You are on page 1of 1

RUMUSAN

Badminton merupakan sejenis sukan ‘indoor’ yang dimainkan menggunakan


peralatan seperti raket dan bulu tangkis. Permainan ini boleh dimainkan oleh dua orang
pemain bertentangan (perseorangan) atau empat orang iaitu dua orang pasangan
bertentangan (beregu). Sukan ini dimainkan di dalam sebuah gelanggang. Mata dapat
dikutip jika bola yang dipukul melepasi jaring tengah dan jatuh kedalam kawasan pihak
lawan. Sukan ini juga boleh dimainkan oleh lelaki dan wanita. Badminton merupakan acara
sukan Olimpik dengan beberapa kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki
dan wanita, dan beregu campuran iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dalam pasukan
yang sama.

Permainan ini tidak ada sebarang peraturan pada peringkat awal. Namun seorang
askar Inggeris iaitu Kolonel H.Q. Selby yang bertugas di Karachi, India pada ketika itu, dia
telah menubuhkan pasukan Badmintonnya sendiri yang diberi nama ‘Bath Badminton Club’
dan peraturan permainan dicipta tetapi masih belum sempurna. Oleh itu, pada tahun 1934
Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan dan Presiden pertama ialah Sir
George Thomas yang menjawat dari tahun 1934-1955.

You might also like