You are on page 1of 2

Latihan Pengenalan EOQ

1. Syarikat Semuji Timur sebuah syarikat pembekal barang elektronik ingin menentukan kuantiti
pesanan ekonominya. Item yang ingin ditentukan ialah system audio XYZ. Diberikan ramalan
jualan syarikat itu ialah 4000 unit setahun dan nilai belian setiap item ialah RM 500. Akauntan
syarikat menganggarkan bahawa setiap pesanan item ialah RM 75 dan kos penyimpanan
adalah 25% setahun dari harga sistem tersebut.

a) Kirakan EOQ Syarikat Semuji Timur ( 3 markah )

b) Hitungkan bilangan pesanan setahun (2 markah)

c) Hitungkan jumlah kos penyimpanan dan jumlah kos pesanan (4 markah)

d) Lakarkan rajah EOQ ( 3 markah )


2. Syarikat Tiara menjual patung mainan kanak-kanak. Kos-kos terlibat bagi syarikat tersebut
adalah seperti berikur :

Kuantiti jualan setahun 300,000 unit


Kos seunit RM 24.00
Kuantiti pesanan ekonomik 60,000 unit
Tempoh menunggu 20 hari
Kos pegangan 30%
Masa bekerja 365 hari setahun

Hitungkan
a) Bilangan pesanan setahun (2 markah)

b) Titik pesanan semula (2 markah)

c) Kos membawa setahun (2 markah)

d) Purata Inventori (2 markah)

e) Lakarkan model EOQ (2 markah)

You might also like