You are on page 1of 9

Asal-usul tentang

badminton
 Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam;
sukan ini mula dimainkan di Yunani silam
dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan
iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16.
Di kawasan barat, badminton muncul daripada
sebuah sukan yang dipanggil battledore and
shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain
memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket
kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona"
di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera
British mengaplikasikan versi India semasa kembali
ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan
di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman
kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung
London, menerbitkan sebuah risalah iaitu,
"Badminton Battledore - a new game" pada 1860,
tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.
 Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873
di Badminton House, Gloucestershire, yang
dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu,
sukan itu merujuk kepada "The Game of
Badminton," dan, nama rasmi sukan ini
kemudian menjadi Badminton.
 Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di
bawah peraturan yang terdapat di India. Bath
Badminton Club mempiawaikan peraturan dan
mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris.
Undang-undang asas itu telah dicipta pada
1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of
England diterbitkan sebagai set peraturan pertama
mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai
peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan
sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley
Grove, Portsmouth, England pada 13
September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula
menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka
Seluruh England, kejohanan badminton pertama di
dunia, pada 1899.
 Pertubuhan Badminton Antarabangsa
(IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan
Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan
pada 1934 yang
dianggotai Kanada, Denmark, England, Pe
rancis, Belanda, Ireland, New
Zealand, Scotland, dan Wales sebagai
anggota pengasas. India menyertai
pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan
BWF kini merupakan sebuah badan
badminton antarabangsa dan
menguruskan sukan ini secara global.[5]
 Meskipun asal-usul sukan terletak di England,
badminton di peringkat antarabangsa
mempunyai rekod tradisi yang didominasi
oleh beberapa negara Asia, termasuk
Denmark dari
Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan,
dan Malaysia merupakan antara negara yang
mempunyai pemain bertaraf-dunia secara
konsisten sejak beberapa dekad yang lalu
dan mendominasi pertandingan peringkat
antarabangsa, yang mana China sering
menjadi pendominasi sejak kebelakangan
ini.[6]
SOALAN
1)Di manakah badminton mula dimainkan?
2)Apakah nama rasmi sukan ini pada
1873?
3)Bilakah undang-undang asas diciptakan?
4)Di manakah kejohanan badminton pertama
dianjurkan?
5)Nyatakan tiga anggota pengasas di
Persekutuan Badminton Dunia?
THE END !

You might also like