You are on page 1of 13

ULANGKAJI TINGKATAN 4

BAB 1: FUNGSI DAN PERSAMAAN KUADRATIK DALAM SATU PEMBOLEH UBAH

1. Selesaikan persamaan kuadratik berikut:


a) (𝑥 + 5)! = 3𝑥 + 43
b) 𝑥(32 − 𝑥) = 175

!(#$%&) (
2. a) Tunjukkan bahawa persamaan =𝑥+ .
$%# $%#
b) Seterusnya, selesaikan persamaan tersebut.

BAB 2: ASAS NOMBOR

1. Jadual di bawah menunjukkan markah Haqeem dalam subjek Sains, Matematik, Sejarah
dan Bahasa Inggeris.

Subjek Bahasa Bahasa Sejarah Matematik


Melayu Inggeris
Markah 1157 11234 2356 11223

(a) Nyatakan setiap markah subjek itu, dalam asas sepuluh.


(b) Berdasarkan jawapan di (a), nyatakan subjek yang Haqeem peroleh:
(i) markah tertinggi
(ii) markah terendah
(c) Berdasarkan jawapan di (a), hitung jumlah markah yang diperoleh oleh
Haqeem.
Tukarkan jawapan kepada asas 5.
BAB 3: PENAAKULAN LOGIK

1. Nyatakan sama ada pernyataan di bawah adalah benar atau palsu.

(i) 9 ÷ 3 = 3 dan 23 = 6.

(ii) 18 ialah gandaan bagi 8 atau faktor bagi 54.

(iii) Semua polygon mempunyai sisi-sisi yang sama panjang.

2. Tulis akas, songsangan dan kontrapositif bagi implikasi berikut dan tentukan nilai
kebenarannya.

(i) “Jika 5 ialah faktor bagi 8, maka 8 boleh dibahagi tepat dengan 5”

(ii) “ Jika p ialah nombor genap, maka p boleh dibahagi tepat dengan 2”

3. Lengkapkan premis dalam hujah berikut.

(a) Premis 1 : ______________________________

Premis 2 : 13 adalah nombor perdana.

Kesimpulan : 13 mempunya dua faktor.

(b) Premis 1 : Jika 3𝑥 + 5 = 20, maka x = 5

Premis 2 : ______________________________

Kesimpulan : 3𝑥 + 5 = 20

4. Lengkapkan kesimpulan dalam hujah berikut.

Premis 1 : Jika poligon K mempunyai 5 sisi, maka poligon K ialah pentagon.

Premis 2 : Poligon K mempunyai 5 sisi.

Kesimpulan : ______________________________
BAB 4 : OPERASI SET

1. Lorekkan setiap set yang berikut selengkapnya.

(a) P∩R

(b) P∪Q∩R

(c) P∩R (d) (Q ∩ R)' ∩ P


BAB 5 : RANGKAIAN DALAM TEORI GRAF

1. Rajah menunjukkan satu rangkaian.

Tentukan

(i) set V dan n(V)

(ii) set E dan n(E)

(iii) bilangan darjah


2. Rajah menunjukkan graf terarah dan berpemberat bagi bayaran petrol dan masa
laluan perjalanan pilihan Irfan. Semua bandar dilabel dengan E, F, G dan H. Diberi
bandar G ialah destinasi yang ditujui dari bandar E.

Nyatakan
i) laluan yang paling ekonomi;

ii) laluan yang mengambil masa perjalanan yang paling singkat.

Jika Irfan perlu ke destinasi dengan kos yang optimum, apakah laluan yang anda
cadangkan kepada Irfan? Justifikasikan jawapan anda.
3. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan enam kampung dalam satu komuniti.
Sebuah NGO merancang untuk mengedar bekalan sumbangan makanan ke semua
kampung tersebut semasa Covid 19 setelah mendapat kelulusan daripada pihak polis.

(a) Lukis satu graf terarah yang menunjukkan laluan terpendek yang akan dilalui
oleh NGO tersebut bermula dari kampung P dan berakhir di kampung U tanpa
melalui laluan yang sama berulang kali.

(b) Diberi setiap kampung akan diperuntukkan 30 minit untuk tujuan penyerahan

bantuan itu dan laju perjalanan antara kampung ialah 60 kmj–1. Hitung, masa,
dalam jam, yang diperlukan bagi menyelesaikan program sumbangan itu.
BAB 6 : KETAKSAMAAN LINEAR DALAM SATU PEMBOLEH UBAH

1. Aminah membeli dua jenis buah iaitu tembikai dan jambu daripada seorang
pemborong untuk dijual di kedainya. Harga buah tembikai ialah RM5 sekilogram,
manakala harga buah jambu ialah RM12 sekilogram. Syarat-syarat pembelian adalah
seperti berikut:

(i) Jumlah buah tembikai dan buah jambu yang dibeli sekurang-kurangnya ialah
60 biji.

(ii) Bilangan buah tembikai tidak melebihi dua kali bilangan buah jambu.

(iii) Jumlah pembelian maksimum ialah RM930.

2. Sebuah syarikat penghantaran hendak menghantar bungkusan ke bandar P dengan


menggunakan x buah lori dan y buah van. Pengangkutan bungkusan itu adalah
berdasarkan kekangan berikut:

I: Bilangan lori yang digunakan kurang daripada 50.

II: Bilangan van yang digunakan sekurang-kurangnya 12.

III: Jumlah lori dan van tidak boleh melebihi 80.

a) Tulis tiga ketaksamaan, selain x ≥ 0 dan y ≥ 0, yang memenuhi semua kekangan di


atas.
b) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 kenderaan pada kedua-dua paksi, lukis
dan lorek rantau sepunya yang memuaskan semua kekangan di atas. [guna kertas
graf]
c) Dengan menggunakan graf yang terbina di (a), cari

i) Bilangan maksimum lori jika bilangan van yang digunakan ialah 27

ii) Cari jumlah kos pengangkutan maksimum jika kos pengangkutan untuk
sebuah lori ialah RM40 dan sebuah van ialah RM25
BAB 7 : GRAF GERAKAN

1. Graf laju-masa di ruang jawapan menunjukkan Arif memandu keretanya dengan laju
1
-1
60 kmj- dan memecut dengan seragam sehingga mencapai 90 kmj dalam masa 10
minit. Kemudian, dia mengekalkan kelajuannya itu selama 30 minit. Selepas itu, kereta
Arif mengalami nyahpecutan sehingga berhenti dalam masa 20 minit.

Lengkapkan graf laju-masa itu.


2. Rajah di bawah menunjukkan graf laju-masa bagi gerakan suatu zarah dalam tempoh 12
saat.

(a) Nyatakan tempoh masa, dalam saat, zarah itu bergerak dengan laju seragam.

(b) Hitung kadar perubahan laju, dalam ms-2, zarah itu dalam 2 saat terakhir.

(c) Hitung jarak yang dilalui dalam tempoh 10 saat pertama.


BAB 8 : SUKATAN SERAKAN DATA TAK TERKUMPUL

1. Satu set integer positif terdiri daripada 1, 2, 4, 6, 7, 10, 11, 15, 16, 17. ...

Cari

(a) median

(b) kuartil pertama.

(c) julat antara kuartil.

2. Rajah menunjukkan markah dalam kuiz Sains yang diperoleh oleh sekumpulan pelajar.

53 59 60 65 65 58 51 58 66

63 61 62 60 47 56 51 44 38

(a) Wakilkan data dalam satu plot batang-dan-daun.

(b) Berdasarkan data , lengkapkan plot kotak di ruang jawapan.


BAB 9 : KEBARANGKALIAN PERISTIWA BERGABUNG

1. Sebiji dadu adil dilambung sebanyak sekali. Senaraikan semua kesudahan yang
mungkin dan cari kebarangkalian bagi peristiwa

(a) mendapat nombor perdana

(b) mendapat nombor gandaan 3

BAB 10 : MATEMATIK PENGGUNA : PENGURUSAN KEWANGAN

1. Izzah bekerja sebagai pembantu akauntan dan menerima gaji sebanyak RM2 630
sebulan. Dia juga bekerja sambilan membina laman sesawang dan memperoleh
pendapatan RM2 800. Izzah juga menyimpan 10% daripada pendapatan bulanan
sebagai simpanan tetap bulanan. Jadual berikut menunjukkan anggaran perbelanjaan
bulanan Izzah.

Perbelanjaan RM

Bayaran sewa rumah 750

Ansuran pinjaman kereta 870

Ansuran pinjaman pendidikan 200

Premium insurans 160

Simpanan tetap bulanan 263

Perbelanjaan dapur 540

Bil utiliti 350

Belanja petrol 500

Hobi 300
a) Bina satu pelan kewangan Izzah berdasarkan maklumat yang diberikan di atas.
b) Nyatakan kedudukan aliran kewangan Izzah.
c) Berdasarkan pelan kewangan tersebut, adakah Izzah menguruskan kewangan dengan
hemah?
d) Jika Izzah bercadang untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian
sebagai seorang pembina laman sesawang, adakah ini akan memberi kesan terhadap
pelan kewangan Izzah?

Jawapan:

(a) Pelan kewangan

Pendapatan dan Perbelanjaan RM


Pendapatan bersih

Jumlah pendapatan bulanan


Simpanan tetap bulanan

Baki pendapatan
Tolak perbelanjaan tetap bulanan

Jumlah perbelanjaan tetap bulanan


Tolak jumlah perbelanjaan tidak tetap bulanan

Jumlah perbelanjaan tidak tetap bulanan


Pendapatan lebihan/kurangan

You might also like