You are on page 1of 27

BAHAGIAN A

SOALAN OBJEKTIF
Jawab semua soalan
(30 markah)

HITAMKAN JAWAPAN ANDA PADA RUANG JAWAPAN OBJEKTIF DI MUKA SURAT 28

1. Antara yang berikut, yang manakah contoh fenomena semula jadi?


A Pembinaan jambatan
B Pertumbuhan kanak-kanak
C Penggunaan komputer
D Penemuan vaksin baru

2. Maklumat di bawah menunjukkan peringkat organisasi sel

Sel → Tisu → Organ → Z → Organisma

Apakah contoh bagi Z?


A Otak
B Jantung
C Plasma darah
D Peredaran darah

3. Rajah di bawah menunjukkan empat alat pengukur di dalam makmal

II

III

IV

2
Alat pengukur manakah yang boleh digunakan untuk mengukur diameter sebiji guli dengan
tepat?

A I dan II B II dan III

C III dan IV D I dan IV

4. Jadual 1 di bawah menunjukkan unit S.I. bagi tiga kuantiti fizik.

Kuantiti fizik Unit S.I.

Suhu J

K Meter

Masa L

Jadual 1

Antara yang berikut, yang manakah dipadankan dengan betul?

J K L

A Meter Jisim Ohm


B Celsius Suhu Volt
C Kilogram Volt Saat
D Kelvin Panjang Saat

5. Rajah 1 di bawah menunjukkan seorang budak perempuan yang menggigil kesejukan.

Rajah 1

Antara yang berikut, yang manakah tidak akan meningkatkan suhu badan budak
perempuan itu?

3
A Memakai baju sejuk
B Menurunkan suhu penghawa dingin
C Menaikkan suhu penghawa dingin
D Merendamkan kaki di dalam air suam

6. Rajah 2 di bawah menunjukkan sistem pembiakan lelaki. Antara bahagian A, B, C dan D,


yang manakah menghasilkan sperma?

Rajah 2

7. Ravi membeli sekeping kaca untuk digunakan dalam projek Sains sekolahnya dari
sebuah kedai cermin. Kaca tersebut berjisim 26 g dan mempunyai isi padu 10 cm3.

Jisim
Ketumpatan =
Isipadu

Hitungkan ketumpatan kaca ini dengan menggunakan formula di atas.

A 36.0 g cm-3
B 2.60 g cm-3
C 0.38 g cm-3
D 0.26 g cm-3

8. Jadual 2 di bawah merupakan keputusan ujian makanan.

Ujian makanan Menguji Pemerhatian


Ujian iodin Kanji X

Ujian Benedict Glukosa Mendakan merah bata


Ujian Millon Protein Mendakan merah
Ujian emulsi Lemak Emulsi putih
Jadual 2

4
Apakah X?

A Gumpalan hitam
B Tompokan minyak
C Warna biru tua
D Warna hijau klorofil

9. Apakah planet yang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah?

• Planet ‘rumah hijau’ kerana kandungan karbon dioksida yang


tinggi dalam atmosferanya.

• Berputar dari timur ke barat, berbeza dengan bumi dan planet-
planet lain (dari barat ke timur).

A Zuhal
B Zuhrah
C Marikh
D Uranus

10. Rajah 3 di bawah menunjukkan sistem pencernaan manusia. Antara pilihan A, B, C dan
D, organ manakah yang mencernakan protein bagi makanan?

Rajah 3

11. Bagaimanakah penyakit denggi dapat dicegah daripada terus merebak?

A Mengetatkan undang-undang melalui saman kepada premis yang membiarkan


air bertakung.
B Mengamalkan diet seimbang.
C Memindahkan pesakit denggi dari orang ramai.
D Mengambil vaksin dan imunisasi.

5
12. Rajah 4 di bawah menunjukkan nilai pH bagi beberapa bahan.

Rajah 4
Berdasarkan Rajah 4, bahan manakah yang boleh digunakan untuk melegakan sengatan
lebah?
A Lemon dan ubat gigi
B Telur dan ubat gigi
C Lemon dan minuman berkarbonat
D Air mineral dan minuman berkarbonat

13. Rajah 5 di bawah menunjukkan satu litar elektrik yang lengkap. Apakah bacaan
voltmeter jika arus yang mengalir dalam litar ini ialah 3 A?

Rajah 5

A 5V B 21 V
C 15 V D 9V

14. Rajah 6 di bawah menunjukkan warna baju dan seluar seorang kanak-kanak yang
diperhatikan di bawah cahaya putih.

Rajah 6
Berdasarkan Rajah 6, apakah warna baju dan seluar itu apabila diperhatikan di bawah
cahaya merah?

6
Baju Seluar

A Kuning Biru
B Hijau Hitam
C Merah Hitam
D Merah Biru

15. Rajah 7 di bawah menunjukkan satu pemerhatian yang diperoleh dalam satu eksperimen.

Rajah 7

Apakah susunan bagi ketumpatan bahan-bahan tersebut secara turutan menurun?

A Besi, kayu, air, polisterin


B Polisterin, kayu, air, besi
C Besi, air, kayu, polisterin
D Air, polisterin, kayu, besi

16. Rajah 8 di bawah menunjukkan lapisan utama bumi. Di lapisan manakah A, B, C atau D
berlakunya proses olakan mantel?

Rajah 8

7
17. Apakah contoh penyakit yang disebarkan oleh virus?

I Denggi
II Kolera
III Leptospirosis
IV Demam Zika

A I dan II
B III dan IV
C II dan IV
D I dan IV

18. Mengapakah landasan kereta api mempunyai ruang kecil antara penyambung rel?

A Membolehkan pengembangan landasan ketika cuaca sejuk


B Membolehkan pengecutan landasan ketika cuaca panas
C Membolehkan pengembangan landasan ketika cuaca panas
D Membolehkan pemanjangan landasan ketika cuaca sejuk

19. Antara orgnisma berikut, yang manakah organisma multisel?

A B

C D

20. Antara berikut, yang manakah diklasifikasikan sebagai tuas kelas ketiga?

A B

C D

8
21. Rajah 9 menunjukkan satu jenis penglihatan bagi sesetengah haiwan.

Rajah 9

Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai jenis penglihatan seperti dalam
Rajah 9?

A Burung merpati
B Kambing
C Ikan
D Harimau

22. Rajah 10 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kesan merokok ke atas paru-paru.

Rajah 10

Manakah antara berikut dapat diperhatikan apabila pam turas dipasang selama 5 minit?

I Suhu dalam termometer meningkat


II Kapas akan berubah menjadi perang
III Tekanan udara dalam tiub U meningkat
IV Penunjuk bikarbonat bertukar merah

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
9
23. Rajah 11 menunjukkan mekanisme pernafasan semasa menghembus nafas.

Rajah 11

Berdasarkan Rajah 11, pilih pernyataan yang betul tentang mekanisme tersebut.

A Isipadu rongga toraks bertambah


B Tekanan udara lebih rendah di dalam peparu
C Semasa menghembus nafas, sangkar rusuk bergerak ke atas
D Udara keluar dari peparu apabila diafragma bergerak ke atas

24. Rajah 12 menunjukkan suatu tindak balas.

Rajah 12

Apakah tindak balas yang ditunjukkan?


A Endotermik
B Eksotermik
C Peneutralan
D Pemendakan

10
25. Antara bilangan lilitan gegelung primer dan gegelung sekunder transformer berikut, yang
manakah akan memberikan voltan output paling banyak?

Gegelung primer Gegelung sekunder


A 100 500
B 400 400
C 300 200
D 50 800

26. Antara berikut, yang manakah menyebabkan penutupan stoma pada waktu malam?

A Air meresap masuk ke dalam sel pengawal secara osmosis.


B Sel pengawal menjalankan fotosintesis.
C Kepekatan glukosa di dalam sel pengawal berkurang.
D Sel pengawal menjadi segah dan membengkok.

27. Antara fenomena yang berikut, manakah yang tidak berlaku di atas permukaan
Matahari?

A Aurora
B Prominen
C Nyalaan suria
D Tompok suria

28. Rajah 13 di bawah menunjukkan sebuah palam 3-pin.

Rajah 13

Apakah fungsi wayar X pada palam 3-pin?


A Mengembalikan arus dari peralatan elektrik balik ke pencawang bahagian.
B Untuk menghantar arus ke peralatan elektrik.
C Mengalirkan arus elektrik bocor dari peralatan elektrik ke Bumi.
D Untuk memutus dan memberhentikan aliran arus berlebihan

11
29. Rajah 14 menunjukkan pemesongan tiga jenis sinaran radioaktif dalam medan elektrik.

Rajah 14

Pernyataan yang manakah betul tentang P.


A P ialah sejenis gelombang elektromagnet.
B P bercas negatif.
C P mempunyai kuasa pengionan yang tinggi.
D P mempunyai kuasa penembusan yang tinggi.

30. Rajah 15 menunjukkan seorang pekerja menarik beban yang beratnya 10 kg dari atas
tanah ke satu ketinggian 5 m.

Rajah 15

Berapakah nilai tenaga keupayaan graviti?

A 1 000 J
B 500 J
C 100 J
D 50 J

12
BAHAGIAN B
SOALAN SUBJEKTIF
(70 markah)
Jawab semua soalan.

1. Rajah 1 di bawah menunjukkan seketul emas tulen, iaitu sejenis mineral yang dijumpai secara
semula jadi di kerak Bumi.

Rajah 1

a) Tandakan ( √ ) jenis mineral bagi emas tulen.

Unsur Sebatian
[1 markah]
b) Tandakan ( √ ) ciri-ciri yang betul bagi suatu mineral.

(i) Pepejal
(ii) Organik
(iii) Mempunyai komposisi kimia yang tetap
(iv) Larut dalam air
[2 markah]

c) Unsur boleh wujud dalam bentuk logam dan bukan logam.


Tandakan ( √ ) unsur logam.

Iodin Karbon Aluminium


[1 markah]

2. Rajah 2 di bawah menunjukkan struktur jantung manusia.

Rajah 2

13
(a) Labelkan Rajah 2 di atas dengan menggunakan perkataan-perkataan yang diberi.

• Arteri pulmonari • Ventrikel kiri • Vena kava

[2 markah]
(b) Tandakan (√) pada pernyataan yang betul.

(i) Vena kava membawa darah tidak beroksigen masuk ke


dalam jantung.
(ii) Vena pulmonari membawa darah tidak beroksigen
masuk ke dalam jantung semula.

(iii) Dinding ventrikel kiri lebih nipis daripada ventrikel kanan.

(iv) Aorta membawa darah beroksigen keluar dari jantung


menuju ke sel-sel badan.
[2 markah]

(c) Padankan komponen darah kepada fungsinya.

Komponen Darah Fungsi


Sel darah putih Membantu dalam pembekuan darah
Platelet Melindungi badan daripada penyakit
Sel darah merah
[2 markah]

3. Rajah 3.1 menunjukkan pengkelasan tumbuh-tumbuhan.

Rajah 3.1

(a) Namakan tumbuhan berlabel P.

_______________________________________________________________________
[ 1 markah]

14
(b) Nyatakan satu perbezaan di antara tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga.
_______________________________________________________________________
[ 1 markah]

(c) Rajah 3.2 menunjukkan pokok jagung dan pokok keembung.

Pokok jagung Pokok keembung

Rajah 3.2

(i) Nyatakan kumpulan tumbuhan berbunga bagi pokok jagung dan pokok keembung.

Pokok jagung

Pokok
keembung
[ 2 markah]

(ii) Nyatakan jenis urat daun yang terdapat pada pokok jagung dan pokok keembung.

Pokok jagung

Pokok
keembung
[2 markah]

(d) Rajah 3.3 menunjukkan sistem rangka bagi seekor paus biru.

Rajah 3.3

15
(i) Namakan jenis sistem sokongan bagi paus biru.

__________________________________________________________________
[ 1 markah]

(ii) Bagaimanakah paus menyokong saiz badannya di dalam laut?

__________________________________________________________________
[ 1 markah]

(iii) Nyatakan perbezaan sistem rangka dalam paus biru dengan sistem rangka dalam
gajah.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[ 2 markah]

4. Roshen ialah ahli pengakap sekolah. Semasa aktiviti perkhemahan, dia ditugaskan mengambil
air di sungai untuk dimasak. Apabila air sudah mendidih, dia mendapati ia mula membuak dan
berbuih, ia bertukar menjadi wap air seperti dalam rajah 4.1 di bawah.

Rajah 4.1

(a) Keadaan ini menunjukkan jirim boleh berubah dari satu keadaan ke keadaan fizikal yang
lain. Apakah itu jirim?

_______________________________________________________________________
[ 1 markah]

16
(b) Roshen meneruskan kajiannya untuk memerhatikan perubahan keadaan jirim bahan yang
lain seperti dalam Rajah 4.2 di bawah.

Peleburan ais Pemejalwapan ubat gegat

Rajah 4.2

Nyatakan sama ada haba diserap atau dibebaskan semasa proses berikut berlaku.

(i) Peleburan ais : ____________________________________________________

(ii) Pemejalwapan ubat gegat : ___________________________________________


[ 2 markah]

(c) Roshen juga menyedari bahawa perubahan keadaan jirim juga berlaku semasa dia
mengeringkan bajunya seperti dalam Rajah 4.3 di bawah.

Rajah 4.3

Banding dan bezakan proses pendidihan dan penyejatan.


_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
[ 2 markah]

17
(d) Jadual 1 di bawah menunjukkan tiga bahan yang digunakan sebagai penyejuk enjin kereta
oleh ayah Roshen.

Bahan Takat Didih (◦C)


Alkohol 78
Air 100
Bahan Penyejuk −26

Jadual 1

Terangkan mengapa air sesuai digunakan sebagai bahan penyejuk enjin?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
[2 markah]

(e) Adik Roshen menghidu bau masakan yang dimasak oleh ibunya dari dalam biliknya.
Terangkan bagaimana bau masakan tersebut dapat dihidu oleh adik Roshen

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[3 markah]

5. Semasa rehat Azzam pergi ke kantin untuk membeli minuman. Dia mendapati straw
minumannya kelihatan bengkok.

(a) Nyatakan fenomena yang berlaku pada straw minuman tersebut.

_______________________________________________________________________
[ 1 markah]

18
(b) Nyatakan ketumpatan medium A dan medium B dengan ‘lebih tumpat’ atau
‘kurang tumpat’

Medium A : ____________________________________

Medium B : ____________________________________

[ 2 markah]

(c) Semasa kelas sains, Azzam menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji satu
fenomena cahaya yang bergerak merentasi medium. Rajah 5.1 di bawah menunjukkan
satu sinar cahaya bergerak melalui blok kaca

Rajah 5.1

Banding dan bezakan sinar cahaya dalam medium A dan B pada rajah di atas dengan
menggunakan konsep pembiasan.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
[ 3 markah]

(d) Rakan Azzam iaitu Ahmad menggunakan tombak untuk menangkap ikan di sungai. Dia
menyasarkan tombak ke bahagian bawah dari kedudukan ikan yang dilihat pada Rajah 5.2
di bawah.

Rajah 5.2

19
Wajarkan tindakan Ahmad.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
[3 markah]

(e) Nyatakan satu lagi fenomena yang melibatkan cahaya dan penglihatan selain fenomena
yang dinyatakan di 5 (a).

_______________________________________________________________________
[ 1 markah]

6. Rajah 6.1 menunjukkan satu rajah litar.

Rajah 6.1

(a) (i) Mentol yang manakah akan menyala sekiranya mentol D terbakar?

___________________________________________________________________
[2 markah]

(ii) Wajarkan jawapan anda di 6 (a)(i).

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________
[ 2 markah]

20
(b) Ahmad menyediakan satu litar dan dia meletak kepingan aluminium ke dalam besen
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2

Rajah 6.2

Apakah yang akan berlaku kepada mentol? Terangkan mengapa.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
[ 2 markah ]

(c) Rajah 6.3 menunjukkan satu litar bersiri yang mempunyai dua mentol P dan Q.

Rajah 6.3
Hitungkan:
(i) Jumlah rintangan dalam litar (ii) Arus yang mengalir dalam litar

[4 markah ]

21
7. Gerhana matahari akan berlaku pada 9 Mac 2016. Kelab Sains dan Inovasi sebuah sekolah
akan menganjurkan program “Jom Lihat Gerhana Matahari” seperti yang tertera dalam rajah
di bawah.

-KERTAS SOALAN TAMAT-


Jom Lihat Gerhana Matahari
Tentatif program
Tarikh : 9 Mac 2016
7.30 pagi : Taklimat
Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari 8.00 pagi : Penyediaan
JJ Tempat : Tapak Perhimpunan alat
Anjuran : Kelab Sains dan Inovasi 8.30 pagi : Pemerhatian
***Nota : Sila bawa filem sinar-X dan besen air 10.00 pagi : Kesimpulan

(a) Semasa sesi taklimat, guru menunjukkan kesan bilangan filem sinar-X ke atas peratusan
penghantaran cahaya nampak seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2

Bilangan filem sinar-X Peratusan penghantaran cahaya nampak (%)

1 70

2 40

3 10

Jadual 2

(i) Ramalkan peratusan penghantaran cahaya nampak jika peserta menggunakan lima
keping filem sinar-X.

___________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Terangkan jawapan anda di 3 (a) (i).

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[2 markah]

22
(b) Jadual 3 menunjukkan dua kaedah yang dicadangkan oleh guru untuk memerhati
fenomena tersebut.

Kaedah X Kaedah Y

Memerhati gerhana Matahari dengan Memerhati imej gerhana Matahari dengan


menggunakan filem sinar-X menggunakan sebesen air
Jadual 3

Pilih satu kaedah yang sesuai untuk memerhatikan gerhana Matahari. Wajarkan pilihan
anda.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
[4 markah]

(c) Selepas program “Jom Lihat Gerhana Matahari”, satu pertandingan membina model
teleskop akan dianjurkan oleh Kelab Sains dan Inovasi. Selaku ahli kelab, anda
dikehendaki untuk membina model tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang
ditunjukkan di dalam Rajah 7.1 di bawah.

Kanta cembung besar Kanta cembung kecil Botol plastik Kertas hitam
Rajah 7.1

Lakarkan rajah untuk menunjukkan model yang anda bina.

[1 markah]

23
Terangkan bagaimana model tersebut berfungsi.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
[2 markah]

8. Rajah 8.1 menunjukkan dua orang bayi yang tidur dalam buaian tradisional yang berspring.

Rajah 8.1

(a) Berdasarkan pada pemerhatian dalam Rajah 8.1:

(i) Apakah perbezaan di antara pemanjangan spring pada bayi A dan bayi B?

___________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Nyatakan satu inferens tentang bayi B

___________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Rajah 8.2 menunjukkan satu susunan radas untuk menyiasat kesan pemberat ke atas
pemanjangan spring.

Pemanjangan spring = ______________ cm

24
Pemanjangan spring = ______________ cm

Pemanjangan spring = ____________ cm

Pemanjangan spring = ____________ cm

25
Pemanjangan spring = ____________ cm

(i) Rekodkan bacaan dalam Jadual 4 di bawah

Bilangan pemberat 0 1 2 3 4

Pemanjangan spring/ cm

Jadual 4
[2 markah]

(ii) Nyatakan hubungan antara bilangan pemberat dan pemanjangan spring

____________________________________________________________________
[1 markah]

(iii) Nyatakan pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas dalam


eksperimen di atas:

Pembolehubah dimanipulasi: ____________________________________________

Pembolehubah bergerakbalas: ___________________________________________


[ 2 markah]

(c) Dengan menggunakan Jadual 4, plot graf pemanjangan spring dengan bilangan
pemberat yang digunakan. (Gunakan Lampiran 1)
[2 markah]

(d) Berdasarkan graf, ramalkan pemanjangan spring yang dihasilkan oleh lima unit pemberat.

_______________________________________________________________________
[1 markah]

26
Lampiran 1

Pemanjangan spring / cm

Bilangan
pemberat

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………………… ………………………………… ………………………………….


(HAFIZAH BT ABDUL MANAN) (ZARINA BT MOHAMED) (RODIAH BT HAMZAH)
Guru Mata pelajaran Sains GKMP Sains dan Matematik PK Pentadbiran
Tingkatan 3 SMK Sri Andalas SMK Sri Andalas

27
RUANG JAWAPAN OBJEKTIF

16.
1.

2. 17.

18.
3.
19.
4.

5. 20.

6. 21.

7. 22.

8. 23.

9. 24.

10. 25.

11. 26.

12. 27.

13. 28.

14. 29.

15. 30.

30

28

You might also like