You are on page 1of 10

BMP 571 PRAGMATIK BAHASA MELAYU

1.0 Pengenalan
Pragmatik ialah persekitaran atau konteks sesuatu ujaran diterbitkan dalam sesuatu kegiatan
komunikasi. Karts (1977), Smith & Wilson (1979) menjelaskan pragmatik ialah bagaimana
penutur dan pendengar mengaitkan konteks sesuatu ayat dengan proposisinya atau ayatnya
sebagai sebahagian daripada perlakuan bahasa (performance). Menurut Levinson (1983),
pragmatik tidak boleh dipisahkan daripada tatabahasa dan melibatkan konteks sekaligus.
Leech (1983) menyatakan tabii (nature) sesuatu bahasa tidak dapat difahami tanpa
memahami pragmatik iaitu Bagaimana bahasa digunakan dalam komunikasi. Dalam
pragmatik, makna memiliki hubungan yang erat dengan situasi, penutur dan unsur lain
(konteks). Pragmatik menginterpretasi makna sebagai suatu hubungan yang melibatkan tiga
segi (triadic), iaitu bentuk, makna dan konteks.
Deiksis merupakan satu unit leksikal atau frasa yang taksa dan tidak boleh difahami
tanpa maklumat konteks. Perkataan tersebut difahami secara semantiknya namun makna
semantiknya berbeza mengikut penggunaan masa dan tempat. Selain itu, deiksis boleh
dikaitkan dengan anafora dan katafora. Secara umumnya, Fillmore (1975) telah
mengkelaskan deiksis kepada tiga jenis berdasarkan kenahuan iaitu: persona (orang), masa
dan tempat. Kemudian telah dikembangkan lagi menjadi lima dengan tambahan deiksis
wacana dan sosial oleh Lyons dan Fillmore (1977).
Deiksis persona merujuk kepada penggunaan ujaran yang digunakan oleh peserta
dalam peristiwa berbahasa. Sama ada peserta yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika meneliti fungsi
komunikasi tersebut iaitu peranan dalam komunikasi, bilangan, jantina (dalam Bahasa
Melayu tidak ada perbezaan), dan jarak sosial. Deiksis waktu pula merujuk kepada
penggunaan rujukan yang kabur dari segi ketetapan masa. Ujaran tersebut meliputi kata
adverb waktu seperti sekarang, kini, tadi, besok, lusa, kelmarin, sebelum, setiba dan sewaktu.
Seterusnya, deiksis tempat pula merujuk kepada penggunaan rujukan yang relevan kepada
lokasi atau ruang ujaran dituturkan. Ujaran tersebut meliputi kata adverba tempat seperti sini,
situ, sana, atas dan bawah. Selain itu, deiksis wacana (deiksis teks) merupakan penggunaan
kata atau frasa yang digunakan untuk merujuk bahagian-bahagian tertentu dalam wacana
yang diberikan. Deiksis yang terakhir ialah deiksis sosial iaitu merujuk kepada ungkapan
perbezaan yang mencerminkan nilai kemasyarakatan yang terdapat antara penutur dalam
suatu peristiwa berbahasa.
1

BMP 571 PRAGMATIK BAHASA MELAYU

Tugasan ini akan mengenalpasti dan menganalisis setiap deiksis yang telah dikemukakan oleh
Fillmore dan Lyons (1977) menggunakan cerpen yang diambil dari laman sesawang
penulisan2u yang bertajuk 12 Ringgit 50 Sen.

2.0 Sinopsis Cerpen


Cerpen ini bertajuk 12 ringgit 50 sen yang menceritakan kisah seorang kanak-kanak bernama
Anis yang dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Anis seorang kanak-kanak yang gigih
berusaha dan rajin, setiap pagi Anis akan bangun di awal pagi untuk mengutip mangga di
rumahnya dan menjual mangga tersebut di sekolah bagi menambah wang sakunya. Walaupun
begitu, Anis mempunyai sebuah keluarga yang bahagia walaupun hidup dalam
kesederhanaan. Anis juga seorang pelajar yang pintar dan disukai oleh gurunya.
Walaubagaimanapun, disebalik kesusahannya masih ada di kalangan rakannya yang tidak
berpuas hati dengan dirinya. Rais merupakan seorang rakan yang mempunyai sikap dengki
terhadapnya. Rais sering menghina Anis yang membawa bekal makanan yang berkuahkan air
dan garam. Tetapi Anis tidak pernah mempedulikan apa yang diperkatakan oleh Rais. Suatu
hari Rais telah mencuri wang yang telah lama disimpan oleh Anis untuk membayar yuran
sekolahnya, wang itu bernilai 12 ringgit 50 sen. Walaupun 12 ringgit 50 sen dilihat sedikit
jumlahnya tetapi tidak bagi Anis yang dilahirkan dalam keluarga yang susah, jumlah itu besar
buat dirinya. Anis kecewa dengan perbuatan Rais dan pada masa yang sama Anis tidak
menyuarakan segala yang terjadi kepada ibunya kerana bimbang akan menyusahkan ibunya.
Akhirnya, ibu Anis telah menggantikan kembali wang Anis yang dicuri itu dan Anis merasa
amat terkejut dan tertanya-tanya bagaimana ibunya mengetahui tentang perkara itu. Menurut
ibunya, Anis sering mengigau dan menyebut-nyebut tentang kehilangan duitnya itu. Duit itu
Anis telah gunakan bagi membayar duit yurannya yang hilang.

BMP 571 PRAGMATIK BAHASA MELAYU

3.0 Teori
Analisis cerpen ini akan menggunakan teori deiksis yang telah dikemukakan oleh Fillmore
dan Lyons (1977). Secara umumnya, Fillmore (1975) telah mengkelaskan deiksis kepada tiga
jenis berdasarkan kenahuan iaitu: persona (orang), masa dan tempat. Kemudian telah
dikembangkan lagi menjadi lima dengan tambahan deiksis wacana dan sosial oleh Lyons dan
Fillmore (1977).

BMP 571 PRAGMATIK BAHASA MELAYU

4.0 Analisis dan Perbincangan


4.1 Deiksis Persona
Deiksis persona merujuk kepada penggunaan ujaran yang digunakan oleh peserta dalam
peristiwa berbahasa. Sama ada peserta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika meneliti fungsi komunikasi
tersebut iaitu peranan dalam komunikasi, bilangan, jantina (dalam Bahasa Melayu tidak ada
perbezaan), dan jarak sosial. Antara deiksis persona yang dapat dikenal pasti dalam cerpen ini
antaranya ialah:
Contoh 1
Bunyi kokokan ayam mengejutkan aku daripada lena.
Aku dalam ayat di atas menunjukkan deiksis persona kerana penggunaan ujaran yang
menggunakan kata ganti nama diri yang pertama
Contoh 2
Mujur semangatku lebih handal menangkis semua godaan itu.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan ku sebagai deiksis persona kerana ia merupakan kata
ganti nama pertama selain daripada berfungsi sebagai katafora kerana berada di akhir ayat.
Contoh 3
Kami bertiga tiba ke sekolah.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan kami sebagai deiksis persona kerana kami merupakan
ujaran yang digunakan bagi menggantikan kata ganti nama diri pertama yang telah
dijamakkan
Contoh 4
Mereka mencecah buah mangga itu dengan garam dan cili.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan mereka sebagai deiksis persona kerana merupakan
ujaran yang menggunakan kata ganti nama diri kedua iaitu merujuk kepada penutur kedua
yang ramai jumlahnya.

BMP 571 PRAGMATIK BAHASA MELAYU

Contoh 5
Rais mendapat giliran ujian membaca sebelum aku.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan Rais merujuk pada deiksis persona kerana juga
menggunakan kata ganti nama diri yang pertama dengan menggunakan namanya sendiri.

4.2 Deiksis Sosial


Deiksis sosial iaitu merujuk kepada ungkapan perbezaan yang mencerminkan nilai
kemasyarakatan yang terdapat antara penutur dalam suatu peristiwa berbahasa.
Contoh 1
Adik, Kakak, Abang, Mak, dan Ayah masih berbaring di atas lantai papan.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan Adik, Kakak, Abang, Mak dan Ayah sebagai deiksis
sosial kerana panggilan mereka mempunyai status atau taraf sosial dalam masyarakat.
Contoh 2
Kasihannya, kata Pak Cik pekebun yang lalu di situ.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan Pak Cik merujuk kepada deiksis sosial kerana
panggilan Pak Cik dalam masyarakat mempunyai jurang sosial dan sebagai tanda hormat
pada orang yang lebih tua.
Contoh 3
Terima Kasih Mak, Anis dah bayar yuran tadi.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan Mak merujuk kepada deiksis sosial kerana panggilan
Mak juga mempunyai jurang sosial dan taraf sosial dalam masyarakat.
Contoh 4
Ayah duduk di bangku kaki lima sambil menghisap rokok tembakau.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan Ayah merujuk kepada deiksis sosial juga kerana
panggilan Ayah juga mempunyai jurang sosial dan taraf sosial dalam masyarakat.
5

BMP 571 PRAGMATIK BAHASA MELAYU

4.3 Deiksis Waktu


Deiksis waktu merujuk kepada penggunaan rujukan yang kabur dari segi ketetapan masa.
Ujaran tersebut meliputi kata adverba waktu seperti sekarang, kini, tadi, besok, lusa,
kelmarin, sebelum, setiba dan sewaktu.
Contoh 1
Mata pelajaran akhir hari itu ialah bahasa Melayu.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan hari itu sebagai deiksis waktu kerana mempunyai
kekaburan atau ketaksaan pada ayat itu, hari itu tidak menjelaskan hari apa sebagai sebuah
maklumat yang tepat.
Contoh 2
Agak petang juga aku sampai rumah dengan kepantasan langkah kaki budak kecil berumur
tujuh tahun.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan agak petang sebagai deiksis waktu kerana mempunyai
kekaburan atau ketaksaan dalam ayat itu, agak petang tidak dijelaskan dengan lanjut pada
pukul berapa.
Contoh 3
Hari sudah gelap sewaktu mak mengejutkan aku.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan hari sudah gelap merujuk kepada deiksis waktu
kerana kekaburan atau ketaksaan dalam ayat itu dan tidak menjelaskan pada pukul berapa.
Contoh 4
Awal pagi itu, aku menemai mak menjual kuih dari rumah ke rumah.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan awal pagi itu merujuk kepada deiksis waktu kerana
kekaburan atau ketaksaan dalam ayat itu dan tidak menjelaskan pada pukul berapa dan hari
apa.

BMP 571 PRAGMATIK BAHASA MELAYU

Contoh 5
Selepas berkali-kali mengelilingi pokok buah mangga itu, aku pun mengorak langkah naik
semula ke rumah dengan senyuman lebar.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan selepas berkali-kali merujuk pada deiksis waktu
kerana kekaburan atau ketaksaan pada ayat itu tidak menerangkan berapa kali dia
mengelilingi pokok itu.

4.4 Deiksis Tempat


Deiksis tempat merujuk kepada penggunaan rujukan yang relevan kepada lokasi atau ruang
ujaran dituturkan.
Contoh 1
Kasihannya, kata pak cik pekebun yang lalu di situ.
Berdasarkan ayat di atas di situ merujuk pada deiksis tempat kerana kekaburan atau
ketaksaan dalam ayat itu. Di situ dalam ayat tidak dijelaskan di mana.
Contoh 2
Penutup api buluh itu ku simpan di tepi apabila api sudah marak dan mengambil kuih yang
tertimbun di besin.
Berdasarkan ayat di atas di tepi merujuk pada deiksis tempat kerana kekaburan atau
ketaksaan dalam ayat itu. Di tepi dalam ayat tidak dijelaskan di mana.
Contoh 3
Aku akan meletakkan lampu ke atas tanah jika menjumpai buah mangga.
Berdasarkan ayat di atas ke atas tanah merujuk pada deiksis tempat kerana kekaburan atau
ketaksaan dalam ayat itu. Ke atas tanah tidak dijelaskan di mana, berhampiran mana dan
sebagainya yang boleh memberi gambaran yang jelas pada pembaca.
Contoh 4
Setelah itu, aku menyimpannya di tempat asal berserta mancis.
7

BMP 571 PRAGMATIK BAHASA MELAYU

Berdasarkan ayat di atas menunjukkan di tempat asal merujuk pada deiksis tempat kerana
mempunyai kekaburan atau ketaksaan dalam ayat itu yang tidak menjelakan di tempat asal
itu di mana.
Contoh 5
Aku bergegas ke arah kelas kakak dan kemudian ke kelas abangku untuk membahagikan
wang jualan seperti yang selalu ku buat.
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan ke arah kelas kakak dan ke kelas abangku merujuk
pada deiksis tempat kerana kekaburan atau ketaksaan dalam ayat itu selain daripada tidak
menjelaskan kelas kakak dan abangnya di mana dan kelas apa.

4.5 Deiksis Wacana


Deiksis wacana (deiksis teks) merupakan penggunaan kata atau frasa yang digunakan untuk
merujuk bahagian-bahagian tertentu dalam wacana yang diberikan.

BMP 571 PRAGMATIK BAHASA MELAYU

5.0 Kesimpulan
Terdapat empat deiksis yang dikenal pasti dalam cerpen tersebut antaranya deiksis persona,
deiksis sosial, deiksis waktu dan deiksis tempat. Walaubagaimanapun, tidak terdapat deiksis
wacana dalam cerpen tersebut

BMP 571 PRAGMATIK BAHASA MELAYU

6.0 Rujukan
Zaitul Azma (2000). Penggunaan Bahasa Dalam Pertuturan Kanak-Kanak Melayu: Satu
Analisis

Pragmatik.

Dicapai

pada

23

http://psasir.upm.edu.my/9919/1/FBMK_2000_7_A.pdf

10

November

2016

daripada

You might also like