You are on page 1of 19

Penjodoh Bilangan

T1

T2

T3

T4

Latihan 1: Klik penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah:

1. Kakak Tina membelikan empat____________ (biji,buah,batang) pensel untuk adiknya. 2. Mohd. Fikri memberikan susu kepada tiga_______(orang,ekor,buah)anak kucingnya yang baru lahir itu. 3. Ayahmembeli se_______(puntung,bilah,laras) pisau di kedai Pak Katon.

4.Ibu menanam enam _________(rumpun,buah,biji) pokok serai di belakang rumah. 5.Karangan itu panjangnya hendaklah tidak melebihi seratus _______(rangkap,patah,butir) perkataan. 6.Setiap bulan kami akan gunakan 4 _______ (buku,batang,kampit) sabun untuk mandi.

7.Abang belikan tunangnya se__________(gulung,utas,ulas) rantai emas. 8.Setiap pelajar dikehendaki membeli sepuluh _________(helai,keping,buah) buku rampaian. 9.Empat ________(buah,gelung,gulung) filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan kakak. 10. Zamri mempunyai dua ________(helai,buah,utas) baju sukan.

Latihan 2: Isikan tempat kosong di bawah dengan penjodoh bilangan yang sesuai. 1.Lima _______ (batang/butir) pokok telah tumbang akibat dipukul ribut. 2.Pihak polis telah berjaya merampas se _______(pucuk/bilah) pistol daripada penjenayah itu. 3.Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa _______ (das/ulas) tembakan ke udara untuk menyuraikan orang ramai yang sedang melakukan demonstrasi jalanan.

4.Ibu membeli se_______ (kaki/buah) payung dari kedai Muniandy. 5.Abang telah membeli se_______ (bidang/bakul) tanah untuk persediaan masa tua nanti. 6.Ahli gusti itu selalu memakan lima _____ (biji/ buah) telur ayam setiap pagi.

7.Pak Ngah mempunyai lapan _______ (orang/ ekor) anak yang belum bersekolah. 8.Saya makan empat _______ (ulas/ biji) nangka sebagai pencuci mulut selepas makan nasi. 9.Datuk ada menyimpan tiga_______ (bilah/ buah) keris yang dipusakainya turun-temurun. 10.Setiap pagi saya makan dua_______ (keping/ sisir) roti bakar sebelum ke sekolah.

Latihan 3: Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat-ayat di bawah:
1.Ayah membeli empat_______ nasi lemak untuk kami bersarapan. A. ketul B. batang C. buah D. bungkus 2.Adik memasukkan empat ______ __ ais ke dalam gelas air limaunya. A. buku B.ulas C. ketul D. kerat

3.Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang. A. rangkap B. perenggan C. patah D. baris
4.Hashimi menghadiahkan se_______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena Hari Guru. A. pucuk B. rumpun C. kuntum D. bungkus

5.Kami telah dinasihatkan supaya membawa empat _______ pensel ketika menghadapi peperiksaan. A. bilah B. pucuk C. butir D. Batang 6. Wanita itu telah kehilangan dua_______ cincin dan se ____ ___ rantai emas. A. utas ... gulung B. bentuk ... buah C. biji ... utas D. bentuk ... utas

7.Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se_______ basikal dan dua_______ kasut sukan. A. pasang ... biji B. buah ... pasang C. biji ... buah D. buah ... bentuk 8.Di belakang rumah atuk saya terdapat se _______ anak sungai dan dua _______lombong yang dijadikan kolam untuk menternak ikan. A. batang ... buah B. buah ... batang C. batang ... butir D. biji ... patah

9.Dalam se_______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan_______ perkataan. A. rangkap ... buah B. baris ... baris C. patah ... biji D. baris ... Patah 10. Abang membeli lima_______ ikan emas dan tiga_______ daun plastik untuk diisi kedalam akuarium. A. buah ... helai B. ekor ... tangkai C. biji ... kuntum D. ekor ... tandan

Latihan 4: Pilih jawapan yang tepat berdasarkan gambar di bawah

s1
b) Segulung coklat

a) Sepapan coklat

s2
a) Enam ulas coklat a) Enam papan coklat

s3
a) Empat butir petai a) Empat papan petai

s4
a) Sepapan mercun

a) Sedas mercun

s5

a) Sebuah kerusi

a) Sekaki kerusi

Tahniah! Jawapan tepat sekali.

Maaf, jawapan salah!

You might also like