You are on page 1of 11

Amali 5: Enzim dan Pencernaan

Pengenalan : Enzim ialah pemangkin organik yang mempercepat kadar


tindak balas biokimia di dalam organisma hidup. Semua aktiviti
enzim dipengaruhi oleh suhu, kepekatan asid (pH), kepekatan
enzim, kepekatan substrat, dan sebagainya bagi sesuatu tindak
balas. Enzim dikatakan mempunyai sifat spesifik, kerana ia
hanya bekerja pada substrat tertentu dan membentuk tindak
balas tertentu. Oleh itu, dalam amali ini, kita akan melihat
aktiviti enzim terhadap bahan makanan, faktor-faktor yang
mempengaruhi aktiviti enzim selain melihat pembekuan susu
dan emulsi lemak.

Tujuan : a) Untuk menunjukkan aktiviti enzim amilase terhadap kanji.


b) Untuk mengkaji kesan suhu terhadap aktiviti enzim.
c) Untuk menunjukkan aktiviti pepsin terhadap putih telur
(protein).
d) Untuk menunjukkan pembekuan susu.
e) Untuk menunjukkan emulsi lemak.

Radas dan bahan:


Bikar, kertas litmus biru dan merah, silinder penyukat, termometer, tabung uji, jubin
putih, penitis, jam randik, 1 % larutan kanji, asid hidroklorik yang dicairkan, larutan
natrium hidroksida, larutan Benedict, larutan iodin, telur, pepsin, renin, susu, minyak
kelapa, hempedu dari pundi hempedu tikus putih.

Prosedur:

(A) Untuk menunjukkan aktiviti enzim amilase terhadap kanji


1. Mulut dikumuhkan.
2. Pergerakan pengunyahan dilakukan untuk merangsangkan aliran air liur dan
dikumpulkan dalam satu tabung uji.
3. Air liur itu diuji dengan kertas litmus untuk menentukan sama ada ia
merupakan asid atau alkali.
4. Air liur dicairkan dengan air suling yang isi padu yang sama.
5. Air liur yang dikumpulkan dibahagikan kepada jumlah yang sama dalam tiga
tabung uji dan dilabelkan B, C dan D. Setiap tabung uji diisikan seperti yang
berikut:

A - Air suling (sebagai pengawal eksperimen)


B - 3 cm3 air liur yang dikumpulkan
C - 3 cm3 air liur yang dikumpulkan dan dicairkan dengan 3 cm3 asid hidroklorik
D - 3 cm3 air liur yang dikumpulkan dan dicairkan dengan 3 cm3 natrium
hidroksida
6. Sebanyak 5 cm3 larutan kanji ditambah pada setiap tabung uji dan dikacau
secara berterusan.
7. Selepas 30 minit, separuh daripada isi padu kandungan bagi setiap tabung uji
diuji dengan larutan iodin dan separuh lagi dididihkan dengan larutan
Benedict yang mempunyai isi padu yang sama dengan kandungan yang
hendak diuji.
8. Keputusan ditaburkan seperti yang ditunjukkan di dalam jadual.

Keputusan:

Foto 1: Keputusan ujian iodin bagi tabung uji A, B, C dan D.


Foto 2: Keputusan ujian Benedict bagi tabung uji A, B, C dan D.

Tabung
Kandungan Ujian Iodin Ujian Benedict Inferen
Uji
Warna Tiada perubahan Kanji mungkin hadir tetapi
kekuningan iodin warna pada gula penurun mungkin
Kanji + air berubah menjadi larutan Benedict tidak hadir dalam tabung
A
suling warna biru hitam. dapat uji. Ini bermakna proses
diperhatikan. hydrolisis mungkin tidak
berlaku pada tabung uji A.
Warna Warna biru Kanji dan gula penurun
kekuningan iodin larutan Benedict mungkin akan hadir dalam
berubah menjadi berubah menjadi tabung uji. Proses
warna biru hitam. kuning muda. hidrolisis mungkin berlaku
tetapi tidak sempurna.
B Kanji + air liur
Hanya sebahagian kanji
diuraikan menjadi gula
penurun. Oleh itu, kanji
masih terdapat dalam
tabung uji B.
Tabung
Kandungan Ujian Iodin Ujian Benedict Inferen
Uji
Warna Tiada perubahan Kanji mungkin hadir tetapi
kekuningan iodin warna pada gula penurun mungkin
Kanji + air liur
berubah menjadi larutan Benedict tidak hadir dalam tabung
C + HCl yang
warna biru hitam. dapat uji. Ini bermakna proses
dicairkan
diperhatikan. hydrolisis mungkin tidak
berlaku pada tabung uji C.
Warna Tiada perubahan Kanji dan gula penurun
kekuningan iodin warna pada mungkin tidak hadir dalam
dinyahwarnakan larutan Benedict tabung uji. Enzim amilase
menjadi larutan dapat mungkin telah
Kanji + air liur
jernih. diperhatikan. dinyahaslikan oleh NaOH
D + NaOH yang
yang bersifat akali. Oleh
dicairkan
itu, kanji tidak dapat
dikesan dan proses
hidrolisis mungkin tidak
berlaku.

Daripada eksperimen ini, apakah kesimpulan umum yang dapat anda berikan
berkaitan dengan aktiviti semula jadi amilase?

Air liur manusia mengandungi enzim yang dikenali sebagai amilase. Amilase
menolong mencernakan kanji kepada maltosa. Amilase bertindak paling cekap pada
pH 7. Ketika HCI atau NaOH ditambah, amilase tidak bertindak balasaktif kerana
enzim boleh dinyahaslikan bawah pH yang berbeza. Oleh itu, apabila kita menelan
makanan, tindak balas amilase berhenti di perut kita memandangkan perut
mengandungi terlalu banyak asid dengan pHnya yang hanya 2.
(B) Untuk mengkaji kesan suhu terhadap aktiviti enzim
1. Larutan air liur disediakan seperti yang dilakukan dalam eksperimen A.
2. Sebanyak 5 cm3 larutan air liur disimpan dalam satu tabung uji dan sebanyak
5 cm3 1 % larutan iodin disimpan di satu tabung uji yang lain.
3. Kedua-dua tabung uji tersebut diletakkan di dalam suhu bilik.
4. Satu jubin putih diambil dan beberapa titik larutan iodin dititiskan ke atasnya.
5. Dua larutan tersebut dicampurkan di dalam tabung uji dan masa
campurannya dicatatkan.
6. Rod kaca yang bersih digunakan untuk mengalih satu titik campuran yang
telah dikacau dan diuji dengan setitik iodin di atas jubin putih. Warna biru-
hitam akan kelihatan.
7. Ujian ini diulangi pada setiap minit. Rod kaca dicuci dengan air suling selepas
setiap satu ujian sehingga campuran tersebut gagal menunjukkan kehadiran
warna biru oleh iodin.
8. Jumlah masa yang diambil antara campuran air liur dan larutan kanji serta
masa selepas ujian tamat dicatatkan. Waktu ini adalah untuk semua kanji
bertukar kepada maltosa dengan menggunakan amilase pada suhu bilik.
9. Eksperimen ini diulangi pada suhu yang berbeza, contohnya pada 5˚C, 15˚C,
25˚C, 45˚C, 55 ˚C, 65˚C dan 75˚C.
10. Adalah penting untuk memastikan air liur dan larutan kanji pada setiap
eksperimen yang telah dilakukan sama ada dipanaskan atau disejukkan
kepada suhu yang ditetapkan sebelum larutan-larutan tersebut dicampur.
Bagi suhu tinggi daripada suhu bilik, tabung uji diletakkan ke dalam rendaman
air suam, manakala bagi suhu yang rendah daripada suhu bilik, ais batu
digunakan untuk merendahkan suhu.
11. Bagi eksperimen di atas, ia mungkin perlu dilaksanakan dalam bentuk
kumpulan. Setiap kumpulan boleh ditugaskan untuk menguji setiap suhu yang
tertentu.
12. Keputusan ditaburkan.
Keputusan:

Suhu (˚C) Masa dalam Minit (𝒕) 𝟏


Salingan Masa ( 𝒕 )

Suhu bilik 4.0 0.2500


5˚C Kekal warna biru tua setelah 10 minit -
15˚C 9.0 0.1111
25˚C 5.0 0.2000
45˚C 3.0 0.3333
55 ˚C 6.0 0.1667
65˚C Kekal warna biru tua setelah 10 minit -
75˚C Kekal warna biru tua setelah 10 minit -

Oleh sebab semakin cepat masa dicatat untuk sesuatu aktiviti enzim, semakin aktif
1
anzim tersebut, maka aktiviti enzim (kadar tindak balas) dilambangkan dengan 𝑡

(songsangan dari masa yang diperlukan).

Soalan-soalan:

1
1. Plot satu graf 𝑡 terhadap suhu. Apakah suhu optimum?

Rujuk kepada bahagian graf yang disertakan di belakang. Suhu optimumnya


adalah sekitar 37°C.

2. Jelaskan bagaimana suhu boleh mempengaruhi tindak balas enzim dalam tindak
balas bio-kimia.
Tindakan enzim dipengaruhi oleh suhu. Enzim tidak aktif pada suhu kurang
daripada 0°C. Kadar tindak balas enzim meningkat dua kali ganda bagi setiap

kenaikan suhu sebanyak 10°C sehingga kira-kira 40°C. Oleh sebab enzim
bersifat protein dan protein akan mengalami penyahaslian pada suhu yang tinggi,
maka enzim tidak aktif pada suhu yang lebih daripada 50°C.
(C) Untuk menunjukkan aktiviti pepsin terhadap putih telur (protein)
1. Ampaian telur putih disediakan dengan memukul sedikit telur putih dengan air
didih di dalam satu bikar yang kecil. Ampaian tersebut kemudian dibiarkan
sejuk.
2. Sebanyak beberapa cm3 ampaian telur putih yang disejukkan tadi
ditambahkan pada tiga tabung uji yang berlabel A, B dan C.
3. Tabung-tabung uji diletakkan dalam rendaman air pada suhu badan (kira-
kiranya 37˚C). Setiap tabung uji diisikan seperti berikut:

A - 5 cm3 0.2 % asid hidroklorik


B - 5 cm3 “jus gastrik buatan” (disediakan dengan melarutkan pepsin 3.5 g
dalam 100 cm3 0.2 % asid hidroklorik)
C - 5 cm3 “jus gastrik buatan” dan 1 cm3 natrium hidroksida yang dicairkan
4. Bahagian mulut bagi setiap tabung uji ditutup dengan segumpal kapas
selepas menambah sedikit thymol untuk mengelakkan kereputan.
5. Tabung uji dibiarkan selama satu jam dan digoncangkan dari semasa ke
semasa. Apa yang akan berlaku pada ampaian telur putih dalam tabung uji B?
Adakah ia bertukar kepada warna kuning, lutsinar, kemudian dilarut secara
beransur? Adakah berlakunya perubahan dalam tabung uji yang lain?
6. Ujian Biuret dijalankan pada kandungan dalam setiap tabung uji selepas satu
jam.
7. Keputusan ditaburkan.

Keputusan:

Tabung
Kandungan Pemerhatian Ujian Biuret Inferen
uji
Ampaian yang Larutan ungu Tindak balas aktiviti enzim
Telur putih + keruh pada awal muda terbentuk. mungkin tidak berlaku
A HCl yang eksperimen kekal walaupun protein mungkin
dicairkan sehingga ke akhir hadir dalam tabung uji.
eksperimen.
Tabung
Kandungan Pemerhatian Ujian Biuret Inferen
uji
Ampaian yang Tiada Tindak balas aktiviti enzim
Telur putih + keruh pada awal perubahan mungkin berlaku dan

jus gastrik eksperimen warna pada menguraikan telur putih. Oleh
B buatan” + berubah menjadi sampel itu, ujian Biuret tidak dapat
HCl yang larutan yang jernih makanan dapat mengesan kehadiran protein
dicairkan pada akhir diperhatikan. pada akhir eksperimen.
eksperimen.
Telur putih + Ampaian yang Larutan ungu Tindak balas aktiviti enzim

jus gastrik keruh pada awal muda terbentuk. mungkin tidak berlaku
C buatan” + eksperimen kekal walaupun protein mungkin
NaOH yang sehingga ke akhir hadir dalam tabung uji.
dicairkan eksperimen.

Perbincangan:
Tabung uji berlabel A, B, dan C direndamkan ke dalam kukus air yang
bersuhu 37°C kerana suhu ini merupakan suhu optimum bagi tindakan enzim. Pada
akhir eksperimen, isi kandungan dalam tabung uji A dan C kekal keruh, tetapi
kandungan dalam tabung uji B menjadi jernih.
Walaupun tabung uji A mempunyai sumber protein dan bermedium berasid,
namun ia masih tidak dapat menguraikan protein kerana tiadanya kehadiran enzim
untuk tindak balas ini. Enzim adalah sekelompok protein yang berfungsi sebagai
pemangkin organik untuk pelbagai jenis tindak balas kimia dalam sistem biologi.
Hampir setiap tindak balas kimia dalam sistem biologi dipengaruhi oleh enzim. Oleh
itu, protein masih dapat dikesan dalam tabung uji A pada akhir eksperimen dengan
ujian Biuret yang positif.
Telur putih ialah sejenis protein. Larutan telur putih adalah keruh kerana
molekul telur putih adalah separa terlarut sahaja dalam air. Setelah telur putih telah
diuraikan atau dihidrolisasikan oleh pepsin untuk satu jangka masa, molekul yang
lebih kecil dan mudah larut terhasil. Oleh itu, kandungan dalam tabung uji B menjadi
jernih. Oleh sebab protein telah dicernakan, maka ujian Biuret menunjukkan
keputusan yang negatif pada akhir eksperimen.
Pepsin menguraikan telur putih dalam keadaan berasid. Dalam kehadiran
natrium hidrosida cair seperti yang digunakan dalam tabung uji C, pepsin mungkin
akan dinyahaslikan dan enzim akan bertindak dengan sangat perlahan kerana
medium yang berakali tidak sesuai untuk tindakannya. Enzim pepsin bertindak
paling cekap pada pH 2. Oleh itu, protein masih dapat dikesan dalam tabung uji C
pada akhir eksperimen dengan ujian Biuret yang positif.

(D) Untuk menunjukkan pembekuan susu


1. Sedikit larutan renin diambil bersama-sama dengan kira-kira 5 cm3 susu.
Campuran tersebut kemudian diletakkan dalam rendaman air suam (kira-
kiranya 37˚C).
2. Selepas kira-kira satu jam, perbandingan dibuat antara tabung uji tersebut
dengan susu yang tidak ditambahkan renin. Adakah sebarang perubahan
dapat anda perhati? Apakan kepentingan tindak balas ini terhadap mamalia?

Selepas kira-kira satu jam, tabung uji yang mengandungi susu yang
ditambah dengan renin menjadi beku dan kental dengan menukarkan
kaseinogen (protein yang mudah terlarut) kepada kasein (protein yang tidak
mudah terlarut), manakala susu yang tidak dicampurkan dengan renin pula
masih kelihatan seperti biasa.

Tindak balas renin ini adalah amat penting terhadap mamalia,


khususnya terhadap mamalia yang meminum susu, seperti lembu, kambing,
dan sebagainya. Peranan renin dalam pencernaan adalah untuk
membekukan atau mengentalkan susu dalam perut mamalia menjadi separa
pepejal supaya mereka dapat menyerap nutrien susu atau protein tersebut
dengan lebih efektif.

Pembekuan susu dengan enzim renin membolehkan susu berada di


dalam perut dalam jangka masa yang lebih panjang untuk proses pencernaan
dan penyerapan. Jika susu tidak digumpalkan, ia akan mengalir melalui perut
dengan cepat. Maka, mamalia akan kehilangan kesempatan untuk mencerna
dan menyerap protein pada peringkat awal. Pendek kata, pembekuan susu
oleh renin meningkatkan keberkesanan mamalia menyerap dan mendapatkan
nutrien protein.
(E) Untuk menunjukkan emulsi lemak
1. Sedikit minyak kelapa digoncang kuat dengan sedikit air di dalam tabung uji.
Apakah yang dapat anda perhatikan selepas campuran tersebut dibiarkan
sebentar?
2. Sedikit hempedu daripada pundi hempedu tikus putih didapatkan dan
dicampurkan kepada campuran (1). Campuran tersebut digoncangkan
dengan kuat, kemudian dibiarkan sebentar. Adakah anda dapat perhatikan
sebarang perubahan sebelum dan selepas penambahan hempedu berlaku?

Apabila sedikit minyak kelapa digoncang dengan sedikit air di dalam


tabung uji, mereka akan bercampur buat seketika dan kemudian membentuk
dua lapisan air dan minyak kelapa yang nyata.

Namun, apabila sedikit hempedu daripada pundi hempedu tikus putih


dicampurkan ke dalam tabung uji dan digoncangkan dengan kuat, dua jenis
campuran ini bergabung menjadi larutan keruh dan tidak dapat dipisahkan.
Hempedu mengandungi enzim lipase yang boleh melarutkan lemak. Oleh itu,
tiada lapisan air dan minyak kelapa yang ketara dapat diperhatikan kerana
minyak telah dihidrolisasikan oleh henpedu daripada pundi hempedu tikus
putih.

Kesimpulan:

 Enzim mempercepat kadar tindak balas biokimia di dalam organisma hidup dan
bertanggungjawab atas pencernaan makanan dalam tubuh kita.
 Setiap enzim khusus untuk suatu tugas tertentu. Enzim amilase akan
menghidrolisis kanji untuk maltosa dengan kadar yang paling efektif apabila
pHnya menghampiri 7.0.
 Enzim dipengaruhi oleh suhu. Enzim bertindak paling cekap pada suhu bahan
dan akan dinyahaslikan pada suhu yang melebihi 50 0C.
 Enzim pepsin yang terkandung dalam juz gastrik membantu dalam pencernaan
protein. Pepsin bertindak paling cekap ketika pH adalan di antara 1.5-2.0 dan
ternyahaslikan pada pH 5.0.
 Pembekuan susu boleh dihasilkan dengan kahadiran renin sebagai enzim
semasa pencernaan protein.
 Emulsi lemak boleh dilakukan dengan kehadiran hempedu (enzim lipase) yang
berada di pundi hempedu

Bibliografi

Choong, C. H., Quek, Y. H., Chia, L. T., Choo, Y. T., & V. Kathirasoo, S. (1997). Siri
Pelangi FOKUS BIOLOGI SPM. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Definisi Enzim. (2010, December 16). Didapatkan February 18, 2011, daripada
Blogger Science: http://bloggerscience.com/definisi-enzim.html

JeriscoSamosir. (2010, December 21). Faktor Yang Mempengaruhi Kerja Enzim.


Didapatkan February 18, 2011, daripada http://id.shvoong.com/exact-
sciences/biology/2089443-faktor-yang-mempengaruhi-kerja-enzim/

Liew, S. L., Tan, K. L., & Rabu, J. (1996). BIOLOGI TINGKATAN 4. Selangor Darul
Ehsan: Media Pustaka Enterprise.

Purchon, N. D. (1997-2000). Enzymes. Didapatkan February 18, 2011, daripada


http://www.purchon.com/biology/enzymes.htm

Sistem Pencernaan Pada Manusia. (2011). Didapatkan February 18, 2011, daripada
http://radenbeletz.com/sistem-pencernaan-pada-manusia.htm

Wiley Publishing, I. (2010-2011). Human Digestive System. Didapatkan February 18,


2011, daripada CliffsNotes: http://www.cliffsnotes.com/study_guide/Human-
Digestive-System.topicArticleId-8741,articleId-8705.html

You might also like