You are on page 1of 2

EPPD 1043

MATEMATIK UNTUK EKONOMI DAN PERNIAGAAN


SEMESTER 1 SESI 2022/2023
SET 1

TUGASAN 2

Jawab semua soalan. Tunjukkan pengiraan dengan tulisan tangan. Tukarkan format ke
pdf dan muat naik ke UKMFOLIO.

1. Pada penghujung tahun 2016, Aris mempunyai wang berjumlah RM 19,440.31 dalam
akaun simpanan di sebuah bank tempatan.

(a) Berapakah jumlah wang simpanan Aris pada awal tahun 2013, jika kadar bunga
simpanan ialah 6.5% setahun dikompaun setiap bulan?
(b) Berapakah jumlah simpanan Aris pada awal tahun 2013, jika kadar bunga biasa bagi
simpanan ialah 6.5% setahun?

2. Lima tahun lalu, Atiqah telah melabur sebanyak RM 24,000.00 dalam Amanah Saham
XYZ. Pada hari ini, pelaburannya telah meningkat sebanyak RM 10,616.00. Amanah
Saham XYZ memberikan kadar bunga yang dikompaun setiap pertengahan tahun.

(a) Kirakan kadar bunga tahunan Amanah Saham XYZ.


(b) Berapakah kadar bunga berkesan Amanah Saham XYZ?

3. Seorang pelajar ingin mendepositkan RM 50 ke dalam akaun simpanannya pada setiap


suku tahun selama 6 tahun. Kadar faedah adalah 8% setahun dikompaunkan setiap suku
tahun. Berapakah jumlah faedah yang akan pelajar tersebut perolehi?

4. Dapatkan matriks A yang mempunyai susunan 1 x 4 dengan 𝑎𝑖𝑗 = (𝑖 + 3𝑗)2 .

3 4 1 𝑦 7 0
5. Jika 2[ ]+ [ ]=[ ]. Tentukan (𝑥 − 𝑦).
5 𝑥 0 1 10 5

6. Diberi matriks D seperti berikut:

0 1 1
𝐷 = [6 3 4]
3 3 2
Dapatkan penentu |D|menggunakan kaedah kofaktor.

1
7. Matriks E adalah satu matriks bersusunan 3x3.

1 2 1
E = [0 −2 0]
0 0 0

(a) Nyatakan mengapa matriks E bukan matriks terturun


(b) Tukarkan matriks E kepada bentuk matriks terturun.

8. Diberi fungsi permintaan dan penawaran untuk satu jenama kopi seperti di bawah:
−2P + Q = 3
P + 4Q = 12

Dapatkan kuantiti dan harga kopi pada keseimbangan dengan menggunakan kaedah
matriks.

9. Diberi Y = C + I , dengan C = 50 + 0.6Y dan I = 100 dengan Y, C dan I masing-


masing merujuk kepada pendapatan, penggunaan dan pelaburan.

(a) Tukarkan sistem persamaan di atas kepada bentuk matriks AX=B


(b) Dapatkan nilai Y dan C keseimbangan dengan menggunakan Kaedah Cramer

10. Andaikan ekonomi terdiri daripada 3 sektor iaitu pertanian (A), perkilangan (M) dan
tenaga (E). Secara umumnya, sebahagian output dari satu sektor akan digunakan oleh
sektor lain melalui belian intra-industri dan lebihan akan dijual untuk memenuhi
permintaan akhir pengguna. Matriks teknologi diberi seperti di bawah.

0.2 0.2 0.1


[0.2 0.4 0.1]
0.1 0.2 0.3

Berapakah jumlah pengeluaran dalam ekonomi untuk memenuhi permintaan akhir


pengguna iaitu 80 unit pertanian, 60 unit perkilangan dan 50 unit tenaga?

You might also like