You are on page 1of 5

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA


KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURSUS ETIKA PROFESIONALISME

SEMESTER SEMESTER 1/TAHUN 1

NO. DAN TAJUK MODUL 6.0 OBLIGASI TERHADAP KLIEN DAN PIHAK KETIGA

MENGENALPASTI OBLIGASI TERHADAP KLIEN DAN PIHAK


KEBOLEHAN KETIGA

PADA AKHIR MODUL, PELAJAR DAPAT:


1) MENGENALPASTI HUBUNGAN PROFESIONAL-KLIEN.
OBJEKTIF MODUL 2) MEMBINCANGKAN OBLIGASI PIHAK KETIGA.
3) MEMBINCANGKAN OBLIGASI KLIEN DAN ORANG LAIN.
4) MENERANGKAN OBLIGASI UNTUK BERSIKAP AMANAH.

KOD KURSUS MPU2232

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 29


6.0 Obligasi Terhadap Klien dan Pihak Ketiga

6.1 Pengenalan
Apabila disebut tentang hubungan antara golongan profesional dan klien, perkara
yang ditekankan adalah perkhidmatan kepakaran profesional kepada kliennya.
Sebagai contoh, pesakit mendapat rawatan daripada doktor yang pakar, peguam
yang menyediakan perkhidmatan guaman dan para runding yang memberikan
perkhidmatan nasihat kepada pelanggan. Isu antara profesional dan klien ialah
peruntukan tanggungjawab dan autoriti dalam membuat keputusan. Model etika
hubungan adalah satu model tentang agihan tanggungjawab dan autoriti dalam
membuat keputusan.

6.2 Mengenalpasti Hubungan Profesional - Klien


Terdapat tiga model yang boleh diaplikasi dalam hubungan profesional - klien iaitu
model agensi, kontrak, dan persahabatan.

6.2.1 Model Agensi


Model ini menekankan autoriti dan tanggungjawab dalam membuat
keputusan yang lebih berfokus kepada klien. Tugas profesional yang ada
kepakaran bertindak ke arah yang membolehkan klien membuat keputusan.
Profesional akan dibayar bagi tujuan melindungi atau bertindak atas sesuatu
kepentingan. Tegasnya golongan profesional memberikan perkhidmatan
untuk mencapai matlamat yang dihajati. Kadangkala keprihatian yang
melampau kepada klien menjadi satu alasan dianggap sah undang-undang
untuk memenuhi matlamat klien sehingga tidak menghiraukan orang lain.
Penumpuan profesional terhadap kepentingan klien mempunyai batasan
tertentu iaitu:-

(i) Obligasi terhadap pihak ketiga (orang lain) mengehadkan


kemungkinan bertindak dengan sesuka hati bagi pihak kliennya.
(ii) Ramai profesional yang telah terlatih dan mempunyai kemahiran
tertentu yang membolehkan mereka membuat penilaian yang
objektif dan secara bebas.
(iii) Kecuali dalam kes-kes yang terdesak, profesional boleh menerima
atau menolak klien tertentu. Profesional boleh menanmatkan
hubungan yang sedia ada. Hal ini demi menjaga profesion mereka.

Secara kesimpulannya, model agensi ini mempunyai kelemahan kerana


memberi autoriti kepada klien dalam memberi arahan dan menasihati semua
hal. Seharusnya golongan pakar ini mempunyai keistimewaan dalam
memberi nasihat atau perkhidmatan mereka dan tidak seharusnya mereka
dikuasai oleh klien atau pihak ketiga. Model ini mengabaikan etika
profesional terhadap pihak ketiga.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 30


6.2.2 Model Kontrak
Model Kontrak autoriti dan tanggungjawab dikongsi bersama antara
profesional dengan klien. Dalam model ini, konsep etika yang ditonjolkan
adalah dengan persetujuan kedua-dua pihak meskipun wujud perbezaan
kuasa tawar menawar antara mereka. Kelebihan model ini, profesional lebih
mudah mendapatkan klien baru sekiranya profesional ini menamatkan
kontrak. Sebaliknya klien, ia sukar mendapatkan kepakaran profesional yang
baru sekiranya kontrak ditamatkan. Sebagai contoh, klien yang terlibat
dengan jenayah sukar mendapatkan khidmat peguam baru. Oleh itu,
kelebihan model ini kepada golongan profesional sekiranya mereka
menamatkan perjanjian dengan klien mereka.

6.2.3 Model Persahabatan


Mengikut model persahabatan ini para profesional dan klien mempunyai
hubungan rapat yang berasaskan prinsip percaya mempercayai dan
kerjasama antara satu sama yang lain. Hubungan rapat antara dua orang
kawan memelihara kepentingan masing-masing. Di samping itu, model ini
melibatkan komitmen perasaan kerana profesional menerima klien kerana
bayaran.

6.3 Membincangkan Obligasi Pihak Ketiga

Dalam keadaan tertentu, konflik obligasi boleh berlaku dalam hubungan profesional-
klien. Pihak ketiga adalah orang selain daripada klien. Berdasarkan model agensi,
hubungan profesional-klien, seseorang yang profesional tidak mempunyai obligasi
terhadap pihak ketiga kecuali hal-hal yang telah ditentukan oleh undang-undang.
Obligasi pihak ketiga perlu dilihat sebagai peranan profesion secara menyeluruh
dalam kalangan masyarakat. Obligasi ini selari dengan keperluan dan kehendak
masyarakat.

Golongan profesional dapat mengekal dan menyemarakkan nilai-nilai masyarakat


dalam melaksanakan perkhidmatan mereka. Oleh itu, obligasi perlu dilakukan
dengan selari dengan nilai-nilai masyarakat yang diamalkan.

6.4 Membincangkan Obligasi Klien dan Orang Lain

Isu obligasi terhadap pihak ketiga ialah isu yang menyeimbangkan obligasi terhadap
klien dengan orang lain. Prinsip utamanya ialah obligasi kepada klien perlu
diutamakan daripada orang lain asalkan tidak melanggar peraturan undang-undang
yang ada. Namun begitu, isu yang harus diberi perhatian adalah klien adalah yang
utama kemudian diikuti orang lain.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 31


Persoalan yang perlu ditekan kepada para profesional iaitu:-

1. Haruskah dari segi undang-undang seorang jurutera melaporkan kepada pihak


tertentu mengenai satu-satu produk yang kurang selamat reka bentuknya?
2. Patutkah dari segi undang-undang seorang peguam dikehendaki melaporkan
maklumat rahsia yang diterima daripada kliennya kepada pihak berkuasa?

Berdasarkan isu-isu tersebut, dapat dilihat peranan norma profesional. Yang nyata isu
ini tidak dapat diselesaikan dalam konteks dan perspektif profesional sahaja kerana
segala-galanya yang lebih luas tentang nilai-nilai masyarakat. Pendekatan yang perlu
diambil adalah kesiembangan yang boleh melindungi dan mempertingkatkan amalan
nilai-nilai masyarakat.

6.5 Menerangkan Obligasi untuk Bersikap Amanah


Amanah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia
menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan
oleh setiap individu berkisarkan dengan amanah yang telah diletakkan ke atas
dirinya. Manusia tidak dapat melepaskan dirinya daripada menunaikan amanah yang
telah dibebankan kepadanya oleh kehendak kehidupan. Segala urusan pentadbiran
perlu diurus dengan baik dan dikawal tanpa dicemari oleh unsur-unsur yang boleh
merosakkan. Setiap orang bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang
kerosakan yang berlaku kerana ia adalah satu amanah yang dipertanggungjawabkan
kepadanya. Setiap orang harus menunaikan amanah kepada Tuhan, diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Dalam obligasi bersikap amanah ini, terdapat enam sikap
obligasi bersikap amanah yang perlu ada pada profesional iaitu:-

(i). Kejujuran
- Ada kala seorang profesional jujur kepada klien tetapi tidak kepada pihak lain.
-Tanggungjawab utama jujur ialah tidak mengambil sesuatu dari klien tanpa izin.

(ii). Berterus-terang
- Profesional bersikap berterus-terang tetapi tidak jujur.
- Sikap berterus terang melibatkan kejujuran dan pendedahan sepenuhnya.
- Ada yang berpendapat dalam keadaan tertentu dibolehkan berbohong tetapi
pendapat ini sukar dipertahankan.

(iii). Kompetensi

- Profesional mesti kompeten(cekap) melaksanakan tugasnya.


- Masalah tidak kompeten timbul apabila profesional tidak mengkhususkan dalam
sesuatu bidang.
- Kos latihan profesional yang tidak cekap.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 32


(iv). Ketekunan

- Ketekunan mengelakkan kecuaian yang menyebabkan hasil kerja tidak


memuaskan.
- Biasanya faktor masa menjadi penghalang sikap tekun dalam kalangan
profesional.
- Kecuaian yang akan membawa masalah kepada klien.

(v). Kesetiaan

- Klien mengharapkan profesional boleh menjaga kepentingan mereka.

- Kesetiaan ini penting kepada klien tetapi ia bukan bermaksud kesetiaan melulu.

(vi). Menyimpan rahsia

- Melibatkan fakta dan maklumat daripada klien.


- Simpan rahsia menjadi asas hubungan profesional-klien.
- Ia juga dianggap menjadi keistimewaan kepada profesional dan dilindungi oleh
undang-undang.
- Maklumat rahsia boleh didedahkan jika ada persetujuaan daripada klien.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 33

You might also like