You are on page 1of 62

Tajuk :

Isu-isu Etika

AHLI KUMPULAN:
MOHAMAD AZHAR BIN MOHAMED
GHAZALI
( 817225)

MOHD AZMAN BIN ISMAIL


( 817226)

ZAIDI BIN MUDA


( 817236 )

CHE ASLAN BIN CHE ISMAIL


( 817280)

PENGENALAN
Terdapat pelbagai isu etika yang berlaku

di Malaysia
Diantara isu-isu etika yang dibincangkan
adalah:
a)Isu dalam Penyeliaan dan Perundangan
b)Isu dalam Latihan dan kecekapan
Kaunselor
c)Isu dalam Teori, amalan dan penyelidikan
d)Isu dalam kerja perhubungan dan
kumpulan

Kaunselor tidak menjadikan Kod Lembaga


Kaunselor sebagai garis panduan di
dalam
menyelesaikan isu etika.
Kurang pengalaman, latihan, kecekapan
dan pengetahuan mengenai sesuatu
perkara yang
boleh menyebabkan gagal memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada klien.

Isu dalam Penyeliaan

Bahagian F : Penyeliaan, latihan dan pengajaran


F.1.Penyeliaan kaunselor dan kebajikan klien
F.1.a. Kebajikan klien
Tanggungjawab primer penyeliaan kaunseling adalah untuk memantau
perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor lain atau kaunselor pelatih.
Penyelia kaunseling memantau kebajikan klien dan juga prestasi
klinikal serta perkembangan profesional individu yang diselia. Untuk
memenuhi tanggungjawab ini, penyelia sentiasa berjumpa dengan
individu yang diselia untuk meneliti nota kes, sampel kerja klinikal, atau
membuat pemerhatian ke atas individu yang diselia secara langsung.
Individu yang diselia juga perlu memahami dan mematuhi Kod Etika
Lembaga Kaunselor.

F.5. Penyeliaan, penilaian, pemulihan dan perakuan dalam


kaunseling
F.5.c. Kaunseling untuk individu yang diselia
Sekiranya individu yang diselia meminta perkhidmatan kaunseling,
penyelia hendaklah memberikan mereka senarai rujukan yang sesuai.
Penyelia tidak boleh memberikan perkhidmatan kaunseling kepada
individu yang diselia dan menjelaskan sebab-sebab kenapa
perkhidmatan ini tidak boleh diberikan.

F.1. COUNSELOR SUPERVISION AND CLIENT WELFARE


F.1.a. Client Welfare
- Memantau perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor pelatih.
- Penyelia perlu memantau kebajikan klien dan juga prestasi kerjanya.
F.5.COUNSELING SUPERVISION EVALUATION, REMEDIATION, AND
ENDORSEMENT
F.5.c. Counseling for Supervisees
- Penyelia tidak boleh memberikan perkhidmatan kaunseling kepada
individu yang diselia.

Ken prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Greta

Ini membuktikan Ken menjaga kebajikan individu yang diselia


olehnya.

Ken juga memenuhi tanggungjawabnya dengan membuat


penyeliaan terhadap Greta

Ken dapat mengenal pasti penyeliaan kerja Greta tidak dapat


dilakukan ketika itu tetapi perlu membantu Greta menguruskan krisis
peribadinya terlebih dahulu

Ken telah mencampurkan peranannya sebagai penyelia dan juga


kaunselor di dalam masa yang sama.

Memantau perkhidmatan yang diberikan kaunselor pelatih


kepada kliennya.
Memantau prestasi dan perkembangan profesional
individu yang diselia.
Membuat pemerhatian ke atas individu yang diselia
secara langsung dengan sentiasa berjumpa dengannya
untuk meneliti laporan dan sampel kerja klinikal.
Menekankan hal-hal penyeliaan.

Isu dalam Kerja Kelompok

Bahagian A : Perhubungan Menolong


A.2. Persetujuan Termaklum
A.2.a. Penyediaan penyelia
Klien mempunyai kebebsan memilih untuk memasuki atau terus berada
di dalam sesuatu perhubungan kaunselina
A.2.b. Jenis Maklumat yang diperlukan
Kaunselor dengan terbuka hendaklah menjelaskan kepada klien semua
bentuk perkhidmatan yang diberikan termasuklah bakal risiko dan
faedah perkhidmatan

Bahagian A : Perhubungan Menolong


A.8. Kerja Kelompok
A.8.a. Saringan
Kaunselor hendaklah menyaring bakal peserta kaunseling/terapi
kelompok. Seboleh-bolehnya, kaunselor memilih peserta yang
keperluan dan matlamatnya selaras dengan matlamat kelompok bagi
menghindari daripada tersekatnya proses kelompok, dan kebajikannya
tidak diancam oleh pengalaman kelompok.

A.2. INFORMED CONSENT IN THE COUNSELING


RELATIONSHIP

A.2.a. Informed Consent


Klien perlu maklumat yang cukup mengenai
proses kaunseling.
A.2.b. Types of Information Needed
Kaunselor secara terbuka perlu menjelaskan
kepada klien semua bentuk perkhidmatan yang
diberikan
olehnya. Misalnya tujuan dan
faedah perkhidmatan.

Isu kerja kelompok terjadi apabila kaunselor tersebut


mengabaikan untuk memberitahu ahli kelompoknya
bahawa keengganan mereka menghadiri sesi kelompok
akan didokumenkan dan adalah salah satu faktor yang
mempengaruhi keputusan tentang pembebasan mereka
daripada penjara.
Manakala ahli kelompok tersebut membuat andaian
bahawa mereka mempunyai kebebasan untuk membuat
pilihan tanpa mengetahui hakikatnya berdasarkan
pilihan tersebut dapat menentukan pembebasan mereka
daripada penjara lebih awal daripada yang telah
ditetapkan.

Kaunselor perlu memberitahu dengan jelas kepada setiap


ahli matlamat kumpulan, prosedur yang akan digunakan,
hak-hak ahli, had-had kerahsiaan dan kesan terhadap
penyertaan mereka di dalam kelompok itu akan memberi
keputusan tentang pembebasan mereka dari penjara.
Kaunselor sebagai ketua kumpulan mesti memastikan
yang
ahli
kelompok
faham
hak
mereka
dan
tanggungjawab mereka.

Hannah adalah seorang yang komited untuk merekabentuk prosedur


penyelidikan untuk menilai proses dan hasil daripada program rawatan
yang beliau lakukan. Beliau berpendapat, adalah penting jika kliennya
tidak sedar bahawa mereka sedang dikaji dan tidak tahu hipotesis yang
dibuat oleh hannah terhadap penyelidikannya.Walaupun dia mengetahui
bahawa beberapa isu etika mungkin wujud akibat akibat kegagalan untuk
memaklumkan kepada kliennya , dia percaya bahawa penyelidikan yang
baik akan terhasil dari tindakannya itu. Dia merahsiakan maklumat dari
kliennya kerana tidak mahu mereka dipengaruhi oleh maklumat bahawa
mereka merupakan subjek dalam penyelidikannya dan berkemungkinan
akan wujudnya keputusan yang negatif. Dia berpendapat bahawa
amalan itu adalah wajar kerana tidak terdapat kesan negatif atau risiko
yang terlibat dengan penyelidikannya. Dia juga berpendapat bahawa jika
dia dapat menghalusi atau memahami teknik terapeutic melalui caranya
itu, hannah dan kliennya pada masa akan datang akan mendapat
faedah.

Bahagian G : Penyelidikan Dan Penerbitan


G.1. Tanggungjawap Penyelidikan
G.1.a. Penglibatan manusia sebagai
Kaunselor hendaklah merancang, mereka-bentuk, menjalan dan
melaporkan penyelidikan secara tekal dengan prinsip etika, undangundang negeri dan persekutuan, peraturan institusi di mana penyelidikan
dijalankan, dan piawaian saintifik yang melibatkan manusia sebagai
peserta dalam penyelidikan.

Bahagian G : Penyelidikan Dan Penerbitan


G.2. Hak-hak Peserta Penyelidikan
G.2.a. Persetujuan termaklum dalam penyelidikan
Individu berhak memberi persetujuan untuk menjadi peserta
penyelidikan. Dalam mendapatkan persetujuan itu kaunselor hendaklah
mengguna bahasa yang:
1. Menerangkan tujuan dan prosedur yang perlu diikuti dengan tepat;
2.Mengenal pasti sebarang prosedur yang berbentuk eksperimen atau
yang belum dicuba dengan meluas;
3. Menghuraikan apa-apa ketidakselesaan dan risiko yang terlibat;
4.Menghuraikan apa-apa faedah atau perubahan pada diri individu
atau organisasi yang dijangkakan;

4. Menghuraikan apa-apa faedah atau perubahan pada diri individu atau


organisasi yang dijangkakan;
5. Mendedahkan prosedur alternatif yang sesuai yang akan memberi
kebaikan kepada peserta;
6. Sedia menjawab apa-apa pertanyaan berkaitan dengan prosedur;
7. Menjelaskan apa-apa batasan tentang kerahsiaan;
8. Menjelaskan format penerbitan dapatan penyelidikan dan bakal
pembaca yang disasarkan; dan
9. Memaklumkan peserta yang mereka bebas untuk menarik balik
persetujuan dan tidak meneruskan penyertaan mereka di dalam projek
pada bila-bila masa tanpa penalti.

SECTION G : RESEARCH AND PUBLICATION


G.2. rights of research participant
G.2.a. informed consent in research
Individual have the right to consent to become research participants. In seeking consent,
counselor use language that
1. Accurately explains the purpose and procedures to be followed
2. Identifies any procedures that are experimental or relatively untried,
3. Describes any attendant discomfort and risks
4. Describes any benefits or changes in individuals or organizations that might be
reasonably expected
5. Disclose appropriate alternative procedures that would be advantageous for participants
6. Offers to answer any inquiries concerning the procedures
7. Describes any limitations on confidentiality
8. Describes the format and potential target audiences foe the dissemination of research
finding and
9. Instruct participants that they are free to withdraw their consent and to discontinue
participation in the project at any time without penalty.

Tindakan Hannah dapat dilihat sebagai tindakan yang tidak


beretika kerana dia tidak menerangkan kepada kliennya
bahawa dia sedang melakukan penyelidikan dan ia
melibatkan kliennya itu sebagai subjek.

Hannah sepatutnya memaklumkan kepda kliennya


mengenai penyelidikan yang akan dijalankan dan prosedurprosedur yang terlibat.

Sebagai seorang klien, individu tersebut mempunyai hak


untuk bersetuju atau tidak bersetuju untuk menjadi subjek
dalam penyelidikannya itu.

Hannah tidak memberikan mereka peluang untuk bersuara


dan ini jelas menunjukkan hannah telah mengetepikan hakhak klien.

Menerangkan kepada subjek mengenai penyelidikan yang


dijalankan, tujuan, kesan, serta prosedur yang akan dilakukan
dengan jelas dan dapat difahami oleh subjek.
Kaunselor yang menjalankan penyelidikan harus menjadikan
kod etika sebagai garis panduan dan menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang penyelidik seperi mereka
bentuk penyelidikan yang tidak mengabaikan prinsip-prinsip
etika.
Berbincang dan meminta pendapat dari rakan sekerja atau
majikan dan melakukan rancangan yang teliti terhadap
penyelidikan yang dilakukan.

Isu dalam kecekapan


Kaunselor

Helen berusia 45 tahun dan dia telah bertemu dengan seorang


kaunselor di sebuah pusat kesihatan mental masyarakat selama
enam sesi. Dia mengalami tempoh kemurungan dan sering bercakap
tentang bagaimana sukarnya untuk bangun untuk hari yang baru.
Dalam hal lain, ia adalah amat sukar bagi Helen untuk menyatakan
apa yang dia rasa. Kebanyakkan masa dia duduk diam-diam semasa
sesi. Kaunselor memutuskan bahawa masalah Helen memerlukan
terapi jangka masa panjang yang dia tidak berasa berwibawa untuk
memberi kecekapannya. Di samping itu, pusat itu mempunyai dasar
merujuk pelanggan yang memerlukan rawatan jangka panjang untuk
ahli terapi di klinik swasta. Kaunselor itu menghampiri Helen dengan
cadangan rujukan dimana kaunselor tersebut mencadangkan Helen
untuk di rujuk kepada terapis lain pada sesi ke-enam.

Helen mengalami kesukaran untuk memulakan semula dengan terapis


yang lain yang dia tidak kenal dan tidak percaya. Helen tidak bersetuju
dengan cadangan tersebut. Kaunselor memberitahu Helen bahawa dia
hanya mampu melakukan kaunseling jangka pendek. Kemudian Helen
menganggap bahawa kaunselor menyangkakan masalahnya sangat
serius. Kaunselor kemudian menerangkan bahawa dia sangat prihatin
tentang kemurungan berpanjangan yang dialami oelh Helen dan
kerisauannya tentang fantasi Helen untuk membunuh diri. Kaunselor
meminta Helen untuk bertemu seorang yang lebih pakar berkaitan
dengan kemurungan tetapi Helen menolak cadangan tersebut dan
memutuskan untuk tidak menjalankan kaunseling sekiranya kaunselor
tidak mahu meneruskan sesi yang sedia ada.

Bahagian A : Perhubungan Menolong


A.11. Penamatan dan Rujukan
A.11.b. Ketidakupayaan membantu klien
Jika kaunselor merasa tidak berupaya memberikan bantuan profesional
kepada klien, mereka hendaklah menghindari daripada memulakan atau
meneruskan perhubungan kaunseling. Kaunselor hendaklah mengetahui
sumber rujukan yang sesuai dari segi budaya dan klinikal serta
mencadangkan alternatif ini. Jika klien menolak cadangan rujukan,
kaunselor sepatutnya tidak meneruskan perhubungan kaunseling dengan
klien tersebut.

Bahagian C : Tanggungjawab Profesional


C.2. Kompetensi profesional
C.2.a. Sempadan kompetensi
Kaunselor hendaklah menjalankan kerja profesional mereka hanya dalam
lingkungan sempadan kompetensi berdasarkan kepada pendidikan, latihan,
pengalaman diselia, pentauliahan profesional serta pengalaman profesional
yang bersesuaian. Kaunselor hendaklah memperoleh ilmu pengetahuan,
kesedaran peribadi, sensitiviti dan kemahiran, yang berkaitan dengan
perkhidmatannya melalui pelbagai klien.

C.2.g. Ketidakupayaan
Kaunselor perlu peka terhadap tanda-tanda ketidakupayaan fizikal, mental
atau masalah emosi mereka. Mereka hendaklah tidak menawar, atau
memberikan perkhidmatan profesional, jika ketidakupayaan sedemikian
boleh memudaratkan klien atau individu lain. Mereka perlu mendapatkan
bantuan bagi masalah yang boleh mencacatkan perkhidmatan
profesionalnya. Jika perlu, mereka hendaklah membatas, menggantung,
atau menamatkan tanggungjawab profesional mereka ke satu masa
mereka disahkan boleh meneruskan kerja mereka dengan selamat.
Kaunselor hendaklah membantu rakan sejawat atau penyelia menerima
ketidakupayaan profesional mereka dan memberikan konsultasi serta
bantuan apabila diperlukan. Mereka juga hendaklah melakukan intervensi
yang bersesuaian sekiranya perlu bagi mencegah kemudaratan yang
mungkin menimpa klien.

SECTION A : The Counseling Relationship


A.11. Termination and Referral
A.11.c. Appropriate Termination
Counselors terminate a counseling relationship when it becomes
reasonably apparent that the client no longer needs assistance, is
not likely to benefit, or is being harmed by continued counseling.
Counselors may terminate counseling when in jeopardy of harm by
the client or by another person with whom the client has a
relationship, or when clients do not pay fees as agreed upon.
Counselors provide pretermination counseling and recommend other
service providers when necessary.

SECTION C : Professional Responsibility


C.2. Professional Competence
C.2.a. Boundaries of Competence
Counselors practice only within the boundaries of their competence, based on
their education, training, supervised experience, state and national professional
credentials, and appropriate professional experience. Whereas multicultural
counseling competency is required across all counseling specialties,
counselors gain knowledge, personal awareness, sensitivity, dispositions, and
skills pertinent to being a culturally competent counselor in working with a
diverse client population.

Helen mengalami tempoh kemurungan


dan sering
bercakap bagaimana sukarnya untuk menempuh hari yang
baru dan dia telan menjalani sesi kaunseling selama enam
sesi.
Kaunselor Helen menyatakan masalah Helen memerlukan
terapi jangka panjang dan dia tidak dapat memberikan
perkhidmatan tersebut dan memberi cadangan kepada
Helen untuk di rujuk kepada terapis lain yang lebih pakar.
Helen tidak bersetuju dan menganggapkan bahawa
kaunselor menyangkakan masalahnya sangat serius.
Kaunselor menunjukkan keprihatinan beliau apabila risau
tentang kemurungan berpanjangan dan fantasi bunuh diri
yang dialami oleh Helen
Helen menolak cadangan kaunselor itu dan memutuskan
untuk tidak menjalankan kaunseling sekiranya kaunselor
tidak mahu meneruskan sesi itu.

Adalah wajar sekiranya seorang kaunselor yang tidak


mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu haruslah
merujuk kepada yang lebuh pakar.
Da lam isu Helen ini, mungkin kaunselor boleh memujuk atau
meneman klien untuk sesi pertama bersama pakar supaya
ketidakselesaan helen bersama dengan orang baru dapat
dielakkan.
Kaunselor perlu meneroka sejauh mana permasalahan klien
sebelum membuat sesuatu keputusan . Klien mungkin
menghadapi kesukaran untuk mempercayai dan menceritakan
masalahnya kepada orang tidak dikenali
Kaunselor mesti menghormati keputusan klien.

Isu dalam perundingan

Pengetua sekolah mengupah lynn, seorang ahli psikologi di firma


guaman swasta, menjalankan bengkel komunikasi memberi tumpuan
meningkatkan hubungan interpersonal antara ahli Fakulti dan
pentadbiran. Bengkel ini sekumpulan intensif 12 hari pengalaman
melibatkan semua guru dan tiga pentadbiran di sekolah. Para peserta
digalakkan untuk secara terbuka menyatakan kebimbangan dan
kesukaran mereka dan memberi tumpuan kepada strategi untuk
meningkatkan keadaan kerja. Bengkel itu berjalan dengan lancar.
Minggu berikutnya, pengetua telah memanggil Lynn dan mengadakan
mesyuarat. Pengetua bersetuju bahawa Bengkel ini seolah-olah
berjaya dan berkata dia lebih berminat dalam penilaian ahli fakulti
utama yang dia perlu memberi perhatian yang lebih dekat kepada
Lynn. dia ingin tahu lebih lanjut mengenai pemimpin semula jadi dan
yang berpotensi untuk membawa masalah. Lynn diminta untuk melihat
senarai guru-guru dan membuat penilaian tentang potensi setiap
orang guru sama ada berpotensi menjadi pembawa masalah atau
berpotensi untuk menjadi yang berguna.

Bahagian B : Kerahsiaan, komunikasi privilej, dan privasi


B.8. Konsultasi
B.8.a. Persetujuan
Apabila berperanan sebagai konsultan, kaunselor hendaklah mendapat
persetujuan daripada semua pihak yang terlibat mengenai hak setiap
individu terhadap kerahsiaan, obligasi setiap individu untuk menjaga
maklumat rahsia, dan batasan kerahsiaan maklumat yang dikongsi dengan
orang lain.

B.8.b. Menghormati privasi


Maklumat yang diperoleh daripada perhubungan konsultasi hendaklah
dibincangkan untuk tujuan profesional hanya dengan individu-individu
yang terlibat secara langsung dengan kes itu sahaja. Laporan bertulis
dan lisan hendaklah mengandungi hanya data yang berfaedah
kepada tujuan konsultasi. Setiap usaha hendaklah dilakukan bagi
melindungi identiti klien dan menghindari pencerobohan privasi yang
tidak sepatutnya.

B.8.c. Pendedahan maklumat rahsia


Apabila berkonsultasi dengan rakan sejawat, kaunselor dilarang
mendedahkan maklumat rahsia yang boleh membawa kepada
identifikasi klien atau individu lain, atau organisasi yang dengannya
mereka mempunyai perhubungan profesional yang perlu dirahsiakan
melainkan mereka telah memperoleh persetujuan terlebih dahulu
daripada individu atau organisasi tersebut atau sekiranya pendedahan
itu tidak boleh dielakkan. Pendedahan maklumat hendaklah hanya
setakat yang diperlukan bagi mencapai tujuan konsultasi.

SECTION B : Confidentiality and Privacy


B.7. Case Consultation
B.7.a. Respect for Privacy
Information shared in a consulting relationship is discussed for
professional purposes only. Written and oral reports present only data
germane to the purposes of the consultation, and every effort is made
to protect client identity and to avoid undue invasion of privacy.

B.7.b. Disclosure of Confidential Information


When consulting with colleagues, counselors do not disclose
confidential information that reasonably could lead to the identification
of a client or other person or organization with whom they have a
confidential relationship unless they have obtained the prior consent of
the person or organization or the disclosure cannot be avoided. They
disclose information only to the extent necessary to achieve the
purposes of the consultation.

Lyn telah diupah untuk menjalankan satu bengkel


komunikasi bagi meningkatkan hubungan
interpersonal antara ahli fakulti dan pentadbiran di
sebuah sekolah.
Bengkel ini melibatkan semua ahli fakulti dan
pentadbiran
Para peserta digalakkan untuk menyatakan
kebimbangan dan kesukaran mereka dengan cara
terbuka
Pengetua sekolah tersebut meminta Lynn untuk
memberitahunya secara terperinci tentang
penilaian Lynn terhadap setiap ahli fakulti yang
boleh menjadi pemimpin dan yang membawa
masalah

Kaunselor sepatutnya lebih fokus untuk mencapai


matlamat yang telah ditetapkan bersama.
Kaunselor tidak boleh menceritakan perihal ahli bengkel
kepada orang luar.
Maklumat yang diperolehi kaunselor hanya boleh
digunakan dan dibincangkan untuk tujuan profesional
hanya dengan individu-individu yang terlibat secara
langsung dengan kes itu sahaja.

Isu dalam Latihan


Kaunselor

Julius adalah Jawatankuasa kajian graduan program kaunseling. Leo


telah mengambil beberapa pengenalan kursus di dalam program itu
dan beliau baru sahaja selesai kursus etika bersama dengan Julius. Ia
adalah jelas kepada Profesor bahawa Leo memaparkan pendekatan
yang tegar dan dogmatik kepada masalah manusia, terutamanya
dalam bidang seperti perkahwinan antara kaum, hubungan sama
jantina dan pengguguran. sepanjang semester, Leo nampaknya sama
ada tidak sanggup atau tidak berupaya untuk mengubah pemikiran
beliau. Apabila dicabar oleh pelajar-pelajar lain di dalam kelas tentang
pandangan beliau, Leo menyatakan bahawa tingkah laku tertentu
adalah semata-mata 'tidak betul' dan bahawa ia adalah tugas
kaunselor untuk menunjukkan ini kepada klien. dalam mesyuarat
Jawatankuasa perlu menentukan sama ada calon-calon yang layak
untuk meneruskan dalam program ini, Julius meluahkan kebimbangan
beliau yang kuat tentang mengekalkan leo dalam program ini. Rakanrakan berkongsi kebimbangan ini dan Leo dinafikan kemajuan.

Bahagian F : Penyeliaan, latihan dan pengajaran


F.11.
Kompetensi
multibudaya/kepelbagaian
dalam
program
pendidikan dan latihan kaunselor
F.11.b. Kepelbagaian pelajar
Pendidik kaunselor hendaklah mencuba bersungguh-sungguh untuk
mengambil dan mengekalkan kumpulan pelajar dari pelbagai budaya.
Pendidik kaunselor menunjukkan komitmen terhadap kompetensi
multibudaya/kepelbagaian dengan mengiktiraf dan menghargai pelbagai
budaya dan jenis-jenis kebolehan yang dibawa oleh pelajar ke dalam
pengalaman latihan. Pendidik kaunselor hendaklah menyediakan
kemudahan penginapan yang sesuai bagi menambah baik serta menyokong
prestasi akademik dan kebajikan pelajar yang pelbagai.

Section F : Supervision, Training, and Teaching


F.11. Multicultural/Diversity Competence in Counselor Education
and Training Programs
F.11.b. Student Diversity
Counselor educators actively attempt to recruit and retain a diverse
student body. Counselor educators demonstrate commitment to
multicultural/diversity competence by recognizing and valuing the
diverse cultures and types of abilities that students bring to the training
experience. Counselor educators provide appropriate accommodations
that enhance and support diverse student well-being and academic
performance.

Julius adalah jawatankuasa kajian graduan program kaunseling dan


telah mengambil kursus etika bersama dengan Leo
Leo memaparkan pendekatan yang tegar dan dogmatik kepada
masalah manusia, terutamanya dalam bidang seperti perkahwinan
antara kaum, hubungan sama jantina dan pengguguran
Sepanjang semester, Leo menunjukkan dia tidak sanggup atau tidak
berupaya mengubah pemikirannya.
Jawatankuasa meluahkan kebimbangan yang kuat tentang
mengekalkan Leo dalam program ini kerana pemikirannya itu.
Leo dinafikan kemajuannya.

Isu dalam pasangan


dan keluarga

Marge dan Al datang berjumpa dengan kaunseling perkahwinan untuk


mengatasi tekanan yang mereka alami dalam memelihara dua anak
remaja lelaki mereka . Pasangan itu terus fokus ke arah apa yang
anak-anak mereka lakukan dan tidak melakukan. Dalam terapi,
kaunselor belajar bahawa mereka berdua Marge dan Al mempunyai
pekerjaan sepenuh masa di luar rumah. Di samping itu, Marge adalah
seorang ibu sepenuh masa dan suri rumah, tetapi suaminya enggan
berkongsi apa-apa tanggungjawab domestik. Marge tidak persoalkan
dua kerjaya beliau. Marge mahupun Al menunjukkan minat yang
mendalam dalam menceburi pembahagian tanggungjawab dalam
hubungan mereka. Sebaliknya, mereka menumpukan sesi mendapat
khidmat nasihat tentang bagaimana untuk menangani masalah
dengan anak-anak lelaki mereka.

Bahagian B : Kerahsiaan, komunikasi privilej, dan privasi


B.4. Kelompok dan keluarga
B.4.b. Kaunseling keluarga dan pasangan
Di dalam kaunseling keluarga dan pasangan, kaunselor hendaklah
mendefinisikan dengan jelas siapa yang dianggap klien dan
membincangkan jangkaan dan batasan kerahsiaan. Kaunselor
hendaklah mendapat persetujuan dan mendokumenkan secara
bertulis persetujuan tersebut di kalangan semua pihak yang terlibat
yang berkeupayaan untuk memberikan persetujuan mengenai hak
setiap individu berhubung dengan kerahsiaan dan sebarang obligasi
untuk memelihara kerahsiaan maklumat yang diketahui.

Section B : Confidentiality and Privacy


B.4. Groups and Families
B.4.b. Couples and Family Counseling
In couples and family counseling, counselors clearly define who is
considered the client and discuss expectations and limitations of
confidentiality. Counselors seek agreement and document in writing
such agreement among all involved parties regarding the confidentiality
of information. In the absence of an agreement to the contrary, the
couple or family is considered to be the client.

Marge dan Al datang berjumpa dengan kaunselor untuk mengatasi


tekanan yang mereka alami dalam memelihara dua orang anak remaja
mereka.
Mereka berdua masing-masing mempunyai kerjaya dan Marge juga
adalah seorang ibu sepenuh masa dan suri rumah.
Mereka juga ingin menumpukan sesi mendapat khidmat nasihat
bagaimana untuk menangani masalah dengan anak-anak mereka

Kaunselor hendaklah mendefinasikan dengan jelas siapa


yang dianggap klien. Sama ada ingin fokus kepada sesi
kaunseling dengan Marge dan Al atau fokus kepada
masalah anak-anak mereka.

Isu Teori dan Amalan

Terdapat persoalan sama ada teori-teori Barat yang


banyak dipraktikkan oleh kaunselor di Malaysia untuk
membimbing amalan mereka
Kebanyakan pendidik kaunselor gunakan untuk melatih
kaunselor pelatih, dan kebanyakan penyelidik guna
sebagai rangka teoritikal dalam penyelidikan mereka
benar-benar sesuai dengan keperluan yang pelbagai
dalam kalangan klien di Malaysia (Sumari & Jalal 2008;
Suradi & Aga Mohd Jalal 2005)
Bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui tentang teori
yang biasa digunakan oleh kaunselor di Malaysia bagi
memastikan sama ada teori itu diambil kira kepelbagaian
isu dan kepelbagaian budaya dalam konteks sosiopolitik
Malaysia yang kompleks.

Rangka kerja kaunseling pelbagai budaya mungkin adalah


pendekatan paling sesuai untuk memberikan perkhidmatan
yang efektif kepada klien dalam konteks Malaysia.
Di Malaysia mempunyai latar belakang konteks pelbagai
budaya, pengamalan semasa kaunselor Malaysia
berdasarkan kepada prinsip kaunseling pebagai budaya.
Walau bagaimanapun tidak banyak yang diketahui
mengenai pemahaman dan pengamalan semasa
kaunselor Malaysia mengenai kaunseling pelbagai budaya
kerana sangat kurang literatur empirikal yang meneroka
topik ini dari konteks Malaysia.

Penggunaan teori yang bersesuaian semasa menjalankan


sesi kaunseling bagi disesuaikan dengan isu
permasalahan klien akan membantu kaunselor
mengendalikan sesi kaunseling dengan lancar dan
berkesan.
Perlu menitik beratkan kepada amalan kaunseling di
Malaysia yang meniti beratkan kaunseling pelbagai
buadaya.

Akta dan etika (ACA Code Of Ethics & Akta Kaunseling Malaysia) yang
diwujudkan penting bagi membimbing kaunselor dalam mengatasi isuisu yang wujud ketika berhadapan dengan klien, rakan sekerja,
organisasi, masyarakat dan sebagainya.
Mempelajari isu etika penting agar kaunselor dapat mengelak dari
tersalah langkah dalam menangani isu yang mampu mencemarkan
profesion ini dan mengatasi dilemma yang ada.
Kepelbagaian masalah manusia menyebabkan kaunselor sentiasa
berhadapan dengan konflik dan isu etika di dalam membantu klien,
oleh itu pembuatan keputusan yang sewajarnya sangat penting.
Apabila kaunselor dapat mengenal pasti berlakunya konflik etika,
beberapa langkah dapat diambil seperti mengenal pasti masalah dan
standard etika yang terlibat dengan merujuk kepada kod etika dan isuisu atau kes yang lalu.

Callanan P., Corey G. & Corey M.S. (2002). Issues and Ethics
In The Helping Professions. ( 6th edition). Wadsworth.
Callanan P., Corey G. & Corey M.S. (1998). Issues and Ethics
In The Helping Professions. ( 5th edition). Brooks/ Cole
publishing company.
Rafidah aga Mohd Jaladin & Lau Poh Li (2014). Isu Profesional
Dan Etika Dalam Kaunselin Dan Psikoterapi, Universiti Malaya
Nota Kod Etika Kaunselor, Persatuan Kauseling Malaysia,
cetakan 2011.
Nota ACA Code Of Ethics, American Counseling
Association,2014.

You might also like