You are on page 1of 3

Refleksi

Aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan setiap murid mencapai
potensi yang ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di
sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan
generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan. Dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan
murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu
penekanan kepada elemen pengetahuan dan kemahiran, membangunkan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif, kemahiran memimpin, kemahiran dalam dwibahasa (Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris), sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat. Setiap
elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid
memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.
Berdasarkan pernyataan diatas, dari segi pemerhatian dan interaksi saya di sekolah
yang saya menjalankan program Pengalaman sekolah (PBS) iaitu SJK(T) Jalan Khalidi telah
mencapai 6 aspirasi PPPM. Sekolah ini, bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid
mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana murid
perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi
secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga
membolehkan murid memupuk nilai diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
Selain itu, murid-murid SJK (T) Jalan Khalidi dipastikan menguasai mata pelajaran teras
seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga
digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang
ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan. Dengan ini, Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Jalan Khalidi dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan.
Seterusnya, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Khalidi menjadi medan yang
terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara berpasukan secara
berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara. Pihak sekolah
tersebut peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat
kepimpinan yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini kepimpinan yang dibangunkan
melibatkan empat unsur iaitu keusahawanan, berdaya tahan, Kecerdasan emosi dan
keterampilan komunikasi. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Khalidi

memastikan

persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan keempat-empat unsur di


atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan

sukan dan kokurikulum. Dengan ini,sekolah tersebut dapat melahirkan murid yang
memunyai sifat kepimpinan.
Tambahan pula, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Khalidi juga menekankan
kemahiran dwibahasa dalam kalangan pelajar. Guru-guru di sekolah tersebut memastikan
setiap murid mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid- murid juga diberi
peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahan seperti bahasa Mandarin,
bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan KadazanDusun. Ini adalah kerana, penguasaan kemahiran berbahasa ini amat penting bagi
membolehkan murid-murid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang
seterusnya menyumbang kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat
global.
Guru-guru di

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Khalidi berperanan dalam

memastikan setiap murid mempunyai sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan,
menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan yang wajar dalam situasi
kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Sekolah tersebut berusaha
untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu
tanggungjawab sivik. Dengan ini, murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak
untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar. Ini
membuktikan bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Khalidi menekankan nilai
etika dan kerohanian dalam kalangan murid.
Tambahan pula, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Khalidi juga merialisasikan
aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM yang berkaitan usaha membina identiti
nasional dalam kalangan murid-murid. Pihak sekolah juga melahirkan murid yang
mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh
kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan. Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Jalan Khalidi berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat
patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi
atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia,
memahami dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup
bersama dalam kepelbagaian budaya. Ini membuktikan bahawa pihak Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Jalan Khalidi menekankan identiti nasional dalam kalangan murid.
Selain itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Khalidi juga membina kemahiran
inkuiri setiap pelajar dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang
hayat

supaya

boleh

menghubung

kait

pelbagai

pengetahuan,

dan

mewujudkan

pengetahuan baharu. Pihak sekolah juga mendidik setiap murid menguasai pelbagai
kemahiran kognitif yang penting. Dengan ini, pihak sekolah dapat melahirkan murid yang
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat
kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat.

You might also like