You are on page 1of 10

1 Rajah 1 menunjukkan satu contoh peralatan kecemasan.

Rajah 1
Apakah alat keselamatan ini?

A Pembilas mata C Kabinet kecemasan biologi


B Penyiram kecemasan D Kabinet aliran laminar

2 Rajah 2 menunjukkan beg plastik yang digunakan untuk menyimpan sisa biologi.

Rajah 2
Apakah jenis bahaya yang diwakili oleh simbol pada beg plastik tersebut?

A Bahan merengsa C Bahan radioaktif


B Bahan radioaktif D Bahan biobahaya

3 Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menguruskan tumpahan merkuri?

A Pasir C Air
B Sulfur D Alkohol

4 Apakah kaedah yang paling efektif untuk mengurus bahan sisa biologi seperti jarum?

A Tanam dalam tanah


B Mengguna semula
C Mengitar semula
D Buang dalam bekas sisa tajam

1
5 Antara bahan berikut, yang manakah tidak boleh dibuang ke dalam singki?

A Sebatian organik C Ammonia

B Air garam D Asid etanoik

6 Rajah 3 menunjukkan pemadam api jenis C.

Rajah 3
Apakah jenis kebakaran yang boleh dipadamkan menggunakan pemadam api jenis ini?

A Minyak petrol C Kayu


B Peralatan elektrik D Gas

7 Apakah fungsi penyiram kecemasan dalam makmal?

A Apakah fungsi penyiram kecemasan dalam makmal?


B Melindungi badan daripada terkena bahan kimia

C Melindungi hidung daripada zarah-zarah halus

D Membersihkan badan daripada terkena tumpahan bahan kimia

8 Rajah 4 menunjukkan peralatan perlindungan diri di makmal.

Rajah 4
Apakah fungsi peralatan di atas?

A Melindungi mata daripada sinaran matahari


B Melindungi mata daripada bahaya
C Melindungi mata daripada terkena bahan kimia
D Melindungi mata daripada terkena habuk

2
9 Antara peralatan perlindungan berikut, yang manakah dapat menapis udara melalui sistem
HEPA filter?

A Topeng C Kabinet aliran laminar


B Kebuk wasap D Kabinet keselamatan biologi

10 Semasa sekumpulan murid menjalankan eksperimen di makmal, sebatang termometer mekuri


telah jatuh ke lantai dan pecah.
Antara tindakan berikut, yang manakah tidak sepatutnya dilakukan oleh murid itu?

A Memaklumkan kepada guru dengan segera


B Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan
C Kutip serpihan kaca dan merkuri menggunakan tangan
D Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan

11 Pelupusan bahan sisa P dilakukan dengan dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik
biobahaya. Apakah bahan sisa P?

A Darah
B Jarum
C Bangkai tikus eksperimen
D Medium kultur

12 Rajah 5 menunjukkan contoh bahan sisa X.

Rajah 5
Apakah kategori bahan sisa bagi X?

A Kategori A C Kategori C
B Kategori B D Kategori D

13 Antara berikut, situasi manakah yang memerlukan kita melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR)?

A Mangsa mengalami kekejangan kaki

B Mangsa diserang serangan jantung secara tiba-tiba

C Mangsa terjatuh tangga dan terseliuh pada bahagian kaki

D Mangsa mengalami sesak nafas setelah termakan tulang ikan

3
14 Antara berikut, yang manakah merupakan bilangan kitaran tekanan dan hembusan dalam
melakukan CPR?

A 15 kali tekanan diikuti dengan 1 kali hembusan


B 15 kali tekanan diikuti dengan 2 kali hembusan
C 30 kali tekanan diikuti dengan 1 kali hembusan
D 30 kali tekanan diikuti dengan 2 kali hembusan

15 Berikut menunjukkan prosedur yang terlibat dalam resusitasi kardiopulmonari (CPR)

P – Bantuan pernafasan
Q – Buka saluran pernafasan
R – Periksa tindak balas
S – Tekan dada

Antara berikut, yang manakah menunjukkan susunan prosedur yang betul?

A P SQR C Q SPR

B R QSP D Q PSR

16 Individu yang manakah perlu diberikan bantuan kecemasan Heimlich Manoeuvre?

A Bernafas tetapi tidak dapat bercakap


B Tidak dapat batuk tetapi dapat bercakap
C Bernafas tetapi tidak dapat batuk
D Tidak dapat bernafas dan tidak dapat bercakap

17 Apakah objek yang boleh digunakan untuk pertolongan cemas jika tercekik sendirian?

A Buku C Kerusi

B Bantal D Dinding

18 Apakah kepentingan melakukan Heimlich Manoeuvre?

A Untuk mengembalikan peredaran darah seseorang


B Untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh mangsa
C Membantu menyingkirkan objek yang tersekat pada saluran udaranya
D membolehkan jantung mengepam dengan lebih baik
4
19 Rajah 6 menunjukkan sejenis termometer yang digunakan untuk mengukur suhu badan.

Rajah 6
Apakah jenis termometer ini?

A Termometer klinik C Termometer rektal

B Termometer makmal D Termometer inframerah

20 Apakah yang dimaksudkan dengan ‘suhu’?


A Darjah kepanasan sesuatu bahan
B Haba yang terdapat dalam sesuatu bahan
C Bahan yang disukat menggunakan termometer
D Darjah kepanasan dan kesejukkan sesuatu bahan

21 Antara yang berikut, manakah suhu badan normal manusia?

A 37.9 0C C 27.0 0C
B 35.9 0C D 40.0 0C

22 Termometer manakah sesuai digunakan untuk menyukat suhu bayi yang berumur 2 bulan?

A Termometer klinik C Termometer rektal

B Termometer makmal D Termometer inframerah

23 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kadar denyutan nadi?
A Kadar denyutan nadi bayi lebih rendah daripada orang dewasa
B Terdapat hanya tiga titik nadi di badan manusia
C Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah daripada lelaki
D Atlet mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah

5
24 Rajah 7 menunjukkan termometer X dan Y yang digunakan untuk mengukur suhu badan.

Termometer X

Termometer Y
Rajah 7
Apakah jenis termometer X dan Y?

Termometer X Termometer Y
A Termometer klinik Termometer makmal
B Termometer makmal Termometer klinik
C Termometer rektal Termometer makmal
D Termometer inframerah Termometer klinik

25 Rajah 8 menunjukkan seseorang yang sedang menggunakan alat pengukur tekanan darah.

Rajah 8
Apakah nama alat ini?

A Stetoskop C Sfigmomanometer
B Termometer D Osmometer

26 Jika tekanan darah Haziq normal. Apakah bacaan tekanan sistolik dan tekan diastolik Haziq?

Tekanan sistolik Tekanan diastolic


(mmHg) (mmHg)
A 120-129 80-84
B 160-179 100-109
C Kurang daripada 120 Kurang daripada 80
D 130-139 85-89

6
27 Bacaan tekanan darah Encik Lim ialah ditunjukkan dalam Rajah 9 117/72 mmHg.

Rajah 9
Berapakah tekanan diastoliknya?

A 117 C 65
B 72 D Tiada bacaan

28 Antara aktiviti berikut, yang manakah akan meningkatkan tekanan darah seseorang?

A Pengambilan vitamin C yang berlebihan

B Tidur awal

C Bersenam setiap pagi

D Pengambilan garam berlebihan

29 Apakah yang dimaksudkan dengan Indek Jisim Badan (BMI)?

A Ukuran jisim badan


B Mengukur ketinggian menggunakan jisim badan
C Ukuran jisim badan berbanding dengan ketinggian
D Ukuran jisim menggunakan ketinggian

30 Jisim badan Halim ialah 55 kg dan tingginya ialah 1.65 m . Berapakah Indek Jisim Badan (BMI)
Halim?

BMI =

A 20.20 C 53.35
B 33.33 D 11.01

31 Jika Indek Jisim Badan (BMI) Jun ialah 25.0, dalam kategori manakah Jun dikelaskan?

A Jisim badan unggul C Berlebihan jisim badan


B Obes D Kurang jisim badan

7
32 Apakah masalah kesihatan yang akan dihidap oleh seseorang yang obes?

A Serangan jantung C Sembelit


B Serangan asma D Demam panas

33 Mengapakah Teknologi Hijau dikatakan penting?

A Untuk menjimatkan penggunaan sumber asli negara

B Untuk meningkatkan pembebasan karbon ke persekitaran

C Untuk meningkatkan ekonomi manusia

D Untuk meningkatkan bilangan kenderaan awam

34 Rajah 10 menunjukkan sejenis kenderaan hasil perkembangan teknologi terkini.

Rajah 10
Apakah kelebihan kenderaan ini berbanding kenderaan konversional yang lain?

A Mempunyai harga yang lebih murah


B Mempunyai ketahanan yang lebih tinggi
C Membebaskan kurang gas karbon dioksida
D Menggunakan kurang tenaga untuk bergerak

35 Atara berikut, label manakah menunjukkan peti sejuk yang paling menjimatkan tenaga?
A C

B D

8
36 Rajah 11 menunjukkan sebahagian daripada peringkat dalam pembahagian sel.

W X Y Z

Rajah 11
Antara berikut, yang manakah urutan yang betul?

A W, X, Y, Z C Y, X, W, Z
B X, Z, Y, W D W, X, Y, W

37 Rajah 12 menunjukkan satu proses yang berlaku ketika pembahagian sel.

Rajah 12

Apakah proses yang ditunjukkan di atas?

A Pindah silang C Sitokinesis


B Persenyawaan D Replikasi

38 Rajah 13 menunjukkan satu peringkat dalam mitosis.

Rajah 13

Apakah fasa yang ditunjukkan dalam Rajah 13?

A Profasa C Metafasa
B Anafasa D Telofasa

9
39 Antara berikut, manakah adalah BETUL tentang meiosis?
A Berlaku pada sel soma
B Menghasilkan sel-sel gamet
C Menghasilkan sel baru yang sama dengan sel induk
D Penting dalam pertumbuhan

40 Rajah 14 menunjukkan kariotip seorang kanak-kanak yang mengalami sejenis kecacatan


genetik.

Rajah 14
Apakah penyakit yang dihidap oleh kanak-kanak tersebut?

A Hemofilia C Sindrom Turner


B Sindrom Down D Sindrom Klinefelter

-------------------------------------------- KERTAS SOALAN TAMAT


-------------------------------------------------------------

Disediakan oleh, Disemak oleh, Dissahkan oleh,

....................................................... .......................................................
( NURULAIN BINTI ASAHARI) (NURUL NADIAH BINTI JAILANI) (AMIIN NAHLAH BINTI SARWANI)
Guru Sains Ketua Panitia Sains Guru Kanan Mata Pelajaran Sains &
SMK USJ 23 SMK USJ 23 Matematik
SMK USJ 23

10

You might also like