You are on page 1of 9

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


FB-026-3-2012-INSURANCE
PROGRAM

``TAHAP DAN
1 (SEMESTER 1)
SEMESTER

KOD DAN TAJUK


KURSUS BIN 1013 : INTRODUCTION TO INSURANCES/ TAKAFUL

K1 DESCRIBE CONCEPTS OF INSURANCE/TAKAFUL.


K2 DESCRIBE THE FUNCTIONS OF INSURANCE/
NO. DAN TAJUK
TAKAFUL.
KOMPETENSI
K3 EXPLAIN THE PRINCIPLES OF INSURANCE/TAKAFUL
K4 IDENTIFY THE CLASSES AND TYPES OF INSURANCE/
TAKAFUL

NO. KOD KSKV BIN 1013 / KP (1/4)


Muka/ page : 1
Drp/ of : 9
NO. KOD KSKV

TAJUK/ TITLE: MENYATAKAN KONSEP ASAS DAN KEPENTINGAN INSURANS

TUJUAN/ PURPOSE:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami konsep asas
insurans dengan menyatakan sejarah insurans, definisi insurans, contoh-contoh
peristiwa yang membawa kepada kerugian atau kerosakan yang boleh diinsuranskan
dan menerangkan ciri-ciri penting insurans.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/ Page : 2
COMPETENCY UNIT ID Drpd/ of : 9

PENERANGAN :

1.0 Pengenalan

Insurans merupakan satu perjanjian di antara insured, iaitu orang yang menghadapi
sesuatu risiko dengan syarikat insurans (insurer) iaitu pihak yang memberi
perlindungan terhadap sesuatu risiko.

Dalam perjanjian ini, insured bersetuju membayar sejumlah wang (premium) kepada
insurer. Insurer pula sebagai balasan bersetuju untuk membayar ganti rugi atau
pampasan kepada insured jikalau berlaku sesuatu risiko yang diinsuranskan.

1.1 Istilah dalam insurans

 Insurans - Skim untuk melindungi insured daripada kerugian akibat


berlakunya risiko.
 Insurer - Syarikat insurans yang yang menawarkan skim insurans (penjual
insurans).
 Insured - Pihak yang membeli polisi insurans untuk mendapatkan
perlindungan daripada risiko (pembeli insurans).
 Premium - Wang yang dibayar oleh insured kepada insurer ke dalam dana
insurans.
 Polisi - Surat ikatan perjanjian atau kontrak antara insured dengan
insurer.
 Risiko - Kemungkinan berlakunya sesuatu kemalangan atau kejadian
yang mengakibatkan kerugian.
 Pampasan- Ganti rugi yang dibayar oleh insurer kepada insured untuk
memulihkan insured kepada keadaan asal.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/ Page : 3
COMPETENCY UNIT ID Drpd/ of : 9

2.0 Definisi insurans

Bank Negara Malaysia mentakrifkan :


Insurans sebagai pemindahan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi
(dikenali sebagai pemegang polisi) kepada syarikat insurans. Sebagai balasan, syarikat
insurans menerima bayaran di dalam bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi
menanggung kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian
atau kerosakan tersebut.
Insurans, dalam perundangan dan ekonomi, adalah bentuk pengurusan risiko
terutamanya digunakan bagi jaminan terhadap risiko kemungkinan kerugian kewangan.
Insurans ditakrifkan sebagai peralihan sama rata risiko kemungkinan kerugian,
daripada satu entiti kepada yang lain, sebagai pertukaran untuk bayaran dan tugas bagi
penjagaan dan difikirkan sebagai satu jaminan dan diketahui kerugian yang kecil untuk
mengelakkan satu kerugian yang besar, kemungkinan yang mendatangkan kebinasaan
(kemusnahan).

3.0 Contoh peristiwa yang membawa kepada kerugian atau kerosakan yang boleh
diinsuranskan

i- Kemalangan
ii- Kebakaran
iii- bencana alam-(banjir,tanah runtuh)
iv- kecurian kereta
v- kematian
vi- kecederaan
vii- sakit

4.0 Ciri-ciri penting insurans

Insurans adalah sebuah institusi ekonomi dan ia berasaskan prinsip bersaing atau
kerjasama. Insurans juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi membayar tuntutan
akibat berlakunya risiko-risiko tertentu. Hanya risiko tertentu sahaja yang boleh
diinsuranskan iaitu risiko-risiko yang kemungkinannya berlaku boleh dianggarkan
dengan tahap keyakinan dan ketepatan yang tinggi.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/ Page : 4
COMPETENCY UNIT ID Drpd/ of : 9

Terdapat dua jenis risiko insurans iaitu risiko yang boleh diinsuranskan dan risiko tidak
boleh diinsuranskan. Risiko boleh insurans seperti kemalangan,kebakaran, kecurian
dan rompakan manakala risiko yang tidak boleh insurans ialah peperangan dan
bencana alam seperti gempa bumi, banjir, tsunami.

5.0 PENJELASAN KONSEP INSURANS

Pemegang
polisi insurans
hayat sementara
Premium Dana insurans

Premium
dicampur
#1 RM200 Tuntutan
#2 RM200
#3 RM200 1000
X
RM200 Perbelanjaan
#999 RM200 =RM200, 000
#1000 RM200
=RM200,
Keuntungan
000

Rajah 1

Konsep ini dijelaskan dalam Rajah 1, yang berkaitan dengan insurans pemilik
rumah atau insurans hayat sementara. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas,
diandaikan portfolio berkenaan mengandungi 1000 buah rumah yang sama
nilainya iaitu RM100, 000 setiap satu, atau 1000 hayat yang diinsuranskan
dengan amaun yang sama dengan premium sebanyak RM200 dikenakan bagi
setiap hayat yang diinsuranskan.

Dana perlu memenuhi:


Sumbangan dari 1000 pemilik rumah atau hayat yang diinsuranskan membentuk
suatu dana insurans berjumlah RM200 000. Insurer akan menggunakan amaun
ini untuk membayar tuntutan, perbelanjaan seperti komisen, cukai dan
sebagainya. Baki, jika ada, merupakan keuntungan insurer.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/ Page : 5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/ of : 9

Dana Akan Menjadi Difisit:


Berdasarkan dari situasi di atas, dana yang terbentuk hanya mencukupi untuk
membayar dua tuntutan maksimum sahaja. Ini bermakna perbelanjaan dan wang
keluar insurer tidak diambil kira. Sekiranya terdapat lebih dari dua tuntutan, dana
insurans ini tidak mencukupi dan adalah jelas yang insurer akan mengalami
kerugian bagi portfolio ini.

6.0 KONSEP INSURANS

Konsep insurans pula boleh difahami sebagai satu kaedah iaitu satu kumpulan berikrar
untuk mengumpul dan mengembleng usaha dan sumber bagi mengadakan pakatan
untuk saling bekerjasama dan tanggung-menanggung sesama mereka, jika ditakdirkan
mana-mana di antara mereka ditimpa musibah. Melalui pakatan ini, orang yang dilanda
malang itu akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya berupa sejumlah
wang. Dengan adanya manfaat seumpama ini diharapkan apa-apa beban atau
tanggungan yang terpaksa dipikul akibat penderitaan daripada musibah dapat
diringankan.

7.0 KEPENTINGAN INSURANS


Setiap masa seseorang individu, keluarga dan perniagaan akan terdedah kepada
kerugian kewangan melalui harta yang dimiliki, pekerjaan, aktiviti dan
tangungjawab. Lazimnya, kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh individu
atau unit perniagaan itu sendiri. Untuk mengatasi masalah ini, suatu perancangan
akan diperkenalkan bagi menangani sebahagian dari risiko berkenaan atau
kemungkinan kerugian yang ditanggung oleh individu atau sesuatu perniagaan.

Perancangan ini berfungsi berdasarkan Peraturan Bilangan Jumlah Besar, iaitu


dengan menyebarkan risiko kerugian yang ditanggung oleh individu atau unit
perniagaan tertentu kepada semua pihak yang bersetuju mengemblingkan
sumber kewangan bagi membayar pampasan atau menampung kerugian
berkenaan. Konsep berkongsi kerugian ini dikenali sebagai insurans.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/ Page : 6
COMPETENCY UNIT ID Drpd/ of : 9

Individu
i. Melindungi individu dari risiko
ii. Jaminan masa depan
iii. Dapat pampasan jika berlaku risiko
iv. Satu cara menabung

Keluarga
i. Melindungi keluarga dari risiko
ii. Melindungi masa depan keluarga
iii. Jika berlaku kematian-waris akan mendapat pampasan

Perniagaan
i. Melindungi dari risiko
ii. Dapat pampasan jika risiko berlaku
iii. Lebih yakin untuk majukan perniagaan

8.0 KONSEP TAKAFUL


8.1 Definisi Takaful

Definisi Takaful di dalam bahasa arab ialah kafala (menjaga atau menjamin
keperluan seseorang)

Definisi lain ialah permuafakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang


bersetuju untuk saling jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya
berlaku kerugian disebabkan ditimpa bencana atau musibah.

8.1.1 Ciri utama operasi takaful


 Pihak syarikat atau pengendali takaful bukan pihak yang
menanggung risiko, peserta yang saling menjamin dan
bersetuju melindungi antara satu sama lain.
 Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak
peserta dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaan
takaful.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/ Page : 7
COMPETENCY UNIT ID Drpd/ of : 9

 Semua sumbangan yang dibayar oleh peserta akan


dikumpulkan ke dalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan
pembayaran manfaat takaful.
 Dana takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam
mana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis
Syariah

8.2 Elemen Takaful


Terdapat 3 elemen utama Takaful iaitu:
(a) Al-Gharar
 Ketidakpastian
Bermaksud tidak jelas terhadap perkara pokok yang dilindungi
oleh kontrak atau timbul ketidak pastian di mana kesan atau
keputusan yang dihasilkan tidak diketahui atau tersembunyi.

(b) Al Maisir
 Perjudian
i. ‘mendapat sesuatu dengan cara mudah atau mendapat
keuntungan tanpa berusaha mengerjakan’
ii. Islam melarang semua bentuk urusniaga di mana keuntungan
kewangan diperolehi hanya berdasarkan nasib atau spekulasi
dan bukan usaha gigih untuk mendapatkannya.

(c) Al Riba
 ‘Pertambahan’, menaikkan
Islam melarang pinjaman wang bagi mendapatkan keuntungan
kerana ia akan menyusahkan peminjam.

8.3 Operasi Takaful


Didalam operasi takaful, terdapat 4 elemen utama dalam operasinya iaitu:

(a) Tabarru’ mengikut definisi istilah ialah derma atau hadiah.


Peserta bersetuju melepaskan semua bahagian atau sebahagian
derma atau sumbangan bagi membolehkan ia memenuhi
tanggungjawab saling membantu dan saling menjamin. Peserta
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/ Page : 8
COMPETENCY UNIT ID Drpd/ of : 9

bersetuju menderma ke dana takaful mengikut kadar tertentu dan


dana ini digunakan membantu peserta yang memerlukan.
(b) Ta’awun mengikut definisi istilah ialah saling membantu
Peserta membantu antara satu sama lain dalam aspek kewangan
sekiranya timbul keperluan dengan menyumbang kepada dana
bersama.

(c) Mudharabah mengikut definisi istilah ialah berkongsi keuntungan.


 Kontrak perkongsian keuntungan komersial di antara pembekal
atau penyedia dana dan usahawan yang menjalankan usaha
perniagaan.
 Kontrak ini menentukan bagaimana lebihan daripada
pengendali takaful dikongsi antara pengendali takaful dengan
peserta.
 Kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

(d) Wakalah mengikut definisi istilah ialah wakil atau agensi


 Perhubungan antara ejen-prinsipal, yang mana pengendali
takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak peserta dan dibayar
fi bagi perkhidmatan yang disediakan.
 Fi boleh dikenakan sebagai amaun tetap atau berdasarkan
nisbah yang dipersetujui.

9.0 KESIMPULAN
Perbezaan takaful dan insurans
TAKAFUL INSURANS
Pematuhan kepada hukum syarak Tidak memenuhi hukum syarak
Kontrak tabarru’, mudharabah dan wakalah Kontrak jual beli
Pengendali hanya pengurus dan tidak Syarikat pemilik tabung dan penjamin
menjamin peserta kepada peserta
Peserta menjamin antara satu sama lain Syarikat menjamin peserta
Bebas dari riba, gharar dan maisir Ada unsur riba, gharar dan maisir
Adanya Majlis Pengawasan Syariah Tiada Majlis Pengawasan Syariah
Keuntungan kan dikongsi bersama Keuntungan diagihkan mengikut keputusan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/ Page : 9
COMPETENCY UNIT ID Drpd/ of : 9

syarikat

SOALAN / QUESTION :

1. Berikan dua jenis peristiwa yang membawa kepada kerugian atau kerosakan yang
boleh diinsuranskan
2. Nyatakan tiga ciri-ciri penting insurans.
3. Berikan tiga elemen takaful
4. Berikan definisi ta’awun
5. Nyatakan 3 perbezaan antara takaful dan insurans.

Rujukan :

1. PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS


2. www.slideshare.net/DevakiChitra/powerpoint-audacity-5237125
3. http://e-pd.blogspot.com/2012/05/tingkatan-5-bab-2insurans.html#sthash.VbloNllC.dpuf
4. http://www.scribd.com/doc/21216898/2/DEFINISI-DAN-KONSEP-INSURANS-
KONVENSIONAL
5. http://greatfinancial.blogspot.com/2008/11/konsep-insurans-telah-wujud-sejak
tahun.html
6. http://perdagangan5jenggo.blogspot.com/2012/11/bab-9-insurans_24.html

You might also like