You are on page 1of 16

FOLIO AKTIVITI MURID

NAMA MURID
………………………………………
NO. KAD PENGENALAN
………………………………………

KELAS
………..

NAMA KELAB/ PERSATUAN/ BADAN BERUNIFORM


KELAB BADMINTON

KOD KUMPULAN
SP022

TUGASAN 1
Sejarah Permainan Badminton

Permainan badminton telah diperkenalkan sejak zaman silam.


Permainan badminton mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun,
sukan yang berkaitan dengan badminton ialah Hanetsukite yang telah
dimainkan seawal abad ke-16. Di barat pula, badminton muncul daripada sukan
yang dinamakan Battledore and Shuttlecock, di mana dua atau lebih pemain
memukul bola tangkis di udara menggunakan raket kecil. Di India, sukan ini
dikenali sebagai 'Poona' semasa abad ke-18. Pada 1860an, pegawai tentera
British telah mengaplikasikan sukan ini versi India semasa kembali ke England,
di mana sukan ini dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman
kelas atasan. Pada 1860 juga, seorang penjual anak patung London yang
bernama Isaac Spratt telah menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton
Battledore - A New Game", tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.
Pada 1873, sukan baru ini diperkenalkan di Badminton House,
Gloucestershire yang dimilikki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu
merujuk kepada "The Game of Badminton", dan kemudian nama rasmi sukan
ini menjadi Badminton.
Sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di
India sehingga tahun 1887. Bath Badminton Club telah mempiawaikan
peraturan mengaplikasikan ini dalam versi Bahasa Inggeris. Undang-undang
asas itu telah dicipta pada tahun 1887. Pada 1893, Badminton Association of
England diterbitkan sebagai set peraturan pertama dan hampir sama dengan
peraturan yang sedia ada ketika ini. Peraturan ini telah dilancarkan secara rasmi
iaitu "Dunbar" di 6 Waverly Grove,Portsmouth,England pada 13 September
1893. Pada 1899, mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton
Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia. 
Pada 1934, Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF), yang kini
dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia dianggotai Kanada, Denmark,
England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales sebagai
anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF
kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan
ini secara global.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, Badminton di
peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa
negara Asia termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan,
dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia.
China pula sering menjadi pendominasi pertandingan peringkat antarabangsa
sejak kebelakangan ini.
TUGASAN 2
Badan Induk Badminton Dunia (BWF)
BWF ialah badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan
dengan sukan badminton. Badan ini ditubuhkan pada tahun 1934 sebagai
Persekutuan Badminton Antarabangsa bersama 9 anggota (Kanada, Denmark,
England, Perancis, Ireland Utara, Belanda, New Zealand, Scotland dan Wales).
Pada 24 September 2006, Perjumpaan Tahunan diadakan di Madrid, yang mana
kata sepakat menerima penukaran nama baharu kepada Persekutuan Badminton
Dunia (BWF). Pejabat utama pertubuhan ini terletak di Cheltenham, United
Kingdom sejak ia ditubuhan, tetapi pada 1 Oktober 2005, ia kini terletak di
Kuala Lumpur. Presiden terkini ialah Poul-Erik Hover Larsen.
Logo
Selama bertahun-tahun, pertubuhan ini mempunyai beberapa logo. Pada asalnya
ia menggunakan logo IBF. Sebagai BWF, ia menggunakan logo baru pada
2007.Pada 2012 ia menggunakan logo baru yang diperkemaskan.

Logo baharu yang


Logo lama Logo baharu
dilancarkan semasa
(2012-kini)
Piala Sudirman 2007
TUGASAN 3
Badan Induk Badminton Malaysia (BAM)

Persatuan Badminton Malaysia ialah badan induk sukan badminton di Malaysia.


Persatuan ini ditubuhkan pada 11 November 1934 di Perak, Pulau Pinang,
Selangor, Johor dan Singapura. BAM dianugerahkan penghargaan oleh Menteri
Luar Negeri Jepun atas sumbangan mereka dalam mempromosikan
persefahaman antara Jepun dan Malaysia pada 1 Disember 2020.
Sejarah
Pada 1809, sukan badminton dibawa ke Tanah Melayu oleh pegawai-pegawai
daripada Syarikat Hindia Timur. Pada 1900, sukan ini dibawa melalui misi
sekolah di Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Singapura. Maka,
pada tahun 1925, ditubuhkan Persatuan Badminton Pulau Pinang. Dan pada
tahun 1929, ditubuhkan Persatuan Badminton Perak. Presiden pertama BAM
ialah John L. Woods.
Kejohanan
 Terbuka Malaysia
 Terbuka Malaysia Grand Prix Gold
 Kejohanan Badminton Kebangsaan Malaysia
 PROTON Litar Kebangsaan Terbuka Kuala Lumpur
Logo
TUGASAN 4
Lagenda Badminton Malaysia
Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei, lahir pada 21 Oktober 1982 ialah seorang pemain
badminton Malaysia. Beliau merangkul pingat perak di temasnya Sukan
Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang
layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan
kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini
mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri
Malaysia yang keenam sebagai wira kebangsaan. Beliau menduduki tangga
teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199
minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau
ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas
Rashid Sidek an Roslin Hashim, dan juga satu-satunya jaguh badminton
Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua
minggu. Beliau merupakan duta dan jurucakap bagi jenama cat Pentens sejak
2013. Pada September 2018, beliau disahkan menghidap kanser nasofaring pada
Julai tahun yang sama di Taiwan dan telah dirawat dengan segera sejak itu.
Anugerah dan penghargaan
Berikut ialah senarai anugerah yang dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei:
Tarikh Anugerah
5 April 2006 Olahragawan Negara 2005
29 April 2006 Olahragawan Pulau Pinang 2005
18 November 2008 Olahragawan Pulau Pinang 2007
12 Disember 2008 Olympian Lelaki Malaysia 2008
2008 Pemain Terbaik 2008
23 Mac 2009 Olahragawan Negara 2008
12 Jun 2009 Pemenang anugerah Persatuan Penulis-penulis
Sukan Malaysia (SAM)
9 Ogos 2009 Olahragawan Pulau Pinang 2008
12 Disember 2011 Pemain Terbaik BWF
19 Januari 2013 Anugerah Ikon Paling Popular di TV oleh
RTM
TUGASAN 5
Kemahiran 1: Servis
Servis terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
Servis Tinggi

Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan
belakang gelanggang pihak lawan.
 Berdiri dalam petak servis.
 Pegang raket dengan teknik pegang depan.
 Berat badan di kaki belakang.
 Sebelah tangan memegang bulu tangkis peras pinggang.
 Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu tangkis.
 Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket.
 Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.
Servis Rendah
Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu
tangkis yang rendah dan hampir terkena jaring menyukarkan pihak lawan untuk
melakukan serangan.
 Berdiri di dalam petak servis.
 Pegang raket dengan teknik pegang depan.
 Pegang bulu tangkis separas pinggang.
 Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi.
 Mata ke arah bulu tangkis.
 Kunci pergelangan tangan.
 Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang.
 Kontak bulu tangkis pada tengah raket.
Servis Kilas

Servis kilas digunakan dalam permainan beregu dan juga perseorangan.


 Berdiri dalam petak servis.
 Pegang raket mengikut teknik pegang kilas.
 Bulu tangkis dipegang separas pinggang dan hampir ke bahagian muka
raket.
 Berat badan berada di kaki hadapan.
 Lakukan pukulan dengan pergerakan kilasan pergelangan tangan.
TUGASAN 6
Kemahiran 2: Pukulan Hadapan

Pukulan hadapan digunakan untuk menyerang pihak lawan. Pukulan bulu


tangkis laju dan deras.
1. Pegang raket mengikut teknik pegang depan.
2. Bawa raket ke belakang dengan siku.
3. Pergerakan pergelangan tangan dikunci.
4. Ayun raket ke hadapan dengan kontak bulu tangkis separas dengan
ketinggian jaring.
TUGASAN 7
Kemahiran 3: Lob

Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak


lawan melakukan serangan. Pukulan ini dapat memberi masa dan
kesempatan pemain kembali ke posisi bersedia

1. Pada kedudukan sedia

2. Pegang raket dengan teknik pegang depan

3. Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala


didongakkan
4. Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi

5. Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala

TUGASAN 8
Kemahiran 4: Pukulan Junam (drop shot)
Tujuan diadakan pukulan junam adalah untuk membawa pihak lawan
bergerak dekat ke jaring dan membuka ruang di belakang dan tengah
gelanggang. Persediaan untuk pukulan junam adalah sama seperti
pukulan “lob” hanya beza adalah semasa sentuhan bulu tangkis.
• Sebelum membuat sentuhan bulu tangkis, kurangkan kuasa dengan
memeriksa kelajuan raket dan memastikan raket digenggam dengan
selesa.
• Titik sentuhan dengan bulu tangkis adalah lebih ke depan sedikit
dari pukulan “lob”.
TUGASAN 9
Kemahiran 5: Smesy (Smash)

Pukulan smesy kerapkali digunakan untuk mematikan satu rali atau


mempercepatkan rentak permainan.Sasarannya ialah ke ruang kosong
gelangang lawan.

 Pandang bulu tangkis.


 Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
 Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
 Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
 Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.
 Hayunan ke depan raket yang laju dan eksplosif akan membantu
dalam menghasilkan pukulan smash yang lebih berkuasa.
TUGASAN 10
Gelanggang dan Peralatan Permainan Badminton
Gelanggang
Jaring
Tinggi jaring 1.55 m di tiang dan 1.524 m di tengah gelanggang.

2.0 Gelanggang
• Bentuk gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat berukuran
13.40m x 6.10 m. Lebar garisan 40mm .
• Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan pendek dikira keluar
(out) semasa servis.
• Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang gelanggang (long) dan
garisan servis beregu (short) adalah luar (out) semasa servis.
• Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10 m x 13.40 m digunakan.
• Gelanggang perseorangan ialah 5.18 m x 13.40 m.
3.0 Peralatan Dan Pemakaian
Raket

Raket diperbuat daripada besi, aluminium atau grafit.


Setiap raket akan dipasang dengan jaring

yang diperbuat dari sinar(string).

Bulu Tangkis
Terdapat dua jenis bulu tangkis iaitu yang diperbuat
daripada bulu angsa dan nilon plastik.
Bulu tangkis adalah lebih sesuai untuk perlawanan sebenar.

4.0 Pakaian
Pakaian harus selesa dan tidak menghalang pergerakan. Keperluan
berpakaian
dalam permainan badminton adalah baju T, seluar, stokin, tuala dan kasut
Kasut badminton

i. Kefleksibelan tapak penting untuk mendapatkan pergerakan kaki yang


selesa.
ii. Tapak kasut harus mempunyai cengkaman yang baik untuk mengatasi
sebarang masalah di permukaan gelanggang.
iii. Tapak kasut harus berlapik dan mempunyai daya serapan yang baik untuk
mencegah kecederaan kepada sendi dan otot.

You might also like