You are on page 1of 2

INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR (JEPI)

Pada tahun 1947, Hans Jurgan Eysenck telah memperkenalkan Inventori Personaliti
Eysenck Juniour (JEPI). Dalam usaha pembinaan alat ini, analisis faktor telah mula
dijalankan yang melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pemboleh ubah ke
atas 700 orang askar yang neurotik. Dua faktor yang diberikan fokus utama ialah
Neurotism (N) dan Ekstroversi (E). Faktor Neurotisme (N) mempunyai kontinum
bipolar yang skornya melebihi 12 mewakili keadaan neurotis dan skor yang kurang
daripada 12 mewakili keadaan yang stabil. Manakala bagi Faktor Ekstroversi (E),
sekiranya mempunyai bipolar skor melebihi 12 mewakili ektroversi dan yang kurang
daripada 12 mewakili introvert
Jika skor yang diperolehi oleh seseorang individu itu adalah N 12, individu tersebut
mempunyai

kecenderungan

untuk

memiliki

kedua

ciri-ciri

neurotisme

dan

ekstroversi. Sehubungan dengan itu juga, individu berkenaan menunjukkan


ketidakstabilan serta ciri-ciri neurotik yang lemah secara bertukar-tukar dari satu
masa ke satu masa yang lain. Neurotism dan Stabiliti terdiri daripada kontinum
bipolar yang mana skor melebihi 12 mewakili keadaan yang tidak stabil atau
neurotis dan skor kurang daripadanya mewakili keadaan yang stabil. Begtu juga
keadaannya dengan kontinum bipolar Ekstroversi dan Introversi yang mana skor
melebihi 12 termasuk dalam golongan Ekstroversi dan skor kurang daripada 12
termasuk dalam keadaan yang Introvert.
Eysenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktor yang
dikenal pasti bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenali sebagai
Maudsley

Medical

Questionnaire

(MMQ)

dibentuk

untuk

mengukur

faktor

neurotisme sebagai dimensi personaliti (Eysenck, 1952). MMQ telah dikaji semula
dengan menambah beberapa item. Melalui analisis item dan analisis faktor, satu
alat ukuran yang mengandungi 40 item yang dikenali sebagai Maudsley Personality
Inventory (MPI) dihasilkan. MPI mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme dan
Ekstroversi. MPI kemudiannya dikaji semula dan diubah kepada

Eysenck

Personality Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga akhirnya dikaji semula
dan beberapa perubahan telah dibuat akhirnya terbentuklah Junior Eysenck
Personality Inventory (JEPI).

Namun begitu, penggunaan JEPI di Malaysia telah diubahsuai oleh Prof


Madya Dr Sidek Mohd Noah mengikut bahasa dan budaya yang bersesuaian dengan
rakyat Malaysia. Terdapat 60 item kesemuanyanya dan terdiri daripada 3 skala iaitu
skala Ekstroversi, Neurotisme dan Penipuan. Skala Ekstroversi mempunyai 24 item
(19 item positif dan 5 item negatif) manakala skala Neurotisme pula mengandungi
24 item yang semuanya menunjukkan item yang positif. Selain itu, terdapat juga
skala Penipuan yang mengandungi 12 item iaitu 6 item positif dan 6 item negatif.
Dari segi pentadbiran JEPI pula, masa untuk mengambil ujian ini tidak
ditetapkan, namun dicadangkan agar dapat menyelesaikannya dalam tempoh 20
hingga 30 minit. Seelok-eloknya ia ditadbir dalam bilik yang selesa dan kondusif
iaitu mempunyai peralatan-peralatan asas seperti kerusi, meja, kipas angin dan
jauh daripada kebisingan serta gangguan. Pengiraan skor dan pembentukan profil
ujian personaliti juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati serta mengikut
kaedah pengiraan yang standard yang telah ditetapkan. Rajah 1 berikut merupakan
pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trettret yang terkandung di
dalam JEPI

Muram
Kuadran I 24
Cemas
Bimbang
Tidak Fleksibel/Rigid
Tidak
Peramah
0
6MELANKOLIK
12

Kuadran II

Mudah

Tersinggung
Gelisah
Agresif
Ghairah
Mudah
Berubah
KOLERIK
API
Impulsif
Jujur
18
Optimistik
Terkawal
18
24
Tenang
Selesa
SANGUIN
Tenteram PHLEGMATIK
AIR
Bebas
Rajah 1: Panduan Pentafsiran Inventori JEPI
Boleh Diharapkan
Ekstrovert
Bertimbang Rasa
TANAH
Berhati-hati
Bersemangat
Kepimpinan
Responsif

You might also like