You are on page 1of 3

Budaya bersukan telah diterapkan sejak bangku sekolah

rendah lagi,bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari


rebungnya.Apabila meningkat remaja,kebanyakan murid
tidak gemar melibatkan diri dalam sukan.Mereka lebih
gemar bermain telefon bimbit dengan alasan sibuk dan
penat dengan pelajaran.Selain itu,kebanyakan remaja tidak
suka dan tidak selesa dengan peluh.Oleh itu,kanak-kanak
dan remaja di Malaysia dilaporkan paling obes dalam
kalangan negara di Asia Tenggara.Hal ini akan menjejaskan
produktiviti dan masa hadapan negara.Terdapat kebaikan-
kebaikan penganjuran sukan di sekolah.

Penganjuran sukan di sekolah dapat mengcungkil bakat


murid ,setiap murid mempunyai potensi diri yang perlu
digilap oleh guru.Murid yang berminat dengan aktiviti sukan
seperti bola sepak, badminton dan bola keranjang boleh
diasahkan bakatnya oleh guru yang berkemahiran atau
jurulatih,bak kata pepatah dimana ada kemahuan,di situ ada
jalan.Sebagai contoh,bakat ratu terjun negara,Pandalela
Rinong telah diasah hingga terpilih menjadi perenang negeir
Sarawak lalu menyambung latihannya di Sekolah Sukan
Bukit Jalil.Beliau seorang jaguh yang menjadi tonggak
harapan atau tulang belakang kepada pasukan sekolah dan
mengharumkan nama sekolah pada peringkat yang lebih
tinggi.Pada masa kini,beliau telah menjadi idola dan suri
teladan kepada murid lain.

Seterusnya,penganjuran sukan di sekolah dapat


menyihatkan tubuh badan murid.Murid yang tidak aktif akan
menyebabkan masalah lesuntidak fokus dalam pelajaran dan
mudah mendapat penyakit.Oleh sebab itu,saban tahun
setiap sekolah wajib menganjurkan sukan tahunan yang
mempertandingkan acara seperti larian,lontar peluru,lompat
tinggi dan tarik tali.Misalnya,Datuk Nicol Ann David sejak
sekolah lagi memiliki tubuh badan yang ideal dan sentiasa

This study source was downloaded by 100000830716538 from CourseHero.com on 03-15-2023 09:43:20 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/78495651/karangan-1docx/
cergas kerana aktif dalam sukan skuasy,seperti kata
peribahasa badan sihat otak cerdas.Bersukan dapat
membakar lemak dalam tubuh serta mengelakkan penyakit
berbahaya seperti serangan jantung,strok dan darah tinggi
kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.Murid-
murid boleh menjalani kehidupan dengan lebih ceria melalui
bersukan merata-rata.

Selepas itu,penganjuran di sekolah dapat mempamerkan


kreativiti murid.Pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam
bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah
seperti acara sukan.Setiap rumah sukan akan diadili dengan
acara perbarisan ahli rumah sukan dan hiasan khemah
rumah sukan yang memerlukan kerjasama semau ahli,bak
kata petatah berat sama dipikul,ringan sama
dijinjing.Kemudian,penghasilan sorak-sorai bagi setiap
rumah sukan juga dapat menunjukkan kreativiti
murid.Perkara ini akan melahirkan murid yang
berketerampilan dan meningkatkan pengetahuan murid
dalam pelbagai aspek kerana ilmu itu pelita hati.Selain itu,ini
juga dapat meningkatkan daya saing diri dalam dunia langit
terbuka.

Kesimpulannya,penganjuran sukan di sekolah tidak dapat


dinafikan kepentingannya.Semua pilhak perlulah
bekerjasama untuk menggalakkan murid terlibat aktif dalam
sukan,bak kata pepatah ke bukit sama didaki,ke lurah sama
dituruni.Pihak sekolah hendaklah memperkasakan Dasar
1Murid 1Sukan yang mewajibkan setiap murid menyertai
satu jenis sukan.Selain itu,ibu bapa perlulah memberikan
gelakan kepada anak-anak untuk bersukan dengan menjadi
suri teladan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.Di
samping itu,pihak kerajaan haruslah mendirikan infrastruktur
sukan di kawasan kediaman seperti taman
rekreasi,padang,gelanggang dan kolam renang untuk

This study source was downloaded by 100000830716538 from CourseHero.com on 03-15-2023 09:43:20 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/78495651/karangan-1docx/
menggalakkan masyarakat bersukan.Semoga usaha murni
ini membolehkan negara melahirkan rakyat yang sihat
dengan slogan Malaysia Cergas.

This study source was downloaded by 100000830716538 from CourseHero.com on 03-15-2023 09:43:20 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/78495651/karangan-1docx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like