You are on page 1of 1

LATIHAN MAPFIM 4

1. Syarikat ABA Berhad mencatatkan angka pendapatan bersih sebanyak RM 100,000


bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2014. Polisi dividen syarikat ialah
40%, manakala jumlah saham yang telah diterbitkan ialah 50,000 unit. Berapakah
jumlah pendapatan sesaham bagi syarikat ini. (2 markah)

2. Maklumat-maklumat berikut boleh diperoleh daripada penyata kewangan Syarikat


Kim Leong Bersaudara:
Margin untung kasar 12%
Liabiliti semasa RM 300,000
Pusing ganti inventori 4 kali
Nisbah semasa 2.5 kali
Nisbah segera 1.0 kali
Berapakah jualan syarikat? (4 markah)

3. Maklumat berikut terdapat dalam laporan tahunan Syarikat Mak Cun untuk tahun
2015.

Pendapatan Bersih RM 2.25 juta


Jumlah Ekuiti Pemilik RM 15 juta
Jumlah Saham Biasa 1.75 juta unit
Harga seunit saham di pasaran RM40.00

Hitungkan:
i) Perolehan sesaham (2 markah)
ii) Nisbah harga kepada perolehan (2 markah)
iii) Nilai buku sesaham (2 markah)
iv) Nisbah pasaran kepadan nilai buku (2 markah)

4. Jualan kredit Syarikat Elektronik Al-Ansar berjumlah RM 250,000. Jika pengurus


syarikat ingin kan akaun belum terima berada pada tahap RM 20,000, apakah tempoh
kutipan purata (TKP) yang harus dicapai? (Andaikan 360 hari dalam setahun). Jika
syarat kredit ialah 30 hari, bolehkah TKP tersebut dicapai? (4 markah)

You might also like