You are on page 1of 3

SAINS TINGKATAN 1

TEMA BIDANG STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN


PEMBELAJARAN KANDUNGAN
Tema 2: Penyenggaraan Pembiakan 4.1 4.1.1 membanding dan
dan Kesinambungan Hidup Pembiakan seks dan membezakan pembiakan seks
aseks dan aseks bagi haiwan dan
tumbuhan.

PENGENALAN

Pembiakan ialah proses individu baharu oleh organism hidup. Pembiakan merupakan ciri asas bagi setiap organism hidup.
Pembiakan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pembiakan seks dan pembiakan aseks. Pembiakan aseks tidak
melibatkan proses persenyawaan dan hanya melibatkan satu induk sahaja untuk menghasilkan generasi baharu yang
sama seperti induknya. Terdapat lima cara pembiakan aseks iaitu belahan dedua, pertunasan, pembentukan spora,
penjanaan semula dan vegetatif. Pembiakan aseks dengan cara vegetatif merupakan satu cara yang digunakan oleh petani
untuk memperbanyakkan tanaman mereka dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu tumbuhan. Berikut
merupakan bahagian vegetatif yang boleh digunakan dalam pembiakan vegetatif.

Tugasan

Hasilkan satu produk tanaman yang menggunakan kaedah pembiakan vegetatif. Murid boleh memilih satu bahagian
vegetatif sahaja untuk tugasan ini. Murid juga digalakkan menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk
dijadikan pasu. Selain itu, pelajar juga boleh memperlihatkan kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan produk tanaman
masing-masing. Pada akhir tugasan PBL ini murid mestilah telah menghasilkan tiga pokok yang sejenis.
C

Contoh-contoh produk tanaman yang dihasilkan dalam PBL ini

OBJEKTIF :Menghasilkan satu tanaman secara pembiakan aseks melalui kaedah pembiakan vegetatif

BAHAN-BAHAN : bahagian vegetatif (3 unit), medium pertumbuhan (tanah/air), bekas tanaman - pasu/kotak
minuman/botol minuman (3 unit)

PROSEDUR :

Prosedur ini sebagai panduan asas sahaja, murid boleh membuat kajian menerusi internet berkaitan dengan prosedur
terperinci mengikut bahagian vegetatif yang dipilih oleh murid.

1- Sediakan bahagian vegetatif yang hendak ditanam sebanyak 3 unit.

2- Isikan tiga bekas tanaman (pasu/kotak minuman/botol minuman) dengan medium pertumbuhan (tanah/air).

3- Tanam/masukkan semua bahagian vegetatif dalam bekas tanaman.

4- Letakkan tanaman dikawasan yang mempunyai cahaya matahari yang mencukupi dan siram tanaman.

5- Buat pemerhatian pada penghasilan tunas baru dan ambil gambar tanaman anda selepas 2 hingga 3 minggu.

PEMERHATIAN

Minggu Pertumbuhan tunas


Kedua
Ketiga
Keempat

PERBINCANGAN
1.Apakah bahagian vegetatif yang anda telah gunakan?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

2.Terangkan cara-cara menanam yang telah anda gunakan?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

3. Apakah bahan-bahan kitar semula yang anda telah gunakan?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

4. Adakah tunas baru terhasil selepas 2 hingga 4 minggu?

………………………………………………………………….

5. Adakah proses pembiakan yang dijalankan melibatkan satu induk sahaja?

………………………………………………………………….

6. Setelah menyelesaikan tugasan PBL ini, apakah satu perbezaan yang sangat jelas diantara pembiakan aseks dan
pembiakan seks?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Cadangan jawapan :

Terima mana-mana jawapan yang bersesuaian dengan bahagian vegetatif yang dipilih oleh murid.

You might also like