You are on page 1of 4

3.

0 Isu/Kajian Kes : Isu Multibudaya dalam Penaksiran

3.1 CONTOH KES PERTAMA:

Pada tahun 1979, telah berlaku satu isu di Callifornia yang mana seorang kaunselor telah

melakukan satu ujian IQ kepada kanak-kanak yang megalami masalah pembelajaran. Dalam

hal ini kanak-kanak tersebut juga perlu mendapat pendidikan yang sewajarnya kerana

pendidikan juga merupakan hak sama rata bagi setiap individu yang bergelar manusia.

Namun begitu, kaunselor tersebut telah mengaplikasikan satu alat ujian IQ yang tidak tepat

atau tidak bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut dalam meletakkan mereka di setiap

kelas-kelas tertentu sehingga mendapat tentangan dan kritikkan yang dari pelbagai pihak

kerana tidak mengikut nilai budaya dan norma masyarakat dalam mengaplikasikan alat ujian

tersebut kepada klien. Ujian IQ tersebut dikritik kerana item alat ujian yang digunakan adalah

tidak wajar kerana berbeza dari segi budaya, ketidakupayaan, etnik dan juga norma

masyarakat.

Hal ini juga telah dijelaskan dalam American Counseling Association pada bahagian kod

etika 8 E iaitu, isu multibudaya dalam penilaian dan penaksiran yang telah memberi

penjelasan bahawa kaunselor perlu menitikberatkan populasi dalam kalangan klien. Oleh

kerana nilai, budaya dan norma masyarakat yang terdapat dalam etnik minoriti Afrika

Amerika adalah berbeza dengan gaya hidup dan didikan masyarakat majoriti, isu ini telah

dikritik oleh beberapa pihak kerana akan timbul isu melabel, bias serta isu-isu sosial. Oleh itu

kaunselor telah melanggar etika kerana tidak menitikberatkan tentang budaya, status ekonomi

dan sosial klien dalam memilih ujian psikologi yang tertentu dan bersesuaian kepada klien.

Kod Etika Kaunselor di Malaysia juga menjelaskan isu ini pada bahagian yang sama iaitu

dalam kod E.8 yang mana kaunselor perlu mengambil faktor yang berbagai dalam memilih

klien untuk menjawab alat ujian sama ada dari segi budaya, agama dan juga etnik.
3.2 CONTOH ISU/KES KEDUA:

Pelbagai alat ujian psikologi dari luar negara telah banyak digunakan dan diaplikasikan di

Malaysia mengikut pengubahsuaian tertentu dalam mengadaptasi alat ujian tersebut mengikut

budaya, nilai, bahasa, dan kumpulan etnik yang berada di Malaysia. Antara alat ujian yang

sering digunakan ialah alat ujian personaliti, ujian kerjaya, dan ujian kecerdasan. Junior

Eysenck Personality Inventory (JEPI) merupakan salah satu alat ujian yang sering digunakan

oleh kaunselor di Malaysia dalam mengetahui tret dan personaliti klien.

Meskipun, alat ujian JEPI telah mendapat pengesahan daripada American Counseling

Association dari segi etika dan penilaian alat ujian, namun, terdapat item yang tidak dapat

diterima oleh kebanyakkan masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh dalam item “ selesa

menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh pondan”. Item tersebut diwujudkan bagi

mengukur personaliti ekstrovert yang terdapat dalam diri klien. Namun begitu, item tersebut

tidak diterima kerana bertentangan dengan nilai dan norma masyarakat di Malaysia yang

agak berbeza dengan budaya masyarakat setempat di Amerika Syarikat.

Jadi dalam setiap item yang akan dijawab oleh individu perlulah dilihat semula dari segi nilai

norma masyarakat dan perlu juga dititikberatkan penterjemahan yang akan dilakukan. Oleh

itu kaunselor perlulah melihat dulu siapa, apa dan dimana tradisi dan budaya yang dipegang

oleh klien bagi menjamin kesahan dan keselesaan klien dalam menjwab setiap item yang

diberi, berbalik kepada Kod Etika Kaunselor di Malaysia dalam kod E8 iaitu menjelaskan isu

kepebagaian dalam penaksiran alat ujian.


3.3 Peranan Kaunselor Dalam Kajian Kes/ Isu:

Bahagian E dalam Kod Etika Kaunselor menerangkan perkara yang berkaitan Penilaian,

Penaksiran dan Pentafsiran. Isu yang dipilih ialah mengenai isu silang budaya dalam

penaksiran semasa menjalankan perkhidmatan kaunseling. Berdasarkan isu tersebut,

kaunselor perlu menggunakan teknik yang bersesuaian yang telah ditetapkan dalam etika bagi

membantu klien. Bahagian E. 8 telah memfokuskan terhadap perkara berkaitan isu

multibudaya atau kepelbagaian dalam penaksiran. Kaunselor yang menggunakan teknik

penaksiran hendaklah berhati-hati terhadap klien yang klien yang mempunyai populasi yang

berbeza. Kaunselor perlulah mengenalpasti latar belakang klien dari aspek usia, warna,

budaya, kecacatan, kumpulan etnik, jantina, bangsa, pilihan bahasa, agama, kerohanian,

orientasi seksual dan status sosioekonomi terhadap pentadbiran dan pentafsiran ujian.

Kaunselor juga perlulah membuat pentafsiran hasil ujian yang telah digunakan dalam

perspektif yang sesuai dan tepat dengan faktor-faktor yang berkaitan. (ACA, 2005, hlm.13)

Selain itu, kaunselor juga perlu memahami bahawa perkhidmatan sesi kaunseling mungkin

berbeza bagi setiap individu bergantung pada latar belakang seseorang. Sesetengah klien

mungkin tidak pernah menjalani sesi kaunseling menyebabkan mereka tidak terdedah dengan

proses kaunseling seperti masyarakat di Amerika Syarikat yang telah terdedah dengan

perkhidmatan kaunseling. Sebagai contoh, Babalawo adalah penyembuh tradisional Yoruba

di Nigeria, Afrika Barat. Individu ini bekerja dari perspektif holistik dan dianggap

mempunyai kekuatan yang dapat digunakan untuk memanggil nenek moyang klien untuk

memudahkan proses untuk mendapat kesejahteraan bagi individu tersebut. Dalam hal ini,

harapan seorang kaunselor bahawa pelanggan Yoruba tradisional yang tinggal di Amerika
Syarikat dan kaunselor A.S. yang dilatih secara tradisional akan berbeza. Oleh itu, kaunselor

tidak boleh menganggap bahawa klien telah sedia maklum mengenai kelayakannya untuk

bekerja dengan pelbagai populasi, tujuan dan prosedur proses, atau hasil rawatan.

Seterusnya, kaunselor perlulah mengelakkan daripada bersifat menghukum klien. Hal ini

dapat dilihat apabila berlakunya kaunselor berkecenderungan dalam membuat interpretasi

yang keterlaluan terhadap klien. Perkara ini berlaku apabila membuat penafsiran dalam

keputusan ujian yang telah dilakukan oleh klien. Kecenderungan ini mengikut Lonner (1977)

dan Wan Rafaei Abdul Rahman dlm Sidek Mohd Noah (2005) menyebabkan markat yang

tinggi menjadi lebih tinggi manakala markat yang rendah menjadi lebih rendah. Masalah

interpretasi ini adalah disebabkan oleh kemahiran, terutamanya apabila kaunselor yang

memberikan interpretasi ini tidak mempunyai latihan ikhtisas yang mencukupi. Kaunselor

yang bertanggungjawab dalam pengendalian alat ujian perlulah mendapatkan latihan yang

secukupnya seperti mendapatkan latihan di negara-negara lain seperti Amerika, Kanada,

Australia, England, bergntung pada di mana alat ujian dihasilkan. Hal ini secara tidak

langsung dapat meningkatkan kemahiran kaunselor dalam membuat penaksiran atau

pentafsiran terhadap klien multibudaya.

RUJUKAN:

Lambert, N. M. (1981). Psychological evidence in Larry P v. Wilson Riles: An evaluation by

a witness for the defense. American Psychologist, 36, 937–952. doi:10.1037/0003-

066X.36.9.937 Retrieved from https://psycnet.apa.org/record/1982-26783-001.

Sidek Mohd Noah. (2005) Pengujian & Penilaian dalam Kaunseling Teori dan Aplikasi:

Universiti Putra Malaysia Serdang.

You might also like