You are on page 1of 16

Jawab semua soalan

Bahagian A (20 markah)

1. Antara pernyataan yang berikut, manakah bukan fungsi sistem respirasi manusia?

A Menghasilkan sel darah merah untuk mengangkut oksigen


B Memperoleh oksigen dari udara di persekitaran
C Mengangkut oksigen dari tarikan nafas ke darah
D Menyediakan oksigen untuk respirasi sel

2. Antara struktur yang berikut, manakah berfungsi melindungi peparu?

A Alveolus B Bronkus C Diafragma D Sangkar rusuk

3. Antara yang berikut, manakah mengandungi sedikit atau tanpa oksigen tetapi mengandungi lebih
banyak karbon dioksida?

A Sel darah merah


B Sel darah putih
C Darah beroksigen
D Darah terdeoksigen

4. Gas apakah yang terlibat dalam proses pertukaran gas antara alveolus dengan kapilari darah?

I Oksigen II Nitrogen III Karbon dioksida

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

5. Rajah 1 menunjukkan satu persamaan yang mewakili satu proses yang berlaku dalam system
respirasi manusia.

X + Hemoglobin → Oksihemoglobin

Rajah 1

Apakah yang diwakili oleh X?

A Oksigen
B Nitrogen
C Hidrogen
D Karbon dioksida

1
6. Antara pernyataan yang berikut, manakah tidak benar tentang struktur jantung manusia?

A Jantung mempunyai tiga injap.


B Jantung mempunyai empat ruangan.
C Jantung dipisahkan kepada bahagian kiri dan bahagian kanan oleh septum.
D Jantung terletak dalam rongga toraks antara peparu.

7. Rajah 2 menunjukkan keratan rentas bagi dua jenis salur darah.

Rajah 2
Antara pernyataan yang berikut, manakah tidak benar tentang salur darah X?

A Ia mempunyai dinding yang sangat nipis.


B Saiz lumennya adalah sangat kecil.
C Ia mengangkut darah terdeoksigen sahaja.
D Ia mengangkut darah dari arteri ke vena.

8. Antara pasangan penderma darah dan penerima darah yang berikut, manakah akan
mengakibatkan penggumpalan jika pemindahan darah dijalankan?

Kumpulan darah penderma Kumpulan darah penerima


A O A
B AB B
C A AB
D O O

9. Rajah 3 menunjukkan dua jenis organisma.

Rajah 3

2
Pernyataan yang manakah merupakan persamaan dari segi sistem peredaran darah kedua-dua
organisma tersebut?

A Jantung kedua-dua organisma mempunyai dua atrium dan satu ventrikel.


B Darah melalui jantung satu kali dalam satu peredaran lengkap.
C Sistem peredaran darah melibatkan kapilari sistemik dan kapilari kulit.
D Sistem peredaran darah adalah tertutup.

10. Kandungan darah yang diperlukan untuk mengelakkan pendarahan berlebihan ialah

A Plasma
B Platlet
C Sel Darah Merah
D Sel Darah Putih

11. Kumpulan darah yang berikut, manakah boleh diterima oleh seorang penderma universal
semasa pemindahan darah?

A Kumpulan darah O sahaja


B Kumpulan darah O dan A
C Kumpulan darah O, A, dan B
D Kumpulan darah O, A, B, dan AB

12. Apakah tujuan utama pendermaan darah?

A Untuk menyelamatkan nyawa


B Untuk menjalankan kajian saintifik
C Untuk merawat pesakit yang demam
D Untuk menganalisis populasi bagi kumpulan darah yang sama

13. Proses transpirasi berlaku di

A Akar Tumbuhan C Floem Batang


B Xilem Daun D Liang-Liang Stoma Daun

14. Rajah 4 menunjukkan keratan rentas akar.

Rajah 4

3
Antara yang berikut, manakah bukan fungsi P?

A Mengangkut air
B Mengangkut glukosa
C Memberi sokongan kepada tumbuhan
D Mengangkut mineral terlarut

15. Antara yang berikut, manakah bukan peranan yang dimainkan oleh transpirasi?

A Untuk menyerap dan mengangkut air


B Untuk menghasilkan oksigen semasa fotosintesis
C Untuk menyerap dan mengangkut mineral terlarut
D Untuk menyejukkan daun tumbuhan apabila ia terdedah kepada cahaya matahari secara
terus.

16. Dalam Rajah 5, sepohon pokok keembung dengan akar yang elok direndam dalam satu tabung
didih yang mengandungi larutan merah.

Rajah 5
Selepas beberapa jam, bahagian batang tumbuhan berlabel A, B, C, dan D, manakah
diwarnakan merah?

17. Rajah 6 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan di mana segelang kulit dipotong dan
dibuang.

Rajah 6
Antara yang berikut, manakah boleh diperhatikan selepas dua minggu?

A Tumbuhan itu telah layu.


B Bahagian atas gelang kulit itu berkerepot.
C Bahagian bawah gelang kulit itu membengkak.
D Bahagian atas gelang kulit itu membengkak.

4
18. Antara yang berikut, manakah definisi bagi mineral?

A Mineral ialah unsur yang terdapat di dalam gunung berapi.


B Mineral ialah sebatian semula jadi yang terdapat di dalam laut.
C Mineral ialah unsur atau sebatian yang dihasilkan oleh manusia.
D Mineral ialah unsur atau sebatian semula jadi yang terdapat di dalam kerak bumi

19. Antara sebatian semula jadi yang berikut, manakah tidak akan membebaskan gas sulfur
dioksida apabila dipanaskan?
A Kalsit B Pirit C Galena D Sfalerit

20. Antara yang berikut, manakah unsur semula jadi?

I Emas II Merkuri III Berlian

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II, dan III

JAWAPAN:

1. 6. 11. 16.
2. 7. 12. 17.
3. 8. 13. 18.
4. 9. 14. 19.
5. 10. 15. 20.

5
BAHAGIAN B (20 markah)

1. Rajah 7 di bawah menunjukkan struktur mata manusia.

Object
Object

Mata
Eye

Rajah 7
Sesuatu objek dapat dilihat apabila objek itu memantulkan cahaya. Susunkan pernyataan di
bawah dengan menggunakan nombor 1, 2, 3 dan 4 dalam petak yang disediakan untuk
menunjukkan laluan cahaya dalam mekanisma penglihatan dari objek ke otak yang betul.

Impuls saraf daripada retina akan dihantar ke otak melalui saraf optik.
Kornea membiaskan cahaya ke gelemair dan gelemair akan membiaskan
cahaya ke anak mata.
Kanta mata memfokuskan sinar cahaya ke retina melalui gelemaca.
Anak mata mengawal jumlah cahaya yang memasuki kanta mata
[4 markah]

2. (a) Rajah 8 menunjukkan sebahagian daripada kitar oksigen. Label gas M dan N dengan
menggunakan perkataan yang diberikan dalam kotak di bawah.

Oksigen Karbon dioksida


Sulfur dioksida Nitrogen

Gas
N : ………………………………………
…….

Gas
M : ………………………………………
…….
Rajah 8
[2 markah]

(b) Nyatakan dua bahan dalam udara yang berbahaya kepada sistem respirasi manusia.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

6
3. Rajah 9 menunjukkan keratan rentas jantung manusia.

Aorta Vena kava Septum Injap trikuspid

R
P

Q
S

Rajah 9
Namakan bahagian berlabel P, Q, R dan S.
P :______________________________________________________________________
Q :______________________________________________________________________
R :______________________________________________________________________
S :______________________________________________________________________
[4 markah]

4. Rajah 10 menunjukkan pertukaran gas antara alveolus di dalam peparu dan kapilari darah.

Rajah 10

(a) Namakan gas X dan gas Y.


X :___________________________________________________________________
Y:___________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Apakah proses yang berlaku semasa pertukaran gas?


_________________________________________________________________________
[1 markah]

7
(c) Oksigen diangkut oleh sel darah merah ke seluruh sel badan. Apakah pigmen dalam sel darah
merah yang membawa oksigen?
_________________________________________________________________________
[1 markah]

5. Tandakan ( / ) bagi unsur yang terdapat dalam sebatian mineral berikut.


(a)

Galena Ferum
Plumbum
Oksigen
Sulfur

(b)

Kasiterit Ferum
Timah
Oksigen
Silikon
[4 markah]

BAHAGIAN C (60 markah)

6. (a) Rajah 11 menunjukkan dua bahagian yang berlabel P dan Q yang terdapat pada sehelai
daun.

Rajah 11
(i) Namakan bahagian yang berlabel P
_____________________________________________________________________
[1 markah
(ii) Nyatakan fungsi Q
_____________________________________________________________________
[1 markah]

(iii) Apakah kesan suhu terhadap P?


_____________________________________________________________________
[1 markah]

8
(b) Arman baru membeli beberapa tumbuhan berpasu dari sebuah tapak semaian. Tumbuhan
tidak berkayu yang telah dibelinya mempunyai banyak daun seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 12.

Rajah 12

Tumbuhan berpasu kebiasaannya sangat sensitif terhadap perubatan persekitaran. Apakah


nasihat yang anda boleh berikan kepada Arman untuk memastikan tumbuhan itu tidak layu
dan dapat bertahan dengan lebih lama di dalam pasu?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Arman ingin mencari di mana tempat terbaik untuk dia meletakkan tumbuhan berpasu itu.
Dia meletakkan sehelai daun yang dimasukkan ke dalam tabung uji yang mengandungi air
di tempat yang berbeza di dalam rumah selama beberapa jam. Dia kemudiannya mengukur
perbezaan jisim di awal eksperimen dan di akhir eksperimen.

Rajah 13

9
Keputusan penyiasatan adalah seperti yang berikut:

Set Tempat Perbezaan jisim (g)


A Dapur 3
B Bilik mandi 1
C Ruang tamu 2

Berdasarkan keputusan itu, tempat yang manakah paling baik untuk tumbuhan berpasu.
Terangkan jawapan anda.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[3 markah]

7. Rajah 14 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji tindak balas logam dengan gas P.

Rajah 14

(a) Apakah tujuan memanaskan hablur kalium manganat(VII)?


_________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Tuliskan satu persamaan untuk tindak balas itu.


_________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Eksperimen diulangi dengan menggunakan serbuk aluminium, serbuk magnesium, serbuk
kuprum, dan serbuk besi. Susunkan kereaktifan logam di atas dengan oksigen dalam urutan
menurun.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

10
(d) Lengkapkan Jadual 1 untuk menunjukkan kegunaan sebatian mineral berikut.

Mineral Kegunaan
(i)
Kuprum

Emas (ii)

Asbestos (iii)

Jadual 1
[3 markah]

8. (a) Namakan kumpulan haiwan yang mempunyai struktur respirasi yang boleh mengadaptasi
persekitaran yang berbeza seperti berikut:

(i) Insang : ___________________________________________________


(ii) Trakea:___________________________________________________
(iii) Kulit luar lembab:__________________________________________
[3 markah]
(b) Rajah 15 menunjukkan struktur P.

Rajah 15
(i) Apakah P?
_____________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Apakah ciri-ciri khusus bagi struktur P supaya pertukaran gas berlaku dengan berkesan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]

(c) Bagaimanakah hujan asid mengganggu kemandirian tumbuhan?


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[2 markah]

11
(d) Selain daripada kawasan bandar, nyatakan tempat lain yang tidak sesuai untuk pesakit asma.
________________________________________________________________________
[1 markah]

9. Rajah 16 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh seorang pelajar.

Rajah 16

(a) Apakah tujuan eksperimen itu?


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Nyatakan pemerhatian eksperimen untuk setiap yang berikut.


(i) Kapas lembap : _____________________________________________

(ii) Penunjuk semesta :___________________________________________

(iii) Bacaan suhu :_______________________________________________

[3 markah]

(c) Encik Lokman selalu merokok di hadapan isterinya yang sedang mengandung. Nyatakan
dua kesannya terhadap bayi dalam kandungan isterinya.
_______________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Namakan dua bahan berbahaya dalam asap rokok


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[2 markah]

12
(e) Pada pendapat anda, wajarkah harga rokok di naikkan?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[2 markah]

10. (a) Rajah 17 menunjukkan sebuah kubus dengan satu bulatan.

Rajah 17

(i) Adakah bulatan itu di hadapan atau di belakang kubus?


____________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Apakah had deria penglihatan yang ditunjukkan di atas?


____________________________________________________________________
[1 markah]

(iii) Terangkan had deria yang dinyatakan di (ii).


____________________________________________________________________
[1 markah]

(iv) Nyatakan fungsi bagi alat berikut:

Mikroskop: ___________________________________________________________
[1 markah]

(b) Seorang pekerja binaan mengalami masalah pendengaran selepas beberapa tahun.

(i) Ramalkan punca kecacatan pendengarannya itu.


_____________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Bagaimanakah kecacatan pendengaran di (i) dapat diatasi?


_____________________________________________________________________
[2 markah]

13
(c) Rajah 18 di bawah menunjukkan beberapa kenderaan di sebuah lebuh raya.

Rajah 18
Mengapakah pemandu lori itu tidak dapat melihat kenderaan R di sebelah kanannya?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[2 markah]

(d)
Pak Dollah yang mempunyai masalah rabun
dekat terlupa membawa cermin matanya
semasa sarapan di sebuah warung. Anda
dikehendaki untuk mereka bentuk satu kanta
bagi membolehkan Pak Dollah membaca
surat khabar. Reka bentuk tersebut hendaklah
menggunakan bahan dalam Rajah 19.
Rajah 19
Penerangan :

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[3 markah]
14
11. (a) Nyatakan kaedah pengekstrakan logam daripada bijih atau oksida logam yang berikut:

(i) Aluminium oksida :______________________________________________________


(ii) Bijih besi: _____________________________________________________________
[2 markah]

Rajah 20
(b) Rajah 20 menunjukkan relau bagas yang digunakan untuk mengekstrak ferum.
(i) Nyatakan dua contoh logam selain ferum yang diekstrakan dengan menggunakan
relau bagas.
_____________________________________________________________________
[2 markah]

(ii) Nyatakan bahan yang dimasukkan ke dalam relau bagas melalui bahagian yang berlabel:
P : _________________________________________________________________
Q: _________________________________________________________________
[2 markah]

(iii) Namakan bahan yang dialirkan keluar dari relau bagas melalui bahagian yang berlabel:
R :_________________________________________________________________
S : _________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Binaan model 3D (tiga dimensi) lazimnya dalam pelbagai bidang. Anda dikehendaki
membuat satu model 3D relau bagas dengan menggunakan bahan yang berikut:

Penyedut minuman Serbuk kapur


Botol air mineral kosong Beg plastik lut sinar
Air Motor
Minyak masak Bilah kipas
Serbuk besi Klip kertas
Arang kok

15
(i) Lakarkan dan labelkan model 3D anda

[2 markah]
Penerangan:

Bahan Mewakili

Botol

Minyak masak

Air

Motor

Serbuk besi

Serbuk kapur

[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

…….…………………. ………...………………….. …………..………..………


(Shakinah Bt Mohd) (Siti Hajjar Bt Yacob) (Azharni Bt Mohd Ajib)
Guru MP Sains Ketua Panitia Sains GKMP Sains dan Matematik

16

You might also like