You are on page 1of 2

PENGUJIAN & PENTAKSIRAN DALAM KAUNSELING

(SSYP 3133)
KUMPULAN A & B
MINGGU 5 -ONLINE LEARNING 1
Tajuk: Pengujian & Penilaian Bukan Bersifat Piawai

Arahan Kelas: Sila jawab kesemua 4 tugasan yang diberikan. Setiap tugasan mempunyai 25 markah. Keseluruhan 4 tugasan
adalah 100 markah. Disamping itu juga, pelajar dijangka akan berusaha untuk menunjukan kreativiti, kualiti penulisan,
ketepatan dan respond.

Tugasan 1 (Skor-25 markah)

Penilaian bukan piawaian merupakan penilaian tidak formal yang dilakukan oleh kaunselor untuk melihat isu dan
permasalah serta kekuatan serta kelemahan klien. Penilaian ini dilaksanakan di mana mungkin ada perkara yang sukar
untuk di teroka dan di analisa dalam sesi kaunseling. Penilaian tidak formal ini boleh jadi berdasarkan lukisan, gambar,
buku, barang permainan, pergerakan (apraxia), penulisan, pemerhatian, kajian kes,dan sebagainya. Penilaian ini boleh juga
dikategorikan salah satu pendekatan kreatif para kaunselor.

Arahan: Sila muatturun bahan bacaan dalam UUM Online Learning (OL) dan buat pembacaan dua sumber dibawah.
Seterusnya, sila buat satu nota ringkasan (500 patah perkataan, single-spacing, Time New Roman) dan muatnaik didalam
google drive (folder Minggu ke-5). Pastikan nama dan no.matrik di tulis.

• Nota Kuliah Minggu-5 : Slide Minggu-5


• Chapter dalam Buku : Sila muatnaik dalam UUM Online Learning

Penilaian
Kualiti Penulisan 10 markah
Ketepatan Isi 10 markah
Penghantaran: Google Drive Kreativiti 5 markah

Tugasan 2 (Skor-25 markah)

Saya pasti bahawa ada dalam kalangan kita mempunyai pengalaman dalam pembinaan genogram keluarga. Genogram
adalah berfokus kepada membina visual struktur keluarga dalam meneroka unsur patologi berdasarkan trait, biologi,
personaliti dan ketagihan. Keadah penilaian ini boleh digunakan untuk meneroka sesuatu kecenderungan di dalam
keluarga. Sebagai kaunselor, isu kerjaya merupakan satu daripada permasalahan yang sering di bincangkan oleh klien dan
penilaian boleh digunakan untuk melihat personaliti, dorongan, motivasi dan minat kerjaya. Biasanya, klien mempunyai
pengaruh-pengaruh luar (external factor) yang membantu membina minat, terutamanya idola dan ahli keluarga.

Oleh itu, berdasarkan penerangan berkenaan dengan genogram di dalam artikel di pautan dibawah, sila bina genogram
keluarga anda sebagai satu pendedahan kepada teknik penilaian pengkaitan kekeluargaan. Visual genogram ini sekurang-
kurang nya 3 generasi di dalam keluarga. Kemudian, tulis refleksi berdasarkan beberapa perkara berkaitan dengan diri dan
keluarga anda. Penulisan hendaklah 500 patah perkataan.

Sebagai panduan, sila tulis berdasarkan input di bawah ;


• Kenalpasti setiap ahli keluarga dari segi tahap pendidikan dan kerjaya
• Apakan persepsi terhadap kejayaan/ kegagalan ahli keluarga sebagai pasangan, ibubapa, pekerja, rakan-rakan
dan keluarga?
• Adakah seorang daripada ahli keluarga anda itu mempunyai pengalaman jatuh bangun dalam kerjaya sebagai
hasil daripada pemilihan kerjayanya kini?
• Adakah ahli keluarga itu seimbang dari segi kehidupannya? Adakah peranan yang dibawanya itu dia membawa
dirinya kepada konflik dalam kehidupan?
• Siapa yang diantara mereka yang anda kagumi? Siapa yang berjaya dalam kehidupan? Nyatakan mengapa?.
• Apa nasihat yang mungkin pernah anda dengar daripadanya tentang kerjaya dan kehidupan?

Panduan:

https://www.therapistaid.com/therapy-guide/genograms

https://familytherapybasics.com/blog/2016/11/26/family-of-origin-exploration-for-the-therapist-create-your-genogram
Sample:

Penilaian
Kualiti Penulisan 10 markah
Ketepatan Isi 10 markah
Kreativiti 5 markah

Penghantaran: Google Drive

Tugasan 3 (25 markah)

Dalam penilaian kaunseling, pendekatan kaunseling adalah dalam bentuk pelbagai (temubual, pemerhatian, visual, naratif
dan sebagainya). Analisa lukisan juga boleh menjadi salah satu satu daripada penerokaan dan penilaian berdasarkan
kencenderung personaliti, minat dan kestabilan emosi. Salah satu daripada ujian bukan piawai ialah analisis personaliti
berdasarkan hasil lukiasan.

Arahan:
Sila lukis menggunakan kertas A4, pencil atau pen. Anda dikendaki melukis rumah, pokok, air, matahari dan ular dalam
satu keping kertas yang sama serta ianya mengikut imaginasi anda. Aktiviti ini hanya berlangsung lebih kurang 15 minit
sahaja. Sila snap gambar dan muatnaik bersama respond di ruang forum yang disediakan. Berdasarkan pautan berkenaan
interpretasi di bawah, sila tulis dengan ringkas tentang diri anda, sama ada setuju atau tidak interpretasi yang dinyatakan.

https://brightside.me/wonder-quizzes/this-house-tree-person-test-will-determine-your-personality-267460/

https://jesswitkins.wordpress.com/2013/03/25/interpreting-your-dreams-what-your-drawings-can-teach-you/

http://analisispersonaliti.blogspot.com/2009/03/6-unsur-matahari-runah-pokok-air-bunga.html

Sila beri respond/komen/pandangan/idea kepada sekurang-kurangnya satu daripada post rakan sekelas.
Penilaian
Kualiti Penulisan 10 markah
Ketepatan Isi 5 markah
Kreativiti 5 markah
Kualiti respond kepada 5 markah
Penghantaran: Forum Online Learning pelajar lain

Tugasan 4 (25 markah)

Berdasarkan pandangan anda, sila tulis satu refleksi berdasarkan topik yang dibincangkan pada minggu ini. Penulisan anda
adalah hendahkah lebih kurang 600 patah perkataan dengan menjawab soalan-soalan dibawah. Namun, kandungan
penulisan tidak hanya terhad kepada soalan-soalan dibawah sahaja.

Soalan Panduan :
• Apa yang anda pelajari dalam topik ini sebagai seorang pelajar dan kaunselor?
• Adakah pengalaman/ reaksi anda dalam mengambil ujian berbentuk ini?
• Bagaimana anda boleh mengunakan ilmu yang diperolehi untuk proses kaunseling pada masa akan datang?

Sila beri respond/komen/pandangan/idea kepada sekurang-kurangnya satu daripada post rakan sekelas.

Penilaian
Kualiti Penulisan 10 markah
Penghantaran: Forum Online Learning Ketepatan Isi 5 markah
Kreativiti 5 markah
Kualiti respond kepada 5 markah
pelajar lain

Tarikh Akhir : 03 May 2020 (Ahad)


Anda boleh muatnaik menggunakan pautan di https://drive.google.com/drive/u/1/my-drive dengan menggunakan kata laluan
dibawah:
Username: ssyp3133uum@gmail.com
Password: sapsp2020
updated_30Mac202_ drazrin.uum

You might also like