You are on page 1of 2

Kategori Produk Insurans

Dalam sistem insurans konvensional, terdapat dua klasifikasi utama iaitu insurans am
dan insurans hayat.

i) Insurans Am

Insurans am merupakan polisi insurans yang melindungi anda daripada sebarang


kerugian atau kerosakan yang dtanggung, selain daripada risiko yang dilindung
insurans hayat. Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan
insurans adalah setahun yang memerlukan anda membayar premium secara sekali gus.
Risiko yang dilindungi termasuklah;

 Kerugian harta benda. Contohnya kehilangan kereta atau kebakaran.


 Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh
anda.
 Kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan.

Jenis-jenis Insurans Am Insurans Kenderaan

 Apabila anda membeli kenderaan bermotor, anda perlu membeli insuran motor.
 Insurans motor melindungi kenderaan anda, sama ada motorsikal, kereta atau
lori daripada risiko seperti kemalangan atau kerusian.
 Umumnya, terdapat tiga jenis insurans motor iaitu pihak ketiga, kebakaran dan
kecurian ; dan perlindungan komprehensif.
 Tahap perlindungan yang anda ada menentukan apa boleh anda tuntut sekiranya
kenderaan anda mengalami kerosakan atau kerugian.

Insurans Kebakaran/Empunya Rumah dan Isi Rumah

 Polisi Kebakaran Asas – Polisi ini memberikan perlindungan hanya untuk


bangunan dan melindungai kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, petir
atau letupan.
 Polisi Empunya Rumah – Polisi ini memberi perlindungan tambahan
berbanding polisi kebakaran asas. Ia melindungi sebarang kerugian atau
kerosakan akibat banjir, paip pecah dan lain – lain.
 Polisi Isi Rumah – Polisi ini melindungi barang – barang isi rumah anda serta
melindungi kecederaan maut untuk anda sebagai pihak yang diinsuranskan.
Polisi ini tidak memberi perlindungan kepada rumah anda.

Insurans Kemalangan

 Insurans kemalangan diri ialah pelan tahunan yang memberikan imbuhan


kepada pemegang insurans serta orang di bawah jagaannya jika berlaku
kecederaan, ketidakupayaan atau kematian yang disebabkan oleh keadaan
keganasan, kemalangan, luaran dan nyata semata – mata.
 Anda boleh membeli insurans kemalangan diri bersama untuk diri sendiri atau
polisi berkumpulan untuk keluarga anda untuk menjamin perlindungan insurans
24 jam di seluruh dunia.
 Kadangkala majikan mengambil polisi kemalangan diri untuk pekerja – pekerja
mereka dan dalam kes ini bayaran pampasan untuk pekerja adalah atas budi
bucara majikan.
 Anda mungkin tidak boleh mendapat perlindungan kemalangan diri sekiranya
anda terlibat di dalam pekerjaan tertentu yang dianggap merbahaya.
 Polis / tentera dan pengawai penguat kuasa undang – undang, penyelam,
juruterbang dan anak kapal, juruuji pesawat, pemandu kereta lumba, pelaut dan
nelayan laut, ahli sukan profesional.
 Terdapat juga pengecualian perlindungan bagi insurans kemalangan diri.
Sebarang kematian atau kecederaan akibat dari peristiwa –peristiwa berikut
selalunya dikecualikan daripada perlindungan:
 risiko peperangan bunuh diri dan ketidaksiuman.
 kecederaan yang disengajakan sendiri
 AIDS
 Pembunuhan atau serangan yang dirangsang
 Melahirkan anak atau keguguran
 Sukan berbahaya
 Mengendali atau menunggang kenderaan bermotor beroda dua

Insurans Liabiliti

 Pampasan diberikan tidak mempunyai had seperti lindungan kemalangan atas


kecuaian. Contoh, doktor membeli insurans liabiliti untuk melindungi dirinya
daripada disaman pesakit atas kecuaiannya semasa menjalankan tugas. Terdapat
dua jenis insurans liabiliti iaitu:
 Liabiliti Awam
 Melindungi liabiliti perundangan ke atas peserta akibat kerosakan atau
gantirugi dan kos yang berhubung dengan:
• Kecederaan tubuh badan / penyakit dan kerugian atau kerosakan
kepada harta benda pihak ketiga.
• Akibat kemalangan dan terjadi disebabkan oleh urusan perniagaan
peserta yang berada di dalam had zon seperti ditetapkan di dalam sijil.
 Liabiliti Majikan
 Para pekerja yang tidak dilindungi oleh Skim SOCSO berhak untuk
menfailkan saman terhadap majikan mereka di baha akta perundangan
pampasan umum sekiranya mereka tercedera atau mengalami
kecederaan teruk yang boleh membawa maut akibat kemalangan
semasa dalam tempoh pekerjaan.
 Bila majikan didapati lalai di dalam mengambil tindakan di mana
kelalaian tersebut menyumbang kepada berlakunya kemalangan,
mereka boleh dipertanggungjawab untuk membayar kerugian.
 Melindungi perkara – perkara berikut:
 Untuk melindungi / menggantirugi peserta (majikan) bila dikehendaki
untuk membayar kepada kerosakan.
 Untuk membayar kos kos pembelaan perundangan yang dikenakan
semasa tuntutan- tuntutan pembelaan.

You might also like