You are on page 1of 10

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

VET3023 REKA CIPTA

HARTA INTELEK

DISEDIAKAN OLEH :

NUR NAZIHAH BINTI NAIEM

D20132065441

GROUP A

DISEDIAKAN UNTUK : TN HJ ABD SAMAD BIN HANIF

TARIKH : 26 DISEMBER 2016

1
ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat


1.0 Pengenalan Harta Intelek 3
2.0 Jenis-jenis Harta Intelek 5
3.0 Cara Mendaftar Harta Intelek 8
4.0 Kesimpulan 9
5.0 Lampiran 10

1.0 PENGENALAN HARTA INTELEK

Kreativiti dan inovasi dalam reka cipta wujud dalam pelbagai bentuk. Antaranya
mencipta sesuatu produk yang memberi kemudahan kepada orang ramai, mencipta

2
jenama produk yang berkualiti dan menghasilkan rekaan-rekaan baru bagi produk
yang telah sedia ada di pasaran bagi menarik perhatian pelanggan. Harta hasil
daripada kreativiti dan inovasi ini adalah harta dalam bentuk yang tidak ketara. Tidak
ketara bermaksud harta yang tidak boleh dilihat dan disentuh secara zahir. Harta ini
berbeza dengan harta ketara seperti rumah, tanah dan wang yang boleh dilihat dan
disentuh secara zahir. Namun, fungsi harta tetap sama. Ia mempunyai nilai dan
boleh diperdagangkan. Ia boleh dimiliki dan dijual di dalam pelbagai bentuk
transaksi.

Harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti atau ciptaan yang datang
daripada daya intelektual atau minda seseorang. Pemilik harta intelek diberi hak
eksklusif serta perlindungan terhadap harta intelek hasil ciptaannya, oleh undang-
undang harta intelek. Hak eksklusif bermaksud hak untuk memiliki dan hak untuk
mengeksploitasi sesuatu harta intelek tanpa sebarang ancaman daripada pihak lain.
Ancaman termasuklah ancaman cetak rompak, barangan tiruan, penyalahgunaan,
penggunaan tanpa kebenaran dan sebagainya. Dalam undang-undang harta intelek,
pemilik harta intelek diberi hak-hak eksklusif terhadap pelbagai jenis harta tidak
ketara seperti muzik, penulisan, lukisan, penemuan dan ciptaan, perkataan, simbol
dan reka bentuk.

Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan


tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi
pengetahuan. Kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga
dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar
terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan. Sungguhpun
kebanyakan prinsip perundangan mengenai harta intelektual telah berubah selama
beberapa abad, ia hanyalah pada abad ke-19 istilah hak milik intelektual mula
digunakan, dan tidak sehingga akhir abad ke-20 ia menjadi meluas di kebanyakan
dunia. Statut Anne British 1710 dan Statut Monopolies 1623 kini dianggap sebagai
asal hakcipta dan undang-undang paten berikutnya.

3
Hak cipta ialah satu set hak eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu
pernyataan idea atau maklumat. Dalam kebanyakan kes, hak-hak ini adalah untuk
tempoh yang terhad. Simbol untuk hak cipta ialah , dan di sesetengah bidang
kuasa, simbol itu boleh digantikan dengan (c).
Hak cipta boleh wujud dalam berbagai-bagai karya kreatif, intelektual, atau
berseni. Ini termasuk puisi, tesis, drama, buku, filem, karya koreografi (tarian, balet,
dll.), gubahan muzik, rakaman audio, lukisan, arca, gambar foto, perisian, serta
siaran radio dan televisyen, dan di sesetengah bidang kuasa, juga seni reka
perindustrian. Hak cipta ialah sejenis harta intelektual; reka bentuk dan seni reka
perindustrian boleh merupakan jenis-jenis harta intelektual yang berasingan atau
bertindih dalam sesetengan bidang kuasa.
Undang-undang hak cipta hanya melindungi bentuk atau cara yang mana
idea-idea atau maklumat-maklumat ditunjukkan, iaitu "bentuk pernyataan fizikal".
Hak cipta tidak direka bentuk untuk tujuan melindungi idea, konsep, fakta, gaya, atau
teknik yang wujud atau digambarkan dalam karya hak cipta. Undang-undang hak
cipta memberi ruang untuk karangan sindiran dan karangan pentafsiran terhadap
karya-karya yang mungkin mempunyai hak cipta pada dirinya.
Misalnya, hak cipta yang wujud dalam kartun Mickey Mouse melarang pihak-
pihak yang tidak diberi kuasa untuk mengedarkan salinan-salinan kartun atau
mencipta karya-karya terbitan yang meniru tikus antropomorfik Walt Disney, tetapi
tidak melarang penciptaan karya-karya kesenian mengenai tikus antropomorfik
secara amnya, asalkan karya-karya ini cukup berbeza supaya tidak meniru versi
yang asli. Undang-undang yang lain mungkin mengenakan sekatan untuk
penghasilan semula atau penggunaannya jika hak cipta tidak berbuat demikian,
umpamanya tanda dagangan dan paten.

4
2.0 JENIS-JENIS HARTA INTELEK

2.1 PATEN

Secara umumnya, paten merujuk kepada ciptaan baru atau inovasi terhadap produk
sedia ada. Jika kita telah merekacipta sesuatu ciptaan baru atau teknologi yang
masih belum wujud di dunia ini, maka ciptaan ini boleh dilindungi di bawah paten
dan setiap perlindungan paten sah untuk tempoh 20 tahun. Perlindungan paten
bermaksud pemilik paten tersebut boleh mengambil tindakan di bawah undang-
undang paten, sekiranya paten miliknya ditiru atau disalahguna oleh pihak lain. Hak
paten selalunya diberikan oleh kerajaan kepada seseorang pencipta atau pereka
sesuatu ciptaan yang memberikan kepadanya hak sepenuhnya untuk membuat,
mengguna dan menjual rekaan tersebut untuk satu tempoh masa yang tertentu. Di
Malaysia, paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.

2.1.1 Syarat-Syarat Paten akan dianugerahkan apabila ia menepati ciri-ciri


berikut:

Baru (novelti). Sesuatu rekacipta itu masih belum dizahirkan kepada orang
awam di mana-mana di dunia. Melibatkan langkah merekacipta yang mana rekacipta
itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang teknologi tersebut boleh digunakan dalam mana-mana industri. Paten
di Amerika Syarikat memberikan hak secara eklusif untuk membuat, menggunakan
atau menjual barang yang diberikan paten di Amerika Syarikat dan wilayah
takluknya. Sebarang perlanggaran paten adalah kesalahan melanggar paten dan
boleh menyebabkan saman dan ganti rugi dituntut oleh pemegang paten.

Syarat yang perlu dipenuhi sebelum pemberian sesuatu paten adalah


kewujudan satu rekaan yang boleh diberi paten. Untuk menjadikan ia boleh
diberikan paten, rekaan tersebut mesti berkait dengan syarat-syarat yang telah
ditetapkan seperti sumbangan, proses, mesin, pembuatan, komposisi bahan, jentera

5
ataupun reka bentuk. Di Amerika Syarikat terdapat kelas-kelas berlainan untuk
kategori-kategori yang berlainan. Paten pertama direkodkan untuk satu proses
perindustrian diberikan kepada seorang arkitek dan jurutera bernama Filippo
Brunelleschi dalam tahun 1421 di Florence, Itali. Tempoh sesuatu paten biasanya di
antara 16 hingga 20 tahun, walaupun di Perancis, umpamanya, paten diberikan
tempoh kuatkuasa yang lebih pendek. Di negara komunis seperti bekas Soviet
Union, paten tidak diperakui dan sebaliknya sijil diberikan kepada pencipta untuk
mempastikan mereka mendapat satu bentuk ganjaran untuk rekaan ataupun ciptaan
mereka. Persetujuan Pertubuhan Perdagangan Sedunia WTO dalam tahun 1990-an
menetapkan bahawa paten perlu diberikan tempoh sah laku minimum 20 tahun.
Paten dikira sebagai hak milik peribadi dan boleh dijual beli dan dipindah milik.

6
2.2 HAK CIPTA

Hakcipta adalah hak esklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa
tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Di Malaysia,
tiada sebarang pendaftaran diperlukan bagi mendapatkan perlindungan. Ini kerana
perlindungan diperoleh secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya diterjemahkan di
dalam sebarang bentuk seperti penulisan, persembahan dan sebagainya. Contoh hasil kerja
yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta ialah:

1. Karya sastera.
2. Karya muzik.
3. Karya seni.
4. Filem.
5. Rakaman bunyi.
6. Siaran (broadcast).
7. Karya terbitan.

Daripada segi perlindungan, bagi karya sastera, seni dan muzik tempoh perlindungan
adalah semasa hayat pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya rakaman
bunyi, filem dan siaran, perlindungan adalah selama 50 tahun selepas tarikh ia diterbitkan.

2.3 CAP DAGANGAN

Tanda dagangan (trademark) ialah sejenis tanda atau penunjuk tersendiri yang
digunakan oleh seorang individu, syarikat atau entiti lain untuk mengecam sumber barangan
atau perkhidmatannya secara unik, dan untuk membezakannya dari hasil entiti lain. Ia
merupakan salah satu daripada hak-hak intelektual.

Perlindungan cap dagangan diperuntukkan di bawah Akta Cap Dagangan 1976 dan
Peraturan-peraturan Cap Dagangan 1997. Akta ini memberi perlindungan kepada cap
dagangan dan cap perkhidmatan di Malaysia. Tempoh sah perlindungan adalah selama 10
tahun dan boleh diperbaharui selama 10 tahun lagi. Cap dagangan yang didaftarkan adalah
milik pemunya dan tindakan undang-undang boleh diambil kepada sesiapa yang
menggunakannya tanpa kebenaran perekanya.

7
2.4 REKABENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian merujuk kepada penampilan bentuk, corak atau ukiran
sesuatu produk. Reka bentuk perindustrian merangkumi bentuk 3 dimensi pada bentuk, atau
permukaan sesuatu objek. Serta bentuk 2 dimensi seperti corak dan garisan atau warna.
Antara contoh reka bentuk perindustrian ialah reka bentuk kereta, corak pada permaidani
dan ukiran pada produk berasaskan kayu. Pendaftaran reka bentuk perindustrian
membolehkan pemiliknya mendapat perlindungan selama 15 tahun.

2.5 PETUNJUK GEOGRAFI

Petunjuk yang mengenal pasti dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja,
reputasi dan lain lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal dikeluarkan.
Contohnya seperti Kentucky Fried Chicken ( KFC ) berasal dari Kentucky, United States,

2.6 RAHSIA PERDAGANGAN

Merupakan maklumat yang terlindung secara amnya tidak diketahui dikalangan atau yang
tersedia ada kepada mereka yang selalunya berurusan. Ia mempunyai nilai komersil kerana
maklumat tersebut adalah rahsia dan mereka mempunyai kuasa kawalan ke atas maklumat
tersebut telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat tersebut
sebagai rahsia. Contohnya seperti resepi rahsia tepung goreng ayam KFC yang hanya
diketahui oleh orang - orang tertentu sahaja.

3.0 CARA MENDAFTAR HARTA INTELEK

Pendaftaran dan pentadbiran harta intelek di Malaysia dikendalikan oleh Perbadanan


Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Bagi urusan pendaftaran paten, cap dagangan dan
rekabentuk perindustrian, pihak MyIPO telah melantik ejen-ejen bertauliah bagi
mengendalikan pendaftaran pihak pemilik harta intelek. Tugas ejen-ejen ini adalah memberi
khidmat nasihat daripada segi teknikal, dan prosedur perundangan berkenaan pendaftaran
dan perlindungan harta intelek.

Di Malaysia, cap dagangan perlu didaftarkan untuk mendapatkan perlindungan


daripada disalahguna, dan ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab . Permohonan
untuk pendaftaran perlu dibuat kepada Pendaftar Cap Dagangan, Perbadanan Harta Intelek

8
Malaysia. Pemilik cap dagangan juga boleh berhubung dengan Ejen Cap Dagangan yang
dilantik oleh pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk urusan pendaftaran cap
dagangan. Setiap pendaftaran cap dagangan sah untuk tempoh sepuluh tahun dan boleh
diperbaharui setiap sepuluh tahun. Cap dagangan yang berdaftar akan memperoleh
perlindungan di bawah Akta Cap Dagangan 1976, iaitu bebas daripada sebarang ancaman
yang melibatkan cap dagangan.

4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulan hakta intelek ini amat penting bagi memastikan hak-hak sebagai
seorang pencipta produk baru yang kreativiti. Tedapat pelbagai jenis harta intelek di
Malaysia ini antaranya ialah paten, cap dagangan dan rekabentuk perindustrian. Setiap jenis
harta intelek ini mempunyai undang-undang yang berbeza dan membawa manfaat kepada
pencipta dan pengguna. Selain itu juga, syarat-syarat yang telah disediakan hendaklah
dipatuhi bagi memastikan segala permasalahan dapat diselesaikan mengikut prosedur yang
betul.

9
5.0 LAMPIRAN

10

You might also like