You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM ANAK ANGKAT DI KAMPUNG RHU 10, PENARIK PADA 29/9/2011- 1/10/2011

Pada 29 September hingga 1 Oktober yang lalu kami telah terlibat dengan Program Bina Insan Guru yang diadakan di Penarik, Terengganu. Kami semua daripada PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2010 telah dibahagikan kepada 3 kampung yang berdekatan di sini iaitu Kampung Rhu Sepuluh, Kampung Pandan Jaya dan Kampung Mangkuk. Pengalaman 3 hari di sini telah banyak mengajar kami bagaimana cara hidup penduduk di sini. Pada hari pertama, kami telah tiba di sini kira-kira jam 2.30 petang kerana ada program penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat. Saya telah dibahagikan bersama dengan Firdaus dari Unit Pendidikan Khas dan Amiruddin dari Unit Sains. Saya berasa sangat bersyukur kerana diberikan keluarga yang sangat peramah dan mudah mesra. Ayah angkat kami bernama Yunus b Salleh manakala ibu angkat kami bernama Munah bt Muda. Anaknya

You might also like