You are on page 1of 1

ABDUL AZIM BIN AZMI (252646)

1. Jika pemikiran rasis masyarakat luar mengugat kefahaman pelajar dalam mempelajari
sejarah. Sebagai guru apa yang patut anda lakukan?
Sebagai seorang guru, jika pemikiran rasis masyarakat luar menggugat
kefahaman pelajar dalam mempelajari sejarah, sepatutnya saya cuba untuk
menerangkan kembali kepada murid-murid mengenai sejarah kemerdekaan negara
dan juga beberapa perkara yang melibatkan faktor kemerdekaan negara dan juga
beberapa perkara yang melibatkan perlembagaan negara supaya mereka faham akan
perpaduan yang perlu dipupuk dan sikap rasis yang perlu dibuang dari dalam diri
mereka.
Antaranya ialah, jika melibatkan faktor kemerdekaan, kita perlu mengimbau
kembali kepada mereka bagaimana semua kaum yang ada di Tanah Melayu pada
ketika itu bersatu padu dalam berusaha memerdekakan negara. Mereka sanggup
membuang sikap perkauman mereka demi menjayakan aspirasi pada ketika itu untuk
merdeka bersama-sama. Selain itu, jika melibatkan perlembagaan negara pula, saya
juga boleh memahamkan mereka mengenai Perkara 153 dalam perlembagaan
mengenai hak istimewa orang Melayu yang harus dihormati kerana sudah termaktub
di dalam perlembagaan negara.
Kesimpulannya, saya haruslah menerapkan ciri-ciri negara bangsa dalam diri
murid supaya mereka sedar bahawa negara yang mereka diami ini merupakan negara
yang dibina dan ditadbir bersama bukan dari salah satu kaum yang majoriti sahaja
supaya mereka sedar akan tanggungjawab mereka untuk bersatu padu dalam
menjadikan negara lebih maju kehadapan dan meninggalkan sifat-sifat rasis yang ada
dalam diri mereka.

You might also like