You are on page 1of 10

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SUKAN PILIHAN SAYA

BADMITON
NAMA:MOHAMED TAUFIQ AKMAL
KELAS:4 DAMAI
GURU:CIKGU AZHAR
BAHAGIAN 1

Saya memilih sukan badminton kerana saya telah berminat dengan


sukan ini dari saya kecil lagi. Saya suka sukan ini sebab badminton ialah
bukan sukan yang kita main berseorangan kita akan main bersama
kawan-kawan kita atau ahli keluarga kita. Badmiton juga satu sukan
yang mudah bagi kita untuk menurunkan berat badan kita dan
menjadikan kita lebih sihat. Namun ia satu sukan yang bagus kita juga
perlu berhati-hati ketika bermain kerana ia boleh mendatangkan
masalah jantung atau pernafasan.
BAHAGIAN 2

Permainan badminton telah diperkenalkan sejak zaman silam.


Permainan badminton mula dimainkan di Yunani silam dan
Mesir. Di Jepun, sukan yang berkaitan dengan badminton ialah
Hanetsukite yang telah dimainkan seawal abad ke-16. Di barat
pula, badminton muncul daripada sukan yang
dinamakan Battledore and Shuttlecock, di mana dua atau lebih
pemain memukul bola tangkis di udara menggunakan raket
kecil. Di India, sukan ini dikenali sebagai 'Poona' semasa abad
ke-18. Pada 1860an, pegawai tentera British telah
mengaplikasikan sukan ini versi India semasa kembali ke
England, di mana sukan ini dimainkan di rumah kediaman
kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Pada 1860 juga,
seorang penjual anak patung London yang bernama Isaac
Spratt telah menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton
Battledore - A New Game", tetapi malangnya tiada cetakan
dilakukan.
Pada 1873, sukan baru ini diperkenalkan di Badminton House,
Gloucestershire yang dimilikki oleh Duke of Beaufort. Pada
waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton",
dan kemudian nama rasmi sukan ini menjadi Badminton. Sukan
ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di
India sehingga tahun 1887. Bath Badminton Club telah
mempiawaikan peraturan mengaplikasikan ini dalam versi
Bahasa Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada
tahun 1887. Pada 1893, Badminton Association of England
diterbitkan sebagai set peraturan pertama dan hampir sama
dengan peraturan yang sedia ada ketika ini. Peraturan ini telah
dilancarkan secara rasmi iaitu "Dunbar" di 6 Waverly
Grove,Portsmouth,England pada 13 September 1893. Pada
1899, mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton
Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di
dunia. Pada 1934, Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) ,
yang kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia
dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda,
Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales sebagai anggota
pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936.
Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton
antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, Badminton di
peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang
didominasi oleh beberapa negara Asia termasuk Denmark dari
Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia
merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf
dunia. China pula sering menjadi pendominasi pertandingan
peringkat antarabangsa sejak kebelakangan ini.
BAHAGIAN 3

Raket

Raket diperbuat dari besi, aluminium atau grafit. Raket-raket ini adalah lebih
ringan, kuat dan laju untuk digerakkan dan boleh memukul bulu tangkis
dengan lebih kuat. Raket-raket ini juga tahan lebih lama. Terdapat banyak
raket yang berkualiti di pasaran. Raket-raket ini umumnya boleh dibahagikan
kepada dua kategori;

Raket dua bahagian (two-piece racket)


Raket satu bahagian (one-piece racket)

Bahagian-Bahagian raket
Untuk raket dua bahagian, kepalanya disambung ke shaft dengan satu aloi
zink berbentuk T dan raket satu bahagian pula dibentuk di bawah suhu dan
tekanan tinggi. Untuk memiliki raket sendiri pilihlah saiz tangkai raket yang
sesuai dipegang. Saiz pegangan yang biasa ialah 9.2 cm. Imbangan raket juga
berbeza-beza. Pakar-pakar menyebut bahawa satu titik imbangan berjarak 29-
30 cm daripada base raket akan menghasilkan raket yang bergerak lebih laju
di udara. Panjang raket dari kepala sehingga pangkal ialah 66.1 dan beratnya
adalah antara 99.2 -141.7 gram. Muka raket berukuran 25.4 cm dan lebanrnya
20.3 cm dan berbentuk oval.
Bulu Tangkis

Terdapat dua jenis bulu tangkis iaitu jenis bulu (feather shuttle) dan nilon
plastik. Jenis shuttle bulu mempunyai lebih ‘rasa’ berbanding dengan jenis
nilon plastik yang akan menolong pemain mengembangkan sentuhan dan
kawalan. Jenis bulu lebih mahal dan tidak tahan lama dan diperbuat dari
bulu angsa dan bulu itik.

Oleh kerana cuaca dan suasana yang berbeza dalam dewan. Jenis bulu
tangkis yang diperbuat dari bulu angsa atau itik dibuat untuk pelbagai
keadaan yang berbeza. Satu bulu tangkis boleh dianggap mempunyai kelajuan
yang betul jika apabila dipukul sepenuhnya dengan stroke penuh bawah
tangan dari belakang gelanggang, ia akan jatuh di keliling garisan servis
bergu, tidak kurang daripada 530 mm dan tidak melebihi daripada 990 mm
dari garisan sempadan

Kasut

Perhatian khas harus diberi kepada kasut kerana kasut yang kurang selesa
akan mengganggu pergerakan pemain. Terdapat beberapa faktor yang harus
diberi perhatian semasa membeli kasut. Pertama, kefleksibelan tapak
kasut. Ini penting untuk mendapatkan pergerakan kaki yang selesa. Jika
kasut terlalu ketat ia akan mengganggu pemain untuk menukar
pergerakannya di gelanggang dengan cepat dan kemungkinan kakinya akan
terseliuh.

Tapak kasut harus berlapik dan mempunyai daya serapan yang baik untuk
mencegah kecederaan kepada sendi-sendi. Kasut harus mempunyai bahagian
atas yang membolehkan udara keluar masuk dan memberi sokongan serta
kestabilan untuk kaki. Sarung kaki kapas harus dipakai untuk mencegah
bengkak berair di kaki dan juga menyerap peluh.

Pakaian

Pakaian harus selesa dan tidak menghalang


pergerakan. Baju T tidak seharusnya ketat di bawah ketiak
dan menghalang pergerakan dalam posisi pukulan atas
kepala. Seluar pendek haruslah senang untuk pemain
membongkok dan menapak ke hadapan dengan
selesa. Track-suit juga boleh membantu untuk memanaskan
badan semasa aktiviti stretching sebelum permainan
sebenar. Gunakan tuala untuk mengeringkan peluh semasa
dan selepas bermain. Pakaian yang basah tidak boleh di
simpan bersama-sama raket kerana boleh merosakkan tali
raket.
BAHAGIAN 4

Lee Chong Wei DB PJN AMN DCSM DSPN JP (Cina Ringkas: 李宗伟; Cina Tradisional: 李宗偉; pinyin:
Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982) ialah seorang
pemain badminton profesional Malaysia.[1] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan
Olimpik 2008 dan 2012 [2] dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan
akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak
tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana
Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.[3]
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199
minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. [4] Beliau ialah pemain
badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin
Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton
Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu. [5] Beliau
merupakan duta dan jurucakap bagi jenama cat Pentens sejak 2013. [6]
Pada September 2018, Lee disahkan menghidap kanser nasofaring pada Julai tahun yang sama
di Taiwan dan telah dirawat dengan segera sejak itu.

BAHAGIAN 5

Cadangan saya untuk memajukan dan meningkatkan pencapaian


Negara dalam sukan ini adalah dengan memberikan latihan yang bagus
bagi pemain-pemain Negara kita selain itu kita juga perlu mengambil
perhatian tentang aspek permakanan kesihatan dan lain-lain.

You might also like