You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU Telefon JALAN TUN ABDUL RAZAK, Fax 80350 JOHOR BAHRU, E-mail

JOHOR DARUL TAZIM Laman Web

: : : :

07-2361028 07-2349611 smtjohorbahru@yahoo.com smtjb.edu.my

Ruj. Tuan Ruj. Kami Tarikh

: JKE 1001/800-12/36( ) : JKE 1001/800-12/36( ) : 19 Januari 2011

PN FARIZA BTE ZAKRIA, Guru Penasihat Kelab Tunas Bistari, SM Teknik Johor Bahru, Jalan Tun Abdul Razak, 80350 JOHOR BAHRU. Tuan, PERMOHONAN PENGESAHAN TUNAS BISTARI SM TEKNIK JOHOR BAHRU PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KELAB

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan JKE 1001/80012/36( ) bertarikh 3 Januari 2011. 2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan penubuhan Kelab Tunas Bistari ini. 3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Kelab Tunas Bistari SM Teknik Johor Bahru dengan No. Pendaftaran 18/2011/SMTJB. Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini dibubarkan. 4. Dengan pengesahan ini Kelab Tunas Bistari SM Teknik Johor Bahru sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini dengan diterajui oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan dan melaksanakan Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada saya. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (HJ HAMSI BIN JAMHARI) Pengetua, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor. s.k: 1. Fail Guru Penyelaras Kelab & Persatuan Non-Akademik

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU Telefon JALAN TUN ABDUL RAZAK, Fax 80350 JOHOR BAHRU, E-mail JOHOR DARUL TAZIM Laman Web

: : : :

07-2361028 07-2349611 smtjohorbahru@yahoo.com smtjb.edu.my

2.

Fail PK Kokurikulum

You might also like