You are on page 1of 20

BANK SOALAN PERSAMAAN LINEAR

SVM Semester 3 2017 Soalan 4


1. Selesaikan setiap persamaan linear yang berikut.
𝑡
(a) − =9 [1 markah]
3

(b) 5 + 2𝑦 = −7 [2 markah]
SVM Semester 3 2017 Soalan 7
2. (a) Nadia, Azmi dan Rina bercadang memagar sebuah kebun sayur berbentuk segi
empat tepat yang panjangnya 𝑝 meter dan lebarnya 𝑙 meter.

Rajah 1
(i) Jika kos pemasangan pagar ialah RM𝑥 semeter, tulis rumus bagi jumlah
perbelanjaan, 𝑅, memagar kebun sayur tersebut.
[2 markah]

(ii) Berapakah yang harus dibelanjakan oleh mereka apabila panjang kebun sayur
ialah 5.4 m, lebar 3.6 m dan kos pemasangan pagar ialah RM5 semeter?
[2 markah]
(b) Syarikat Dina Enterprise mengupah Azman untuk menjual kemeja-T. Majikan
Azman bersetuju untuk membayarnya mengikut rumus 𝐾 = 0.6 + 4.5𝑦 di mana 𝐾
mewakili komisen dalam RM dan 𝑦 mewakili bilangan kemeja-T yang dijual.
(i) Berapakah komisen Azman jika dia berjaya menjual sebanyak 240 helai
kemeja-T dalam bulan Ogos?
[2 markah]

(ii) Jika komisen yang diterima oleh Azman ialah RM1350.60 dalam bulan
September, berapa helaikah kemeja-T yang telah dijual olehnya pada bulan
itu?
[2 markah]
SVM Semester 3 2017 Soalan 8
3. (a) Cari nilai 𝑠 yang memuaskan persamaan linear serentak berikut:
𝑡 = −6
𝑠 + 𝑡 = 12
[2 markah]

(b) Cari nilai 𝑚 dan 𝑛 yang memuaskan persamaan linear serentak berikut:
2𝑚 − 𝑛 = 1
3𝑚 + 𝑛 = 9
[4 markah]
SVM Semester 3 2018 Soalan 3
4. Selesaikan setiap persamaan linear yang berikut:
(a) 7𝑝 + 2 = 16 [2 markah]

(b) 5 + 4𝑤 = 10𝑤 + 3 [2 markah]


SVM Semester 3 2018 Soalan 7
5. (a) Perimeter sebuah ladang kelapa sawit berbentuk segi empat tepat ialah 1600 m.
Panjang dan lebar ladang itu diwakili oleh 𝑝 dan 𝑙 masing-masing.
Tulis satu persamaan linear dengan dua pemboleh ubah bagi situasi di atas.
[2 markah]

(b) Sebuah syarikat membayar gaji seorang pekerja mahir, 𝑥, RM40 sehari dan seorang
pekerja tidak mahir, 𝑦, RM25 sehari. Terdapat 15 orang pekerja dan jumlah gaji
harian mereka ialah RM450.
Cari bilangan pekerja mahir (𝑥 ) dan bilangan pekerja tidak mahir (𝑦).
[5 markah]
SVM Semester 3 2018 Soalan 8
6. (a) Rajah 3 menunjukkan satu garis lurus 𝑃𝑄𝑅.

Rajah 3
(i) Bentukkan satu persamaan linear dalam dua pemboleh ubah berdasarkan
maklumat di Rajah 3.
[1 markah]

(ii) Diberi 𝑦 = 30°, cari nilai 𝑧. [2 markah]

(b) Cari nilai 𝑦 yang memuaskan persamaan linear serentak berikut.


2𝑥 − 𝑦 = 2
1
𝑥=
2
Seterusnya, selesaikan ungkapan 4𝑥 − 5𝑦.
[4 markah]
SVM Semester 3 2019 Soalan 2
7. (a) Rajah 2 menunjukkan empat persamaan yang diberikan oleh pelajar A.

Rajah 2
Nyatakan dua persamaan linear dalam satu pemboleh ubah daripada persamaan
yang diberikan oleh pelajar A.
[2 markah]

(b) Selesaikan persamaan linear berikut:


𝑘
= −4
3
[1 markah]
SVM Semester 3 2019 Soalan 7
8. Rajah 4 menunjukkan harga sehelai baju korporat dan seluar yang dijual di koperasi
sebuah kolej vokasional.

Rajah 4
Pada hari pendaftaran pelajar baharu, sebanyak 𝑥 helai baju korporat dan 𝑦 helai seluar
telah dijual dan jumlah jualan yang diperoleh ialah RM15750.
(a) Ungkapkan 𝑥 dalam sebutan 𝑦. [2 markah]

(b) Jika diberi 𝑦 = 96, cari nilai 𝑥. [2 markah]

(c) Hasil daripada jualan tersebut, pihak kolej telah mendapat keuntungan sebanyak
RM5 atas sehelai baju korporat dan RM7 atas sehelai seluar.
Cari jumlah keuntungan, dalam RM, bagi keseluruhan jualan tersebut.
[3 markah]
SVM Semester 3 2019 Soalan 8
9. Rajah 5 menunjukkan harga sebiji betik dan sebiji tembikai.

Rajah 5
Harga sebiji tembikai lebih mahal daripada harga sebiji betik dengan beza harga antara
tembikai dan betik ialah RM8. Harga tembikai adalah 3 kali ganda harga betik.
(a) Hitung harga, dalam RM, bagi sebiji betik dan sebiji tembikai. [4 markah]

(b) Hitung jumlah harga, dalam RM, bagi 3 biji betik dan 2 biji tembikai. [2 markah]
SVM Semester 3 2020 Soalan 2
10. Rajah 2 menunjukkan sebuah trapezium 𝐴𝐵𝐶𝐷 dan sebuah segi empat tepat 𝐷𝐸𝐹𝐺.

Rajah 2
Diberi 𝐴𝐺 = 𝐺𝐷 dan perimeter seluruh Rajah 2 ialah 32 cm, hitung nilai 𝑥.
[2 markah]
SVM Semester 3 2020 Soalan 7
11. Rajah 4 menunjukkan sebuah topi hari jadi berbentuk kon.

Rajah 4
Terdapat 6 segi empat sama yang berlorek pada topi tersebut.
Jika baki luas permukaan topi yang tidak berlorek ialah 474𝑝2 cm2, cari sisi, dalam
sebutan 𝑝, sebuah segi empat sama itu.
22
[Guna 𝜋 = ]
7
[6 markah]
SVM Semester 3 2020 Soalan 8
12. Jadual 2 menunjukkan maklumat tempahan pakaian yang diterima oleh Sofea.
Jenis Pakaian Bilangan Pakaian Upah (RM)
Baju Kurung 𝑥 30
Baju Kebaya 𝑦 35
Jadual 2
Jumlah tempahan pakaian yang diterimanya ialah 5 pasang. Dia menerima upah
sebanyak RM160 bagi tempahan tersebut.
(a) Tulis dua persamaan linear dalam sebutan 𝑥 dan 𝑦 untuk mewakili maklumat di
atas.
[2 markah]

(b) Seterusnya, hitung nilai 𝑥 dan nilai 𝑦. [4 markah]


SVM Semester 1 2020 Soalan 9
13. Rajah 2 menunjukkan permaidani berbentuk segi empat tepat dengan perimeter 15 m.

Rajah 2
Manakah persamaan linear dalam dua pemboleh ubah yang mewakili perimeter
permaidani itu?
A 𝑥𝑦 = 15
B 4𝑥𝑦 = 15
C 𝑥 + 𝑦 = 15
D 2𝑥 + 2𝑦 = 15
SVM Semester 1 2020 Soalan 10
14. Jadual 1 menunjukkan jumlah kos tanaman, dalam RM, dan jumlah masa, dalam minit,
yang diperuntukkan untuk menanam sebatang anak pokok getah dan sebatang anak
pokok sawit.
Bilangan anak Kos tanaman Masa untuk
Jenis tanaman
pokok (RM) tanaman (Minit)
Anak pokok getah 𝑥 4.00 20
Anak pokok sawit 𝑦 6.00 25
Jumlah 1500 560
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, manakah persamaan linear serentak yang mewakili kos dan masa
tanaman itu?
A 4𝑥 + 20𝑦 = 1500
6𝑥 + 25𝑦 = 560
B 4𝑥 + 6𝑦 = 1500
20𝑥 + 25𝑦 = 560
C 24𝑥 + 31𝑦 = 1500
10𝑥 + 45𝑦 = 560
D 26𝑥 + 29𝑦 = 1500
29𝑥 + 26𝑦 = 560

SVM Semester 1 2020 Soalan 14


15. Diberi 2𝑝 + 2 = 7 + 𝑝. Cari nilai 𝑝.
A 9
B 7
C 5
D 3
SVM Semester 1 2020 Soalan 15
16. Dalam Rajah 3, 𝑃𝑄𝑅 ialah garis lurus.

Rajah 3
Hitung nilai 𝑥.
A 15.5°
B 17.5°
C 18.5°
D 20.5°

SVM Semester 1 2020 Soalan 16


17. Cari nilai 𝑚 yang memuaskan persamaan linear serentak berikut.
𝑛 = −3
𝑚 + 2𝑛 = −5
A 11
B 1
C −1
D −11

SVM Semester 1 2020 Soalan 17


18. Diberi 𝑣 + 4𝑤 = −12. Cari nilai 𝑣 jika 4𝑤 = 6.
A −28
B −20
C −18
D −6
SVM Semester 1 2020 Soalan 18
19. Diberi −5𝑝 + 2𝑞 = 11. Cari nilai 𝑞 apabila 𝑝 = −3.
A 2
B 1
C −1
D −2

SVM Semester 1 2020 Soalan 19


20. Halim membeli 3 tukul besi dan 1 gergaji. Harga bagi 3 tukul besi adalah sama dengan
1 gergaji. Jika Halim membayar RM80 dan mendapat baki RM8, cari harga 1 tukul
besi.
A RM12
B RM18
C RM24
D RM36

SVM Semester 1 2020 Soalan 21


21. Diberi 6(3𝑥 − 1) = 2𝑥 + 8. Cari nilai 𝑥.
A 7

10
B 7

8
C 7
10
D 7
8
SVM Semester 1 2020 Soalan 24
22. Cari nilai 𝑘 yang memuaskan persamaan linear serentak berikut.
ℎ=5
ℎ − 4𝑘 = 2
A 3

4
B 7

4
C 3
4
D 7
4
SVM Semester 1 2020 Soalan 28
23. (a) Rajah 5 menunjukkan dua buah bekas yang mempunyai isi padu air yang sama.

Rajah 5
Berdasarkan Rajah 5,
(i) tulis satu persamaan linear [1 markah]

(ii) Seterusnya, jika air ditambah sebanyak 200 mℓ ke dalam bekas 𝑍, isi padu
menjadi 3 kali ganda isi padu air dalam bekas 𝑌. Cari nilai 𝑥.
[3 markah]

(b) Hitung nilai 𝑟 yang memuaskan persamaan linear serentak berikut.


8𝑟 − 2𝑠 = 21
1
𝑠=−
2
[3 markah]
SVM Semester 1 2020 Soalan 29
24. (a) Rajah 6 menunjukkan barang-barang yang dibeli oleh Nadirah di sebuah pasar
raya.

Rajah 6
Nadirah membeli 𝑥 kilogram gula dan 𝑦 kilogram tepung dengan jumlah bayaran
RM52.50.
(i) Tulis satu persamaan linear dalam sebutan 𝑥 dan 𝑦 untuk mewakili
maklumat di atas.
[1 markah]

(ii) Seterusnya, jika Nadirah membeli 5 kg gula dan 𝑝 kg tepung, jumlah baharu
bayaran ialah RM70.00. Cari nilai 𝑝.
[2 markah]

(b) Hitung nilai 𝑝 dan nilai 𝑞 yang memuaskan persamaan linear serentak berikut.
2
𝑝 − 2𝑞 = 12
3
𝑝 + 3𝑞 = −6
[4 markah]

You might also like