You are on page 1of 10

BAB 3 NUTRISI

3.1 KELAS MAKANAN


Kelas Makanan

Lemak Mineral Air


Karbohidrat
Protein Vitamin Pelawas

Karbohidrat
 Ciri - sebatian organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan
oksigen (C, H, O)
 Fungsi - membekalkan tenaga yang banyak.
 Contoh karbohidrat - kanji, glikogen dan selulosa.
i) Kanji -makanan simpanan dalam tumbuhan
ii) Glikogen -makanan simpanan dalam haiwan
iii) Selulosa -membentuk dinding sel tumbuhan
 Sumber makanan –nasi, roti, gandum, kentang, jagung, madu, gula, pisang
Protein
 Ciri - mengandungi unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen (C, H, O, N)
- unit asasnya asid amino.
 Fungsi - untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu badan yang rosak
serta menggantikan sel-sel yang telah mati.
- mensintesis enzim, hormon dan antibodi
 Sumber makanan – telur, susu, ayam, daging, ikan, makanan laut, kekacang,
keju
Lemak
 Ciri
- mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen (C,H,O)
- terbentuk daripada gliserol dan asid lemak.
- sumber dan simpanan tenaga yang tinggi.
- membekalkan dua kali ganda jumlah tenaga karbohidrat.
 Fungsi
- melindungi organ badan seperti jantung dan ginjal.
- sebagai pengangkut bagi vitamin A, D, E dan K.
- sebagai penebat haba untuk mengawal suhu badan.
 Sumber makanan – mentega, minyak kelapa, minyak kelapa sawit, keju,
kacang tanah
Vitamin
 Ciri
- sebatian organik yang tidak membekalkan tenaga, tetapi
diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang sedikit
- dikelaskan kepada vitamin larut air dan vitamin larut lemak
 Fungsi - untuk mengekalkan kesihatan yang baik
Mineral
 Ciri - bahan bukan organik, tidak membekalkan tenaga, diperlukan dalam
kuantiti yang kecil
 Fungsi - mengawal atur proses badan bagi mengekalkan kesihatan.
Pelawas
 Ciri
- bahan yang tidak dapat diuraikan oleh sistem pencernaan
- terdiri daripada selulosa (dinding sel tumbuhan)
 Fungsi
- merangsang peristalsis di salur pencernaan seperti esofagus,
usus kecil dan usus besar.
- mengelakkan sembelit.
 Sumber makanan - sayur-sayuran, buah-buahan, roti gandum berserat, bijirin

Air
 Ciri - mengandungi unsur hidrogen dan oksigen( (H, O)
 Fungsi
- bertindak sebagai pelarut bahan kimia
- medium pengangkutan nutrien dan oksigen ke dalam sel.
- mengangkut hasil perkumuhan
- mengawal atur suhu badan melalui penyejatan peluh.
 Sumber air - air minuman, sup, jus buah-buahan
Ujian Kehadiran Kanji, Glukosa, Protein, Lemak
UJIAN KEHADIRAN KEPUTUSAN
MAKANAN KELAS UJIAN
MAKANAN
Ujian Iodin Kanji Larutan kanji
(Karbohidrat) bertukar biru tua

Ujian Glukosa Mendakan merah


Benedict (Karbohidrat) bata terhasil

Ujian Millon Protein Mendakan merah


bata terhasil

Ujian Etanol Lemak Larutan keruh


terbentuk
3.2 Kepentingan Gizi Seimbang
Gizi seimbang ialah pemakanan yang mengandungi semua kelas makanan yang
diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang betul.
• Membekalkan TENAGA untuk aktiviti harian
• Membekalkan NUTRIEN yang penting untu pertumbuhan
• Memeliharan KESIHATAN badan
Kanak-kanak dan remaja
memerlukan karbohidrat yang lebih Petani, buruh dan nelayan memerlukan
banyak untuk tenaga dan protein lebih banyak tenaga kerana mereka
untuk pertumbuhan melakukan kerja berat
Umur Pekerjaan

Saiz badan
Faktor-faktor Jantina
Orang yang mempunyai yang
saiz badan yang besar Lelaki lebih berotot
Mempengaruhi dan melakukan aktiviti
perlu mengambil
kuantiti makanan yang Keperluan yang lebih berat
lebih banyak Kalori

Keadaan
Iklim
kesihatan
Orang yang tinggal di negara beriklim Orang yang sakit adalah lemah dan
sejuk lebih cepat kehilangan haba ke memerlukan sajian makanan yang
persekitaran berbanding dengan orang lebih sesuai dengan keadaan
yang tinggal di negara beriklim panas kesihatannya
Nilai Kalori Makanan
• Setiap makanan dan minuman mengandungi nilai tenaga yang berbeza
• Nilai kalori ialah jumlah tenaga yang dibebaskan apabila 1 g makanan
dibakar dengan lengkap di dalam badan
• diukur dalam unit kalori (cal) atau joule (J)

Kanak-kanak: Pelajar: Atlet: Perempuan hamil:


Janitina: lelaki Janitina: Janitina: lelaki Janitina:
Umur: 4 tahun perempuan Umur: 32 tahun perempuan
Sederhana aktif Umur: 21 tahun Sangat aktif Umur: 31 tahun
Nilai kalori Kurang aktif Nilai kalori Kurang aktif
harian: Nilai kalori harian: harian: Nilai kalori harian:
1200 kalori 2000 kalori 3000 kalori 2200 kalori

You might also like