You are on page 1of 4

Opsyen: PISMP MT Sem 7

Ahli kumpulan: Daniel Liong Wei Soon, Pearl Kek Jing Wen, Law Ming Thing

Laporan Pemerhatian Video Kaunseling Kelompok


Dalam sesi kaunseling kelompok sepanjang 9 minit ini, kaunselor (Katherine Arkell)
dan ahli kelompoknya, (seorang anak perempuan bernama Jayme dan seorang lelaki
bernama Josh) berinteraksi secara jujur demi mencapai matlamat kaunseling, iaitu Jayme
dan Josh boleh saling memahami secara lebih mendalam. Coloured candy go around yang
digunakan oleh Katherine merupakan satu permainan yang menyenorokkan dan mendorong
kaunselor dan ahli kelompok berkongsi pengalaman serta pemikiran.

A.

Kemahiran kaunseling yang digunakan


Antara kemahiran kaunseling yang telah digunakan ialah dorongan minima,

mendengar dengan aktif, kesenyapan, soalan terbuka, soalan tertutup, refleksi dan
rumusan. Berikut merupakan dapatan pemerhatian dan analisis mengenai kemahirankemahiran kaunseling yang telah digunakan oleh kaunselor.
Kemahiran

Cara kemahiran kaunseling

kaunseling
Dorongan

digunakan dalam sesi ini


Kemahiran ini telah digunakan

minima

selepas ahli kelompok berkongsi


sesuatu

maklumat

menggalakkan

ahli

Contoh
Oh, Hmm, dan lain-lain.

untuk
kelompok

Mendengar

meneruskan percakapan mereka.


Kaunselor selalu berkata semula

Kaunselor akan mengatakan semula

dengan aktif

apa yang dikatakan oleh ahli dan

harapan Josh iaitu berharap untuk

memberi respons kepada mereka.

memiliki satu truck sedangkan dalam


pemikiran

Josh

menolongnya

truck

membuat

boleh
semua

perkara.
Kesenyapa

Semasa ahli kelompok sedang

Jayme

tidak

dapat

meneroka diri atau mencari idea,

perkara ketiga yang mendatangkan

kaunselor menghormatinya dengan

kebimbangan

cara bersenyap.

kaunselor

guna

mengeluarkan

kepadanya.
kesenyapan

Jadi
untuk

memberi peluang kepada Jayme untuk

Soalan

Kaunselor

terbuk[]a

semasa

guna

kemahiran

berharap

ahli

menghuraikan

apa

ini

boleh

berfikir.
Selepas Josh berkata dia suka ketawa.
kaunselor menanya sebabnya.

yang

Soalan

dipercakap.
Kaunselor menggunakan

tertutup

berlainan warna untuk mengumpul

mengatakan

maklumat ahli kelompok di mana

mahir

soalan untuk setiap gula adalah

terdapat gula hijau.

soalan tertutup.
Kaunselor meneroka dan melihat

Josh berkata ahli keluarganya selalu

alam ahli kelompok dengan refleksi

melayannya dengan baik. Kaunselor

perasaan mereka.

menanya apakah perasaan kamu jika

Rumusan kecil telah digunakan

mereka layan kamu dengan baik?


Kaunselor membuat rumusan: Josh

untuk membantu ahli kelompok

dan Jayme berasa risau terhadap

mengingat kembali.

pembulian dalam sekolah (di mana ini

Refleksi

Rumusan

gula

Jayme,

juga

Josh
dalam

dan

kaunselor

perlu

perkara

yang

sesuatu

kehidupan

membimbangkan

sekiranya

kanak

yang

lain).

B.

Dinamika dalam kelompok


Interaksi yang berlaku di antara dan sesama ahli adalah bagus. Sedangkan ahli

kelompok dan pemudahcara memainkan peranan masing-masing dalam sesi kaunseling,


impaknya terlihat, iaitu

ahli kelompok sudi berkongsi dan mendengar kata orang lain.

Sebagai contoh, Josh dan Jayme bukan sahaja mendengar kata-kata kaunselor tetapi juga
mendengar apa yang dikatakan oleh ahli kelompok. Pada peringkat akhir (untuk sesi ini),
Jayme masih ingat Josh mempunyai keluarga yang menyayanginya, manakala Josh ingat
Jayme mahir dalam kesenian. Hal ini bermaksud ahli kelompok menumpu perhatian
sepanjang sesi kaunseling supaya dapat mencapai matlamat yang telah ditentukan oleh
kaunselor sebelum kaunseling bermula. Jadi, ahli kelompok lebih memahami antara satu
sama lain selepas menjalankan sesi kaunseling.
Selain itu, ahli kelompok memberi kerjasama, saling mempercayai dan yakin untuk
mengeluarkan perasaan dan pemikiran. Jelas ternampak hubungan yang rapo telah dibina
antara ahli kelompok, dan dengan kaunselor. Sebagai kesannya, kaunseling kelompok ini
menjadi berkesan dan mencapai apa yang diingini. Misalnya, Josh dan Jayme berani
mengatakan perkara yang dibimbangkan tanpa rasa segan atau takut diketawakan oleh
rakannya.

Tambahan pula, perasaan kekitaan dalam kalangan ahli dapat dilihat dengan agak
ketara. Josh dan Jayme cuba untuk membawa kelompok ke arah pencapaian matlamat.
Contohnya, mereka berinteraksi secara terbuka, ikhlas dan jujur.
Akhir sekali, peraturan yang ditentukan pada awal sesi kaunseling boleh dirujuk oleh
ahli kelompok supaya mereka tahu apa yang boleh dan tidak boleh dikatakan, atau
dilakukan semasa sesi berlangsung. Contohnya, Josh dan Jayme mengetahui bahawa satu
gula mewakili satu perkara dan gula yang berlainan warna mewakili soalan yang berlainan.
Mereka sedar bahawa gula hanya boleh dimakan selepas berkongsi sesuatu perkara.
Dengan ini, tidak ada ahli kelompok yang akan bersifat dominan atau pasif kerana terdapat
dorongan, iaitu gula yang biasanya disukai oleh kanak-kanak.

C.

Peranan yang dimainkan oleh kaunselor


Kaunselor, iaitu Katherine berperanan sebagai pemudahcara di mana beliau

memudahkan proses pencapaian matlamat sesi kaunseling. Katherine berperanan sebagai


pengarah. Beliau menentukan tujuan kelompok dan memilih tempat yang sesuai bagi ahli
kelompok. Katherine selalu memerhati untuk mengenalpasti apa yang sedang berlaku dan
arah yang sedang ditujui oleh kelompok. Misalnya, Katherine mendapati bahawa Jayme
berasa risau terhadap perlakuan buli dalam sekolah. Pada masa yang sama, Josh juga
mengatakan kebimbangan yang sama. Maka Katherine mengetahui mereka sedang
mengalami kebimbangan yang sama dan membantu ahli mengimbas kembali semasa
membuat rumusan.
Tidak dapat dinafikan bahawa Katherine juga berperanan sebagai orang yang tidak
campur tangan. Walaupun beliau turut serta dalam permainan tersebut (coloured candy go
around) dan berkongsi pemikiran sendiri, beliau menerima idea dan fikiran ahli kelompok
secara positif tanpa syarat. Apa yang dikatakan oleh Josh dan Jayme tidak dipersalahkan
atau dibetulkan. Ahli kelompok berasa bebas untuk bersuara kerana pemikiran tidak
terkongkong oleh kaunselor.
Selain itu, Katherine berperanan sebagai manipulator. Beliau memimpin perbualan
atau interaksi kelompok dan menyokong ahli kelompok. Beliau juga menghargai dan
mengiktiraf sumbangan semua ahli. Misalnya, Katherine mengucapkan terima kasih kepada
kedua-dua ahli sebagai penghargaan kepada kesudian mereka untuk berkongsi pemikiran
dan perasaan. Beliau tidak menunjukkan sikap pilih kasih sedangkan semua ahli berpeluang
untuk bersuara mengikut warna gula yang didapatkan.

Lebih-lebih lagi, Katherine merupakan pengurus kelompok yang memastikan


perbincangan tidak menyimpang daripada tajuk. Contohnya, beliau mendengar dengan aktif
untuk memastikan ahli kelompok menjawab soalan dan bukannya berhayal atau
menceritakan sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat kepada mana-mana ahli.
Dalam hal ini juga, Katherine menjadi pemangkin yang mendorong penyertaan
semua ahli sepanjang sesi kaunseling kelompok. Keseimbangan dapat dicapai di mana
semua ahli diberi peluang untuk mengemukakan pendapat. Misalnya, setiap ahli dan
kaunselor mempunyai 7 biji gula dan setiap gula melambangkan 1 perkara yang ingin
dikongsi. Dengan kata lain, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk menjawab
soalan yang ditanya oelh kaunselor. Dan kemudiannya, Katherine memaksimumkan
penyertaan

ahli

dan

meminimumkan

sifat

dominasi.

Sebagai

contoh,

Katherine

menggalakkan Josh untuk menerangkan dan memberi masa kepada Jayme untuk
memikirkan perkara yang ketiga yang membimbangkannya supaya kaunselor sendiri tidak
merebut peluang ahli untuk bercakap. Akhirnya, Katherine menggunakan masa di akhir sesi
untuk merumus apa yang telah berlaku. Pada masa yang sama, kaunselor memberi peluang
kepada ahli kelompok untuk mengatakan perkara yang masih ingat terhadap ahli yang lain
(dan juga terhadap kaunselor). Tindakan ini dapat mendorong pencapaian matlamat, iaitu
Josh dan Jayme akan lebih memahami antara satu sama lain.

You might also like