You are on page 1of 24

PRINSIP –PRINSIP ASAS TAKAFUL

• PROF. MADYA DR RUZIAN MARKOM


• FAKULTI UNDANG-UNDANG
• UKM

23/12/2022 UUUK3153 1
• DIAKHIR KURSUS INI PELAJAR AKAN
BERKEBOLEHAN UNTUK :
• 1. MENJELASKAN PRINSIP-PRINSIP ASAS

HASIL TAKAFUL;
• 2. MENJELASKAN PERUNTUKAN UNDANG-
PEMBELAJARAN UNDANG BERKAITAN PRINSIP-PRINSIP ASAS
TAKAFUL
• 3. MENJELASKAN KEPENTINGAN PRINSIP-
PRINSIP ASAS TAKAFUL

23/12/2022 UUUK3153 2
• Prinsip –prinsip asas takaful adalah penting dalam
pengesahan dan pengoperasian kontrak takaful.
• Sebahagian daripada prinsip asas takaful berasal
dari prinsip asas insuran. Berdasarkan kepada
PENGENALAN kaedah fiqh , al Aslu al Ashya’ al Ibahah yang
bermaksud asal sesuatu perkara adalah harus, maka
prinsip –prinsip tersebut boleh diaplikasikan dalam
kontrak Takaful.

23/12/2022 UUUK3153 3
1.
Kepentingan
Boleh
Lindung

7.Sebab 2. Penuh
Terhampir Percaya

Prinsip
Kontrak
6. Perkongsian Takaful 3. Indemniti
Sama rata

5. tabarru’ 4.Subrogasi

23/12/2022 UUUK3153 4
• Kepentingan boleh lindung (KPL) merujuk kepada hak di sisi
undang-undang untuk menyertai skim Takaful yang timbul
daripada hubungan kewangan yang diiktiraf di sisi undang-
undang di antara peserta Takaful dan orang yang diberi
perlindungan.
• KPL wujud apabila terdapat hubungan antara peserta Takaful

1.PRINSIP dengan orang yang diberi perlindungan dalam situasi berikut :


• Pemilikan harta – pemilik harta akan menanggung kerugian
KEPENTINGAN kewangan sekiranya harta benda miliknya rosak atau musnah.

BOLEH • Potensi berhadapan dengan liabiliti undang-undang- kepentingan


boeh lindung juga boleh wujud apabila berlaku kerugian

LINDUNG(KPL)
kewangan yang timbul dari liabiliti undang-undang. Contohnya
majikan menanggung liability undang-undang untuk membayar
pampasan kepada pekerja-pekerjanya sekiranya berlaku
kemalangan semasa bekerja.
• Hak Perundangan – KPL wujud sekiranya terdapat peruntukan
kontrak yang menyatakan seseorang itu ada tanggungjawab
kewangan atas apa-apa kerugian kepada harta atau liability pihak
ketiga.

23/12/2022 UUUK3153 5
• Kepentingan Boleh Lindung (Insurable Interest) dalam Takaful

• Kepentingan boleh lindung merupakan satu keperluan utama dalam insurans


sama ada insurans konvensional atau takaful.

• Ia secara umumnya bermaksud pihak yang diinsuranskan iaitu pemegang polisi


atau peserta takaful perlu mempunyai hubungan dan kepentingan dengan
perkara yang ingin dilindunginya sama ada melibatkan nyawa, diri, barang atau
liabiliti tertentu.

Resolusi MPS • Jika kepentingan boleh lindung ini tidak wujud, maka kontrak insurans atau
takaful menjadi tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan.

2010, perkara 59. • Kepentingan boleh lindung dilihat sebagai penting dalam menentukan motif
atau tujuan seseorang itu menyertai sesuatu polisi insurans atau pelan takaful.

• Sebagai contoh, jika seseorang itu membeli sebuah polisi insurans nyawa atau
pelan takaful keluarga bagi nyawanya sendiri dan menamakan isteri dan anak-
anaknya sebagai pihak benefisiari, maka syarikat insurans atau takaful akan
meluluskan permohonannya kerana pihak pemohon mempunyai kepentingan
boleh lindung iaitu kemaslahatan keluarganya sekiranya berlaku kematian atau
keilatan kekal terhadap pemegang polisi atau peserta takaful.

• Sebaliknya, jika seseorang itu membeli polisi insurans hayat atau pelan takaful
keluarga untuk nyawa seseorang dan menamakan dirinya sendiri sebagai
benefisiari, permohonannya tidak akan diluluskan kerana ketiadaan
kepentingan boleh lindung.

23/12/2022 UUUK3153 6
• MPS pada mesyuarat ke-52 bertarikh 2 Ogos 2005 dan
mesyuarat ke-76 bertarikh 9 Jun 2008 telah memutuskan
perkara berikut:
• Konsep kepentingan boleh lindung dilihat tidak bercanggah
dengan Syariah dan boleh diterima pakai dalam takaful;

Keputusan MPS • Dalam takaful am, seseorang itu dianggap mempunyai


kepentingan boleh lindung apabila dia mempunyai kepentingan
pada mesyuarat ke- undang-undang dan kewangan bagi sesuatu subjek

52 bertarikh 2 Ogos • Bagi takaful keluarga, kepentingan boleh lindung wujud


apabila terdapat hubungan yang jelas antara dua pihak yang

2005 melibatkan elemen kasih sayang, pergantungan secara emosi,


dan jangkaan munasabah terhadap kerugian dari segi material
dan psikologi.
• Dalam hal ini, seseorang individu dianggap mempunyai
kepentingan boleh lindung terhadap pasangannya, anaknya,
pekerjanya (bagi majikan) dan seseorang individu yang dia
bergantung kepadanya dengan cara yang diharuskan Syarak.

23/12/2022 UUUK3153 7
Peserta atau pemegang sijil hendaklah mendapatkan keizinan pihak ketiga
Sambungan yang mempunyai kepentingan boleh lindung semasa memeterai kontrak
takaful yang melibatkan pihak ketiga tersebut, kecuali jika ianya melibatkan
anak di bawah umur;

Sebagai prinsip umum, kepentingan boleh lindung hendaklah wujud semasa


kontrak dimeterai dan semasa kejadian atau tuntutan manfaat takaful dibuat.
Kepentingan boleh lindung dikira tidak lagi wujud sekiranya sesuatu
hubungan dengan pihak ketiga terputus dalam tempoh sijil takaful berkuat
kuasa. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak ketiga meninggal dunia,
peserta atau pemegang sijil tidak berhak menerima manfaat takaful sebagai
benefisiari.

23/12/2022 UUUK3153 8
• Walau bagaimanapun, sebagai satu pengecualian,
sekiranya hubungan suami-isteri terputus akibat
perceraian dalam tempoh sijil berkuat kuasa,
kepentingan boleh lindung disifatkan sebagai masih
berterusan dan peserta atau pemegang sijil dibenarkan
untuk menerima manfaat takaful (sama ada sebagai
benefisiari atau wasi) apabila berlaku kematian pihak
yang dilindungi, kecuali jika pihak yang dilindungi itu
Sambungan menyatakan dengan jelas ketidakizinannya.
• Di samping itu, sekiranya pihak yang dilindungi
ditimpa keilatan kekal, manfaat keilatan (termasuklah
perlindungan penyakit kritikal) akan diperoleh oleh
pihak yang dilindungi. Sekiranya sijil takaful
melibatkan pelan pelaburan atau simpanan, peserta
atau pemegang sijil turut berhak ke atas nilai simpanan
atau pelaburan pada tarikh matang sijil takaful tersebut;
dan

23/12/2022 UUUK3153 9
Sambungan
• Syarikat takaful sebagai pihak yang menjaga kemaslahatan
para peserta takaful, berhak untuk tidak menerima
cadangan untuk menyertai skim takaful bagi melindungi
pihak ketiga jika didapati tiada kepentingan boleh lindung
dalam cadangan tersebut atau menolak tuntutan manfaat
yang dibuat sekiranya ia dapat membuktikan niat buruk
(bad intention) peserta atau pemegang sijil.

23/12/2022 UUUK3153 10
• Konsep kepentingan boleh lindung diperkenalkan dalam insurans
konvensional untuk mengelakkan aspek pertaruhan dan perjudian.
• Namun konsep ini dilihat tidak bercanggah dengan ciri-ciri teras
dalam takaful kerana kontrak takaful dibina atas dasar saling
menjamin dengan komitmen untuk memberi tabarru`
(sumbangan) sesama peserta takaful.
• Melalui konsep tabarru`, ia membolehkan para peserta bersetuju

Asas pertimbangan sesama mereka untuk menjamin apa jua bentuk risiko yang
dipersetujui bersama selagi tidak bercanggah dengan Syarak.
• Kelonggaran ini bagaimanapun boleh memberi ruang kepada
manipulasi dan risiko moral (moral hazard).
• Oleh itu, konsep kepentingan boleh lindung boleh diterima pakai
dalam takaful selaras dengan prinsip Syariah yang dikenali
sebagai sadd zarai` iaitu menutup ruang yang boleh membawa
kepada kemudaratan. Prinsip ini dilihat sebagai satu mekanisme
yang boleh menghalang kontrak takaful daripada dimanipulasi
untuk tujuan yang tidak berlandaskan Syariah di samping
mengelakkan risiko moral.

23/12/2022 UUUK3153 11
• Perenggan 3(1) dan (3), Jadual 8, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

• Secara umumnya, kepentingan boleh lindung takaful bermaksud hubungan


yang wujud di antara peserta takaful dengan orang yang dilindungi, sama ada
disebabkan perkahwinan, keturunan, pekerjaan ataupun saraan, yang
menyebabkan jangkaan kerugian dari segi material atau psikologi ke atas
peserta takaful disebabkan kematian orang yang dilindungi. Kebiasaannya,
seseorang isteri akan mengalami kerugian kewangan atau psikologi apabila
suaminya meninggal dunia.

• Begitu juga seorang majikan mungkin mengalami kerugian kewangan


disebabkan kematian pekerja mahirnya. Kewajipan kepentingan boleh lindung
takaful ini adalah sama seperti kewajipan kepentingan boleh insuran (insurable
Jadual 8APKI 2013 •
interest) dalam Akta Perkhidmatan Kewangan (APK) 2013

Perenggan 3(2), Jadual 8, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

• Akta baru ini mewajibkan para peserta yang membuat kontrak takaful keluarga
terhadap seorang yang dilindungi selain peserta itu sendiri, mestilah
mempunyai suatu kepentingan boleh lindung dalam orang yang dilindungi
pada masa kontrak takaful itu dibuat dan pada ketika manfaat takaful dibayar

• Perenggan 3(3), Jadual 8, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

• Mana-mana peserta takaful yang membuat suatu kontrak takaful keluarga bagi
melindungi orang lain dan peserta itu tidak mempunyai kepentingan boleh
lindung takaful dalam orang yang dilindungi pada masa kontrak takaful itu
dibuat, maka kontrak itu adalah tidak sah.

23/12/2022 UUUK3153 12
• Perenggan 3(4)(a) dan (b), Jadual 8, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Sekiranya kepentingan boleh lindung takaful itu luput pada bila-bila
masa selepas kontrak itu dibuat, maka pengendali takaful hendaklah membayar apa-apa wang yang perlu dibayar kepada peserta takaful dan
menamatkan kontrak takaful tersebut

• Perenggan 3(6), Jadual 8, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

• Seseorang peserta takaful disifatkan sebagai mempunyai kepentingan boleh lindung takaful dalam orang yang dilindungi sekiranya orang itu adalah

• (a) suaminya atau isterinya atau anaknya;

• (b) anak jagaannya di bawah umur dewasa semasa orang itu membuat kontrak takaful tersebut;

• (c) pekerjanya; atau

• (d) seseorang yang kepadanya dia bergantung sepenuhnya atau sebahagiannya bagi saraan atau pendidikan pada masa dia membuat kontrak takaful
itu.

Sambungan

23/12/2022 UUUK3153 13
2.Prinsip Tanggungjawab
Penuh Percaya Mutlak
(Uberrimae Fidei)

Satu lagi prinsip ini penting mengelakkan manipulasi dan mencegah risiko moral, ialah kewajipan penuh percaya mutlak ke atas
peserta dan pengendali takaful.

23/12/2022 UUUK3153 14
• Perenggan 5(9), Jadual 9, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

• kewajipan penuh percaya mutlak ke atas peserta dan pengendali takaful.

• Perenggan 2, Jadual 9, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.


Jadual
Para peserta takaful diwajibkan untuk melakukan pendedahan dan representasi pra kontrak kepada pengendali takaful.

• Dalam hal ini, APKI membahagikan kontrak takaful kepada dua jenis iaitu kontrak takaful pengguna dan kontrak takaful

Kesembilan
selain kontrak takaful pengguna.

• Perenggan 4(1), Jadual 9, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

APKI 2013 • Bentuk pendedahan pra kontrak bagi kedua-dua jenis kontrak takaful ini adalah berbeza. Pihak pencadang bagi kontrak
takaful selain kontrak takaful pengguna dituntut agar mendedahkan maklumat yang diketahuinya ataupun dijangka dia
ketahui akan mempengaruhi keputusan pengendali takaful sama ada untuk menerima atau tidak risiko yang dibawanya.

• Perenggan 5(1), Jadual 9, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

• Manakala bagi kontrak takaful pengguna pula, pengguna diwajibkan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
oleh pihak pengendali takaful yang boleh mempengaruhi keputusan pengendali takaful sama ada untuk menerima atau
tidak risiko serta kadar dan terma yang hendak dipakai

• Perenggan 5(3)(b), Jadual 9, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Sebelum kontrak takaful keluarga diperbaharui, pengendali takaful juga boleh memberikan satu salinan maklumat yang
telah didedahkan sebelum ini oleh pengguna dan memintanya mengesahkan atau meminda apa-apa perubahan pada
maklumat tersebut.5

23/12/2022 UUUK3153 15
• Perenggan 5(2) dan (4), Jadual 9, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
• Dalam hal ini, pengguna wajib mengambil penjagaan munasabah agar tidak
membuat pernyataan yang salah kepada pengendali takaful semasa menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan atau mengesahkan atau meminda maklumat
sedia ada.

Sambungan • Perenggan 5(8), Jadual 9, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.


• Di samping itu, pengguna juga hendaklah mengambil penjagaan munasabah
untuk mendedahkan kepada pengendali takaful apa-apa perkara, selain
daripada soalan spesifik yang dikemukakan oleh pengendali takaful atau
salinan maklumat terdahulu yang diberikan, jika pengguna itu tahu bahawa
perkara tersebut boleh mempengaruhi keputusan pengendali takaful untuk
menerima atau tidak risiko dan kadar serta terma yang hendak dipakai.

23/12/2022 UUUK3153 16
• Perenggan 13 hingga 17, Jadual 9, Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013.
• Kegagalan memenuhi kewajipan ini boleh memberikan kesan
Sambungan ke atas kontrak takaful keluarga dan mungkin akan
menjejaskan hak peserta takaful untuk mendapatkan tuntutan
manfaat takaful.

23/12/2022 UUUK3153 17
• MPS pada mesyuarat ke-52 bertarikh 2 Ogos 2005 telah
Resolusi MPS memutuskan bahawa prinsip penuh percaya boleh diterima
pakai dalam industri takaful.
58:Penggunaan • Sekiranya terbukti berlaku penipuan pihak peserta takaful,
Prinsip Penuh syarikat takaful tidak perlu mengembalikan caruman dalam

Percaya (Principle of dana risiko peserta (dana tabarru`) kepada peserta takaful.
• Walau bagaimanapun, amaun dalam dana pelaburan peserta
Utmost Good Faith) perlu dikembalikan kepada peserta takaful kerana ia

dalam Takaful merupakan hak peserta.

23/12/2022 UUUK3153 18
3.Prinsip Indemniti
• Indemniti adalah mekanisme yang digunakan oleh pengendali takaful untuk membayar pampasan
dalam usaha untuk meletakkan peserta dalam kedudukan yang sama yang dinikmati sebelum
berlakunya kerugian
• Prinsip ini memastikan peserta tidak memperoleh lebih daripada jumlah sebenar kerugian untuk
menghindarkan peserta daripada membuat keuntungan daripada tuntutan.

Prinsip ini hanya terpakai kepada :


• Skim takaful yang menyediakan pampasan kewangan untuk dikembalikan kepada peserta yang
ditimpa bencana kepada kedudukan kewangan yang sama seperti yang dinikmati pada waktu yang
paling hampir sebelum peserta ditimpa kerugian.
• Contoh:
• Takaful harta benda dan takaful liabiliti

• Pengecualian kepada :
• Skim Takaful Keluarga/Skim Takaful Kemalangan Diri-takaful kecederaan tubuh badan/kematian
• -tidak ada pembayaran wang yang boleh mengganti rugi kehilangan nyawa
23/12/2022 UUUK3153 19
4.Subrogasi
• Ini adalah turutan dari prinsip indemniti.
• Subrogasi adalah hak pengendali takaful yang telah bersetuju membayar ganti rugi dan
setelah bayaran dibuat maka pengendali mempunyai hak untuk menuntut amaun yang sama
dari pihak ketiga yang menyebabkan kerugian.
• Prinisp ini memastikan peserta tidak meraih keuntungan dari musibah/kerugian yang
berlaku.
• Hak ini boleh digunakan sungguhpun amaun gantirugi belum lagi dibayar kepada peserta.
Sekiranya sebahagian bayaran telah dibuat oleh pihak ketiga, pengendali Takaful hanya
perlu membayar amaun bakinya sahaja.
• Amauan tuntutan subrogasi tidak boleh melebihi jumlah tuntutan yang dibayar kepada
peserta. Sekiranya Pengendali Takaful menuntut amaun yang lebih tinggi dari apa yang
dibayar kepada peserta, lebihan bayaran hendaklah diserahkan kepada peserta.
• Prinsip ini tidak boleh digunapakai dalam kontrak Takaful Keluarga dan Kemalangan Diri.

23/12/2022 UUUK3153 20
5.Tabarru’
• Prinsip ini memastikan peserta tidak memperoleh lebih daripada jumlah sebenar kerugian
untuk menghindarkan peserta daripada membuat keuntungan daripada tuntutan.
Prinsip ini hanya terpakai kepada :
• Skim takaful yang menyediakan pampasan kewangan untuk dikembalikan kepada peserta
yang ditimpa bencana kepada kedudukan kewangan yang sama seperti yang dinikmati pada
waktu yang paling hampir sebelum peserta ditimpa kerugian.
• Contoh:
• Takaful harta benda dan takaful liabiliti
• Pengecualian kepada :
• Skim Takaful Keluarga/Skim Takaful Kemalangan Diri-takaful kecederaan tubuh
badan/kematian
• -tidak ada pembayaran wang yang boleh mengganti rugi kehilangan nyawa

23/12/2022 UUUK3153 21
6.Perkongsian Sama Rata
•Sekiranya berlaku sebarang tuntutan dan didapati peserta memiliki dua atau lebih sijil perlindungan takaful
melindungi harta benda yang sama , maka setiap pengendali takaful akan membayar pro ratanya (proportionate)
sahaja.
•Contoh :
•Peserta melindungi harta yang sama dengan Syarikat A sebanyak RM100,000 dan juga dilindungi dengan Sykt
B sebanyak RM150,000 dan jika kerosakan pada harta yang dialami adalah sebanyak RM8,000, maka
tanggungan setiap Sykt adalah seperti berikut:
•Sykt A RM100,000 x RM 80000
• ---------------------------------- = RM3,200
• RM250,000
•Sykt B RM150,000 x RM8,0000
• ---------------------------------- = RM4,800
• RM250,000
•Dengan ini, peserta akan mendapat pampasan sebanyak RM8,000 dengan menuntut RM3,200 daripada Sykt A
dan RM4,800 daripada Sykt B.

23/12/2022 UUUK3153 22
7.Prinsip Sebab Terhampir
• Punca atau sebab yang paling efektif yang membawa kepada kerugian tanpa dicemari punca yang lain.
• Pepatah Latin : sed causa Proxima non remota spectature – tumpukan kepada sebab terhampirdan bukan
sebab terpencil
• Sebab berlakunya kerugian perlu dikenalpasti kerana hanya risiko tertentu yang dilindungi sahaja ( yang
dipersetujui dalam sijil takaful) yang boleh dibayar ganti rugi.
• Kerugian yang berlaku mungkin disebabkan dari peril atau peristiwa tunggal. Mungkin sebab serentak
atau rantaian sebab-sebab yang berlaku dalam turutan peristiwa atau dalam rantaian berasingan .
• Contoh:
• Sekiranya peserta takaful mengalami kemalangan jalanraya dan kemudian peserta tersebut mati akibat
jangkitan kuman semasa di hospital, maka sebab terhampir kematian peserta adalah disebabkan oleh
jangkitan kuman dan bukan disebabkan oleh kemalangan.
• Punca kematian tidak dilindungi di bawah Skim Takaful Kemalangan Diri.
• Peserta bertanggungjawab membuktikan bahawa kerugian yang membawa kepada tuntutan ganti rugi
adalah disebabkan oleh peril yang dilindungi.

23/12/2022 UUUK3153 23
Sekian, terima kasih.

23/12/2022 UUUK3153 24

You might also like