You are on page 1of 5

SEJARAH BADMINTON ANTARABANGSA & MALAYSIA Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang

pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang. Pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket. Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan badminton diperkenalkan di Malaysia. Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa pula telah ditubuhkan pada tahun 1934. Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir George Thomas telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan badminton yang paling unggul di dunia, menyamai keunggulan Kejohanan Tenis Wimbledon. Negara kita Malaysia, telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali pertama pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada tahun 1949. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu pada tahun 1952, 1955 dan 1967. Pada tahun 1992 pula, pasukan badminton negara yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek, sekali lagi berjaya menjulang Piala Thomas. Antara pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain. Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah

ditubuhkan pada tahun 1912, iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia. Sekarang ini, pasukan Negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.

KEJAYAAN-KEJAYAAN ATLIT NEGARA

Beregu Malaysia, Koo Kien Keat (kanan) dan Tan Boon Heong mencatat sejarah badminton negara apabila meraih emas kali pertama sejak 1970 selepas menewaskan beregu Indonesia.

NAMA AHLI KUMPULAN: PURANI A/P KRISHNAN KOGILAVANEE A/P VALU KOMATHI A/P SUPRAMANIAM R. JEEVAASRI A/P RADHAKRISHNAN ALAGENTHIRAN A/L RAMASAMY

You might also like