You are on page 1of 7

KOD DAN NAMA KURSUS :

ALS451

NAMA KURSUS :

SOSIOLINGUISTIK MELAYU

TAJUK TUGASAN :

ANALISIS PERISTIWA BAHASA DALAM DRAMA APABILA TERBIT FAJAR


BERDASARKAN TEORI SPEAKING OLEH HYMES (1974)

NAMA :

NADHIRAH BT NOR AFENDI

NOMBOR PELAJAR:

2022461598

NAMA PENSYARAH :

CIK SALIZA BINTI ISMAIL

TARIKH HANTAR :

20 NOVEMBER 2022
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

1.1. Objektif kajian 1

2.0 Kosa Ilmu 2-5

3.0 Kerangka Teori 5-7

4.0 Dapatan Kajian 7-14

4.1 8-11

4.2 11-13

4.3 Aspek ketenunan 13-14

5.0 Kesimpulan 15

Rujukan 16

Lampiran 17-1
1.0 Pengenalan
Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Sebagai alat komunikasi, penelitian
terhadap bahasa tidak lengkap jika tidak melibatkan masyarakat penuturnya. Seperti yang
dinyatakan oleh Edward Sapir (1921:20), “bahasa adalah cara yang digunakan oleh
manusia untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan hasrat menerusi penghasilan
lambang-lambang yang dilakukan secara sukarela.” Bahasa membolehkan sesuatu
kumpulan sosial berhubungan. Ini kerana bahasa terdiri daripada satu sistem yang bersifat
arbitrari (Bloch, 1942:2). Interaksi yang berlangsung dengan menggunakan bahasa
sebagai alat komunikasi adalah sebuah peristiwa bahasa. Peristiwa bahasa merupakan
indikasi yang bersifat sosial serta dapat dikatakan meliputi semua aspek yang terlibat
ketika ucapan berlangsung.

1.1 Objektif Kajian


i. Mengenalpasti aspek-aspek peristiwa bahasa yang terpancar
secara tersirat dalam interaksi lisan (interaksi lisan ialah dialog
yang digunakan oleh watak-watak dalam drama Apabila Terbit
Fajar).

ii. Menganalisis aspek-aspek peristiwa bahasa yang terpancar


secara tersirat dalam interaksi lisan (interaksi lisan ialah dialog
yang digunakan oleh watak-watak dalam drama Apabila Terbit
Fajar).
2.0 Model SPEAKING (Hymes, 1974)
Bell (Dlm. Fenanlampir, n.d.) menyatakan terdapat tiga komponen utama dalam setiap
peristiwa ujaran, iaitu penutur, lawan tutur dan topik perbualan. Ketiga-tiga komponen ini
tidak hanya ditentukan oleh faktor linguistik kerana setiap proses komunikasi yang
berlangsung antara penutur dengan lawan tutur turut juga wujud sebuah peristiwa tutur
yang dikenali sebagai speech event. Hymes (1972) membahaskan peristiwa tutur dengan
menggunakan pendekatan komunikasi etnografi. Oleh itu, Hymes (1972)
memperkenalkan lapan komponen bawah pendekatan tersebut yang dikenali sebagai
model SPEAKING, iaitu (S) Setting and Scene, (P) Participants, (E) Ends, (A) Act
Sequences, (K) Key, (I) Instruments, (N) Norms dan (G) Genre. Justeru, Hymes telah
membahagikan komponen-komponen dalam peristiwa bahasa kepada lapan faktor
mengikut perkataan SPEAKING.
S Latar dan suasana (Setting)
P Peserta (Participants)
E Tujuan komunikasi (Ends)
A Urutan Lakuan (Act Sequence)
K Ragam (Key)
I Alat atau saluran komunikasi (Instruments)
N Norma-norma interaksi dan Pentafsiran (Norms)
G Genre (Genre)
S - Setting and scene (latar dan suasana)
Menurut Hymes, latar merujuk kepada tempat atau masa di mana sesuatu lakuan bahasa
berlaku. Secara umumnya, latar merujuk kepada keadaan-keadaan fizikal yang konkrit
semasa perbualan berlaku. Sementara itu, suasana pula merujuk kepada latar psikologikal
yang abstrak atau definisi kultural sesuatu peristiwa.
P - Participants (peserta atau pemeran)
Menerusi komponen peserta pula, Hymes merujuk kepada kombinasi penutur-pendengar,
pengucap-sidang pendengar dan penghantar-penerima.
E - Ends (pencapaian atau matlamat akhir)
Pencapaian atau matlamat akhir menurut Hymes merujuk kepada pencapaian atau
matlamat akhir dalam suatu peristiwa bahasa yang dilihat daripada dua sudut iaitu hasil
(outcomes) dan tujuan (goals). Hasil yang dimaksudkan di sini ialah pencapaian daripada
definisi peristiwa bahasa, manakala tujuan pula dilihat daripada kaca mata komuniti.
A - Act sequences (aksi urutan/bentuk ujaran)
Komponen aksi urutan pula merujuk kepada bentuk dan kandungan sebenar sesuatu
ujaran atau perbualan. Dalam istilah ini Hymes menggunakan message form untuk
menerangkan bentuk ini dan message content untuk menerangkan tentang kandungan.
Bentuk di sini maksudnya ialah komponen asas untuk melihat butir-butir yang tersurat
tanpa memberi kepentingan kepada unsur-unsur humanistik dan saintifik. Kandungan
pula mirip kepada perkara yang dilaporkan (reported speech) ataupun dalam bentuk
cakap pindah.
K - Key: tone or spirit of act (nada/ragam bahasa)
Komponen ragam merujuk kepada nada, cara dan intonasi bahasa yang digunakan dalam
sesuatu perbualan untuk menyampaikan mesej. Sesuatu mesej boleh disampaikan secara
mesra, serius, tepat, sindiran, mengejek dan sebagainya. Dalam komponen ini juga,
maklumat boleh disampaikan menerusi bahasa badan seperti tingkah laku tertentu, mimik
muka, isyarat dan gerak badan.
I - Instumentalities (saluran/alat)
Komponen instrumen pula merujuk kepada saluran atau alat yang dipilih untuk
berinteraksi. Untuk menjelaskan tentang pemilihan instrumen ini, Hymes telah
menggabungkan dua komponen iaitu saluran dan bentuk-bentuk bahasa (form of speech).
Saluran yang dipilih mungkin saluran lisan, bertulis, telegraf ataupun telefon. Sementara
bentuk ujaran yang digunakan pula mungkin bahasa, dialek, kod mahupun laras
(register).
N - Norms of interaction and interpretation (norma interaksi)
Komponen norma interaksi dan penafsiran ini pula merujuk kepada tingkah laku dan ciri-
ciri spesifik pertuturan dan bagaimana norma-norma ini dilihat dan digunakan oleh
seseorang yang tidak berkongsi norma-norma ini seperti seorang penutur jati. Untuk
menerangkan norma ini, Hymes telah menggabungkan dua komponen iaitu norma-norma
interaksi dengan norma-norma penafsiran. Hymes berpendapat norma-norma interaksi
merujuk kepada semua peraturan berbahasa yang mencerminkan struktur dan hubungan
sosial sesuatu komuniti. Norma-norma penafsiran pula melihat interpretasi apabila
berkomunikasi dengan ahli komuniti yang berlainan.
G - Genre (genre)
Komponen genre iaitu komponen terakhir dalam model SPEAKING ini merujuk kepada
bentuk ujaran tertentu seperti bentuk naratif, puisi, peribahasa, teka-teki, khutbah, doa dan
sebagainya. Genre ini berbeza daripada bentuk perbualan yang biasa dan bersesuaian
untuk situasi-situasi tertentu. Genre biasanya bertembung dengan peristiwa bahasa tetapi
perlu dilihat secara berasingan.

Daripada pengertian yang diberikan di atas, pendekatan etnografi komunikasi menerusi


klasifikasi grid SPEAKING yang dikemukakan oleh Hymes ini menunjukkan bahawa
sesuatu peristiwa bahasa yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah kompleks.
Pembinaan model grid SPEAKING oleh Hymes ini dapat meneliti aspek penggunaan
bahasa (language use) dalam komunikasi dan dalam kajian ini dapat diterapkan untuk
melihat bagaimana peristiwa bahasa terjadi didalam skrip yang dituturkan oleh pelakon.
Oleh itu, selain menjadi sandaran dalam menganalisis wacana perbualan, model
SPEAKING juga dapat meneliti kecekapan komunikasi peserta yang terlibat dalam
peristiwa tutur, terutamanya dalam menyampaikan maklumat dengan jelas. Model ini
dapat menjadi alat untuk mentafsir makna dalam pelbagai keadaan sosial. Selaras dengan
pendapat Hymes (Dlm. Johnstone & Marcellino, 2010), model SPEAKING digunakan
untuk memahami tujuan dan keperluan mereka dalam berkomunikasi. Dengan
memanfaatkan model SPEAKING, kajian ini akan dapat meneliti peristiwa tutur yang
berlaku dalam drama Apabila Terbit Fajar.

3.0 Huraian Teori drama Apabila Terbit Fajar

Sumber dalam kajian ini ialah drama Apabila Terbit Fajar. Apabila Terbit Fajar yang
dihasilkan pada tahun 2018 merupakan karya Along Kamaluddin. Drama ini
mengisahkan seorang remaja perempuan yang cemerlang dalam pelajaran namun menjadi
mangsa jenayah rogol hingga terpaksa melahirkan anak.Walaupun mengalami kesukaran
dalam hidup walaupun cemerlang dalam pelajaran, namun remaja perempuan itu berjaya
mencapai cita-citanya. Hashim Awang dalam Mohamad (2000) mendefinisikan drama
sebagai jenis sastera yang tercipta untuk dipentaskan atau dilakonkan. Pelakon
melakonkan aksi-aksi yang ditetapkan dan melafazkan dialog yang disediakan. Hal ini
bertepatan dengan konsep drama moden yang memerlukan skrip untuk dihafal seterusnya
dilafazkan dalam lakonan. Pengkaji memilih drama Apabila Terbit Fajar ini sebagai
kajian kerana sebagai sebuah karya sastera kerana drama merupakan satu genre
kesusasteraan yang dihasilkan dalam bentuk dialog bahasa prosa atau bahasa puisi.
Drama yang menarik menyatukan seluruh unsur seni yang ada. Kejayaan drama bukan
setakat bergantung pada aspek lakonan semata-mata, tetapi kuat bergantung kepada skrip
drama itu sendiri. Sharif Shaary dalam Mohammad (1994) pula menghuraikan, drama
sebagai satu daripada genre kesusasteraan yang boleh berbentuk prosa atau puisi. Berbeza
daripada novel dan cerpen, drama biasanya ditulis untuk teater, dan para pelakon
mengambil alih peranan watak-watak yang memainkan aksi yang diarahkan dan
melafazkan dialog iaitu skrip yang telah dihafal.

Justeru, atas alasan-alasan yang rasional di atas, pengkaji memilih Apabila Terbit Fajar
ini sebagai bahan kajian kerana dalam Apabila Terbit Fajar, Along Kamaluddin
menggunakan gaya bahasa yang bersahaja dan mudah difahami khususnya oleh pelbagai
golongan tidak kira muda atau tua. Dalam drama Apabila Terbit Fajar, Along
Kamalludin menggunakan bahasa percakapan yang biasa dituturkan dalam kehidupan
seharian daan mengikut model SPEAKING (Hymes 1974). Penggunaan bahasa sebegini
didapati sangat sesuai dianalisis kerana dialog yang diucapkan dalam watak-watak yang
dilukis adalah bahasa yang bermakna.

4.0 Analisis Bahan

You might also like