 4.6
(3) (15) (51) (93) (41)
g. ketika stress atau tension 0.4 9.1 21.6 39.4 17.7 4.6
(1) (21) (50) (91) (41)
Tidak Pernah (1), Sekali Sekala (2), Kadang-Kadang (3), Selalu (4), Tidak Pernah Tinggal (5)

6. Amalan Wirid (membaca tasbih, tahmid, takbir & tahlil)


TP SS KK S TPT MIN
1 Saya wirid ketika :
a. setiap lepas solat 5 waktu 3.0 7.8 21.6 34.2 22.5 4.7
(7) (18) (50) (79) (52)
b. setiap malam 3.5 14.3 31.2 27.3 12.1 4.2
(8) (33) (72) (63) (28)
c. bila ada kesempatan atau kelapangan 3.9 13.0 24.7 32.9 13.4 4.6
(9) (30) (57) (76) (31)
d. ketika sakit 3.0 13.9 29.0 32.0 10.0 4.8
(7) (32) (67) (74) (23)
e. untuk mencari ketenangan 2.2 8.2 23.4 37.7 16.9 4.7
(5) (19) (54) (87) (39)
f. ketika menghadapi masalah 2.6 6.5 23.4 39.8 15.6 4.4
(6) (15) (54) (92) (36)
g. ketika stress atau tension 2.2 8.7 22.1 40.3 15.2 4.4
(5) (20) (51) (93) (35)
Tidak Pernah (1), Sekali Sekala (2), Kadang-Kadang (3), Selalu (4), Tidak Pernah Tinggal (5)

7. Sifat Terpuji
TP SS KK S TPT MIN
1 Saya mengamalkan sifat-sifat mulia berikut :
a. ikhlas - 3.5 19.5 47.6 19.0 4.8
(8) (45) (110) (44)
b. jujur 3.9 19.9 50.2 15.6 4.6
(9) (46) (116) (36)
c. zuhud 2.6 7.8 32.0 36.8 10.0 3.2
(6) (18) (74) (85) (23)
d. tawakal 2.6 13.0 52.8 20.8 4.2
(6) (30) (122) (48)
e. sabar 0.4 1.7 23.4 46.8 17.3 4.4
(1) (4) (54) (108) (40)
f. tawadhu’ - 6.1 29.9 45.5 8.2 4.3
(14) (69) (105) (19)

179
g. syukur - 1.7 14.3 42.0 31.2 4.6
(4) (33) (97) (72)
h. redha - 2.2 15.2 47.2 25.1 4.6
(5) (35) (109) (58)
i. benar (shiddiq) - 2.6 24.2 48.9 13.9 4.3
(6) (56) (113) (32)
j. kasih sayang sesama insan (mahabbah) - 1.3 10.8 42.9 34.6 4.6
(3) (25) (99) (80)
Tidak Pernah (1), Sekali Sekala (2), Kadang-Kadang (3), Selalu (4), Tidak Pernah Tinggal (5)

8. Keputusan subjek Pendidikan Islam di peringkat : n = 205

A B C D MEAN
1 PMR 59.7 26.8 1.7
- 2.9
(138) (62) (4)
2 SPM 68.4 19.9
- - 3.2
(158 (46)
3 STPM (Jika ada) - - - -
4 Metrikulasi (jika ada) - - - -
5 Universiti (jika ada) - - - -

Bahagian C : Rohani (Bagi Non Muslim) (25%) n = 25


TP SS KK S TPT MIN
1 Saya mengamalkan sembahyang mengikut agama 8.0 12.0 52.0 28.0
- 4.1
saya (2) (3) (13) (7)
2 Saya mengamalkan puasa mengikut agama saya 24.0 8.0 24.0 24.0 20.0
3.2
(6) (2) (6) (6) (5)
3 Saya mengamalkan nilai-nilai moral mengikut 4.0 16.0 52.0 28.0
- 4.2
kepercayaan saya (1) (4) (13) (7)

8. Keputusan subjek Pendidikan Moral di peringkat :


A B C D MEAN
1 PMR 3.0 0.4
- - -
(7) (1)
2 SPM 7.0 2.6
- - -
(16) (6)
3 STPM (Jika ada) - - - - -
4 Metrikulasi (jika ada) - - - - -
5 Universiti (jika ada) - - - - -

Bahagian D : Emosi (25%)


Arahan: Tandakan √ yang berkenaan dengan anda

Skala pengukuran:
1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 = Tidak pasti, 4 = Setuju, 5 = Sangat setuju

Bahagian 1 : Kesedaran Kendiri

Bil Pernyataan STS TS TP S SS Min

1 Sebahagian peristiwa besar yang berlaku 0.4 2.6 39.0 58.0 4.6
dalam hidup saya telah menyebabkan saya (1) (6) (90) (134)
menilai kembali apa yang penting dan tidak
penting
2 Apabila suasana fikiran dan perasaan saya berubah, 0.9 11.7 53.7 33.8 4.3
saya dapat melihat kemungkinan-kemungkinan (2) (27) (124) (78)
baru

180
3 Saya sering menjangkakan perkara yang baik akan 5.2 29.0 45.0 20.8 3.9
berlaku (12) (67) (104) (48)
4 Saya mencari aktiviti- aktiviti yang boleh 4.8 48.9 46.4 4.5
menggembirakan saya (11) (113) (107)
5 Apabila saya berada di dalam suasana fikiran dan 0.4 4.8 44.6 50.2 4.5
perasaan yang positif, menyelesaikan masalah (1) (11) (103) (116)
adalah mudah untuk saya
6 Apabila saya berada di dalam suasana fikiran dan 0.4 12.1 47.2 40.3 4.3
perasaan yang positif, saya akan dapat (1) (28) (109) (93)
menghasilkan ide-ide baru
7 Saya dapat mengenal pasti emosi saya dengan 1.3 20.3 41.6 36.8 4.2
mudah ketika saya mengalaminya (3) (47) (96) (85)
8 Saya sedar akan mesej bukan lisan yang diajukan 0.4 4.3 22.9 45.9 26.4 4.0
oleh orang lain (1) (10) (53) (106) (61)
9 Apabila saya berhadapan dengan cabaran, saya 29.9 37.2 13.0 12.1 7.8 2.5
berputus asa kerana saya percaya saya akan gagal (69) (86) (30) (28) (18)

Bahagian 2 : Kemahiran Sosial

Bil Pernyataan STS TS TP S SS Min


1 Orang lain mendapati mudah untuk menyuarakan 0.9 3.5 22.1 53.2 20.3 3.9
masalah mereka kepada saya (2) (8) (51) (123) (47)
2 Saya dapati sukar untuk memahami mesej bukan 15.6 32.0 31.6 16.5 4.3 2.6
lisan daripada orang lain (36) (74) (73) (38) (10)
3 Saya suka berkongsi emosi saya dengan orang lain 3.0 18.6 19.0 41.1 18.2 3.5
(7) (43) (44) (95) (42)
4 Saya dapat menyesuaikan diri dengan cara yang 0.4 3.0 10.8 66.2 19.5 4.0
boleh diterima oleh orang lain. (1) (7) (25) (153) (45)
5 Saya memotivasikan diri dengan membayangkan 1.7 - 9.5 60.2 28.6 4.2
hasil yang baik daripada tugasan yang saya (4) (22) (139) (66)
laksanakan
6 Saya boleh mengetahui perasaan orang lain dengan 2.2 15.2 59.3 23.3 4.1
cara mendengar nada suara mereka (5) (35) (137) (54)
7 Sukar bagi saya memahami mengapa orang 6.9 22.9 32.5 27.7 9.9 3.1
berperasaan seperti yang mereka rasai. (16) (53) (75) (64) (23)

Bahagian 3 : Pengurusan Emosi

Bil Pernyataan STS TS TP S SS Min


1 Saya tahu bila untuk menyuarakan mengenai - 3.5 10.4 57.6 28.6 4.1
masalah peribadi saya kepada orang lain (8) (24) (133) (66)
2 Apabila saya berhadapan dengan halangan, saya - 1.3 12.1 51.5 35.1 4.2
mengingati kembali waktu silam di mana saya berjaya (3) (28) (119) (81)
menghadapi halangan yang serupa.
3 Saya menjangkakan yang saya akan berjaya dalam 0.4 2.6 18.6 54.1 24.2 4.0
kebanyakan perkara yang saya cuba (1) (6) (43) (125) (56)
4 Emosi adalah salah satu perkara yang menjadikan 0.4 2.6 12.1 56.3 28.6 4.1
hidup saya ini bermakna (1) (6) (28) (130) (66)
5 Saya sedar akan perasaan saya ketika saya - 2.2 13.0 54.1 30.7 4.1
mengalaminya (5) (30) (125) (71)
6 Apabila saya mengalami emosi positif, saya tahu - 2.6 18.2 57.1 22.1 4.0
bagaimana untuk melanjutkan jangka masanya (6) (42) (132) (51)
7 Saya tahu mengapa emosi saya berubah 0.9 3.0 14.3 55.8 26.0 4.0
(2) (7) (33) (129) (60)
8 Saya dapat mengawal emosi saya 0.4 5.2 26.8 53.7 13.9 3.8
(1) (12) (62) (124) (32)
9 Apabila saya merasakan ada perubahan emosi, saya 3.0 7.8 33.3 43.3 12.6 3.5

181
cenderung untuk menghasilkan ide-ide baru (7) (18) (77) (100) (29)
10 Saya gunakan suasana fikiran dan perasaan yang - 2.2 12.6 60.6 24.6 4.1
baik dalam membantu diri sendiri menghadapi (5) (29) (140) (57)
halangan

Bahagian 4 : Empati

Bil Pernyataan STS TS TP S SS Min


1 Saya dapat membantu dan menggembirakan orang 0.4 0.9 16.0 61.0 21.6 4.0
lain (1) (2) (37) (141) (50)
2 Saya sedar akan mesej bukan lisan yang saya ajukan 0.4 0.9 25.1 57.6 16.0 3.9
kepada orang lain (1) (2) (58) (133) (37)
3 Dengan melihat ekspresi wajah seseorang, saya 0.4 2.2 15.6 58.9 22.9 4.0
mengenal pasti emosi yang sedang dialaminya (1) (5) (36) (136) (53)
4 Saya memuji orang lain apabila mereka telah - 0.4 8.2 58.0 33.3 4.2
melakukan sesuatu yang baik (1) (19) (134) (77)
5 Apabila orang lain menceritakan kepada saya tentang 0.4 0.9 19.0 58.4 21.2 4.0
satu peristiwa penting dalam hidupnya, saya hampir (1) (2) (44) (135) (49)
sepenuhnya merasakan seolah-olah saya
mengalaminya sendiri
6 Saya tahu apa perasaan yang dialami orang lain 0.4 6.5 30.7 45.5 16.9 3.7
dengan hanya melihat mereka (1) (15) (71) (105) (39)
7 Saya membantu orang lain supaya mereka berasa - 0.9 9.1 64.9 25.1 4.1
lebih baik ketika kecewa (2) (21) (150) (58)

Bahagian H : Jasmani (25%)

1 Kesihatan : Ya
a) Sihat 90.5
(209)
b) Kurang sihat 4.8
(11)
c) Tidak sihat 4.7
(11)

2 Kekerapan bersukan di
kampus/universiti
a) Setiap hari 10.0
(23)
b) 2 hari sekali 11.7
(27)
c) 3 hari sekali 9.5
(22)
d) 4 hari sekali 15.2
(35)
e) 5 hari sekali 20.8
(48)
f) 6 hari sekali 32.9
(76)

3 Penglibatan dalam sukan :


a) wakil negara 0.4
(1)
b) wakil negeri 11.3
(26)
c) wakil daerah/zon 21.6
(50)
d) wakil universiti 9.5
(22)
e) wakil sekolah 51.9

182
(120)

4 Indek Jisim Badan (Komposisi <20 20-25 25-30 >30 obes


Badan (BMI)) kurang ideal/normal gemuk/berat
berat/kurus badan
berlebihan
a) Komposisi Badan (BMI) 22.8 42.0 14.3 9.9
(78) (97) (33) (23)

5 Ujian Kecergasan Berasaskan


Kesihatan (Individual Fitness
Test Evaluation) :
20-25 kali / 26-30 31-35
30saat kali/30 saat kali/30saat
b) Daya Tahan 50.2 32.9 16.9
Kardiovaskular (Step (116) (76) (39)
Test)

10-15 16-20 21-25 26-30


kali/30saat kali/30saat kali/30saat kali/30saat
c) Daya Tahan Otot (Sit Up) 42.9 39.0 10.0 8.2
(99) (90) (23) (19)

4-15 16-26 27-37


kali/30saat Kali/30saat Kali/30saat
d) Kekuatan Otot (Push up) 35.2 62.0 2.6
(92) (143) (6)

1-10cm 11-20cm 21-28cm


e) Fleksibiliti (Jangkauan 55.4 38.9 5.6
Melunjur) (128) (90 (13)

Rubric Domain JERI

Domain Skala/M Maksud


Attribut
JERI ean Skala
Kesemua komponen didapati sangat sihat
dari semua segi ; Kekerapan bersukan di
5 Sangat kampus/ universiti, Penglibatan dalam sukan,
81-100% Seimbang Indek Jisim Badan (Komposisi Badan (BMI) dan
Ujian Kecergasan Berasaskan Kesihatan
1. Jasmani (Individual Fitness Test Evaluation)
Hanya sedikit sahaja komponen yang
didapati kurang sihat dari segi ; Kekerapan
4 bersukan di kampus/ universiti, Penglibatan
Seimbang dalam sukan, Indek Jisim Badan (Komposisi
61-80% Badan (BMI) dan Ujian Kecergasan Berasaskan
Kesihatan (Individual Fitness Test Evaluation)

3 Sederhana Sekadar 50 peratus, sihat dari segi ;


41-60% Seimbang Kekerapan bersukan di kampus/ universiti,
Penglibatan dalam sukan, Indek Jisim Badan
(Komposisi Badan (BMI) dan Ujian Kecergasan
Berasaskan Kesihatan (Individual Fitness Test
Evaluation)

183
Hanya sedikit sahaja daripada komponen
yang didapati sihat dari segi ; Kekerapan
2 Kurang bersukan di kampus/ universiti, Penglibatan
21-40% Seimbang dalam sukan, Indek Jisim Badan (Komposisi
Badan (BMI) dan Ujian Kecergasan Berasaskan
Kesihatan (Individual Fitness Test Evaluation)
Sangat tidak sihat dari semua segi
Sangat komponen; Kekerapan bersukan di kampus/
1 universiti, Penglibatan dalam sukan, Indek Jisim
Tidak
0-20% Badan (Komposisi Badan (BMI) dan Ujian
Seimbang Kecergasan Berasaskan Kesihatan (Individual
Fitness Test Evaluation)
Emosi sangat stabil dari semua segi; kesedaran
Sangat
5 kendiri, kemahiran sosial, pengurusan emosi
Seimbang
2. Emosi dan empati
Tiga daripada empat komponen emosi didapati
4 Seimbang stabil dari segi; kesedaran kendiri, kemahiran
sosial, pengurusan emosi dan empati
Dua daripada empat komponen emosi didapati
Sederhana
3 stabil dari segi; kesedaran kendiri, kemahiran
Seimbang
sosial, pengurusan emosi dan empati
Dua daripada empat komponen emosi didapati
Kurang stabil dari segi; kesedaran kendiri, kemahiran
2
Seimbang sosial, pengurusan emosi dan empati serta
memerlukan sedikit bantuan.
Kesemua empat komponen emosi didapati tidak
Sangat
stabil dari segi; kesedaran kendiri, kemahiran
1 Tidak
sosial, pengurusan emosi dan empati serta
Seimbang
sangat memerlukan bantuan.
5 Sangat Bagi Pelajar Muslim:
Seimbang Amat baik dari segi mengamalkan pelbagai
komponen dalam agama seperti ; solat,
3. Rohani puasa, zakat, membaca al-qur’an, amalan
wirid dan memiliki sifat-sifat terpuji serta
mempunyai keputusan yang cemerlang
dalam subjek Pendidikan Agama Islam.
Bagi Pelajar Non Muslim:
Amat baik dari segi mengamalkan pelbagai
komponen dalam agama seperti ;
sembahyang, puasa dan nilai murni serta
mempunyai keputusan yang cemerlang
dalam subjek Pendidikan Moral

184
Bagi Pelajar Muslim:
Baik dari segi mengamalkan pelbagai
komponen dalam agama seperti ; solat,
puasa, zakat, membaca al-qur’an, amalan
wirid dan memiliki sifat-sifat terpuji serta
mempunyai keputusan yang agak
cemerlang dalam subjek Pendidikan Agama
4 Seimbang
Islam.
Bagi Pelajar Non Muslim:
Baik dari segi mengamalkan pelbagai
komponen dalam agama seperti ;
sembahyang, puasa dan nilai murni serta
mempunyai keputusan yang agak
cemerlang dalam subjek Pendidikan Moral
Bagi Pelajar Muslim:
Sederhana baik dari segi mengamalkan
pelbagai komponen dalam agama seperti ;
solat, puasa, zakat, membaca al-qur’an,
amalan wirid dan memiliki sifat-sifat terpuji
serta mempunyai keputusan yang
Sederhana sederhana cemerlang dalam subjek
3
Seimbang Pendidikan Agama Islam.
Bagi Pelajar Non Muslim:
Sederhana baik dari segi mengamalkan
pelbagai komponen dalam agama seperti ;
sembahyang, puasa dan nilai murni serta
mempunyai keputusan yang sederhana
cemerlang dalam subjek Pendidikan Moral
2 Kurang Bagi Pelajar Muslim:
Seimbang Sekadar mengamalkan sedikit sahaja
daripada pelbagai komponen dalam agama
seperti ; solat, puasa, zakat, membaca al-
qur’an, amalan wirid dan memiliki sifat-sifat
terpuji serta mempunyai keputusan yang
kurang cemerlang dalam subjek Pendidikan
Agama Islam.
Bagi Pelajar Non Muslim:
Sederhana baik dari segi mengamalkan
pelbagai komponen dalam agama seperti ;
sembahyang, puasa dan nilai murni serta
mempunyai keputusan yang kurang
cemerlang dalam subjek Pendidikan Moral

185
Bagi Pelajar Muslim:
Tidak langsung mengamalkan daripada
pelbagai komponen dalam agama seperti ;
solat, puasa, zakat, membaca al-qur’an,
amalan wirid dan memiliki sifat-sifat terpuji
serta mempunyai keputusan yang sangat
Sangat
tidak cemerlang dalam subjek Pendidikan
1 Tidak
Agama Islam.
Seimbang
Bagi Pelajar Non Muslim:
Tidak langsung mengamalkan daripada
pelbagai komponen dalam agama seperti ;
sembahyang, puasa dan nilai murni serta
mempunyai keputusan yang sangat tidak
cemerlang dalam subjek Pendidikan Moral
Sangat cemerlang dalam keputusan UPSR,
5 Sangat
PMR, SPM, STPM/Metrikulasi dan PNGK
81-100% Seimbang peperiksaan terakhir di universiti
4. Intelek Cemerlang dalam keputusan UPSR, PMR,
4
Seimbang SPM, STPM/Metrikulasi dan PNGK peperiksaan
61-80% terakhir di universiti
Sederhana cemerlang dalam keputusan UPSR,
3 Sederhana
PMR, SPM, STPM/Metrikulasi dan PNGK
41-60% Seimbang peperiksaan terakhir di universiti
Kurang cemerlang dalam keputusan UPSR,
2 Kurang
PMR, SPM, STPM/Metrikulasi dan PNGK
21-40% Seimbang peperiksaan terakhir di universiti
Sangat Sangat tidak cemerlang dalam keputusan
1 UPSR, PMR, SPM, STPM/Metrikulasi dan
Tidak
0-20% PNGK peperiksaan terakhir di universiti
Seimbang

Rumusan
Peratusan Min Keputusan JERI
Jasmani (BMI) 42.0 % Sederhana
(20 – 25 ideal/normal) (97) Seimbang
Emosi 3.8 Sederhana
Seimbang
Rohani
a) Bagi pelajar muslim 4.3 Seimbang
b) Bagi pelajar non 3.8 Sederhana
muslim Seimbang
Intelek 93.1 % Sangat
(PNGK di univ 3.00 - 4.00) (215) seimbang

Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi tumpuan kepada perkembangan potensi murid


secara menyeluruh dan seimbang. Pernyataan-pernyataan ini juga menggambarkan hasrat
Negara untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang bermutu tinggi dan
bertaraf dunia. Justeru, usaha daripada semua pihak pendidik harus berfokus kea rah
merealisasikan kehendak Negara ini. Sebagai seorang pendidik yang melaksanakan dasar

186
pendidikan kebangsaan pada peringkat sekolah, guru harus sentiasa berusaha
meningkatkan taraf professional dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka
untuk merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh
memanfaatkan murid. Kualiti murid yang dihasilkan oleh instutusi pendidikan kita menjadi
petunjuk kepada kejayaan atau kegagalan pendidikan kebangsaan.

Rujukan

Al-Quran Al-Karim

Ab. Rahim Selamat, 2000, Pengurusan Sekolah Bestari (Satu Pengenalan), Johor : Badan
Cemerlang Sdn Bhd

Abu Bakar Nordin (1986). “Asas Penilaian Pendidikan”. Heinemann: Kuala Lumpur.

Advanced Learner’s English-Malay Dictionary (2001). Penerbit Oxford Fajar

Airasian, P.W. (2000). Assessment in the classroom : A concise approach, (2 nd ed). Boston
Collage: McGraw-Hill Higher Education.

Airasian, P.W. (1991). Classroom Assessment. New York : McGraw-Hill,Inc.

Atkinson, R. L. dkk. (1987). Pengantar Psikologi I. Jakarta : Penerbit Erlangga.

Ahmad Mohd Salleh, 2011, Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam KPLI
Pengajian Islam & j-QAF, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd

Ahmad Atory Hussain, (1990). Politik dan Dasar Awam Malaysia (cetakan kedua), Utusan
publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Airasian, W.P. (1997). “Classroom Assessment:. The Mc Graw-Hill: New York.

Ali, Mohammad & Ansori, Mohammad, Psikologi Remaja (Perkembangan Peserta


Didik),2000, Bandung ; Bumi Aksara.

Ali, Mohammad & Ansori, Mohammad, Psikologi Remaja (Perkembangan Peserta Didik),
2000, Bandung ; Bumi Aksara.

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & J-qaf Metadologi Dan Pedagogi
Pendidikan. Oxford Fajar Sdn Bhd : Shah Alam.

Arter, J. A. (2003). Assessment for Learning: Classroom Assessment to Improve Student


Achievement and Well-Being. ERIC : US Department of Education.

187
Atherton, J.S (2009). Learning and Teaching ; Bloom’s Taxonomy. Englewood Cliff, New
Jersey : Prentice Hall.

Adersen, lorin. W. (1981). Assessing affective characteristic in the school. Boston: Allyn and
Bacon

Abd. Rahman Aroff Zakaria Kasa (1994). Falsafah Dan Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur :
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh (2008). Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn Bhd.

Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Azrin B. Ab. Majid. (2004). Tinjauan Awal Terhadap Kefahaman Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di kalangan Guru Sekolah Menengah di Melaka. Tesis Sarjana:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md.Din & Mohamad Ee
Ah Meng. (1998). Pedagogi III. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.

Azizi Hj. Yahaya dan Yusof Boon. (2008). Kecerdasan Emosi dan Hubungannya Dengan
Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar. Unibersiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor.

Azizi Hj. Yahaya dan Yusof Boon (2005). Kecerdasan Emosi dan Hubungannya Dengan
Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor

Arter, J. A. (2003). Assessment for Learning: Classroom Assessment to Improve Student


Achievement and Well-Being. ERIC : US Department of Education.

Abdul Razaq Ahmad (2005). Mahasiswa Abad 21. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi,
Selangor.

Ali Abdul Halim Mahmud (2000) Pendidikan Ruhani, Jakarta Gema: Insani Press.

Bretherton, I. (1995). Attachment theory and developmental psychopathology. In D. Cicchetti


& S. Toth (Eds.), Rochester Symposium on Developmental Psychopathology, Vol. 6:

Emotion,Cognition, and Representation (pp. 231–260). Rochester, NY: University of


Rochester Press.

Black, P., & William, D. (1998). Assessment and classroom learning.


www.pdkintl.org/kappan/kbla9810.htm.

Berry, R. (2003). Alternative assessment and assessment for learning. Paper Presented at
the 29th International Association for Eduicational Assessment (IAEA) Annual
Conference, Mancherster, United Kingdom.

Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum Books.

Borhan Yusof, Hasbullah Ismail etc. (2008). Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam
Pendidikan Jasmani. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

188
Bott, E. And Paul, A. (1996). Testing Assessment in Occupation and Teacnical Education
(4th Ed). New York: Longman Inc.

Bhasah Abu Bakar (2003) Asas Pengukuran Bilik Darjah, Perak: Quantum Books

Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur.

Catherine M. Wehlburg (2008), Promoting Integrated and Transformative Assessment : A


Deeper Focus on Student Learning. San Francisco : Jossey-Bass.

Cohan, L & Deal, R.N (1977). Assessment BTeachersin Examination At 16 School


Council Examination Bulletin, 37 : Evan/ Methuen educational.
Capel, S. & Piotriowski, S. (2000). Issues in physical education. New York: Routledge
Falmer

Crow, L.D. Crow, A (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka

David Lazear. 2004. Multiple Intelligence Approaches to Assessment.United Kingdom :


Crown House Publishing Ltd.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2012). Retrived October 21, 2012, from
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

David Lambert & David Lines (2000), Understanding Assessment. New York : Routledge
Falmer

Dietel, R.J., Herman, J.L. & Knuth, R.A. (1991). What Does Research Say About
Assessment? North Centeral Regional Educatioanl Laboratory, Leraning Points
Associates. Retrieved January 19, 2009, from
http://www.ncrel.org/sdrs/areas/stw_esys/4assess.htm.

Ducan. A., & Dunn, W. (1991). What Primary Teacher Should Know About Assassent.
London: Hodder and Stougton.

Ee Ah Meng. (1991). Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Selangor: Fajar Bakti.

Eisenberg, N. & Fabes, F. (1998). Prosocial development. In N. Eisenberg (Ed.), Handbook


of Child Psychology, Volume 3: Social, Emotional and Personality Development (5th
edn, pp. 701–778). Editor-in-Chief: W. Damon. New York: Wiley.

Eisenberg, N., Fabes, R., & Losoya, S. (1997). Emotional responding: Regulation, social
correlates, and socialization. In P. Salovey & D. Sluyter (Eds.), Emotional

Development and Emotional Intelligence: Educational Implications (pp. 129–163). New


York: Basic Books.

Eisenberg, N., Fabes, R., & Murphy, B. (1996). Parents’ reactions to children’s negative
emotions: Relations to children’s social competence and comforting behavior. Child
Development, 67, 2227–2247.

Eisenberg, N., Fabes, R., Bernzweig, J., Karbon, M., Poulin, R., & Hanish, L. (1993). The
relations of emotionality and regulation to preschoolers’ social skills and sociometric
status. Child Development, 64, 1418–1438.

189
Eisenberg, N., Fabes, R., Carlo, G., Troyer, D., Speer, A., Karbon, M., & Switzer, G. (1992).
The relations of maternal practices and characteristics to children’s vicarious
emotional
responsiveness. Child Development, 63, 583–602.

Goleman, Daniel. (1997). Emotional Intelligence. Jakarta : PT Gramedia Pustaka Utama.

Esah Sulaiman (2004). “Pengenalan Pedagogi”. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia,


Johor Darul Ta’zim.

Falsafah Pendidikan di Malaysia. Retrieved on august 16, 2010, from


www.docstoc.com/docs/.../Falsafah-dan-Pendidikan-di-Malaysia
Finch, C.R and Crunkilton, J.R. (1999). “Curriculum Development in Vocational and
Technical Education: Planning, Content and Implementation”. Boston: Allyn and

Gejala-Gejala Penyakit Rohani (2002) telah dimuat turun dari laman web
http://teladan98.tripod.com/teladan250.htm

Gronlund, N.E (1973). Preparing criterion-referenced test for classroom instruction, New
York: Macmillan

Gronlund, N.E and Robert L.L (1990). “Measurement and Evaluation in Teaching.” 6 th
Edition, Mac Millan: New York.

Gredler, M.E (1997). “Learning and Instruction : Theory Into Practise.” 3 rd Edition. New
Jersey: Prentice –Hall.

Gardner, H.(1983).Frames of Mind :The Theory of Multiple Intelligences. Penerbit: Basic


Books, New York.

George R. Colfer (1986). Contemporary Physical Education. Penerbit: W.C. Brown


Publishers.

Goleman, D.(1997) Emotional Intelligence. United States: Boston.

Houghton Mifflin, Jan 1 1978. Assessment in special and remedial education - 531 pages

Haron. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hazeldine, R. (2000). Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press.

Hanum Hassan, Razli Ahmad, Lt. Kol. (B) Azzudin Bahari.(2008) Kemahiran Insaniah dan
Kepentingannya dalam program BaktiSiswa Perdana UniMAP

Huisman, G dan Van Hout, M.2009. The development of a graphical emotion measurement
instrument using caricatured expressions: the LEMtool. University of Twente, Susa

GroupEnschede, The Netherlands (atas talian) http://www.bluehaired.com/corner/wp-


content/uploads/2009

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani.


(2002). Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia

Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi (2006). Modul Pembangunan Kemahiran

190
Insaniah (Soft Skills) Unutk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Putrajya :
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jaafar Abd Rahim (2002). Intelektualisme dalam pembinaan jati diri mahasiswa. Kertas kerja
dibentangkandalam Majlis Dialog Mahasiswa Bersama Pemimpin anjuran Fakulti
Pengajian Maklumat, UiTM , 8 Feb.

Janet Strayer, Simon Fraser University, and William Roberts, University College of the
Cariboo (2004). Children’s Anger, Emotional Expressiveness, and Empathy:
Relations with Parents’Empathy, Emotional Expressiveness, and Parenting
Practices. Blackwell Publishing Ltd. 2004.

JISC (2007. Effective Practice With e-Assessment: An Overview of Technologies, Poklicies


and Prctice in Further and Higher Education. London, HEFCE. Retrieved January 7,
2010

Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran
& Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia : Johor.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan


Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan


Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan


Visi,Kementerian Pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 20013. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan


(SEGAK), Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran
Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu
Sukan (1M1S).Kulala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Sukan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan.Kulala Lumpur:


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kiat Ampara. Chadjane Thalthae (2000). Thailand : Curriculum Planning, Development and
Reform.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah


(SOFT SKILLS) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, (2006). Perangkaan sepintas lalu pengajian tinggi
2005. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia (1982). The philosophy of education in Malaysia.

191
Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Shah (1993) Pendidikan Islam Era 2020 Tasawur Dan
Strategi, Selangor : Percetakan Bintang Jaya.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pendidikan Jasmani Tahun 1. (2010). Kementerian


Pelajaran Malaysia. Selangor: Percetakan Halim Sdn. Bhd.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani Tahun Satu. (2010). Kuala
Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia

Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani Tahun Satu. (2011). Kuala
Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia

Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani Tahun Dua. (2011). Kuala
Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia

Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Pendidikan Jasmani Tahun Tiga. (2012). Kuala
Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia
Klaus R. Scherer.2011.What are Emotions and how can they be Measured?(atas talian)
http://edu.cs.uni-magdeburg.de/EC/lehre/wintersemester-2011-2012 (5 Oktober
2012).

L. Thorndike and E. P. Hagen. Measurement and evaluation in psychology and education.


(4th edition) New York: Wiley, 1977

Lyn Overall, Margaret Sangster. 2006. Assessment : A practical Guide For Primary
Teachers. New York MPG Books Lt, Bordmin,Cornwall.

LeDoux, J. (1996). The Emotional Brain. New York : Simon & Schuster.

Lahey, Benjamin B. (2007). Psychology: An Introduction, 9th Edition. New York: McGraw-
Hill.

Lee, S. M. (1990). Pedagogi 4 (A) : Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mokhtar Ismail. 1995. Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Michael T. Nettles, Arie L.Nettles 1995, Equity and Excellence in Educational Testing and
Assessment, London : Kluwer Academic Publisher

Matlamat Pendidikan. Retrieved on August 16, 2010, from


http://www.angelfire.com/bc3/bcc4

Mohd Fathi bin Adnan, Rohana Hamzah, Aminudin bin Udin (2010).Implikasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia.
Retrieved 2012, Februari 28: http://eprints.utm.my/14917/

Mc Millan, J.H. (1997).”Classroom Assessment: Principles and Practise for Effective


Instruction.” Boston: Allyn and Bacon.

Mohd Rafie Othman (1998). Pelaksaan Penilaian Alternatif Di Sekolah Menengah


Daerah Kulim Dan Bandar Baharu. UM Kuala Lumpur.

Ministry of Education. Towards A Learning Society in Thailand : an introduction to Education


in Thailand

192
Mc.Millan, J.H. (2001). Classroom Assessment: Principles And Practice For Effective
Instruction. Boston: Allyn and Bacon.

Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro


Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Subang Jaya: Cetaktama Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2002). “Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)”.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohd.Azani Ghazali. (1999). Perkara Asas Fardhu’Ain (PAFA) & Ayat-ayat Hafazan.
Pustaka Syuhada : Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. (1992). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro


Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Cetaktama Sdn. Bhd : Subang Jaya.

Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kumpulan Budiman Sdn Bhd :
Selangor.

Mok, S. S. & Lee, S. M. (1988). Latihan Mengajar : Untuk Maktab Perguruan. Ipoh : Fajar
Bakti.

Mok, S. S. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan


Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mokhtar Ismail (1995). “Penilaian di Bilik Darjah.” Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur.

Mohamad Azhar Bin Mat Ali. (2006). Amalan pentaksiran Di Sekolah Menengah. Universiti
Malaya Kuala Lumpur.

Mook Soon Sang (2010). Falsafah Pendidikan Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan.
Selangor: Penerbitan Multimedia

Mook,Soon Sang (2008). Bimbingan & Latihan Persediaan MedSI & Temuduga : Penerbitan
Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.

Mook,Soon Sang(2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah).
Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Muhamad Mahyudin Nafis (2007). Yakin Diri 9 Jalan Cerdas Emosi dan Cerdas Spiritual.
Penerbit: Selangor, PTS Millenia Sdn. Bhd.

Nordin Bahri dan Othman Isa. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Penerbit:
Tanjung Malim, Quantum Books.

Mahmood Nazar Mohamed (1992). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada
Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Martin, Anthony Dio. (2003). Emotional Quality Manajement Refleksi, Revisi Dan Revitalisasi
Hidup Melalui Kekuatan Emosi. Jakarta: Arga.

Mawer, M. (1995). The effective teaching of physical education. London: Longman

Mayer, J. D. 2001. Emotional Intelligence and Giftedness. Roeper Review. 23(3): 131-137.

193
Mayer, J. D., and Salovey, P. (1997). What is emotional of emotional intelligence.
Intelligence, 17, (4), 433-442.

Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2011, Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah, Universiti
Teknologi Malaysia

Mohd Fauzi Hamat, Joni Tamkin Borhan dan Ab. Aziz Mohd Zin (2007), Pengajian Islam di
Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Muhammad Abi Sofian Abdul Halim (2011) Program Perhubungan Masyarakat. Rencana
dipetik dari Dewan Siswa November 2011 telah dimuat turun dari laman web
http://dwnsiswa.dbp.my/wordpress/?p=62

Nik Aziz Nik Pa, Rahimi Md. Saad & Ahmad Zabidi Abd. Razak (2007), Isu-Isu Kritikal
Dalam Pendidikan Islam & Pendidikan Bahasa Arab Berteraskan Pendekatan Islam
Hadhari, Selangor: Hazrah Enterprise.

Newman J.H (1976). The Idea of University. Oxford University Press, London.

Norasudin Sulaiman, Hosni Hasan, Nagoor Meera Abdullah dan Norazhan Che Lan, 2013.
Finess Test For Student, Shah Alam : University Technology MARA, Faculty of Sports
Science and Fecreation.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah Noordin (2012), Falsafah
& Pendidikan di Malaysia, Shah Alam: Oxford Fajar.

Noriati A.Rashid..[et al.], 2010, Siri Pendidikan Guru : Guru Dan Cabaran Semasa, Selangor
: Oxford Fajar Sdn. Bhd

National Science Education Standards, 1996 National Academy Press, 2101 Constitution
Avenue, NW, Box 285, Washington, DC 20055.

Nitko, A. J. (1996). Educational Assessment of Students. New Jersey : Printice-Hall, Inc.

Nitko, A.J. (2004) “Educational Assessment of Students.” Upper Saddle River, NJ: Merrill.

Nitko, A.J. (2001). Educational Assessment of Students (3rd. Ed). University of Arizona :
Merill Prentice Hall, New Jersey.

Nitko, A.J. (2004) “Educational Assessment of Students.” Upper Saddle River, NJ: Merrill.

Pentaksiran Untuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 1 2011, diakses pada 6
Oktober 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/101417191/Borang-Pentaksiran-PJK-KSSR

Penilaian dalam Pendidikan Jasmani, diakses pada 18 Oktober 2012 daripada


http://www.scribd.com/doc/30852916/penilaian-dalam-PJ

Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Hj. Ismail bin Omar Abd Aziz. Ringkasan
Akidah Ahli Sunnah Waljamaah (1). Brunei : Pusat Dakwah Islamiah 1986.

Pg. Haji Abu Bakar bin Pg. Haji Sarifuddin. “Dasar pendidikan bersepadu dalam konteks
Negara Brunei Darussalam”, Seminar Pendidikan, Persatuan Pendidik Nasional,
Bandar Seri Begawan, 18 Oktober, 1998. Kertas Kerja.

194
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1997). PKSM: Buku Panduan Penilaian Kendalian
Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembagnan Kurikulum.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001). Taklimat Pelawat ke Pusat Perkembangan


Kurikulum.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan


Misi. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Procter ( 1995 ), Cambridge International Dictionary of English First Edition, Cambridge


University Press.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1991). Panduan Penilaian Berasaskan Sekolah (PKBS).


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Laporan Kajian Pelaksanaan Penilaian


Kemajuan Berasaskan Sekolah Di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Popham , W.J. (1971), Discrepancy Evaluation for Education Program Improvement and
Assessmnet. Berkely, California : Mc Cutchan.

Rattana Cheewakaroon (2011). Teaching Change in Response To Thai Tertiary English


Language Teaching Reform. University of Wallongong.

Pierangelo, R. & Giuliani, G. (2006). Learning disabilities: A practical approach to


foundations, assessment, diagnosis, and teaching.Boston: Allyn and Bacon.

Pangrazi, R. P., & Dauer, V. P. (1992). Dynamic physical education for elementary school
children (10th ed.). Ontario: Macmillan..

Payne, D. A. (2003). Applied Educational Assessment. United States: Wadsworth Thomson


Learning

Pettifor, B. (1999) Physical education methods for classroom teachers, Physical education
for children; Study and teaching (Elementary). (p.p. 343 ). United States Physical

Salovey, P. & Mayer, J.D. (1990). Emotional Intelligence In Imagination.Cognition And


Personality, 9, 185-211. Sekaran, U. (2004). Research Methods for Business (3rd
Edition). New York: John Wiley & Sons, Inc.

Simmons, W. dan Resnick, L. (1993). Assessment as the Catalyst for School Reform.
Educational Leadership, 50, 11-15.

Ronald L. Taylor (1989), Assessment of Exceptional Students Education, Prentice Hall,


Florida Atlantic University

Richard J. Stinggins ( 1994 ), Student – Centered Classroom Assessment. United State of


America : Macmillan College Publishing Company.

Richey, R.C., Klien, J.D., & Nelson, W.A. (2007). Developmental Research : Studies of
Instructional Design And Development. Dlm. Johassen. D, H. (Ed.) Handbook of

195
Research on Educational Communications and Technology (2nd ed.). London :
Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Rohaya Ishak (2007). Penilaian Berasaakan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran


Hidup Bersepadu Pada Masa Depan: Jangkaan Pakar. Laporan
Penyelidikan UM, Kuala Lumpur.

Shaffer, D.R (1990). Development Psychology. (5th ed.) Boston: Houghton Mifflin Co.

Sistem Pentaksiran dan Penilaian Kebangsaan (2008). Kementerian Pelajaran Malaysia.


Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Suzana Abd. Mutalib (2006). Penggunaan Aras Dalam Pentaksiran Formatif Bagi
Mata pelajaran Geografi Di Sebuah Sekolah Menengah Kuala Kangsar.
UM Kuala Lumpur

Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Strenberg, R. J. Dan Powell, J. S. (1982). “Theories of intelligence.” Di dalam Sternberg, R.
J., ed. Handbook of human intelligence. Cambrigde : Cambridge University Press.

Stufflebeam, D. et al. 1971. Educational Evaluation and Decision Making. Itasca,


Ill:Peackock.

Shamsudin bin Mohd Sharif, Shahrizad bt Yusof, Mohd Sufian bin Omar Fauzee. (2009).
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sue Bloxham, Pete Boyd. 2007. Developing Effective Assessment in Higher Education : A
Practical Guide London :YHT Ltd

Suppiah Nachiapan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. (2007). Psikologi
Pendidikan. Kuala Lumpur. Oxford Fajar.

Seminar Pembangunan Modal Insan (2009), Kecemerlangan Modal Insan. Pada: 23-24 Mac
2009 irep.iium.edu.my/.../Proceding-Pelaburan-Negara. Syafiq (2009). Intelektual. ri
http://eigenzone.blogspot.com/2009/12/intelektual.html pada 31 Oktober 2012.

Roslee Talip Mohd Yusof Abdullah,and Baharom Mohamad,and Abdul Said Ambotang,
Muhamad Suhaimi Taat dan Shukri Zain (2011). Pengajaran kemahiran berfikir
Amalan dan cabaran dalam pendidikan masa kini. Utusan Borneo.

Teuku Iskandar. Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

Terry D. Ten Brink.(1974) Evaluation: A practical guide for teachers. McGraw-Hill, Inc.

Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, Percetakan Nasional
Berhad, Kuala Lumpur.

Walter Dick & Lau Carey (1990). The Systematic Design of Instruction. Third Edition. USA :
Harper Collins Publishers.

196
Wechsler, D. (1949). The Wechsler Intelligence Scale for Children. New York: Psychological
Corp

Widad Othman & Faridah Mariani Johari (2007), Curriculum Planning in Technical and
Vocational Education, Kuala Lumpur, Open University Malaysia.

Wehlburg, C., 2007. How to get the ball rolling : Beginning an assessment program on your
campus. AAHE Bulletin, 51, p. 7- 9.

Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah (2004). Pentaksiran Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Di Sekolah Menengah. Um Kuala Lumpur.

Wiggins, 1989 – Wiggins, Grant (1990). The case for authentic assessment. Practical
Assessment, Research & Evaluation,2(2).

Wee, E. H. (1997). Kecergasan : Satu Panduan Hidup Sihat. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti. Sdn. Bhd.

Wee, E. H. (2011). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Selangor: Karisma


Publications Sdn. Bhd.

Zailan Moris (2007). 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -


Penerbit Universiti Sains Malaysia. Pualau Pinang

197

You might also like