You are on page 1of 21

Jadual isi kandungan

Topik Bilangan muka surat

Objektif 1

Pengenalan 1&2

Pemboleh ubah 2

Bahan dan radas 3

Prosedur 3-6

Keputusan 7-14

Perbincangan 15&16&17

Soalan 18&19

Kesimpulan & sumber rujukan 20

1
Amali 1: Menguji kandungan makanan untuk karbohidrat,gula penurun,gula bukan
penurun , protein dan lipid.

Objektif:Untuk menguji kehadiran karbohidrat,gula penurun dan gula bukan penurun


serta protein dan lipid dalam sampel makanan.

Pengenalan: Nutrien ialah bahan dan zat makanan yang berguna dan berfaedah
terhadap tubuh badan. Nutrisi atau gizi adalah substansi organik yang dibutuhkan
oleh organisma untuk fungsi normal dari sistem pertumbuhan dan pemeliharaan
kesihatan. Setiap nutrien mempunyai fungsi yang berlainan di dalam badan kita
supaya kita dapat tumbuh dan berkembang dengan baik dan sihat.Antara nutrisi
utama yang diperlukan oleh badan kita ialah karbohidrat,protein dan lipid.

Karbohidrat adalah gula, pati dan serat yang ditemukan pada buah-buahan, biji-
bijian, sayuran dan produk susu. Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga
bagi kegunaan badan.Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu
berasa lemah dan tidak bermaya.Karbohidrat yang diambil secara berlebihan pula
boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes.

Roti

Cip
Kentang

Biji-bijian

Protein terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat


sebahagian protein juga mempunyai unsur fosforus dan sulfur. Ikan, susu, daging,
kekacang (kacang tanah dan kacang soya) dan putih telur kaya dengan protein.
Protein dapat membina tisu badan, enzim dan hormon.

Daging

Susu

2 Telur
Lemak ialah sejenis lipid yang boleh dibezakan antara lipid-lipid lain berdasarkan
struktur kimianya. Kategori molekul ini penting untuk banyak bentuk hidupan yang
lepas, terutama pada kedua-dua fungsi struktur dan metabolik. Lemak merupakan
sebahagian diet bagi kebanyakan heterotrof. Contoh lemak haiwan adalah lemak,
minyak ikan, mentega dan minyak sapi. Ia biasanya didapati dari lemak dalam susu
dan daging serta juga dari bawah kulit haiwan. Contoh lemak tumbuhan yang boleh
dimakan termasuk kacang, kacang soya, bunga matahari, bijan, kelapa, zaitun, dan
minyak sayuran.
Minyak
Alpukat

Kacang-
kacang

Ikan

Dalam amali ini kita akan membuat ujian tehadap karbohidrat,gula penurun dan gula
bukan penurun serta protein dan lipid dalam sampel makanan. Bagi menguji
kandungan kelas makanan yang terdapat dalam setiap sampel makanan, beberapa
ujian boleh dilakukan dengan mengunakan beberapa jenis bahan uji larutan. Ujian
kanji menggunakan larutan iodin untuk menguji kehadiran karbohidrat dalam sampel
makanan. Ujian gula penurun menggunakan larutan Benedict manakala ujian gula
bukan penurun menggunakan larutan HCL, NaHCO 3 dan larutan Bendict untuk
menguji kehadiran glukosa dalam sampel makanan. Ujian Millon menggunakan
reagen Millon manakala ujian Biuret menggunakan larutan Biuret untuk menguji
kehadiran protein.Terdapat 3 ujian dapat menguji kehadiran lipid iaitu ujian tompok
gris,ujian Sudan III dan ujian emulsi.Ujian tompok gris dijalankan dengan menitiskan
sampel makanan yang perlu diuji pada kertas turas.Ujian Sudan III mengunakan
reagen Sudan III untuk menguji kehadiran lipid manakala ujian emulsi menggunakan
larutan etanol untuk menguji kehadiran lipid.

Pemboleh ubah:Dimanipulasikan:jenis sampel makanan

Bergerak balas:colour changes of food sample

Dimalarkan:isipadu sampel makanan

3
Bahan dan Radas:

Beberapa jenis larutan sampel makanan yang perlu diuji ditandakan huruf
abjad,penunu Bunsen,pemegang tabung uji,rak dan tabung uji,kertas turas,piring
petri,larutan Benedict/Fehling,larutan iodin,natrium bikarbonat,NaHCO 2,asid
hidroklorik cair,asid hidroklorik pekat,ujian Millon,larutan NaOH dan
CuSO4,spatula,bikar 250cm3,larutan Sudan III,etanol,penitis,kasa dawai,tripod.

Prosedur:

1.Enam sampel makanan yang telah ditandakan huruf abjad A, B, C, D, E, F


disediakan.

2.Ujian untuk menguji kehadiran karbohidrat,gula penurun dan gula bukan penurun
serta protein dan lipid dalam sampel makanan dijalankan.

3.Ujian kanji untuk menguji kehadiran karbohidrat:

a)Sebanyak 2ml sampel makanan A disediakan di dalam tabung uji.

b)2-3 titik larutan Iodin dicampurkan kepada tabung uji yang mengandungi sampel
makanan A.

c)Pemerhatian diicatatkan.

d)Langkah a) hingga c) diulang dengan menggunakan sampel makanan berlabel B,


C, D, E, F untuk menggantikan sampel makanan A.

4.Ujian gula penurun untuk menguji kehadiran karbohidrat:

a)Sebanyak 2ml sampel makanan A disediakan di dalam tabung uji.

b)2ml larutan Benedict dicampurkan dengan tabung uji yang mengandungi sampel
makanan A.

c)Campuran dididihkan selama 2-3 minit menggunakan rendaman air di dalam bikar.

d)Pemerhatian dicatatkan.

4
e)Langkah a) hingga d) diulang dengan menggunakan sampel makanan yang
berlabel B,C,D,E,F untuk menggantikan sampel makanan A.

5.Ujian gula bukan penurun untuk menguji kehadiran karbohidrat:

a) Sebanyak 2ml sampel makanan A disediakan di dalam tabung uji.

b)2ml HCL ditambahkan kepada 2cm3 sampel makanan A yang perlu diuji dalam
tabung uji.

c)Campuran dididihkan selama 1 minit dalam rendaman air dan sejukkan.

d)NaHCO3 ditambahkan sehingga tidak larut lagi

e) Ujian gula penurun dilakukan dengan menggunakan larutan Benedict.

F) Pemerhatian dicatatkan

g) Langkah a) hingga f) diulang dengan menggunakan sampel makanan yang


berlabel B, C, D, E, F untuk menggantikan sampel makanan A.

6.Ujian Millon untuk menguji kehadiran protein:

a) Sebanyak 3ml sampel makanan A disediakan di dalam tabung uji.

b) Beberapa titk bahan uji Millon ditambahkan secara berhati-hati kepada tabung uji
yang mengandungi 3cm3 sampel makanan A.

c)Campuran dididihkan selama 2-3 minit dalam rendaman air.

d)Pemerhatian dicatatkan.

E) Langkah a) hingga d) diulang dengan menggunakan sampel makanan B,C,D,E,F


untuk menggantikan sampel makanan A.

5
7.Ujian Biuret untuk menguji kehadiran protein

a) Sebanyak 2ml sampel makanan A disediakan di dalam tabung uji.

b)2ml larutan NaOH dan 2-3 titik larutan CuSO 4 ditambahkan kepada tabung uji
yang mengandungi sampel makanan A.

c)Camperan itu digoncangkan

d)Pemerhatian dicatatkan

e) Langkah a) hingga d) diulang dengan menggunakan sampel makanan B, C, D, E,


F untuk menggantikan sampel makanan A.

8.Ujian tompok gris untuk menguji kehadiran lipid

a) Sebanyak 1 titik sampel makanan A dititiskan di atas sekeping kertas turas dan
biarkan kering.

b) Kertas turas ditayangkan kepada cahaya melalui tingkap.

c)Pemerhatian dicatatkan.

d)Langkah a) hingga c) diulang dengan menggunakan sampel makanan B, C, D, E,


F untuk menggantikan sampel makanan A.

9. Ujian Sudan III untuk menguji kehadiran lipid.

a) Sebanyak 2ml sampel makanan A disediakan di dalam tabung uji.

b)2-3 titik larutan Sudan III ditambahkan kepada tabung uji yang mengandungi
sampel makanan A.

c)Campuran digoncangkan sehingga emulsi terbentuk.

d)Tabung uji dibiarkan tegak di dalam rak selama 5 minit.

e)Pemerhatian dicatatkan.

f)Langkah a) hingga e) diulang dengan menggunakan sampel makanan B,C,D,E,F


untuk menggantikan sampel makanan A.

6
10)Ujian emulsi untuk menguji kehadiran lipid

a)3 titik sampel makanan dititikkan ke dalam 2ml etanol dalam tabung uji.

b)Campuran digoncangkan sehingga larutan jernih.

c)Larutan jernih tersebut dititiskan titik demi titik ke dalam tabung uji kedua yang
mengandungi 3ml air.

d)Pemerhatian dicatatkan.

e) Langkah a) hingga c) diulang dengan menggunakan sampel makanan B, C, D, E,


F untuk menggantikan sampel makanan A.

7
Keputusan:

a)Ujian kanji untuk menguji kehadiran karbohidrat

Gambar 1: Gambar di atas menunjukkan keputusan bagi ujian kanji

Jadual 1: Jadual di bawah menunjukkan keputusan bagi ujian kanji

Sampel Pemerhatian Inferen


makanan
A Tiada perubahan warna pada larutan Tiada kehadiran
iodin karbohidrat
B Tiada perubahan warna pada larutan Tiada kehadiran
iodin karbohidrat
C Tiada perubahan warna pada larutan Tiada kehadiran
iodin karbohirat
D Warna kuning-keperangan larutan Terdapat kehadiran
iodin berubah menjadi biru tua karbohidrat
E Warna kuning-keperangan larutan Terdapat kehadiran
iodin berubah menjadi biru tua karbohidrat
F Tiada perubahan warna pada larutan Tiada kehadiran
iodin karbohidrat

8
b)Ujian gula penurun untuk menguji kehadiran karbohidrat

Gambar 2: Gambar di atas menunjukkan keputusan bagi ujian gula penurun

Jadual 2: Jadual di bawah menunjukkan keputusan bagi ujian gula penurun

Sampel Pemerhatian Inferen


makanan
A Warna biru larutan Benedict berubah Terdapat kehadiran
menjadi warna kuning. gula penurun
B Warna biru larutan Benedict berubah Terdapat kehadiran
menjadi warna merah bata gula penurun
C Warna biru larutan Benedict berubah Terdapat kehadiran
menjadi warna hijau gula penurun
D Warna biru larutan Benedict berubah Terdapat kehadiran
menjadi warna jingga gula penurun

9
E Tiada perubahan warna pada larutan Tiada kehadiran gula
Bnedict penurun
F Tiada perubahan warna pada larutan Tiada kehadiran gula
Benedict.Satu lapisan berwarna kuning penurun
terapung.
c)Ujian gula bukan penurun untuk menguji kehadiran karbohidrat

Gambar3: Gambar di atas menunjukkan keputusan bagi ujian gula bukan penurun

Jadual 3: Jadual di bawah menunjukkan keputusan bagi ujian gula bukan penurun

Sampel Pemerhatian Inferen


makanan
A Warna biru larutan Benedict Tidak kehadiran gula
berubah menjadi warna kuning bukan penurun
B Warna biru larutan Benedict Tidak kehadiran gula
berubah menjadi warna merah bata bukan penurun
C Warna biru larutan Benedict Tidak kehadiran gula
berubah menjadi warna kuning bukan penurun
D Warna biru larutan Benedict Tidak kehadiran gula
berubah menjadi warna jingga bukan penurun
E Tiada perubahan warna pada Terdapat kehadiran gula

10
larutan Benedict bukan penurun
F Tiada perubahan warna pada Terdapat kehadiran gula
larutan Benedict bukan penurun
d)Ujian Millon untuk menguji kehadiran protein

Gamber 4: Gamber di atas menunjukkan keputusan bagi ujian Millon

Jadual 4: Jadual dibawah menunjukkan keputusan bagi ujian Millon

Sampel Pemerhatian Inferen


makanan
A Mendakan merah bata terbentuk Terdapat kehadiran
protein
B Mendakan merah bata terbentuk Terdapat kehadiran
protein
C Mendakan merah bata terbentuk Terdapat kehadiran
protein
D Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran protein
larutan Millon
E Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran protein
larutan Millon
F Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran protein
larutan Millon

11
e)Ujian Biuret untuk menguji kehadiran protein

Gambar 5:Gambar di atas menunjukkan keputusan bagi ujian Biuret

Jadual 5: Jadual di bawah menunjukkan keputusan bagi ujian Biuret

Sampel Pemerhatian Inferen


makanan
A Berubah menjadi ungu muda Terdapat kehadiran
protein
B Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran protein
larutan Biuret
C Berubah menjadi ungu muda Terdapat kehadiran
protein
D Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran protein
larutan Biuret
E Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran protein
larutan Biuret
F Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran protein
larutan
e)Ujian Tompok Gris untuk menguji kehadiran lipid

12
Gambar 6: Gambar di atas menunjukkan keputusan bagi ujian tompok gris

Jadual 6: Jadual di bawah menunjukkan keputusan bagi ujian tompok gris

Sampel Pemerhatian Inferen


makanan
A Satu tompok lutsinar pada kertas Terdapat kehadiran lipid
turas
B Tiada tompok lutsinar pada kertas Tiada kehadiran lipid
turas
C Satu tompok lutsinar pada kertas Terdapat kehadiran lipid
turas
D Tiada tompok lutsinar pada kertas Tiada kehadiran lipid
turas
E Satu tompok lutsinar pada kertas Terdapat kehadiran lipid
turas
F Satu tompok lutsinar pada kertas Terdapat kehadiran lipid
turas
f)Ujian Sudan IIII untuk menguji kehadiran lipid

13
Gambar 7: Gambar di atas menunjukkan keputusan bagi ujian Sudan III

Jadual 7: Jadual di bawah menunjukkan keputusan bagi ujian Sudan III

Sampel Pemerhatian Inferen


makanan
A Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran lipid
larutan Sudan III
B Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran lipid
larutan Sudan III
C Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran lipid
larutan Sudan III
D Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran lipid
larutan Sudan III
E Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran lipid
larutan Sudan III
F Satu lapisan warna merah bata Terdapat kehadiran lipid
yang terapung terbentuk.
f)Ujian emulsi untuk menguji kehadiran lipid

14
Gambar 8: Gambar di atas menunjukkan keputusan bagi ujian emulsi

Jadual 8: Jadual di bawah menunjukkan keputusan bagi ujian emulsi

Sampel Pemerhatian Inferen


makanan
A Larutan emulsi terbentuk Terdapat kehadiran lipid
B Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran lipid
larutan etanol
C Larutan emulsi terbentuk Terdapat kehadiran lipid
D Larutan emulsi terbentuk Terdapat kehadiran lipid
E Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran lipid
latutan etanol
F Tiada perubahan warna pada Tiada kehadiran lipid
larutan etanol

Perbincangan:

Ujian kanji:

15
Untuk menguji kehadiran karbohidrat,ujian kanji telah dijalankan dengan
menggunakan larutan iodin.Apabila beberapa titik larutan iodin dititiskan ke dalam
tabung uji yang mengandungi sampel makanan,warna biru tua akan terhasil jika
terdapat kehadiran karbohidrat.

Sampel makanan D dan E menunjukkan warna biru tua selepas dititiskan


dengan larutan iodin.Jadi,sampel makanan D dan E mengandungi kanji.Sampel
makanan A,B,C,F tiada perubahan warna selepas dititiskan larutan iodin kerana
tidak mengandungi kanji.

Ujian gula penurun dan gula bukan penurun:

Untuk menguji kehadiran gula penurun,ujian Benedict dijalankan dengan


larutan Benedict.Apabila gula penurun dididih dengan larutan Benedict,gula penurun
akan menurunkan kuprum(II)sulfat yang di dalam larutan Bnedict dan larutan
kuprum(II)sulfat akan bertukar menjadi kuprum(II)oksida.Kuprum(II)sulfat ialah
sebetian warna biru yang terlarut manakala kuprum(II)oksida ialah mendakan merah
bata yang tidak larut.

Ujian gula penurun yang berjaya akan mempunyai pemerhatian yang berikut:

apabila campuran yang mengandungi glukosa dipanaskan bersama-sama dengan


larutan Benedict, larutan biru Benedict akan bertukar warna menjadi hijau, kuning,
jingga, dan akhirnya merah bata akan terbentuk.Sekiranya tiada perubahan warna
pada akhir eksperimen,maka bahan tersebut ialah gula bukan penurun.

Menurut keputusan eksperimen di atas,sampel makanan B telah menunjukkan


warna merah bata pada akhir eksperimen.Ini membuktikan bahawa sampel
makanan mengandungi gula penurun.Sampel makanan A,C,D talah menunjukkan
warna kuning,hijau dan jingga masing-masing pada akhir eksperimen dan ini
membuktikan mereka mengandungi sedikit gula penurun.

Sampel makanan E dan F ialah gula bukan penurun kerana mereka tiada
sebarang perubahan warna pada larutan Benedict selepas eksperimen dijalankan.

Oleh itu,sampel makanan A,B,C,D ialah gula penurun manakala sampel


makanan E dan F ialah gula bukan penurun.

16
Ujian Millon:

Untuk menguji kehadiran protein dalam sampel makanan,ujian Millon dijalankan


dengan menggunakan larutan Millon.Dalam ujian Millon,mendakan merah bata
terbentuk adalah sebagai keputusan posiitif.

Sampel makanan A,B dan C mengandungi protein kerana mendakan merah


terbentuk selepas ujian Millon.Sampel makanan D,E,F tidak mengandungi protein
kerana tiada perubahan warna selepas ujian Millon.

Ujian Biuret:

Untuk menguji kehadiran protein dalam sampel makanan,ujian Biuret boleh


dijalankan. Ujian Biuret merupakan campuran antara sedikit larutan natrium
hidroksida dan beberapa titik larutan kuprum sulfat 1% untuk dijadikan larutan Biuret.
Dalam ujian Biuret, sebarang mendakan merah, sama ada merah bata, merah muda
atau merah jambu diterima sebagai keputusan positif.

Sampel makanan A dan C mengandungi protein kerana ia menunjukkan ungu


muda selepas dicampurkan dengan larutan Biuret.Sampel makanan B,D,E,F tidak
mengandungi protein kerana tiada perubahan warna selepas dicampurkan dengan
larutan Biuret.

Ujian Tompok Gris:

Untuk menguji kehadiran lipid,ujian tompok gris telah dijalankan.Setitik sampel


makanan akan dititiskan ke atas kertas turas dan biarkan kering.Sampel makanan
yang mengandungi lipid akan menghasilkan satu tompok lutsinar kekal semasa
dipegang menentang arah cahaya.

Sampel makanan A, C, E dan F terdapat kehadiran lipid kerana satu tompok


lutsinar kekal terhasil mananakala sampel makanan B dan D tiada kehadiran lipid
kerana tidak memberi keputusan yang positif pada akhir eksperimen.

17
Ujian Sudan III:

Untuk menguji kehadiran lipid,ujian Sudan III telah dijalankan.Apabila larutan


Sudan III dicampur dengan sampel makanan yang mengandungi lipid,satu lapisan
yang berwarna merah bata akan terbentuk dan terapung pada permukaan sampel
makanan.

Sampel makanan F mengandungi lipid kerana satu lapisan warna merah bata
yang terapung terbentuk pada permukaannya manakala sampel makanan A, B, C,
D, E tidak mengandungi lipid kerana tiada sebarang perubahan warna pada larutan
Sudan III.

Ujian emulsi:

Untuk menguji kehadiran lipid,ujian emulsi telah dijalankan.3 titik sampel


makanan dititikan ke dalam tabung uji yang mengandungi etanol dan
goncangkan.Sampel makanan yang mengandungi lipid akan membentuk larutan
emulsi yang keruh selepas eksperimen.

Sampel makanan A,C,dan D mengandungi lipid kerana membentuk larutan


emulsi yang keruh pada akhir eksperimen manakala sampel makanan B,Edan F
tidak mengandungi lipid kerana tidak membentuk larutan emulsi yang keruh selepas
eksperimen.

Dari perbincangan,satu jadual boleh dirumuskan:

Sampel Kanji Gula Gula protein lipid


makanan/kandungan penurun bukan
penurun

18
A − √ − √ √
B − √ − √ −
C − √ − √ √
D √ √ − − √
E √ − √ − √
F − − √ − √

Soalan:

1. Mengapa asid hidroklorik dicampurkan untuk ujian gula bukan penurun?

-Untuk menghidrolisiskan gula bukan penurun iaitu sukrosa supaya menjadi


glukosa dan fruktosa iaitu gula penurun.

2. Mengapakah serbuk natrium bikarbonat dicampurkan ke dalam larutan bagi


ujian gula bukan penurun?

-Untuk peneutralan.Natrium hidrogen karbonat diperlukan untuk peneutralan


kerana penurunan ion kuprum(II)tidak akan berlaku dalam keadaan
berasid.Jadi,asid yang berlebihan hadir akan dineutralkan semula oleh
natrium hydrogen karbonat.

3.Jelaskan mengapa ujian karbohidrat dan protein menggunakan rendaman ai

untuk tujuan pemanasan?

-Untuk mengelakkan larutan glukosa dan protein daripada musnah dan tidak
memberi kesan kepad eksperimen.Selain itu,rendaman air dapat memastikan
pemanasan yang sekata dan ralat eksperimen dapat dikurangkan.Seterusnya,untuk
keselamatan,rendaman air dapat mengelakkan tabung uji pecah.

4.Nyatakan bahan-bahan yang terdapat dalam larutan Benedict dan fungsi bahan-
bahan tersebut.

-Larutan Benedict mengandungi kuprum(II)sulfat pentahidrat natrium


karbonat,natrium sitrat dan natrium karbonat.

19
Kuprum(II)sulfat pentahidrat akan bertindak balas dengan monosakarida dan
gula penurundan membentuk larutan warna merah bata.Natrium sitrat berfungsi
menghalang pengenapan kuprum(II)karbonat.Natrium karbonat adalah amfoterik,ia
dapat bertindak balas dengan asid dan bes.Ia bereaksi dengan asid dengan
membebaskan karbon dioksida.Oleh itu,ia biasanya digunakan untuk meneutralkan
larutan asid yang tidak diingini.

5.Bagaimanakah reagen Biuret berfungsi dalam ujian protein?

-Reagen biuret mengandungi kuprum(II)sulfat dan natrium hidroksida,digunakan


untuk menguji kehadiran protein dalam sampel makanan.Ujian Biuret bergantung
kepada tindak balas antara ion kuprum dan peptida dalam larutan alkali.Larutan
warna ungu terhasil apabila terdapat kehadiran protein.

6.Bagaimanakah mendakan merah bata/merah muda boleh terhasil dalam ujian


Millon?

-Satu-satunya asid amino yang dalam larutan protein mempunyai cincin


hidroksibenzena adalah tirosin.Tirosin apabila bertindak balas dengan larutan
merkuri sulfat berasid akan memberikan pendedahan kuning kompleks asid
amino.Selepas pemanasan,kompleks asid amino berwarna kuning berubah menjadi
merah bata.

Kesimpulan:

Sampel makanan A mengandungi gula penurun,protein dan lipid.

Sampel makanan B mengandungi gula penurun dan protein.

20
Sampel makanan C mengandungi gula penurun,protein dan lipid.

Sampel makanan D mengandungi kanji,gula penurun dan lipid

Sampel makanan E mengandungi kanji,gula bukan penurun dan lipid.

Sampel makanan F mengandungi gula bukan penurun dan lipid.

Sumber rujukan:

Laporan Amali Biologi: Ujian Makanan

Atifah Wahab(Diperoleh pada 15 Julai 2019) - dimuat turun daripada:

https://www.slideshare.net/eepapoppins/laporan-amali-biologi-ujian-makanan

Laporan Amali Ujian Makanan

Kevin Ming(Diperoleh pada 14 Julai 2019) - dimuat turun daripada:

https://www.slideshare.net/KevinMing3/bio-laporan-amali-ujian-makanan

Nutrisi Adalah: Pengertian Dan Definisi Zat Gizi

Sally Diandra(Diperoleh pada 13 Julai 2019)-dimuat turun daripada:

https://www.kamusq.com/2013/11/nutrisi-adalah-pengertian-dan-definisi.html

Pengertian Nutrisi Dan Gizi

Triana Novitasari (Diperoleh pada 13 Julai 2019)-dimuat turun daripada:

https://zh.scribd.com/doc/192171877/Pengertian-Nutrisi-Dan-Gizi

21

You might also like