You are on page 1of 2

8.

0 TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS


(GB)
1. Menerima pelantikan daripada Pengetua sekolah.
2. Menerima taklimat keselamatan mengenai peraturan peperiksaan, arahan dan amaran di
dewan/bilik ujian daripada Pengetua.
3. Mengisi dan menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D), Borang
Akuan Penerimaan Taklimat serta Pengisytiharan Diri (LP/Am 50) dan Borang Akuan
Integriti (LP/Am 124) selepas menerima taklimat.
4. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan, bahan terperingkat dan
bahan am peperiksaan di pusat Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar.
5. Memastikan calon mematuhi prosedur keselamatan dan pengurusan peperiksaan dan
tidak membawa masuk perkara-perkara yang dinyatakan pada pernyataan Larangan Di
Dewan/Bilik Peperiksaan di dalam jadual waktu peperiksaan dan pernyataan Amaran
Peperiksaan di dalam Borang Pengakuan Calon.
6. Memberi taklimat keselamatan mengenai peraturan peperiksaan, arahan dan amaran di
dewan/bilik peperiksaan kepada calon sebelum calon masuk ke bilik-bilik peperiksaan.
7. Mematuhi prosedur keselamatan dan pengurusan peperiksaan.
8. Menjalankan tugas dan tanggunggjawab yang diperuntukkan dalam dokumen
peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP yang sedang berkuat kuasa.
9. Berada di pusat peperiksaan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum prosedur
peperiksaan bermula.
10. Menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi Ujian Bertutur seperti yang berikut:
I. Memastikan semua calon membawa dokumen pengenalan diri.
II. Mengumpulkan calon dan memastikan semua calon hadir mengikut waktu dan
sidang yang ditetapkan
III. Memaklumkan ketidakhadiran calon (jika ada) kepada KP.
IV. Menyerahkan BMC yang lengkap kepada Pentaksir 1 (Assessor)dan Pentaksir 2
(Interlocutor) sebelum peperiksaan bermula.
V. GB perlu memastikan calon menandatangani borang kehadiran calon.
VI. GB perlu memastikan pergerakan calon masuk ke bilik ujian berjalan lancar.
VII. GB tidak dibenarkan membantu calon semasa berada di dalam Bilik Menunggu.
VIII. GB perlu memastikan Bilik Menunggu senyap dan disiplin calon terkawal.
IX. GB yang mengiringi calon akan memberi arahan kepada pasangan calon untuk
masuk ke dalam Bilik Ujian Bertutur apabila locenG dibunyikan oleh pentaksir.
Pentaksir akan membunyikan loceng bagi menandakan telah bersedia untuk
pasangan seterusnya.
X. Seorang GB akan menguruskan pergerakan calon dari Bilik Menunggu ke Bilik
Ujian Bertutur. Manakala seorang lagi GB mengawas calon yang berada di Bilik
Menunggu.
XI. Memastikan tiada calon membawa masuk atau menggunakan sebarang
alat/peranti elektronik dan barang larangan di bilik peperiksaan.
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Peperiksaan dan Pengarah
Pendidikan JPN dari semasa ke semasa.

You might also like