You are on page 1of 5

WATAK DAN PERWATAKAN

SYAHIR

 TABAH
Syahir tabah menghadapi dugaan hidup. Sebelum bergelar juara dunia Syahir telah
menghadapi pelbagai rintangan seperti sikap pilih kasih pihak PBSM, cemuhan daripada
Engku Aiman, sindiran oleh Syed Amiri

 TETAP PENDIRIAN
Syahir tetap memakai pakaian yang menutup aurat semasa bermain badminton walaupun
menerima banyak kritikan

 PENYAYANG
Syahir kerap pulang ke Bandar Baru Bangi untuk menjenguk ibunya. Syahir juga melawat
emaknya yang menghidap strok di hospital sebelum dia berangkat ke Jakarta

 TAAT AKAN PESANAN


Syahir sentiasa ingat akan pesanan arwah ayahnya yang mengharapkan agar Syahir
mengharumkan nama negara, memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara serta
memelihara syariat Islam dalam bersukan

 BIJAK MENYIMPAN RAHSIA


Syahir merahsiakan kesakitan yang dialaminya daripada pihak PBSM dan keluarganya
kerana dia bimbang tidak dapat mencapai impiannya

EMAK

 PENYAYANG
Emak Syahir telah memasak ikan patin lemak cili api kerana mengetahui bahawa itu
merupakan makanan kegemaran Syahir

 MEMENTINGKAN AGAMA DALAM HIDUP


Emak berpuasa sunat dan menunaikan solat
 MEMENTINGKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Emak mengajar Syahir untuk menziarahi Mak Usu Sapiah di Seremban kerana berasa
simpati akan nasib Mak Usu Sapiah yang baru kehilangan suami

HAJI MARZUKI

 BIJAK MENYELAMI PERASAAN ORANG LAIN


Semasa Syahir berada dalam keadaan tertekan Haji Marzuki telah menyelami perasaannya
dan menasihati Syahir agar tabah dan sabar

 BERANI MENGAMBIL KEPUTUSAN


Haji Marzuki telah berjanji kepada pihak atasan PBSM bahawa dia akan meletakkan jawatan
sebagai jurulatih badminton sekiranya Syahir gagai menjuarai Kejohanan Badminton
Antarabangsa di Jakarta

 BERTANGGUNGJAWAB
Haji Marzuki telah melatih Syahir dan Bernard supaya menjadi pemain badminton yang
cemerlang dengan penuh tanggungjawab dan sentiasa memperbaiki kelemahan anak
didiknya itu

SYED AMIRI

 SUKA MENYINDIR
Syed Amiri menyindir supaya Syahir membuat sujud syukur apabila Syahir terpilih untuk
mewakili negara bagi menggantikan Gopinath yang mengalami kemalangan

 MEMANDANG RENDAH KEBOLEHAN ORANG LAIN


Syed Amiri menganggap Syahir seorang pemain yang tidak sehebat dirinya dan tidak
mampu untuk mewakili negara ke Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta
ENGKU AIMAN

 TEGAS DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN


Dia membuat satu peraturan baharu dalam proses pemilihan pemain layak ke Jakarta.
Sistem ranking dunia tidak digunakan tetapi dia mengambil kira keputusan semasa
kejohanan Terbuka Johor

 BERSIKAP PILIH KASIH


Dia sering mencemuh Syahir dan memuji-muji Syed Amiri yang dianggap sebagai anak
emas

 MEMANDANG RENDAH AKAN KEUPAYAAN ORANG LAIN


Engku Aiman mengatakan bahawa Syahir seorang pemain yang lembab, kelam-kabut,
mudah terikut-ikut dengan rentak lawan dan sebagainya

LATIHAN

You might also like