You are on page 1of 3

Konsep Seni / Seni Visual

Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang membawa erti indah, halus lembut,
senang didengar atau ditutur, senang dilihat dan untuk menerangkan sesuatu. ‘Art’ berasal
daripada bahasa Yunani, membawa makna kecekapan dan kebolehan, sesuatu yg selamat,
memberi kepuasan hati melalui pancaindera atau deria.  Seni adalah kebudayaan yang
dicetuskan oleh semua kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai
fitrah semula jadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati dan pancaindera.

Manusia dikatakan makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan
memberi kepuasan melalui pancaindera rasa.  Menurut Ibnu Khaldum, “seni itu suatu
kebenaran, keindahan dan kebaikan yang mengandungi ciri-ciri estetika, etika & logika”.
[Shahnon Ahmad, Dewan Budaya, April 1986]

Perkataan Seni Visual ialah dimaksudkan dengan Seni Lukis dan Seni Reka.  Ini
termasuklah membuat, menghasilkan dan memberi penilaian terhadap hasil seni yang
direka.   Aktiviti-aktivitinya termasuklah melukis, menggambar, mencorak, mencetak,
mewarna, mereka bentuk, membuat arca, mengukir, menjilid buku, membuat batik,
membuat tembikar atau seramik iaitu kerja-kerja dua dimensi dan tiga dimensi.

Pelbagai  Bidang Seni

Bidang seni terdiri daripada pelbagai cabang seperti catan, lakaran, cetakan, arca, muzik,
kesusasteraan, dan senibina, tarian, seni visual, teater, penulisan kreatif, seni media, drama,
koir  yang bentuknya amat dikenali.  Bagaimana pun, apabila berlaku modenisasi dan
revolusi teknologi, bentuk baru telah wujud dalam bidang seni seperti fotografi, filem, seni
video, seni instalasi, seni asemblaj, seni konseptual, seni persembahan, seni komuniti,
fesyen, komik, seni komputer, animasi, multimedia interaktif, ‘landscape art’ dan permainan
video.

Pelbagai Takrifan Seni Visual

1. Plato - Membincangkan seni secara mengaitkannya dengan perlakuan, akhlak, nilai dan
moral untuk membawa kepada kesejahteraan kepada umat manusia. Seni juga dinyatakan
sebagai elemen  yang dapat mencipta sesuatu persekitaran kebudayaan dan meningkatkan
perpaduan. Seni dan Pendidikan mesti berasaskan kepada kebenaran, kebaikan,
kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan.
2. Aristotel -  Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk
yang universal kepada benda alam.
3. Chapman - Seni sangat berguna jika imaginasi dapat direalitikan. Keadaan ini
menunjukkan peranan kreativiti menjadi unsur yang sangat penting untuk diberi perhatian.
Dalam konteks sosial, seni dinyatakan sebagai hak masyarakat. Seni adalah berasaskan
kehendak, keperluan dan perubahan  masyarakat.
4. John Dewey - Pendidikan itu ialah suatu proses untuk mengembangkan kecerdasan
manusia.
5. Walter Gropius – Seni visual member faedah kepada kehidupan seharian seperti dalam
prinsip rekaan dan nilai estetik bagi menghasilkan barangan harian.  Ia menggabungkan
seni, pertukangan, sains dan teknologi.
6. Victor Lowenfeld – Peranan PSV yang multidimensional ada dasarnya dapat
mengembangkan kemampuan dasar manusia seperti fizik, persepsi, intelektual, emosional,
social, kreativiti dan estetik.
7. Al Faruqi -  Motif dan bentuk seni yang dihasilkan oleh seseorang pengkarya adalah
berlandaskan konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan

Tokoh-tokoh Islam seperti Al-Faruqi, Al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan Abdullah Mohammad,
berpendapat ”Pendidikan Seni dapat melahirkan insan yang seimbang daripada aspek
jasmani, rohani, emosi dan intelek”. Guru-guru seharusnya mampu mengaplikasi teori-teori
ini dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni.

Konsep Pendidikan Seni Visual


Pendidikan Seni adalah dua perkataan yang disatukan iaitu Pendidikan dan Seni yang
mempunyai dua makna iaitu, konsep pendidikan dan konsep Seni.   Pendidikan menurut
pengertian Yunani adalah pedagogi, iaitu ilmu menuntun anak.  Dalam istilah Rumawi
pendidikan dilihat sebagai educare iaitu mengeluarkan dan menuntun.  Tindakan
merealisasikan potensi anak sewaktu dilahirkan didunia.

Pendidikan Seni atau dalam bahasa Inggerisnya ‘Art Education’ ialah istilah baru yang
menggantikan Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah.  Pada tahun 1970-an,
negara-negara Barat seperti England dan Amerika telah pun menukarkan istilah ‘Art and
Craft’ kepada ‘Art Education’.

Pendidikan Seni Visual telah digunakan bagi menggantikan istilah Pendidikan Seni di
Malaysia. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana sukatan  Pendidikan Seni Visual
lebih menjurus kepada seni tampak atau visual sahaja.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan
Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual,
imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka
menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid
membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Tumpuan utama Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan
iaitu:

1. Pemerhatian secara aktif


2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
3. Apresiasi seni visual secara mudah
4. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan
murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat
bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang Menggambar, Membuat Corak dan
Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional. Pengalaman
seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual
murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.

Antara kegiatan dalam bidang Menggambar ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan,
resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek dan poster.  Bidang ini
menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.  Kegiatan ini dapat
memperkembangkan persepsi visual pelajar dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti
warna, garisan, susunan dan kesannya.

Antara kegiatan dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan ialah pualaman, tiupan, titisan,
ikatan dan celupan, renjisan dan percikan, lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan
guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.  Bidang ini membolehkan pelajar mengenali dan
mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.
Bidang kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti
arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami.  
Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi peluang kepada pelajar membuat
rujukan kepada objek sebenar.

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya
tanah air. Bidang kegiatan Mengenal Kraf Tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan
teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja
diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses
pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahlebih memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Sumber Sukatan Pelajaran PSV KBSR

Matlamat PSV KBSR

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan
insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta
dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif PSV KBSR
- Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
- Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan.
- Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
- Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.
- Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
- Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat.
- Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab.
- Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
- Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.
- Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

You might also like