You are on page 1of 9

PERATURAN KHAS

PERTANDINGAN TARIK TALI


PESTA SUKAN MUHIBBAH JKM 2017

1. AM

Pertandingan ini adalah dinamakan “Pertandingan Tarik Tali Pesta Sukan


Muhibbah JKM 2017”

2. PENGELOLA

Pertandingan ini dikelolakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU).

3. YURAN PENYERTAAN

Tiada yuran penyertaan dikenakan.

4. TARIKH, TEMPAT DAN MASA PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 06hb September 2017


Tempat: Kompleks Sukan Likas / Padang Bandaran
Masa: 7.30 pagi

5. TIMBANGAN BERAT PESERTA DAN MESYUARAT


TEKNIKAL/PENGURUS PASUKAN

5.1 Timbangan Rasmi akan dibuat sehari (1) sebelum tarikh pertandingan
iaitu seperti ketetapan berikut

Tarikh : 05hb September 2017


Tempat : Dewan JTU, Wisma Tanah dan Ukur, KOTA KINABALU
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi

5.2 Mesyuarat Teknikal/Pengurus Pasukan juga akan dijalankan pada hari


yang sama selepas timbangan resmi semua pasukan yang bertanding
selesai

6. PENDAFTARAN

6.1 Setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftar seramai 12 orang pemain


termasuk sekurang-kurangnya satu (1) orang Pegawai Lelaki Gred 41
ke atas bagi Kategori Lelaki, Pengurus Pasukan dan seorang Jurulatih
dengan mengisi Borang: TT(L/W) PSM-JKM 2017 yang disediakan
oleh pihak pengelola.

1
6.2 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian.
Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam
pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua
perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap
tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada
pasukan lawan.

6.3 Pengelola berhak menolak penyertaan atau menamatkan penyertaan


mana-mana peserta atas sebab-sebab teknikal atau kebaikan peserta
berkenaan.

7. SISTEM PERLAWANAN DAN PENENTUAN KEMENANGAN

7.1 Pertandingan adalah secara liga dalam dua (2) kumpulan.

7.2 Juara dan Naib Juara Pesta Sukan Muhibbah JKM 2015 akan
dipisahkan kepada 2 kumpulan, manakala pasukan-pasukan lain akan
diundi pasukannya.

7.3 Pasukan yang menang (street set) perlawanan akan mendapat 3 mata,
manakala pasukan yang kalah mendapat 0 mata. Manakala yang
menang (Rubber Set) akan mendapat 2 mata dan yang kalah 1 mata.

7.4 Pasukan yang menang disebabkan pihak lawan menarik diri (walkover)
atau lawan telah dibatalkan akan menerima 3 mata. Pasukan yang
walkover mendapat 0 mata.

7.5 Sekiranya berlaku persamaan mata, maka analisa set menang dan
kalah akan dibuat untuk mengetahui kedudukan liga.(akan dijelaskan
oleh pengadil sewaktu taklimat pengurus pasukan)

7.6 Juara bagi setiap kumpulan akan menghadapi naib juara (kaedah
silang) di kumpulan yang satu lagi untuk menentukan tempat ke
pusingan akhir bagi penentuan pemenang pingat emas. Penentuan
pingat gangsa pula ditentukan oleh dua pasukan yang gagal ke
pusingan akhir (kalah di separuh akhir).

8. GELANGGANG

8.1 Gelanggang mempunyai 1 garisan tengah (center line) ditanda di atas


tanah.

8.2 Kawasan gelanggang adalah berpagar. Hanya para pengadil, penarik


(pullers) dan jurulatih/jockey sahaja yang dibenarkan berada di dalam
kawasan gelanggang semasa sesuatu tarikan.

2
8.3 Pengurus/Ketua Pasukan diwajibkan menghalang pemain simpanan
dan penyokong pasukannya daripada memasuki kawasan gelanggang
pada setiap masa.

9. TARIK DAN TANDA TALI

9.1 Tali yang sesuai akan disediakan oleh pengelola dan tali mempunyai
tanda-tanda seperti berikut:-

i. Satu tanda warna merah di tengah-tengah panjang tali.


ii. 2 tanda (warna biru) di kedudukan 4 meter kiri dan kanan dari
tanda merah tersebut.
iii. 2 tanda (warna kuning) di kedudukan 5 meter kiri dan kanan dari
tanda merah tersebut.

9.2 Penarik tidak dibenarkan memegang (grip) tali melepasi tanda warna
kuning dihadapannya semasa sesuatu tarikan.

9.3 Sesuatu tarikan dimenangi apabila tanda warna biru ditarik melepasi
garisan tengah (center line) yang tertanda diatas tanah.

9.4 Penentuan kedudukkan untuk setiap pasukan akan ditentukan melalui


lambungan syiling.

10. PENARIK

10.1 Berat badan satu pasukan bagi lapan (8) penarik tali tidak melebihi 700
Kg untuk Lelaki dan 640 Kg bagi Wanita

10.2 Timbangan berat peserta akan diambil awal iaitu sehari daripada tarikh
pertandingan dimulakan. Timbangan berat badan akan diambil sekali
sahaja. Peserta yang belum diambil berat badan tidak dibenarkan
membuat tarikan.

10.3 Bagi kategori LELAKI, setiap tarikan perlu berada dalam tarikan
tersebut sekurang-kurangnya seorang Pegawai gred 41 ke atas.

10.4 Peserta yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan membuat tarikan.

10.5 Semua peserta/penarik dikehendaki memakai pakaian yang sesuai


bagi sukan Tarik Tali.

3
11. PENGADIL

11.1 Pengadil yang bertugas adalah terdiri daripada pengadil-pengadil


bertauliah mempunyai kursus (Teknikal kepengadilan dan
Kejurulatihan) Pengadil Kebangsaan.

11.2 Pengadil berkuasa untuk mengenakan apa-apa amaran atau penalti


(termasuk mengisytiharkan sesuatu pasukan kalah) berkaitan apa-apa
kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana pasukan dan ahli-ahlinya.

11.3 Keputusan pengadil semasa mengadili sesuatu tarikan/perlawanan


adalah muktamad.

11.4 Taklimat pengurus pasukan secara terperinci berkenaan dengan


peraturan dan teknikal pertandingan Tarik Tali akan diberikan oleh
Ketua Pengadil sebelum cabut undi dijalankan.

12. TARIKAN

12.1 Pengadil hendaklah membuat undian untuk menentukan tempat


sebelum memulakan perlawanan/tarikan pertama.

12.2 Sekiranya seri 1–1, maka pengadil hendaklah membuat undian untuk
menentukan tempat sebelum memulakan tarikan ketiga/penentuan.

12.3 Jumlah tarikan maksimum bagi sesuatu perlawanan ialah 3 tarikan.


Pemenang 2 tarikan akan dikira sebagai pasukan pemenang.

12.4 Jangkar (anchor) tidak boleh melilitkan tali pada badannya atau
membentuk gelungan (loop) menggunakan hujung tali. (akan
diterangkan dalam taklimat pengurus pasukan)

12.5 Peserta tidak dibenarkan memakai kasut semasa membuat tarikan.

12.7 Ketika menarik, hanya kaki penarik sahaja yang dibenarkan menyentuh
tanah. Tidak dibenarkan melutut, duduk, memegang tanah dan jika
terjatuh hendaklah bangun dengan serta-merta. Seseorang penarik
yang terjatuh dan tidak bangun walaupun sudah diberi amaran 3 kali
oleh pembantu pengadil akan menyebabkan pasukan itu dikira kalah
bagi tarikan itu.

12.8 Perlawanan akan bermula dengan arahan pengadil seperti berikut:-

i. Angkat tali,
ii. tegangkan tali,
iii. sedia,
iv. tiupan wisel pendek menandakan permulaan tarikan,
v. tiupan wisel panjang menandakan tarikan selesai dan

4
vi. tiupan wisel sebanyak 2 kali menandakan tarikan dibatalkan.

12.9 Penarik tidak dibenarkan memegang tali sehingga diarah untuk


mengangkat tali oleh pengadil.

12.10 Mana-mana, pasukan yang didapati oleh pengadil sebagai SENGAJA


melepaskan tali (Purposeful Leaving Go Of Rope) akan dianggap kalah
serta-merta tanpa amaran bagi tarikan itu.

13. MENGGANGGU PERLAWANAN

13.1 Mana-mana pemain simpanan, pengurus, jurulatih atau penyokongnya


memasuki gelanggang dan membantu pasukannya ketika perlawanan
sedang berjalan akan dikira kalah serta-merta (tanpa amaran) bagi
tarikan itu.

13.2 Mana-mana pemain simpanan, pengurus, jurulatih atau penyokongnya


memasuki gelanggang dan mengganggu pengadil, penarik dan
pasukan lawan ketika perlawanan sedang berjalan akan dikira kalah
serta-merta (tanpa amaran) bagi perlawanan tersebut dan dibatalkan
terus penyertaan pasukan daripada kejohanan tersebut.

14. MASA REHAT

14.1 Masa rehat selama 1-3 minit diberikan di antara tarikan pertama dan
tarikan kedua untuk membolehkan sebarang pertukaran penarik dibuat,
jika ada.

14.2 Sekiranya keputusan seri 1-1, masa rehat 3-5 minit akan diberikan
sebelum tarikan ketiga dimulakan.

15. PENGGANTIAN/PERTUKARAN PENARIK

15.1 Penggantian penarik dalam sesuatu perlawanan adalah dibenarkan,


tetapi dihadkan kepada maksimum 2 orang peserta simpanan bagi
kategori lelaki dan 3 orang bagi kategori wanita dan jumlah berat tidak
melebihi 700kg bagi lelaki dan 640kg selepas berlaku pertukaran.

15.2 Sebarang pertukaran hendaklah terlebih dahulu dilaporkan di urusetia


dan mendapat persetujuan pengadil hanya pada pusingan kedua
sahaja. Jika berlaku tarikan pada pusingan ketiga, PERTUKARAN
TIDAK DIBENARKAN.

15.3 Penggantian hendaklah dibuat pada masa rehat iaitu diantara tarikan.
Tidak dibenarkan membuat penggantian ketika tarikan sedang giat
dijalankan.

5
16. KALAH TANPA TANDING (WALKOVER)

16.1 Sesuatu pasukan akan dianggap sebagai ‘kalah tanpa tanding’ bagi
perlawanan itu sekiranya:-

i. Pasukan itu gagal turun ke gelanggang untuk memulakan


perlawanan pada masa dijadualkan dan apabila dipanggil oleh
pengadil untuk membuat tarikan.

ii. Pasukan LELAKI gagal menurunkan SEKURANG-


KURANGNYA 7 orang penarik dan terdiri daripada salah 1
orang adalah Pegawai gred 41 ke atas, ketika dipanggil oleh
pengadil untuk membuat sesuatu tarikan.

iii. Pasukan WANITA gagal menurunkan SEKURANG-


KURANGNYA 7 orang penarik ketika dipanggil oleh pengadil
untuk membuat sesuatu tarikan.

17. BANTAHAN

17.1 Bantahan yang dibenarkan adalah berkaitan perkara-perkara teknikal


sahaja. Bantahan ke atas keputusan yang dibuat oleh pengadil ketika
ia mengadili sesuatu perlawanan tidak dilayan.

17.2 Pasukan hendaklah membuat bantahan dalam tempoh masa 15 minit


selepas tamatnya perlawanan yang ada kaitan langsung dalam
bantahan berkenaan.

17.3 Setiap bantahan hendaklah mengikuti prosedur bantahan di dalam


Peraturan Am Pesta Sukan Muhibbah JKM 2017.

18. DISIPLIN

18.1 Semua ahli pasukan/penyokong hendaklah berdisiplin dan tidak


mencetuskan pertengkaran atau menimbulkan sebarang masalah.

18.2 Mana-mana pasukan yang mencetuskan masalah atau terlibat dalam


pertengkaran atau pergaduhan adalah secara automatik tersingkir
serta-merta dari pertandingan ini dan

19. LAIN-LAIN PERATURAN/SYARAT

19.1 Pihak pengelola berhak mengubah atau menambah-baik syarat-syarat


atau peraturan-peraturan pertandingan pada bila-bila masa demi
kebaikan pertandingan keseluruhannya.

6
19.2 Tafsiran maksud mana-mana peraturan/syarat pertandingan adalah
hak pihak pengelola.

19.3 Pihak teknikal urusetia iaitu Ketua Pengadil akan menjelaskan mana-
mana peraturan yang tidak terkandung dalam peraturan khas ini dan
SAH diguna-pakai dalam pertandingan ini sewaktu taklimat pengurus
pasukan.

20. PEGAWAI YANG DIHUBUNGI

Nama : Saat Hj. Durasit


Jawatan : Pengurus Pertandingan Tarik Tali
No. H/P : 019 8137339

Nama : En. Jeremy Tan


Jawatan : Timbalan Pengurus Pertandingan
Tarik Tali
No. H/P : 019 8612839

7
Borang: TT(L) PSM –JKM 2017

BORANG PENDAFTARAN TARIK TALI (LELAKI)

AGENSI/ PASUKAN
NAMA PENGURUS PASUKAN
ALAMAT
TELEFON /FAKS/EMAIL
NAMA JURULATIH

SENARAI NAMA PESERTA

Gred
Nama Pemain No. Kad Pengenalan
Bil. Jawatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Pengesahan Pemain:

Adalah disahkan bahawa pemain-pemain yang disenaraikan di atas adalah terdiri dari
kakitangan Jabatan / Agensi kami dan layak menyertai dalam acara Sukan Tarik Tali di
Pesta Sukan Muhibah JKM 2017.

Tandatangan Pengurus Pasukan Tandatangan Ketua Jabatan

Tarikh: Tarikh dan cop Jabatan:

8
Borang: TT(W) PSM –JKM 2017

BORANG PENDAFTARAN TARIK TALI (WANITA)

AGENSI/ PASUKAN
NAMA PENGURUS PASUKAN
ALAMAT
TELEFON /FAKS/EMAIL
NAMA JURULATIH

SENARAI NAMA PESERTA

Gred
Nama Pemain No. Kad Pengenalan
Bil. Jawatan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Pengesahan Pemain:

Adalah disahkan bahawa pemain-pemain yang disenaraikan di atas adalah terdiri dari
kakitangan Jabatan / Agensi kami dan layak menyertai dalam acara Sukan Tarik Tali di
Pesta Sukan Muhibah JKM 2017.

Tandatangan Pengurus Pasukan Tandatangan Ketua Jabatan

Tarikh: Tarikh dan cop Jabatan:

You might also like